Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 112
Ahli: 0
Jumlah: 112




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 16 jam, 23 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Antara Islam klon dengan cek klon


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Antara Islam klon dengan cek klon

Please Mendaftar To Post


Oleh Antara Islam klon dengan cek klon

nobita
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4212
Posting: 21
Dari: Sg. Besi, KL

Perak  


posticon Posting pada: 14-10-03 17:42


Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi

Betapa besarnya makna Islam kepada kita. Walaupun kita umat Islam dijajah dalam masa yang begitu lama, dijajah bukan sahaja tanahairnya termasuk fikirannya. Hari ini kita melihat berlaku kebangkitan Islam di seluruh dunia. Undang-undang yang lain dari Islam sudah gagal dan tidak berjaya kerana jenayah makin hari makin banyak.



Walaupun ditubuhkan universiti makin hari makin banyak, pusat serenti lebih banyak daripada universiti. Saya sebut ayat ini di dalam Dewan Rakyat. Universiti banyak, pusat serenti pun banyak. Ini menandakan kegagalan ideologi, teori dan undang-undang ciptaan manusia yang cuba diamalkan di seluruh dunia. Sudah tiba masanya umat Islam balik kepada Islam.

Maka orang-orang yang terpelajar dan orang yang berpendidikan tinggi yang boleh membaca dan yang boleh mengkaji, hari ini menggunakan alat-alat yang moden dan canggih melalui internet. Mereka membuat kajian dengan mendalam. Mereka dapati sudah tiba masanya Islam mengambil tempat. Islam diamal dan ditegakkan. Kebangkitan Islam berlaku terutamanya di kalangan mereka yang terpelajar. Islam menjadi perkara yang laku.

Oleh kerana itu, kita melihat akhir-akhir ini banyak orang bercakap hendak kepada Islam. Maka berlakulah Islam yang diklonkan. Bukan sahaja cek yang diklon tetapi Islam juga diklonkan sekarang ini. Orang boleh klon cek. Tetapi orang yang pandai mengaji berkenaan dengan cek, dia tahu tanda cek yang sungguh dan sebenar dengan cek yang palsu.

Kita mesti ingat, Islam yang sungguh ini ada tanda dan alamat dia. Islam yang klon tidak boleh menipu orang yang tahu berkenaan dengan Islam. Sebagaimana orang yang tidak kenal cek, boleh ditipu dengan cek klon termasuklah pemimpin-pemimpin kerajaan. Alhamdulillah, kerajaan Kelantan dan Terengganu selamat. Barangkali orang yang klon cek itu tahu bahawa orang Kelantan dan Terengganu pandai tentang cek ini. Orang negeri lain, dia tahu tidak berapa reti (pandai). Oleh kerana itulah, dia boleh main dengan cek-cek klon.

Kita kena jaga dalam bab Islam diklonkan ini. Sekarang ini orang bercakap tentang negara Islam dan kerajaan Islam. Tidak cukup dengan pemimpin-pemimpin utama mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam, dipanggil ulama-ulama dari seluruh dunia, dijemput datang ke sini untuk mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam.

Ini berlawanan dengan kita yang mengatakan bahawa kita juga hendak menegakkan Islam. Ramai rakyat jadi keliru yang mana Islam sungguh dan yang mana Islam klon. Kalau kambing klon tidak mengapa, boleh disembelih tapi kalau Islam yang klon ini bahaya. Islam yang sebenar dinyatakan sifat-sifatnya oleh Allah SWT. Kita tidak boleh keliru dan ditipu.

Allah SWT menyatakan bahawa sifat pemerintahan Islam yang sebenar, yang sungguh-sungguh dan yang hakiki ialah yang menjadikan hukum Allah hukum yang diizinkan oleh Allah daripada Rasul-Nya adalah yang paling tinggi. Ini sifat yang pertama.

Kedua, kalau orang yang mengatakan sumbahyang kecil sahaja, sembahyang itu remeh-temeh, kena dahulukan urusan negara dari urusan sembahyang, ini bukan sifat negara Islam yang sebenar. Dan ini adalah Islam klon. Kita lihat sendiri kesungguhan dalam menyuruh perkara yang baik dan mencegah kemungkaran. Ini dapat dilihat sendiri bagaimana kemungkaran-kemungkaran dilesenkan, kemungkaran diizinkan. Islam yang sebenar menyedari bahawa semua urusan akan dikembalikan kepada Allah dan dibicarakan di hadapan Allah SWT.

Ketiga, tentang hukum hudud. Hukum hudud salah satu dari undang-undang jenayah Islam, sifat kerajaan Islam. Ciri-ciri dan sifat pemerintahan itu dinyatakan oleh Allah Taala tanda-tandanya. Kita lihat tanda-tanda ini yang mana sungguh dan yang mana klon. Sifat pemerintahan Islam ini ialah yang menjadikan agama yang diredhai ini berkuasa memerintah. Dan ini syarat yang penting.

Batu Bersurat mencatitkan bahawa Islam berkuasa memerintah di negeri Terengganu. Kalau Islam tidak berkuasa memerintah, maka ini adalah negara Islam yang bohong dan palsu, yang direka-reka, dibuat-buat, kerana perkara Islam ini perkara Allah Taala. Kita tidak boleh buat reka-reka dan ada-adakan sahaja. Allah Taala menyuruh kita mengambil contoh dari Nabi Muhamad s.a.w. Hukum-Nya mestilah memerintah dan berdaulat.

