Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 260
Ahli: 0
Jumlah: 260

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: BAB HAID..TAK SEBEGITU MUDAH

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» BAB HAID..TAK SEBEGITU MUDAH

Please Mendaftar To Post

Oleh BAB HAID..TAK SEBEGITU MUDAH

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 05-06-08 10:02

kitab fekah imam al ghazali...hebat org ni...antara ulamak yang boleh masuk
syurga ALLAH tanpa hisab....... kita entah lah macam mana!!!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa
perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan
perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...Kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang
guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang
Perempuan ini' kecuali dirujuk kepada
lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang
bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat
mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka
mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period'
maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa
jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita

jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan
solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul

Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga
perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."

perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan
yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti

(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat
dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat
zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya
waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu
rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa
haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap
wanita Islam" (Imam
Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam
waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 2.
Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)

solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau

tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi,
langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu
mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk
waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi
hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih
dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib,
maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau
tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering
dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku
secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam
waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan
Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa'
ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

**sumber dr email

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  

posticon Posting pada: 05-06-08 23:59

mashaALLAH...memang benar, saya pun dulu xterabis belajar masa skol rendah dulu...
tapi memang betul, solat xwajib diqadha "ketika" haid, hanya puasa sahaja wajib diqadha..hanya ustazah itu xmenghuraikan lebih lanjut atau dia anggap org bertanya sudah faham...ni perbezaan antara 1 akal & 9 akal... jangan lupa rujuk kitab al-umm karangan imam shafie...

Bookmark and Share

  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 06-06-08 00:10

itu baru pandangan imam al-ghazzali, macam mana dengan pandangan ulama' lain?

macam mana jika amalan biasa masyarakat kita mengikut pandangan ulama' lain?

dulu saya berminat nak ambil subjek fiqh wanita tapi tak sempat, kalau belajar pasal wanita-wanita ni mesti best 8-)

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  

posticon Posting pada: 06-06-08 00:12

Pada 06-06-08 00:10 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

itu baru pandangan imam al-ghazzali, macam mana dengan pandangan ulama' lain?

macam mana jika amalan biasa masyarakat kita mengikut pandangan ulama' lain?

dulu saya berminat nak ambil subjek fiqh wanita tapi tak sempat, kalau belajar pasal wanita-wanita ni mesti best 8-)

wassalam.

itu kena lah belajar sampai tahap mufti..

Bookmark and Share

  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 06-06-08 00:21

Pada 06-06-08 00:10 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

itu baru pandangan imam al-ghazzali, macam mana dengan pandangan ulama' lain?

macam mana jika amalan biasa masyarakat kita mengikut pandangan ulama' lain?

dulu saya berminat nak ambil subjek fiqh wanita tapi tak sempat, kalau belajar pasal wanita-wanita ni mesti best 8-)

wassalam.

wahai anak musa...apa yang bestnya...paling penting belajar atau menuntut ilmu kerana Allah bukan maksud selain dari itu. ;-)

pandangan imam ghazali ni dah lama kami dengar, ada diantara sahibah yang berpegang dengannya...termasuklah ana...ia nampak lebih menjaga dan mengambil berat tentang solat...kita pun rasa lebih tenang dan selamat....tu saja :-)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  

posticon Posting pada: 06-06-08 03:43

betul.. ana pun ada belajar pasal ni.. tapi dah peringkat U baru belajar.. huhu. itu pun Dr. saja tekankan sebab tak ramai yang tau. hadith yang bersangkut dengan ni, Dr. kata ramai perempuan masuk neraka sebab tak jaga solat. bukan secara sengaja tapi tak alert dalam tempoh waktu solat dan period.

Bookmark and Share

  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 06-06-08 13:29

assalamualaikm..betul ukhti sairah...alhmdulillah..ana baru hbis belajar kitab pasal haid..memang banyak sebenarnya yang permpuan wajib tau pasal haid dan kaum adam pun perlu belajar untuk mengajar isteri dan anak2 kelak

Bookmark and Share

  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 06-06-08 14:01

untuk lebih terperinci dan detail pasal haid ni..cuba antum semua rujuk asal kitab al -muhtadin liltafaqqah fi ulumuddin atas mazhab imam syafiee karangan syeikh mohamad arshad bin abdullahal-banjari...banyak yang antum semua akan tau dengan terperinci..macam yang ukhti sairah katakan..memang betul permpuan wajib qada solatnya..contohnya...sekiranya perempuan suci 5 minute sebelum waktu maghrib dimana sememgnya xsempat dia mandi dan angkat takbir untuk solat asar...wajib dia qada asar dan zuhur...sebabnya...dia sudah suci ketika waktu asar..sebab kena solat waktu zohor ialah zohor dan asar ialah solat jamak...banyak lagi...contohnya macam mana nak kira mana satu darah haid dan mana satu darah istihadah melalui sifat darah yang lebih qawi(hitam),kurang qawi daripada hitam iaitu merah dan dhaif iaitu kuning...dan sekiranya muslimah tak tahu macam mana nak membezaknnya sifat darah..muslimah perlu membezakan darah haid dengan istihadah kembali kepada adat iaitu berapa hari pada bulan sebelumnya..apa itu istilah "naqab" iaitu suci diantara 2 haid..kan kadang-kadang permpuan ada darah berputus2 atau selang hari..misalnya..hari 1-2 keluar darah..hari ketiga dan keempat xkuar darah..lepas itu hari kelima dan seterusnya iaitu paling lama 15hari 15 malam ..ok..masa suci tadi iaitu hari ke3 dan 4 tu dipanggil naqab..wajib permpuan tersebut mandi wajib dan solat serta puasa kalau dibulan diramdhan sebagai langkah berjaga2 (ihtiyat) takut darh itu berhenti....dan sekiranya darh keluar kembali pada hari ke3 dan 4 dan seterusnya iaitu paling lama 15 hari 15 mlm..itu bereti kesemua darh yang keluar dalam lingkungan tadi dipanggil darah haid..dimana wajib permpuan itu qada puasa yang ditinggalkn termasuklah hari dia puasa pada masa suci tadi..sebab dikira dalam tempoh lingkungn haid..kalau ana nak tulis memang banyak sangat...ana harap antum semua terutama muslimah belajar kitab ni sebab ni fardhu ain...tapi mesti berguru tak boleh baca kitab saja...insyALLAH.. :bunga:

Bookmark and Share

  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 06-06-08 14:07

Sabda Nabi Muhammad S.A.W..riwayat Bukhari dan Muslim..."INilah haid suatu yang disuratkan oleh ALLAH akan sesuatu(rujuk pada haid) atas segala anak adam yang perempuan"

"Sekurang2 masa haid ialah 24 jam iaitu sehari semlm dan paling lama 15 hari 15 mlm"

Bookmark and Share

  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 06-06-08 14:10

ustaz ana yang ajar kitab ni..nasihatkan muslimah perlu catat masa,,tarikh..qadar keluar darah..sifat darah...supaya kita benar-benar tau waktu suci dan waktu haid..insyaAllah

Bookmark and Share

  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  

posticon Posting pada: 06-06-08 14:55

Pada 06-06-08 13:29 , lightarrowss posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikm..betul ukhti sairah...alhmdulillah..ana baru hbis belajar kitab pasal haid..memang banyak sebenarnya yang permpuan wajib tau pasal haid dan kaum adam pun perlu belajar untuk mengajar isteri dan anak2 kelak

ini bukan soal main-main, ini ilmu fardhu ain...

Bookmark and Share

  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar

posticon Posting pada: 06-06-08 15:05

rujuklah dr pelbagai sumber..
moga Allah mudahkan kefahaman kita..
insyaAllah..

-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

Bookmark and Share

  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 07-06-08 01:13

Assalamualaikum wr wbt

Syukran pada lightarrowss kerana menambah lagi kefahaman...(^-^)

Bookmark and Share

  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 07-06-08 01:55

MASA SUCI antara HAID dan NIFAS itu harus kurang daripada 15 hari 15 malam samaada haid dulu diikuti nifas atau nifas dulu diikuti nifas....1) HAID DI IKUTI NIFAS -untuk pengetahuan antum semua.. perempuan yang mengandung ada yang keluar darah HAID (dipanggil haid sekiranya paling kurang tempoh ialah 24jam atau sehari semlam dan paling lama 15 hari 15 mlm) dan darah itu behenti kejap misalnya beberapa saat (even 1saat), minit,atau jam (contohnya masa berhenti ialah 1jam)slepas itu perempuan tersebut melahirkan anak dan keluar darah..darah yang keluar selps bersalin dinamakn NIFAS..yang ana katakn MASA SUCI antara HAID dan NIFAS itu ialah 1jam yang ana bagi contoh tadi...begitulah juga sekiranya 2) NIFAS DULU BARU HAID..misalnya seorang perempuan keluar darah selps bersalin selama 60 hari ( sekurang2 masa nifas ialah selahzah maksudnya macam sekilat dan paling lama darah nifas ialah 60 hari..tapi kebiasaanya 40 hari) yang dinamakn NIFAS..lepas itu drah behenti seketika beberapa saat (even 1saat), minit,atau jam (contohnya masa berhenti ialah 30 minute) sebelum keluar darah selama sehari semalm atau lebih(15 hari 15mlm)..darah tersebut dipanggil HAID..MASA SUCI antara NIFAS dan HAID itu ialah 30 minute yang ana bagi contoh tadi...sumber dripada kitab yang ana bgthu sebelum ni..cuma ana tulis dalam rumi.. :bunga:

Bookmark and Share

  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 07-06-08 02:16

afwan ukhti sairah..ana kongsi ilmu yang ana dapat..semoga ALLAH mempermudahkn kefahamn antum semua..sebab kalau kira nak belajar pasal ni kena tunjukkan gambar rajah ..baru senang nampak..tapi asif jiddan..ana tak tahu nak buat diagram...

Bookmark and Share

  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 08-06-08 01:29

Pada 05-06-08 10:02 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

kitab fekah imam al ghazali...hebat org ni...antara ulamak yang boleh masuk
syurga ALLAH tanpa hisab
.

Kurang setuju dengan kenyataan ini (walaupon copy paste)
Kita menghormati dan menyanjungi ulamak besar ini. Namun kita tidak mempunyai sebarang autoriti atau jaminan dari Allah dan Rasulnya untuk mengatakan beliau akan masuk syurga tanpa hisab. Hanya orang yang Rasulullah nyatakan secara jelas sahaja yang kompem masuk syurga (secara hisab atau tidak).

ps:- Aku rasa yakin dalam bab ini.

-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman

Bookmark and Share

  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 22-06-08 14:36

Jama’ Solat Bagi orang Haid
Soalan:

Adakah wajib qadha’ solat asar dan zuhur bila diketahui haidh kering ketika hampir berakhirnya waktu asar?

Jawapan:

Sesiapa yang menunaikan kedua-duanya sekali, itulah yang lebih berhati-hati. Manakala sesiapa yang hanya menunaikan solat yang dia suci pada waktu itu, mudah-mudah tidak mengapa.

Perbahasan:

Para ulama berbeza pendapat bagi wanita yang suci daripada Haid, jika haidnya suci dalam waktu solat kedua yang boleh dijamakkan, apakah dia wajib menunaikan solat yang dia suci ketika itu sahaja atau dia juga wajib menunaikan solat sebelumnya yang mana kedua-dua waktu itu adalah pasangan dalam solat jama’. Sebagai contoh seorang wanita mendapati dirinya suci daripada haid pada waktu ‘Asar, apakah dia perlu menunaikan solat ‘Asar sahaja atau ‘Asar dan Zohor sekali, demikian juga jika dia suci dalam waktu ‘Isyak, apakah dia perlu tunaikan solat ‘Isyak sahaja atau ‘Isyak bersama dengan Maghrib?

1. Jumhur (جمهور;) atau kebanyakan ulama berpendapat seorang wanita yang mendapati dirinya suci daripada haid, dan ketika itu dia berada dalam waktu solat ‘Asar, maka hendaklah dia menunaikan solat Zohor dan ‘Asar, kerana kedua-dua solat ini adalah pasangan dalam solat jama’. Demikian juga, jika dia suci dalam waktu ‘Isyak maka dia hendaklah menunaikan solat Maghrib dan ‘Isyak.

Ibn Qudamah .H. di dalam al-Mughni (المغني;) 1/339, berkata:
َإِذَا طَهُرَتْ الْحَائِضُ , قَبْلَ أَنْ تَغِيبَ الشَّمْسُ , صَلَّت الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ , وإن َطَهُرَتْ قَبْلَ أَنْ يَطْلُعَ الْفَجْرُ , صَلَّت الْمَغْرِبَ وَالعِشَاءَ ؛ لما رَوَى الْأَثْرَمُ , وَابْنُ الْمُنْذِرِ , وَغَيْرُهُمَا , بِإِسْنَادِهِمْ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ , وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ , أَنَّهُمَا قَالَا فِي الْحَائِضِ تَطْهُرُ قَبْلَ طُلُوعِ الْفَجْرِ بِرَكْعَةٍ : تُصَلِّي الْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ , فَإِذَا طَهُرَتْ قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ , صَلَّتْ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا وَلِأَنَّ وَقْتَ الثَّانِيَةِ وَقْتٌ لِلْأُولَى حَالَ الْعُذْرِ , فَإِذَا أَدْرَكَهُ الْمَعْذُورُ لَزِمَهُ فَرْضُهَا , كَمَا يَلْزَمُهُ فَرْضُ الثَّانِيَةِ
Maksudnya: “Jika seorang haid suci sebelum tenggelam matahari (sebelum masuk Maghrib), hendaklah dia solat Zohor dan ‘Asar. Jika dia suci sebelum terbit fajar, maka hendaklah dia menunaikan solat Maghrib dan ‘Isya, berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Athram, Ibn al-Munzir dan selain mereka berdua dengan sanad daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf dan Abdullah bin ‘Abbas yang berkata tentang wanita haid yang suci sebelum terbit fajar (sebelum masuk waktu subuh), hendaklah dia solat Maghrib dan ‘Isyak, jika suci sebelum tenggelam matahari, hendaklah dia solat Zohor dan ‘Asar, kerana waktu yang kedua (‘Isyak/’Asar) adalah waktu (untuk menunaikan solat) yang pertama (zohor/maghrib) ketika dalam keuzuran, maka apaila orang yang ada keuzuran mendapati waktu pertama, wajib pula ke atasnya kefardhuannya sepertimana wajib ke atasnya kefardhuan waktu kedua.” (tamat nukilan secara ringkas). Inilah juga pandangan Towus, Mujahid, al-Nakha’ie, al-Zuhri, Rabi’ah, Malik, al-Laith, al-Syafie, Ishak dan Abi Thur. Imam Ahmad berkata: “Kebanyakan tabi’ien berpendapat dengan pendapat ini melainkan al-Hasan… inilah juga pandangan al-Thauri dan Ahl al-ra’yi.”

