Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 149
Ahli: 0
Jumlah: 149




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 44 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ISLAM HADHARI DIHARAMKAN DI SELANGOR


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ISLAM HADHARI DIHARAMKAN DI SELANGOR

Please Mendaftar To Post


Oleh ISLAM HADHARI DIHARAMKAN DI SELANGOR

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 20:31


Hamba baru saja 'terpaksa' menonton buletin uTAMAK tv3 suku sebentar tadi, dilaporkan bahawa "Islam Hadhari diHARAMKAN di negeri Selangor" melalui ucapan Exco Agama Islam Dato Hasan Ali di perbahasan Dewan Undngan Negeri Selangor hari ini.

Harap jika ada antara sahabat yang ada laporan rasmi dapat berkongsi maklumat.

Syukran :-)


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 21:58


alhamdulillh..memang patut diharamkan dari dahulu lagi..islam hadari yang dibawa oleh ustaz pak lah ni banyak mengelirukan umat islam .....moga-moga negeri ana pun turut mengharamkannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-05-08 07:31


Assalamualaikum


ana pun bersetuju Islam Hadhari diharamkan
watpa kita nak buat penjenamaan semula
agama bukan boleh buat penjenamaan semula
ia akan mengelirukan sesiapa sahaja
janganlah nak berbangga dengan kehebatan kita
sampai agama dipermainkan
ini akan menjadi faktor org kafir menjatuhkan Islam
org Islam sendiri pun dah keliru dikelirukan lagi


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-08 10:23


Pada 27-05-08 07:31 , syah_apium posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum


ana pun bersetuju Islam Hadhari diharamkan
watpa kita nak buat penjenamaan semula
agama bukan boleh buat penjenamaan semula
ia akan mengelirukan sesiapa sahaja
janganlah nak berbangga dengan kehebatan kita
sampai agama dipermainkan
ini akan menjadi faktor org kafir menjatuhkan Islam
org Islam sendiri pun dah keliru dikelirukan lagi




saya pun setuju.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  


posticon Posting pada: 27-05-08 11:20


Pada 27-05-08 07:31 , syah_apium posting:

!!! QUOTE !!!


ana pun bersetuju Islam Hadhari diharamkan
watpa kita nak buat penjenamaan semula
agama bukan boleh buat penjenamaan semula
ia akan mengelirukan sesiapa sahaja


saya peliklah dengan awak semua. Kenapa mudah sangat jadi pak angguk tanpa melihat dengan pandangan yang jauh sikit. Islam hadhari adalah ajaran Islam juga bukan ajaran baru. Awak semua yang kata lebih-lebih dengan pelbagai istilah. Bagi saya tidak timbul nak buat penjenamaan semula. Perkataan Islam masih dikekalkan dan tidak pun ditukar seperti yahudi ke..kristian ke.. budha ke.. atau apa saja yang selain daripada perkataan Islam.

Islam hadhari adalah dalam lingkungan Islam juga sama seperti Islam beriman, Islam fasik, Islam zalim dan sebagainya. Walaupaun ada orang Islam yang mempunyai ciri-ciri seperti tersebut namun mereka masih Islam lagi dan tidak terkeluar daripada Islam.

Sekarang ini pun saya rasa ramai dikalangan kita ada juga yang menjadi Islam fasik atas beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk awak semua. Adakah awak berani mengatakan bahawa meraka dan awak semua sebagai orang yang terkeluar dari Islam?

Bukankah sebarang program2 yang berkaitan dengan Islam Hadhari yang di adakan diseluruh negara telah memberi manfaat juga kepada orang ramai dan paling tidak pun orang ramai dapat mendengar risalah Islam daripada mendengar konsert hiburan!

Bila kerajaan buat konsert hiburan yang di dalamnya ada program ilmu pun awak tentang. Bila buat program2 yang berkaitan dengan Islam hadhari untuk memberi info risalah Islam pun juga awak tentang. Sebenarnya yang mana satu awak mahu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-05-08 12:32


Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

saya peliklah dengan awak semua. Kenapa mudah sangat jadi pak angguk tanpa melihat dengan pandangan yang jauh sikit. Islam hadhari adalah ajaran Islam juga bukan ajaran baru. Awak semua yang kata lebih-lebih dengan pelbagai istilah. Bagi saya tidak timbul nak buat penjenamaan semula. Perkataan Islam masih dikekalkan dan tidak pun ditukar seperti yahudi ke..kristian ke.. budha ke.. atau apa saja yang selain daripada perkataan Islam.

Islam hadhari adalah dalam lingkungan Islam juga sama seperti Islam beriman, Islam fasik, Islam zalim dan sebagainya. Walaupaun ada orang Islam yang mempunyai ciri-ciri seperti tersebut namun mereka masih Islam lagi dan tidak terkeluar daripada Islam.

----> apa yang saudara biru-putih cakap ini? islam zalim? islam beriman? islam fasiq? astaghfirullahalazim... apa ini? Kenapa sampai jadi macam ini? islam tu satu saja lah... islam tu adalah tinggi dan tiada yang tinggi daripadaNya... islam tu dah cukup lengkap. tak payah tambah2 kat belakang lagi. tak perlu...!!
maksud islam hadhari tu bila di translate dalam bahasa melayu daripada bahasa arab ialah islam yang bertamadun... so, apa yang mengelirukan ialah, selama ini ada lah islam yang tak bertamadun ye... lagi satu, ia juga bermaksud islam yang mengikut tamadun. kalau lah kata tamadun tu ialah dengan minum arak, berjudi, maka islam pun kena ikut lah definisi tamadun tu ye... macam tu ye? ada paham tak en biru-putih?

---------------------------------------------------------------------------
Sekarang ini pun saya rasa ramai dikalangan kita ada juga yang menjadi Islam fasik atas beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk awak semua. Adakah awak berani mengatakan bahawa meraka dan awak semua sebagai orang yang terkeluar dari Islam?

------------> siapa kita nak m'hukum saudara kita adalah fasik atau tidak... hanaya Allah yang layak... tapi kalau p'buatan mereka tu adalah fasik, so mereka adalah fasik... kita tak boleh lah cakap mereka fasik... tapi sendiri tau lah...

-----------------------------------------------------------------------------
Bukankah sebarang program2 yang berkaitan dengan Islam Hadhari yang di adakan diseluruh negara telah memberi manfaat juga kepada orang ramai dan paling tidak pun orang ramai dapat mendengar risalah Islam daripada mendengar konsert hiburan!

Bila kerajaan buat konsert hiburan yang di dalamnya ada program ilmu pun awak tentang. Bila buat program2 yang berkaitan dengan Islam hadhari untuk memberi info risalah Islam pun juga awak tentang. Sebenarnya yang mana satu awak mahu?

