Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 6 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah

Please Mendaftar To Post


Oleh Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 17:15


Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah
Wan Nordin Wan Yaacob
itu | Jun 10, 08 | 12:28:19 pm MYT
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.
Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.
"Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.
"Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam.
Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.
Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.
Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8),
"Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini," ujarnya.
Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya.
Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya.
"Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.
"Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas," katanya.
Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya.
"Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya.
Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-06-08 17:30


sapa pandai....Kenapa penyata kewangan & rekod audit petronas tidak diumumkan kepada rakyat??

menurut kajian sebuah badan bebas di eropah....petronas adalah syarikat perdagangan minyak yang berada pada tangga paling bawah dalam aspek integriti & kecekapan pentadbiran.

apa kaitannya Official Secrets Act (OSA) & petronas???....Kenapa mahathir memperkenalkan akta zalim ini di malaysia???

sapa nak pandai & tak mahu lagi kena tipu dek kerajaan....maka carilah jawapan kepada soalan2 di atas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 18:17


Pada 10-06-08 17:30 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

sapa pandai....Kenapa penyata kewangan & rekod audit petronas tidak diumumkan kepada rakyat??

menurut kajian sebuah badan bebas di eropah....petronas adalah syarikat perdagangan minyak yang berada pada tangga paling bawah dalam aspek integriti & kecekapan pentadbiran.

apa kaitannya Official Secrets Act (OSA) & petronas???....Kenapa mahathir memperkenalkan akta zalim ini di malaysia???

sapa nak pandai & tak mahu lagi kena tipu dek kerajaan....maka carilah jawapan kepada soalan2 di atas.


memang benar apa yang dikatakan narito-san tu...apa maknanya OSA dan petronas..mengapa rakyat tak patut tahu rekod audit petronas..mengapa????mengapa??????



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 23:35


rakyat patut tahu rekod kewangan(keuntungan or kerugian) pertonas setiap tahun... mengapa rakyat tak tahu?????mengapa tak boleh tahu?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-06-08 07:19


sebarang topik minyak sambung kat bawah sini saja..

nak copy paste ke, atau nak komen tentang minyak..
kalau nak copy paste pun, edit-edit lah dulu.. :)

http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=37976&forum=2

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-06-08 07:46


teman nak Kerajaan bentangkan belanjawan Petronas....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-06-08 18:45


Ramai oranng tak puas hati dengan petronas...

kemana orang petronas pergi kena caci, sembur, hambur, hina, kutuk, keji dan berbagai lagi.

Apabila kena naik harga, pertonaslah disalahkan.

Pembangkang suruh petronas bagi keuntungan pada rakyat,

Khir toyo suruh potong 10% pendapatan petronas.


Walhal ramai tak tahu, bagi yang bahagian teknikal petronas,

1.Gaji petronas antara gaji termurah syarikat minyak dunia.
2.Tak boleh ambil overtime pula tu
3.Claim adalah one-on-one, tak ada buat claim lebih-lebih
4.Elaun semakin lama semakin kena potong semakin rendah
5.Risiko kerja semakin meningkat (sama dengan syarikat lain, tapi gaji tak setimpal).

Orang kerja dalam petronas ada macam-macam, ye lah, macam syarikat lain jugak. Tapi mengapa ada yang maish still setia walaupun gaji murah? sebab nak tolong anak bangsa...nak tolong negara.

SO, kalau nak salahkan petronas, tolonglah...fikir betul-betul balik..Kalau nak boikot, fikir baik-baik..yang buat naik harga bukan petronas tetapi kerajaan..so jangan blame yang tak sepatutnya. Dalam 78 sen yang naik baru-baru ni semua kerajaan ambil.

Peluang? baru-baru ni dah bagi peluang dalam PRU, tapi ramai yang masih nak kerajaan lama, so..this is the hadiah.

p/s: bagi yang kerja dalam industri oil and gas, akan mendapati ramai menteri buat kenyataan tak betul dan salah..tapi, pembangkang pun ada yang suka jugak buat kenyatan tak realistik..entah belajar ekonomi dari mana pun tak tahu. Ajak berbincang tak nak.

Allahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-06-08 19:02


So, be precise in what you want to boycott and who you want to blame.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-06-08 19:44


Pada 12-06-08 18:45 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!