Al-Syeikh Abdul ‘Aziz Abdullah bin Baz berkata: “Apabila wanita yang berhaid, atau nifas suci sebelum tenggelam matahari, wajib ke atasnya solat zohor dan ‘Asar berdasarkan pandangan yang lebih benar, demikian juga jika dia suci sebelum terbit fajar , wajib keatasnya menunaikan solat maghrib dan ‘Isyak. Ini kerana waktu kedua-duanya (solat yang boleh dijamakkan) adalah dikira waktu yang satu bagi orang yang berada dalam keuzuran seperti orang yang sakit dan orang yang bermusafir.” (Majmu’ al-Fatawa 10/217)

2. Mazhab Hanafi berpandangan tidak wajib bagi orang yang haid menunaikan solat melainkan solat yang dia suci ketika itu sahaja. Ini kerana seorang yang berhaid berada dalam waktu solat yang sebelumnya dalam keadaan dia tidak suci, maka tidak perlu dia mengqadhanya. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/73). Ini juga pandangan al-Hasan dan al-Thauri.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin di dalam al-Syarh al-Mumti’ (2/133)berkata: “Tidak diwajibkan ke atas wanita itu melainkan waktu solat yang dia perolehi ketika dia suci, adapun waktu solat yang sebelumnya tidak diwajibkan kepadanya (untuk qadha), kerana Nabi S.A.W. bersabda:
من أدرك ركعةً من الصَّلاة فقد أدرك الصَّلاة

Maksudnya: “Siapa yang dapat satu rakaat dari sesuatu solat, maka sesungguhnya dia telah mendapat solat tersebut.”

Huruf ‘alim’ dan ‘lam’ pada kalimat al-Solah (الصلاة;) menunjukkan kepada waktu, iaitu waktu solat yang diperolehi satu rakaat di dalam waktunya. Adapun solat sebelumnya, tidak didapati satu rakaatpun dari waktunya, waktunya telah berlalu keseluruhannya sedangkan dia bukanlah seorang yang diwajibkan menunaikannya, maka bagaimana kita hendak mewajibkannya qadha waktu tersebut?”

http://soaljawab.wordpress.com/2008/06/17/jama-solat-bagi-orang-haid/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 22-06-08 14:39

SUCI SEBELUM HABISNYA WAKTU SHALAT, WAJIBKAH MELAKUKAN SHALAT ITU
Mei 10, 2007 — mohd masri | Sunting

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan.
Apakah hukumnya jika seorang wanita mendapatkan haidh beberapa saat setelah masuknya waktu shalat, apakah wajib baginya untuk mengqadha shalat itu pada saat suci, begitu juga jika seorang wanita mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum habisnya waktu shalat, wajibkah dia melaksanakan shalat itu ?

Jawapan
Pertama : Jika seorang wanita mendapatkan haidh beberapa saat setelah masuknya waktu shalat dan dia belum melaksanakan shalat itu sebelum datangnya haid maka wajib baginya untuk mengqadha shalat itu jika dia telah suci, hal itu berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Ertinya : Barangsiapa yang dapat melakukan satu rakaat dari suatu shalat maka berarti ia telah mendapatkan shalat itu”.

Dan jika seorang wanita telah memasuki waktu shalat sekedar satu rakaat, kemudian dia mendapatkan haidh sebelum melakukan shalat itu maka diwajibkan baginya untuk mengqadha shalat itu jika ia telah suci.

Kedua : Jika ia mendapatkan kesuciannya dari haidh beberapa saat sebelum habisnya waktu shalat, maka wajib baginya untuk mengqadha shalat itu, walaupun dia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum terbitnya matahari sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat, maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Shubuh. Begitu pula jika ia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum terbenamnya matahari sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat maka wajib baginya untuk shalat Ashar. Jika dia mendapatkan kesuciannnya sebelum pertengahan malam sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Isya. Jika dia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sesudah pertengahan malam maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Isya dan diwajibkan baginya untuk melaksanakan shalat Shubuh jika telah datang waktu shalat Shubuh, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. -An-Nisa' : 103-104]

Yakni, shalat yang wajib itu ditentukan oleh waktu yang terbatas, yang mana tidak boleh baginya untuk melakasanakan shalat jika telah habis waktunya, juga tidak boleh melaksanakan shalat sebelum tiba waktunya.

-52 Su'alan 'an Ahkamil Haidh, Syaikh Ibnu Utsaimin, halaman 23]

-Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Maratil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tengtang Wanita, penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq hal. 133-134, penerjemah Amir Hamzah Fakhruddin]
http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/10/mendapatkan-kesucian-sebelum-habisnya-waktu-shalat-wajibkah-melakukan-shalat-itu/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

fiza8373
Warga Rasmi
Menyertai: 02.11.2007
Ahli No: 31589
Posting: 20
Dari: Aloq Setaq to Ipoh

Kedah  

posticon Posting pada: 22-06-08 22:42

terima kasih kerna berkongsi... banyak lagi perlu dipelajari...

Bookmark and Share

  Member Information For fiza8373Profil   Hantar PM kepada fiza8373   Pergi ke fiza8373's Website   Quote dan BalasQuote

mencari_nur
Warga Rasmi
Menyertai: 20.06.2008
Ahli No: 33735
Posting: 1
Dari: klang

Selangor  

posticon Posting pada: 23-06-08 09:33

salam...saya nak bertanye apa yang dimaksudkan dengan shalat 1 rakaat 2?dan macam mana pula untuk kita nak buat shalat qada?harap boleh tolong...smmgnye saya kurang ilmu tentang hal shalat dan dalam usaha membaiki shalat...

Bookmark and Share

  Member Information For mencari_nurProfil   Hantar PM kepada mencari_nur   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 23-06-08 11:47

Pada 23-06-08 09:33 , mencari_nur posting:

!!! QUOTE !!!

salam...saya nak bertanye apa yang dimaksudkan dengan shalat 1 rakaat 2?dan macam mana pula untuk kita nak buat shalat qada?harap boleh tolong...smmgnye saya kurang ilmu tentang hal shalat dan dalam usaha membaiki shalat...

assalamualaikum wbt

maksudnya sempat mendapatkan satu rakaat di dalam solat.

contoh jika azan zuhur jam 1.10 tengah. dan anda datang haid pada jam 1.10 juga atau sewaktu azan, maka anda tak perlu qadha solat zuhur itu kerana masa yang ada xmemungkinkan saudari mendapatkan satu rakaat solat.

akan tetapi contoh jika zuhur jam 1.10 dan tiba-tiba jam 1.15 anda didatangi haid sdgkan wkt2 anda belum tunaikan solat zuhur, maka bila dah suci wajib qadha kerana tempoh lima minit2 lebih dr cukup untuk dapatkan satu rakaat solat.

begitu juga sekiranya maghrib masuk jam 7.15, anda suci pada jam 7.10, dan anda mandi wajib., habis mandi wajib tengok dah masuk maghrib, anda wajib qadhakan asar (dan zuhur mengikut pendapat ulama lain), kerana anda suci sebelum masuk maghrib dan tempih wkt2 cukup untuk solat satu rakaat.

akan tetapi jika anda suci beberapa saat sahaja sebelum masuk maghrib , dan bberapa saat itu memang tak cukup untuk solat satu rakaat, maka tak perlu qadha.

itulah maksud siapa yang dapat satu rakaat solat, maka dia dapat solat2.

wallahua'lam.

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  

posticon Posting pada: 11-09-08 12:04

salam...saya nak tanya pendapat sesiapa yang pakar tentang haid ini...saya agak panik kerana saya dapat haid dalam masa beberapa minit saja mlm tadi. tak pernah lah kena macam tu sebelum ini. kalau kena pun plng cepat 2 hari begitu. saya taktau tu adalah darah haid atau tak..walaupun begitu saya teruskan saja puasa saya ini..dan saya taktau nak mandi wajib atau tak..dan taktau nak solat atau tak...saya harap ada yang dapat membantu kes saya ini..saya rasa dalam bulan puasa salu benda pelik-pelik jadi..kdng2 sampai luar biasa pnjngnye dapat haid..huhu...

Bookmark and Share

  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  

posticon Posting pada: 11-09-08 12:28

sambung...kalau ikut perkiraan secara rambang, macam lambat lagi patutnye dapat haid...diharap sesiapa yang tau dapat lah tolong sangat...terima kasih.

Bookmark and Share

  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 11-09-08 12:53

Kalau mengikut perbincangan ini, banyak menghuraikan soal haid dan nifas yang berkaitan soal solat. Alhamdulillah, boleh juga prof belajar sedikit dan cuma perlu merujuk kepada ustaz & ustazah.

Tetapi bila prof terbaca kenyataan mungkin bentuk persoalan soal sakit puan yang diutarakan oleh ladybird. Baik merujuk sepanjang prof belajar dari ilmu herbalis dan berjumpa bermacam pesakit wanita ( tua atau muda ) soal masalah haid, banyak perkara baru yang prof faham.

Yang mana kita tak berjumpa perkara ini atau jarang dalam belajar fardhu ain kat sekolah sebelumnya.

Iaitu punca kitaran haid yang tidak normal. Antaranya ada wanita tidak pernah datang haid, ada yang berbulan tidak datang haid, ada sebelum khawin haid selalu datang dan lepas khawin tak datang pula...

Jadi perkara ini perlu melihat punca penyakit atau tahap kesihatan seseorang. Apa yang prof rujuk dengan seorang pakar herbalis, pun. Nor.

Dia berpendapat bahawa kebanyakkannya berpunca dari permakanan serta masalah dalaman yang ketara. Malah berkaitan wanita adalah mengalami sakit tiroid juga mengakibat senggugut yang kuat.

Jadi nasihat prof kepada muslimat dan terutama ladybird buat pemeriksaan kesihatan dulu sementara menunggu permslahan kekeliruan perlu mandi hadas atau tidak.

Wallahualam

-----------------

::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  

posticon Posting pada: 11-09-08 13:47

time kasih Prof Muslim...semoga kejayaan akan menyinari hari2 anda selepas ini...

Bookmark and Share

  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 11-09-08 14:08

Sama-sama...

Tetapi pembelajaran soal fardhu ain berkaitan Haid, prof serahkan yang lebih arif. Cuma Prof berkongsi pengetahuan dari sudut kesihatan dan berharap ia dapat membantu. Insya-Allah...

p/s: Mencari yang halal adalah lebih baik

Bookmark and Share

  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1530
Posting: 293

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 12:43

Terlalu banyak ilmu yang saya dapat di sini.. yang mana sebelum ni saya tak tahu,saya jadi tahu..
apa yang saya tahu sebelum ini.. jika sudah masuk zohor tapi tak mengerjakan solat lagi.. pada masa yang sama kita sudah didatangi haid..maka wajib untuk qadha zohor selepas habis waktu haid..
ini bagi bab haid..

dan bagi bab mandi hadas pula..
erm.. minggu lepas saya kurang berkesempatan menonton rancangan alkuliyah.. mengenai mandi wiladah dan nifas.. hanya sempat dipenghujung perbincangan saja..
apa yang saya dengar dr penutupan itu,mandi nifas dan wiladah wajib dilakukan dan boleh disekalikan dengan melafaskan kedua dua niat tersebut.. saya masih kurang jelas dan kurang pasti.. sesiapa yang menonton siaran tu,dan paham isi kandungannya diharapkan dapat membincangkan disini.. dan bagi sesepa juga yang tahu dialu-alukan..

-----------------
"Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)

Bookmark and Share

  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  

posticon Posting pada: 03-12-08 13:14

Any idea..?? kalau suami kiss dahi dan pipi isteri time period, batal tak Wudhu' dia..??

Then, kalau suami baca Qur'an, Isteri baring kat Peha dia..?? Boleh tak?..

Bookmark and Share

  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 15:07

aik? takkan mulya tak tahu jawapan pada persoalan sebegini?

apa kata rujuk pada encik tuan mulya?

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 15:15

Pada 03-12-08 13:14 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Any idea..?? kalau suami kiss dahi dan pipi isteri time period, batal tak Wudhu' dia..??

Then, kalau suami baca Qur'an, Isteri baring kat Peha dia..?? Boleh tak?..

setahu akak yang tak berapa tahu ni wudhu kita akan batal jika bersentuhan antara lelaki dan perempuan walaupuan suami isteri.time haid ke tak memang dah sah2 batal dah..

kalau tak buat apa masa kahwin diadakan upacara membatalkan air sembahyang untuk pasangan pengantin.. betul tak?

untuk soalan ke2 tu baik rujuk pada suami sendiri :kelip:

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 15:23

erm.. macam nak jawab jugak...
rasanya budak kecik pun tau syarat2 sah wudhu.. dan apa yang boleh membatalkan wudhu...

suami baca quran tayang peha ke? :?

kalau tayang,lepas itu bersentuh kulit.. wudhu suami batal.. dah melanggar adab2 membaca al quran...dah kurang kualitinya baca quran tu...

kalau suami reti pakai baju dengan kain.. tutup peha...tutup aurat...
pendek kata berlapik tang tempat si wife ni nak landingkan kepalanya.....
baring lah atas perut ke.. atas buku lali ke..atas lutut suami pun...asalkan tak membatalkan wudhunya...
tapikan... er... tak boleh tunggu husband habis baca ke?
lepas suami baca quran..bukan setakat atas peha.. baring lah atas apa pun... tak lapik2 pun takpa...

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 15:25

Pada 03-12-08 13:14 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Any idea..?? kalau suami kiss dahi dan pipi isteri time period, batal tak Wudhu' dia..??

Then, kalau suami baca Qur'an, Isteri baring kat Peha dia..?? Boleh tak?..

kalau ana salah,,ada sesiapa boleh tegur ye,,,ni bab fiqh.,

dr pendapat imam syafie,,akan betul wuduk sesorg jika bersentuhan antara antara lelaki or wanita,,adalah boleh membatalkan wudhuk,,jika time tu salah seorang itu berwudhuk,,,

dr pendapat imam hanafi pula,,tak terbatal wudhuk jika bersentuhan suami isteri tanpa disertakan syahwat diantara mereka...

so,,jadi..dr segi pendapat peribadi ana pula yang lemah dan daif dalam ilmu,,,masih lagi kurang ilmunya,,dengan rasa rendah diri dan malunya,,
jika suami tu tengah baca alquran,,,yang dok ngendeng2 Kenapa?hilang tumpuan boleh jadi,,,kan pula bini cun..dok manja saja,,hurm,,salah tajwid,,salah baris si suami....nauzubillah...
bukan soal wudhuk boleh dipertikaikan kat kat sini,,,ni soal lain da ni...
ok khalas...

soal cium tu,,saya rasa da jawab da kat atas,,so untuk lebih faham,,,dan jelas,,boleh bertanya kepada ustaz,,,maybe ada yang boleh menerangkan lebih lanjut..

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 15:41

tak pasal2 suami dapat dosa sebab salah bacaan tu..heeh
tau lah pengantin baru tapi kena lah tau waktu2 nya nak bermanja dengan suami..hairan juga lah sampai nak tidur atas peha tu pasaipa..hehheh:kelip:

tak pa lah kita tunggu posting dari yang lebih arif lagi...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1530
Posting: 293

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 15:42

Pada 03-12-08 13:14 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Any idea..?? kalau suami kiss dahi dan pipi isteri time period, batal tak Wudhu' dia..??

Then, kalau suami baca Qur'an, Isteri baring kat Peha dia..?? Boleh tak?..

untuk soalan pertama..
tidak kira sama ada isteri dalam period atau tidak.. bila bersentuhan suami isteri batal air sembahyang.

soalan kedua :
Boleh memang boleh tetapi alangkah elok lagi cantik bila isteri turut serta dalam pembacaan alquran bersama suami. bila isteri berbaring macam tu risau suami tidak fokus dalam menghayati alquran.. saya sokong sangat kata-kata umar..

rasanya puan wawa sudah jelas dengan perkara ini. harap-harap ada yang masih sudi memberi penjelasan.. berkenaan dengan persoalan saya di atas tadi.. tiada siapa lagi nak jawab.. :-(

-----------------
"Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)

Bookmark and Share

  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  

posticon Posting pada: 03-12-08 15:44

thank you Umar, Mujahidah, Mimie dan Kak CT .. Wawa saja tanya pendapat u all semua .. :-)
tiba-tiba saja trgerak nak tanya soalan ni .. Balik rumah nanti Wawa tanya Mulya balik .. :-) But .. tak salah kita berkongsi pendapat kan..??

