Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 22 jam, 17 minit yang lalu


Bincang Agama
Topik: Aku malu menegur perkara mungkar


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Aku malu menegur perkara mungkar

Please Mendaftar To Post


Oleh Aku malu menegur perkara mungkar

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 08:48


Assalamualaikum wbt..


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, AJK kerohanian, ustaz atau ustazah dan sebagainya. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti Nabi Muhammad SAW. Tidak kurang juga ramai yang takut kerana khuatir terjejasnya pengaruh, populariti dan keseronokan pergaulan sedangkan sebagai umat Islam keredhaan ALLAH itu adalah matlamat dan mengatasi segala-galanya.



Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luar. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia melalaikan manusia, alamat kita sendiri sedang menuju kehancuran. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam Al Quran yang bererti, “Hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang Berjaya”. (Surah Ali Imran : 104)

Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif tidak akan putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan.



Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri dan keperibadian kita sendiri. Lantaran itulah Islam menekankan konsep keperibadian dan akhlak yang mulia. Islam itu adalah menyeluruh dan tidak terhad setakat ibadat solat lima waktu di masjid dan surau semata-mata. Tetapi, penerapan dan aplikasi perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian dalam pelbagai cabang dan ruang lingkup. Dengan ini akan lahirlah keseimbangan(Tawazun) antara ibadat yang dikerjakan dan kesan pengibadatan tersebut yang dizahirkan melalui akhlak dan peribadi kita.

ALLAH melihat usaha kita

Pastinya, Allah melihat natijah kepada usaha kita yang sentiasa menyeru kepada kebaikan. Kepekaan dan sensitiviti kita terhadap perkara mungkar walaupun kita berhadapan dengan suasana yang seperti menghalalkan perkara tersebut tetapi hukum Islam kekal mengharamkannya. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.


Regards
Nurul AH


-----------------
Nurul AH


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 30-05-08 15:11


Assalamualaikum
tapi, bagaimana pula jika yang menegur itu...memang bukan orang yang berautoriti, cumanya dia bukan ahli...dan sewenang²nya menegur perbuatan orang lain yang dirasakan tidak betul mengikut pendapatnya....hmm...meletakkan 'hukum' pulak tu dalam sedar tak sedar... :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-06-08 14:20


Assalamualaikum
hm..Kenapa tak ada orang nak kongsi pendapat ye...mungkin semua orang mampu menegur perkara yang mungkar agaknya...baguslah...
P/S : perjalanan dakwahku masih jauh.. :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 15:15


tegur-menegur sesama Islam :-) Islam terus gemilang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 19:10


bukan tak nak tegur..
memang nak sangat tegur..
contohnya kalau tengok couple melebih2..
rasa macam nak basuh saja
tapi takut kena marah balik..
takut orang kata "anda kenapa.."
macam tu lah lebih kurang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 21:47


salamun alaik...
kadang-kadang kita sebagai insan biasa tak mampu nak menegur tambah-tambah lagi kalau dengan sahabat atau keluarga sendiri.ana akui lemah sangat nak tegur dengan orang-orang begini.mereka paling rpt dengan kita.bila kita tegur terasanya mereka.jadi ana tegur scara kiasan.tak terlalu terus terang spaya mereka tak terasa hati..huhu..selemah2 iman adalah mendoakan di dalam hati agar mereka berubah..kadang-kadang org yang kita nak tegur 2 ilmu agamanya lebih dari kita.tapi sayangnya ada ilmu tak amal..sedih..sedih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 22:41


Pengalaman ditegur:
Saya ditegur atas sebab *************.... Dengan cara baik, then its fine.
I obey. Saya pernah ditegur dengan cara yang tidak baik (mengAyam buta),
tapi apa yang beliau katakan ada benarnya. Its fine also and I obey, tapi
dengan hati yang pnaaasss dan prasaaan yang tak beess. Ksimpulannya, apa
sahaja kata-kata orang yang baik, ikut sajaaalaahhh. Memang kalau mahu
diiikut rasa ego dan nafsu, maauuu sajaa dihamburkan kata-kata kurang ajar
kepada yang menegur dengan cara yang tidak baik (for example maybe in
front of the people-too obvious, ataupun ditegur dengan nada sinis yang
menyebabkan penegur dibalas kembali dengan cacian)...
But think wisely laaahh, kalau tidak ditegur BENDA YANG SALAH, I repeat...
BENDA YANG MEMANG SALAH....There's hadith through Imam Ahmad,
Rasulullah bersabda: "Ssungguhnya Allah, tidak mngazab orang ramai dengan
prbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan
orang ramai apbila ada golongan trtentu mengerjakan maksiat di kalangan
mereka) sehinggaalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka
sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak
mencegahnya." Means that we just ignore something that is TOTALLY
WRONG... Cuma.. kekuatan... ADDDOOII... Kadangkala bila nak menegur...
PPEERRGHH!!! Memang dalam hati rasa menyampah sengal-sengal ayam
tapi... Tambahan pula bila ingin menegur seseorang yang rapaaattt sangat...
HUUHH!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 18:00


ramai orang menggunakan kaedah terbawah dalam menangani kemungkaran..
iaitu kaedah hati.. benci dalam hati, kutuk dari hati..berdoa pun dalam hati..

