Oleh |
Mandi |
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 14-07-08 17:44
MANDI KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. ----------------- Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 14-07-08 17:51
artikel yang baik..hmm...tapi bagaimana pula dengan mandi malam tu ye...ada idea tak...elok ke tak...fakta dan sebagainya... P/S : memang best mandi, ni rasa nak balik mandi ni...
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 14-07-08 17:54
hehehe... mandi malam ehk??? kena buat kajian 2... sesiapa boleh tolong???
|
miftah_Qalb
Warga Rasmi Menyertai: 27.06.2008 Ahli No: 33819
Posting: 2
Dari: IIUM
|
Posting pada: 14-07-08 17:58
kalau mandi lepas makan pulak bagaimana ehh??
|
Aezza
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.09.2005 Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang
|
Posting pada: 14-07-08 19:48
setahu saya, mandi malam tidak elok diamalkan. hal ini boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko untuk mendapat penyakit peparu berair. bila waktu malam, sebelum tidur..pori-pori pada badan kita mengembang. jadi bila kita mandi pada waktu itu, air banyak menyerap masuk kedalam tubuh badan dan kita bakal menghadapi risiko untuk mendapat peparu berair. melalui pembacaan saya, mandi selepas makan juga tidak elok untuk diamalkan. apa yang paling saya ingat, jika kita mandi selepas makan kita berisiko tinggi untuk mendapat perut buncit.. p/s: kalau ada tersalah dalam mana-mana fakta, tolong betulkan ye..
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 15-07-08 01:12
Aku pernah tanya budak medik dan geng doktor perkara ini (bab mandi malam). Jawapan mereka "Tidak ada bukti konkrit bahawa mandi malam membahayakan kesihatan". Pendapat mandi malam bahaya tu bukan datang dari pandangan ahli medik.
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 21-07-08 16:09
begitu ehk... kalau begitu boleh lah mandi malam jika perlu... kadang-kadang, badan melekit kan balik kerja lambat...
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 21-07-08 16:46
Pada 15-07-08 01:12 , sirat82 posting:!!! QUOTE !!! Aku pernah tanya budak medik dan geng doktor perkara ini (bab mandi malam). Jawapan mereka "Tidak ada bukti konkrit bahawa mandi malam membahayakan kesihatan". Pendapat mandi malam bahaya tu bukan datang dari pandangan ahli medik. Oo ye ke..baru tau..ingatkan fakta medic..selalu juga dengar kesan buruk mandi malam ni..saya dengar org kata kesannya bila dah berumur siapa yang kerap mandi malam berpotensi dapat penyakit paru2 berair..guana tu ye..Kalau kadang-kadang saja rasanya tak ada masalah.. ----------------- "Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 21-07-08 17:21
Pada 14-07-08 17:58 , miftah_Qalb posting:!!! QUOTE !!! kalau mandi lepas makan pulak bagaimana ehh?? Mandi selepas makan durian ke..? Atau pun mandi selepas makan pada malam jumaat...? Heheheh ----------------- Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 21-07-08 17:49
Pada 14-07-08 17:51 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! artikel yang baik..hmm...tapi bagaimana pula dengan mandi malam tu ye...ada idea tak...elok ke tak...fakta dan sebagainya... P/S : memang best mandi, ni rasa nak balik mandi ni...
ada tanya seorang doktor.. dia cakap dia selalu mandi malam.. dia kata boleh saja nak mandi malam... mandi air panas..dia kata org kita nya mitos kalau mandi malam kena paru2 berair... wallahualam lah pula.. sebab dktr tu kata, dia almost tiap-tiap mlm mandi, sebab bersenam ataupun balik kerja dah lambat....
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 21-11-08 17:40
betul kata kak anis.. sebenarnya benda ni mitos.. tapi ada org kata petua org tua2.. ana ada diskas dengan lecturer, lecturer semua kata tak ada efek sampai boleh sebab peparu berair.. cuma if nak mandi mlm better dengan air suam.. tak adalah sejuk sangat perbincangn d sini.. sila klik bawah http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=33999&forum=16
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 21-11-08 18:37
ana selalu juga balik ofis lepak depan tv lepas solat lepak lagi sampai pukul 12am baru mandi... tapi Kalau mandi malam2 pakai ait suam or air panas boleh ke tak menyebabkan peparu berair ke??? question ni!!!
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 21-11-08 19:58
pasal mandi malam ni... saya akui saya suka mandi sebelum tidur. memang puas juga lah kena marah dengan kawan-kawan sebilik waktu belajar dulu... tapi jawapan saya satu saja : Kalau aku mati time tidur ni senang dah anda nak urus .. so kekawan saya tu senyap lah... tapi untuk wanita-wanita yang bergelar isteri.. dalam islam yang saya jumpa cuma suruh jaga kebersihan.. tapi tak jumpa pula saranan jangan mandi malam (ke atau saya yang tak cari) lepas itu.. jaga hidung suami.. jaga mata suami... so kalau tidur bau bawang.. rambut bau ikan.. ketiak bau masam..agak-agak lah kan tertunai ke tak yang islam sarankan tu...? **Kalau mati dalam tidur tu mudah mudahan mati dalam redha suami... ehe...
