Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 18 hari yang lalu
muslimiman: 23 hari yang lalu
tornado: 43 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Memaksimakan Kesan Majlis Usrah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Memaksimakan Kesan Majlis Usrah

Please Mendaftar To Post


Oleh Memaksimakan Kesan Majlis Usrah

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 18:31


Berdasarkan pengalaman, biasanya majlis usrah lebih berkesan untuk meningkatkan ilmu, iman dan amal serta menyeimbang dan mengistiqmahkannya berbanding majlis-majlis pengajaran di masjid-masjid. Tentu saja ia lebih berkesan daripada majlis-majlis yang diadakan sesekali seperti ceramah maulidurrasul, forum perdana, israk mikraj dan lain-lain. Ceramah kadang-kadang memang menaikkan semangat tapi habis ceramah, sebagaimana cepatnya naik sebegitulah cepatnya turun. Lebih baik kuliah bersiri berbanding ceramah. Begitulah kebiasaannya namun ia bergantung juga kepada kecekapan naqib usrah menjayakan majlisnya.


ATURCARA USRAH YANG DISARANKAN



1. MUQADDIMAH

Naqib membuka majlis dengan kata-kata aluan, bacaan al-Fatihah, suntikan motivasi (agar peserta rasa kehadiran mereka sebenarnya menguntungkan) ataupun lain-lain yang dirasakan sesuai. Fadhail amal sangat sesuai sebagai pembuka langkah. Sangat baik jika naqib mengimbas kembali dapatan-dapatan penting dalam usrah sebelum ini sebagai pengukuhan.



2. TILAWAH

Setiap ahli membaca sejumlah ayar al-Quran secara menatapnya sambil disaksikan oleh ahli-ahli lain. Ayat-ayat ini dibaca bersambung-sambung bermula dari surah al-Baqarah dan seterusnya. Selepas semua tamat membaca, perbincangan dibuka, pembetulan dan pemurnian bacaan akan dilakukan bersama-sama terutamanya oleh naqib ataupun ahli yang ada ilmu tajwid.



3. TADABBUR

Naqib ataupun ahli yang tahu akan menyentuh satu dua ayat yang sudah dibaca dalam tilawah tadi dan menghuraikannya ataupun memberi apa-apa refleksi tentangnya.

Perbincangan dibuka.



4. HAFAZAN

Setiap yang ada mempamerkan hafazan mereka sambil disemak oleh yang lain, sama ada ayat-ayat pilihan sendiri ataupun ayat-ayat yang telah ditentukan oleh naqib (ataupun jemaah).



5. TAZKIRAH

Satu ataupun dua orang ahli yang sampai gilirannya akan menyampaikan tazkirah masing-masing sebagai satu latihan.

Perbincangan dibuka.



6. PENGISIAN

Naqib menyampaikan bahan utama usrah sama ada bahan pilihannya sendiri, bahan yang dipersetujui bersama ataupun lebih baik adalah bahan yang ada dalam sukatan/ silibus usrah sebagimana yang ditetapkan oleh jemaah. Contohnya buku-buku tertentu, bahan bercetak susunan jemaah, kitab tafsir seperti Fi Zilalil Quran ataupun bahan-bahan utama lain. Oleh kerana masa berusrah terhad, bahan utama ini boleh diselang-selikan pada setiap minggu.

Perbincangan dibuka.



HAL-HAL LAIN

Naqib mengumumkan info terkini tentang program-program jemaah. Setiap peserta boleh meluahkan apa saja yang berkaitan seperti isu semasa, hal ehwal usrah, perkongsian masalah, perancangan program dan sebagainya.



PENUTUP

Peringatan-peringatan ringkas, tarikh usrah akan datang dan rumusan usrah kali ini oleh naqib. Ditutup dengan Tasbih Kifarah dan surah al-Asr.



*BONUS

Jamuan ringan jika ada. Sekiranya berusrah di kediaman ataupun bilik, biasanya ‘tuan rumah’ yang menyediakannya. Jamuan tidak termasuk dalam agenda usrah, ia bukan satu kemestian.



Turutan agenda di atas boleh diubah mengikut kesesuaian.





USRAH YANG KURANG BERKESAN



1. Naqib tidak membuat perancangan langsung. Pengisian usrah bergantung kepada apa yang terfikir ketika itu.



1. Ahli usrah ramai. Saya cadangkan seorang naqib mengendalikan 3-5 orang peserta sahaja agar setiap individu berada dalam pemantauan si naqib dan perjalanan usrah terkawal lagi lancar.



1. Usrah dijalankan dalam bentuk pengajian seperti di masjid-masjid. Tok guru bercakap dari awal hingga akhir, peserta lebih banyak mendengar.



1. Penglibatan anak buah minima. Bakat mereka tidak diasah dengan tugasan-tugasan sebagai pengisian usrah. Pandangan mereka diminta hanya pada penghujung majlis usrah dan bukannya untuk setiap agenda.



1. Jangka masanya terlalu singkat ataupun terlalu panjang. Terlalu singkat- bateri peserta tidak cukup dicas. Terlalu panjang- peserta bosan dan tidak memberi tumpuan.



