Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 259
Ahli: 0
Jumlah: 259




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: EZAM SERTAI UMNO


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» EZAM SERTAI UMNO

Please Mendaftar To Post


Oleh EZAM SERTAI UMNO

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 20:09


Terkini dari Buletin uTAMAK.

Saudara Ezam bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) hari ini sah menyertai UMNO kembali selepas 10 tahun, sebagai ahli seumur hidup.

Nampaknya 'Sang Asobiah' mendapat talian hayat baru.. :berfikir:

Memang tak tetap istiqomah saudara kita nan seorang itu..

Selepas letak jawatan di dalam 'GERAK', kini kembali untuk 'mengGERAKkan' rasuah yang suatu ketika dulu lantang dilaungkannya!!

Astaghfirullahal'azim...Moga ini hanyalah sangkaan buruk hamba yang lemah ini terhadap beliau.. Tetapi andai ianya dengan izin Allah menjadi benar, tunggulah saat keruntuhan Malaysia!

Suatu kemalangan yang parah buat negara (maafkan hamba jika ayat agak kritikal) jika seorang pemuda seperti beliau yang kalau tidak keterlaluan hamba labelkan sebagai tajam pemikirannya 'merafak sembah' kembali ke dalam umNO..


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-05-08 02:03


:-( :-( :-( :-( :-( :-( :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-05-08 08:40


EZAM sertai umno? Inilah dunia politik bodoh.. Kembalilah kepada politik Islam.. Tiada yang indah dan hebat selain ISLAM. Kita menyeru golongan2 seperti EZAM ini supaya kembali meyakini sistem ISLAM sahaja yang mampu menyelamatkan manusia. Bukannya nasionalisme, sekularisme.. Ajaklah dan serulah manusia kepada keindahan dan kedaulatan sistem ISLAM. Kerana itulah hujah dan penyelamat kita di alam akhirat.


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 08:58


Pada 28-05-08 20:09 , Laskar_Allah posting:

!!! QUOTE !!!

Terkini dari Buletin uTAMAK.

Saudara Ezam bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) hari ini sah menyertai UMNO kembali selepas 10 tahun, sebagai ahli seumur hidup.

Nampaknya 'Sang Asobiah' mendapat talian hayat baru.. :berfikir:

Memang tak tetap istiqomah saudara kita nan seorang itu..

Selepas letak jawatan di dalam 'GERAK', kini kembali untuk 'mengGERAKkan' rasuah yang suatu ketika dulu lantang dilaungkannya!!

Astaghfirullahal'azim...Moga ini hanyalah sangkaan buruk hamba yang lemah ini terhadap beliau.. Tetapi andai ianya dengan izin Allah menjadi benar, tunggulah saat keruntuhan Malaysia!

Suatu kemalangan yang parah buat negara (maafkan hamba jika ayat agak kritikal) jika seorang pemuda seperti beliau yang kalau tidak keterlaluan hamba labelkan sebagai tajam pemikirannya 'merafak sembah' kembali ke dalam umNO..



Bersabarlah... perjuangan Islam itu perit, so tak ramai yang mampu bertahan.... semoga kita terus istiqamah dalam gerakan yang kita yakini..

Ya muqholliba khulub, tsabit qhulubana ala dinni watho'hati'..


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 09:18


Ezam sertai semula Umno
Muda Mohd Noor | May 28, 08 11:54am

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.

Beliau yang juga bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.

/

Ezam menyerahkan borang itu ketika Abdullah mengadakan sidang media untuk mengumumkan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno. Ezam menemui presiden Umno itu selama kira-kira 30 minit, mulai jam 3.30 petang tadi.

Ezam hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tetapi tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi esok. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas setiausaha AMK, SD Johari Md Yassin; bekas exco AMK, Abdul Ghani Haron dan bekas setiausaha AMK Selangor, Nazmi Salleh.

Tanpa syarat

Menurut Abdullah, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan. Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno. Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya.

"Bila nak masuk saya terimalah. Boleh terima dah, tak ada syarat apa-apa.

"Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya.

"Mungkin dia insaf, Umno lebih baik untuk dia," tambah perdana menteri.

/

Presiden Umno itu berkata, borang penyertaan keahlian Ezam akan diserahkan di cawangan yang beliau mahu sertai. Perdana menteri berkata, tiada sebarang jawatan yang akan ditawarkan kepada Ezam "dan Ezam sendiri pun tidak meminta jawatan".

