Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 73
Ahli: 0
Jumlah: 73




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 22 jam, 2 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN PERLU DINILAI SEMULA


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN PERLU DINILAI SEMULA

Please Mendaftar To Post


Oleh PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN PERLU DINILAI SEMULA

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 12:27


Salam Ukhwah....
Takkala berita kedaulatan tanahair tercinta dinodai dengan kejatuhan Pulau Batu Putih ke tangan Singapura.....
saya ingin mengalihkan sedikit pandangan kita kepada satu topik lain yang agak penting juga iaitu isu pemakaian murid sekolah yang patut dikaji semula yang telah diwarwarkan oleh PKPIM.....
berita ini seakan2 tak diambil kisah oleh media arus perdana negara....

p/s: sila2kan komen tentang isu ini....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 12:28


Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan kes sosial, rogol, gangguan seksual mahupun hubungan seks sebelum perkahwinan yang melibatkan remaja wanita belasan tahun. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Implikasi daripada kejadian ini maka berlakulah kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi mahupun pelacuran. Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja merupakan isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Namun begitu, isu ini dilupakan seketika apabila laporan sebegini tidak lagi tersiar di dada-dada akhbar. Sebaliknya isu ini akan menjadi panas apabila ada mangsa terbaru dilaporkan.

Konsep menutup aurat itu penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan muslimah. Pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Pakaian merupakan cerminan akhlak seseorang muslim dan Islam sangat menitik beratkan perihal pakaian menurut Islam. Namun begitu, masih terdapat mereka yang memandang sambil lewa hal ini. Contohnya baju sekolah pelajar perempuan. Baju berwarna putih tersebut sangat jarang atau transparent’ untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. Baju berwarna putih itu tidak sesuai dipakai oleh pelajar perempuan di sekolah kerajaan. Di sinilah punca yang boleh kita saksikan bahawa pelajar perempuan itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. Oleh itu terjadilah perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya. Hakikatnya, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku di negara kita. Sepatutnya, remaja perempuan perlu bersifat assertif terhadap sesuatu perbuatan yang mencabuli kehormatan mereka. Apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa-apa sahaja oleh sesiapa. Oleh itu penilaian terhadap baju sekolah pelajar perempuan perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran secepat mungkin.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. PKPIM mencadangkan agar Kementerian Pelajaran menukar baju putih sekolah kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini dan rombakan perlu dilakukan ke atas pemakaian pelajar perempuan demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam.

sumber: PKPIM

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 12:29


KENYATAAN BALAS ISU PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula. Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.

Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai’ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang. Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelakii Malaysia semua sebagai ‘mata keranjang’ akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang ‘seksi’ atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual. Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual. Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya. Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat.

PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya. Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imejj tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.

PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat , etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.

PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.

sumber: munirah-bahari.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 25-05-08 12:36


tak ambil berat bukan sebab isu. tapi sebab kaedah tu. apa ada pada pakaian.

sepatutnya perlu balik kepada root. kaji balik macam mana sistem persekolahan/pendidikan. dah cukup ke ilmu rohani.

bila dah selesai basic, kukuh aqidah/iman, perempuan tak akan gedik2 nak show off pada laki, laki pun malu/tak sanggup nak mengapa2kan perempuan yang menjaga maruah diri. setuja ka?

mereka suka sangat selesai masalah yang dah hujung2. Rasulullah kan setel aqidah dulu. bukan setel fiqh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 12:57


kami sekolah convent 'dulu' memang wajib sepenuhnya pemakaian baju ....(apantah nama dia). tudung pun ada spec. begitu juga kain dan stokin.

sekolah2 biasa memang kena buat seperti tu.....kalau tukar warna, tapi kain tetap nipis pun tak ada makna.kat berita baru sebut tak ada perubahan akan dibuat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 13:01


Ak sokong usaha PKPIM ni..walaupun ditentang oleh pihak2 tertentu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 25-05-08 13:03


haa... betul cakap kak nurkamar...
kalau baju putih... tudung nya cukup labuh... tak ada masalah...
kalau tudung kurang labuh... kain untuk baju tu jenis tebal... tak ada masalah...
kalau tak berapa berapa tebal boleh pakai singlet kat dalam... tak ada masalah....

benda ni mudah...tegas sikit saja...

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 25-05-08 13:19


Assalamualaikum....bukan setiap sekolah ada rules ke...macam saya dulu kena pakai alas baju dan juga kain...ada spot check lagi...walaupun memang ada yang time spotcheck saja pakai...benda macam ini kadang-kadang susah skt nak kawal.tapi at least ada inisiatif..tapi kalau ada pihak yang ada cadangan yang lebih baik itu lebih bagus. 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 25-05-08 13:49


ya betul permatahijau..sekolah ummu pun ada rules macam tu.. ada spotcheck
hmm Kenapa daberpuluh tahun baru d pertiakaikan ya..:berfikir: sebab banyak kes sosial erkk.. hmm lepas ni baju sekola warna hitam lah..kih2.. setuju dengan kata kak eni tu.. setuju..setuju :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-05-08 14:20


sahabat2 yang dikasihi...

saya setuju pemakaian pelajar perlu dinilai semula. ia perlu selari dengan kehendak syara'.
sebagai orang islam, kita berbuat tindakan bukan sebagai tindak balas dari masalah yang timbul. tetapi semata-mata kerana tuntutan syara'.
jika kita melihat dengan teliti, permasalahan seksual ini bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja. banyak faktor lain, maka faktor2 lain ini juga perlu diperbetulkan.
antaranya
1) peranan media
     - artis berpakaian menjolok mata, seksi dan pergaulan bebas yang ditunjukkan. filem2 dan aksi separuh bogel bertaburan di televisyen.
     - hatta ustazah2 dan muslimah yang mengacarakan rancangan dakwah di TV pun ada yang bertabarruj, dengan pewarna pipi, lipstik dsbnya.