P/S :Wawa sedar diri, Wawa ni tak ada lah baik but..... Wawa mrayu, tolong lah jangan guna bahasa yang kasar untuk posting ek .. thank you dan So sorry 4 everything my Dear .. :-)

Bookmark and Share

  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 15:44

K_K.....Wawa tu bertanya,,,maybe bukan untuk pihak dia,,maybe untuk org lain agaknya....macam tuju kat dia pula.....kita just jawab dan bagi penerang semampu kita lah ek...

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  

posticon Posting pada: 03-12-08 15:51

Vry good good thinker of u Mr.Umar .. :-)

Lagi 1, kalau kita datang bulan, betul ke tak boleh masuk masjid I.S.O (In Stead Of) akan kotorkn masjid..?? Bukan ke sekarang dah ada macam-macam 'kmudahan' to avoid it..?? Dulu memang pakai Tampon @ kain ETC kan..?? Wawa betul-betul confused lah .. Wawa pernah dengar tentang 'Muslim tu tak najis' so .. even datang bulan pun, still lagi boleh masuk Masjid dengan syarat tak kotorkn Masjid.. Is that true..??

PS : I will rfr 2 My lovely Husbband ... but Indeed, i need u all punya pendapat .. Mulya is not Perfect so .. tak semua perkara Wawa kena rfr dia :-) harap dapat membantu ye .. =2 lah kita kgsi pendapat dan Maklumat .. thank you 4 your concerned ..

Bookmark and Share

  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 15:58

soalan kedua :
Boleh memang boleh tetapi alangkah elok lagi cantik bila isteri turut serta dalam pembacaan alquran bersama suami. bila isteri berbaring macam tu risau suami tidak fokus dalam menghayati alquran.. saya sokong sangat kata-kata umar..

memang bagus jika isteri pun sama membaca bersama or bertalaqi bersama suami...tapi time period adakah boleh membaca alquran?
disini ada bebrapa pendapat ulama mengenainya...

jika seorang wanita berada dalam uzur syarie,,dia dilarang membaca alquran.tapi dibolehkan dengan bersebab..

a)sesorg yang mengajar alquran
-kalau ustazah mengajar ngaji,lepas itu dia uzur pula,,dibolehkan mengajar
    dengan mmbaca ayat2 alquran.kalau sminggu uzur,,smgu lah tak mengajar,,
    macam mana dengan anak-anak muridnya?

b) membaca doa dr ayat2 alquran,,
    
c) bagi pelajar yang mengambil exam
    -bagi pelajar yang uzur yang mengambil exam,,dibolehkan membaca
     alquran,,contoh student yang exam ayat2 hafazan,,or hafizah,,,kalau
     kalau tak baca,,boleh kantoi exam,,,so dalam hal ini..meraka
     di bolehkan ye..

p/s;seingat saya ni lah agaknya,,xbwk buku nota....huhuhu
kalau salah tolong tegur ye...

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1530
Posting: 293

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 16:02

erk.. maksud saya bukan time dia tengah period umar_khalil..
time tak period boleh lah mengaji bersama suami.. maaf lah.. ayat kurang jelas..

-----------------
"Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)

Bookmark and Share

  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 16:06

sebut pasai bulan ni, eh kome malam ni moh kita skodeng bulan. Bulan dah datang dah sekarang ni. Tapi belum penuh lagi, baru anak dia....

p/s

Maap bergurau pepetang ni....

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 16:07

Pada 03-12-08 15:44 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

K_K.....Wawa tu bertanya,,,maybe bukan untuk pihak dia,,maybe untuk org lain agaknya....macam tuju kat dia pula.....kita just jawab dan bagi penerang semampu kita lah ek...

salah jugak ye menjawab bila org bertanya...
dah jawab kata pulak org nak tuju2...
tak apa lepas ni biarlah yang arif2 macam UK jawab..

ok balik pada posting asal...:oops:

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 16:10

Pada 03-12-08 15:51 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Vry good good thinker of u Mr.Umar .. :-)

Lagi 1, kalau kita datang bulan, betul ke tak boleh masuk masjid I.S.O (In Stead Of) akan kotorkn masjid..?? Bukan ke sekarang dah ada macam-macam 'kmudahan' to avoid it..?? Dulu memang pakai Tampon @ kain ETC kan..?? Wawa betul-betul confused lah .. Wawa pernah dengar tentang 'Muslim tu tak najis' so .. even datang bulan pun, still lagi boleh masuk Masjid dengan syarat tak kotorkn Masjid.. Is that true..??

..

memang da ada macam-macam kemudahan,,apa yang saya pelajari,,hanya boleh melintasi,,tidak dibenarkan duduk dalam masjid..sebagai contoh..wanita yang uzur itu dr pintu A masjid ke pintu B masjid yang melalui dewan solat..hanya melintasi dibolehkan,,nak duduk tak boleh,,,,

ada juga sebahgian pendapat mengatakan perkara ini dibolehkan jika diserta dengan keyakinan..tapi adakah benar-benar yakin dengan tuala wanita yang dipakai itu?tak bocor?sebab apa yang saya belajar dalam fiqh ini,,darah haid itu boleh keluar seketul besar dan boleh menjejaskan tuala tersebut,,sebab tu para ulama bersepakat,adalah tidak boleh sesorg wanita yang uzur syarie duduk mahupun beritiqaf dalam masjid...

berbeza pula dengan mahzab syafie,,dimana dibolehkan wanita uzur ni boleh duduk di dalam SURAU..sebab dalam mazhab syafie ada class antara masjid or surau...
mazhab lain(lupa antara 3 mazhab ni)bagi pendapat mereka..kecil ke besar ke,,ia tetap masjid...dan dilarang bagi wanita yang uzur syarie ini untuk duduk di dalam masjid..

wallahu'alam..

p/s;maaf tak ada dalil/ kitab nak disertakan disini untuk dijadikan hujah,,sebab semua ni belajar kat surau dulu,,lupa ustaz tu pakai kitab apa..nota pun tak bawa,,tapi masih ingat.

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 16:19

Pada 03-12-08 16:07 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!

salah jugak ye menjawab bila org bertanya...
dah jawab kata pulak org nak tuju2...
tak apa lepas ni biarlah yang arif2 macam UK jawab..

saya minta maaf lah kalau kk terasa hati..maybe salah saya dalam menegur,,then saya ni bukan lah arif dalam ilmu ni dan bukan disiplin saya untuk menerangkan dalam bab fiqh..disiplin ilmu saya belajar lebih kepada usuludin,alquran dan sunnah...apa yang saya tau,,saya kongsi bersama..saya pun masih belajar lagi,,k balik kepada topik,,dan lupakn sengketa....

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

ewanz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29954
Posting: 30
Dari: taiping

malaysia  

posticon Posting pada: 03-12-08 16:22

hmm
bagus sangat topik ni
banyak yang ana belajar..alhamdulillah
yelah laki mana ada period2 ni kan

sebenarnya bab-bab macam ni bukan hanya untuk kaum hawa saja
kaum adam pun kena ambil tau juga
yelah nantian kita ni bakal menjadi suami dan juga ayah
kalau bakal suami @ ayah sendiri tak tau pasal ni
bagaimana nak ajar isteri dan anak-anak kita nanti kan
btulx

jangan disebabkan masalah yang tak berapa besar ni
kita dihumban ke neraka
atas sebab kejahilan kita..wallahualam

:: MENJADI BUKAN MENCARI...MEMBERI BUKAN MENERIMA ::

Bookmark and Share

  Member Information For ewanzProfil   Hantar PM kepada ewanz   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 03-12-08 16:29

Assalamualaikum
soalan wawa...
yang first...
pendapat UK paling kuat...tapi, ada tambahan sebenarnya..kita sebagai umat Islam digalakkan untuk berijtihad...jadi, kena mencari ilmu..dalam hal ini..sebenarnya tak salah nak mengikut mana² pendapat..dengan syarat kita mampu berijtihad dengan ilmu dan keyakinan yang kita ada..jika tengok dalam novel Syabab Musafir Kasih..kita lihat bagaimana si isteri menyentuh suami tanpa perlu berwudhu' semula di antara mereka...boleh terus solat..tapi, dalam hal ini seperti yang saya kata..kita kena lihat pemahaman ilmu kita..

pendekatan imam Syafie dalam setiap hukumnya adalah mengambil langkah berjaga-jaga...jadi, sebab tu dia mengatakan bahawa bersentuhan adalah membatalkan wudhu' (antara bukan mahram) kerana pada kebiasaannya manusia punyai nafsu..dan nafsu antara lelaki dan perempuan adalah fitrah yang tak boleh diketepi..jadi, mengambil pendekatan berjaga, imam Syafie menghalang terus bersentuhan...berbeza dengan Imam Hanafi, jika bersentuhan tanpa syahwat, tak batal..so, novel tu mengambil pendekatan ini...pun tak ada masalah..jika kita benar² meyakini bahawa itu memang tak berlaku..tapi, jika timbul syahwat saja, maka batal..pendekatan imam Hanafi ialah mengambil jalan mudah dimana selagi suatu perkara itu tidak disebut dalam al-Quran maka ia dikategorikan sebagai halal...

ijtihad pada kita ialah dimana yang kita rasa lebih selamat bagi kita..itulah yang kita pegangi..sebab tu jika kita lihat dalam keadaan darurat, contoh paling mudah, hal menunaikan haji...bersentuhan tak membatalkan wudhu' kerana ia memang tak dapat dielakkan...jadi, disini..perkara yang nak difahamkan ialah...jika awak yakin tak timbul rasa aneh, dan syahwat...tak ada masalah..dan begitulah sebaliknya...

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 03-12-08 16:34

Assalamualaikum
soalan kedua...
saya tak pasti apa kehendak wawa...boleh dari segi apa...tapi, tak ada masalah pun, jika ianya berkaitan dengan wudhu'...sedang Rasulullah sendiri pernah berbaring di peha Aisyah sambil membaca al-Quran sedang Aisyah kedatangan haid waktu itu...jadi, tak ada apapun...

P/S : saya rasa wawa bertanya kerana dia mahukan ilmu..tak semestinya kena tanya pada suami dia jeq...belajarlah menghulurkan ilmu dengan hati yang terbuka...saya rasa semua di sini ingin memberikan ilmu, tapi jagalah setiap tutur kata kita..ada kata² yang tak best saya perhatikan..:jangan:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah an-Nahl:125)

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 16:36

Saya ingin pendapat dan penjelasan mengenai hadis ini;

Saidatina ‘Aisyah .a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mencium isteri-isterinya, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ahmad dan at-Tirmizi)

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 17:03

Pada 03-12-08 16:34 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

P/S : saya rasa wawa bertanya kerana dia mahukan ilmu..tak semestinya kena tanya pada suami dia jeq...belajarlah menghulurkan ilmu dengan hati yang terbuka...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah an-Nahl:125)

dari tadi diam saja ni sebab fikir malas nak counter ..tapi makin disalah erti pula alkisahnya ni....
macam inilah... kalau rasa posting dari eni macam hampeh.. no problem...yes i meant it..memang sengaja menaip begitu..tapi jawapan hampeh itu wujud dari gaya persoalan itu juga...

Kenapa perlu disebut kiss pipi kiss dahi hidung dan sebagai nya?
boleh saja "sebut kalau suami menyentuh/menepek/kepecek kulit isteri ketika isteri period bagaimana?"

tegurang mengenai penggunaan bahasa pernah dibuat..malah yang menegur dikatakan YOU ARE TOTALLY WRONG tanpa mahu mendengar nasihat... kemudian diminta dalil... dan ayat al-quran pulak..alhamdulillah ada yang beri...

ini ukhwah.com. tak boleh kah kalau disini sahaja..(kalau dah tak mampu dalam kehidupan seharian) hanya disini... cuba pupuk rasa malu sebagai seorang wanita.. gunakan wording yang sesuai...kalau aktiviti post berlebihan boleh disalah tafsir mencapap.. maaf kasar lah ye.. ayat2 yang berunsur gedik (aku kalau boleh tak mahu keluar perkataan ni) bagaimana?

saya memberikan jawapan... tapi mungkin ayatnya kelihatan kasar .. tapi Kenapa jawapan yang keras dan kasar itu jelas kelihatan? sedangkan soalan berayat yang memualkan itu tidak kelihatan pula? dan saya kira jawapan saya sikit pun tidak menyentuh isu peribadi yang menyoal.. cuma tindakbalas kepada soalan semata-mata..setelah pernah teguran diberi...
tak perlu tunggu jadi wanita baik @ bertudung labuh @ berjubah untuk berbahasa sopan..

come on lah...adik tetap oiiii.. nak kena banting dengan kak eni ke? :lucu:

ps: ter amat2 mohon maaf pada tuan topic kerana dah keluar tajuk tahap melampau

suami adalah imam dirumah kita yang kita pilih... sebelum rujuk pada org lain.. rujuk pada suami dulu... kalau mahu kepelbagaian pendapat baru pergi ke tempat lain..
bukan cari kepelbagaian pendapat ...last2 baru refer kat suami..

wallahualam -peace and out from this issue-

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 03-12-08 20:09

Assalamualaikum
erk..kak eni nak banting saya... :cry: :cry:
lawi..lawi... :-P
orang lain jangan menyibuk...kuhik..biar adik gaduh dengan akak...gewam ni...:tak
perlukah suatu keburukan dibalas dengan keburukan? :berfikir: lempar tahi dibalas dengan lemparan tahi jugak? kata² gedik dibalas dengan kata² kasar? :berfikir: adakah itu sudah merupakan cara² terakhir yang boleh didapati?dan hanya didapati?apakah itu anjuran kepada seorang pendakwah?bukankah sifat manusia itu pelupa?perlu diingatkan selalu?even diri kita jugak pernah melakukan kesilapan yang berulang..bukan begitu kak?Kenapa akak tak tegur dengan baik terlebih dahulu?adakah akak tak pernah melakukan kesilapan yang berulang?bahkan saya pernah menegur kesilapan akak yang berulang bukan?adakah wawa tidak menerima nasihat daripada orang lain dalam thread ni, sedang dia langsung tidak ditegur mengenai "keterlantangannya" dalam mengeluarkan kata² di sini..adakah perbuatan yang memalukan oleh orang lain perlu dibalas dengan perbuatan yang memalukan jugak daripada diri sendiri?jika begitu, dimana sikap malu yang akak mahu pupuk itu?

tentang suami sebagai imam, tidak ada pun dalam hukum mengatakan haram mencari ilmu di luar, kecuali tanpa pengetahuan suami..dan saya rasa suami dia takdepun menghalang dalam hal ini...jadi, tak ada masalah untuk merefer ke mana-mana, yang mana terlebih dahulu atau terkemudian...ia hanyalah keutamaan dalam ibadah...

kak eni nak kena banting jugak ke... 8-)

"Jadilah seperti pohon, manusia melemparkan batu tapi dia membalasnya dengan melemparkan buah.."
(Hassan al-Banna)

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 20:32

Pada 22-06-08 14:39 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

SUCI SEBELUM HABISNYA WAKTU SHALAT, WAJIBKAH MELAKUKAN SHALAT ITU
Mei 10, 2007 — mohd masri | Sunting

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Pertanyaan.
Apakah hukumnya jika seorang wanita mendapatkan haidh beberapa saat setelah masuknya waktu shalat, apakah wajib baginya untuk mengqadha shalat itu pada saat suci, begitu juga jika seorang wanita mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum habisnya waktu shalat, wajibkah dia melaksanakan shalat itu ?