Rebut jawatan

"Umno adalah sebuah parti politik, bukan sebuah syarikat," kata Abdullah tanpa mengulas lanjut. Presiden Umno juga berkata, Pemuda Umno tidak menentang kemasukan Ezam ke dalam Umno. Ketika ditanya mengenai kemasukan ahli-ahli Parti Keadilan (PKR) lain ke dalam Umno, Abdullah berkata,"kita tengoklah."

Abdullah juga ditanya sama ada Ezam boleh bertanding merebut jawatan dalam pemilihan Umno Disember ini.
"(Untuk) Ezam bertanding, kena tengok perlembagaan parti (Umno) dahulu," katanya.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 29-05-08 09:23


salam..kalau ezam ada niat lain untuk masuk umno bagaimana? maybe dia masuk umno bukan sepenuh hati, mungkin ada plan baeeekkkk punya..huhuh..saja berimaginasi :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 09:38


Pada 29-05-08 09:23 , nuhan posting:

!!! QUOTE !!!

salam..kalau ezam ada niat lain untuk masuk umno bagaimana? maybe dia masuk umno bukan sepenuh hati, mungkin ada plan baeeekkkk punya..huhuh..saja berimaginasi :)


tak baik bersangka buruk dengan org...
:jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan:


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

searchforguidance
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 09:55


maybe dia nak buat perubahan through joining back the UMNO....
walaupun mesti susah gila nak buat perubahan tu.hehe....
cayuk ezam!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For searchforguidanceProfil   Hantar PM kepada searchforguidance   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-05-08 10:10


mesti ada something ini... biasa lah... sepak terajang politik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

searchforguidance
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 10:15


yes yes yes yes correct correct......correct...oooh correct correct correct.....

alamak terlebih sudah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For searchforguidanceProfil   Hantar PM kepada searchforguidance   Quote dan BalasQuote

faralia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22825
Posting: 43
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 14:47


salam....betul-betul tak istiqomah..seingat ana dulu dia pernah bersumpah akan masuk umno jika DSAI dibebaskan...sekarang DSAI dah keluar dan berjuang atas tiket PKR tapi saudara kita ni pula join parti perosak agama..UMNO...moga-moga saudara ezam ada agenda sendiri yang kita semua tak tau...maybe untuk menjadikan DSAI PM hujung tahun ni..insyaAllah....takbir

Bookmark and Share

    


  Member Information For faraliaProfil   Hantar PM kepada faralia   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 29-05-08 14:58


salam.. aku rasa tak ada signifikannya ezam masuk umno.mungkin hanya polemik unutk pemilihan agung umno nanti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 15:11


Ustaz Idris Ahmad
tahu | May 29, 08 | 11:09:11 am MYT

Dengan rasmi Ezam memohon masuk Umno pada 28/5/08. Borang diserah sendiri pada Dato' Seri Abdullah Badwi di Bangunan Parlimen. Pelik, tapi itu yang berlaku pada saudara Ezam yang saya kenali rapat dan saya kagum dengan stail kepimpinan beliau.

Beliau sanggup di ISA, dipenjara kerana OSA. Satu ketika dulu menurut Tun Musa Hitam beliau matang waktu muda kerana kehebatan beliau waktu memimpin gerakan PKR.

Namun beliau telah membuat keputusan sendiri untuk menyertai Umno dalam keadaan Umno sudah tidak laku, terutama di kalangan generasi siber.

Tidakkah beliau terfikir kawan-kawan beliau yang balik menyertai Umno seperti Roslan Kassim, Zaid Mat Arif, Hamdan Taha, Hanafiah Man dan lain-lain lagi. Di manakah mereka sekarang ini dalam persada politik Umno.

Saya cuba merayu beliau melalui SMS supaya jangan masuk Umno. Beliau membalas kepada saya jam 2.10 pagi 26/5/05 ketika saya dalam perjalanan pulang berceramah di Selinsing Perak. SMS beliau menyatakan sudah final untuk ke UMNO dan ada agenda tersendiri.

Apabila mengingatkan kehebatan beliau tiba-tiba beliau masuk Umno. Maka di sini kita perlu mengambil pengajaran bersama;

1.Doalah selalu supaya kita mati dalam perjuangan Islam seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w "Wahai hati yang berbolak balik, tetapkanlah hati dalam agamamu".