2) persekitaran
    - kemana-mana kita pergi ramai sangat perempuan yang tidak menutup auarat. ada yang berbaju kurung dan bertudung tetapi ketat. trend menampak seluar dalam dah jadi kebiasaan remaja islam hari ini.
- lagi satu, ramai sangat kaum hawa yang suka menunukkan aset dada mereka. kalau pakai tudung ramai yang sengkat, ada yang diselak apatah lagi yang tak pakai tudung langsung.
- kebaya nyonya yang telah difaraidhkan oleh puan seri endon tu apa cerita?

3) faktor desakan hidup
- ramai mereka yang ditengah masyarakat yang sedang mengalami desakan hidup. untuk memberi makan, menyekolahkan anak2 pun sampai tak cukup duit. makan keadaan rumah yang tonggang langgang dan kerja lebih masa menyebab anak tidak terbela.mak bapak pergi bekerja mereka menonton VCD lucah dsbnya. itu yang jadi kebiasaan sumbang mahram.

4) kemewahan
    -ada juga biasa dengan kemewahan walhal tak mampu. dengan gaji ala kadar berhutang macam-macam kereta, peralatan rumah, kos kahwin yang melampau dan macam-macam. agensi kaunseling kewangan menyatakan ramai diantara rakyat malaysia yang mempnyyai hutang keliling pinggang kerana nak memenuhi kemwahan2 tadi. akibatnya, terpaksa kerja hempas pulas, kurang masa untuk agama dan anak2.

5) budaya hedonisme
-budaya hedonisem dah jadi trend terutama golongan muda. sekarang dah tak pelik budak-budak sekolah tahu clubbin, free sex,layan ganja dan dsbnya.

6) faktor rakan sebaya
- ini memang faktor kuat yang mempengaruhi. saya ingat zaman saya lepas spm pada 1997. pada masa tengah zaman ramai lumba motor. biasanya hadiah bagi pemenang adalah perempuan2 bohsia. dan sekarang budaya berembat ni dah diganti dengan mat dan minah rempit.

7) sekolah tidak ada kuasa
- apa kuasa yang ada pada guru dan pihak sekolah dalam menangangi masalah ini? walhal setiap kali timbul isu, pihak sekolah yang dipersalahkan. sungguh tak adil. zaman saya sekolah dulu, sampai ada cikgu lelaki sendiri yang terangsang melihat pakaian sekolah pelajar wanita. yelah, sekolah saya atas bukit, berangin saja menampak bentuk tubuh. apatah lagi memang ada sesetangah pelajar yang suka berpakaian sebegitu.


bannyak lagi kalau nak diketengahkan. jika kita perhatikan masalah ini ada kaitan dengan:
a) dasar penggubalan undang-undang negara
b) sistem ekonomi negara
c) sistem sosial
d) polisi pendidikan
e) suasana politik
f) hubungan kemasyarakat
dan pelbagai sistem dan dasar negara.

mungubah pakain pelajar sekolah mungkin serba sedikit boleh membantu tetapi apakah ia penyelesaian Islam?

PEMERINTAH HARI INI WAJIB MENGUBAH SELURUH SISTEM SEKULAR INI KEPADA SISTEM ISLAM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-05-08 14:21


sokong idea dan saranan dari PKPIM.

sesiapa yang menentang dan memperlekeh saranan PKPIM ini sila-silalah berasa malu sikit sebab guru besar sekolah kebangsaan tamil yang bukan beragama Islam pun mengakuinya dan menyokong saranan PKPIM itu.

sememangnya selama ini hanya guru besar & guru disiplin yang dapat hidayah, yang concern benda ini akan menwajibkan pemakaian baju dalam untuk pelajar2 perempuan di sekolah mereka....tapi bagi guru besar yang buta benda ini, tak pernah ambik tahu, tak peka hal ini semestinya tidak menghiraukannya.

sila belajar2 respect idea dari sahabat2 PKPIM ini....at least mereka mampu mengegarkan & menyedarkan malaysia tentang isu ini....apa isu yang ktia dah highlightkan yang dah menggegarkan malaysia???....sila tanya diri masing-masing.

p/s: actually kalau sesiapa yang pernah berada dalam PKPIM cawangan uni masing-masing or PMI....sudah banyak isu dan resolusi yang dah dibuat...cuma kali ini apabila media menghighlightkannya, maka isu baju kurung putih ini pun diketahui umum....thankz diucapkan kepada media.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 14:30


selalunya kalau sekolah agama, Insya Allah guru2 nya esp Ustaz2 dan Ustazah2nya akan concern....tapi kalau sekolah biasa tak pasti....
tambah dengan kes ibubapa yang makin ligat nak menyaman pihak guru dan sekolah...mungkin pasal tu banyak guru malas nak concern not to mention serba salah pun ada....
ye lah tak tolong nasihat, mereka ni guru...tapi nanti ditolong mulalah melenting...bak kata pepatah bagai menolong anjing tersepit........