------------> saudara perlu ingat, minyak takkan sekali2 bercampur dengan air... perkara makruf kalau kita buat dengan adanya perkara mungkar, ia tetap akan menjadi haram... no halam ye... saudara kena ingat, matlamat tidak sekali2 m'halalkan cara... tapi, menengokkan caranya pun dah tau matlamatnye tu... islam tu pun dah cukup bertamadun dah. tak payah nak menambah2 deen Allah ini... sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri pun bawa Islam yang Allah turunkan secara pure, siapalah kita yang nak menambah2 ini... ada faham?



-----------------
~Islam is our way of life~

http://ungulavender.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

abaabil
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30613
Posting: 28
Dari: Pantai Valley

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-05-08 13:13


Saya pun sokong pengharaman Islam Hadhari tu...malas nak ulas panjang-panjang, buat sakit hati saja, lagi-lagi kepada orang yang tak berapa nak faham Islam tu sendiri...


-----------------
Aku Si Tukang Kebun, Berlantaikan Bumi, Berbumbungkan Langit. Aku Tetap Berkebun.


Bookmark and Share

    


  Member Information For abaabilProfil   Hantar PM kepada abaabil   Pergi ke abaabil's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-05-08 13:16


Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-05-08 07:31 , syah_apium posting:

!!! QUOTE !!!


ana pun bersetuju Islam Hadhari diharamkan
watpa kita nak buat penjenamaan semula
agama bukan boleh buat penjenamaan semula
ia akan mengelirukan sesiapa sahaja


saya peliklah dengan awak semua. Kenapa mudah sangat jadi pak angguk tanpa melihat dengan pandangan yang jauh sikit. Islam hadhari adalah ajaran Islam juga bukan ajaran baru. Awak semua yang kata lebih-lebih dengan pelbagai istilah. Bagi saya tidak timbul nak buat penjenamaan semula. Perkataan Islam masih dikekalkan dan tidak pun ditukar seperti yahudi ke..kristian ke.. budha ke.. atau apa saja yang selain daripada perkataan Islam.

Islam hadhari adalah dalam lingkungan Islam juga sama seperti Islam beriman, Islam fasik, Islam zalim dan sebagainya. Walaupaun ada orang Islam yang mempunyai ciri-ciri seperti tersebut namun mereka masih Islam lagi dan tidak terkeluar daripada Islam.

Sekarang ini pun saya rasa ramai dikalangan kita ada juga yang menjadi Islam fasik atas beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk awak semua. Adakah awak berani mengatakan bahawa meraka dan awak semua sebagai orang yang terkeluar dari Islam?

Bukankah sebarang program2 yang berkaitan dengan Islam Hadhari yang di adakan diseluruh negara telah memberi manfaat juga kepada orang ramai dan paling tidak pun orang ramai dapat mendengar risalah Islam daripada mendengar konsert hiburan!

Bila kerajaan buat konsert hiburan yang di dalamnya ada program ilmu pun awak tentang. Bila buat program2 yang berkaitan dengan Islam hadhari untuk memberi info risalah Islam pun juga awak tentang. Sebenarnya yang mana satu awak mahu?


salam...

huh.....saya tak faham apa kebaikan yang di berikan diatas konsep islam hadari yang ciptakan oleh ustaz pak lah???....jelas sekali prinsip-prinsip islam hadari yang terdapat pada islam hadari mengetepikan solah hukum islam...hudud...qias..qisas..ijmak ulamak dan lain-lain lagi...
berapa banyak golongan umat islam yang sesat disebabkan oleh pengenalan islam hadari...hiburan dihalalkan...arak dan judi merata-rata tempat...maksiat bertaburan...inikah yang dilihat sebagai konsep islam hadari...?????



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-05-08 01:42


siapa sebenarnya pak angguk wahai biru-putih??.....rasanya orang yang berfikrah seperti biru-putihlah yang sebenarnya pak angguk.

dah jelas lagi bersuluh Islam had-hari ciptaan paklah hanyalah retorik politik semata-mata....saja saja dicipta bagi memecah-belahkan umat Islam di malaysia demi politik murahan pak lah.

sememangnya naruto-san menyokong tindakan kerajaan selangor dan pulau pinang mengharamkan Islam hadhari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 28-05-08 02:43


Buat saudara biru-putih,

Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

saya peliklah dengan awak semua. Kenapa mudah sangat jadi pak angguk tanpa melihat dengan pandangan yang jauh sikit. Islam hadhari adalah ajaran Islam juga bukan ajaran baru. Awak semua yang kata lebih-lebih dengan pelbagai istilah. Bagi saya tidak timbul nak buat penjenamaan semula. Perkataan Islam masih dikekalkan dan tidak pun ditukar seperti yahudi ke..kristian ke.. budha ke.. atau apa saja yang selain daripada perkataan Islam.


Siapa yang perlu berpandangan jauh? Berpandangan jauh dalam erti kata merealisasikan impian ummat menegakkan syiar Islam di muka Bumi. Hancurkan dan musnahkan durjana/anasir luar seperti sekularisme, liberalisme dan sebagainya. Bukan berpandangan belakang dengan menukar apa yang telah di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Kalau mengaku berpandangan jauh, teruskan pembawaan Rasulullah sampai saat kemenangan itu tiba. No turning back.

Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Islam hadhari adalah dalam lingkungan Islam juga sama seperti Islam beriman, Islam fasik, Islam zalim dan sebagainya. Walaupaun ada orang Islam yang mempunyai ciri-ciri seperti tersebut namun mereka masih Islam lagi dan tidak terkeluar daripada Islam.


Perbezaan : beriman, fasiq dan zalim ada Allah sebutkan di dalam al-Quran. tapi tiada sebarang perkataan hadhari yang Allah sebut. dari mana dapat persamaan tu? Umat Islam tak ambil sumber selain al-Quran dan Sunnah Nabi.

Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Sekarang ini pun saya rasa ramai dikalangan kita ada juga yang menjadi Islam fasik atas beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk awak semua. Adakah awak berani mengatakan bahawa meraka dan awak semua sebagai orang yang terkeluar dari Islam?


Siapa manusia nak menghukum manusia?

Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Bukankah sebarang program2 yang berkaitan dengan Islam Hadhari yang di adakan diseluruh negara telah memberi manfaat juga kepada orang ramai dan paling tidak pun orang ramai dapat mendengar risalah Islam daripada mendengar konsert hiburan!


Ada buat statistik atau lihat hasil kajian? kemudhoratan (keburukan) lebih banyak berbanding kemaslahatan (kebaikan). Para 'alim ulama' pun bertegang kata kerana mempunyai pendapat yang berbeza2 semata-mata ingin membuat fatwa yang memberi kemaslahatan yang optimum kepada rakyat. inikan pula sebagai manusia biasa tanpa ilmu agama ingin membuat cincai sahaja berkaitan manusia. cukup sekadar kebaikan yang sipi-sipi sahaja. tahukah kamu, pembinaan penjara pun terdapat pelbagai pendapat kerana dikhuatiri terdapat kesan kemudhoratan di dalamnya?

