Oleh |
muqabalah PAS dan UMNO |
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 26-07-08 16:13
salam... Ada sesiapa ada info tentang perkara ini? Saya tak sempat nak mengikuti perkembangan. Betul ke ia telah berlangsung selepas PRU lagi? Betul Mursyidul Am pun tak tahu? Sampai Husam Musa pun menafikan sebelum ini. Pening tengok politik demokrasi ni. TV3 dan Berita Harian nak percaya sangat pun tak boleh. Mungkin sahabat2 dari PAS dan UMNO ada lebih maklumat. JZKK Tinggalkan Politik Demokrasi, Kembalikan Politik Islam, wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 03-08-08 08:48
Salam, saya percaya muzakarah/muqabalah tu memang berlaku. Cuma yang saya tak tahu apa sebenarnya isi perbincangan yang dibawa semasa muqabalah tersebut. Jika benar nak bincangkan tentang Islam, boleh tolong specify, apa yang dibincangkan? Mungkin ahli PAS / UMNO boleh panjangkan permintaan saya ni kepada pimpinan masing-masing. Hm.. dengan UMNO sudah muqabalah, tak mustahil suatu hari nanti dengan HT pula... Mudah-mudahan... Amin... Sama-sama perjuangkan Islam, sudah tentulah perkara ini tak mustahil... Buang yang keruh, ambil yang jernih.
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 09-08-08 16:14
Eh, betul ke macam ni kisahnya samudra? Saya ingatkan muqabalah ni bertujuan membincangkan isu Islam... Kalau itulah tujuannya, memang tak hairanlah kalau TGNA menentang... Walau bagaimanapun, orang luar macam saya ni tak tahu perkara sebenar, jadi tak berani nak komen apa-apa... Wallahu'alam...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 12-08-08 01:52
tak apalah.isu ni sudah pun habis dan pas tidak akan bekerja sama dengan umno/bn.pas setia bersama pakatan rakyat bersama pkr dan dap.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 12-08-08 12:32
ini isu dah lapok lah....PAS tak akan jolok sarang tebuan 2 kali. isu ini sengaja dimainkan umno demi memporak perandakan rumahtangga pakatan rakyat. biaselah.....bila lemah mainkan isu bersatu padu....bila kuat lupakan kawan.....umno sekarang umpama kapal yang dah nak karam....ada ke patut ajak PAS supaya supaya terjun sekali karam bersama2 umno?? umno nak karam....karamlah seorang....PAS akan move forward saja....life must goes on. p/s: jangan keliru & jangan ditipu bulat2 oleh umno.....sekarang yang berpecah belah hanyalah umno....orang Islam...orang melayu elok saja...tak ada berpecah belah.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 12-08-08 12:35
betul tu.jadi pada umno,lupakanlah hasrat anda.tak payah nak muzakarah,muqabalah dan etc.tak perlu melukut di tepi gantang dan jangan ganggu pas nak bersama pakatan.
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 12-08-08 12:59
gigit jarilah UMNO, kih kih... kuku kalau tak diketip, kotor, berkuman, ye... jijik Assobiyah memang menjijikkan.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 12-08-08 13:10
Pada 12-08-08 12:59 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! gigit jarilah UMNO, kih kih...
kuku kalau tak diketip, kotor, berkuman, ye... jijik
Assobiyah memang menjijikkan. betul tu.tak kemananya umno ni.sekarang dah jadi macam orang gila meroyan ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 12-08-08 13:44
saya rasa ramai yang tak faham isu muqabalah di antara Pas & Umno ni... termasuk dari penyokong PR sendiri. jangan jadi macamm sesetengah YB BN, orang sebut lain depa faham lain. muqabalah ni tak ada kaitan dengan politik, just nak bincang tentang kepentingan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia, sebab tu TGNA tak nak adakan muzakarah yang membincangkan kerjasama 2 parti, beliau tak nak pisang berbuah 2 kali. muqabalah ni tak ada kaitan Pas nak masuk Umno ke, nak kerjasama ke, nak kongsi kuasa ke...  wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 12-08-08 13:46
Pada 12-08-08 13:44 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! saya rasa ramai yang tak faham isu muqabalah di antara Pas & Umno ni... termasuk dari penyokong PR sendiri. jangan jadi macamm sesetengah YB BN, orang sebut lain depa faham lain.