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 21-11-08 20:41
Pada 15-07-08 01:12 , sirat82 posting:!!! QUOTE !!! Aku pernah tanya budak medik dan geng doktor perkara ini (bab mandi malam). Jawapan mereka "Tidak ada bukti konkrit bahawa mandi malam membahayakan kesihatan". Pendapat mandi malam bahaya tu bukan datang dari pandangan ahli medik. ehmmm baru tahu kan mandi malam tak ada bukti yang menyatakan bahaya..cuma kena mandi air suam lah ye..
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 21-11-08 23:57
Herm...bagus juga ada fakta tentang mandi ni...kadang-kadang ada yang kita terlepas pandang kan...
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 22-11-08 02:07
Pada 21-11-08 20:41 , shimaku posting:!!! QUOTE !!! Pada 15-07-08 01:12 , sirat82 posting:!!! QUOTE !!! Aku pernah tanya budak medik dan geng doktor perkara ini (bab mandi malam). Jawapan mereka "Tidak ada bukti konkrit bahawa mandi malam membahayakan kesihatan". Pendapat mandi malam bahaya tu bukan datang dari pandangan ahli medik.
ehmmm baru tahu kan mandi malam tak ada bukti yang menyatakan bahaya..cuma kena mandi air suam lah ye.. betul-betul.. selama ni ingat ada efek kalau mandi malam. tiap-tiap hari buat sebenarnya.. kalau tak ada efek bolehlah diteruskan ni.. hehe.. p/s: best mandi malam.. lepas mandi terus tidur..seronoknya -----------------
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 22-11-08 02:16
wah2... aleya.. jangan amalkn selalu.. apa kata kalau mahu mandi malam mandi air suam bah.. eheh.. bah, ni memang ketagihan sudah mahu mandi malam ka?
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 06-01-09 13:24
Pada 22-11-08 02:16 , smile_roses posting:!!! QUOTE !!! wah2... aleya.. jangan amalkn selalu.. apa kata kalau mahu mandi malam mandi air suam bah.. eheh.. bah, ni memang ketagihan sudah mahu mandi malam ka? mandi? kena mandi kolam air panas lah ini.... ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
aqil
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2005 Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG
|
Posting pada: 29-10-09 18:20
mandi malam dan mandi pagi dua dua sejuk tapi mandi malam sejuk dia best mandi pagi sejuk dia tak best.. hehe...tu tak bermakna saya xmandi pagi
|
nadia_khalit
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.06.2008 Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 30-10-09 10:04
huhuuhu... betul tu mandi malam sejuk dia best sikit dr mandi pagi tapi kalau dapat mandi 3pagi tu lagi best..huhu fresh saja..macam nak dmam pun ada.. ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 13-11-09 14:47
biasanya kalau saya rasa nak demam,mesti mandi malam..lepas itu tidur berselimut satu badan.. esoknya mandi pagi macam biasa,badan pun dah rasa segar dan ringan..
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 13-11-09 15:10
Pada 13-11-09 14:47 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! biasanya kalau saya rasa nak demam,mesti mandi malam..lepas itu tidur berselimut satu badan.. esoknya mandi pagi macam biasa,badan pun dah rasa segar dan ringan..
boleh ye macam ini?? Kalau saya bertambah teruklaa... tak mengapa cuba try tips ini..tq2
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 13-11-09 15:18
Balik petang ni nak rendam kakilah.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 05-12-09 01:36
Mandi sunat fajar ... sangat baik diamalkan ... waktu mandi fajar ini ialah jam 4 pagi ...
|
nera
Warga Rasmi Menyertai: 10.12.2009 Ahli No: 38611
Posting: 2
Dari: Kulim
|
Posting pada: 10-12-09 16:07
Ada jugak orang-orang tua cakap kat saya... Kalau suka mandi malam especially after 8pm tu... kita berisiko sakit tumit... Thats mean before 8pm tu memang dah kena mandi siap2..
|
achuyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate
|
Posting pada: 07-01-10 14:50
mandi awal pagi menurut leecturer achu kalau mandi awal pagi ni ada kebaikkan kalau kita amalkan.sebab mandi di awal pagi sebelum subuh ni boleh menyihatkan badan.dapat menghindarkan penyakit berpunca dari makhlukh halus atas izin ilahi.kalau kita madi awal pagi sebelum subuh penyakit2 tu juga akan turut lenyap sebab waktu awal-awal pagi sebelum subuh ni ada rahmatnya.... kalau achu tersalah tolong betulkan. ----------------- achuyah..someone is still innocent untill has a proven guilty...
|
usop79
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.07.2004 Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar
|
Posting pada: 08-01-10 09:24
|