Jika betul-betul ingin sampaikan risalah Islam, sila musnahkan sistem AUKU supaya SISTEM PENGUSRAHAN di dalam IPTA dapat berjalan dengan lancarnya. demi menyampaikan risalah Islam. ini adalah rentetan daripada sillibus IPTA yang berunsurkan sekularisme.

Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Bila kerajaan buat konsert hiburan yang di dalamnya ada program ilmu pun awak tentang. Bila buat program2 yang berkaitan dengan Islam hadhari untuk memberi info risalah Islam pun juga awak tentang. Sebenarnya yang mana satu awak mahu?


Kami tidak mengikut kata emosi atas dasar tak suka pak lah. tapi kerana pencipta kita berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (QS al-Baqarah 2 : 208)

Masuk secara keseluruhan bererti mengambil ajaran Islam secara keseluruhannya. tidak boleh ambil separuh2 seperti memakai tudung tetapi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. menunaikan solat tetapi tidak menutup aurat. bukan siang memberi ceramah tetapi malamnya diisi dengan aktiviti hiburan lagha yang bercampur lelaki dan perempuan.

Sekali lagi, sumber panduan kami ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Kami tak ikut cakap para pemimpin negara terdahulu. Hanya Rasulullah di hati kami.

Semoga Allah memberi petunjuk.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

shahredzuan
Warga Rasmi
Menyertai: 24.05.2008
Ahli No: 33524
Posting: 8
Dari: Shah Alam

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 06:11


Assalamualaikum. MasyaALLAH, sedih begini, usah gaduh2..

-Benarlah 3permintaan nabi kepada ALLAH yang tidak diterima hanya 1 :`umat Nabi s.a.w tidak akan berpecah kerana bergaduh sesama sendiri`..permintaan tersebut sahaja yang tidak diterima.

-Imam alqardhawi jika tak silap beliau juga mengecam Islam hadari.

-Jika negara kita benar-benar mengamalkan Islam +lagi buat Islam hadari, apakah sumbangan kita terhadap dunia Islam pada masakini???

-Wallahu`alam, sila beri tunjuk ajar!

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahredzuanProfil   Hantar PM kepada shahredzuan   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 28-05-08 09:01


islam hadhari.. menarik juga nama tu tapi saya pelik umat islam sekarang ni bertamadun ke? tengok lagi teruk dari orang-orang jahiliah, zina, buang anak dan sebagainya dah jadi perkara biasa.. cuba kita fikir baik-baik Kenapa kita nak buat pjenamaan semula islam ni. agama ni bukannya syarikat atau produk yang boleh dibuat pjenamaan semula.. kalau kita bandingkan diri kita dengan umat islam yang terdahulu, mereka lagi bertamadun, mereka ada saintis, ahli matematik dan sebagainya yang jadi ikutan org barat... tapi kita sendiri tak budayakan islam tu dalam hidup kita...tak guna juga kita cakap pasal islam hadhari, lepas tu anjurkan konsert sampai tengah mlm. sepatutnya islam hadahri berlandaskan rukun islam dan rukun iman bukan prinsip2 islam hadhari. pikir2kan lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 09:19


~~satu mata yang membabi buta.. dua mata rasa akibatnya..~~

Dah memang dari dulu tak perlu diwujudkan mana-mana konsep untuk Islam ni.. asal terjadi Islam Hadhari adalah tempelan sewaktu DSAI menjadi Timbalan PM, beliau asyik mencanangkan masyarakat madani.. Lastly DrM pecatnya dan ISLAM HAD-HARI tercetus..

apabila kerajaan Selangor cuba haramkan, mulalah menyibuk kata rugi lah itu ini.. dan ianya akan disusuli oleh Pulau Pinang..

bacalah Majalah I isu Mei.. ada nukilan dr pimpinan pelbagai pihak.. ada yang lucu, dan ada yang bijak pendapatnya.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 09:50


ya,,.....ana setuju islam hadhari diharamkan....ustz pak lah ni menambahkan lagi kekeliruaan rakyat saja....

dalam al-quran pun ada mengatakan :
sesungguhnya agama yang mulia disisi ALLAH itu adalah ISLAM..........

tak ada pula perkataan hadhari........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 28-05-08 12:18


tak payah cakap pasal islam kalau isteri pun tak pakai tudung.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 12:31


Saya memang tidak berapa berkenan gagasan Islam Hadhari ni..tapi Kalau tak setuju pun janganlah sampai mengharamkan..cuma berlaku kesilapan penggunaan perkataan arab..prinsip2nya adalah baik..cuma perlaksanaannya SANGAT GAGAL..lebih baik kerajaan Selangor melarang penggunaan Islam Hadhari..itu sudah cukup memberi isyarat kepada Pak Lah, JPM, JAKIM dan kerajaan pusat umumnya..Kalau sampai mengharamkan, itu terlalu ekstrem..sekadar pendapat daripada insan yang jahil ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 13:01


!!! QUOTE !!!

"Islam Hadhari diHARAMKAN di negeri Selangor" melalui ucapan Exco Agama Islam Dato Hasan Ali di perbahasan Dewan Undngan Negeri Selangor hari ini.


besttt bila dengar kalam min ustz Hasan Ali ni..
memang sewajarnya HARAmkan langsung.. semua yang berbaur nama IH ni.. program ke.. perkampungn IH dan sekapal
dengan nama ISLAM HADhari ni..

!!! QUOTE !!!

saya peliklah dengan awak semua. Kenapa mudah sangat jadi pak angguk tanpa melihat dengan pandangan yang jauh sikit. Islam hadhari adalah ajaran Islam juga bukan ajaran baru. Awak semua yang kata lebih-lebih dengan pelbagai istilah. Bagi saya tidak timbul nak buat penjenamaan semula. Perkataan Islam masih dikekalkan dan tidak pun ditukar seperti yahudi ke..kristian ke.. budha ke.. atau apa saja yang selain daripada perkataan Islam.


ya biru-putih..
masing-masing ada pendapat..pandangan tersendiri..
huhu... title pak ANGguk..??
kami dah geleng bilamana keluar kalam dai pak lah..
ISlam HAdhari nak dilaksanakan di bumi Malaysia..
bumi yang famous di dunia dengan AGAMA ISLAM yakni..
hinggakan pak lah.. jadi MC untuk events besar.. di dunia lain..

erm.. sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight..
tak payah cakap pasal islam kalau isteri pun tak pakai tudung......... ini kan pula nak laksanakan IH dan lebarkan
sayap ke IPT..etc..huh.. letih sunguh lah..

tak perlu semua IH ni.. ISLAm dah syumul.. serba-serbi Lengkap.
yang penting.. kita nak semai.baca.siram IMAN.AMAL itu jadi lebih istiqomah... bukan melencong entah ke mana hala tuju..

ana beri laluan pada sahabat lain untuk menyambung...hehe..
to be continue..