1. ‘Wajibat’ (amalan-amalan yang perlu dilangsaikan) tidak diberi penekanan oleh naqib.





MEMAKSIMAKAN KESAN USRAH



1. Selain naqib, sekurang-kurangnya ada seorang ‘orang lama’ dalam kalangan peserta. Lebih baik jika ‘orang lama’ ini ilmu dan kebolehannyanya lebih kurang ataupun hampir sama dengan ilmu dan kebolehan naqib. Paling tidakpun, dia seorang yang sudah biasa sangat dengan usrah. Orang ini tugasnya sebagai pembantu dan pengukuh kepada naqib serta contoh kepada peserta.



1. Naqib hendaklah memelihara dan meningkatkan kredibiliti diri.



1. Isi usrah yang lalu disentuh sepintas lalu pada permulaan usrah.





‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’



Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

15 MEI 2008

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=349&mode=&order=0&thold=0


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 28-05-08 21:54


Sarankan juga modul-modul pengisian yang seharusnya setiap individu itu kuasai. terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 29-05-08 11:05


Assalamualaikum
hmmm..artikel yang bagus bagi membantu seorang naqib/ah dalam mendapatkan impak maksima ke atas setiap usrah yang dilaksanakan...boleh jadi check and balance module ni...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 11:16


Bagaimana saya mahu jawab sekiranya ada ahli tabligh yang
menyatakan kepada saya.. "Usrah itu ciptaan method manusia
sajaa.. lebih baik join tabligh yang mengikut method Rasulullah....
berpandukan pada sirah baginda... Sedangkan usrah itu hanya
sebarkan agama kepada sesama click mereka sahaja... Cuba
lihat tabligh, kita kembangkan kepada semua... Setiap pintu
rumah-rumah.. Setiap susur jalan-jalan..." Then he elaborate to
me: Lebih baik daripada usrah yang lebih bersifat terpencil dan sempit...

Bagaimana?? How?? How??
p/s: Baru semalam mendengar ceramah tabligh kaat surau Pantai
Hillpark.. Heehhee.. Jemaah 40 hari dari Pulau Pinang dan
Kedah... Habiss Isyaak sajaa lepak-lepak berbual dengan mereka
kejaap..

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 29-05-08 11:17


Assalamualaikum
syukran a lot pada abuzulfiqar....

selama ini saya masih tercari2 konsep yang sepatutnya..

kini alhamdulillah......



:::segala yang berlaku ada hikmahnya:::

wassalam..



Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 29-05-08 15:29


Pada 29-05-08 11:16 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana saya mahu jawab sekiranya ada ahli tabligh yang
menyatakan kepada saya.. "Usrah itu ciptaan method manusia
sajaa.. lebih baik join tabligh yang mengikut method Rasulullah....
berpandukan pada sirah baginda... Sedangkan usrah itu hanya
sebarkan agama kepada sesama click mereka sahaja... Cuba
lihat tabligh, kita kembangkan kepada semua... Setiap pintu
rumah-rumah.. Setiap susur jalan-jalan..." Then he elaborate to
me: Lebih baik daripada usrah yang lebih bersifat terpencil dan sempit...

Bagaimana?? How?? How??
p/s: Baru semalam mendengar ceramah tabligh kaat surau Pantai
Hillpark.. Heehhee.. Jemaah 40 hari dari Pulau Pinang dan
Kedah... Habiss Isyaak sajaa lepak-lepak berbual dengan mereka
kejaap..


Salam owl_UM,

bagi ana lah kan, pendapat ana yang tak seberapa ini..

tak ada perbezaan pada siapa atau method yang dibawa. yang penting isi kandungan. walaupun nama usrah dengan tabligh adalah lain. tetapi isi kandungan boleh disamaratakan. yang penting kita semua mesti belajar sirah nabi. tak kisah lah dalam usrah/tabligh. sebab tu lah yang penting apa yang kita belajar. bukan siapa yang ajar kita. kan ada Hadith Nabi : "ambil lah sesuatu kebaikan daripada apa yang disampaikannya, bukan melihat kepada siapa yang menyampaikannya.

ana harap saudara boleh menjelaskan kepada pihak musykil yang terbabit. jangan kita sesama Islam berfikiran negatif antara satu sama lain. sebab tu lah kafir saja yang menang. bila lagi Islam nak menang? kita sama-sama belajar apa yang Rasulullah bawa.

bagi ana, walaupun namanya masih usrah, tapi kita boleh memperbaharui sistem yang sedia ada. seperti memperbaiki modul2, menyebarkan sistem : tidak kepada click sahaja, dan semua perkara yang masih ada kekurangan. sama-sama bekerjasama ok?

rujukan : http://pesantren.or.id.29.masterwebnet.com/ppssnh.malang/cgi-bin/content.cgi/artikel/kolom_gus/jamaah_tabligh_jaulah.single

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 16:43


Pada 29-05-08 11:16 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana saya mahu jawab sekiranya ada ahli tabligh yang
menyatakan kepada saya.. "Usrah itu ciptaan method manusia
sajaa.. lebih baik join tabligh yang mengikut method Rasulullah....
berpandukan pada sirah baginda... Sedangkan usrah itu hanya
sebarkan agama kepada sesama click mereka sahaja... Cuba
lihat tabligh, kita kembangkan kepada semua... Setiap pintu
rumah-rumah.. Setiap susur jalan-jalan..." Then he elaborate to
me: Lebih baik daripada usrah yang lebih bersifat terpencil dan sempit...