muqabalah ni tak ada kaitan dengan politik, just nak bincang tentang kepentingan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia, sebab tu TGNA tak nak adakan muzakarah yang membincangkan kerjasama 2 parti, beliau tak nak pisang berbuah 2 kali.
muqabalah ni tak ada kaitan Pas nak masuk Umno ke, nak kerjasama ke, nak kongsi kuasa ke... 
wassalam.
alah,umno nak buat macam dulu masa 1970 an dulu sampai pas berpecah 3 tu yang TGNA sedih sampai sekarang.jadi TGNA pasang jerat nak perangkap umno.tu taktik TGNA ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 12-08-08 13:58
Pada 12-08-08 13:46 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! alah,umno nak buat macam dulu masa 1970 an dulu sampai pas berpecah 3 tu yang TGNA sedih sampai sekarang.jadi TGNA pasang jerat nak perangkap umno.tu taktik TGNA
Rashdin, bila masa pula TGNA pasang jerat ni... jerat yang macam mana tu?  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 12-08-08 16:06
Pada 12-08-08 13:58 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-08-08 13:46 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! alah,umno nak buat macam dulu masa 1970 an dulu sampai pas berpecah 3 tu yang TGNA sedih sampai sekarang.jadi TGNA pasang jerat nak perangkap umno.tu taktik TGNA
Rashdin, bila masa pula TGNA pasang jerat ni... jerat yang macam mana tu? 
cuba kita tengok balik apa tuntutan TGNA masa tu.tuntutannya2 macam pas akan masuk umno kalau umno terima islam sampai sekarang umno tak berani buat. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 12-08-08 18:11
Pada 12-08-08 13:44 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! saya rasa ramai yang tak faham isu muqabalah di antara Pas & Umno ni... termasuk dari penyokong PR sendiri. jangan jadi macamm sesetengah YB BN, orang sebut lain depa faham lain.
muqabalah ni tak ada kaitan dengan politik, just nak bincang tentang kepentingan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia, sebab tu TGNA tak nak adakan muzakarah yang membincangkan kerjasama 2 parti, beliau tak nak pisang berbuah 2 kali.
muqabalah ni tak ada kaitan Pas nak masuk Umno ke, nak kerjasama ke, nak kongsi kuasa ke... 
wassalam.
Salam, sekadar nak tahu. Mengapa isi perbincangan tak dikemukakan secara terbuka? Jika benar berbincang tentang isu kepentingan orang Melayu dan agama Islam, apa agenda yang diperbincangkan? Andainya diumumkan secara terbuka, insya Allah dapat manfaat bersama. Setidak-tidaknya harap dapat umumkan resolusi yang dicapai daripada muqabalah tersebut. Mohon sampaikan kepada pimpinan kalian. Wassalam. ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan.
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 12-08-08 23:53
*ni apa benda pula dah ni.bila dah ada tak kena terus kaitkan dengan Nabi dan para sahabat pula dah.keadaan kerohanian iman para sahabat tu sama ke dengan keadaan sekarang.dulu lain sekarang dah lain pula dah.ada "khairi jamaluddin" version pas punya ke..... Islam benarkan kronisme - Nik AzizKOTA BHARU 9 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme."Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa di sini hari ini. Menteri Besar Kelantan itu mengulas gesaan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad supaya beliau menjelaskan pelantikan menantunya, Ariff Fahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Semalam, akhbar melaporkan mengenai anggota Badan Pencegah Rasuah memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu berbangkit termasuk salah guna kuasa setelah badan itu menerima surat layang mengenainya. sumber : utusan. Parti PAS memang sungguh menarik. Parti tersebut pernah mengeluarkan fatwa bahawa orang-orang UMNO itu kafir kerana