!!! QUOTE !!!

bacalah Majalah I isu Mei.. ada nukilan dr pimpinan pelbagai pihak.. ada yang lucu, dan ada yang bijak pendapatnya..


ya sahabati.. naa'm.. best pengisian dalam isu kali ni.
semua ada...pru12.palestin.blog..
hingga jadi bahan rujukan masa talk forum aku belia..hehe..
siap ana promote dalam dewan kuliah tu.. yeaah...
langgan lah majalah I.. bukan REMAJA.. mangga.. mempelam..
tembikai.. cabai.. dan pelbagai jenis buah-buahan..

:-D ;-)


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 17:36


Khir Toyo mula membuat pembandingan mengapa Kilang arak tidak diharamkan, tetapi Islam hadhari pula yang diharamkan??

Orang begini akan berhujah menggunakan akal sahaja. Yang peliknya, kilang arak itu tidak juga diharamkan semasa zaman pemerintahannya. Bukan senang mahu mengharamkan kilang yang bertapak sekian lama itu.

Islam hadhari berbeza dengan kilang arak. Arak memang dah jelas nyata keharamannya. Namun Islam hadhari menyusup masuk secara senyap untuk membangangkan seluruh umat Islam di Malaysia. Lama kelamaan, umat Islam Malaysia akan menjadi bangang kerana kesan Islam hadhari pimpinan paklah badawi altiduri.

Islam hadhari mungkin tak diharamkan di Selangor jika sekurang-kurang pimpinan paklah bodowi dan sekutunya mensyaratkan isteri isteri mereka diwajibkan memakai tudung.

Tindakan menHARAMkan Islam Hadari di Selangor dan juga di Penang adakah satu tindakan yang dipersetujui ramai! moga-moga negeri lain akan mengikut jejak langkah Selangor. Mana tahu, tiba-tiba, Terengganu juga mengharamkan Islam Hadhari di bawah pimpinan Ahmad Said.


-----------------
Mountain View


Bookmark and Share

    


  Member Information For Along_SafaProfil   Hantar PM kepada Along_Safa   Pergi ke Along_Safa's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 28-05-08 18:06


Buat pencinta Islam Hadhari...

“apakah kalian beriman kepada sebahagian Al Kitab dan kufur sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian, melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat pedih” (Al Baqarah:85)

peringatan buat diri sendiri juga, supaya tak ambil ISLAM sebahagian, KAPITALISME sebahagian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 18:26


Islam Hadhari juga merupakan program politik
Ustaz Idris Ahmad
Wed | May 28, 08 | 2:04:54 pm MYT

Utusan Malaysia 28/5/08 melaporkan reaksi pemimpin Umno dan pendokong Islam hadhari mengenai tindakan kerajaan Selangor melarang program Islam Hadhari antaranya, kata Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak "pengharaman Islam Hadhari tindakan politik, saya anggap dia (Hasan) tidak faham ataupun sengaja buat-buat tidak faham dengan konsep Islam Hadhari ini kerana pelaksanaannya langsung tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Mungkin dia berfikiran demikian kerana konsep ini dibuat oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN), kata Dato' Seri Khir Toyo Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim), Dato' Mohd Nakhaie Ahmad berkata, tindakan kerajaan Selangor itu merupakan perkembangan yang tidak sihat untuk politik negara dan orang Melayu. Tindakan kerajaan Selangor itu bukan sahaja menyekat usaha mendaulatkan Islam malah ia boleh mengelirukan rakyat Selangor mengenai konsep Islam Hadhari.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato' Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, keputusan kerajaan campuran di Selangor yang berkuat kuasa serta merta semalam, dibuat tanpa memikirkan kebaikan dan manfaat rakyat secara keseluruhan.

Saya ingin menjelaskan bahawa Islam Hadhari ialah program penerapan nilai-nilai Islam kedua yang dijalankan oleh Dr Mahathir. Cuma di pakej semula dengan botol baru. Waktu diisytiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ke-15. Kebangkitan rakyat Afghanistan menyerang Russia yang menceroboh Negara mereka. Mereka bangun dengan senjata iman dan kelengkapan yang serba dhaif. Waktu itu juga Revolusi Islam Iran yang berjaya menggulingkan regim Shah Iran di bawah kepimpinan seorang ulamak Al-Marhum Ayatollah Khomeini. Bahang kebangkitan ini juga menjalar di kalangan rakyat Malaysia, suara untuk menyeru pihak pemerintah supaya kembali kepada Islam yang syumul kedengaran segenap rantau. Terutama di kalangan generasi muda yang berada di kampus dalam atau di luar negeri.

Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategik telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan 'Bersih Cekap Amanah', 'Kepimpinan Melalui Teladan', mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan. Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat. Kenyataan Dr Mahathir dalam bukunya "The Malay Dilema" dalam halaman 15, membuktikan dakwaan ini "Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihan raya yang akan datang"

Sedangkan Islam ialah agama Allah bukan ciptaan daripada mana-mana dogma manusia. Islam ialah Islam dan bukan lain daripada itu. Walaupun ada dalam tulisan orientalis barat yang cuba mengelirukan perkataan Islam dengan menyebut Muahmmadism seoalah-olah agama Islam adalah ciptaan Nabi kita Muhammad s.a.w. Malahan dalam tulisan mereka juga disebut dengan Muhammadan Law bukan disebut Islamic Law. Ini adalah mainan orientalis seolah-olah undang-undang ini adalah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w.

Islam adalah agama yang tidak disandarkan pada individu tetentu. Tidak seperti agama Kristian dengan dikaitkan kepada Jesus Christ, Buddha disandarkan kepada Gautama Buddha. Demikian juga agama Zoroasterianism kepada Zoroaster. Islam juga tidak dikaitkan dengan mana-mana tempat, seperti agama Yahudi yang dikenali dengan dengan Judaism yang berasal daripada nama tempat iaitu Jew (Judah Tribe) demikianlah dengan Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Indus yang kemudian bertukar sebutannya kepada Hindu. Tetapi Islam adalah dari Allah daripada acuan Allah (Siibgah Allah) dan bukan ciptaan mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal.

Apabila menyebut Islam Hadhari ialah Islam maju. Maka di sana sudah tentu ada di sana Islam mundur. Ini sudah tidak betul kerana menyamakan Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t, ada maju ada mundur. Ini mendatangkan fitnah kepada Islam yang suci. Kerana hakikat Islam sentiasa maju, yang mundurnya apabila terkeluar daripada landasan Islam. Begitu juga jika kita menyatakan ada Islam baik dan Islam jahat. Sedangkan Islam mesti baik kerana ia datang daripada Allah s.w.t yang memang sifat Islam tidak jahat, yang jahat ialah penganutnya bukan Islam. Begitu juga yang mundur adalah penganutnya bukan Islamnya. Jika kita melihat penganut Islam yang terlibat dengan rasuah, zalim, diskriminasi, menyalahgunakan amanah rakyat, berzina, minum arak, berjudi, kesemuanya ini bukan Islam yang mengajar tetapi penyelewingan penganutnya daripada Islam.

