Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 235
Ahli: 0
Jumlah: 235




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Please Mendaftar To Post


Oleh Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 25-07-08 11:36


Assalamualaikum

/


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-07-08 12:33


salamun alaik..
masyaAllah begitu besarnya kuasa kalimah Allah kepada kita..syukran 4 sharing the good info.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 25-07-08 15:45


Assalamualaikum

em..terima kasih atas perkongsian maklumat tu tadi...semoga kita sama-sama memperoleh kebaikan darinya... :-)


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 25-07-08 18:44


:-) EEE sangat suka dengan artikel macam ni..
perkongsian yang sangat menarik..terima kasey

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-08 08:30


Menarik.. saya pun suka pengetahuan2 macam ni... :)

Berzikir itu sendiri sebenarnya bermaksud mengingati Allah... Sesiapa yang mengingati Allah, hatinya bertambah tenang.. Maknanya dengan berzikir, berdasarkan artikel di atas ni, ia bukan sahaja dapat menenangkan hati, malah dapat mencerdaskan otak... tambahan lagi, rahmat Allah pun datang...

banyak lagi sebenarnya faedah berzikir ni contohnya meluaskan rezeki, membersihkan hati, mengampunkan dosa, terdorong untuk sentiasa melakukan kebajikan, menjauhi kemungkaran, dan menjadikan kita disayangi seluruh makhluk alam....

untungnya orang2 yang mengamalkan zikir setiap hari, sepanjang masa..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

jumjumatonne
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2008
Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim

Johor  


posticon Posting pada: 28-07-08 10:49


salam...
ana amatlah berterima kasih pada pengirim ini...
teruskan usaha....
discover the beauty of Islam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumjumatonneProfil   Hantar PM kepada jumjumatonne   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.219121 saat. Lajunya....