Bagaimana?? How?? How??
p/s: Baru semalam mendengar ceramah tabligh kaat surau Pantai
Hillpark.. Heehhee.. Jemaah 40 hari dari Pulau Pinang dan
Kedah... Habiss Isyaak sajaa lepak-lepak berbual dengan mereka
kejaap..


pendapat saya
usrah adalah advancement daripada kaedah tabligh.....
kerana kaedah tabligh niat dan matlamat mulia dan bagus, tapi perlaksanaannya boleh menimbulkan fitnah, yang sepatutnya umat Islam elakkan sejauh mungkin.....

selalu kita dengar orang tabligh ni dia akan tinggalkan keluarga kerana untuk bertabligh....tapi sekiranya makan minum derta keperluan keluarga terabai sama ada sengaja atau tidak adalah amanah si suami...maka menimbulkan fitnah dikalangan masyarakat, dan mungkin juga bakal menjadi punca perpecahan rumah tangga........

maka usrah dicipta bagi menangani kelemahan sistem tabligh...dimana usrah juga boleh melibatkan ahli keluarga....walaupun dalam halawah yang lain...........

manusia dikurniakan akal bagi berfikir dan tubuh bertindak mengikut landasan yang telah dididik kepada akal.....

so fikir-fikirkan lah


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 16:47


ops lari tajuk sikit...........
bagus modul usrah tu....kalau ditambah aktiviti luaran juga bagus kan....
supaya usrah tidak hanya terikat pada duduk dalam halaqah dan berbicara...
macam kat sek main saya dulu ada buat tournament bola sepak antara usrah
bukan selalu tapi sekali sekal apa salahnya.....
lagipun ia boleh membantu menyihatkan tubuh......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 29-05-08 16:50


Pada 29-05-08 16:47 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

ops lari tajuk sikit...........
bagus modul usrah tu....kalau ditambah aktiviti luaran juga bagus kan....
supaya usrah tidak hanya terikat pada duduk dalam halaqah dan berbicara...
macam kat sek main saya dulu ada buat tournament bola sepak antara usrah
bukan selalu tapi sekali sekal apa salahnya.....
lagipun ia boleh membantu menyihatkan tubuh......


betul.. di samping tu ahli2 baru boleh belajar konsep2 riadhah dalam Islam. Islam bukanlah hanya tertumpu pada bidang2 tertentu sahaja, malah seluruh aspek kehidupan.

dalam masa yang sama, usrah membantu pemahaman ahli2 baru membincangkan sesuatu pengisian secara detail.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 06:08


:)

konsep usrah kekal sama..yang membezakan pengisian dan method..

usrah yang berkesan, ialah apabila ahli usrah kekal bertautan dan bertemu walaupun di alam maya..

memang betul usrah bukan perlu duduk dalam halaqah berdiskusi ilmu agama semata-mata.. ianya terpulang pada peringkat mana ahli usrah itu berada,,

jika sesama adik-adik..takkan nak bincang isu melangit tinggi.. jika bersama kaum ibu, takkan nak bincang isu tak berpadanan.. terpulang pada kehendak..

yang pasti..dengan usrah, tautan ukhwah terjalin.. sakit bangun sahabat kita jagai.. :)

selamat berusrah dan bertalaqi ilmu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 07:02


Salam, bagi saya peranan usrah ini di samping membina ukhwah, ia turut menjadi wadah untuk membina peribadi seorang daie serta menyiapkannya dengan asas-asas dan ilmu untuk disampaikan kepada umum. Ringkasnya, usrah berperanan sebagai sebahagian daripada proses pentarbiyahan dan pembinaan ahli. Jadi, tak timbul isu click-click ni, kerana ilmu dan fikrah itu akan disampaikan dalam masyarakat juga.

Tak salah kalau nak buat majlis ilmu secara secara mass, namun pendekatan usrah ini lebih bersifat hati ke hati dan secara tak langsung meningkatkan keberkesanan penyampaian. Melalui usrah juga para naqib dapat memantau perkembangan anak-anak usrahnya, sekaligus memantapkan lagi proses pentarbiyahan. Method usrah ni pun ada asasnya daripada method Rasulullah saw. Siapa kata tak ada. Ia dicontohi daripada proses tasqif di rumah al-Arqam bin abi Arqam.

Approach yang digunapakai dalam usrah itu terpulanglah kepada kreativiti masing-masing, selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Cadangan2 di atas memang bernas dan insya Allah berkesan.