Pemimpin Umno/BN hanya memilih Islam Hadhari supaya dapat memilih Islam yang boleh beri laluan untuk maju, walaupun bertentangan dengan Islam dan akhlak Islam. Mereka mahu Islam ikut mereka bukan mereka yang mesti ikut Islam. Inilah yang terjadi pada Islam Hadhari. Ini adalah barang lama Umno yang di tukar jenama sahaja. Pada hakikatnya itulah Islam yang diamalkan dan diperjuangkan oleh Umno sejak penubuhannya lagi yang mahu Islam disesuaikan dengan kehendaknya.

Sebab itu apabila ada golongan yang mengajak dan menyeru supaya balik kepada Islam yang sebenar maka mereka menuduh ini kolot, jumud, tidak maju dan tidak bertamaddun. Pada mereka neraca Islam Hadhari ialah akal dan nafsu walaupun bertentangan dengan nas yang qatie. Allah mengharamkan arak kerana arak dan dadah merosakkan akal. Songsangnya Islam Hadhari menghabiskan wang berjuta ringgit untuk kempen "Tak Nak Merokok" tetapi tidak berani kempen "Tak Nak Arak". Islam Hadari yang penting maju tidak kira halal atau haram, fikir untung bukan apa yang Islam kata boleh atau tidak.

Islam Hadhari mengharamkan dadah kerana ia menjejaskan ekonomi bukan kerana ia larangan agama. Arak tidak diharamkan kerana tidak menjejaskan ekonomi, orang minum arak pada malam hari, pagi esok ia boleh bekerja, orang hisap dadah pada waktu malam, esok hari ia tidak boleh bekerja. Sebab itu mereka tidak kempen menentang minum arak macam mereka kempen anti rokok. Pengharaman arak ada nas yang qatie sedangkan rokok tidak ada nas yang qatei. Inilah songsangnya Islam Hadhari Umno. Apakah ini yang dimaksudkan Islam Hadhari berteraskan kepada Tauhid?. Seperti yang dimegah oleh golongan yang mendokong Islam hadhari.

Daripada dahulu lagi pemimpin Umno mewawarkan kita mesti maju. Dengan slogan carilah dunia jangan lupa akhirat. Sehingga ada orang agama dalam Umno ketika berbicara dalam Televisyen dengan menyebut kita perlu cari dunia kerana habuan dunia payah dan habuan akhirat senang. (Astaghfirullah)

Apabila kemajuan yang tidak berteraskan kepada Islam yang sebenar maka yang dikejar tidak dapat dan yang dikendung kecician. Ini dapat dilihat dengan keadaan pencapaian ekonomi bumiputera pada tahun 1970 ialah 2.4% meningkat pada tahun 1990 ialah 19.3% manakala tahun tahun 2000 telah menurun kepada 18.7%. Tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar pada tahun 1995 hanya ada 1.7 juta hektar. Inilah kemajuan yang disogok atas nama Islam ala Umno bukan bertambah baik malah bertambah mengucup. Kalau dulu kemajuan atas nama penerapan nila-nilai Islam, bersih cekap amanah gagal mencapai kemajuan. Manakala sekarang atas nama Islam Hadhari. Kalau tidak berjaya pula slogan ini ditukar pada Islam Had Hari pula. Kaya dengan slogan tapi isinya tidak ada.

Kesimpulan

Islam adalah Islam dan ia berdiri dengan sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan yang lain. Al-Syahid Syed Qutb telah menulis "Al-Islam huwa al-Hadharah" yang menyebut memang Islam itu maju dan yang mundur apabila tidak melengkapkan diri sebagai Islam yang tulin. Jika kita melihat di zaman Rasulullah s.a.w yang telah membawa kemajuan kpada bangsa Arab walaupun sebelum baginda diutuskan orang Arab adalah bangsa nomad yang tidak maju dan dikalahkan oleh musuh-musuh mereka. Keadaan berlaku sebaliknya apabila baginda membawa Islam ke dalam masyarakat Arab, sehingga bangsa Arab terkenal sebagai bangsa yang bermarwah dan bertamaddun. Begitu juga di negara kita apabila kesultanan Melayu mengamalkan Islam yang sebenar maka kekuasaan Melaka telah menguasai dua pertiga kepulauan Melayu. Inilah yang sepatut direnung bukan mengambil Islam separuh dan meninggal Islam separuh. Sampai bila pun tidak maju, kalau pun maju, kemudian ia akan membawa kehancuran pada Negara dan bangsa seperti yang dialami di Amerika Syarikat sekarang penyakit HIV 2 hingga 3 orang dalam satu jam manakala di negara kita 13 jangkitan HIV dalam seminggu. (Mingguan Malaysia 3/10/04, hlm. 19). Kalau ini yang didamkan oleh pendokong Islam Hadhari, teruskan usaha kamu. Kami Pas dan penentang Islam Hadhari boleh melepaskan diri, dan sejarah akan menjadi saksi. Wallahua'lam.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 28-05-08 18:40


Pada 27-05-08 12:32 , aisya_aqmar posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

saya peliklah dengan awak semua. Kenapa mudah sangat jadi pak angguk tanpa melihat dengan pandangan yang jauh sikit. Islam hadhari adalah ajaran Islam juga bukan ajaran baru. Awak semua yang kata lebih-lebih dengan pelbagai istilah. Bagi saya tidak timbul nak buat penjenamaan semula. Perkataan Islam masih dikekalkan dan tidak pun ditukar seperti yahudi ke..kristian ke.. budha ke.. atau apa saja yang selain daripada perkataan Islam.

Islam hadhari adalah dalam lingkungan Islam juga sama seperti Islam beriman, Islam fasik, Islam zalim dan sebagainya. Walaupaun ada orang Islam yang mempunyai ciri-ciri seperti tersebut namun mereka masih Islam lagi dan tidak terkeluar daripada Islam.

----> apa yang saudara biru-putih cakap ini? islam zalim? islam beriman? islam fasiq? astaghfirullahalazim... apa ini? Kenapa sampai jadi macam ini? islam tu satu saja lah... islam tu adalah tinggi dan tiada yang tinggi daripadaNya... islam tu dah cukup lengkap. tak payah tambah2 kat belakang lagi. tak perlu...!!
maksud islam hadhari tu bila di translate dalam bahasa melayu daripada bahasa arab ialah islam yang bertamadun... so, apa yang mengelirukan ialah, selama ini ada lah islam yang tak bertamadun ye... lagi satu, ia juga bermaksud islam yang mengikut tamadun. kalau lah kata tamadun tu ialah dengan minum arak, berjudi, maka islam pun kena ikut lah definisi tamadun tu ye... macam tu ye? ada paham tak en biru-putih?

---------------------------------------------------------------------------
Sekarang ini pun saya rasa ramai dikalangan kita ada juga yang menjadi Islam fasik atas beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk awak semua. Adakah awak berani mengatakan bahawa meraka dan awak semua sebagai orang yang terkeluar dari Islam?

------------> siapa kita nak m'hukum saudara kita adalah fasik atau tidak... hanaya Allah yang layak... tapi kalau p'buatan mereka tu adalah fasik, so mereka adalah fasik... kita tak boleh lah cakap mereka fasik... tapi sendiri tau lah...