bersekongkol dengan orang kafir. Tapi sekarang, parti tersebut juga bersekongkol dengan orang kafir. Parti tersebut juga telah mengutuk dengan lantang kerajaan BN kerana mengamalkan kronisme. Setiap pemimpin di dalam PAS mengutuk budaya tersebut:- 1. Haji Hadi Awang, Presiden PAS (1 Jun 2007) :- "Nasib rakyat di semua peringkat, para pegawai, pekerja, petani, nelayan, peneroka bandar bahkan seluruh rakyat dibelenggu oleh berhala Madiyyah (Kebendaan) dan kelemahan sistem ekonomi yang sarat dengan amalan kronisme, nepotisme, penipuan, riba dan rasuah, tanpa memikirkan dosa dan pahala serta memberi keadilan untuk semua." - Muktamar Tahunan Parti Islam Se Malaysia PAS ke-53. 2. Haji Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Pusat (19 Februari 2008) "Jika mereka dapat terus berkuasa, maka senanglah hidup anak menantu dan kroni mereka melalui projek 'kebajikan kronisme dan nepotisme' BN, dan rakyat akan terus dibiarkan merempat serta ditindas dengan cukai, tol, inflasi, yuran sekolah, bayaran hospital yang tinggi." 3. Nasaruddin Hassan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat (2 April 2008), "Pakatan rakyat akan lebih berjaya kerana ia berpegang kepada prinsip anti kronisme, perkauman, penindasan dan penyelewengan sebagaimana diperjuangkan parti-parti komponen." 4. Harakah Daily 20 Februari 2008 "Keempat, pemimpin-pemimpin yang hanya memperkayakan diri dan sanak saudara tidak boleh diberi mandat untuk memerintah. Rakyat perlu mengenepikan golongan yang secara jelas mengamalkan kronisme dan nepotisme. Parti yang mengkayakan seseorang wakil rakyat daripada kalangan kroni perlu ditolak. Mereka yang jelas menunjukkan bahawa menjadi wakil rakyat adalah peluang untuk mengaut keuntungan lumayan tidak boleh diterima sebagai pilihan rakyat. " 5. Pemuda PAS Seremban "Lagipun PAS amat tidak sekufu dengan Umno kerana PAS adalah parti yang masih suci, sedangkan Umno sudah terpalit dengan noda-noda rasuah, politik wang, kronisme, nepotisme dan macam-macam kebejatan yang lain." Sekutu PAS, parti Keadilan turut mengutuk keras amalan kronisme. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR pernah berkata :- "Keadilan tidak akan bertolak-ansur dengan perjuangan menentang korupsi, kronsime dan nepotisme yang mana ianya berada di mana-mana sistem institusi dan kepimpinan di negara ini. Penyakit-penyakit sosial ini adalah ancaman-ancaman yang paling getir ke arah dayasaing ekonomi dan kestabilan sosio-politik. Sekiranya ia tidak dibendung; korupsi, kronisme dan nepotisme akan memusnahkan corak tamadun dalam negara kita." (4 April 2006) Persoalannya sekarang, Jika selama ini pemimpin-pemimpin PAS dan sekutu mereka, parti Keadilan, mengutuk dengan lantang soal kronisme di dalam BN, apakah mereka akan berdiam diri sahaja apabila kronisme berlaku secara terang-terangan di antara Nik Aziz dan menantunya? Atau mereka hanya menutup mata kerana isu kronisme ini terkena dibatang hidung sendiri? Atau mereka akan mengubahsuai ideologi politik sekali lagi untuk accomodate kepentingan peribadi Nik Aziz? Sehingga saat ini, yang menariknya juga ialah tidak ada satu pun media alternatif milik PAS yang membincangkan isu kronisme Nik Aziz dan menantunya. Padahal mereka sentiasa melabelkan media perdana sebagai berat sebelah dan tidak menceritakan perkara yang betul. Rupa-rupanya, sama juga. Seperti kata kawan penulis, " 2 tak 5 juga". http://novandri.blogspot.com/2008/08/pas-kronisme-versi-halal.html----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 13-08-08 01:12
Kenapa pula ambil dari sumber yang sudah diketahui dipegan oleh kerajaan dan penyokong2 umno?. sejak bila TGNA cakap macam tu?adakah anda tahu yang TGNA buat amalan macam tu?.