Dalam tabligh, mungkin istilah usrah tidak digunakan. Tapi essence-nya tetap ada. Misalnya semasa mesyuarat harian, di samping membincangkan perkembangan semalam dan juga perancangan hari ini, turut disertakan dengan pengisian kerohanian, fikir agama, dan peringatan (tazkirah). Ini pandangan peribadi saja, hakikat yang sebenarnya saya tak pasti lah...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 30-05-08 12:07


Usrah seharusnya diadakan dengan niat untuk menambahkan kefahaman, penghayatan dan amal untuk ahli-2 usrah tersebut ... itulah sepatutnya tujuan dan niat yang utama ... bukannya hanya sekadar untuk mencari penyokong dan rekrut-2 baru untuk dikaderkan ...

tak semua kumpulan usrah boleh buat sebagaimana yang dicadangkan di atas kerana "constrain" yang berpunca dari silibus dan keadah pelaksaan usrah yang telah digariskan oleh "pusat" dan "pimpinan" ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 30-05-08 15:23


Pada 30-05-08 12:07 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Usrah seharusnya diadakan dengan niat untuk menambahkan kefahaman, penghayatan dan amal untuk ahli-2 usrah tersebut ... itulah sepatutnya tujuan dan niat yang utama ... bukannya hanya sekadar untuk mencari penyokong dan rekrut-2 baru untuk dikaderkan ...

tak semua kumpulan usrah boleh buat sebagaimana yang dicadangkan di atas kerana "constrain" yang berpunca dari silibus dan keadah pelaksaan usrah yang telah digariskan oleh "pusat" dan "pimpinan" ...


saya sokong, tapi anak2 buah tak boleh jadi pak turut saja & pasif.

ada yang aggp usrah perlu diadakan secara formal & ada yang aggp ianya sekadar program masjid..keluar masjid tak ada lagi gunanya..

tapi sekiranya kita bagi komitmen & tahu pentingnya usrah, sebarang "constrain" adalah xmustahil..



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 09:26


Pada 29-05-08 11:16 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana saya mahu jawab sekiranya ada ahli tabligh yang
menyatakan kepada saya.. "Usrah itu ciptaan method manusia
sajaa.. lebih baik join tabligh yang mengikut method Rasulullah....
berpandukan pada sirah baginda... Sedangkan usrah itu hanya
sebarkan agama kepada sesama click mereka sahaja... Cuba
lihat tabligh, kita kembangkan kepada semua... Setiap pintu
rumah-rumah.. Setiap susur jalan-jalan..." Then he elaborate to
me: Lebih baik daripada usrah yang lebih bersifat terpencil dan sempit...

Bagaimana?? How?? How??
p/s: Baru semalam mendengar ceramah tabligh kaat surau Pantai
Hillpark.. Heehhee.. Jemaah 40 hari dari Pulau Pinang dan
Kedah... Habiss Isyaak sajaa lepak-lepak berbual dengan mereka
kejaap..


Kalau saya, saya takkan jawab atau balas balik ... cuma angguk saja lah ...

apa yang diperkatakan tu ada juga benarnya ... tetapi perlu diingat yang istiqamah itu juga penting ... melalui usrah ikatan sesama ahli mampu mendorong amalan yang istiqamah dan berterusan .... usrah sebenarnya sebagai medan latihan untuk melahirkan atau memberi kesedaran pada ahli-2 tentang dakwah ... di situlah kita mula memantapkan pemahaman ahli-2 tentang tauhid yakni mengesakan Allah ...

bukan nak menafikan kaedah yang dibawa oleh tabligh ... saya juga amat bersetuju dengan konsep turun dalam masyarakat dan tidak berada dalam "kepompong" sendiri yang mana kalau buat program atas nama Islam balik-2 semua tu muka-2 yang sama ... macam mana nak dakhwah kan ...

nak kata usrah ni method ciptaan manusia rasanya tak juga kerana Rasulullah, ketika masih lagi dakwah secara sembunyi di Makkah berkumpul di rumah Al-Arqam bin Abi al-Arqam berdakwah dalam kelompok yang kecil seperti dalam usrah ...

usrah seperti yang dijalankan oleh kebanyakan kumpulan gerakan Islam sekarang ini adalah berpandukan method yang dilaksanakan oleh As-Syahid Imam Hassan al-Banna dan Ikwan al-Muslimin ....

kesimpulannya .. pendapat peribadi saya, dua-2 pun tak ada salahnya asalkan niat tu betul ... jadi dalam hal ini saya lebih suka untuk berdiam diri dan mendengar serta bersetuju, tidak membalas, menjawab atau berbalah walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita kurang setuju ... yang buat orang Islam berpecah, berselisih dan adakalanya bergaduh dan tak boleh bekerjasama antara satu sama lain adalah disebabkan berbalah dan berhujah atas perkara-2 yang seumpama ini lah ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 11:48


Saya sangat suka usrah.. tak kisahlah usrah dengan siapa pun..
Saya selalu rindukan usrah, tapi sahabat-sahabat seusrah saya tidak pula merasai apa yang saya rasai... Sebab apa ya? Mungkin niat agaknya, ataupun kefahaman tentang usrah tu...

Dalam satu program latihan nuqaba' yang jemaah saya anjurkan, timbul isu 'Usrah Magnetik, bukan Naqib Magnetik'. Isu ni timbul bila ada ahli usrah yang semakin jarang datang usrah setelah naqibnya diganti dengan naqib lain kerana naqib terdahulu berhijrah sebentar ke luar negara atas urusan pengajian.

