Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 241
Ahli: 0
Jumlah: 241




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 51 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: kepahitan semalam..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» kepahitan semalam..

Please Mendaftar To Post


Oleh kepahitan semalam..

asmahulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23748
Posting: 106

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-07-08 02:39


"Eh Zimah,aku tengok kau ni asyik bergayut saja,,kau tau tak bercinta sebelum kahwin tu salah sebab banyak berunsurkan maksiat atau senang ceritalah zina hati tau..!" kata mutmainnah menasihati.breast breast breast..

1 message received:
Sender:hazmi

Salam,ina..sht? tgah buat apa? Sorry,kalau gngu..rindula kat awak..:-)

Lantas mutmainnah membalas:

Waalaikumssalam..tgah jalan dengan kawan,baru balik kelas..tak gngu pun..boleh tak awak jangan jiwang2 dengan saya..saya anggap awak kawan saja..

Hazmi pun membalas:

tak apa..saya akan tunggu shingga pintu hati awak trbuke untuk saya..selama-lamanya..k,jaga diri,bye..

"Aish, budak ni ngengada betul,sibuk saja nak kaco orang lah", rungut ina sendiri.

Tetapi mesej dari hazmi tak putus-putus dari hari-kehari.Kadang-kadang Mutmainnah geram,namun di hati kecilnya rasa terhibur kerana ada insan yan mengambil berat akan dirinya.Lama-kelamaan,hubungan mereka semakin intim,bila tak berhubung sehari mula membibitkan kerinduan.Mutmainnah sedar akan hal tersebut tetapi fitrah dan nalurinya untuk disayangi semakin menebal sehingga akhirnya dia terjebak ke kancah percintaan juga.

Namun, kasih sayang Allah terhadap hambanya tidak pernah malap.Walaupun,Mutmainnah bercinta namun dia tidak meninggalkan usrah atau menghadiri majlis2 ilmu.Dia sebenarnya terasa amat bersalah dengan apa yang telah dilaluinya.Sebenarnya,jauh di lubuk hati kecilnya,dia ingin memutuskan perhubungan tersebut tetapi dia kasihan pada hazmi yang merayu-rayu agar hubungan mereka di teruskan.Dia selalu meminta agar perhubungan mereka di tamatkan sahaja,namun kesudahannya dia terpaksa menyambung semula ikatan tersebut walaupun sudah 3 kali mereka putus.

Hari berganti hari,Mutmainnah banyak mendengar ceramah yang memberi penerangan tentang cinta disamping membaca bahan-bahan bacaan yangmengupas isu tersebut.Sedikt demi sedikit rasa kesedaran untuk berubah semakin kuat di samping sahabat-sahabat yang memberi dorongan.Akhirnya dia membuat keputusan nekad dan berharap tidak akan berpaling lagi.

breast..breast..breast..
1 message received
Sender: Ina sayang

Salam alaik,hazmi..
sebelum 2, ina nak minta maaf atas segala kslhn dan ina pun sdah memaafkn awak.Ina masih belajar,jadi ina sedang berjihad.,jadi,ina harap jhad ina di terima Allah..jadi,kiranya ina masih buat pkara yang lagha,Allah akan terima ke? Ina tahu ina tak lah perfect,tapi ina harap ina dapat kredhaanNya dalam apa jua yang dlakukan..Ina minta maaf andai hazmi terasa..tapi bukan niat nak skitkan hati sesiapa..InsyaAllah,andai ada jodoh tak kemana..Jadi, ina nak putuskan hbngan kita,harap sangat hazmi faham..wasalam..

Menitis air mata seorang lelaki taktala membaca mesej tersebut.Dia sedar dirinya hanya lepasan Spm dan tak layak untuk ina.Dia sedar akan kesilapannya,tapi bagi dia ina insan yang istimewa dan sukar di lepaskan.Perhubungan mereka bukan macam insan lain yang setiap hari memadu asmara, dia dan ina hanya mesej sekali-sekala dan telefon 2 kali seminggu saja.Takkan itu pun tak boleh? Namun,dia sedar hatinya bergelora menanti detik dia dapat mendengar dan berhubung dengan ina.Kadang-kadang dia selalu berkhyal teringatkan Ina.Mungkin itulah,maksiat hati yang di beritahu oleh Ina.Dia terpaksa akur,walau masih ada sayang buat ina,dia berharap agar dia di pertemukan jodoh dengan Ina..

Di suatu malam yang hening, kedengaran sebuah suara yang merintih sayu" Ya Allah,hambamu ini lemah,tak berdaya menahan semua ujian..Ya Allah..perteguhkanlah imanku,jadikanlah diriku hambamu yang solehah dan mukminah dunia dan akhirat, bantulah aku Ya Allah..Aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan..Ampunkanlah dosa-dosaku pada hari ini dan pada hari-hari sebelumnya,semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari yang telah berlalu..Ya Allah,kurniakanlah kepadaku Suami yang soleh dan zuriat yang soleh dan solehah penyejuk mata dan jadikanlah kami hambamu yang muttaqin..makbulkanlah doaku ya Allah..amin ya rabbal alamin..


pengajaran:
1) sekiranya kita menasihati org lain atau menyampaikan sesuatu ilmu, kita akan diuji lebih hebat dari insan yang telah kita nasihatinya,jadi tegurlah dengan berhikmah dan sentiasalah berdoa kepada Allah agar di perteguhkan iman.

2) jangan reha dengan kesalahan yang kita buat,tetapi cari jalan penyelesaian.

3)Pintu taubat sentiasa terbuka ..jadi bertaubatlah sebelum terlambat..

4)Sekiranya,ada sahabat yang mengalami situasi ini,berikan sokongan moral kepadanya agar dia kembali ke jalan yang benar..ramai sahabat yang futur akibat bercinta..
Allahua'lam..

p/s: kisah benar dari seseorang yang ana rapat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For asmahulhusnaProfil   Hantar PM kepada asmahulhusna   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.0875 saat. Lajunya....