Oleh kerana itulah, sebaik sahaja kita berkuasa dan berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu, kita berusaha hendak meninggikan hukum-hukum Islam ini supaya menjadi hukum yang memerintah. Masa di Kelantan, kita lulus Undang-undang Jenayah Islam dan dihantar kepada pemimpin utama kerajaan pusat. Selepas beberapa hari, mereka menghantar surat memberi amaran kepada Kelantan. Sekiranya Kelantan melaksanakan undang-undang ini, kerajaan pusat akan bertindak. Itu dahulu dan selepas itu fikiran dia berubah. Dia mengatakan dia hendak menegakkan negara Islam juga. Dia mendakwa negara ini negara Islam.

Hari ini kita hendak uji kenyataan dia ini sungguh atau kenyataan klon. Kita hendak uji. Dan saya banyak menggunakan perkataan klon pada malam ini. Sebab surat khabar banyak sebut perkataan itu. Kita bukan hendak ajak berlawan. Kita hendak menyelamatkan umat dan hendak menyelamatkan negara yang dilanda oleh jenayah, dan dilanda oleh kezaliman, yang dilanda masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ada orang yang membuat kenyataan ada golongan yang hendak mencabar Perlembagaan Negara, campurtangan dalam sistem kehakiman.

Dalam tv tadi, Perdana Menteri sebut kehakiman kita bagus, di antaranya pernah mahkamah kita mengharamkan parti yang memerintah. Ayat dia (PM) tidak habis. Hakim mahkamah yang mengharamkan parti itu dipecat. Jadi di mana kewibawaan mahkamah. Tapi rakyat lupa ‘Melayu mudah lupa’. Ini yang menjadi masalah.

Kalau dia (PM) sungguh-sungguh hendak melaksanakan Islam yang tulen, Islam yang sebenar, kita minta dia bawa kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah syariah. Bicara di mahkamah syariah tuduhan liwat atau tuduhan zina. Mestilah mengikut ajaran Islam. Mengikut ajaran Islam, kena ada empat orang saksi ataupun orang yang mengaku itu dengan redha, bukan mengaku sampai lebam mata. Mestilah dia mengaku sungguh dengan redha dan empat orang saksi itu adalah saksi manusia dan bukan saksi lembek (tilam). Orang Terengganu kata lembek, orang luar kata tilam. Tilam tidak boleh jadi saksi. Ini bawa ke mahkamah kes hudud, tilam jadi saksi. Ini hudud ‘pesen’ (jenis) apa. Inilah yang kita kata klon. Islam klon. Kita minta dibawa ke mahkamah syariah dan dibicarakan di mahkamah tersebut.

Kita lihat campurtangan politik yang melampau dalam pentadbiran. Ini adalah kelemahan-kelemahan. Berlaku hal demikian kerana lari daripada dasar Islam dan prinsip Islam. Mari kita balik kepada Islam dan balik kepada ajaran Allah SWT. Kita buktikan kepada manusia yang Allah beri nikmat kepada kita.

Di Malaysia ini masyarakat majmuk. Negara Islam yang pertama didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah negara masyarakat majmuk. Pada peringkat awalnya minoriti orang Islam dan majoriti bukan Islam. Islam boleh memerintah dan akhirnya orang Islam jadi majoriti. Apabila orang bukan Islam tengok Islam ini baik dan Islam ini bagus, dia masuk Islam. Sekarang ini jadi semakin tirus.

Zaman Batu Bersurat, Islam berdaulat. Datang penjajah, mereka tidak berani usik sekolah-sekolah agama rakyat. Selepas kita merdeka, zaman Tunku Abdul Rahman ada menteri-menteri dan gabenor yang masuk Islam. Zaman ini dengan adanya IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan macam-macam nama Islam itu, Islam ini tapi dalam masa yang sama gejala murtad, gejala sosial dan macam-macam perkara berlaku.

Sepatutnya kita kena faham dan boleh mengerti apa dia Islam yang sebenar. Kita perlu jadi contoh kepada manusia. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita melalui demokrasi. Demokrasi membenarkan ideologi-ideologi politik untuk dikemukakan kepada orang ramai supaya dipilih dalam pilihan raya. Adalah menjadi tangungjawab kepada kita memperkenalkan Islam ini kepada orang ramai supaya orang ramai pilih pemerintahan Islam, pemerintahan Islam yang tulen, yang sejati dan bukan pemerintahan Islam yang klon, yang tiruan.

Marilah kita bergembira dan berbangga denagan Batu Bersurat. Jangan kita bangga dengan sejarah dia sahaja tetapi kita tidak beramal dengan Islam. Dia sendiri lawan pemerintahan Islam dan tidak bersetuju. Kita haramkan arak, judi dan maksiat. Kita bagi tanah kepada rakyat mengikut hukum ajaran Islam. Kita hendak laksanakan ajaran Islam. Satu demi satu kita buat.

(Rencana di atas adalah sedutan ucapan Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah perdana sempena Sambutan Memperingati 700 Tahun Batu Bersurat Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 2 Oktober lalu)



Bookmark and Share

    


  Member Information For nobitaProfil   Hantar PM kepada nobita   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.168468 saat. Lajunya....