Jadi, kesimpulan yang saya dapat daripada isu tu, jadikan usrah itu adalah usrah magnetik, bukan naqib magnetik. Terapkan kefahaman kepada konsep usrah yang sebenar. Jangan disebabkan ta'sub dengan seorang individu sahaja, setelah orang tersebut tiada, segalanya ditinggalkan.

Tapi, dalam isu ini, saya tidak dapat menafikan pentingnya seorang naqib mempunyai peribadi magnetik dalam menarik ahli usrahnya untuk memberi komitmen. Naqib magnetik tetap faktor pertama yang mengikat ahli usrah baru, tapi dengan cara inilah, naqib perlu menjadikan usrah itu sebenarnya magnet.

-Ada orang kata, 'usrah yang sebenar bermula setelah selesai halaqah'.. Betulkah?


-Faham tak ayat saya ni? Jadi tunggang langgang ayat sebab dah lama tak posting di ukhwah.com ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 11:56


Saya berkesempatan menghadiri Konvensyen Naqibat anjuran Lajnah Tarbiyah, Dewan Muslimat PAS Pusat baru-baru ni di Anjung Rahmat. Lajnah Tarbiyah ada menerbitkan buku Panduan Usrah Remaja. Satu set, dua buah buku; Panduan Usrah Ramaja, dan Pengisian Usrah Remaja Soleh.. Lebih kuranglah tajuknya. Dalam buku ini, ada disertakan modul-modul yang boleh dibawa oleh naqib/ah dalam usrahnya. Buku diterbitkan oleh TeenCircle.

Komen saya pada buku tersebut: "Sangat up to date! Saya sangat SUKA!"


Moga ia menjadi legasi amal jariah oleh penulis dan insan-insan yang terlibat dalam penghasilan buku tersebut. Pahala berganda-ganda bila ia dirujuk dan diamalkan terus-terusan.


littlemuslimah: Nak juga tinggalkan legasi untuk mujahid generasi akan datang...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-06-08 14:08


Assalamualaikum
ada perkara asas yang tidak ditekankan di sini...hmm...
niat yang paling penting..dalam mengikhlaskan diri, tidak mudah mencapai niat yang paling tulus...uhuk...
jika niat itu memang hanya kerana Allah semata, pasti ada kesan yang sangat mendalam dapat diperolehi daripada usrah tersebut...

P/S : apapun, fahamkan erti sebenar..'kerana Allah' tu....tamo salah faham eh... :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 16:39


!!! QUOTE !!!

-Ada orang kata, 'usrah yang sebenar bermula setelah selesai halaqah'.. Betulkah?



naa'm dik..
kak menyokong statement itu..
USrah sebenar bermula SETElah selesai liqa' tersebut..
maza.. mengapa..

semasa proses USrah dijalankan..
ianya cuma medium yakni.. guideline untuk kita melakukan
hijrah.. dikit demi dikit.. hatta dalam usrah itu juga
kita kutip ilmu.. kongsi ilmu.. sebarkan ilmu..

jom kita tengok pandangan lain..
dari perspektif kita join KEm motivasi..etc..
KEM motivasi BERmula selepas akhirnya kem tersebut..

Kenapa ana berkata demikian..
asbabnye.. kita bakal mengorak langkah perubahan
selepas kem ni bermula.. bukan semasa kem..
so, untuk mengetahui adakah ada impak dari kem au usrah tersebut..

kita melihat pada masa akan datang...
adakah sama STATik.. pegun tang tu juga.,
au kita slow-slow lakukan perubahan KOreksi diri..

tuntas wa konklusinya..
tepuk dada tanya IMAn.. Usaha.. AMal kita..
pOsitif.Negatif dan sewaktu dengannya...

:berfikir: :berfikir: :roll: lets' think deeply.... :-?


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 16:44


jom.. kita sama-sama explore blog sahabat ni..

salafian




kita hayati.tatapi.mengaji.lakukan amali..
insyaallah.... ;-)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 18:25


salam alaik..
nak kongsi sikit.. doc. yang ana save...

ADAB USRAH
1. Ikhlas
Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya, maksudnya: Dan tidaklah mereka tiadalah disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya)
sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul). (Al-Bayyinah, 98:5) Sabda Rasulullah salallahu alaihi wassalam, maksudnya: Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan. (Mutaffaqun' alaih)

2. Meminta Izin Masuk
Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala, maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih baik
bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan. (An-Nur, 24:27)

3. Menepati Masa
Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah .a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat. (Mutaffaqun' alaih).

4. Suci
Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksudnya: Dari Abu Malik Al-Asy'hari .a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan .a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahan nya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya. (Muslim) Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan ... dapat
berbincang tanpa dipengaruhinya.

5. Beritahu Naqib Jika Tidak Hadir
Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera memberitahu hal itu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk
(a) melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja,
(b) supaya naqib dan
sahabat tidak tertunggu-tunggu,
(c) supaya dapat mengelakkan prasangka
yang tidak baik, dan
(d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah
tidak berlebihan.

6. Bersedia dari Segi Mental dan Perlakuan
Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Maksudnya: Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Israk, 17:34) Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar, dan akan menjadi
pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang.

