Oleh |
50 kedai buku terbaik di Malaysia |
na2mi
Warga Rasmi Menyertai: 16.04.2008 Ahli No: 33246
Posting: 10
|
Posting pada: 27-06-08 12:06
Akhbar Independent yang berpusat di London, menyenaraikan 50 kedai buku terbaik di Britain dengan 10 terbaiknya ialah Crockatt and Powell, Edinburgh Book Festival, Much Ado Books, The Aldeburgh Bookshop, The Bookshop on the Health, Mr B�s Emporium of Reading Delights, Simply Books, Abe Books, The Linlithgow Bookshop dan Tate Modern. Saya terfikir alangkah baiknya andai kita dapat membuat satu senarai 50 kedai buku terbaik di Malaysia. Kedai buku yang disenaraikan itu, tidak semestinya kedai buku utama di ibu kota seperti MPH Bookstore, Kinokuniya dan Popular Bookstore. Kedai buku itu boleh saja kedai buku kecil di daerah-daerah terpinggir. Asalkan ia sebuah kedai yang menjual buku (dengan menggunakan kata kedai di sini, maka gerai buku tertolak dengan sendirinya) yang ada di negara kita. Berikut saya fikirkan mengenai syarat-syarat pencalonan untuk 50 Kedai Buku Terbaik di Malaysia:- 1. Pencalon hendaklah mengandungi nama pencalon, usia pada 2008, lokasi kini dan profesion. 2.Percalonan hendaklah menyertakan nama kedai buku dan lokasi kedai buku, selain pencalon juga boleh menyertakan butir seperti nama individu atau syarikat pemilik kedai buku dan tahun ia mula beroperasi. 3. Kedaibuku yang dicalonkan hendaklah masih beroperasi, mempunyai permis berbentuk kedai dan menjalankan perniagaannya di Malaysia. 4. Pencalon hendaklah mengemukakan sebab pencalonan itu tidak lebih daripada 50 patah perkataan. 5. Pencalonan hendaklah dihantar ke e-mel [email protected]. Sesiapa yang ada pandangan untuk memantapkan lagi undian ini bolehlah komen atau e-melkan ke [email protected] juga. ----------------- Nazmi Yaakub ialah wartawan lemonade pengarang kreatif dan boleh diziarahi di http://kawat.blogspot.com
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 27-06-08 14:24
Bincang kat sini tak boleh ke na2mi? Pasti ramai yang nak cadangkan terus di sini. Kalau banyak-banyak step ni, orang malas sikit. (ke saya yang malas ye..? hmm..) Terpulanglah apa yang terbaik.
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 27-06-08 14:39
em.. nak vote.. kedai buku Popular.. rasa memang dah popular..hehe.. lagi.. MPH.. next. kinokuniya.. yeahh.. banyak lagi.. di jalan masjid india.. erm.. .. di kampung halaman saya.. pustaka an nur..hihii.. mana lagi ek.. (^-^)
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 27-06-08 20:48
Kedai buku Ah Liang... Ana rasa kedai ni lah yang paling baik...
|
muhamad_azrul86
WARGA SETIA Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH
|
Posting pada: 27-06-08 23:30
E-MEDIA PUBLICATION SDN BHD.. Ana Dan Umar_khalil vote... Paling Popular...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 28-06-08 07:21
Kedai kat KLCC tu mahai sungguh, bergande kalau beli kat Setiawan ni... Malaysia ni semua mahai. Memang Inflasi sungguh lah. Nak cari buku pun mahai...
|