2. Perjuangan biarlah jelas, bukan untuk agenda peribadi mana-mana pihak.

3.Sering muhasabah diri kalau kita meninggalkan perjuangan satu pengkhianatan kepada perjuangan dan sahabat-sahabat yang lain.

4. Mendatangkan fitnah kepada perjuangan parti, kerana orang menganggap bahawa semua orang yang berjuang tidak boleh dipercayai.

5. Masalah peribadi jangan menjadi alasan untuk kita keluar parti. Kerana perjuangan kita, mesti nawaitu kerana Allah.

Akhirnya kita perlu berdoa "Ya Allah kalau hidup ini baik untuk agamamu dan hidupku maka panjanglah umurku, Ya Allah kalau hidup ini tidak baik untuk agamamu dan hidupku matikanlah aku".

Biarlah kita mati atas prinsip yang benar dan hidup mulia. Jangan mati dalam keadaan kita dianggap tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Apa yang kita hendak cari dalam dunia ini melainkan keredaan Allah, bukan keredaan manusia. Wallahua�lam. -



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 15:17


memang betul kata orang,perjuangan menegakkan kebenaran memang susah.tiada yang senang pun hinggakan ada yang sanggup membelot.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 15:49


hahaha, ni yang sebenarnya saya nak tengok pasal politik Malaysia...
kecoh dan penuh kontroversi, hangat banget...............
ezam bukan masalahnya sekarang.....yang menjadi masalahnya bagaimana UMNO mampu menggunakan ezam seoptimum mungkin dalam proses penjenamaan semula BN, atau secara khususnya UMNO...
serta bagaimana Pakatan Rakyat akan bertindak balas bagi mengatasi masalah2 yang mungkin timbul selepas kemasukan semula ezam kepada UMNO.....Kalau lah ada.......
tapi saya rasa ezam mempunyai agendanya yang tersendiri...kalau tak takkan senang-senang dia masuk UMNO, seumur hidup dan tanpa syarat....

fikirkanlah......banyak postulat serta andaian dengan satu kesimpulan yang hanya Yang Maha Esa lebih tahu serta maklum........

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 16:45


Bertambah menarik politik Malaysia lepas ni.hehe..inilah dinamakan dunia politik..perkara biasa saja keluar masuk ni tak budak apa2lah..itu bagi org yang tak ada matlamat akhir perjuangan politik..bagi org yang faham, matlamat politik ialah menegakkan siasah Islam..itu yang utama..hanya dengan Islam sahaja kita akan selamat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 16:54


komen dari anwar ibrahim di blog beliau


Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.

Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.

Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.

ANWAR IBRAHIM

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 17:07


Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis
Mohd Rashidi Hassan
tahu | May 29, 08 | 4:33:19 pm MYT
Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.

Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya.

Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.

BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini?

Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak.

Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit.

Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan.

Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini.

Kunjungan Ezam ke Harakah

Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam Mohd Noor berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman.

Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja.

Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting.

Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar.

Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu.

Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12.

Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

Bahan-bahan tersebut sememangnya ada pada Lutfi, kerana sebelum ini beliau begitu giat mendedahkan apa yang disifatkan penyelewengan, salah laku dan rasuah yang membabitkan seorang bertaraf MB.

Pada saya, apa yang diminta Ezam barangkali ada relevannya dengan peranan beliau sebagai Pengerusi Gerak, yang digiat memperjuangan budaya bersih rasuah dalam negara.

Namun, sampai kesudah Lutfi enggan menyerahkan dokumen tersebut, setelah didesak beberapa kali oleh Ezam.

Saya bertanya kepada Lutfi, mengapa tidak diberikan sahaja dokumen itu kepada Ezam, barangkali boleh membantu kempen PAS di Selangor.

Namun Lutfi enggan memberikan, katanya, dia berasa hairan mengapa Ezam tiba-tiba meminta dokumen mengenai Khir dan merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku.

Benarkah Ezam dibeli?

Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.

"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.

Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."

Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu.

Persoalan mengapa Ezam meminta dokumen mengenai Khir Toyo terjawab. Khairy dikatakan tidak menyukai bekas MB Selangor itu dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan menggunakan Ezam.

Oleh kerana itu pada saya, kebimbangan Lutfi di atas gaya body language Ezam dalam pertemuan mereka barangkali juga ada asasnya.

Di kalangan KeADILan diberitahu, Ezam ada membuat beberapa kali pertemuan dengan Khairy, sebelum ini.