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 13-08-08 07:08
Salam, rashdin. Tak semestinya apa yang dikemukakan oleh "sumber yang dipegang oleh kerajaan dan penyokong UMNO" itu salah. Namun, tak mustahil unsur bias wujud dalam maklumat yang diperoleh. Oleh yang demikian, mari kita sama-sama rujuk kepada sumber primer-nya pula... Sesiapa yang ada maklumat berkenaan kenyataan TGNA, bolehlah tampilkan. Terima kasih daun keladi saya ucapkan...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 13-08-08 08:46
Pada 13-08-08 07:08 , ghazi posting:!!! QUOTE !!! Salam, rashdin. Tak semestinya apa yang dikemukakan oleh "sumber yang dipegang oleh kerajaan dan penyokong UMNO" itu salah. Namun, tak mustahil unsur bias wujud dalam maklumat yang diperoleh.
Oleh yang demikian, mari kita sama-sama rujuk kepada sumber primer-nya pula... Sesiapa yang ada maklumat berkenaan kenyataan TGNA, bolehlah tampilkan. Terima kasih daun keladi saya ucapkan... tapi mustahil ia datang dari seorang ulama yang tersohor ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 13-08-08 19:07
Pada 12-08-08 18:11 , ghazi posting:!!! QUOTE !!! Salam, sekadar nak tahu. Mengapa isi perbincangan tak dikemukakan secara terbuka?
Jika benar berbincang tentang isu kepentingan orang Melayu dan agama Islam, apa agenda yang diperbincangkan? Andainya diumumkan secara terbuka, insya Allah dapat manfaat bersama.
Setidak-tidaknya harap dapat umumkan resolusi yang dicapai daripada muqabalah tersebut. Mohon sampaikan kepada pimpinan kalian.
Wassalam.
sekadar memberitahu ghazi, perkara tu (muqabalah) belum berlaku lagi pun, macam mana nak kemukakan isi perbincangan?  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 13-08-08 19:10
Pada 12-08-08 23:53 , trouver_99 posting:!!! QUOTE !!! *ni apa benda pula dah ni.bila dah ada tak kena terus kaitkan dengan Nabi dan para sahabat pula dah.keadaan kerohanian iman para sahabat tu sama ke dengan keadaan sekarang.dulu lain sekarang dah lain pula dah.ada "khairi jamaluddin" version pas punya ke.....
Islam benarkan kronisme - Nik Aziz KOTA BHARU 9 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah kerana pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W secara dasarnya adalah amalan kronisme.
"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit," katanya.
fahami kata-kata TGNA tu baik-baik... maksudnya, kalau orang yang naik itu ada hubungan dengan pemimpin, tapi dia naik atas bakat dan kebolehnnya sendiri, apa salahnya? bukannya "menaikkan anak menantu" secara kronisme, tapi kalau kroni tu memang berbakat, apa salahnya kalau kroni tu yang naik sebab tu TGNA bagi contoh khulafa' al-rasyidin, di kalangan mereka juga yang naik, adalah kerana mereka lah yang terbaik! lain kali kena baca elok-elok dulu, sebab media ni memang bijaksana sikit bab-bab membelit ayat orang wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 14-08-08 08:35
Pada 13-08-08 08:46 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-08-08 07:08 , ghazi posting:!!! QUOTE !!! Salam, rashdin. Tak semestinya apa yang dikemukakan oleh "sumber yang dipegang oleh kerajaan dan penyokong UMNO" itu salah. Namun, tak mustahil unsur bias wujud dalam maklumat yang diperoleh.
Oleh yang demikian, mari kita sama-sama rujuk kepada sumber primer-nya pula... Sesiapa yang ada maklumat berkenaan kenyataan TGNA, bolehlah tampilkan. Terima kasih daun keladi saya ucapkan...
tapi mustahil ia datang dari seorang ulama yang tersohor
Salam, akhi rashidin apakata kita lihat apa yang tercatit dalam akhbar harakah pula...! !!! QUOTE !!! KOTA BHARU, 10 Ogos (Hrkh) - Hanya kerana adanya surat layang Badan Pencegah Rasuah (BPR) terus bertindak, sedangkan banyak salah guna kuasa membabitkan menteri dan pemimpin Umno hanya disenyapkan.
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan di atas tindakan segera BPR hanya kerana surat layang semata-mata.
“Sedangkan sebelum ini kita mendengar banyak surat layang berkaitan penyelewengan dilakukan menteri-menteri tidak pula disiasat bahkan mungkin tidak dipedulikan pihak berkenaan.