Jawapan
Pertama : Jika seorang wanita mendapatkan haidh beberapa saat setelah masuknya waktu shalat dan dia belum melaksanakan shalat itu sebelum datangnya haid maka wajib baginya untuk mengqadha shalat itu jika dia telah suci, hal itu berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Ertinya : Barangsiapa yang dapat melakukan satu rakaat dari suatu shalat maka berarti ia telah mendapatkan shalat itu”.

Dan jika seorang wanita telah memasuki waktu shalat sekedar satu rakaat, kemudian dia mendapatkan haidh sebelum melakukan shalat itu maka diwajibkan baginya untuk mengqadha shalat itu jika ia telah suci.

Kedua : Jika ia mendapatkan kesuciannya dari haidh beberapa saat sebelum habisnya waktu shalat, maka wajib baginya untuk mengqadha shalat itu, walaupun dia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum terbitnya matahari sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat, maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Shubuh. Begitu pula jika ia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sebelum terbenamnya matahari sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat maka wajib baginya untuk shalat Ashar. Jika dia mendapatkan kesuciannnya sebelum pertengahan malam sekadar waktu yang cukup untuk satu rakaat maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Isya. Jika dia mendapatkan kesuciannya beberapa saat sesudah pertengahan malam maka wajib baginya untuk melaksanakan shalat Isya dan diwajibkan baginya untuk melaksanakan shalat Shubuh jika telah datang waktu shalat Shubuh, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. -An-Nisa' : 103-104]

Yakni, shalat yang wajib itu ditentukan oleh waktu yang terbatas, yang mana tidak boleh baginya untuk melakasanakan shalat jika telah habis waktunya, juga tidak boleh melaksanakan shalat sebelum tiba waktunya.

-52 Su'alan 'an Ahkamil Haidh, Syaikh Ibnu Utsaimin, halaman 23]

-Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami'ah Lil Maratil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tengtang Wanita, penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq hal. 133-134, penerjemah Amir Hamzah Fakhruddin]
http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/10/mendapatkan-kesucian-sebelum-habisnya-waktu-shalat-wajibkah-melakukan-shalat-itu/

Hal ini perlu diberi penekanan....
saya selalu diberi pertanyaan tentang hal ini..
1 lagi soalan yang kerap... boleh kah potong kuku ketika haid.. jawapannya...boleh...tiada halangan untuk potong kuku ketika haid...

untuk muslimah sekelian...
JANGANLAH LAMBAT2 KAN MANDI WAJIB.

-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...

Bookmark and Share

  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 21:15

terima kasih banyak-banyak atas pentarbiyahan berhemah lagi penuh dakwah itu..

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 21:17

aku dah kata.. tang gedik memang payah nak nampak... langsung tak ada teguran... kat aku jugak yang disamakan kan dengan najis..

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 21:23

untuk eni...tu mungkin sekadar salah faham... jernihkanlah bebaik dengan sesiapa yang terlibat.... buang yang keruh..ambil yang jernih...

untuk yang lain...janganlah salah faham kata-kata eni..tak bestlah perbincangan jadi pergaduhan pula..berdamai lah eh.. :welcome:

-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...

Bookmark and Share

  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 21:25

boleh tegur kedua2 belah pihak tak?

Kenapa perlu untuk eni?

bertindak adil kalau mahu menjadi puan pengaman.. wahai adik cikgu

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 21:43

Pada 03-12-08 21:25 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

boleh tegur kedua2 belah pihak tak?

Kenapa perlu untuk eni?

bertindak adil kalau mahu menjadi puan pengaman.. wahai adik cikgu

lah..maaf kak eni..

kan saya ada tegur juga pada yang lain-lain... cuba baca yang perenggan kedua tu...untuk yang lain-lain tu bermaksud pada semua yang berlawan kata di atas..

berdamailah...manusia berbeza..memang sukar difahami.. salah faham adalah perkara normal yang kerap berlaku dalam kehidupan...

-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...

Bookmark and Share

  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 21:48

Banting tu apa? bukan ke banting tu satu tempat kat selangor? teman tengok yang banyak padi2 menguning dan ada perbuatan membanting padi? ramai urang jawa kat sana....

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  

posticon Posting pada: 03-12-08 21:57

bismillahirrohmanirrohiim...
aslmkm...
masyaallah....wallahi saya kagum pada topik ni yang ada mengambil berat untuk memikirkannya...
yang pasti saya akan ingatkan awal-awal..,"apa pun yang dibincangkan dan diperdebatkan..,jangan pernah dengan marah..or benci.."kita sama-sama tengah mencari ilmu, jangan biarkan iblis mengabil kesempatan untuk jerat kita dengan rasa benci dan marah pada saudara kita sendiri...kita cuba untuk berfikir posotif...

seorang istri, tidak mesti tau semua hal or copy paste apa yang ada di kepala suaminya...wajar adanya perbezaan pendapat antara suami istri, aisyah radhiallahu'anha juga berdebat dengan rasulallah...

apa pun, pastikan jaga ada kita masing-masing...ingat..!!! iblis takkan diam walau pun kita tengah berbincang pasal ilmu..iblis tetap berusaha untuk buat kita berdosa...tetaplah jaga niat dan cara serta adab kita dalam berdebat...kalau emosi, banyak-banyak beristighfar dan mohon perlindungan allah...

Bookmark and Share

  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 21:58

Pada 03-12-08 21:43 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 21:25 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

boleh tegur kedua2 belah pihak tak?

Kenapa perlu untuk eni?

bertindak adil kalau mahu menjadi puan pengaman.. wahai adik cikgu

lah..maaf kak eni..

kan saya ada tegur juga pada yang lain-lain... cuba baca yang perenggan kedua tu...untuk yang lain-lain tu bermaksud pada semua yang berlawan kata di atas..

berdamailah...manusia berbeza..memang sukar difahami.. salah faham adalah perkara normal yang kerap berlaku dalam kehidupan...

huk aloh... payoh lah lagu ni juga... maksud kedua pihak tu adalah antara kami berdua.. yang lain-lain tu.. dinasihatkan suruh jangan faham kata-kata eni saja pulak tu.. heheh.. bijak2...

hok lain-lain tu termasuk anda... patutnya kena bagi nasehak lagu ni...

"jange suka-suka nok buat kesimpulan sendiri atau pung masuk campur dalam urusan hok ore lain"

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 22:08

Pada 03-12-08 21:58 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 21:43 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 21:25 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

boleh tegur kedua2 belah pihak tak?

Kenapa perlu untuk eni?

bertindak adil kalau mahu menjadi puan pengaman.. wahai adik cikgu

lah..maaf kak eni..

kan saya ada tegur juga pada yang lain-lain... cuba baca yang perenggan kedua tu...untuk yang lain-lain tu bermaksud pada semua yang berlawan kata di atas..

berdamailah...manusia berbeza..memang sukar difahami.. salah faham adalah perkara normal yang kerap berlaku dalam kehidupan...

huk aloh... payoh lah lagu ni juga... maksud kedua pihak tu adalah antara kami berdua.. yang lain-lain tu.. dinasihatkan suruh jangan faham kata-kata eni saja pulak tu.. heheh.. bijak2...

hok lain-lain tu termasuk anda... patutnya kena bagi nasehak lagu ni...

"jange suka-suka nok buat kesimpulan sendiri atau pung masuk campur dalam urusan hok ore lain"

opss....okay...tak masuk campur. :bunga:

-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...

Bookmark and Share

  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 22:09

wei.... kome gaduhlah pasai period ke... ni gaduh bab lain ni tak best lah. Hadis yang teman bawa kat atas tu tak ada siapa nak bagi penjelasan ke? teman nak juga tau.

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 03-12-08 22:10

Assalamualaikum
hmm....maaflah...tak sangka jadi begini pulak..mungkin saya menggunakan perkataan yang agak kasar, tapi sungguh saya tak ada niat pun nak menyamakan niat baik akak dengan tahi..sungguh..cumanya, apa yang saya bandingkan ialah, suatu keburukan janganlah dibalas dengan keburukan...dan sebenarnya cerita tentang tahi tu saya nak refer kepada kisah rasul yang dibaling tahi oleh penduduk Mekah, tapi Rasul tak pernah membalasnya..malah ketika sakit, Rasul melawatnya lagi..betapa indahnya akhlak rasul..itu yang saya cuba kaitkan..sungguh, dari hati yang tulus, saya tak samakan niat baik kak eni dengan tahi..akak silap dalam mentafsir, dan maafkan saya kerana analogi cerita yang tak jelas membuatkan akak rasa begitu...

tentang teguran terhadap wawa, sungguh, bukan disengajakan..tapi atas kelemahan saya sendiri..saya sendiri tak sedar bahawa kata² wawa agak "keterlaluan"..bila akak tegur, barulah saya melihat kesilapan wawa..dan memang saya dah nak tegur, tapi tak berkesempatan tadi..ada urusan..sungguh, dari hati tulus saya jugak, tidak pernah saya suka seorang perempuan yang berkelakuan gedik atau sebagainya..cuma kekurangan diri saya dalam memerhatikan makna yang disampaikan oleh wawa tu menyebabkan saya terlepas untuk menegur wawa..

tentang keharaman tu, saya bukannya kata bahawa saya tidak setuju dengan pendirian akak bahawa memang yang terbaik adalah meminta keizinan suami, malah saya dah sebut dalam posting saya..ia adalah keutamaan ibadah..dan memang saya bersetuju dengan kak eni..tapi penjelasan saya tu bermaksud, ada pendapat lain yang boleh diikuti..jadi, saya refer kepada kaedah usul fiqh bahawa tiada dalil yang mengharamkan keluarnya seorang wanita (dalam hal ini mendahulukan orang lain) untuk menuntut ilmu, jadi tiada masalah untuk menuntut ilmu dengan menanyakan orang luar terlebih dahulu..maknanya di sini, saya menerangkan tentang kepelbagaian jalan yang boleh diambil dalam kehidupan seharian kita..maknanya, cara akak pun baik..cara wawa pun baik..tapi cara akak 'ter'lebih baik untuk diikuti, kerana ia adalah keutamaan dalam beribadah...

tak mengapalah..bab thread lain..maaflah, saya takkan timbulkan di sini..

cuma kata-kata yang luhur dari saya, memang akak adalah akak, dan saya tetap saya...tapi, setiap dari kita adalah pendakwah, cuma bukan atas tiket rasmi..setiap dari kita membawa imej Islam..dan hanya sebab tu saya mengajak kepada suatu cara yang lebih baik...saya tak tahu apa cerita di sebalik ini, dan saya pun tak mahu tahu..tapi, apa yang terbit di sini, itulah yang orang nampak, dan itulah yang perlu kita jaga..kerana manusia hanya boleh menilai dari zahirnya..izinkan saya berkongsi kata² Saidina Umar :
"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya."

dalam hal ini, sekali lagi saya memohon keampunan dan maaf zahir batin atas kesilapan saya..saya hanya makhluk yang lemah...harap maaf saya diterima oleh kak eni..sesungguhnya saya menghormati kak eni sebagai seorang kakak..

okies...peace... :bunga:
wassalam.

P/S : kepada semua, maaf atas kesilapan saya...kepada wawa, please remind your every words...itu sahaja pesanan penaja dari saya... :-D

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  

posticon Posting pada: 03-12-08 22:14

mungkin cara saya berfikir berbeza dengan sahabat dalam hal ni..
saya tahu..,beberapa ulama mengatakan akan batal wudhu lelaki dan perempuan yang bersentuhan walau pun suami istri.
tapi saya pernah baca dalam kitab hadis bahwa rasul mencium dahi aisyah saat akan sholat, dan saya pun melakukan hal yang sama...
rasul pernah menggerakkan kakinya kepada aisyah saat rasul tengah melakukan sholat tahajjut...

dari hal ni saya akan mengatakan bahwa tidak batal seorang suami yang menyentuh istrinya dalam keadaan berwudhu...

mengenai hal dalam keadaan haid, bagi saya tu sama....biasanya..,disaat saya membaca al qur'an..,saya akan meminta istri saya berbaring di riba saya...sebab saya tahu al qur'an tu ubat...saya baca sambil saya usap2 kepala istri saya...

perlu saya sampaikan pada sahabat-sahabat semua...tentang pemahaman" tiada yang boleh/bisa/mampu menyentuhnya kecuali orang2 yang suci/ disucikan..." yang tertulis pada alqur'an...
dalam tafsir al azhar(karya PROF.HAMKA), yang dimaksudkan yang suci dalam ayat tu bukan yang dalam keadaan wudhu..tapi orang yang bersih or suci hatinya..or malaikat yang ALLAH sucikan...yang dimaksud yang "mampu di sentuh" disini ialah alqur'an yang di LAUHIL MAHFUZ...
saya tidak menyalahkn seorang yang haid memegang alqur'an..dalam sebuah riwayat dikatakan bahawa telah terjatuh kulit yang tertulis ayat alqur'an pada masa nabi, kemudian dimintalah seorang perempuan untuk mengambilnya..perempuan itu mengatakan bahwa dirinya dalam keadaan haid...kemudian dikatakan "BUKANKAH HAID ITU TIDAK/BUKAN DI TANGANMU??"

Bookmark and Share

  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  

posticon Posting pada: 03-12-08 22:16

Wawa nak minta maaf pada semua .. thank you pada yang call/sms dan PM Wawa untuk minta maaf dalam isu ni.. Sejujurnya ... Wawa tak kecil hati pun :-D

Wawa tak tahu pula kalau hal ni boleh disalahertikan .. Apapun thank you semua .. Wawa sayang semuanya. kasihan lah pada org yang betul-betul nak tahu ilmu macam Wawa ni .. tolong lah tegur dengan cara brhikmah. Wawa terima tegurn dan nasihat kawan-kawan yang disayangi seadanya .. Beri ruang untuk Wawa ubah ok..??

Bab utamakn suami .. tadi kbtulan Wawa d Ofis dan suami d rumah, Wawa trgerak nak tanya soalan-soalan d atas, kbtulan tengah ada peluang nak kgsi ilmu dengan kawan-kawan yang disayangi, tu yang Wawa posting tanpa ruju' suami trlebih dhulu. tak kan semua soalan nak ruju' pada suami trlebih dhulu?? T & C lah .. kasihan kat suami juga .. Wawa ada waktu khusus untuk bincg bab agama dengan suami :-) bukan main redah saja .. Suami pun ada hal lain yang perlu Wawa hormati.

banyak lagi cara untuk muliakn suami kita :-) thank you pada sesiapa yang concerned atas silap Wawa .. Wawa kena banyak belajar dari semua org .. termasuk suami. Keep advice me :-D ok?

2 B honest, tahap pghayatn Qur'an Wawa ialah dengan 'Bertalaqi' dengan suami sebab Wawa memang tak reti mengaji. Suami yang ajar Wawa.. tak terfikir pula nak baring kat peha suami time kami tengah 'Bertalaqi'.

Word 'kiss' digunakan dalam soalan Wawa - sebabnya, Wawa BERTANYA. dalam brtanya rasanya kita perlukan soalan yang jelas supaya dapat jawapan yang jelas. Soalan Wawa umum, Wawa langsung tak ada kaitkn pengantin baru ke, pengantin lama ke, manja ke, gedik ke.. whatsoeverlah .. :-) D sini suka untuk Wawa berpesan, tak semua perkahwinan tu berlandaskn nafsu semata-mata.. Sampaikn kalau baring kat peha suamipun brnafsu .. Aduhai .. Na'uzubillah ..