Ramai oranng tak puas hati dengan petronas...

kemana orang petronas pergi kena caci, sembur, hambur, hina, kutuk, keji dan berbagai lagi.

saya tak pernah blame petronas (orang lain tak tahu lah, kikiki)

yang kita blame: ke mana hilangnya keuntungan petronas? (memang ada sebut "petronas" tapi wa tak blame petronas) :jangan:

kita bukan pengimport minyak sampai kena ikut harga pasaran dunia, kita pengeksport ma, pengeksport minyak... lagi harga minyak naik, lagi kita untung ma...

perumpamaannya macam ni lah: si penjual kuih, kalau dia jual kuih kat orang ramai of course dia ikut harga pasaran, tapi kalau untuk anak2 dia? persoalannya:
1- adakah dia jual kuih kepada anak2nya ikut harga pasaran?
2- adakah dia JUAL kuih kepada anak2nya?

itulah apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan, menjual minyak yang juga merupakan hak rakyat mengikut harga pasaran dunia, seolah-olah semua minyak2 tu hak kerajaan semata-mata, bukan hak rakyat.

malah cara depa bagi subsidi seolah-olah itu sedekah dari kerajaan kepada rakyat, boleh ditarik balik tak sampai 24 hours! di mana hak rakyat dalam minyak tu kalau kita pun kena bayar ikut harga pasaran semasa??? (persoalannya)

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-06-08 00:39


Memang sepatutnya boleh diberi subsidi sebab kerajaan yang tak gunakan duit yang petronas bagi (ke mana kerajaan gunakan duit kita???). Untuk pengetahuan semua, gas sekarang petronas yang bagi subsidi sebab tu tak naik harga sangat lagi.

Pasal tak ikut pasaran dunia, harap semua boleh rujuk jumlah reserve dan production apa day yang petronas ada berbanding negara2 lain. Secara simplenya, saya beritahu on the surface petronas hanya ada reserve about 30++ years while venezuela abou 80++ years. So, this barulah apple-to-apple comparison.

Sebagai contoh, macam analogi kuih tu, cuba kita ambil analogi tumbuhan pulak, katakan tumbuhan A. Negara B ada tanam 100 pokok tumbuhan A manakala begara C tanam 100 ribu pokok tersebut. So kadar harga yang boleh diberi oleh negara masing-masing berbeza sebab 'reserve' yang ada sudah berbeza. Sudah tentu negara B boleh memberi lebih banyak kepada rakyatnya kerana resevenya cukup tetapi negara C tidak.

Kena diingat, saya bukan menyokong kerajaan. Tetapi sepatutnya ayat yang digunakan ialah 'KEMANA DUIT PETRONAS YANG DISALURKAN KEPADA KERAJAAN DIGUNAKAN'.

Kenapa?

sebab duit petronas yang sedia ada digunakan untuk pencarian telaga2 minyak baru di luar negara dan domestik.

Tetapi, hakikat pembaziran yang dilakukan dalam F1 dan dewan filharmonik, dan sebagainya tetap tidak dinafikan.


Cuma, wording kena jaga. Ramai orang dalam petronas yang sebenarnya sayangkan rakyat malaysia, sebab tu sanggup kerja petronas walaupun gaji murah dengan risiko nyawa yang tinggi. Tetapi orang tak hargai pula. Takkan nak semua pekerja petronas kerja kat SHELL? ARAMCO? atau syarikat2 anasir yahudi dan proksi amerika?

Yang sepatutnya disalahkan bukannya petronas tetapi yang mengawal petronas iaitu puak2 yang menaikkan minyak ni lah.


So, make the right wordings...and jangan kerana nyamuk, ubat nyamuk dibaling2 sekeliling rumah.

So tak kira pembangkang ke kerajaan ke, please lah buat kenyataan yang berilmu dan berisi dan bukan nampak macam berisi tetapi sebenarnya tak ada isi.


Allahu'alam

p/s: dah bagi peluang dalam PRU lepas untuk ubah pihak tu..tapi tetap semua tak nak ubah, so inilah hadiahnya.

p/s: kalau tak boleh turun harga minyak, trunkanlah income tax, tax itu ini, AP kereta, dan sebagainya..ada juga cara untuk tampung

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 13-06-08 07:08


Swordofdeen, yang meke nampak macam sedih sangat ni Kenapa?
Petronas sebnornye bagus, sebab dengan Petronas hak bumiputra ni sedikit terjamin. Tengok saja lah orang2 yang menerajui industri minyak dan gas ni adalah bumiputra. Memang sesiapa nak menceburi industri minyak dan gas kat malaysia ni kena ada peratusan bumiputra dalam syarikatnye...

cuma bagi teman, Petronas adalah 'Tunggangan' Kerajaan. Baik yang memacunye, baiklah yang dipacunye....

p/s

meke join tak program HER kat Subang tu? kalau join, boleh lah kita jumpa kat sana.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107018 saat. Lajunya....