-----------------------------------------------------------------------------
Bukankah sebarang program2 yang berkaitan dengan Islam Hadhari yang di adakan diseluruh negara telah memberi manfaat juga kepada orang ramai dan paling tidak pun orang ramai dapat mendengar risalah Islam daripada mendengar konsert hiburan!

Bila kerajaan buat konsert hiburan yang di dalamnya ada program ilmu pun awak tentang. Bila buat program2 yang berkaitan dengan Islam hadhari untuk memberi info risalah Islam pun juga awak tentang. Sebenarnya yang mana satu awak mahu?

------------> saudara perlu ingat, minyak takkan sekali2 bercampur dengan air... perkara makruf kalau kita buat dengan adanya perkara mungkar, ia tetap akan menjadi haram... no halam ye... saudara kena ingat, matlamat tidak sekali2 m'halalkan cara... tapi, menengokkan caranya pun dah tau matlamatnye tu... islam tu pun dah cukup bertamadun dah. tak payah nak menambah2 deen Allah ini... sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri pun bawa Islam yang Allah turunkan secara pure, siapalah kita yang nak menambah2 ini... ada faham?




kat penang pun sama...



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-05-08 18:58


Pada 27-05-08 11:20 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-05-08 07:31 , syah_apium posting:

!!! QUOTE !!!


ana pun bersetuju Islam Hadhari diharamkan
watpa kita nak buat penjenamaan semula
agama bukan boleh buat penjenamaan semula
ia akan mengelirukan sesiapa sahaja


saya peliklah dengan awak semua. Kenapa mudah sangat jadi pak angguk tanpa melihat dengan pandangan yang jauh sikit. Islam hadhari adalah ajaran Islam juga bukan ajaran baru. Awak semua yang kata lebih-lebih dengan pelbagai istilah. Bagi saya tidak timbul nak buat penjenamaan semula. Perkataan Islam masih dikekalkan dan tidak pun ditukar seperti yahudi ke..kristian ke.. budha ke.. atau apa saja yang selain daripada perkataan Islam.

Islam hadhari adalah dalam lingkungan Islam juga sama seperti Islam beriman, Islam fasik, Islam zalim dan sebagainya. Walaupaun ada orang Islam yang mempunyai ciri-ciri seperti tersebut namun mereka masih Islam lagi dan tidak terkeluar daripada Islam.

Sekarang ini pun saya rasa ramai dikalangan kita ada juga yang menjadi Islam fasik atas beberapa kesalahan yang dilakukan termasuk awak semua. Adakah awak berani mengatakan bahawa meraka dan awak semua sebagai orang yang terkeluar dari Islam?

Bukankah sebarang program2 yang berkaitan dengan Islam Hadhari yang di adakan diseluruh negara telah memberi manfaat juga kepada orang ramai dan paling tidak pun orang ramai dapat mendengar risalah Islam daripada mendengar konsert hiburan!

Bila kerajaan buat konsert hiburan yang di dalamnya ada program ilmu pun awak tentang. Bila buat program2 yang berkaitan dengan Islam hadhari untuk memberi info risalah Islam pun juga awak tentang. Sebenarnya yang mana satu awak mahu?


hahahaha,andalah sebenarnya pak angguk.ikut sajalah dasar hadhari tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-05-08 02:00


Islam HadHari?........... :berfikir: :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-05-08 04:54


Salam, setuju sangat dengan pengharaman Islam Hadhari. Cuma pastikan kena ada alternatif bagi menggantikan program2 IH ni. Tidak cukup dengan pengisian, kemungkaran juga wajib dibanteras seadanya. Kata-kata Khir Toyo tu sewajarnya diambil kira, walaupun semasa pentadbirannya tiada pula kilang arak ditutup dan diharamkan. Jangan pula ia dijadikan alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan.

Kepada biru-putih, inilah kali pertama saya terbaca "Islam beriman, Islam fasik, Islam zalim, dan sebagainya". Setahu saya yang beriman, fasik ataupun zalim itu ialah umatnya, bukan agamanya. Yang sepatutnya ialah Muslim beriman, muslim fasik, muslim zalim... Kenyataan anda ni keliru lagi mengelirukan.

Islam tetaplah satu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

quick
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19880
Posting: 65

blank  


posticon Posting pada: 29-05-08 06:52


Alhamdulillah..

kerajaan yang dipilih berdasarkan sistem kurafat pun sentiasa cuba dan cuba mencari kuasa untuk memartabatkan islam dan memastikan hubungan sosial masyarakat tetap berjalan dengan sebaiknya..

Meskipun ramai yang mempertikaikan mana janji-janji manifesto, ianya akan tetap dilaksanakan berperingkat-peringkat.. Dan bukan omongan dan teori-teori sahaja dicanangkan.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For quickProfil   Hantar PM kepada quick   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 22:11


Sepatutnya Hadharah Islamiyyah, bukan Islam Hadhari...

Pengisiannya tak dinafikan ada yang baik, tetapi janganlah menyempitkan akal kita dengan melihat pengisiannya sahaja.Lihatlah secara keseluruhannya, lihat siapa pelaksananya dan apa kesannnya kepada masyarakat..

Teringat peristiwa kat perkampungan hadhari kat Terengganu, melihat ada artis yang menjolok mata ke sana ke mari sekitar tapak karnival...entahlah, tak nampak macam Islamik pun...siapa yang pernah pergi dia tahula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 02-06-08 23:56


Pada 02-06-08 22:11 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Sepatutnya Hadharah Islamiyyah, bukan Islam Hadhari...

Pengisiannya tak dinafikan ada yang baik, tetapi janganlah menyempitkan akal kita dengan melihat pengisiannya sahaja.Lihatlah secara keseluruhannya, lihat siapa pelaksananya dan apa kesannnya kepada masyarakat..

Teringat peristiwa kat perkampungan hadhari kat Terengganu, melihat ada artis yang menjolok mata ke sana ke mari sekitar tapak karnival...entahlah, tak nampak macam Islamik pun...siapa yang pernah pergi dia tahula...


tak payah pergi pun boleh tau, tengok kat tv saja.. :sopan:

nampak sangat nama saja nak Islam, isi hancus.

artis pun yang tak pakai tudung, pakai sebab p program yang berunsurkan Islam. hipokrit habis. oops :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

latif
Warga Rasmi
Menyertai: 03.06.2008
Ahli No: 33612
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 01:22


Saudara-saudara sekalian, anda telah faham betul-betul ke tentang Pendekatan Islam Hadhari. Kalau tak faham jangan terikut-ikut kata orang nak haramkan hadhari. Banyak lagi benda lain yang jelas haram seperti kilang arak, ladang bab* dan rumah-rumah urut di Selangor, tetapi tidak pun diharamkan. Bila agaknya ? Kalau nak haramkan tentunya boleh, sebab kuasa sudah di tangan. Susah nak haramkan bukan nya menjadi alasan lagi kerana itu tanggungjawab dengan Allah S.W.T.