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 14:31


aku setuju dengan cadangan wuzara supaya pemrintahan ditukar secara Islam..dan aku amat mengharap ia akan berlaku...

apa lagi wuzara...dah 50 tahun pihak kamu berjuang,,cepat tunjukan hasilnya..jangan hanya tau bercakap saja... NO ACTION TALK ONLY baik tak payah...

aku menyokokng apa yang puak anda tu nak buat..tapi aku taknampak apa yang puak anda buat... BUKTIKAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-05-08 14:44


rdwira,
saudara rukun imankan? tahu tak apa itu qadha dan qodar? kemudian apa konsekuensinya dalam dalam assababiah?

nampak gaya saudara qadha dan dan qadar pun tak faham.
kalau rukun iman dah tonggang langgang, patut lah boleh sokong si kufar ICJ tu. bagaimana nak berhujah bebende lain, rukun iman pun tak settle lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 14:46


Berita terkini:
Menteri Pelajaran Malaysia Hisahmuddin berkata bahawa pakaian sekolah murid2 perampuan takkan diubah, tiada apa yang 'seksi'...
tidak adil untuk menyalahkan murid2 atas jenayah yang berlaku....

sumber: STAR Alert....

p/s: rasanya kalau Malaysia melaksanakan pemakaian uniform sekolah untuk murid2 perempuan macam kat Jepun pun, tiada apa yang 'seksi' jugak lah jawapannya.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-05-08 14:47


rdwira,
saudara faham rukun imank tak? tahu tak apa itu qadha dan qodar? kemudian apa konsekuensinya dalam dalam assababiah?

nampak gaya saudara qadha dan dan qadar pun tak faham. kewajipan kita untuk memastikan usaha kita selari dengan hukum syara. keputusannya hak Allah. walaubagaimana pun kembalinya khilafah buat kali kedua telah dinyatakan secara qathie dalam hadith mutawair bil ma'na.
kalau rukun iman dah tonggang langgang, patut lah boleh sokong si kufar ICJ tu. bagaimana nak berhujah bebende lain, rukun iman pun tak settle lagi.

tanya sikit:
a) apa itu qadha wa qadar?
b) apa itu assabiah
c) apa itu khilafah
d) apa itu hadith mutawatir bil ma'na?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 25-05-08 14:52


er...org cerita pasal baju kurung putih lah pakcik wuzara

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-05-08 14:53


Pada 25-05-08 14:46 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Berita terkini:
Menteri Pelajaran Malaysia Hisahmuddin berkata bahawa pakaian sekolah murid2 perampuan takkan diubah, tiada apa yang 'seksi'...
tidak adil untuk menyalahkan murid2 atas jenayah yang berlaku....

sumber: STAR Alert....

p/s: rasanya kalau Malaysia melaksanakan pemakaian uniform sekolah untuk murid2 perempuan macam kat Jepun pun, tiada apa yang 'seksi' jugak lah jawapannya.....


kalau dah jenis sekular, sekular lah jugak.
kalau bikini pun boleh dihalal, apatah lagi pakaian sekolah.

saya nak berkongsi cerita seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah ditengah bandar johor bahru. atas kesedaran hukum syara', guru tersebut meminta pelajar lelaki(kerana sekolah tu semua lelaki) supaya memakai track pant bukan seluar pendek.

apa terjadi, ada ibu bapa ( yang muslim) yang meminta guru menarik balik arahan tersebut, atau dikenakan tindakan mahkamah.

negara sekular tak pelik lah rakyat ramai yang sekular.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-05-08 14:56


Pada 25-05-08 14:52 , eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

er...org cerita pasal baju kurung putih lah pakcik wuzara


baca betul thread kat atas tu.
orang yang faham qadha dan qadar takkan buat buat tuntutan begitu. sedih betul kalau jadi orang islam tapi rukun iman pun tak faham. patut lah ramai yang murtad.

anda pun buat tuntutan khilafah begitu, eniliana. anda faham qadha wa qadar tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 25-05-08 14:58


Pada 25-05-08 14:46 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Berita terkini:
Menteri Pelajaran Malaysia Hisahmuddin berkata bahawa pakaian sekolah murid2 perampuan takkan diubah, tiada apa yang 'seksi'...
tidak adil untuk menyalahkan murid2 atas jenayah yang berlaku....

sumber: STAR Alert....

p/s: rasanya kalau Malaysia melaksanakan pemakaian uniform sekolah untuk murid2 perempuan macam kat Jepun pun, tiada apa yang 'seksi' jugak lah jawapannya.....


dah diputuskan???tak ambil masa untuk berbincang nampaknya..

haa... ni peluang tambah pahala ni kepada guru2 besar dan pengetua2 ni...
apa kata anda pula yang kuatkuasakan peraturan...di sekolah
jenis fabrik untuk dibuat baju mesti yang tebal...
spec tudung di labuh kan...
pakaian dalam singlet diwajibkan..
stokin yang menutup terjojol nya buku lali diwajibkan....
walaupun tak tukar warna baju... aurat masih boleh ditutup sebenarnya... luas kan minda.. cari jalan penyelesaian..
bukan cari bahan pertikaian... tak kemana nanti



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 25-05-08 15:01


Pada 25-05-08 14:56 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-05-08 14:52 , eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

er...org cerita pasal baju kurung putih lah pakcik wuzara


baca betul thread kat atas tu.
orang yang faham qadha dan qadar takkan buat buat tuntutan begitu. sedih betul kalau jadi orang islam tapi rukun iman pun tak faham. patut lah ramai yang murtad.

anda pun buat tuntutan khilafah begitu, eniliana. anda faham qadha wa qadar tak?


PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN PERLU DINILAI SEMULA

dah baca.. nak tanya rukun iman??? sila buka topik rukun iman.. di jejak yang sesuai...sekian terima kasih

*nak berenti nak menyimpang2 dan meleret2 terkeluar tajuk boleh tak???



