Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 260
Ahli: 0
Jumlah: 260




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat

Please Mendaftar To Post


Oleh Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 17:12


Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat
Ustaz Idris Haji Ahmad
itu | Jun 10, 08 | 11:07:35 am MYT

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.

Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.

Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.

Singapura bukan negara pengeluar minyak.

Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.

Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.

Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.

Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kasihan rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

Kalau mereka kasihan kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.

Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.

Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.

"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur.

"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib.

Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.

Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.

Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara. - mks. _



Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-06-08 17:17



    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 17:45


kan bagus ada diantara kita yang tampil secara terang-terangan menghentikan semua tindakan BN yang dah keterlaluan tu...

nak 'cover' semua tindakan mereka,naikkan gaji menteri2 10% saja...ada ksn ke??

semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua untuk menentang kemungkaran ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 10-06-08 20:06


Lagi isu pembongkaran Pak Lah dan KJ..patut lah beria-.a suruh Pos Malaysia bagi wang order rupa-rupanya..

Motif di sebalik kenaikan harga minyak

Dilulus terbit pada Friday, June 06 @ 18:29:39 MYT oleh reformis
Oleh Melaka1511

"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yang dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.



Bayangkan duit yang masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yang dibayar sebagai subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 tak 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.


Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia . Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."

"Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."
Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakya t.blogspot. com/

p/s: dalam2 dok gawat ini sempat lagi nak pulun duit rakyat...dasyattnyee

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-06-08 22:43


sememangnya dapat rasa...idea menaikkan harga minyak ini datangnya dari si khairy menantu kesayangan paklah.

yang paklah tahu hanya lah Zzzzzzzzzz.....janji setiap bulan poket penuh.

hairan2.....Kenapa khairy ini jadi teruk??...graduan2 oxford yang lain tak adalah seteruk khairy....senior khairy kat saint hugh college oxford aung san suu kyi baik saja, bahkan menolong lagi rakyat myanmar.

nafsu...dunia...wanita...pangkat & darjat....mampu mengubah seseorang.....contohnya....ehem ehem


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-06-08 00:11


hmm,teringat petikan ayat ni-------->hari ini,orang melayu,cina,india bersama2 mahu tukar ini kerajaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-06-08 00:55


Assalamualaikum wr wbt

:-( :-( :-(

Hadis Rasulullah S.A.W
"Rasulullah SAW ada bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.”
Ada Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah sehingga musuh begitu kuat?”
Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi macam buih di laut?”
Jawab Rasulullah, “Kerana ada dua penyakit iaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya pula, “Apakah itu Al Wahan?”
Rasulullah bersabda, “ Cinta dunia dan takut mati .”


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-06-08 09:39


apa lagi,mari bersatu untuk tukar kerajaan dan tak mustahil rampasan kuasa mungkin berlaku buat pertama kali dalam sejarah malaysia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rahimkawi
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2008
Ahli No: 33674
Posting: 17
Dari: gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 23:06


pasal harga minyak ni,ana memang panas betul dengan kerajaan. kononnya tujuan dibuat begitu, sebab nak bagi ada diskriminasi antara golongan kaya dengan golongan miskin. sebab tu depa bagi subsidi bagi pemilik kenderaan biasa. so depa kata org kaya yang beli kereta mewah2 tak dapat lah subsidi.

adui lah...ana bukan nak kata lah, tapi terpaksa jugak, nasib baik ada forum ni tempat ana nak luah perasaan..huhuhu..syukran kat ukhwan.com...kerajaan ni ada otak ka tak tak tahu lah..takkan lah tak boleh nak pkiaq walaupun tujuan hang tu nampak macam baik nak bagi golongan pendptn rendah subsidi, tapi hakikatnya..golongan yang susah tetap susah.yang kaya tetap senang.
sebab apa ana cakap begitu..hujahnya..

1. boleh dikatakan semua golongan kaya memiliki kenderaan yang banyak.kerete tu boleh kata depa beli kat anak depa seorang satu lah. kat depa saja lah agaknya kereta mewah. tapi anak depa kereta biasa. jadi, tak ke banyak subsidi depa akan dapat..bangang toi lah.