Kes tentang apa yang didakwa membabitkan 'perundingan' Ezam dengan pemimpin-pemimpin Umno bukannya baru.

Beberapa tahun lepas, didedahkan kes yang sama timbul sewaktu 'perundingan' diadakan dengan Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kalangan yang masuk Umno ketika itu, membabitkan bekas Naib Ketua Pemudanya, Zahid Mat Arif dan bekas tahanan ISA, Lokman Nor Adam yang didakwa memperolehi sejumlah wang atau 'ghanimah politik' di atas penggadaian prinsip perjuangan mereka.

Zahid dan Lokman beserta beberapa yang lain, ditempelak hebat kerana meninggalkan perjuangan untuk memasuki Umno.

Ketika Lokman ditempelak, untuk menjawab segala tohmahan, Lokman mengatakan bukan inisiatif beliau pada asalnya pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Subang dibuat.

Katanya, beliau ada bukti dan gambar ada pimpinan tertinggi KeADILan yang mengetuai delegasi perundingan untuk memasuki Umno, ketika itu.

Ada yang mengatakan dakwaan mereka ada kaitannya dengan Ezam.

Jika ini benar, soal Ezam hendak masuk Umno, bukannya perkara baru. Maka Ezam tidak boleh mengelak untuk dikaitkan dengan persepsi bahawa, perundingan beliau masuk Umno barangkali membabitkan soal jawatan dan 'peruntukan'.

Soal banyak mana, apa yang diperolehi oleh Ezam dan rakan-rakan rapatnya, yang mendorong mereka memasuki Umno, tidak dapat dipastikan.

Apa yang Ezam mampu lakukan dalam Umno?

Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.

Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.

Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali.

Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam.

Apa pun yang berlaku, sama ada ungkapan Ezam berbentuk janji, sumpah dan sebagainya, hakikat yang dibuktikan sekarang di hati Ezam hanya ada Umno, bukan PAS, jauh sekali KeADILan.

Ezam barangkali berfikir, laluannya memasuki Umno, menerusi Khairy terus kepada Abdullah boleh menjadi suatu advantage baginya.

Semuanya belum tentu! Orang-orang Umno sedang mencongak, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku dengan kemasukan Ezam ke dalam parti yang hampir karam itu.

Pertama, seperti kata Dato' Seri Najib Tun Razak, 'Ezam ada banyak maklumat'. Mungkin maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk membelasah Anwar dan menghalang pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kemungkinan kedua; Tidak boleh dinafikan wujud persepsi bahawa Ezam masih agen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang, ada kalangan ahli Umno yang bimbang, Ezam boleh digunakan Anwar untuk menambahkan kerosakan dalam Umno.

Kemungkinan ketiga; Tiada apa-apa pun perubahan yang boleh berlaku kepada Umno! Sewaktu berbondong-bondong ahli Umno diketuai bekas Presidennya, Dr Mahathir keluar Umno kerana kegagalan Abdullah Badawi, Ezam pula hendak masuk Umno atas alasan Abdullah sudah mengubah Umno dan kerajaan.

Apa yang Abdullah ubahkan pun tidak diketahui. Malah Abdullah, BN dan Umno ditolak rakyat dalam PRU Mac lepas kerana dasar-dasar yang lapuk yang tidak boleh diterima.

Malahan sebahagian besar orang-orang Umno berpendapat, parti itu hanya akan berubah hanya apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan.

Umno ibarat Titanic dan tongkang pecah yang sedang menanti untuk karam. Mudah-mudahan 'niat' baik Ezam dan suku sakatnya menyertai kapal, boleh menampung kerosakannya untuk terus berlayar.

Barangkali Umno/BN boleh terus berlayar, tetapi bukan sebagai kerajaan, tetapi sebagai pembangkang.

Ikutlah, mungkin juga nasib Ezam untuk terus menjadi pembangkang.

Cuma, pesanan bekas rakan-rakan seperjuangan kepada anda, jangan jadi seperti "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis."

Apa pun, well...good luck saudara Ezam!