Sudahkah anda membaca buku-buku penjelasan hadhari. Saya dah baca, dan jelas Hadhari bukan politik, cuma orang yang cetek ilmu agamanya mengatakan itu semua agenda politik kerana mungkin mereka ada agenda tersendiri. Inilah sikap orang Melayu, bila sebut pasal nak bangunkan umat Islam yang selama ini lemah, mundur, miskin...semua taksub, nak tentang dengan membabibuta.

Kalau ulamak-ulamak besar dunia pun kata Hadhari OK, siapalah kita untuk mengharanmkannya..cerminlah diri sendiri. Kita belajar agama setakat mana, berapa kitab yang dah ditulis. Jangan suka fitnah dan mengata orang lain yang buat hadhari, bimbang kita mengaku pejuang Islam tapi kita yang jumud beku. Tak mahu terima perubahan. Cuba tunjukkan di mana salahnya hadhari, supaya jangan buat hukum tak tentu pasal. Jangan buat dosa mengata pemimpin itu bersifat macam tu dan macam ni, buat dosa kering saja. Cerminlah diri sendiri, bimbang suka menfitnah orang lain semua pahala amalan kita selama ini akan hilang begitu saja.

Ingatlah, pejuang Islam tak mengata orang. Kita sebagai pendakwah, belajarlah berlapang dada, dan berfikiran terbuka. Kajilah sesuatu yang baru dengan cermat, sebelum terikut-ikut orang jahil membuat hukum itu dan ini. Sedarlah bahawa umat Islam kini sangat terancam kerana lemah dalam pelbagai perkara.
Kalau umat Islam tidak disuntik dengan semangat dan kesedaran hadhari, umat Islam akan terus hanyut. Orang lain menguasai kita. Musuh-musuh Islam pun ada perancangan yang hebat, Kenapa kita terus menerus berbalah sesama sendiri bila ada usaha untuk memperkenalkan pembaharuan.

Islam hadari bukan mengubah kandungan agama yang sedia syumul, tetapi memberi kesedaran supaya masyarat supaya mengamalkan agamanya dengan sempurna. Contohnya Islam menggalakkan penganutnya berilmu, tetapi Kenapa kita mundur dalam bidang sains dan teknologi. Komputer dibuat oleh siapa ? Ubat-ubatan diimport dari mana ? Daging lembu diimport dari negara Islam ke ? Persoalan inilah yang perlu dijawab oleh orang yang berfikiran jumud. Konon mengaku pejuang Islam, tapi makan dihotel milik orang kafir, entah halal entah tidak, bedal saja.


Dari aspek lain, Nabi bersabda "Kebersihan sebahagian daripada Iman", tapi sejauhmana orang Islam mengamalkan kebesihan. Tandas masjid kotor, kalau musafir lebih baik singgah di stesen minyak untuk buang air. Mayarakat suka buang sampah dalam sungai, sedangkan itulah sumber minuman segala makhluk Tuhan..Kenapa kita yang beriman ini sanggup berbuat demikian. Tidak kah kita ingat pesan Nabi di atas.

Inilah dia maksud Islam Hadhari...tetapi cuba nak diharamkan oleh orang-orang kurang ilmu agamanya. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita berdoa minta hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, jadi takkan kita perlu abaikan urusan dunia, sedangkan untuk ke akhirat kita terpaksa melalui kehidupan dunia, Untuk mencari bekal akhiratpun kena cari ketika berada didunia. :-) ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For latifProfil   Hantar PM kepada latif   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 09:12


!!! QUOTE !!!

saya peliklah dengan awak semua. Kenapa mudah sangat jadi pak angguk tanpa melihat dengan pandangan yang jauh sikit. Islam hadhari adalah ajaran Islam juga bukan ajaran baru. Awak semua yang kata lebih-lebih dengan pelbagai istilah. Bagi saya tidak timbul nak buat penjenamaan semula. Perkataan Islam masih dikekalkan dan tidak pun ditukar seperti yahudi ke..kristian ke.. budha ke.. atau apa saja yang selain daripada perkataan Islam.

Islam hadhari adalah dalam lingkungan Islam juga sama seperti Islam beriman, Islam fasik, Islam zalim dan sebagainya. Walaupaun ada orang Islam yang mempunyai ciri-ciri seperti tersebut namun mereka masih Islam lagi dan tidak terkeluar daripada Islam.


Islam tetap ISLAM!
Sekadar mengingatkan untuk diri dan sahabat seagama....

ISLAM adalah agama yang syumul yang terlalu sempurna untuk kita praktikkan...

ALLAH melalui Nabi Muhammad SAW telah menjadikan ISLAM sebagai agama yang lurus

Konsep Islam yang ALLAH tetapkan terlalu indah dan menepati hidup manusia sejagat

Adakah Islam itu sendiri kita hayati dengan sebaik-baiknya??

Marilah kita mengamalkan dan mempraktikkan ISLAM yang sedia sempurna disisi ALLAH SWT

Semoga kita tergolong dalam hamba2nya yang diberi lindungan dan kasih sayangNYA

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 03-06-08 09:25


tak pernah ambil tau pun pasal islam hadhari..
tak pernah dengar pun islam hadhari??
apa islam hadhari itu?? hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 09:48


Assalamualaikum..w.b.t..

Salam ukhwah dari ana, mohamad.

hhmm.... Islam Hadhari ke??

ana nak tengok, lepas "pak Lah" turun, ada lagi ke Islam Hadhari ni??

atau tinggal kenangan sahaja....

Ana tak berminat langsung bila orang sebut tentang Islam Hadhari ni.

Memang patut di Haramkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 03-06-08 10:51


Salam ukhwah...

betul tu akhi muhammad, Islam Hadhari tu kalau tak diharamkan pun memang dah HARAM.

aku memang pencinta ISLAM tapi bukan ISLAM HADHARI atau ISLAM SEKERAT2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 11:57


Pada 03-06-08 09:25 , aemanpsycho posting:

!!! QUOTE !!!

tak pernah ambil tau pun pasal islam hadhari..
tak pernah dengar pun islam hadhari??
apa islam hadhari itu?? hehehe



saya pun tak pernah dengar juga hehehehehe


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ayukhuwah
Warga Rasmi
Menyertai: 19.05.2008
Ahli No: 33516
Posting: 15
Dari: malaysia

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 12:15


assalamualaikum..

ana tak pasti tujuan islam hadari ini..
ana rasa pak lah ada tujuan yang murni tapi cara penyampaian yang salah..
artis2 bukan perhubungnya..
konseep ukhwah yang patut di ketengahkan..

ana rasa kita lah generasi yang patut bangkit
memperbetulkan kesalahan ini dari terus berleluasa..

wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayukhuwahProfil   Hantar PM kepada ayukhuwah   Quote dan BalasQuote

nams
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10550
Posting: 21
Dari: Kuala Kangsar, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 14:25


salam..saya tak faham Kenapa wjd nya program islam hadhari..ada perubahan +ve ke?saya rasa banyak betul masalah sosial rmja zaman sekarang ni..wallahu 'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For namsProfil   Hantar PM kepada nams   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 15:17


Kepada mereka yang mempertahankan Islam Hadhari ini, sudahkah anda faham dan tahu akan sebab2 Kenapa Islam Hadhari mesti diharamkan? kalau tak tahu, jangan nak menuding jari menyalahkan orang2 yang tahu Kenapa Islam Hadhari mesti diharamkan...

