
, minta pandangan, nasihat, dan kaunseling ahli ukhwah. pada awal tahun saya telah dinaikkan pangkat disebabkan salah rakan sekerja yang baru kerja berhenti selepas dua bulan bekerja. Difahamkan juga pekerja itu tidak menunjukkan prestasi yang baik kerana tugas yang dilakukan agak mencabar.
saya telah dinaikan pangkat untuk menjawat jawatan tersebut walaupun pada awalnya saya menolak kerana tidak mampu untuk melakukannya. Saya telah memberitahu majikan bahawa sekiranya ada apa-apa yang berlaku jangan salahkan saya. Majikan saya setuju dengan mngatakan sekiranya saya tidak sesuai dengan tugas tersebut saya mungkin ditukarkan ke jabatan lain.
Alhamdulillah, prestasi saya baik dan baru-baru ini dinaikan gaji pula. Namun keadaan berubah apabila majikan mengambil ketua jabatan yang baru. keadaan saya menjadi kelam kabut dengan tugasan yang tidak sempat disiapkan serta adanya desakan dari ketua jabatan agar saya melakukan tugas dengan banyak sehingga kan saya menjadi stress yang keterlaluan dan menangis. Pada masa yang sama saya diarahkan untuk menghadiri mesyuarat ditempat lain dengan arahan ketua jabatan yang lama kerana saya masih lagi bertanggungjawab melakukan tugasan yang lama atas kepercayaan majikan dan ia merupakan bidang sebahagian bidang saya.
Ketua yang baru banyak mengarahkan saya untuk membuat kerja di luar pejabat yang menyebabkan kesihatan saya terganggu kerana saya tidak boleh berada dalam keadaan yang panas terik, dan hujan kerana penyakit yang saya hidapi sekarang akan menyerang pada bila2 masa sahaja. Tambahan pula majikan memang maklum bahawa saya memang ada rawatan susulan di hospital. saya telah memaklumkan kepada pengarah, namun dia seolah olah mnyalahkan saya kerana tidak mampu mngawal penyakit. saya benar-benar tersinggung dan berkata di dalam hati ya Allah berilah penyakit ku ini kepada mereka agar mereka merasai akan kesakitan itu...
petang selasa ketua jabatan yang lama telah menelefon saya untuk menghadiri satu mesyuarat penting pada keesokan harinya dan meminta saya menyiapkan keperluan untuk di bawa ke mesyuarat. Namun apa yang jadi pada pagi itu dalah saya seolah olah dimarahi oleh ketua jabatan yang baru dan kami hampir bertengkar. saya telh memaklumkan hal tersebut kepada ketua jabatan yang lama dan dia kan membwa perkara tersebut kepada pengarah. Manakala ketua jabatan yang baru meminta saya menghantar emel yang memaklumkan saya menghadiri nmesyuarat dan dia akan melaporkannya kepada pengarah-pengarah atasan. Keadaan saya semakain tertekan dan dipujuk oelh rakan-rakan untuk bersabar kerana ketua jabatan yang baru terlalu mendesak, padahal pengarah tahu akan tugas lama saya dan dia sendiri yang mengrahkan saya untuk melakukan tugasan itu.
Keadaan menjadi lebih tegang apbila saya berjumpa dengan pengarah. sekali lagi saya seolah olah dipersalahkan dan dia bersetuju dengan pendapat ketua jabatan yang baru. ketua jabatan yang baru tidak mahu ketua jabatan yang lain memberikan tugasan kepada saya, tetapi ketua jabatan yang baru telah menggganggu pekerja-pekerja dijabatan lain untuk melakukan tugas saya yang tidak sempat saya siapkan kerana terlalu banyak bebanan kerja. saya memaklumkan kepada pengarah bahawa saya tidak tahan lagi untuk bekerja di jabatan itu dan minta ditukarkan tambahan pula dari mula lagi saya telah menolak tawaran tersebut tetapi di arahkan juga tanpa kerelaan hati saya. Pada penghujung pertemuan itu pengarah mengatakan "awak tau kat mana awak cari makan, so ikut apa peraturan yang ada"...saya benar-benar tersinggung dan hampir menangis kerana apa yang dijanjikan dahulu tidak ditunaikan.
Yang anehnya pengarah-pengarah atasan gagal menilai prestasi ketua jabatan yang baru yang gagal mebawa apa-apa hasil kepada syarikat. malahan pekerja-pekerja dari jabatan yang lain yang dapat menilai dan meneliti prestasi ketua yang baru.
Mak saya menasihati agar bersabar dan sambil itu berdoa agar dikurniakan rezeki untuk mendapat pekerjaan yang baru dan sesuai dengan diri saya.
Saya benar-benar ingin mencari pekerjaan yang baru dan akan bersabar dengan situasi itu walaupun terpaksa mengambil cuti sakit yang kerap.
-----------------
Salam perkenalan untuk semua. Kita insan meneruskan perjuangan, menegakkan kebenaran dibumi Allah untuk semua yang bergelar insan.