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 25-05-08 15:03


***menyambung semula isu yang dibangkit kan saudara al-walid
(maaf lah kerana dah memporak peranda kan tajuk kelolaan saudara)

Pada 25-05-08 14:46 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Berita terkini:
Menteri Pelajaran Malaysia Hisahmuddin berkata bahawa pakaian sekolah murid2 perampuan takkan diubah, tiada apa yang 'seksi'...
tidak adil untuk menyalahkan murid2 atas jenayah yang berlaku....

sumber: STAR Alert....

p/s: rasanya kalau Malaysia melaksanakan pemakaian uniform sekolah untuk murid2 perempuan macam kat Jepun pun, tiada apa yang 'seksi' jugak lah jawapannya.....


dah diputuskan???tak ambil masa untuk berbincang nampaknya..

haa... ni peluang tambah pahala ni kepada guru2 besar dan pengetua2 ni...
apa kata anda pula yang kuatkuasakan peraturan...di sekolah
jenis fabrik untuk dibuat baju mesti yang tebal...
spec tudung di labuh kan...
pakaian dalam singlet diwajibkan..
stokin yang menutup terjojol nya buku lali diwajibkan....
walaupun tak tukar warna baju... aurat masih boleh ditutup sebenarnya... luas kan minda.. cari jalan penyelesaian setakat yang mampu..
bukan cari bahan pertikaian... tak kemana nanti



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 15:08


Pada 25-05-08 14:58 , eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-05-08 14:46 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Berita terkini:
Menteri Pelajaran Malaysia Hisahmuddin berkata bahawa pakaian sekolah murid2 perampuan takkan diubah, tiada apa yang 'seksi'...
tidak adil untuk menyalahkan murid2 atas jenayah yang berlaku....

sumber: STAR Alert....

p/s: rasanya kalau Malaysia melaksanakan pemakaian uniform sekolah untuk murid2 perempuan macam kat Jepun pun, tiada apa yang 'seksi' jugak lah jawapannya.....


dah diputuskan???tak ambil masa untuk berbincang nampaknya..

haa... ni peluang tambah pahala ni kepada guru2 besar dan pengetua2 ni...
apa kata anda pula yang kuatkuasakan peraturan...di sekolah
jenis fabrik untuk dibuat baju mesti yang tebal...
spec tudung di labuh kan...
pakaian dalam singlet diwajibkan..

stokin yang menutup terjojol nya buku lali diwajibkan....
walaupun tak tukar warna baju... aurat masih boleh ditutup sebenarnya... luas kan minda.. cari jalan penyelesaian..
bukan cari bahan pertikaian... tak kemana nanti



tambah pahala????lagi nak nambah dosa dan tekanan mental dan rohani lagi adalah......
iyalah kalau guru besar dan yang seangkatan dengannya kuatkuasakan etika pemakaian mereka sendiri, pasti ada ibubapa yang akan membangkang kerana ia menokoktambah peraturan sedia ada, dengan penambahan 'memandai-mandai'.....lepas itu tambahan lagi 'kamu ni menteri ke???menteri pun tak bising2!!!!'

lepas itu pejabat mahkamah akan subuk dengan senarai ibubapa yang memfailkan saman-samun terhadap sekolah dan guru besar.....walaupun PIBG menyokong 1000% usaha tersebut....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-05-08 15:09


bagi guru2 yang istiqamah berdakwah insyaAllah ganjaran pahala bagi mereka menghadapi polisi2 tak Islami begini.

tapi bagaimana pula dengan pemerintah yang membiarkan perkara mungkar ini berlaku?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 25-05-08 15:47


haish... kan saya kata... usaha..
apa yang kita mampu buat al-walid,... kita buatlah ...nak kutuk pemerintah kutuk saja...
at the same time,kita buat jugak apa yang mampu.
lagi besar rintangan... lagi besar pahala....
kala kena sikit dah sakit mental...
dakwah setakat yang mampu dah lah...
selemah2 dakwah..asalkan ada yang dibuat...



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 15:59


Pada 25-05-08 15:47 , eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

haish... kan saya kata... usaha..
apa yang kita mampu buat al-walid,... kita buatlah ...nak kutuk pemerintah kutuk saja...
at the same time,kita buat jugak apa yang mampu.
lagi besar rintangan... lagi besar pahala....
kala kena sikit dah sakit mental...
dakwah setakat yang mampu dah lah...
selemah2 dakwah..asalkan ada yang dibuat...



ya betul....
pemimpin dah lepas tangan tak semestinya kita pun mesti lepas tangan jugakkan.....
setidak2nya apabila ditanya di Akhirat kelak...kita sudah ada jawapan yang sepatutnya....
sama-sama kita doakan guru2 akan lebih tabah dan cekal serta para pemimpin memikirkan kerasionalan mereka dalam hal ini seterusnya bertindak mengikut kehendak Syara'.....
Amin........


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-05-08 16:02


:-)

apa yang dilakukan PKPIM ini adalah dalam bidang kuasa mereka yang terhad iaitu memberi cadangan & idea...ini adalah satu contoh tindakan proaktif PKPIM.

kerajaan kelantan dalam ruang kuasa yang terbatas hanya mampu menyusun undang-undang kanun jenayah syariah tetapi tidak mempu melaksanakannya kerana ianya berada bawah bidang kuasa pentadbiran pusat...tetapi kerajaan kelantan tidak berhenti di situ sahaja....kerajaan kelantan tetap menerapkan penghayatan Islam based pada kuasa yang mereka ada....membuat dan membenarkan kuliyah2 pengajian agama, memberi dan mentadbir sekolah2 kerajaan negeri yang mempunyai syllabus tambahan, menguatkuasakan kaunter pembayaran lelaki perempuan, menetapkan semua shopping complex mempunyai surau yang diselia kebersihannya selalu, menarik dan membawa masuk pelabur2 asing bagi memaju dan create job opportunities di kelantan, iklan billboard yang mana wanita modelnya menutup aurat, dan sebagainya....ini adalah contoh tindakan proaktif kerajaan PAS kelantan.