“Acap kali kita mendengar menteri yang terbabit rasuah seperti pernah disiarkan akhbar, tiada siapa yang peduli pun, tetapi kalau membabitkan pemimpin kerajaan negeri BPR mari dan terus siasat,” ujarnya di sini semalam.
Baru-baru ini ada pihak mengedarkan surat layang mengenai pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan ia terus disiasat BPR.
Menteri Besar berkata, pelantikan Ariffahmi sebagai COO PMBK, dibuat berdasar kepada kelayakan yang dimiliki menantunya itu dan bukannya disebabkan hubungan kekeluargaan.
“Saya lantik dia bukan atas dasar dia tu menantu saya, tetapi atas dasar orang pandai dan berkelayakan. Oleh yang demikian saya pilih orang yang berkelayakkan, kebetulannya PMBK ni di bawah saya,” ujarnya selepas merasmikan Forum Rangkaian Usahawan Muslim Antarabangsa di sini.
Menurutnya sebelum ini jawatan terbabit dipegang Fadhilat Ismail yang meletak jawatan sebelum diganti Ariffahmi, di mana kebetulan menantunya seorang kelulusan dalam bidang kejuteraan.
Malah kata beliau perkara itu pun sudah dijelaskan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang sering ditimbulkan bekas ketua pembangkang, Tan Sri Annuar Musa.
Ariffahmi sebelum ini Ketua Sektor Hartanah di PMBK mulai Jun 2006. Sebelum itu pada November 2004 Pengurus Projek Bandar Baru Tunjung sebelum dilantik ke jawatan sekarang mulai 1 Febuari lalu.
Sebelum itu beliau bertugas jurutera di Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd. Berkelulusan ijazah sarjana muda kejuteraan awam dan sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA).
Tuan Guru Nik Aziz berkata, bukan soal kroni dalam pelantikan Ariffahmi di PMBK sebaliknya ia berasaskan kelayakan.
Menurutnya tiada sebarang masalah untuk melantik orang terdekat dalam keluarga sekiranya mereka benar-benar berkelayakan.
“Semua khalifah empat selepas Rasulullah saw merupakan keluarga terdekat baginda yang terdiri dari menantu dan mentua yang dilantik atas dasar kelayakan,” ujarnya
http://www.harakahdaily.net Sebagai tambahan, saya dengar sendiri dari clip video buletin utama tv3 bahawa TGNA menyatakan kronisme dibenarkan dalam Islam, sebabnya seperti yang saya 'bold'kan di atas. Soal menantu layak atau tidak ianya soal yang subjektif...lagipun tak kan lah menantu 'kita' saja yang layak...sedangkan menantu 'orang' semuanya tak layak? Kelantan terkenal sebagai negeri yang mana ramai rakyatnya yang pandai-pandai dan berpendidikan tinggi...tak kan lah menantu 'kita' saja yang pandai dan layak di negeri tersebut. Lagi satu sepatutnya lebih baik dielakkan untuk melakukan sesuatu yang kontroversi yang boleh dipergunakan oleh musuh untuk menghentam kita...lebih-lebih lagi jika boleh mengeruhkan pemahaman rakyat kepada hukum Islam. Dalam hal yang boleh menimbulkan kontroversi ni...saya pernah terbaca kisah di mana Rasulullah pernah berjalan di waktu malam di kota Madinah bersama isteri baginda yang mulia...kemudian ada sahabat yang berselisih jalan dengan baginda...lepas itu Rasulullah memanggil semula sahabat tadi dan menunjukkan kepada sahabat itu bahawa wanita yang bersama-sama baginda itu adalah isteri baginda sendiri. Ini semua dilakukan oleh Rasulullah untuk menghilangkan syak wasangka yang boleh menimbulkan cakap-cakap yang tak sedap didengar dibelakang baginda. (saya tak ingat matan hadis ini secara tepat, oleh itu jika ada yang mengingatinya bolehlah meletaknya di sini. Lagi satu jika keshohihan hadis itu diragui, juga silalah sudi menegur saya.)
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-08-08 10:38
Pada 14-08-08 08:35 , fikrul_mustanir posting:!!! QUOTE !!! Sebagai tambahan, saya dengar sendiri dari clip video buletin utama tv3 bahawa TGNA menyatakan kronisme dibenarkan dalam Islam, sebabnya seperti yang saya 'bold'kan di atas.
