Oleh |
TGNA TERIMA ANUGERAH KEAMANAN ASIA |
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 24-07-08 21:19
Subhanallah, TGNA terima anugerah keamanan versi Asia! Lihat saduran info dari tranungkite: Berita sehebat ini TIDAK akan DISIARKAN MEDIA ARUS PERDANA kerana anugerah ini di menangi oleh TGNA, walau bagaimanapun kita mesti tahu dan berbangga dengan anugerah kepada pemimpin yang tersayang ini. Tahniah buat TG Nik Aziz dengan pemberian anugerah daripada Gusi Peace Prize Foundation yang beribu pejabat di Manila. Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun dan dikatakan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk mendapat anugerah yayasan itu. Anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi , Insyaallah pada bulan November ini di Manila, Filipina.Menurutnya, TG Nik Aziz adalah tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini. Sebelum ini, anak Kelantan, Datuk Ismail Mohammad dianugerahkan pada 2006 menggantikan Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak boleh hadir untuk menerima anugerah itu pada tahun tersebut. Ini kerana peraturan yayasan mengatakan bahawa penerima anugerah hendaklah menghadirkan diri dan terima sendiri anugerah yang diberikan.Untuk tahun ini, sebanyak 1,490 orang tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah itu. Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi. Sekali lagi, tahniah diucapkan buat TG Nik Aziz. Semoga dengan pemberian anugerah ini dapat membuka mata Malaysia secara amnya dan dunia, khasnya. Orangkita mengharapkan media arus perdana berbahasa Melayu dapat menyiarkan artikel anugerah yang diperolehi oleh TG Nik Aziz ini di dada akhbar mereka. Biar semua orang nilai sendiri ketokohan TG Nik Aziz ini. Tolong jangan diamkan cerita begini wahai media arus perdana khasnya 'Utusan Meloya' dan 'Berita Hairan'. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 25-07-08 00:23
tahniah TGNA memang layak terima anugerah ini
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 25-07-08 00:35
selayak-layak manusia di dunia untuk dapat Nobel Prize keamanan hanya Tuan Buru Nik Aziz sahaja........ DSAI pun tak layak.....no offense..... petah lagi Dr M, Tok Lah........baik tak payah............
|
insangembira
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34056
Posting: 27
Dari: Keningau, Sabah
|
Posting pada: 25-07-08 19:28
org luar dapatt melihat ketokohan TGNA,tapi org kita hanya pandai berkata buruk sahaja.tahniah TGNA.walau hanya anugerah,ini bukti TGNA mampu menggegar dunia Islam kita dengan Islam bukan hanya sehari.InsyaAllah
|
ana_saleh
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.03.2008 Ahli No: 32794
Posting: 38
Dari: cheras
|
Posting pada: 25-07-08 22:32
Syukurlah, perkara ni akan membangkitkan semangat Islam untuk lebih maju... Jangan mempersoalkan siapa yang layak dan tak layak..... muhasabah diri tu, lepas ni awak pulak terima anugerah agaknya????
|