2. kesan sampingan daripada kenaikan harga minyak tu, of course akan memberi kesan kepada semua benda,harga barang akan naik,harga kenderaan awam akan naik. bukan depa sengaja nak naek, dah memang kalau tak naik, rugi lah depa.yang mangsa...kita jugak..org biasa ni. terutama student. ada ka subsidi untuk student. hang habaq sat. huhu..emo pula.sowi2. nak balik kg, nek bas..tiket nek..nak nek fery..tiket nek..susah lah begitu..pikiaq lah sikit..nak jadi peminpin, kita kena selami habis keadaan semua golongan. bukan pikiaq duit nak masuk poket sendiri saja..PAAAADIAAAA...jangan lah dok jahil murokkab sangat..huhuhu...

3. golongan kaya2 ni, menteri2,tmblan menteri2, yang kaya2 lah seng cita, depa minyak nek bukan nak effect sangat. semua sponser. kerajaan sponser,syarikat sponser.tidak ada wisau apa, yang susah..kita jugak..org besa2 ni. yang gaji seciput ni. saya nak highlight sikit lah, kalau kamu prasan berita tu3 ka, depa selalu dok guna istilah, kerajaan tidak mahu lagi TERBEBAN dengan membayar subsidi untuk rakyat. tidakkah bengong bunyi ayat beban tu. sebab apa ana cakap begitu, istilah tu memang salah..sebab, dah depa kerajaan, depa lah kena tanggung bebanan rakyat.kalau tak mahu TANGGUNG BEBAN RAKYAT,tak payah JADI KERAJAAN AA.TURUN BUANG,BAGI kat yang LEBIH LAYAK. duit subsidi tu pun bukan duit depa,duit rakyat juga. hANG nak beban apa lagi..duit gaji dan elaun yang masuk poket hang tu pun duit rakyat.hang tak tidak ada apa pun. semua hak rakyat. ingat rakyat bodoh ka. yang dok pecaya lagi tu memang aa..kita doa lah moga hati depa terbukak melihat jalan kebenaran. yang saya tak puas hati, nak tarik subsidi minyak tu supaya duit tu boleh simpan untuk buat pembangunan lain. hm..ni lah peminpin sekular, tak tahu keutamaan. pembangunan dengan maslahah rakyat yang mana lagi utama syeikh. cuba habaq sat..huhuhu..tak tahu lah..

ana pun xterkata dah..nampak sangat kebengongan peminpin kita masa kini. harap maaf atas kata-kata ana yang kurang sopan. ana harap dapat membuka minda kita semua...wasalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahimkawiProfil   Hantar PM kepada rahimkawi   Quote dan BalasQuote

alam_barzakh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30091
Posting: 137
Dari: Mantin-Nilai-Sepang-Salak Tinggi-KLIA-Kuching-Kota Samarahan-Serian

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 22-06-08 01:01


minyak, minyak, minyak...... kebengongan pemimpin bn lebih terserlah bila berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat...

Pokok Sena VS Sri Gading ...

Tengok dan nilai sendiri perbahasan dari salah satu program HUJJAH di TV9 ini...

part 1
http://www.tv9. com.my/Shows/ Episodes. aspx?MasterID= 80&ShowID=312&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=6320&EpID=12919#anchorVi d


part 2
http://www.tv9. com.my/Shows/ Episodes. aspx?MasterID= 80&ShowID=312&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=6322&EpID=12919#anchorVi d


part 3
http://www.tv9. com.my/Shows/ Episodes. aspx?MasterID= 80&ShowID=312&MenuID=2&TemplateID=1&SubMenuID=1&VideoID=6324&EpID=12919#anchorVi d

Bookmark and Share

    


  Member Information For alam_barzakhProfil   Hantar PM kepada alam_barzakh   Pergi ke alam_barzakh's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-08 15:05


huhu... pangkah lah lagi lambang dacing tu... sepatutnya lambang tu kalau ikut realitinya dah senget sebelah sebab tak ada yang adil dan saksama lagi dalam pemerintahan bn... yang ana pelik sekarang ni... peratus undi kepada pakatan rakyat paling tinggi dibuat oleh kaum india dan China... Apa dah jadi pada org Islam... Di mana imanmu sekalian??? Adakah telah dikaburi dengan janji2 manis dan habuan wang ringgit yang berbentuk rasuah lagi menggelapkan hati... Fikirlah wahai saudara2ku... jangan sampai nanti akidah anak cucu kita tergadai disebabkan ketamakan kita pada dunia yang fanaa' ni... Kembalilah kepada Islam... Membangun bersama Islam... AllahuAkbar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110217 saat. Lajunya....