Soal menantu layak atau tidak ianya soal yang subjektif...lagipun tak kan lah menantu 'kita' saja yang layak...sedangkan menantu 'orang' semuanya tak layak?
Kelantan terkenal sebagai negeri yang mana ramai rakyatnya yang pandai-pandai dan berpendidikan tinggi...tak kan lah menantu 'kita' saja yang pandai dan layak di negeri tersebut.
Lagi satu sepatutnya lebih baik dielakkan untuk melakukan sesuatu yang kontroversi yang boleh dipergunakan oleh musuh untuk menghentam kita...lebih-lebih lagi jika boleh mengeruhkan pemahaman rakyat kepada hukum Islam.
tentang apa yang fikrul_mustanir boldkan tu saya dah jelaskan di atas. pandangan fikrul_mustanir ni berdasarkan kapasiti apa? mengikut hukum syarak? atau sekadar pandangan peribadi yang tidak bersandarkan apa-apa? kalau menantu TGNA tu berpotensi, tapi oleh sebab mertuanya seorang MB, dia tak layak ke mejawat jawatan yang setaraf dengan kebolehannya? sebab tu TGNA bagi contoh khulafa'ul-rasyidin, sesama mereka juga yang naik, habis tu dah mereka-mereka tu yang "terbaik" nak buat macam mana? jangan lupa, khalifah yang ke-4 itu menantu Rasulullah s.a.w.! TGNA dah benarkan BPR buat siasatan, biarlah mereka siasat, jangan kita buat andaian sendiri2 pula yee... selagi tak ada bukti bersalah, jangan dituduh apa-apa lagi. lagi satu.TGNA dah jelaskan, anak menantu dia takkan dibenarkan jadi wakil rakyat selagi beliau masih MB! nilai sendiri adakah TGNA salah guna kuasa ke tidak, dan jangan samakan dengan kes KJ  wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-08-08 10:57
topik ni tentang muqabalah ek... lari dari topik lagi dah...  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.07.2008 Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang
|
Posting pada: 14-08-08 17:26
Salam buat semua:- Nak tahu tentang isu muqabalah ni, kenalah tengok Muktamar PAS dalam dasar Tuan Presiden esok nanti. Apa pendirian PAS nanti....Tapi masalahnya Web TV PAS ni asyik jam ya, orang nak tengok siaran langsung Muktamar pun tak ada mood.........
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 14-08-08 18:32
 web Tv Pas jam..sebab ramai sangat nak tengok dewan-dewan bersidang..(sedih jugak sebab tak dapat jadi perwakilan..ops..pemerhati seperti biasa..) back to the topic.. muqabalah hanya gimik semata-mata.. memanglah pada akhbar2 lepas, nampak kecelaruan pandangan setiap pimpinan daripada dua-dua parti sebab masing-masing tiada keselarasan.. sebab tu ada yang cakap, bagus ..bersedia bermuqabalah.. tapi, hakikatnya, idea ini memang tak perlu PAS layani sebab kepentingannya tak menguntungkan PAS pun.. isu nak bangkitkan ketuanan Melayu..so, tak perlu nak gunakan parti untuk memperkasakan melayu.. isu kronisme pulak timbul.. tak adil kan bila terkena batang hidung TGNA terus dikaitkan dengan zaman nubuwwah.. tapi, dah baca habis ke setiap artikel? dah tengok betul-betul ke sidang akhbar tu? bukan nak memihak totok kepada TGNA, tapi.. penjelasan yang terang dan nyata sudah diberikan kat situ.. kat atas pun,,dah tersedia sikit banyak jawapan daripada isu kronisme ini..  wallahua'lam..
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 14-08-08 23:27
KRONISME tu apa? Apa hukum Islam tentang kronisme?
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 15-08-08 08:58
Pada 13-08-08 19:07 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! sekadar memberitahu ghazi, perkara tu (muqabalah) belum berlaku lagi pun, macam mana nak kemukakan isi perbincangan? 