Wawa percaya, rmi warga u.c yang masih lagi jadikan 'Iman' sebagai landasan hidup mereka.. Nafsu bukan kperluan hidup tapi khendak .. so ia boleh dikawal.. :-) Don't worry, B happy ye kawan-kawan trcayang .. :-D

Brkenaan dengan salah tutur Wawa .. Wawa betul minta maaf pada semua .. jangan lah sbbkn hal ni, u all dah tak hendak tegur ksalahn/Kesilapn Wawa .. ok? :-) tak rugi kongsi ilmu dengan si 'Naive' ni ... Hihi :-D nanti ALLAH SWT pasti akan + kan ilmu d dada kalian semua tau .. :-) thank you pada yang jawab soalan Wawa .. :-)

Bact to topic, ada apa-apa pendapat lain tentang soalan Wawa tadi..??

Bookmark and Share

  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 22:17

Tapikan Mulya, sebagai urang awam seperti teman ni, macam mana ye? dan juga pengikut mazhab Syafie. Menyentuh wanita bukan mahram tanpa berlapik adalah batal. penerangan sayatetapsaya sebelum ni saya paham. Tapi teman perlukan kefahaman lagi dengan tafsiran hadis teman bawa kat atas tu...

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 03-12-08 22:19

Assalamualaikum
kepada mulya dan P.D...jawapan dan persoalan yang antum berikan itu sudahpun saya huraikan dalam jawapan saya..boleh cek semula... ;-)

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 22:22

wa alaikumusalam wbt

Terime Kasih atas penerangan itu. Tapi macam mana nak kaitkan dengan hadis kat atas tu? teman cuma ingin ketahui...

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  

posticon Posting pada: 03-12-08 22:27

he..he...islam ni mudah...jangan merasa susah dan pening dengan islam...islam tu sangat indah dan mudah...
jika anda pernah mengetahui or mendengar tentang suatu hal yang pernah dilakukan oleh nabi..dan berita itu diyakini shoheh..,dan tiada di batalkan oleh alqur'an or oleh nabi sendiri setelah itu,..maka hal tu pun boleh anda lakukan...insyaallah...wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 22:32

teman teringat satu kuliah ugame satu tika dulu, tak ingat bila. Yang mengatakan para ulama' ini ibarat paip2 yang menyambungi empangan yang besar. Empangan itu menyediakan air untuk dialirkan oleh paip2 ini. Jadi pada kita lebih elok kiranya kalau menikmati air itu dari kemudahan paip2 yang disediakan. Tak salah nak mendaki dan bersusah payah ke empangan untuk menikmati air.

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  

posticon Posting pada: 03-12-08 22:46

HAL TU MEMANGLAH BENAR ADANYA..TAPI.., taklah semua paip tu baikkan..kadang-kadang paip tu berkarat...kadang-kadang paip tu dah dilubang orang dan dah dimasukkan lumpur...kita perlu teliti...

kalau kita hanya ikut paip tu, takutnya kita tak boleh nak rasakan dan mengetahui air yang di alirkan pertama dari awal tu berwarna apa..yang kita tau air yang dah dalam ujung paip tu berwarna coklat..kita tak tahu bahwa paip tu dah lama dan berlumpur...dah bercampur zat2 lain...
banyak ulama yang mengatakan..."siapa pun yang mengikuti al qur'an dan sunnah..,itulah mazhab kami.."..syafi'i juga berkata yang kira-kira bermaksud bahwa imam syafi'i tidak membenarkan seorang pun untuk mengikuti kitab mazhabnya tanpa orang itu mengetahui dari mana imam syafi;'i mendapatkan apa-apa yang ada dalam kitab tu..

Bookmark and Share

  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 22:50

ya, teman bersetuju dengan pandangan mulya, namun taraf keilmuan yang tinggi perlu untuk mendaki empangan yang mempunyai air yang suci lagi bersih.

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  

posticon Posting pada: 03-12-08 23:09

sahabat yang dirahmati ALLAH...cubalah kita cari ilmu dengan membaca ALQUR'AN dan mencuba mengetahui maknanya dengan terjemahnya...dan jangan lupa memohon petunjuk serta penjelasan kepada ZAT yang telah menciptakan dan memberikan alqur'an untuk kita sebagai petunjuk...
ALLAHU RABBI WA RABBUKUM...(ALLAH TUHANku dan TUHAN bagi kamu semua...)

Bookmark and Share

  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 03-12-08 23:14

Terima Kasih Mulya sebab menasihati teman. Segala ilmu itu teman akan simpan dan amalkan dan bertanya lanjut dengan faqih yang lain. Lagi ramai lagi bagus, betulkan...

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  

posticon Posting pada: 03-12-08 23:25

ya...semoga kita semua dapat ilmu..tapi perlu saya ingatkan...sebaiknya kita sama-sama cuba untuk famai alqur'an dan sunnah nabi...agar kita terhindar dari pemahaman2 yang kadang bercampur adat dan kebiasaan agama lain...
terutama masalah aqidah dan ibadah...kedua hal tu mesti harus wajib sama dengan rasul dan alqur'an..kalau tak sama, tu bermakna SALAH...tu yang dikatakan bid'ah...
wallahu'alam...

Bookmark and Share

  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  

posticon Posting pada: 03-12-08 23:27

Mazhab tu apa..?? Fahaman ek..? atau .. Bid'ah ke..?? macam mana pula kalau terjadi prgaduhn ISO masing-masing nak menangkn mazhab mereka eek..??

Bookmark and Share

  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  

posticon Posting pada: 03-12-08 23:35

mazhab...boleh difahami semacam pemahaman..or kitab...contoh mazhab syafi'i...bid'ah tu sesuatu yang baru dalam agama..saya lebih mengetamakan dan mengatakan, bid'ah tu sesuatu yang baru dalam hal ibadah...ibadah yang langsung kepada ALLAH/bukan dalam hal mu'amalah...
saya pun tak faham kenapa mereka merasa benar dan menganggap yang lain salah...mungkin juga kita perlu bertanya kepada mereka.."RASULALLAU ikut MAZHAB yang mana erk..????"

Bookmark and Share

  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  

posticon Posting pada: 03-12-08 23:49

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam
waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas) 2.
Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)

solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau

tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi,
langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu
mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk
waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi
hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih
dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib,
maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau
tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering
dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku
secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam
waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu
perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan
Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa'
ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

MAAF..SENGAJA SAYA COPY dan PASTE...

PERLU KITA KETAHUI...(bukan bermaksud mengatakan saya lebih dari imam alghozali)

DALAM KESEMPATAN NI saya INGIN MENYAMPAIKAN...
-TIADA QODO SELAIN PUASA....
"bagi seseorang yang tidak sedar/tidur/pengsan ,maka tiada hukum baginya...,namun demikian, rasul dan sahabat pernah bangun lewat dipagi hari, dan nabi terus menyuruh sahabat untuk bersiap2 sholat subuh..bukan qodo..."(hanya sholat yang belum dikerjakan..bukan yang sudah berlalu oleh satu waktu sholat yang lain.)

-ASAL SESUATU ITU ADALAH TIDAK ADA..
"jika seseorang yang telah berwudhu/mengambil air sembahyang, kemudian ia lupa telah mengambil atau belum..maka hukum mengatakan bahwa ia belum mengambil wudhu...
begitu juga dengan wanita haid, jika ia ragu ia sudah suci atau belum, maka hukum berpihak ia belum suci...,jika ia tidak tahu ia sudah suci or belum pada waktu isya, sedangkn disaat ia mengetahui itu telah masuk waktu subuh, maka ia tidak perlu sholat isya sebab hukum berpihak bahawa wanita itu belum suci sebelumnya..

-DALAM hadis dalam kitab shoheh muslim dikatakan bahwa batas sholat isya ialah pertengahan malam...

wallahu'alam...
-

Bookmark and Share

  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  

posticon Posting pada: 04-12-08 00:07

Pada 03-12-08 23:27 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Mazhab tu apa..?? Fahaman ek..? atau .. Bid'ah ke..?? macam mana pula kalau terjadi prgaduhn ISO masing-masing nak menangkn mazhab mereka eek..??

mazhab tu ada banyak

bermazhab membawa maksud Umat Islam yang mengikut al-Quran dan al-Sunnah berdasarkan kepada kefahaman dan pendapat ulamak muktabar yang tertentu.

keempat2 imam mazhab ahli sunnah wal jamaah, walaupun mereka berbeza pendapat, mereka tetap berpegang kepada Quran & sunnah.

sebagai contoh banyak pergerakan boleh membatalkan solah mengikut mazhab Syafi'e, itu adalah berdasarkan sunnah.

pendapat imam2 yang lain, boleh bergerak lebih daripada 3 kali berdasarkan kisah ketika kiblat bertukar dari Baitul Maqdis ke Ka'abah. ini juga berdasarkan sunnah.

keempat2 mereka memegang lesen besar dalam membuat fatwa kerana mereka lebih dalam ilmunya & bersusah payah memahami Quran & sunnah.

jadi untuk persoalan macam mana pula kalau terjadi prgaduhn ISO masing-masing nak menangkn mazhab mereka eek..?? kita masing-masing perlu menjaga beberapa adab (sebagaimana sabdaan Baginda "Aku diutuskan ke dunia ini untuk membetulkan akhlak)

Mengelak daripada sikap fanatik atau taasub mazhab. Sikap ini akan melahirkan perasaan bahawa mazhab anutannya sahaja yang betul dan mazhab lain adalah salah, mengakibatkan orang tidak mahu bersolat dengan imam yang berbeza mazhab, menjadikan perkahwinan antara orang berbeza mazhab tidak sah. perkara-perkara sebegini mengakibatkan umat Islam hidup berpecah belah.

Mengelak talfik mazhab. Keadaan ini menyatakan orang yang memilih berbagai-bagai pandangan mazhab yang berbeza dalam satu-satu persoalan untuk mengambil kelonggaran (rukhsah). Hukumnya adalah haram kerana mempermudah dan mempersendakan agama.

sekian, WALLAHU'ALAM.

Bookmark and Share

  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  

posticon Posting pada: 04-12-08 00:13

Pada 03-12-08 23:35 , Mulya posting:

!!! QUOTE !!!

mazhab...boleh difahami semacam pemahaman..or kitab...contoh mazhab syafi'i...bid'ah tu sesuatu yang baru dalam agama..saya lebih mengetamakan dan mengatakan, bid'ah tu sesuatu yang baru dalam hal ibadah...ibadah yang langsung kepada ALLAH/bukan dalam hal mu'amalah...
saya pun tak faham Kenapa mereka merasa benar dan menganggap yang lain salah...mungkin juga kita perlu bertanya kepada mereka.."RASULALLAU ikut MAZHAB yang mana erk..????"

sikap umat Islam dalam bermazhab, yang boleh dipecahkan kepada:

Taklid buta1. . Segelintir mereka yang sangat taasub (fanatik) dengan satu-satu mazhab semata-mata dengan menutup terus daripada melihat pandangan mazhab lain.

T2. alfik mazhab. Terdapat pula sekumpulan lain yang mengambil sikap mengikut mana-mana sahaja pandangan mazhab yang mudah baginya dalam satu-satu masalah dengan alasan Islam itu mudah dan Allah tidak membebankan hambanya dengan perkara yang menyusahkan.

Tidak bermazhab3. . Golongan yang menolak untuk berpegang dengan mana-mana mazhab, dimana mereka melihat bahawa mereka juga layak untuk memahami nas-nas hukum/layak pula untuk menentukan hukum hakam berdasarkan apa yang mereka faham. Alasan mereka bahawa mazhab-mazhab ini tidak pernah wujud dalam Islam sejak daripada zaman rasulullah SAW. Kumpulan ini sangat berani mentafsir sendiri nas (teks) al-Qur’an dan al-Sunnah mengikut kefahaman mereka tanpa merujuk kepada tafsir-tafsir muktabar daripada ulamak-ulamak salaf dan khalaf.

Berlapang dada dalam bermazhab4. . Kelompok yang berpegang kepada mazhab muktabar yang tertentu, namun dalam masa yang sama sentiasa berlapang dada terhadap pandangan yang berbeza daripada mazhab lain dengan tidak mencela atau merendahkannya.

satu sahaja yang selamat iaitu umat Islam yang sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan untuk sampai ke satu tahap dapat memahami nas-nas al-Qur’an dan Al-Sunnah sebagai hujah dan dalil dalam amalan agama. Dalam masa yang sama kita berpegang kepada pendapat mazhab muktabar yang tertentu sebagai panduan dalam kerangka berfikir dan supaya tidak tersasar dalam berfikir, berhujah, berhukum dan beramal.

Bookmark and Share

  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 04-12-08 01:27

salamun alaik..

ok..ana cuba bantu mana yang ana tahu deh..

sebelum tu.. harap kondisi dalam topik ni cooldown..
moh tarik nafas pelan..pelan..
sts.mimi.. jangan ribut-ribut..ehhe..
we are Ukhwah.. just be cool ye :malu:

!!! QUOTE !!!

Saya ingin pendapat dan penjelasan mengenai hadis ini;

Saidatina ‘Aisyah .a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mencium isteri-isterinya, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ahmad dan at-Tirmizi)

soalan daeng.
ni kali ke berapa nth soalan ni..
sebelum ni tengah UO.. ada sahabat tanya.. juga sahabat uc..ehehe.

persoalan yang diajukan pada ana.
dan ana mengfwd pada ustz yang kebetulan online masa tu.
ustaz jawab.. ye..baginda berbuat demekian.. tapi, andai
bilamana antum buat begitu..jangan sampai mengakibatkan
nafsu syahwat teransang..jadi, tak salah..cuma kalau boleh elakkan saja.. solatlaa bersama afdal..hiihii.. tapi kok kes zaujah cuti.
suami solat lah di masjidItuhidupku..
( upss, promote buku ustaz. gunawan.) :sopan:

!!! QUOTE !!!

Hal ini perlu diberi penekanan....
saya selalu diberi pertanyaan tentang hal ini..
1 lagi soalan yang kerap... boleh kah potong kuku ketika haid.. jawapannya...boleh...tiada halangan untuk potong kuku ketika haid...

untuk muslimah sekelian...
JANGANLAH LAMBAT2 KAN MANDI WAJIB.

betul kenyataan di atas tu..
cuma, ada juga terdapt khilaf.. sebelum ni mak ana pun cakap.
simpan kuku.. nanti bawa mandi bersama.. then kena buang atas tanah.
waktu dalam mamnuq.. tak boleh potong rambut.. potong kuku..etc..

jadi, andai kuku dah panjang.. potonglaa.. jangan sampai mudaratkan kesihatan.. nak bawa mandi.. tanam.. ikut rukshoh..antum.
wallahu'alam..

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 04-12-08 01:31

**pendekatan imam Syafie dalam setiap hukumnya adalah mengambil langkah berjaga-jaga...jadi, sebab tu dia mengatakan bahawa bersentuhan adalah membatalkan wudhu' (antara bukan mahram) kerana pada kebiasaannya manusia punyai nafsu..dan nafsu antara lelaki dan perempuan adalah fitrah yang tak boleh diketepi..jadi, mengambil pendekatan berjaga, imam Syafie menghalang terus bersentuhan...berbeza dengan Imam Hanafi, jika bersentuhan tanpa syahwat, tak batal..so, novel tu mengambil pendekatan ini...pun tak ada masalah..jika kita benar² meyakini bahawa itu memang tak berlaku..tapi, jika timbul syahwat saja, maka batal..pendekatan imam Hanafi ialah mengambil jalan mudah dimana selagi suatu perkara itu tidak disebut dalam al-Quran maka ia dikategorikan sebagai halal...

ijtihad pada kita ialah dimana yang kita rasa lebih selamat bagi kita..itulah yang kita pegangi..sebab tu jika kita lihat dalam keadaan darurat, contoh paling mudah, hal menunaikan haji...bersentuhan tak membatalkan wudhu' kerana ia memang tak dapat dielakkan...jadi, disini..perkara yang nak difahamkan ialah...jika awak yakin tak timbul rasa aneh, dan syahwat...tak ada masalah..dan begitulah sebaliknya...