kerajaan selangor walaupun of course tak dapat jalankan Islam, but still dr hassan ali yang memegang potfolia agama menggunakan sepenuh kuasa yang ada padanya membenar dan menerapkan penghayatan Islam di selangor (baca plan dan rancangan dr hassan ali tentang perubahan aktiviti dakwah di masjid2 di selangor)...ini contoh bagaimana bijak mengambil peluang yang ada.

jika hanya menunggu kerajaan pusat jatuh ke tangan mereka yang beragama tanpa membuat apa-apa tindakan susulan....ni namanya pemalas dan tidak bijak ambik peluang.

belajar dari sejarah Islam apabila Rasulullah SAW tidak dibenarkan buat haji selama 10 tahun kerana pihak quraish mekah tidak benarkan....tetapi apa kebaikkan yang diperolehi Islam apabila Rasulullah SAW mengikat perjanjian dengan pihak mekah ekoran benda ini???....Islam dapat disebarkan tanpa halangan pihak quraish, pendakwah2 bebas menjalankan aktiviti dakwah mereka....ini namanya bijak ambik peluang.

so...kepada semua...plez lah stop dengan hujah tunggu pemerintah Islam mentadbir malaysia barulah boleh buat smeua benda....ini namanya pemalas....cuba jadi rajin sikit...cuba proaktif sikit...guna peluang yang ada, kedudukan kita sebagai boss, kedudukan kita sebagai guru, kedudukan kita sebagai pengarah jabatan, kita sebagai pelajar...sila guna ruang lingkup yang ada pada kita untuk sebarkan ilmu Islam...jangan hanya memperlekeh usaha orang lain (contohnya usaha PKPIM ini) tapi diri sendiri tak buat apa-apa...at least PKPIM dah baut apa yang mereka patut buat...kita dah buat apa??...at least kalau tak reti buat apa pun, cuba try sokong PKPIM...ini tak...memperlekeh pulak.

hal pemerintah yang tak mahu laksanakan Islam...itu urusan dia dengan Allah SWT...biar mereka jawab dengan Allah SWT...tapi tugas kita ialah memberi teguran, menyedarkan dan menyebarkan Islam kepada semua kaum dan bangsa....and dalam masa yang sama....cuba jatuhkan pemerintah yang bodoh lagi zalim ini....semua kena buat serentak.

wallahua'lam


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 16:24


yup...buat setakat yang kita mampu..jangan duduk menungggu.. ia akan sampai tapi tak tau bil lagi..Insya Allah..kita lakukn apa yang terdaya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 16:29


Pada 25-05-08 12:36 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

tak ambil berat bukan sebab isu. tapi sebab kaedah tu. apa ada pada pakaian.

sepatutnya perlu balik kepada root. kaji balik macam mana sistem persekolahan/pendidikan. dah cukup ke ilmu rohani.

bila dah selesai basic, kukuh aqidah/iman, perempuan tak akan gedik2 nak show off pada laki, laki pun malu/tak sanggup nak mengapa2kan perempuan yang menjaga maruah diri. setuja ka?

mereka suka sangat selesai masalah yang dah hujung2. Rasulullah kan setel aqidah dulu. bukan setel fiqh.


apa ada pada pakaian?
saya percaya saudari sentiasa mengamalkan pemakaian yang sopan..
jika saudari beranggapan tidak ada apa pada pakaian, apa kata saudari dan muslimat lain pakai pakaian yang tidak mengikut kehendak syarak.. (mesti kurang tepat kan fikrah ni?)

memang diakui Rasulullah selesaikn masalah aqidah terlbih dahulu,
tapi perlu jelas di sini,
* usaha itu tetap usaha, jika tiada pertentangannya dengan syara' . . bukankah lebih baik kita menyokong.. xgitu ? :)
*dahulu diselesaikn aqidah kerana aqidah masyrakat jahiliyah sesaut yakni tak mengetahui akan Islam.. masalah aqidah sekarang ni, rata-rata tahu.. tapi xcuba untuk memahami..( pada hemat saya lah..)

wallahu a'lam..


-----------------
Wallahua'lam.
isLam terbina atas lima perkara,tetapi
mujtamak terbina atas SATU kesepakatan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 18:28


di sekolah saya dulu
tak kiralah muslim ke non muslim,
pelajar perempuan yang pakai baju kurung tak boleh "seksi"
huhu tahulah - hehe kena pakai singlet
baju pinafore pula tak boleh kurang paras lutut..

pernah nampak pelajar, tudungnya sangatlah singkat, leher pun nampak.. ish ish.. terkejut tengok
ramai pula tu pakai tudung tapi rambut nampak sebab tak pakai anak tudung


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 20:11


agak berbeza pemakaian budak-budak sekolah dahulu dan sekarang..persoalannya mengapa isu ini dibangkitkan??? jelas sekali bahawa zaman sekarang ni kementrian pelajaran bersikap sambil lewa dalam isu ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 21:45


!!! QUOTE !!!

Berita terkini:
Menteri Pelajaran Malaysia Hisahmuddin berkata bahawa pakaian sekolah murid2 perampuan takkan diubah, tiada apa yang 'seksi'...
tidak adil untuk menyalahkan murid2 atas jenayah yang berlaku....