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014830&Itemid=85

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 17:08


Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai
Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang | Foto Harakahdaily
itu | May 20, 08 | 6:18:14 am MYT
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Presiden PAS


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014542&Itemid=115

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 30-05-08 00:13


strategi paklah nak balance pengaruh mahathir.

mahathir = bapak & penyubur amalan rasuah.
ezam = menentang rasuah melalui GERAK.

mahathir bapak rasuah keluar UMNO = ezam membasmi rasuah masuk UMNO

hasilnya = menunjukkan UMNO bersih daripada rasuah (idea khairy & bebudak tingkat 4 pejabat perdana menteri) -- nielah sebenarnya point yang paklah nak rakyat malaysia nampak.

p/s: kami rakyat tetap tahu bahawa UMNO tetap sama walaupun ezam masuk UMNO.....UMNO is UMNO - melingkupkan orang melayu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 02:44


hahahaha..
kasihan si ezam tu...tapi tak apa lah..dah keputusan dia nak masuk UMNO...cuma nak tengok macam mana dia nak bersihkan UMNO dari kes-kes yang iman hadari dah buat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 10:31


Apabila pengaruh sudah tiada, maka perlulah mencari platform baru untuk menaikkan kembali reputasi meskipun terpaksa menjilat ludah sendiri..

Tapi, hakikatnya.. tiada apa yang perlu digusarkan tindakan Sdr Ezam ini.. soal lompat parti jadi mainan bagi mereka yang memang jadikan politik itu sandaran hidup..

Sedangkan mereka yang thabat dalam perjuangan, kekal meneruskan aktiviti tarbiah dan kebajikan di samping menjaga hubungan sosial masyarakat.. Ramai muslim yang masih perlukan pertolongan kita.. dan di ceruk-ceruk kampung yang miskin, mubaligh kristian sentiasa cuba mendahului kita untuk memberi sumbangan..

Yang ini perlu kita fokuskan.. !

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 10:45


Assalamualaikum

ana rasa beliau mesti ada kepentingan peribadi,

ini adalah petikan daripada harakahdaily.net

"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.

Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."


biasala org yang dahulunya kuat
mestila umno ambil peluang untuk menjatuhkan pembangkang
berlindung disebalik kelemahan dan keampuhan parti umno sendiri.


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 13:36


ni apa kes...hehe.. terima hakikat ...dulu anda sanjung dan puji sangat bila join dengan anda,bila da blah dr anda..macam-macam pula anda ni....lepas itu baca kat akhbar geng anda tu..macam-macam berita..hehe..biasa lah tu,kalau bukan geng lagi..ada saja benda dipaparkn...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 14:10


yak apalah,lagipun dia sudah lama keluar pkr jadi kami tiada apa yang perlu dirisaukan




p/s------->apa yang sudah terjadi kepada bekas pkr masuk umno.senyap saja sampai sekarang?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 30-05-08 15:34


Pada 30-05-08 13:36 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

ni apa kes...hehe.. terima hakikat ...dulu anda sanjung dan puji sangat bila join dengan anda,bila da blah dr anda..macam-macam pula anda ni....lepas itu baca kat akhbar geng anda tu..macam-macam berita..hehe..biasa lah tu,kalau bukan geng lagi..ada saja benda dipaparkn...


biasalah...PKR,Parti kencing Rakyat... :lol: tak pun,Parti kelentong Rakyat..dulu,puji menggunung ezam ni,bila masuk UMNO, semua mengata dia 'jilat ludah sendirila'...apa lah...karutla anda ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 15:54


Sebelum ni menteri penerangan kata orang yang lompat parti ni pelacur...Nampaknya menteri penerangan terpaksa jilat ludah sendiri...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 16:09


Pada 30-05-08 15:34 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-05-08 13:36 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

ni apa kes...hehe.. terima hakikat ...dulu anda sanjung dan puji sangat bila join dengan anda,bila da blah dr anda..macam-macam pula anda ni....lepas itu baca kat akhbar geng anda tu..macam-macam berita..hehe..biasa lah tu,kalau bukan geng lagi..ada saja benda dipaparkn...


biasalah...PKR,Parti kencing Rakyat... :lol: tak pun,Parti kelentong Rakyat..dulu,puji menggunung ezam ni,bila masuk UMNO, semua mengata dia 'jilat ludah sendirila'...apa lah...karutla anda ni...


cakap saja lebih anta berdua ni...habuk pun tak ada...