7. Membawa Sumber dan Alat Tulis
Sediakan keperluan seperti al-Qur'an, teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu) . Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.

8. Mengukuhkan ukhwah
Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah .a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Muslim)

9. Menuntut Ilmu
Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah .a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. (Muslim)

10. Duduk dengan Sopan
Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat. Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang
beriman (berhina dirilah, jangan sombong). (Al Hijr, 15:88) Nota
penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan, lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh mengganggu sahabat kita.

Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya: ... Dari Abu Hurairah .a. Abu Said .a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat. (Muslim)

ada lagi..

;-)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 18:29


11. Fatihah dan Selawat
Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis: Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka. (Tarmizi)

Nota penyunting: Berselawat tidak menjadi amalan usrah saya pada masa lalu, sama ada semasa saya menjadi ahli, naqib atau penasihat. Saya mesti membetulkan keadaan ini. Seorang sahabat usrah saya, Samsudin bin Basar, memberi komen bahawa permulaan usrah nampak selari dengan rukun khutbah. Tambahan: Alhamdulillah, pada 11 Februari 1999, apabila saya
berpeluang menggantikan naqib, saya telah melaksanakan hal ini.

12. Menyampaikan kepada Orang Lain
Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan
pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingat fakta dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis: Dari Abi Bakrah .a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang
menyampaikannya. (Bukhari dan Muslim)

13. Bertanya dengan Izin
Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.

14. Mencelah Apabila Sangat Perlu
Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan terhadap perkara yang sedang diperkatakan.

15. Mengawal Suara
Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Hal Ini dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman, 3:19)

16. Tenang dan Serius
Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis: Dari Anas .a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Baginda bersabda: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak
menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya. (Mutaffaqun' alaih)

17. Jangan Bergurau
Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan terhad pada perkara yang benar sahaja. Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali kebenaran. Nota penyunting: Saya belum pasti ungkapan ini hadis atau kata-kata biasa. Jika hadis, sumber hadis ini tidak tercatat dalam teks asal. Diharap ada pembaca yang lebih mengetahui memberi respons.

18. Jangan Merokok
Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah, telah sebelas tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini.

19. Jangan Banyak Soal
Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis: Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka. (Mutaffaqun' alaih)

20. Izin keluar Majlis
Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu
keperluan. Keluar dari majlis tanpa izin merupakan perangai orang muafik.

Firman Allah, maksudnya: Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur 24:62)

ana akan sambung kemudian hari.. insyaallah..

waallahu'alam..

:roll: ;-)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 19:35


Pada 02-06-08 11:56 , littlemuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

Saya berkesempatan menghadiri Konvensyen Naqibat anjuran Lajnah Tarbiyah, Dewan Muslimat PAS Pusat baru-baru ni di Anjung Rahmat. Lajnah Tarbiyah ada menerbitkan buku Panduan Usrah Remaja. Satu set, dua buah buku; Panduan Usrah Ramaja, dan Pengisian Usrah Remaja Soleh.. Lebih kuranglah tajuknya. Dalam buku ini, ada disertakan modul-modul yang boleh dibawa oleh naqib/ah dalam usrahnya. Buku diterbitkan oleh TeenCircle.

Komen saya pada buku tersebut: "Sangat up to date! Saya sangat SUKA!"


Moga ia menjadi legasi amal jariah oleh penulis dan insan-insan yang terlibat dalam penghasilan buku tersebut. Pahala berganda-ganda bila ia dirujuk dan diamalkan terus-terusan.


littlemuslimah: Nak juga tinggalkan legasi untuk mujahid generasi akan datang...!


salam littlemuslimah.....macamana nak dapatkan buku tu...minat lah....somebody please..please..help me...kat mana nak cari ni ??? :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 08-06-08 12:07


Assalamualaikum
littlemuslimah..boleh tak berikan sinopsis buku yang disebutkan tu...Panduan Usrah Ramaja dan Pengisian Usrah Remaja Soleh...hmm...berminat untuk mendapatkan panduan untuk membawa usrah remaja....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 15:33


21. Jangan Bertengkar
Jangan sekali-kali bertengkar kerana pertengkaran akan merenggangkan
ukhwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhwah.

Allah berfirman, maksudnya: Orang-orang mukmin itu sesungguhnya
bersaudara. Sebab damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua
saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
(Al-Hujurat, 49:10) Firman Allah lagi, Dan taatlah kepada Allah dan
Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu
menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya
Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal, 8:46)

22. Berusaha mengenali sahabat
Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali
sahabat-sahabat satu usrah.

23. Membaca Tasbih Kafarah
Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara
sedar dan memahami serta menghayati maknanya. Maksud hadis: Daripada
Abu Barzah .a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada
penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis
yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan
puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan
melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian
ada seorang lelaki berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan
mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum
ini." Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah
(penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurang an atau
kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu." (Diriwayatkan oleh
Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah
dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia
mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.)

24. Bersalaman
Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Firman
Allah s.w.t., maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan
(hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang
yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah
menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran, 3:134) Firman
Allah s.w.t. lagi: Maksudnya: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang
mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang
bodoh." (Al-A'raf, 7:199)

25. Bersegera Pulang
Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang
penting. Berilah peluang kepada tuan rumah untuk berkemas dan
fahamilah bahawa tuan rumah mungkin letih dan hendak segera berehat
atau dia ada urusan lain.