Hmm, Kelakar.. :-P
Isu macam ni pernah sembang dengan staf ofis time makan.. tang mana yang seksinya?? Staf pula non-muslim yang bertanya.. Aiyakk..

"Waaa!! Sudah berpuluh-puluh tahun pakai itu baju sekolah. Baru sikalang mahu bising kaa??" lebih kurang gini lah pelat dia (staf seorang tu).. huhuhuhu..

Masalahnya jenayah pada murid sekolah sahaja ka?
Guru sekolah tak pernah berlaku jenayah ka?
Baru ni kes guru dirogol dalam metro Ahad lepas..
Kes pelajar ipt juat tuttt..

Naudzubillahiminzalik..

Maybe user ukhwah Boleh buka satu topik baru dalam ukhwah.. kita kumpul semua keratan jenayah yang berlaku di Malaysia dalam satu topik..
Hmm, lepas itu kita send ke www.chedet.com

Orait kaa??

P/s: Sebenarnya kita sendiri pun tak jumpa lagi 'root-cause' yang sebenarnya.. Astaghfirullahala'zim


HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 25-05-08 22:08


Pada 25-05-08 21:45 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Berita terkini:
Menteri Pelajaran Malaysia Hisahmuddin berkata bahawa pakaian sekolah murid2 perampuan takkan diubah, tiada apa yang 'seksi'...
tidak adil untuk menyalahkan murid2 atas jenayah yang berlaku....



Hmm, Kelakar.. :-P
Isu macam ni pernah sembang dengan staf ofis time makan.. tang mana yang seksinya?? Staf pula non-muslim yang bertanya.. Aiyakk..

"Waaa!! Sudah berpuluh-puluh tahun pakai itu baju sekolah. Baru sikalang mahu bising kaa??" lebih kurang gini lah pelat dia (staf seorang tu).. huhuhuhu..

Masalahnya jenayah pada murid sekolah sahaja ka?
Guru sekolah tak pernah berlaku jenayah ka?
Baru ni kes guru dirogol dalam metro Ahad lepas..
Kes pelajar ipt juat tuttt..

Naudzubillahiminzalik..

Maybe user ukhwah Boleh buka satu topik baru dalam ukhwah.. kita kumpul semua keratan jenayah yang berlaku di Malaysia dalam satu topik..
Hmm, lepas itu kita send ke www.chedet.com

Orait kaa??

P/s: Sebenarnya kita sendiri pun tak jumpa lagi 'root-cause' yang sebenarnya.. Astaghfirullahala'zim


HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir



i sokong saja semua ni.. :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 25-05-08 22:16


Pada 25-05-08 16:29 , hyekal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-05-08 12:36 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

tak ambil berat bukan sebab isu. tapi sebab kaedah tu. apa ada pada pakaian.

sepatutnya perlu balik kepada root. kaji balik macam mana sistem persekolahan/pendidikan. dah cukup ke ilmu rohani.

bila dah selesai basic, kukuh aqidah/iman, perempuan tak akan gedik2 nak show off pada laki, laki pun malu/tak sanggup nak mengapa2kan perempuan yang menjaga maruah diri. setuja ka?

mereka suka sangat selesai masalah yang dah hujung2. Rasulullah kan setel aqidah dulu. bukan setel fiqh.


apa ada pada pakaian?
saya percaya saudari sentiasa mengamalkan pemakaian yang sopan..
jika saudari beranggapan tidak ada apa pada pakaian, apa kata saudari dan muslimat lain pakai pakaian yang tidak mengikut kehendak syarak.. (mesti kurang tepat kan fikrah ni?)

memang diakui Rasulullah selesaikn masalah aqidah terlbih dahulu,
tapi perlu jelas di sini,
* usaha itu tetap usaha, jika tiada pertentangannya dengan syara' . . bukankah lebih baik kita menyokong.. xgitu ? :)
*dahulu diselesaikn aqidah kerana aqidah masyrakat jahiliyah sesaut yakni tak mengetahui akan Islam.. masalah aqidah sekarang ni, rata-rata tahu.. tapi xcuba untuk memahami..( pada hemat saya lah..)

wallahu a'lam..



faham tuan guru :kelip:

what i mean is that >> tak guna juga kalau pulun lah macam mana nak ubah rules pun, tapi dalam peribadi diri tu sendiri ada sifat2 yang i cakap tu >> macam saja nak gedik2, saja nak pakai baju nipis. i cakap betul. mungkin antum nampak bagi pihak sekolah agama/ student yang nak jaga tingkah laku. its good bagi sesiapa yang tercari2 rules macam ni. tapi tidakkah anda terfikir, bagi students yang betul-betul nak jaga, buat apa mereka nak tunggu ada rules baru nak ubah? mestilah mereka awal-awal lagi dah beli tudung yang labuh, baju yang tebal and so on. jadi, rules ni hanya tinggal bagi mereka yang selain daripada disebutkan. jadi, ada gunakah masih nak memaksakan orang2 ini? yang tak faham pun apa yang kita buat ni? buat apa pakai baju tebal2 ni. panaslah. apa guna ada tudung, perangai masih teruk. i cakap berdasarkan pengalaman. mereka yang mengaku. :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 08:03


Assalamualaikum

ana terfikir benda ni dah lama
cuba antum semua fikirkan
kalaulah hujan ka
baju tu dalam keadaan basah
mestilah ternampakla bentuk badan
dan pakaian dalam yang dipakainya
lebih-lebih lagi ana ni bekerja di sabah
semua murid tidak kira Islam atau bukan Islam
memakai baju kurung ke sekolah
jarangla nampak org bukan Islam yang pakai pinafore
ada pernah ana ternampak
pelajar perempuan balik dalam hujan
tanpa memakai payung
antum maklumkan
jika pakaian baju putih itu ditukar kepada warna lain
tidakla ketara sangat bentuk badan dan pakaian dalam yang dipakainya
kita doakanlah agar selepas ini
ada perubahan dalam warna pakaian bau kurung
insya ALlah
wassalam