sukar nak guna kaedah tangan atau perbuatan..
apatah lagi kaedah lisan atau percakapan..

mujur jugak ada forum kat ukhwah ni.. boleh tegur-tegur guna tulisan.. orang tak kenal kita..kita tak kenal orang.. so, nak kutuk..nak hentam boleh saja.. :)

yang jadi silap pada muslim, apabila isu takut jadi sebab.. takut terasa hati, takut tak layak.. takut dikutuk semula..
sebenarnya ia perlukan kekuatan saja..
teguran tak mesti kena guna dalil.. dan tak perlu bersyarah panjang..

tapi betul lah.. ianya tak semudah disangka.. tapi, ianya bukan bermakna tak perlu dilakukan.. dengan syarat, beradab lah apabila menegur dan ditegur!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 20:49


Kenapa mesti malu untuk tegur ya..??
wajib hukumnya kita menegur ke arah kebaikan..
tapi.. huhu.. kadangkala ana pun agak kesusahan nak
tegur..

nak tegur ni.. ada caranya..
melalui perlakuan..perbuatan..percakapan..
dan akhir sekali.. method yang paling rendah..
doa..

bukan senang nak tegur orang ni..
kena berhikmah.. tengok dulu he/she bagaimana..
type of person. boleh terima ke kalau lembut..
kalau tak boleh lembut.. kasarkan sikit..
atau perli saja.. dengan sinis.. tapi, make sure tatabahasa
guna dengan betul.. kena buka kamus..hihi..
( ups ana melawak saja..)

gunekan bahasa yang mudah.ringkas.padat dan tepat.
erm.. apapun. check list diri kita.
sebelum nak tegur orang...uhuhuu..

alfaqierah.... wallahu'alam.. :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-06-08 09:08


salam alaikum..
erm, dont judge a book by it cover? bagaimana?
kita pakai sluar pendek nak nasihat org perempuan tutup aurat?
yang hndu mnasihat kita untuk bersolat.. mesti malu kan..
tapi xkurang yang akan kata.. you bukan islam .. apa you tau..
-this is problem-
yang bukan ustaz menasihat kita untuk bersolat.. mesti beringat sikit kan..
tapi xkurang yang akan kata..awak tu belajar agama ke,nak nasihat saya ni..
yang ustaz menasihat kita untuk bersolat.. mesti terus pergi kan..
tapi xkurang yang akan kata. ala ustaz ni,saya tau lah dosa pahala....

jadi... fikir-fikirkanlah..
wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-06-08 10:23


Assalamualaikum
stigma masyarakat, terutamanya org Malaysia dan Melayu khususnya..memang terlalu mementingkan hati dan perasaan..mungkin memang kita ni berhati lembut sangat..benarlah seperti kata kak Rumaishaa tu..huhu..menegur menggunakan pendekatan terbawah dalam konsep 'teguran'..iaitu membenci dalam hati jeq...dan setuju jugak dengan pendapat hyekal...the book..although or not we want it..the first impression is...we will judge the book by its cover...who like to even, open the book when the cover is really looking very very dull and gloomy..uhuk...
so, moh bincangkan, bagaimana secara praktikalnya kita mahu mengubah prinsip yang telah dipegang secara turun temurun ni....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

searchforguidance
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 10:29


tegur in a way of joke pun ok what....
maybe org boleh terima dan tak terasa hati....

maybe lah...
search suka tegur dengan cara bergurau....as far as i practice it.....it works!


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For searchforguidanceProfil   Hantar PM kepada searchforguidance   Quote dan BalasQuote

alam_barzakh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30091
Posting: 137
Dari: Mantin-Nilai-Sepang-Salak Tinggi-KLIA-Kuching-Kota Samarahan-Serian

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 10:49


selemah-lemah iman, cukuplah membenci dengan hati apabila melihat perkara dan perbuatan mungkar......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alam_barzakhProfil   Hantar PM kepada alam_barzakh   Pergi ke alam_barzakh's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 13:01


Pada 24-06-08 10:29 , searchforguidance posting:

!!! QUOTE !!!

tegur in a way of joke pun ok what....
maybe org boleh terima dan tak terasa hati....

maybe lah...
search suka tegur dengan cara bergurau....as far as i practice it.....it works!



hmm.. ismi juga mempraktikkan cara yang lebih kurang sama...
tapi, kekadang, mereka ni bebetul pula ingatkan kita menmen... nak kena bekhen lah tu namanya.. adess...adess..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-06-08 13:11


Pada 02-06-08 15:15 , Eisyaa posting:

!!! QUOTE !!!

tegur-menegur sesama Islam :-) Islam terus gemilang...

Jangan makan sebelum basuh tangan... Tapi, kalau guna sudu atau chopstik tak apa lah...


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111469 saat. Lajunya....