Oh ye ke... saya ingatkan muqabalah yang dimaksudkan dalam topik ini adalah pertemuan/muzakarah yang berlaku antara 3 pemimpin PAS dengan pihak UMNO yang digembar-gemburkan tak lama dahulu... Em, kalau macam tu, saya nak 'modify' sikit soalan saya; --------------------------------------------------------- Salam, sekadar nak tahu. Mengapa isi perbincangan tak dikemukakan secara terbuka? Jika benar berbincang tentang isu kepentingan orang Melayu dan agama Islam, apa agenda yang diperbincangkan? Andainya diumumkan secara terbuka, insya Allah dapat manfaat bersama. Setidak-tidaknya harap dapat umumkan resolusi yang dicapai daripada muzakarah tersebut. Mohon sampaikan kepada pimpinan kalian. Wassalam. ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 15-08-08 09:38
Nampak nya UMNO tak berjaya nak bergabung dengan PAS. Jadi, ada lah lebih baik UMNO berkabung saja lah. ada siapa2 nak tawarkan diri nak jadi pembaca talkin tak?
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 15-08-08 09:42
Usahlah menangis,usahlah bersedih. Apa boleh buat jodoh kita tidak kesampaian. Anak Gadis AMNO perlu menerima hakikat ini.Anak Gadis AMNO kena faham.Anak Gadis AMNO kena tahu.Jejaka PAS sudah ada bini.Takkan nak khawin dengan Anak Gadis AMNO, Jejaka PAS terpaksa bercerai dengan bini-bini yang tersayang. Jejaka Pas bukan tak teringin dengan Anak Gadis AMNO.Kan Anak Gadis AMNO orang kaya.Harta banyak.Rumah Besar.Tanah luas.Kereta besar.Boleh di katakan semuanya besar-besar. Pembohong besar.Cakap besar.Curi duit besar-besaran. Kalau Anak Gadis AMNO mahu juga dengan jejaka PAS,kecik tapak tangan nyiru hamba tadahkan.Tapi Anak Gadis AMNO kena tahu,kalau Anak Gadis AMNO terima Jejaka PAS sebagai laki, Anak Gadis AMNO adalah bini ke tiga. Itupun kalau Anak Gadis AMNO setuju.Maklun saja Jejaka PAS masih ada dua kekosongan.Itupun sikit masa lagi mungkin ada rombongan dari Sabah dan Sarawak datang merisik nak jadikan Jejaka PAS laki mereka. Terlomponglah Anak Gadis AMNO. Anak Gadis AMNO pun tahu bahawa perkahwinan Jejaka PAS dengn bini-bininya adalah atas dasar percaya-merpercayai.Dari situ baru lahir kasih sayang.Mereka sama-sama melalui zaman kesusahan.Penjara bersama.Minum air fru bersama.Ditembak bersama.Semuanya mereka bersama semasa senang dan susah. Anak Gadis AMNO pun tahu apa yang tak dikata oleh Keluarga AMNO pada Jejaka PAS dan keluarganya.Kolot.Komunis.Pengkhianat.Agen Israel.Penghalang pembangunan.Sesat.suka maki.Suka mengumpat.Mengata.Entah apa lagi.Terlalu banyak hingga tak tertulis. Tapi kini.Setelah Jejaka Pas telah berjaya, Anak Gadis AMNO terhegeh-hegeh untuk menjadi bini ke tiga.Bukan Jejaka PAS tak boleh terima. Anak Gadis AMNO kena faham bahawa kalau kita kahwin Anak Gadis AMNO Kena tinggal di rumah Keluarga Jejaka PAS. Ya, betul rumah Keluarga AMNO besar. Tetapi apa gunanya besar,sedangkan rumah itu penuh dengan kebusukan.Segala kebusukan ada dalam rumah itu. Rasuah, judi,penipuan, pembohongan,hasad dengki dan segala kejahatan. Itulah satu syarat yang perlu Anak Gadis AMNO perlu tunaikan. Kalau nak juga dengan Jejaka PAS, selepas kahwin kena duduk di rumah Keluarga PAS. Senangkan. Satu lagi jangan lupa, dah dekat nak raya ni. Mulut tu jaga sikit.Jangan banyak sangat buat fitnah. Akhir kata kesatlah air matamu. Usah menangis.Jodoh kita belum ada lagi.Berusahalah untuk memikat Jejaka PAS.
|