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 12:47


pada saya ... pakaian tu adalah pembimbing. Kalau peribadi seseorang teruk... rules yang digubal tu tetap perlu supaya dapat mengawal sedikit sebanyak. Kalau nak tunggu masing-masing sedar sendiri... sampai bila?

ada yang kata... mengubah ciri-ciri pakaian tu tak guna. Kena betulkan dari basic. Tapi saya memandang ini adalah satu usaha. Remaja ni memang kebanyakkannya cenderung pada benda yang negatif. Kita kena bimbing mereka, tunjuk pada mereka apa yang sepatutnya dilakukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 13:04


ana sokong saja cadangan PKPIM....bila time hujan dan panas....mesti nampak warna kulit si perempuan

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 13:47


rasa nya masa saya sekolah tu ada juga peraturan yang sekolah saya buat untuk mewajibkan pemakaian singlet dalam untuk kaum hawa

tapi nampaknya macam hangat2 taik ayam ramai yang tak mahu mengikuti

hehehehe

saya menyokong cadangan ini

dulu masa bertugas didalam badan pengawas sekolah penat menasihati kaum hawa supaya pakai baju singlet tu...huhuhu...

teringat masa di sekolah

tak sanggup nak pandang arah kaum hawa...lagi-lagi dari arah belakang mereka...

malula....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

zackmandrake
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26554
Posting: 2
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 27-05-08 00:49


DUNIA DAH AKHIR ZAMAN !!!!..NI lah PADAHNYA BILA ORANG yang TAK TAHU AGAMA BERCAKAP HAL AGAMA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zackmandrakeProfil   Hantar PM kepada zackmandrake   Pergi ke zackmandrake's Website   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-08 05:03


tak berkenan bila saya tengok pelajar perempuan pakai kain tapi singkat..saya makin terkejut sebab hari itu ada buat kem motivasi kat sebuah sekolah..dulu tak lah singkat sangat..tapi sekang..astaghfirullah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-08 14:18


kasihan wanita JIM...

depa tak MALU MALU RUPA nya pasai MEMPERLEKEH dan tak setuju dengan saranan ni..... :)

jadi betul lah agaknya mereka tak pernah concern malah tak pernah dapat hidayah dan buta benda ni serta tak pernah nak ambil tahu tak peka mahupun tak pernah hirau hal hal sebegini. malahan saranan yang mereka bagi tu mungkin salah dan tak betul langsung pada pandangan orang2 yang lebih bijak dengan segala urusan kat DUNIA ni

** tergelak bila view balik 'post' kat topik ni. ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 01-06-08 01:05


Artikel ini ditulis Oleh Dr Azwan untuk www.drazwan. blogspot. com

Assalamualaikum,

Pemakaian baju kurung putih jarang telah menimbulkan satu polemik baru di kalangan umum. Isu yang ditimbulkan oleh PKPIM ini sebagai wadah persatuan pelajar Islam di Malaysia saya kira memang agak relevan terutama ketika negara menghadapi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, dengan kisah video-video klip di kalangan pelajar melayu perempuan dan lelaki dan kes-kes rogol yang berleluasa tidak kira umur mangsa.

Saudara abahfateh di dalam blognya berkenaan isu ini menyatakan bahawa perkembangan fizikal tubuh remaja perempuan berlaku pada umur persekolahan ini. Mereka yang melihat suasana ini dan tidak dapat mengawal pandangan dan iman, boleh mengundang kepada jenayah seksual.

Menurut abahfateh, ada pelajar perempuan yang memakai tudung di sekolah akan menanggalkan tudung mereka apabila keluar dari sekolah. Ini akhirnya menampakkan pakaian dalam (coli) melalui baju kurung jarang yang dipakainya. Apatah lagi kalau warna pakaian dalam itu adalah bewarna garang seperti merah, hitam atau biru.

Saya tahu bahawa terdapat pihak sekolah yang mewajibkan memakai singlet kepada semua pelajar perempuan untuk mengatasi masalah ini. Denda akan dikenakan kepada sesiapa yang tidak memakainya. Syabas kepada mereka. Tetapi adakah semua sekolah melaksanakannya? Saya kira tidak.

PKPIM boleh mencadangkan kepada Kementerian untuk mewajibkan pemakaian singlet berlengan sebagai pakaian wajib bersama baju kurung putih sekiranya cadangannya untuk menukar warna uniform tidak berjaya. Malah PKPIM boleh membawa isu ini ke NUTP untuk diketengahkan sekiranya perlu. Saya kira memakai singlet berlengan tidak membebankan ibu bapa yang mempunyai ramai anak bersekolah berbanding menukar warna uniform seperti yang dicadangkan yang boleh melibatkan kos.

Berbalik kepada persoalan mangsa dan pemangsa. Kebanyakan pendapat yang tidak bersetuju dengan cadangan ini terdiri dari bukan melayu dan non-muslim. Kalau dipetik kenyataan di Utusan Malaysia yang menentang isu ini, selain daripada Menteri Pelajaran, Dato' Hishamuddin sendiri, rata-rata yang lainnya adalah bukan melayu dan bukan Islam yang terdiri daripada NGO. Kebanyakan NGO melayu dan Islam saya rasa bersetuju dengan pendapat ini cuma dari segi perlaksanaan sahaja mungkin ada yang berbeza pendapat. Saya masih belum mendengar pendapat NUTP lagi.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa, mangsa rogol boleh terdiri daripada budak berumur 10 tahun dan ada juga nenek yang menjadi mangsa rogol. Bermakna semua orang boleh menjadi mangsa rogol, bukan budak belasan tahun sahaja. Jadi mereka tidak boleh disalahkan di atas tindak tanduk orang lain. Saya ingin memberi respon.