Jangan melihat kepada konsepnya sahaja, tetapi nilailah SECARA KESELURUHANNYA...islam itu agama yang MENYELURUH, bukan agama yang SEKERAT-KERAT....

Maaf jika ada yang tersinggung...sekadar pendapat peribadi...

Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 15:28


Pada 03-06-08 01:22 , latif posting:

!!! QUOTE !!!


Sudahkah anda membaca buku-buku penjelasan hadhari. Saya dah baca, dan jelas Hadhari bukan politik, cuma orang yang cetek ilmu agamanya mengatakan itu semua agenda politik kerana mungkin mereka ada agenda tersendiri. Inilah sikap orang Melayu, bila sebut pasal nak bangunkan umat Islam yang selama ini lemah, mundur, miskin...semua taksub, nak tentang dengan membabibuta.

saudara latif, baru register hari ni dan baru 1 posting, post pula terus jawab isu ini "seolah-olah" anda ni existing user tapi buat nick lain semata-mata nak reply dalam tajuk ni. semoga lepas ni boleh aktif ye.

"penjelasan hadhari"? "hadhari"? kalau begitu tiada masalah lah, Dr. M perkenalkan dasar penerapan nilai Islam, ada sesiapa bising?

kalau diletakkan "konsep hadhari" ke, "prinsip hadhari" ke, "masyarakat hadhari" ke atau seumpamanya tiada apa-apa masalah sebab ia hanya satu dasar yang berlandaskan nilai2 Islam macam juga DPNI.

tapi bila Islam itu sendiri yang ditambah hadhari kat belakang dah jadi lain, Dr. Yusuf al-Qaradawi pun dah fatwakan HARAM menjenamakan Islam dengan menambah perkataan selepasnya sama seperti Islam siyasi (islam politik) dan seumpamanya.

adakah Islam itu dah ketinggalan zaman sehingga perlu dijenamakan semula? Islam dah lengkap, tak perlu dihadharikan, ikutlah betul-betul apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah. kalau berapi2 sebut Islam hadhari tapi dalam masa yang sama lawan perintah Allah, kata undang-undang Islam dah tak sesuai dengan zaman ni... tak guna juga.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 15:52


Pada 03-06-08 01:22 , latif posting:

!!! QUOTE !!!

Saudara-saudara sekalian, anda telah faham betul-betul ke tentang Pendekatan Islam Hadhari. Kalau tak faham jangan terikut-ikut kata orang nak haramkan hadhari. Banyak lagi benda lain yang jelas haram seperti kilang arak, ladang bab* dan rumah-rumah urut di Selangor, tetapi tidak pun diharamkan. Bila agaknya ? Kalau nak haramkan tentunya boleh, sebab kuasa sudah di tangan. Susah nak haramkan bukan nya menjadi alasan lagi kerana itu tanggungjawab dengan Allah S.W.T.

Sudahkah anda membaca buku-buku penjelasan hadhari. Saya dah baca, dan jelas Hadhari bukan politik, cuma orang yang cetek ilmu agamanya mengatakan itu semua agenda politik kerana mungkin mereka ada agenda tersendiri. Inilah sikap orang Melayu, bila sebut pasal nak bangunkan umat Islam yang selama ini lemah, mundur, miskin...semua taksub, nak tentang dengan membabibuta.

Kalau ulamak-ulamak besar dunia pun kata Hadhari OK, siapalah kita untuk mengharanmkannya..cerminlah diri sendiri. Kita belajar agama setakat mana, berapa kitab yang dah ditulis. Jangan suka fitnah dan mengata orang lain yang buat hadhari, bimbang kita mengaku pejuang Islam tapi kita yang jumud beku. Tak mahu terima perubahan. Cuba tunjukkan di mana salahnya hadhari, supaya jangan buat hukum tak tentu pasal. Jangan buat dosa mengata pemimpin itu bersifat macam tu dan macam ni, buat dosa kering saja. Cerminlah diri sendiri, bimbang suka menfitnah orang lain semua pahala amalan kita selama ini akan hilang begitu saja.

Ingatlah, pejuang Islam tak mengata orang. Kita sebagai pendakwah, belajarlah berlapang dada, dan berfikiran terbuka. Kajilah sesuatu yang baru dengan cermat, sebelum terikut-ikut orang jahil membuat hukum itu dan ini. Sedarlah bahawa umat Islam kini sangat terancam kerana lemah dalam pelbagai perkara.
Kalau umat Islam tidak disuntik dengan semangat dan kesedaran hadhari, umat Islam akan terus hanyut. Orang lain menguasai kita. Musuh-musuh Islam pun ada perancangan yang hebat, Kenapa kita terus menerus berbalah sesama sendiri bila ada usaha untuk memperkenalkan pembaharuan.

Islam hadari bukan mengubah kandungan agama yang sedia syumul, tetapi memberi kesedaran supaya masyarat supaya mengamalkan agamanya dengan sempurna. Contohnya Islam menggalakkan penganutnya berilmu, tetapi Kenapa kita mundur dalam bidang sains dan teknologi. Komputer dibuat oleh siapa ? Ubat-ubatan diimport dari mana ? Daging lembu diimport dari negara Islam ke ? Persoalan inilah yang perlu dijawab oleh orang yang berfikiran jumud. Konon mengaku pejuang Islam, tapi makan dihotel milik orang kafir, entah halal entah tidak, bedal saja.


Dari aspek lain, Nabi bersabda "Kebersihan sebahagian daripada Iman", tapi sejauhmana orang Islam mengamalkan kebesihan. Tandas masjid kotor, kalau musafir lebih baik singgah di stesen minyak untuk buang air. Mayarakat suka buang sampah dalam sungai, sedangkan itulah sumber minuman segala makhluk Tuhan..Kenapa kita yang beriman ini sanggup berbuat demikian. Tidak kah kita ingat pesan Nabi di atas.

Inilah dia maksud Islam Hadhari...tetapi cuba nak diharamkan oleh orang-orang kurang ilmu agamanya. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita berdoa minta hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, jadi takkan kita perlu abaikan urusan dunia, sedangkan untuk ke akhirat kita terpaksa melalui kehidupan dunia, Untuk mencari bekal akhiratpun kena cari ketika berada didunia. :-) ;-)


wah..kritis juga pemikiran kamu ya !!! mudahan kelebihan ini, kamu gunakan untuk membawa manusia kejalan yang bener... tak begitu kok... ;-)


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.496255 saat. Lajunya....