-------------------

naa'm betul tu ustz sts.
Malaysia aula pada mazhab syafie.. namun, kdgkala kita ikut
juga pada mazhab lain..atas asbab ikut keadaan semasa.

jadi, kes di atas.. ikut situasi..
tapi.. bukan maksud ikut saja.. ( ayat org melayu...
eh..tak apa.. boleh saja.. darurat.. bla..bla..)

hati-hati bila menjatuhkan hukum hakam.. dan juga fatwa.
wallahu'alam..

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 04-12-08 01:47

Pada 03-12-08 16:36 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Saya ingin pendapat dan penjelasan mengenai hadis ini;

Saidatina ‘Aisyah .a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mencium isteri-isterinya, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ahmad dan at-Tirmizi)

Daeng,

Menurut pandangan Syafie, perbuatan cium di dalam hadith ini menggunakan lafaz umum.. boleh jadi Nabi mencium tetapi berlapik dengan kain.. maka sebab itu tidak batal wudhu' baginda.. sebab itulah Syafie menghukumkan batal wudhu jika suami isteri bersentuhan kulit.. seperti yang disebut-sebut Mazhab Syafie lebih berhati-hati dalam berhukum.. :-)

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 04-12-08 18:22

Pada 03-12-08 15:25 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 13:14 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Any idea..?? kalau suami kiss dahi dan pipi isteri time period, batal tak Wudhu' dia..??

Then, kalau suami baca Qur'an, Isteri baring kat Peha dia..?? Boleh tak?..

kalau ana salah,,ada sesiapa boleh tegur ye,,,ni bab fiqh.,

dr pendapat imam syafie,,akan betul wuduk sesorg jika bersentuhan antara antara lelaki or wanita,,adalah boleh membatalkan wudhuk,,jika time tu salah seorang itu berwudhuk,,,

dr pendapat imam hanafi pula,,tak terbatal wudhuk jika bersentuhan suami isteri tanpa disertakan syahwat diantara mereka...

so,,jadi..dr segi pendapat peribadi ana pula yang lemah dan daif dalam ilmu,,,masih lagi kurang ilmunya,,dengan rasa rendah diri dan malunya,,
jika suami tu tengah baca alquran,,,yang dok ngendeng2 Kenapa?hilang tumpuan boleh jadi,,,kan pula bini cun..dok manja saja,,hurm,,salah tajwid,,salah baris si suami....nauzubillah...
bukan soal wudhuk boleh dipertikaikan kat kat sini,,,ni soal lain da ni...
ok khalas...

soal cium tu,,saya rasa da jawab da kat atas,,so untuk lebih faham,,,dan jelas,,boleh bertanya kepada ustaz,,,maybe ada yang boleh menerangkan lebih lanjut..

1. Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 atau yang seangkatan dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri tidak batal air sembahyang?
2. Rasulullah pernah mencium ‘Aishah tetapi kemudian terus beribadat. Ada pula satu ketika semasa beliau sembahyang tersentuh kaki ‘Aishah tetapi beliau terus beribadat. Apa komen Ustaz?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan bersentuhan itu, adakah ia bersentuhan dengan telapak tangan atau bersentuhan antara kulit dengan kulit dan apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dengan kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?
4. Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mzhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???

so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ?? Mestikah kita kekal selama2nya dalam mazhab Syafii ? Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?

Saya harap soalan saya ini tidak menganggu ketenteraman saudara. Saya dahului bantuan saudara dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wassalam

jawapan:

awab:
assalamualaikum,

JAWAB 1. Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit perempaun
ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?

Menurut mazhab Syafi’i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).
Ini termasuk dengan isteri sendiri.

Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wudhuk
jika dengan tujuan `talazzuz’ (berlazat-lazat), atau mendapat
kelazatan ketika bersentuhan.

Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, sama ada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Mengapa mereka berselelisih pendapat?

Ulamak Syafi’i berdalilkan, firman Allah Taala:
“Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas- dengan maksud bersentuhan (al-lams)

Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

Ada hadis lain riwayat al-Nasa’i dan Ahmada, juga dari Aisyah, katanya:
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.

Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak syafi’i dan hanafi.

(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)

JAWAB 2. Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para ulamak syafi’i menolak kehujahan hadis berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha’if dan mursal. Manakala hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi, mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).

Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa penolakan ulamak syafi’i mengenai hadis menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja
diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam
keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan wudhuk

JAWAB 3. Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira sama ada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain.

Hanya dalam mazhab Syafi’I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.

Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi’I menetapkan sentuhan yang membatalkan wuduk ialah dengan telapak tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.

Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):

Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dengan kulit tanpa disengajakan antara suami isteri..?

Jawab: Menurut Syafi’I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki, tidak batal.

Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.

JAWAB 4. Perkara ini menyangkut masalah taklid dan talfiq. Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.

Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya.

Seperti seseorang itu mengkut pendapat Imam Syafi’I tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.

Apa hukum bertaklid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:
1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qath’I dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-ma’belum minad din bid-dharurah’. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.

Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.

2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang kita telah bincangkan di atas mengenai hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui – Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.

Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam Syafi’I, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.

Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.

Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yang berkeupayaan berijtihad).

Bertaklid kepada mazhab-mazhab
Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi’I, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafi’i.

Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi’I dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab Syafi’I, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.

Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.

Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi’I dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.

Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.

Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi’I dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.

Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.

Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.

Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua maslah yang berbeza – Wuduk dan sembahyang.

Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.

Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.

Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafi’i. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.

Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat Syafi’I telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.

2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.

Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.

Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Ittiba’
Ialah menerima pendapat oranglain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.

Ittiba’ adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.

Feqhul Muqaran
Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.

Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya. Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih). Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.

Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah seterusnya.

Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.

Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:
1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.
2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab – Dapat bertolak ansur dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.

Bagaimana kita di Malaysia?
Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafi’i. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi’i. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam – Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.

Di Malaysia, menurut pendapat saya, yang terbaik ialah feqhul muqaran. Tetapi ia hendaklah dijalankan secara beransur-ansur tanpa kekerasan dan paksaan.

Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat Syafi’I, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.

Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab Syafi’I – jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka akan cela dan bid’ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi.

——————–
Soal: Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???

Jawab: Boleh. Lihat penjelasan di atas tadi.
Cuma, seperti yang saya katakan, bahawa kita masih dalam persekitaran `kuat Syafi’I’. Oleh itu hati-hati ketika beramal dengan mazhab lain terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan sebagai sesat.

Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka bisa menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat.

Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang lebih besar lagi, iaitu fitnah perpecahan. Sebab orang-orang sebelum kita telah melalui zaman berkenaan.

Kadangkala kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat sudah tentu tersentak dan pelik. Mereka akan berkata begitu dan begini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan menerima pendapat kita?

Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata: “Memang, orang yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan dimusuhi.” Padahal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat mereka agar memusuhi kita.

Sebagai contoh lain, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini Maliki. Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya “tidak najis ke?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah berapi-api dari al-Quran dan sunnah….

Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan yang mereka berfikiran terbuka dalam masalah mazhab.

Dan alhamdulillah, semakin ramai yang terbuka, terutamanya dengan adanya usaha-usaha dari pelbagai pihak termasuk dari aL-AHKAM sendiri.

——————————————————————————–

Soal: so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ??
Jawab: Boleh. Lihat penjelasan mengenai taklid, talfiq dan ittiba’.

Soal: Mestikah kita kekal selama2nya dalam mazhab Syafii?
Jawab: Tidak. Lihat juga penjelasan yang sama di atas.

Soal: Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?
Jawab: Mereka berbeza hanya dari segi furuk sahaja tidak pada usul. Semua mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan hukum yang pertama. Dan al-Sunnah sebagai yang kedua. Dan dua perkara lagi yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan qiyas. Selepas itu, mereka berbeza. Berikut ini adalah sumber pengambilan hukum dari 4 mazhab:

Mazhab Hanafi:
1. Al-Quran
2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak.
3. Fatwa2 sahabat
4. Qiyas
5. Istihsan
6. Adat dan `uruf masyarakat

Mazhab Maliki:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)
4. Qiyas
5. Mashlahah mursalah / Ishtishab

Mazhab Syafi’I
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijma’
4. Qiyas
5. Istidlal

Mazhab Hanbali
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Fatwa-fatwa sahabat
4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah
5. Hadis Mursal dan Dha’if
6. Qiyas

Di atas adalah perbezaan pengambilan sumber hukum antara mazhab-mazhab. Perbezaan ini bukanlah pada dasarnya.

Dasar yang mereka sepakati adalah al-Quran dan Sunnah, sedangkan sumber-sumber lain tidak kira apa sekalipun, mestilah tidak lari dari prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh al-Quran.

Untuk rujukan lanjut, saya cadangkan agar saudara/ri merujuk buku-buku Usul fikah. Di sini saudara/ri akan didedahkan dengan pembahasan mengenainya dengan lebih luas lagi. Dan, buku-buku Usul Fikah sudah ada yang ditulis atau diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.

Perbezaan di dalam furu’ fikah… Terlalu banyak sekali. Antaranya ialah yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Namun ia hanyalah perbedaan dari sudut cabang sahaja bukan sudut dasar.

Sebagai contoh, ayat al-Quran: “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)

Dalam ayat ini, mana yang dasar dan mana yang furu’?
Dasarnya ialah -> Semua mazhab bersepakat mengatakan bahawa ayat di atas adalah mengenai menyentuh perempuan batal wudhuk.
Furu’nya ialah -> Sentuh yang bagaimana? Apakah maksud `sentuh’ itu jimak atau semata-mata sentuh atau sentuh dengan syahwat atau bagaimana? Mereka berbeda pendapat dalam menafsirkan masalah `sentuh’. Nanti dalam menafsirkan lafaz `sentuh’, mereka menggunakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Inilah juga yang dinamakan sebagai: Dalil qath’I sedangkan dilalahnya zhanni.
Iaitu dalilnya qath’I sebab ia adalah ayat al-Quran. Satu dalil yang memang benar-benar kuat. 100% perlu diyakini. Sedangkan dilalahnya zhanni.

Dilalah ialah -> Ayat ini menunjukkan atas hukum apa? Atau apa yang ditunjuk oleh ayat ini? Atau ayat ini menunjukkan maksud apa? Zhanni kerana ia masih perlu dibahas dan diselidiki penafsirannya.

Perselisihan begini adalah lumrah dan mesti berlaku. Ia juga menunjukkan betapa luasnya feqh Islami. Betapa bijaksananya Allah Taala di dalam hukumNya. Betapa tidak terjangkaunya ilmu manusia terhadap apa yang Allah ada.

Itulah dia bukti keagungan al-Quran. Keindahan sastera al-Quran. Kerana al-Quran bukanlah suratkhabar atau majalah. Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim. Mukjizat yang terus hidup hingga ke hari ini. Kitab perundangan yang sesuai pada setiap zaman.

—————–
Akhirnya.. Sebagaimana biasa, kami menyeru agar jangan sampai berlaku pertelingkahan sesama kita hanya disebabkan masalah `sentuh perempuan: Batal wuduk atau tidak’.

Sebarkan…!

Rujukan:
Al-Quran
Tafsir al-Qurtubi
al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, Dr Muhamad Bakar Ismail
Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh – Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh al-Islami – Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh – Muhamad Abu Zahrah
Usul Feqh – Abdul Wahab Khalaf
Usul Feqh – Muhamad Khdari baik
Subulus Salam – Al-Shon’ani
http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/sentuh-perempuan-batal-wudhu-atau-tidak/

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 04-12-08 18:26

Pada 03-12-08 16:10 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 15:51 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Vry good good thinker of u Mr.Umar .. :-)

Lagi 1, kalau kita datang bulan, betul ke tak boleh masuk masjid I.S.O (In Stead Of) akan kotorkn masjid..?? Bukan ke sekarang dah ada macam-macam 'kmudahan' to avoid it..?? Dulu memang pakai Tampon @ kain ETC kan..?? Wawa betul-betul confused lah .. Wawa pernah dengar tentang 'Muslim tu tak najis' so .. even datang bulan pun, still lagi boleh masuk Masjid dengan syarat tak kotorkn Masjid.. Is that true..??

..

memang da ada macam-macam kemudahan,,apa yang saya pelajari,,hanya boleh melintasi,,tidak dibenarkan duduk dalam masjid..sebagai contoh..wanita yang uzur itu dr pintu A masjid ke pintu B masjid yang melalui dewan solat..hanya melintasi dibolehkan,,nak duduk tak boleh,,,,

ada juga sebahgian pendapat mengatakan perkara ini dibolehkan jika diserta dengan keyakinan..tapi adakah benar-benar yakin dengan tuala wanita yang dipakai itu?tak bocor?sebab apa yang saya belajar dalam fiqh ini,,darah haid itu boleh keluar seketul besar dan boleh menjejaskan tuala tersebut,,sebab tu para ulama bersepakat,adalah tidak boleh sesorg wanita yang uzur syarie duduk mahupun beritiqaf dalam masjid...

berbeza pula dengan mahzab syafie,,dimana dibolehkan wanita uzur ni boleh duduk di dalam SURAU..sebab dalam mazhab syafie ada class antara masjid or surau...
mazhab lain(lupa antara 3 mazhab ni)bagi pendapat mereka..kecil ke besar ke,,ia tetap masjid...dan dilarang bagi wanita yang uzur syarie ini untuk duduk di dalam masjid..

wallahu'alam..

p/s;maaf tak ada dalil/ kitab nak disertakan disini untuk dijadikan hujah,,sebab semua ni belajar kat surau dulu,,lupa ustaz tu pakai kitab apa..nota pun tak bawa,,tapi masih ingat.

HUKUM TINGGAL ATAU DIAM DI MASJID BAGI ORANG JUNUB, PEREMPUAN HAID DAN NIFAS

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

“Ertinya : … Sesungguhnya aku tidak halalkan masjid ini bagi perempuan yang haidh dan orang yang junub.”

DHA’IF. Riwayat Abu Dawud (no. 232), Ibnu Khuzaimah (no. 1327), Baihaqiy (2/442-443) dan Ad Duulaabiy di dalam kitabnya Al Kuna wal Asmaa’ (1/150-151), dan jalan Abdul Wahid bin Ziyad (ia berkata): Telah menceritakan kepada kami Aflat bin Khalifah, dia berkata: Telah menceritakan kepadaku Jasrah binti Dajaajah, dari ‘Aisyah marfu’ (Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda seperti di atas)

Saya berkata ; Sanad hadits ini dha’if, di dalamnya terdapat Jasrah binti Dajaajah seorang rawi yang dha’if.

Berkata Bukhari, “Pada Jasrah terdapat keanehan-keanehan.” (Yakni, pada riwayat-riwayatnya terdapat keanehan-keanehan).(1) Berkata Baihaqiy, “Hadits ini tidak kuat.”(2) Berkata Al-Khathaabiy, “Hadits ini telah dilemahkan oleh jama’ah (ahli hadits).” (3) Berkata Abdul Haq, “Hadits ini tidak tsabit (kuat) dari jurusan isnadnya.” Berkata Ibnu Hazm di kitabnya Al Muhalla (2/186) tentang seluruh jalan hadits ini, “Semuanya ini adalah batil.”

