Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 166
Ahli: 0
Jumlah: 166




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 46 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Jadilah pembantu-pembantu Allah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Jadilah pembantu-pembantu Allah

Please Mendaftar To Post


Oleh Jadilah pembantu-pembantu Allah

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 08:21


Sesungguhnya hidup di dunia ini merupakan satu rakaman. Kesemua yang kita lakukan di atas dunia ini disimpan oleh para malaikat untuk ditayangkan kembali di padang Mahsyar nanti di depan Allah SWT. Ketika itulah akan berlakunya proses pengeditan bagi setiap rakaman yang telah dirakamkan ke atas setiap manusia. Rakaman yang baik akan disimpan di dalam kotak syurga, manakala rakaman yang tidak baik akan dicampakkan ke dalam sampah neraka. Dalam erti kata yang lain, setiap amalan yang kita lakukan akan ada penghisabannya. Tiada seorangpun yang akan terlepas dari penelitian itu .. tiada seorang pun!!.

Oleh itu sahabat, muslimin muslimat, ikhwah dan akhawat sekalian ..

Allah SWT dengan limpahan rahmatNya mahukan semua hambaNya mencium bau haruman syurga. Dia tidak menzalimi hambaNya dengan membiarkan mereka hidup tanpa sebarang pedoman. Lalu dipersembahkan Islam sebagai jalan menuju ke Syurga, didedahkan rahsia-rahsia praktikal melalui sunnah nabi SAW sebagai petunjuk untuk menyelusuri jalan mulia itu.

Allah SWT tidak menurunkan malaikat sebagai utusanNya, tidak juga binatang, tumbuhan dan Jin. Tetapi Allah SWT mewahyukan risalahNya kepada Muhammad SAW yang merupakan seorang insan bergelar manusia, kerana tujuan risalah adalah ditujukan buat manusia. Malaikat, haiwan dan tumbuhan kesemuanya patuh dan sujud taat kepada Allah SWT, tetapi tidak makhlukNya dari kalangan jin dan manusia. Dari sudut pandang yang lain, pemilihan tersebut bertujuan supaya manusia mempunyai “role model” yang boleh diikuti di dalam hidup mereka serta mempunyai panduan dalam memikul tanggungjawab yang pernah diamanahkan kepada para rasul dan nabi-nabi sebelumnya. Tatkala Allah SWT memerintahkan kita mendirikan solat, Muhammad SAW bersedia menunjukkan caranya. Tatkala diperintahkan untuk melakukan kebaikkan dan keadilan, baginda SAW adalah petunjuk jalannya. Dan tatkala diperintahkan kepada kita untuk melaksanakan tugas dakwah, pada diri baginda SAW jugalah manual tersebut
boleh dipelajari. Inilah rahsia mengapa para rasul dan nabi-nabi itu didatangkan daripada kalangan manusia .. bukan jin, malaikat, tumbuhan dan haiwan .. sebagai satu petunjuk dan jalan yang Allah SWT dedahkan kepada hambaNya yang mahu mencari redha Allah dan memenuhi isi syurga yang terbentang luas di dunia sana.

Sahabat yang saya cintai ..

Jadilah pembantu-pembantu Allah!!

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂóãóäõæÇ ßõæäõæÇ ÃóäúÕóÇÑó Çááøóåö
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah pembantu-pembantu Allah !!” (As-Soff: 13)
Ini sahaja jalan untuk mendapatkan redha Allah SWT. Jadilah pembantu-pembantu Allah.

Tidak kira siapapun diri saudara .. Doktor, Jurutera, Peguam, Ahli Farmasi, Guru atau para Ulama sekalipun, setelah saudara melafazkan kalimah ((lah Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah)) bahwa Tiada Tuhan yang selayaknya disembah Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah… maka sejak dari saat itu, kita telah pun dipertanggungjawabk an untuk menjadi pembantu-pembantu Allah.

“Ehh, ayat ini diturunkan kepada kaum nabi Musa, bukan kita”

Kaedah tafsir menyebut:
….
ÇáÚÈÑÉ áíÓ ÈÎÕæÕ ÇáÓÈÈ æáßä ÈÚãæã ÇáÝÙ
“Pengiktibaran itu bukan dikhususkan oleh satu-satu sebab tetapi disebabkan oleh keumuman lafaz”.

Kita sepatutnya merasakan bahawa ayat itu sebenarnya dikhitabkan dan ditujukan kepada kita. Begitulah salafus-soleh melihat ayat ini. Setelah kewafatan nabi SAW, mereka tidak berhenti di situ .. malah merasakan bahawa merekalah peganti diri Rasulullah SAW dan meneruskan tanggungjawab dakwah itu ke seluruh penjuru dunia. Para peniaga dengan cara niaganya, ulama dengan cara ulama’nya, gabenor dengan cara gabenornya, khalifah dengan cara khalifahnya, orang awam dengan cara orang awamnya. Ringkasnya, kesemuanya merasakan bahawa merekalah misionari-misionari dan delegasi-delegasi Islam yang bertanggungjawab membawa risalah Allah itu dari timur ke barat. Kesannya, hari ini kita dapat merasai nikmat iman dan Islam hasil dari pengorbanan generasi Islam sebelumnya.

Namun pada hari ini, kitalah misionari dan delegasi Islam itu. Kitalah penyambung perjuangan dakwah yang telah dimulakan oleh para rasul, para anbia’ dan salafus-soleh selepas mereka. Bukan berkira-kira dengan alasan “aku ini bukan ustaz” dan “aku bukan aktif dengan mana-mana Jemaah”. Tetapi katakanlah kepada diri sendiri bahawa “aku adalah seorang Islam”, dan tanyakan kembali kepada diri sendiri, “Jadi, apa tujuan aku menjadi muslim jika aku tidak mahu membantu Islam?” ..

Sahutlah seruan nabi SAW, “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”


-----------------
Nurul AH


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 08:43


insyaAllah..sentiasa mengharap agar dapat menjadi pembantu Allah..
Ya Allah..permudahkanlah segalanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100516 saat. Lajunya....