26. Menjaga Rahsia Jemaah
Rahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah
diputuskan tentang sesuatu perkara atau setiap perkara yang dikirakan
tidak patut untuk disebarkan.

Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap
naqib atau naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan
tercapai, insya Allah

ok.. dah selesai copy paste ana..
waallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 16:32


copy-paste,,,,,,,,,


STRATEGI SEORANG PEJUANG

BAHAGIAN PERTAMA :

NILAI DALAMAN (BAHAN MENTAH)

1. BERTINDAK DARI QALBI YANG IKHLAS DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

a. Tiada kepentingan diri sendiri
b. Berasaskan kesedaran
c. Jelas matlamat

2. CONFIRM MAKLUMAT ASAS

a. Yang dikuasai
b. Kurang penguasaan(Kurang jelas)
c. Tiada maklumat

3. MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN PERIBADI

a. Koleksi muzakirat dan nota yang telah dipelajari
b. Kitab-kitab Mu`tabar
c. Himpunan kertas-kertas kerja
d. Keratan utama akhbar-akhbar al-Islami
e. Cd , MP3 , dan Vcd mudhaharah ( ceramah / pidato )

4. TARGET PANGKALAN

a. Kampung dan desa
b. Bandar dan kotaraya
c. Perkampungan akademik(kampus)
d. Jabatan (kerajaan,swasta atau separuh swasta)

5. FOKUS STATUS DAN STANDARD SASARAN

a. Orang-orang tua berpengetahuan tinggi dan berpengalaman
b. Orang-orang tua yang tiada pengalaman dan pengetahuan tinggi
c. Pemuda-pemudi yangberpelajaran dan masih belajar
d. Kaum ibu
e. Remaja
f. Intelektual

6. RAKAN GANDING (OPERATION PARTNER)

a. Sebaya dan sepengajian
b. Aktivis berpengalaman
c. Generasi pengasas perjuangan

7. MEMPUNYAI PENGETAHUAN ASAS

a. Keluarga dan kaum kerabat
b. Sahabat karib dan rakan taulan
c. Ketua dan orang yang paling dihormati di kalangan masyarakat

8. PERHIASAN SAKSIAH UTAMA

a. Sentiasa di samping masyarakat (bergaul)
b. Mudah berurusan dan tidak sombong (tidak over acting)
c. Gemar membantu dan menyelesaikan masalah masyarakat
d. Menampilkan air muka berwibawa termasuk fesyen berpakaian(imej ustaz,ustazah atau mahasiswa)

9. PRASARANA UTAMA DAN ALAT OPERASI PERJUANGAN

a. Kemudahan asas (rumah,kenderaan dan telekomunikasi)
b. Sijil akuan (pengajian atau pengkhususan)
c. Kemampuan ekonomi (kestabilan)
d. Kemahiran dalam sesuatu bidang(pidato,organisasi,computer,teknikal dan sebagainya)

10. SIKAP UMUM :

a. Kawal thiqah masyarakat
b. Tidak ghurur atau irtijal
c. Jangan berpuak(bina kem)
d. Berlapang dada
e. Tidak memperbanyakkan musuh
f. Jauhi publisiti murah dan pengaruh jahat
pergi. Jangan taja diri sendiri untuk menjadi pemimpin
h. Menghormati mereka seperjuangan dan golongan veteran
i. Sedia ditarbiyyah dan mentarbiyyah
j. Awasi statement umum (tidak menyentuh peribadi rakan seperjuangan terutama pemimpin)
k. Tidak terlampau bersifat adventurisme yang melampau garis persetujuan Harakah Islamiyyah

11. PERLABAAN MODAL

a. Kajian kitab
b. List dan hujah-hujah bernas
c. Membaca hujahj-hujah terbaru
d. Tidak mengulangi kesilapan
e. Mengkaji uslub penampilan dan gaya penyampaian
f. Mengolah hujah dan bahasa penyampaian maklumat berdasarkan status sasaran


BAHAGIAN KEDUA : NILAI LUARAN

1. TINDAKAN ASAS

a. Menghubungi Gerakan Islam dan pimpinannya
b. Mengenal pasti isu-isu semasa dan pengolahannya
c. Melangsaikan masalah atau urus kerja kekeluargaan

2. TINDAKAN LANJUT

a. Berpangkalan(tempat tinggal,mengajar atau bekerja)
b. Menyusun program(umum dan keluarga)
c. Menyelaras dan mengemaskini gerak kerja dakwah(usrah,perjumpaa tertutup dan muzakarah)

3. MENGESAN KELAS PROGRAM

a. Muhadharah umum
b. Muhadharah politik
c. Pengajian fardhu ain
d. Muzkarah atau debat
e. Pembentangan kertas kerja
f. Persidangan intelektual

4. WASPADA DAN MENGATASI KONSPIRASI MUSUH

a. Taktik politik kotor
b. Taktik politik wang
c. Tangkap atau penjara
d. Fitnah
e. Bunuh