Syaikhul Imam Al Albani telah melemahkan hadits ini di dalam kitabnya Irwaaul Ghalil (no. 193). Dan beliau pun mengatakan bahawa telah terjadi perselisihan atau perbezaan di dalam sanadnya. Di atas Aflat meriwayatkan dari Jasrah dari ‘Aisyah. Dalam riwayat yang lain Jasrah meriwayatkan dari Ummu Salamah sebagaimana riwayat di bawah ini.

“Ertinya : Sesungguhnya masjid ini tidak halal bagi orang yang junub dan perempuan haidh.”

DHA’IF. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (no. 645) dari jalan Ibnu Abi Ghaniyyah, dari Abil Khaththaab Al Hajariy, dari Mahduh Adz Dzuhliy, dari Jasrah dia berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Ummu Salamah, marfu’ (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda seperti di atas).

Imam Abu Zur’ah Ar Raaziy berkata, “Yang benar adalah riwayat Jasrah daripada Aisyah.” (4) Berkata Imam Ibnu Hazm di kitabnya Al Muhalla (2/186), “Adapun Mahduh telah gugur riwayatnya, ia telah meriwayatkan dari Jasrah riwayat-riwayat yang mu’dhal. Sedangkan Abul Khaththaab Al Hajariy majhul.”

Saya berkata: Abul Khaththaab dan Mahduh dua orang rawi yang majhul sebagaimana diterangkan Al Hafizh Ibnu Hajar di dalam Taqrib-nya (2/231 dan 417).
Saya berkata: Selain dua riwayat dha’if di atas dan yang kedua lebih lemah dari yang pertama, yang mereka jadikan dalil tentang haramnya bagi orang yang junub dan perempuan haidh dan nifas untuk tinggal atau diam di masjid, mereka pun berdalil dengan beberapa atsar dhaif dibawah ini.

(1). Perkataan Ibnu Abbas tentang firman Allah surat An-Nisaa ayat 43.
Berkata Ibnu Abbas, “Tidak boleh engkau masuk masjid sedangkan engkau dalam keadaan junub kecuali sekadar lalu dan jangan engkau duduk” (Riwayat Baihaqiy : 2/443)

Saya berkata : Sanad riwayat ini dhaif, kerana Abu saja’far Ar-Raazi yang ada di sanadnya seorang rawi yang dhaif kerana buruk hafalannya dan dia telah dilemahkan oleh para Imam di antaranya Imam Ahmad bin Hambal, Abu Zur’ah, Nasa’i, Al-Fallas dan lain-lain. Dan telah datang riwayat dari Ibnu Abbas dengan sanad yang shahih yang menyalahi riwayat dhaif di atas.

Telah berkata Ibnu Abi Syaibah di kitab-kitab Al-Mushannaf, “Telah menceritakan kepada kami Waaki, dari Ibnu Abi Arubah, dari Qatadah, dari Abi Mijlaz, dari Ibnu Abbas tentang firman Allah di atas beliau mengatakan (menafsirkan) ; (Yang dimaksud dengan ‘aabiri sabil) ialah musafir yang tidak memperoleh air lalu dia bertayamum” (5)

(2). Kemudian Imam Baihaqiy meriwayatkan lagi (2/443) dari jalan Abu Ubaidah bin Abdullah, dari Ibnu Mas’ud bahawa dia telah memberikan keringanan bagi orang yang junub untuk sekadar lalu di dalam masjid (yakni tidak duduk atau tinggal di masjid)

Saya berkata ; Sanad ini dhaif, kerana Abu Ubaidah bin Abdullah bin Mas’ud tidak pernah berjumpa dengan bapaknya yaitu Abdullah bin Mas’ud. Dengan demikian maka sanad ini munqathi (terputus).

(3). Kemudian Imam Baihaqiy meriwayatkan lagi (2/443) dari jalan Hasan bin Abi saja’far Al-Azdiy, dari Salm Al-Alawiy, dari Anas bin Malik tentang firman Allah di atas dia berkata, “ Sekadar lalu dan tidak duduk (di masjid)”.

Saya berkaa ; Sanad in pun dhaif, kerana:

Pertama : Salm bin Qais Al-Alawiy seorang rawi yang dhaif sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafidzh Ibnu Hajar di Taqribnya (1/314).

Kedua ; Hasan bin Abi saja’far Al-Jufriy Abu Sa’id Al-Azdiy, telah dilemahkan oleh Jama’ah ahli hadits. (Taqribut Tahdzib 1/164, Tahdzibit Tahdzib 2/260-261. Mizanul I’tidal 1/482-483)

Saya berkata :Telah sah dari Ali bin Abi Thalib bahawa beliau menafsirkan ayat diatas dengan orang musafir, beliau berkata, “Diturunkan ayat ini berkenaan dengan orang musafir. Dan tidak juga bagi orang yang junub kecuali orang yang mengadakan perjalanan sehingga dia mandi. Beliau berkata ; Apabila seorang (musafir) itu junub lalu dia tidak memperoleh air, dia tayamum lalu shalat sampai dia mendapatkan air. Dan apabila dia telah mendapatkan air (hendaklah) dia mandi’ (Riayat Baihaqiy 1/216 dan Ibnu Jarir di kitab Tafsirnya hanya 5 hal. 62 dan lain-lain sebagaimana telah dijelaskan oleh Ibnu Katsir di Tafsirnya 1/501 dan Imam Suyuthi di tafsirnya Ad-Durul Mantsur 2/165)

Setelah kita mengetahui bahawa seluruh riwayat yang melarang orang yang junub dan perempuan haid/nifas berdiam atau tinggal di masjid semuanya dhaif. Demikian juga tafsir ayat 43 surat An-Nisaa yang melarang orang yang junub dan perempuan haid berdiam atau tinggal di masjid semuanya dhaif tidak ada satupun yang sah (shahih atau hasan). Bahkan tafsir yang shahih dan sesuai dengan maksud ayat ialah tafsir dari Ali bin Abi Thalib dan Ibnu Abbas di atas. Yaitu, musafir yang terkena janabah dan dia tidak mendapatkan air lalu dia tayammum sampai dia memperoleh air. Jadi yang dimaksud dengan firman Allah ‘aabiri sabil ialah musafir. Bukanlah yang dimaksud orang yang masuk ke dalam masjid sekadar melewatinya tidak diam atau tinggal di dalamnya. Tafsir yang demikian selain tidak sesuai dengan susunan ayat dan menyalahi tafsir shahabat dan sejumlah dalil di bawah ini yang menjelaskan kepada kita bahawa orang yang junub dan perempuan yang haid atau nifas boleh diam atau tinggal di masjid.

Dalil Pertama

Dari ‘Aisyah, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadaku, “Ambilkanlah untukku sajadah kecil (6) di masjid.” Jawabku, “Sesungguhnya aku sedang haidh.” Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya haidhmu itu tidak berada di tanganmu.”

Shahih riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad dan Iain-lain.

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini ialah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkan ‘Aisyah masuk ke dalam masjid walaupun sedang haidh. Dan ketegasan jawapan beliau kepada ‘Aisyah menunjukkan bahawa haidhmu tidak menghalangimu masuk ke dalam masjid kerana haidhmu tidak berada di tanganmu.

Ada yang mengatakan, bahawa hadits di atas hanya menunjukkan bolehnya bagi perempuan haidh sekadar masuk ke dalam masjid atau melewatinya untuk satu keperluan kemudian segera keluar dari dalam masjid bukan untuk diam dan tinggal lama di dalam masjid.

Saya jawab: Subhaanallah! Inilah ta’thil, yaitu menghilangkan sejumlah faedah yang ada di dalam hadits ‘Aisyah di atas. Kalau benar apa yang dikatakannya tentu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan pengecualian kepada ‘Aisyah bahawa dia hanya boleh masuk ke dalam masjid dalam waktu yang singkat atau melewatinya sekadar mengambil sajadah kecil beliau dan tidak boleh diam dan tinggal lama di dalam masjid. Akan tetapi beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda secara umum masuk ke dalam masjid tanpa satupun pengecualian. Padahal saat itu ‘Aisyah sangat memerlukan penjelasan daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memerintahkannya masuk ke dalam masjid dalam keadaan haidh. Sedangkan mengakhirkan penjelasan dari waktu yang diperlukan tidak diperbolehkan menurut kaedah ushul yang telah disepakati. Oleh kerana itu wajib bagi kita menetapkan dan mengamalkan keumuman sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu diperbolehkan bagi perempuan haidh untuk masuk ke dalam masjid secara mutlak, baik sebentar atau lama bahkan tinggal atau menetap di dalamnya sebagaimana ditunjuki oleh dalil ketiga dan keempat.

Dalil Kedua:

Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”.

Shahih riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain dari jalan Abu Hurairah, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjumpaiku di salah satu jalan dari jalan-jalan yang ada di Madinah, sedangkan aku menyingkir pergi dan segera aku mandi kemudian aku datang (menemui beliau), lalu beliau bersabda, “Kemana engkau tadi wahai Abu Hurairah?” Jawabku, “Aku tadi dalam keadaan junub, maka aku tidak suka duduk bersamamu dalam keadaan tidak bersih (suci)”, Maka beliau bersabda, “Subhanallah! Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis” (Dalam riwayat yang lain beliau bersabda, “Sesungguhnya orang muslim itu tidak najis) (7)

Dalil Ketiga
Dan’ Aisyah (dia berkata), “Sesungguhnya ada seorang hamba perempuan hitam kepunyaan salah satu suku dari bangsa Arab. Lalu mereka memerdekakannya, kemudian dia pun tinggal bersama mereka…”

Berkata ‘Aisyah, “Lalu perempuan itu datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan masuk Islam.”

Berkata ‘Aisyah, “Dan perempuan itu mempunyai khemah kecil di masjid (yakni sebagai tempat tinggalnya)…”

Shahih riwayat Bukhari (no. 439).

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini jelas sekali tentang bolehnya bagi perempuan haidh untuk tinggal lama atau diam di masjid. Ini kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menyatakan kepada perempuan di atas ‘kalau datang hari-hari haidhmu hendaklah engkau jangan tinggal di masjid. Sedangkan dia tinggal di masjid dan mempunyai khemah untuk dia tidur dan menurut dalil keempat perempuan itu bekerja sebagai pembersih masjid. Sekiranya perempuan haidh itu tidak boleh tinggal atau diam di masjid tentu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan pengecualian seperti di atas. Akan tetapi beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkan dan membolehkan perempuan tersebut untuk tinggal di masjid bahkan mempunyai khemah sendiri secara umum dan mutlak tanpa satupun pengecualian. Padahal beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui dan kita pun mengetahui bahawa perempuan setiap bulannya akan melalui hari-hari haidh.

Dalil di atas bersama dalil keempat di bawah ini merupakan setegas-tegas dalil dan hujjah tentang bolehnya bagi perempuan haidh dan nifas untuk diam dan tinggal lama di masjid. Dan Imam Bukhari yang meriwayatkan hadits di atas di kitab shahihnya telah memberikan bab dengan judul: “Bab:Tidurnya perempuan di masjid”

Al Hafizh Ibnu Hajar di dalam mensyarahkan bab di atas mengatakan bahawa yang dimaksud ialah, “Tinggal atau diamnya perempuan di dalam masjid.”

Dalil Keempat

Dari Abu Hurairah (dia berkata): Bahawasanya ada seorang lelaki hitam -atau seorang perempuan hitam- (8) yang biasa membersihkan kotoran di masjid mati. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya tentangnya, mereka menjawab, “Dia telah mati.” Beliau bersabda, “Kenapakah kamu tidak memberitahukan kepadaku tentang (kematian)nya, tunjukkanlah kepadaku kuburnya.” Lalu beliau mendatangi kubur lelaki itu -atau kubur perempuan itu- kemudian beliau menshalatinya.

Shahih riwayat Bukhari (no.458, 460 dan 1337).

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini sama dengan yang sebelumnya kerana orangnya satu, yaitu seorang perempuan hitam yang masuk Islam kemudian tinggal dan menetap di masjid dan bekerja sebagai pembersih masjid

Dalil Kelima:

Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Aku pernah melihat tujuh puluh orang lelaki dari penduduk Suffah tidak seorang pun di antara mereka yang mempunyai baju, hatta kain atau selimut yang mereka ikat ke tengkuk mereka. Maka di antaranya (yakni di antara pakaian itu) ada yang sampai mata kaki, lalu mereka berkerobong dengan tangannya khawatir auratnya” (Shahih riwayat Bukhari no. 442)

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini jelas sekali tentang bolehnya bagi orang yang junub untuk tinggal lama atau diam di masjid. Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah memberikan pengecualian kepada para shahabat yang tinggal di suffah (teras masjid), bahawa ‘kalau salah seorang kamu junub hendaklah dia jangan tinggal di masjid’. Kalau sekiranya orang yang junub itu tidak boleh tinggal atau diam di masjid tentu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberikan pengecualian seperti di atas. Akan tetapi beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetapkan dan membolehkan para shahabat yang tinggal di suffah untuk tetap tinggal di masjid secara umum dan mutlak tanpa satupun pengecualian. Padahal beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui dan kita pun mengetahui bahawa adakalanya seseorang itu terkena janabah.

Dalil Keenam:

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus pasukan berkuda kearah Najd, lalu pasukan itu datang membawa seorang tawanan lelaki dari Bani Hanifah yang bernama Tsumaamah bin Utsaal. Kemudian mereka mengikatnya di salah satu dari tiang-tiang masjid, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar menemuinya dan beliau bersabda, “Lepaskan (ikatan) Tsumaamah”. Kemudian dia (yakni Tsumaamah) pergi ke sebuah pohon kurma yang berada di dekat masjid, lalu dia mandi kemudian masuk ke dalam masjid dan mengucapkan, “Asyhadu allaa ilaaha illallah wa anna Muhammadar rasulullah”

Shahih riwayat Bukhari (no. 462, 469, 2422, 2423 dan 4372)

Pengambilan dalil dari hadits yang mulia ini ialah, kalau orang kafir saja yang tidak pernah mandi janabah dibolehkan masuk ke dalam masjid apalagi seorang muslim, tentunya lebih utama dan lebih berhak masuk ke dalam masjid meskipun dalam keadaan junub atau dia seorang perempuan yang sedang haid atau nifas (yakni mimbaabil aula). Yang mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menegaskan, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis” (Lihatlah dalil kedua).

(Disalin dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Qur’an, Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qalam – Jakarta)

__________
Foote Note
(1). Tahdzibut Tahdzib (12/406) dan Nasbur Raayah (1/194).
(2). Al-Majmu Syarah Muhadzdzab (2/160) oleh Imam An Nawawi.
(3). Tafsir Ibnu Katsir (1/501) dan Nasbur raayah (1/144) dan Al-Majmu Syarah Muhadzdzab (2/160).
(4). Tafsir Ibnu Katsir (1/501).Talkhisul Habir (1/140). Nasbur Raayah (1/194-195).
(5). Demikian keterangan Imam Ibnu Turkamaaniy atas komentar beliau terhadap kitab Sunanul Kubranya Imam Baihaqiy yang saya nukil dengan ringkas dan mengambil maknanya.
(6). Al Khumrah ialah sajadah kecil yang cukup hanya untuk sujud.
(7). Kejadian yang sama juga terjadi pada Hudzaifah sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain.
(8). Yang benar adalah seorang perempuan hitam yang tinggal di masjid dan pekerjaannya membersihkan masjid sebagaimana ditunjuki oleh dalil ketiga dan beberapa riwayat yang dijelaskan oleh Al Hafizh Ibnu Hajar dalam mensyarahkan hadits ini (no.458) di Fathul Baar

http://www.almanhaj.or.id/content/2009/slash/0
http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/02/hukum-tinggal-atau-diam-di-masjid-bagi-orang-junub-perempuan-haid-dan-nifas/

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 04-12-08 18:31

Pada 03-12-08 20:32 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-06-08 14:39 , masri2 posting:

Hal ini perlu diberi penekanan....
saya selalu diberi pertanyaan tentang hal ini..
1 lagi soalan yang kerap... boleh kah potong kuku ketika haid.. jawapannya...boleh...tiada halangan untuk potong kuku ketika haid...

untuk muslimah sekelian...
JANGANLAH LAMBAT2 KAN MANDI WAJIB.