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 16:25


si ezam tu join balik Umno pun jadi isu ke? biarlah dia join, apa nak hairan? apa, dia tu bagus sangat ke? :sopan:

kalau Dr. M keluar Umno tu memang a very big issue, bekas PM, tapi kalau orang-orang macam ezam tu buat tak tau saja lah...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 31-05-08 08:44


entahnya. ni nak komen pasal orang, dah jadi mengumpat. apa lah kesan kalau forum ni jadi tempat umpatan ? lebih baik cari ilmu. kalau tak betul tanggapan2 yang antum buat tu, tak ke frust. biar sajalah. tak ada maknanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-05-08 11:10


Pada 30-05-08 16:25 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

si ezam tu join balik Umno pun jadi isu ke? biarlah dia join, apa nak hairan? apa, dia tu bagus sangat ke? :sopan:

kalau Dr. M keluar Umno tu memang a very big issue, bekas PM, tapi kalau orang-orang macam ezam tu buat tak tau saja lah...

wassalam.



setuju...dia test market agaknya..


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-06-08 12:07


Pada 30-05-08 16:09 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-05-08 15:34 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-05-08 13:36 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

ni apa kes...hehe.. terima hakikat ...dulu anda sanjung dan puji sangat bila join dengan anda,bila da blah dr anda..macam-macam pula anda ni....lepas itu baca kat akhbar geng anda tu..macam-macam berita..hehe..biasa lah tu,kalau bukan geng lagi..ada saja benda dipaparkn...


biasalah...PKR,Parti kencing Rakyat... :lol: tak pun,Parti kelentong Rakyat..dulu,puji menggunung ezam ni,bila masuk UMNO, semua mengata dia 'jilat ludah sendirila'...apa lah...karutla anda ni...


cakap saja lebih anta berdua ni...habuk pun tak ada...



hang cakap tu,betul sangat?berisi sangat? :lol: cakap tak cermin diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-06-08 17:37


salam...
pada pendapat saya,forum ini tidak lebih dari menceritakn keburukan org,aib,,mengumpt dan banyak sift mazmumah yang lain ada dalam forum ini...

bagi saya, sebagai org islam, kita haruslah bersangka baik dengan ezam dengan harapn beliau boleh melakukan sesuatu untuk kembalikan UMNO ke perjuangn asal....

kita sedia maklum bahawa ezam merupkan salah seorang penykng kuat anwar dan reformasi. Tidak boleh dinafikan peranan ezam dalam mengkatkan status PKR sehgga kini boleh mentadbir negeri.

Pesan saya kepada semua org, biarlah ahli politik bertarng sesama sendiri....mereka lebh arif mengenai isu-isu ini berbndng kita yang berada di luar gelanggang politik. Kita bertindak sebgai penegur kesalahan yang terang-terang dilakukan sama ada dr pihak pembangkng ataupun pihak perintah. Saya amat khuatir isu yang kita buka mengenai perihal seseorang ataupun sekumpuln org boleh menjadi fitnah dan sumber keji-mengeji;dosa kering sahaja dapat. Bersangka baiklah kepada setiap orang...

salam

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 22:00


Isu ezam masuk UMNO ni rasanya tak perlu lah dibangkitkan lagi...sebab ianya tak memberi impak yang besar pun kepada kedua2 pihak, sama ada pihak kerajaan atau pembangkang...ezam masuk UMNO, tapi sebagai ahli biasa dan tidak memegang apa-apa jawatan penting pun di dalam UMNO...ezam keluar dari PKR, tidak memberi apa-apa kesan negatif pun kepada PKR...

jadi, hentikanlah cakap pasal hal ezam ni..banyak lagi hal-hal lain yang lebih mustahak untuk kita fikirkan dan bahaskan...

Masa Itu Ibarat Emas...Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 09:21


Pada 30-05-08 16:25 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

si ezam tu join balik Umno pun jadi isu ke? biarlah dia join, apa nak hairan? apa, dia tu bagus sangat ke? :sopan:

kalau Dr. M keluar Umno tu memang a very big issue, bekas PM, tapi kalau orang-orang macam ezam tu buat tak tau saja lah...

wassalam.



EZAM PERNAH BERCERAMAH BERSAMA PAS MASA
DIA SERTAI KEADILAN...

LEPAS NI PUAK-PUAK PAS BAGI PLATFORM CERAMAH KEPADA
EZAM LEPAS MASUK UMNO???


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 14:06


hanya ada satu jaminan bila kita masuk, pasti akan berjaya.. apa dia?

Masuklah dalam amal agama islam yang sempurna dalam mentaati perintah Allah ikut cara baginda SAW" pasti anda akan berjaya di Akhirat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 01:31


Ulat taik..walaupun disabun dimandi dibasuh disamak beribu kali pun..dia akan tetap kembali kepada taik juga...huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140848 saat. Lajunya....