5. MEMBANTU PENGUKUHAN ANGKATAN TERAS

a. Angkatan pengasas gerakan Islam
b. Aktivis utama dan berpengalaman
c. Tuan guru atau ulama`

6. MEMBINA GENERASI PELAPIS

a. Aktivis mahasiswa
b. Pemuda-pemudi yang berkesedaran tinggi
c. Remaja (peringkat sekolah-sekolah agama)

7. MENGANJUR DAN MENYERTAI PROGRAM

a. Bakti siswa (BAKSIS)
b. Himpunan bekas mahasiswa (HIMMAH)
c. Intensif petugas dakwah
d. Muzakarah ilmuan Islam
e. Khemah mujahidin
f. Kursus kemahiran atau jati diri

8. MENGUASAI INSTITUSI MASYARAKAT

a. Masjid
b. Balai umum
c. Majlis keraian

9. MENCIPTA SUASANA

a. Tidak terperangkap dalam konflik masalah khilafiyyah

b. Elak pertembungan sesama aktivis
c. Mengutara idea dinamis dalam menangani polemic masyarakat
d. Tutup ruang tindakan musuh Islam
e. Ambil kira kecenderungan masyarakat
f. Mengenal halangan dan cara mengatasinya
pergi. Cekap menggunakan peluang untuk meraih kesedaran masyarakat terhadap Islam
h. Bijaksana mengendali majlis perbualan am agar tidak terkeluar dari batas susila Islam

10. SENARAI TUGAS UTAMA SECARA KESELURUHAN

a. Membetul dan memantapkan aqidah ummah
b. Tiup semangat jihad
c. Pulihkan jiwa ummah yang lesu dan ulama` yang bisu
d. Memerangi kejahilan
e. Amar ma`ruf nahi mungkar
f. Gagalkan konspirasi musuh
pergi. Buktikan kemampuan ulama dalam pentadbiran dan kepimpinan
h. Tabor jasa bakti semampu mungkin serta mengelak dari terjerumus ke dalam noda dan dosa

11. MUNAJAT DAN AMAL TINDAKAN YANG BERTERUSAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 26-06-08 13:31


Pada 30-05-08 15:23 , azzak posting:

!!! QUOTE !!!


tapi sekiranya kita bagi komitmen & tahu pentingnya usrah, sebarang "constrain" adalah xmustahil..



constrain yang dimaksudkan adalah seperti "keputusan pimpinan peringkat tinggi" ... maksudnya naqib pun tak boleh buat sesuka hati walaupun apa yang dia cuba nak buat tu barangkali sesuatu yang tak ada salahnya ... pernah juga berlaku kes seorang naqib kumpulan usrah yang buat keputusan sendiri akhirnya dipinggirkan dan semua ahli diminta "berhati-2" dengan beliau ... masalah ni kira masalah jemaah lah sebab usrah ni dah sinonim dengan jemaah ...

p/s : ada tak dalam dunia ni usrah yang tak terikat dengan mana-2 jemaah atau pertubuhan?



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-08 15:12


Pada 24-06-08 16:32 , aye posting:

!!! QUOTE !!!


11. MUNAJAT DAN AMAL TINDAKAN YANG BERTERUSAN


ada seterusnya ke aye?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-06-08 16:26


Assalamualaikum..
best topik ni..semoga kita sama dapat meningkatkan lagi kualiti usrah kita,insyaAllah..

Pada 29-05-08 11:16 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana saya mahu jawab sekiranya ada ahli tabligh yang
menyatakan kepada saya.. "Usrah itu ciptaan method manusia
sajaa.. lebih baik join tabligh yang mengikut method Rasulullah....
berpandukan pada sirah baginda... Sedangkan usrah itu hanya
sebarkan agama kepada sesama click mereka sahaja... Cuba
lihat tabligh, kita kembangkan kepada semua... Setiap pintu
rumah-rumah.. Setiap susur jalan-jalan..." Then he elaborate to
me: Lebih baik daripada usrah yang lebih bersifat terpencil dan sempit...

Bagaimana?? How?? How??
p/s: Baru semalam mendengar ceramah tabligh kaat surau Pantai
Hillpark.. Heehhee.. Jemaah 40 hari dari Pulau Pinang dan
Kedah... Habiss Isyaak sajaa lepak-lepak berbual dengan mereka
kejaap..


bukan ke usrah pun Rasulullah saw dah pernah buat kat rumah Al-arqam bin Abi al-arqam? Kenapa pula cakap method ciptaan manusia?

hmm..just opinion hari ana yang lemah ni..
setiap jemaah ni saling lengkap melengkapi..tak kira lah tabligh ke, pas ke or whatever lah.. bagi ana, tabligh ni sesuai if kita nak refresh diri kita dalam suasana iman dan islam..Allahua'lam..


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-06-08 00:12


Pada 26-06-08 15:12 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-06-08 16:32 , aye posting:

!!! QUOTE !!!


11. MUNAJAT DAN AMAL TINDAKAN YANG BERTERUSAN


ada seterusnya ke aye?



nak tolong jawab..

untuk bahagian kedua..memang sampai kat situ saja.. :)


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.231369 saat. Lajunya....