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

wallahu a’lam
abdulkadir
———–

http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm
http://soaljawab.wordpress.com/2007/09/11/hadith-tentang-khasiat-potong-kuku-hari-tertentu/

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 04-12-08 22:24

syukran,,,,detail jawapan dan penerangan dr saudara masri,,ana akui memang banyak kelemahan dan kekhilafan ana dalam menentukan hukum,,,ana redha dengan teguran bagi membaiki diri ini,,,,

kan belajar lagi gigih ni...

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar

posticon Posting pada: 05-12-08 21:32

Pada 04-12-08 18:31 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 20:32 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-06-08 14:39 , masri2 posting:

Hal ini perlu diberi penekanan....
saya selalu diberi pertanyaan tentang hal ini..
1 lagi soalan yang kerap... boleh kah potong kuku ketika haid.. jawapannya...boleh...tiada halangan untuk potong kuku ketika haid...

untuk muslimah sekelian...
JANGANLAH LAMBAT2 KAN MANDI WAJIB.

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

wallahu a’lam
abdulkadir
———–

http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm
http://soaljawab.wordpress.com/2007/09/11/hadith-tentang-khasiat-potong-kuku-hari-tertentu/

murni memang berpegang pada yang macam saudara masri kata ni.
tapi macam mana pula yang berpegang pada kata yang kena bawa mandi tu? ramai juga yang pertikaikannya dengan murni. Sehingga ada yang sanggup tak potong kuku hanya kerana berpegang pada kata-kata kena bawa mandi tu.

macam mana pula dengan rambut yang gugur? perlu ke dikumpulkan dan dibawa mandi?

-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...

Bookmark and Share

  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 06-12-08 12:09

Pada 05-12-08 21:32 , cikgu84 posting:

Assalamualaikum wbt,

Apa dalilnya perlu bawa mandi, tak boleh potong kuku semua tu? Jika ia satu ajaran Islam, sudah pasti Rasulullah saw akan terangkan di dalam hadis baginda saw, sudah pasti Rasulullah saw akan beritahu para sahabat. Jika ada dalilnya, silalah kongsikan di sini. Jika tidak, buat apa kita amalkan perkara yang tiada asalnya di dalam Islam.

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar

posticon Posting pada: 06-12-08 14:50

Pada 06-12-08 12:09 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-12-08 21:32 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-12-08 18:31 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 20:32 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-06-08 14:39 , masri2 posting:

Hal ini perlu diberi penekanan....
saya selalu diberi pertanyaan tentang hal ini..
1 lagi soalan yang kerap... boleh kah potong kuku ketika haid.. jawapannya...boleh...tiada halangan untuk potong kuku ketika haid...

untuk muslimah sekelian...
JANGANLAH LAMBAT2 KAN MANDI WAJIB.

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

wallahu a’lam
abdulkadir
———–

http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=37762

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm
http://soaljawab.wordpress.com/2007/09/11/hadith-tentang-khasiat-potong-kuku-hari-tertentu/

murni memang berpegang pada yang macam saudara masri kata ni.
tapi macam mana pula yang berpegang pada kata yang kena bawa mandi tu? ramai juga yang pertikaikannya dengan murni. Sehingga ada yang sanggup tak potong kuku hanya kerana berpegang pada kata-kata kena bawa mandi tu.

macam mana pula dengan rambut yang gugur? perlu ke dikumpulkan dan dibawa mandi?

Assalamualaikum wbt,

Apa dalilnya perlu bawa mandi, tak boleh potong kuku semua tu? Jika ia satu ajaran Islam, sudah pasti Rasulullah saw akan terangkan di dalam hadis baginda saw, sudah pasti Rasulullah saw akan beritahu para sahabat. Jika ada dalilnya, silalah kongsikan di sini. Jika tidak, buat apa kita amalkan perkara yang tiada asalnya di dalam Islam.

itulah saudara masri2.
kadang-kadang sukar berhujah dengan mereka yang berpegang pada     pantang larang orang lama melebihi hukum allah.

-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...

Bookmark and Share

  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 06-12-08 15:49

Pada 03-12-08 17:03 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-12-08 16:34 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

P/S : saya rasa wawa bertanya kerana dia mahukan ilmu..tak semestinya kena tanya pada suami dia jeq...belajarlah menghulurkan ilmu dengan hati yang terbuka...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah an-Nahl:125)

dari tadi diam saja ni sebab fikir malas nak counter ..tapi makin disalah erti pula alkisahnya ni....
macam inilah... kalau rasa posting dari eni macam hampeh.. no problem...yes i meant it..memang sengaja menaip begitu..tapi jawapan hampeh itu wujud dari gaya persoalan itu juga...

Kenapa perlu disebut kiss pipi kiss dahi hidung dan sebagai nya?
boleh saja "sebut kalau suami menyentuh/menepek/kepecek kulit isteri ketika isteri period bagaimana?"

tegurang mengenai penggunaan bahasa pernah dibuat..malah yang menegur dikatakan YOU ARE TOTALLY WRONG tanpa mahu mendengar nasihat... kemudian diminta dalil... dan ayat al-quran pulak..alhamdulillah ada yang beri...

ini ukhwah.com. tak boleh kah kalau disini sahaja..(kalau dah tak mampu dalam kehidupan seharian) hanya disini... cuba pupuk rasa malu sebagai seorang wanita.. gunakan wording yang sesuai...kalau aktiviti post berlebihan boleh disalah tafsir mencapap.. maaf kasar lah ye.. ayat2 yang berunsur gedik (aku kalau boleh tak mahu keluar perkataan ni) bagaimana?

saya memberikan jawapan... tapi mungkin ayatnya kelihatan kasar .. tapi Kenapa jawapan yang keras dan kasar itu jelas kelihatan? sedangkan soalan berayat yang memualkan itu tidak kelihatan pula? dan saya kira jawapan saya sikit pun tidak menyentuh isu peribadi yang menyoal.. cuma tindakbalas kepada soalan semata-mata..setelah pernah teguran diberi...
tak perlu tunggu jadi wanita baik @ bertudung labuh @ berjubah untuk berbahasa sopan..

come on lah...adik tetap oiiii.. nak kena banting dengan kak eni ke? :lucu:

ps: ter amat2 mohon maaf pada tuan topic kerana dah keluar tajuk tahap melampau

suami adalah imam dirumah kita yang kita pilih... sebelum rujuk pada org lain.. rujuk pada suami dulu... kalau mahu kepelbagaian pendapat baru pergi ke tempat lain..
bukan cari kepelbagaian pendapat ...last2 baru refer kat suami..

wallahualam -peace and out from this issue-

apa yang dikatakan kak eni ni memang betul, sebagai perempuan dan telah berkahwin, eloklah apa-apa persoalan yang berkaitan dengan kehidupan kita sebagai suami isteri hendaklah dirujuk dengan pasangan dulu, dengan suami or isteri....macam ana sendiri biasanya ana akan merujuk kepada suami dulu kemudian kepada mak ayah, dan orang-orang yang lebih arif....
kalau nakkan kepelbagaian barulah dirujuk dengan orang lain....
dan satu lagi sebagai wanita, perasaan malu itu kena di pupuk....ucapan or perkataan yang kita ucapkan itu hendaklah ditapis dulu, takut disalah ertikan oleh orang lain....

-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....

Bookmark and Share

  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 06-12-08 18:19

Assalamualaikum wbt.

Kita kena ingat, Rasulullah saw pernah memuji wanita Ansar yang berani dan tidak alu bertanya hal ehwal fiqh wanita yang segann ditanya oleh wanita-wanita Muslim lain.

Sopa atau tidak sopan, itu hanya penilaian individu, jika ditanya kepada saya, tiada apa yang tidak sopan pada perkataa yang digunakan.

Dalam al-Quran sendiri mengunakan perkataan faraj, contoh 'wa ala furujihim hafizun'. Apakah kita mahu kata ia tidak sopan sedangkan ada pekataan lain yang boleh digunakan.

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 14-12-08 18:28

salam,

apakah kalau tidak ada dalil ataupun tak pernah jumpa maka sudah kira berdosa kalau mengamalkannya?bukanlah menjadi satu masalah yang besar sekiranya tidak ada dalil ataupun Nabi tak pernah bagi tahu.pernah kah kita dah khatamkan kitab sunan sittah serta kitab hadis yang lain dan melihat syarahannya dari ulama ataupun sekadar melihat dalam software dan kemudian taip dalam bahasa melayu sehinggakan kita berani mengatakan tidak ada dalil?

Nabi Muhammad S.A.W tidak melakukan sesuatu tidak bermakna menjadi kesalahan sekiranya kita melakukannya.sekiranya tidak maka sudah tentu Baginda melarang Khalid Al-Walid dari memakan dhob.

Ketika Rasul SAW berada di tengah suatu kaum disuguhkan dhob masywi ( biawak panggang ) mengulurkan tangannya yang mulia untuk mengambil dan memakannya. Sahabat berkata,” Itu dhob ya Rasul.” Sehingga Rasul SAW tidak jadi mengambilnya. Para sahabat ra bertanya,” Apakah haram?” Rasul SAW bersabda

لا, ولكنه لم يكن بأرض قومي فأجدني أعافه ( رواه بخاري و مسلم )

maksudnya: "tidak..tetapi kaumku tidak memakannya, jadi aku pun tidak memakannya

Peristiwa tersebut mengisyaratkan bahwa :

1. walaupun Rasul SAW meninggalkan sesuatu setelah beliau hendak melakukannya tidak menunjukkan sesuatu itu haram

2. Rasul SAW merasa benda itu terlalu asing dan boleh jadi beliau istiqdzar ( merasa jijik ). Artinya istiqdzar tidak menunjukkan keharaman sesuatu.

Rasul SAW membiarkan para sahabat memakan dhob. Jika memang dhob haram tentulah beliau SAW melarangnya sebagaimana khomar karena Rasul SAW bersifat tabligh mustahil mendiamkan kemungkaran.

kalau begitu,Baginda melarang para sahabat menulis hadis tetapi mengapa mereka tetap juga menulis.bukankah sudah jelas terdapat dalil dari Baginda sendiri yang melarang para sahabat menulis tentang hadis?Nabi juga tidak menyuruh membukukan Al-Quran dan hanya pakai rasm uthmani sahaja tetapi mengapa para sahabat menulis dan membukukan juga?perkara ini juga tidak ada asalnya dalam Islam kerana Baginda sendiri yang melarang.lantas mengapa masih ada yang melakukan perkara yang tidak ada dalil dari Baginda Nabi Muhammad?

!!! QUOTE !!!

Dalam al-Quran sendiri mengunakan perkataan faraj, contoh 'wa ala furujihim hafizun'. Apakah kita mahu kata ia tidak sopan sedangkan ada pekataan lain yang boleh digunakan.

boleh huraikan konteks ayat tersebut dan syarahannya ataupun sekadar mentakrifkan dengan menggunakan logik akal tanpa merujuk kepada mana-mana ulama?

wallahu'alam

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 09-09-09 15:36

Pada 11-09-08 12:04 , ladybirdy posting:

!!! QUOTE !!!

salam...saya nak tanya pendapat sesiapa yang pakar tentang haid ini...saya agak panik kerana saya dapat haid dalam masa beberapa minit saja mlm tadi. tak pernah lah kena macam tu sebelum ini. kalau kena pun plng cepat 2 hari begitu. saya taktau tu adalah darah haid atau tak..walaupun begitu saya teruskan saja puasa saya ini..dan saya taktau nak mandi wajib atau tak..dan taktau nak solat atau tak...saya harap ada yang dapat membantu kes saya ini..saya rasa dalam bulan puasa salu benda pelik-pelik jadi..kdng2 sampai luar biasa pnjngnye dapat haid..huhu...

ya ukhti lady bird..untuk persoalan ukti bolehlah merujuk pada blog ana..semoga ia membantu..insyaallah..sekiranya ada Apa persoalan,ukti boleh mesej ana ye..

permasalahan berkaitan teman bulanan si kaum hawa dalam blog ana dalam siri "PERMASALAHAN BERKAITAN TEMAN BULANAN SI KAUM HAWA SIRI 3" dalam blog ana

http://light-arrowsweet85.blog.friendster.com/

Bookmark and Share

  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 10-09-09 10:52

Sudah lama tidak jenguk perbincangan ini. Banyak sungguh perkongsian yang diberikan..

-----------------

::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 10-09-09 16:16

HUBUNGAN ANTARA HAID DAN NIFAS

MASA SUCI antara HAID dan NIFAS (NAQAB dalam istilah arab) itu harus kurang daripada 15 hari 15 malam samaada haid dulu diikuti nifas atau nifas dulu diikuti nifas....

1)    HAID DI IKUTI NIFAS
-    untuk pengetahuan antum antunna semua.. perempuan yang mengandung ada yang keluar darah HAID
-    dipanggil HAID sekiranya tempoh paling singkat ialah 24 jam atau sehari semalam dan tempoh paling lama ialah 15 hari 15 malam)
-    dan apabila darah HAID tadi behenti seketika misalnya beberapa saat (even 1 saat), minit,atau jam
-    contohnya tempoh masa berhenti darah HAID tadi ialah 1 jam dan selepas itu perempuan tersebut melahirkan anak dan keluar darah....darah yang keluar selepas bersalin itu dinamakn NIFAS..
-    yang ana katakn MASA SUCI antara HAID dan NIFAS itu ialah 1 jam yang ana bagi contoh tadi...

2)    Begitulah juga sekiranya NIFAS DULU BARU HAID
-    tempoh masa paling singkat bagi darah NIFAS ialah selahzah maksudnya macam sekilat dan paling lama darah nifas ialah 60 hari....tapi kebiasaanya 40 hari
-    misalnya seorang perempuan keluar darah selepas bersalin selama 60 hari yang dinamakan NIFAS..
-    selepas itu darah NIFAS tadi berhenti seketika misalnya beberapa saat (even 1saat), minit,atau jam
-    contohnya tempoh masa berhenti darah NIFAS tadi ialah 30 minute sebelum keluar darah selama sehari semalam atau lebih (paling lama yakni 15 hari 15mlm)....darah tersebut dipanggil HAID..
-    MASA SUCI antara NIFAS dan HAID itu ialah 30 minute yang ana bagi contoh tadi...

p/s: rujukan asal:kitab al -muhtadin liltafaqqah fi ulumuddin atas mazhab imam syafiee karangan syeikh mohamad arshad bin abdullahal-banjari Ana cuba tulis dalam bentuk point supaya ia lebih difahami oleh antum antenna semua..insyaallah..

Bookmark and Share

  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar

posticon Posting pada: 16-10-09 11:18

Sepaut ya tajuk topik ni begini "BAB HAID..TAK SEBEGITU SUSAH, SENANG saja..

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.211404 saat. Lajunya....