Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 18 jam, 6 minit yang lalu
isa777_musa: 22 jam, 48 minit yang lalu
zam_rizal: 10 hari yang lalu
wanja: 20 hari yang lalu
MTMKi: 27 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Ringan-ringan...


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Ringan-ringan...

Please Mendaftar To Post


Oleh Ringan-ringan...

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-06-08 13:10


CHERAS: Keghairahan sepasang kekasih memadu asmara sambil melakukan aksi ‘ringan-ringan’ di tangga pangsapuri di sini, akhirnya mengundang padah selepas mereka menjadi mangsa peras ugut beberapa lelaki yang menyamar penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Difahamkan, suspek sebelum itu memasang perangkap dengan sengaja mengintai mangsa dan pasangan lain yang khusyuk melakukan perbuatan terkutuk di kawasan tangga sunyi di pangsapuri Taman Bukit Segar, di sini, sebagai modal untuk mengugut mangsa.

Mangsa biasanya tersepit apabila pegawai penguat kuasa palsu itu berpura-pura mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit sebelum dipaksa membayar wang bagi ‘menebus’ dosa.

Seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Mus, 26, berkata dia turut menjadi mangsa kumpulan lelaki terbabit ketika melakukan asmara dengan teman wanitanya yang belajar di sebuah kolej jururawat di kawasan berhampiran.

Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi semalam, dia dan kekasihnya yang berusia awal 20-an sedang duduk berdua-duaan di kaki tangga pangsapuri terbabit sambil melakukan adegan ringan-ringan.


Dia mendakwa tiba-tiba didatangi dua lelaki berumur awal 30-an dan memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa Jawi tetapi enggan menunjukkan kad kuasa.

“Kami cuba melarikan diri tetapi gagal selepas dikepung mereka,” katanya ketika ditemui, lewat pagi semalam.

Beberapa minit kemudian, Mus berkata dia dan teman wanita dibawa ke sebuah kedai makan berhampiran dan ditawarkan cara penyelesaian bagi mengelakkan mereka ditahan.

“Kami diminta menyerahkan barangan berharga atau membayar sejumlah wang untuk selesaikan masalah itu. Mereka mengugut akan mendakwa kami di Mahkamah Syariah jika enggan akur permintaan itu,” katanya.

Pasangan yang masih terkejut dan takut itu akhirnya akur dan menyerahkan semua barangan termasuk wang tunai berjumlah RM200 dan dua telefon bimbit kepada pemuda terbabit.

**Apa komen sahabat2 semua pasal berita ni....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

hasdim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2007
Ahli No: 31696
Posting: 53

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-06-08 13:28


salam... em... dari sudut baiknya... sekumpulan lelaki "JAWI" telah melaksanakan tanggungjawab sebagai org islam yakni mencegah kemungkaran... namun dari sudut tidak baiknya adalah mengambil kesempatan secara tak langsung memperolehi rezeki tidak halal... impaknya, kedua pasangan tersebut mungkin ada rasa penyesalan atas maksiat yang mereka buat dan mungkin kejadian tu buat mereka serik untuk berdua-duaan di tempat yang sama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hasdimProfil   Hantar PM kepada hasdim   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-06-08 15:10


Ringan- ringan...? apa tu...? Berasmara sambil makan makanan ringan ke...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 10-08-08 11:09


canteeek...tu lah.ingat Allah tak nampak..Kenapa lah geng 'JAWI' tu tak usung keranda depan pasangan tu..mesti terus insaf tuu

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: [email protected]

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-08 12:11


Pada 23-06-08 15:10 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Ringan- ringan...? apa tu...? Berasmara sambil makan makanan ringan ke...?


keh2...makan twisties k0wt ^_^....


-----------------

"prevention is better than cure"




Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-08-08 14:57


Pada 23-06-08 15:10 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Ringan- ringan...? apa tu...? Berasmara sambil makan makanan ringan ke...?


baik tu sahabat kita seorang ni ye.....

ni tak tak ke buat-buat tak tau????

mizie_hafiz80, jangan mara lah ye..........

BTW, memang patut pun kena.....
selepas ini boleh lah berlagak jadi penguasa Jawi....
tapi jangan peras ugut dah lah


huhuhuhuhuhu


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

nur_eiman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2006
Ahli No: 23130
Posting: 113
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 10-08-08 18:48


em tol tu, lain kali bawa saja keranda lalu depan mereka yang buat maksiat ini sambil baca talqin. Wp orang-orang "JAWI" buat begitu, atleast pasangan yang kena mungkin takkan ulangi lagi kesilapan mereka. sama-samalah kita doakan supaya maksiat tak berleluasa di bumi ALLAH ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_eimanProfil   Hantar PM kepada nur_eiman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110731 saat. Lajunya....