Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
We can't change the past, but we can change the future.
-- Anonymous

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 1 hari, 22 jam, 40 minit yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Cinta, suka atau kagum?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Cinta, suka atau kagum?

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta, suka atau kagum?

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 29-07-08 01:30


"Ya Ukhti, jika jiwaku tercemar dengan cinta manusia, bisakah aku memohon kepada Allah agar rasa cintaku kepada lelaki dibuang terus? Padaku cinta manusia hanya membuatku lemah dan berduka."

Dalam hati ada cinta.

Ada cinta pertama, cinta kedua, ketiga, empat, lima dan seterusnya.

Pohonlah kepada Allah cinta yang pertama, yakni cinta Teragung, Cinta Allah, Rasul dan Jihad di jalan-Nya.

Nanti pasti (Insya Allah) diberi kepastian dan ketetapan jawapan dari “Sang Hati Mulia di Sisi Allah.â€

Hidup ini memang sentiasa rasa dekat dengan cinta. Jangan cengeng, saatnya menyeru manusia kepada Allah. Jangan putus asa, berbuatlah sesuatu sebelum kita mati. Jangan hanya sibuk mencari dunia. Jangan hanya sibuk dengan cerita cinta remaja.

Katamu cinta kepada lelaki. Betul kah? Pastikah apa yang kau rasakan itu adalah perasaan cinta? Atau sekadar sebuah rasa suka dan kekaguman kepada peribadinya? Kalau benar engkau cinta kepadanya, sudah tentu engkau sanggup berkorban banyak untuknya, sudah tentu kau sudah memetrai beribu-ribu kali lafaz cinta kepadanya tanpa ada kejemuan dan kekesalan sedikit pun, sudah tentu kau tidak sanggup berpisah dan lupa kepadanya, sudah tentu kau tidak sanggup kehilangannya, sudah tentu rasa cinta itu mendorongmu agar kuat, bahkan sudah tentu kau tidak sanggup dia luput dari perhatianmu laksana natijah-natijah pengakuan cintamu yang pernah kau lafazkan buat seorang manusia yang pasti kau juga mahu perhatian daripadanya. Gunakanlah ‘indicator’ rasa cintamu kepadanya untuk mengukur rasa cintamu kepada manusia. Siapakah dia? Rasulullah SAW.

Ya Ukhti, semoga jangan dirimu terbawa-bawa dengan perasaan yang tidak pasti. Janganlah mudah mendeklarasikan perasaan itu sebagai cinta, kerana ia bakal mengundang beribu macam perasaan yang tidak pasti, was-was dan keributan jiwa. Was-was itukan datangnya dari musuh-musuh kita? Syaitan laknatullah.

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (An-Nisaa’ 4:120)

Biarkanlah jika selalu matamu ‘gerimis’, agar ‘subur’ mata hati buat merenung diri. Menangislah buat muhasabah diri. Perasaanmu itu sebenarnya tidak perlu ribut-ribut dan bergelora, asal kamu faham Kenapa kamu ingin mencintainya. Kenapa? Pasti kamu dapat jawapannya, kebingungan itu pasti lenyap dan mendamaikan jiwa...... Jika kau meneliti kembali perasaanmu itu. Aku yakin perasaan yang hadir dalam dirimu tika ini bukanlah cinta, melainkan hanyalah sebuah kekaguman dan rasa suka. Ditambah dirimu sebenarnya sedang dilanda kegelisahan terhadap satu penantian. Namun, janganlah mengharap apa-apa dari yang namanya lelaki, kerana kau tidak akan dapat memperoleh sesuatu apa pun. APA-APA PUN!

Ukhti, jika kau dilanda keinginan untuk mendapat cinta lelaki melalui pernikahan, menikahlah. Tapi, jangan tergesa-gesa dan sibuk memikirkan si dia dan si dia dan si dia. Jangan lantaran terlalu sibuk berfikir untuk menikah, setelah menikah punya anak, setelah punya anak sekian dan sekian, kau terlupa... Tup-tup-tup, ajal menjemput bersanding di pelaminan 7 kaki di bawah tanah. Nah, siapa yang rugi? Tidak habis ngaji ilmu rumahtangga, sudah mahu cepat mempraktikkannya ya? Wah... Sibukkan lagi dirimu belajar ilmu rumahtangga. Semoga nanti, dapat mengurus rumahtangga yang sesuai kehendak Allah dan Rasul-Nya. Moga bahagia dan barokah. Bahkan, jika belum tiba masanya untuk kau merealisasikannya, kau masih boleh mengajarkan dan berkongsi ilmu yang kau pelajari itu kepada akhawat yang lain. Insya allah, selama niatnya kerana Allah, maka akan dimudahkan jalannya biarpun waktunya mungkin tidak kita sangka (Kayak saya cuma 2 minggu langsung nikah padahal juga ada persiapan walimah tapi akhirnya jadi juga.. kata seorang Ukhti fillah) inna ma'al usri yusroo..

Ada satu cerita, ikhwah diberi surat gugatan menikah, kasihan deh. Bagi masa kepadanya yang belum siap menikah, belum ada kemantapan hati. kasihan ikhwan.. Ketahuilah, bahawa masih banyak ikhwan yang belum diberi kemantapan iman dan hati. Maka, tunggu saja ya Ukhti. Istiqomahlah dalam kesabaran sampai ada ikhwan memberikan sebuah kepastian. Niat ikhlas dari seorang ikhwan untuk diberikan kepada dirimu kerana Allah.

Insya Allah, nanti akan sampai masanya.

Phases of lurv: 1)Intro 2)Attraction 3)Commitment 4)Sacrifice

"Teguhlah dalam bergerak dan bergeraklah dalam keteguhan" ~ Ustadz Rahmat Abdullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

akhdanie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.07.2008
Ahli No: 34099
Posting: 28

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-07-08 12:18


salam.. betul-betul bagi saya termenung seketika memikirkannya dan kembali untuk memuhasabah diri sendiri. apapun syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhdanieProfil   Hantar PM kepada akhdanie   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-08 13:42


Assalamualaikum wr wbt

:roll: :roll: :roll:
Terima kasih atas artikel ini..betul-betul kena dengan keadaan saya sekarang ni..semoga Allah kuatkan iman dan tabahkan hatiku...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 29-07-08 15:21


jazakallah...atikel ini bagi kekuatan untuk melalui ranjau berduri mehnah mencabar wibawa diri sebagai muslimah...cinta Alalh cinta abadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-08 15:26


syukran.....cinta. paling banyak huraian yang dapat dibuat dalam hidup.
tapi tak pernah selesai.hehe
alhamdulillah tuhan ciptakan cinta

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

Sweetcouple_07
Warga Rasmi
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34143
Posting: 16
Dari: Sandakan,Sabah...

Sabah  


posticon Posting pada: 29-07-08 15:41


betul itu...kerana cinta itu bb nya adam dan hawa d'cipta kat dunia ini...bertapa indah nya cinta kalau kita faham maksud s'bnarnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Sweetcouple_07Profil   Hantar PM kepada Sweetcouple_07   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087314 saat. Lajunya....