Mengikut hukum statistik, kebanyakan data yang dicatatkan ia akan menurut bentuk loceng (bell-shape) . Sama ada ia "skewed" ke kanan atau ke kiri itu persoalan lain. Tetapi maksimumnya akan berkumpul di tengah.

Contohnya, kebanyakan bayi lelaki berumur 1 tahun mempunyai berat purata di dalam lingkungan 10 kg. Maknanya 100 orang bayi lelaki yang ditimbang pada umur 1 tahun, kemungkinan 80% mempunyai berat dari 9kg -11kg. Sekiranya baki 5 orang bayi mempunyai berat 13 kg dan 7 kg, bermakna mereka terkeluar daripada catatan normal berat bayi. Jadi adakah ini wajar diambil kira?. Mereka mungkin mempunyai masalah kesihatan atau kurang nutrien. Oleh itu lihatlah yang ketara (Please see the obvious!!).

Apa yang ingin saya sampaikan ialah, lihat umur mereka yang ramai menjadi mangsa rogol. Mereka adalah di kalangan umur remaja sekolah sehingga ke universiti. Menjadikan budak umur 10 tahun atau nenek 60 tahun yang dirogol patut dikurangkan sebagai asas polemik ini kerana ia mungkin kes-kes terpencil tetapi diperbesarkan di dalam akhbar. (Ini juga mencerminkan nilai masyarakat yang semakin bobrok).

Jadi adakah dengan mengawal pakaian anak-anak perempuan kita ini jenayah rogol boleh berkurang? Pendapat yang ingin dibawa ialah bukan pakaian yang patut dijaga, semua orang berhak memakai pakaian apa yang mereka ingin pakai. Itu adalah kebebasan individu. Yang terpaling penting ialah moral individu "bakal" perogol itu yang patut dipersoalkan. "Bakal" perogol ini yang patut diajar dan dididik untuk menghormati mangsa yang "akan" dirogolnya itu. Sekiranya mereka boleh diajar dan didik dengan sebaik-baiknya maka kejadian rogol ini akan dielakkan. Benarkah?

Satu persoalan di sini, bagaimana kita ingin mengenal pasti status "bakal" perogol ini dan sekaligus mengawal dan mendidik mereka?. Mereka ini boleh jadi abang, adik, bapa, bapa saudara, kawan baik, kawan-kawan yang tak pernah jumpa, Ustaz, Doktor, Peguam, Ahli Perniagaan.. . siapa yang akan mengenalpasti bakal perogol ini? Mereka boleh jadi sesiapa sahaja. Ini kerana mereka manusia biasa yang adakalanya tinggi imannya pada satu ketika dan adakalanya lemah imannya.

Persoalan seterusnya adakah adil sekiranya hanya di satu pihak sahaja yang mengawal mata dan nafsu dan di satu pihak lagi bebas dengan membuka apa sahaja yang boleh dibuka. Bagaimana dengan sifat malu yang bukan sahaja sepatutnya dididik sejak kecil tidak kira latarbelakang agama dan juga adat ketimuran. Kenapa ia tidak diambil kira.

Isu yang dibawa PKPIM pada pendapat saya adalah matang dan releven. Bukan PKPIM sahaja yang pernah mengenengahkan isu ini. Malah sebelum ini isu pakaian yang terdedah telah banyak kali dibawa dan dibincang.

Sekiranya masalah ini dilihat sebagai isu politik makanya, ia tidak akan berjaya diselesaikan kerana ia melibatkan kejatuhan populariti sesuatu individu terutama menteri. Sekiranya ia adalah isu untuk menjaga kebajikan pelajar kita, isu agama, isu adat dan budaya maka InsyaAllah ia boleh dibawa berunding.

Saya kira jika kita wajibkan setiap pelajar yang berbaju kurung memakai singlet berlengan sebagai pakaian dalam, maka ia adalah satu penyelesaian yang baik sekurang-sekurang untuk jangka pendek. Bagi jangka panjang, pemakaian baju kurung bewarna boleh dilaksanakan secara berperingkat- peringkat dengan dimulakan oleh kemasukan baru pelajar di tingkatan 1 (yang kebanyakannya membeli baju baru).

Saya harap pendekatan yang lebih berhikmah juga dapat diketengahkan demi menyelesaikan maslah ini.

Salam.

Artikel ini ditulis Oleh Dr Azwan untuk www.drazwan. blogspot. com.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 01-06-08 15:52


media & semua tak kisah dengan isu pemakaian beretikakan Islam...asalkan xseksi cukup lah seperti yang pernah dilontarkan kepada saya....

hmm... itulah akibatnya terlalu open minded dengan isu pakaian... itulah tak nak sangat Islamik minded...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 01-06-08 16:01


salam....

teringat pada satu-satunya adik perempuan yang bersekolah...
alhamdulillah di sekolah agama,syarat pemakaian tudungnya mestilah labuh,


saya sOkOng usaha PKPIM ini...

wassalam...



Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 541
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-06-08 16:14


Bagi saya, baju putih mungkin jugaklah satu faktor berlakunya perkara-perkara seperti ini.. Saya sokong usaha pihak NGO ini..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149172 saat. Lajunya....