Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: MUSLIMAH dan GAMBAR..


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» MUSLIMAH dan GAMBAR..

Please Mendaftar To Post


Oleh MUSLIMAH dan GAMBAR..

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 13:15


MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..

Dipetik daripada :
www.iluvislam.com...

:bunga: :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 15-05-08 14:39


Assalamualaikum
hmm...this is the right article at the right place...huhu...semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada artikel ini...

P/S : semoga dihindarkan diriku daripada termasuk ke dalam golongan yang berpenyakit hatinya..sesungguhnya hati ini telah banyak sakitnya.... :-(



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 14:42


teman nak bersare sebagai seorang jurugambo....
tak mahu tangkap gambar dah. biorlah teman tangkap gambar binatang saja...

p/s

teman rasa teman pun ada penyakit hati. jadi teman tengah cari ubat dia. tak pun vaksin dia


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 15:07


syukran atas ingatan ini..
yang tak bestnya kawan-kawan kita yang letak gambar kita dalam blog atau friendster mereka..

saya terkejut ada gambar saya dalam friendster kawan saya :cry:
itupun tahu dari kawan lain..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 15:17


Pada 15-05-08 15:07 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!


yang tak bestnya kawan-kawan kita yang letak gambar kita dalam blog atau friendster mereka..



tu lah...betul tu..uhuk :-(
kita punya fs,letak gambar muka pun tak jelas..alih2 depa letak gambar besaq2..bagaimana tu ye.. :berfikir:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 15:41


Pada 15-05-08 15:17 , Nuranys posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-05-08 15:07 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!


yang tak bestnya kawan-kawan kita yang letak gambar kita dalam blog atau friendster mereka..



tu lah...betul tu..uhuk :-(
kita punya fs,letak gambar muka pun tak jelas..alih2 depa letak gambar besaq2..bagaimana tu ye.. :berfikir:




sekeh kepala kat member buat macam tu....
:jangan: jangan bagi dia muka...


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 15:55


Pada 15-05-08 15:41 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-05-08 15:17 , Nuranys posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-05-08 15:07 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!


yang tak bestnya kawan-kawan kita yang letak gambar kita dalam blog atau friendster mereka..



tu lah...betul tu..uhuk :-(
kita punya fs,letak gambar muka pun tak jelas..alih2 depa letak gambar besaq2..bagaimana tu ye.. :berfikir:




sekeh kepala kat member buat macam tu....
:jangan: jangan bagi dia muka...



tak tercapai dek tangan untuk ku menyekehnya..huhu.. :roll:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 15-05-08 15:58


Assalamualaikum
hmm...P.D nak vaksin dia ke... :sopan: saya tahu apa vaksin yang elok... :roll:
P/S : tak perlu rizain jadi photographer..tapi tak perlu lagi ambil gambar yang boleh mendatangkan isu yang bebukan serta fitnah...gambar juga boleh menjadi salah satu wadah dakwah..P.D..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 15-05-08 16:04


!!! QUOTE !!!

gambar juga boleh menjadi salah satu wadah dakwah.


Setuju 101%!! contohnya gambar alam...huhu..indahnya..terasa kerdil diri ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 16:05


betul tu saudara tetap.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 15:08


:cry: baca balik pasal ni.. tak sukanya kawan buat macam tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-05-08 15:00


Assalamualaikum
CK..boleh jeq nasihatkan dia...minta lah supaya dia keluarkan gambar CK daripada situ..katakanlah..kita tak suka dan harap agar dia dapat menghormati pendirian kita...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-08 16:03


kadang-kadang kita ni anggap benda-benda macam ini remeh temeh saja
selalu saja terlepas pandang...
dan tak ambil kisah
apa-apa pun time kasih atas ingatan :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 17-05-08 16:31


Pada 15-05-08 15:17 , Nuranys posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-05-08 15:07 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!


yang tak bestnya kawan-kawan kita yang letak gambar kita dalam blog atau friendster mereka..



tu lah...betul tu..uhuk :-(
kita punya fs,letak gambar muka pun tak jelas..alih2 depa letak gambar besaq2..bagaimana tu ye.. :berfikir:



tegur lah cara baik. manusia memang mudah lupa. :memekak:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

pu3_nicx
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2008
Ahli No: 33276
Posting: 14
Dari: Kelantan-KL-Kuantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-08 17:14


betul sangat artikel ini..saya dah pun delete frenster saya..kalau ada frenster mulalah teringin nak letak gambar....dan banyak mengundang masalah hati..sekarang rasa tenang saja bila tak ada..

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3_nicxProfil   Hantar PM kepada pu3_nicx   Quote dan BalasQuote

Nur_Din
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2008
Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-05-08 19:55


terima kasih kerana menyiarkan ingatan ni..elok untuk dijadikan panduan..lebih baik low profile...heee....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_DinProfil   Hantar PM kepada Nur_Din   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 17-05-08 20:42


Pada 15-05-08 15:07 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

syukran atas ingatan ini..
yang tak bestnya kawan-kawan kita yang letak gambar kita dalam blog atau friendster mereka..

saya terkejut ada gambar saya dalam friendster kawan saya :cry:
itupun tahu dari kawan lain..



huhu....sama lah cik kinah. ada kawan ana yang letak gambar ana dalam friendster mereka. terkejut bila ana tengok.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 01:23


Pada 17-05-08 15:00 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
CK..boleh jeq nasihatkan dia...minta lah supaya dia keluarkan gambar CK daripada situ..katakanlah..kita tak suka dan harap agar dia dapat menghormati pendirian kita...



hmm.. tahu kawan tu.. kalau pasal ni saya dah dicop nya keras hati.. tak mengapalah dia.. isk.. besar pula gambar tu.. dah emel dia artikel ni


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 25-05-08 12:31


Pada 15-05-08 15:17 , Nuranys posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-05-08 15:07 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!


yang tak bestnya kawan-kawan kita yang letak gambar kita dalam blog atau friendster mereka..



tu lah...betul tu..uhuk :-(
kita punya fs,letak gambar muka pun tak jelas..alih2 depa letak gambar besaq2..bagaimana tu ye.. :berfikir:


Assalamualaikum :berfikir: ..emm..saya pun pernah terfikir tentang ini...macam mana ya...sebab saya pun memang segan kalau org tengok gambar dan bergmbr..( tapi sebab sekarang banyak sertai aktiviti jadi rasa macam rugi pula kalau tak ada gambar kenangan kan)...tapi xletakla kat fs...tapi alahai...bila buka fs member2 mereka dengan best dan sesedap orennya meletakkan gambar yang kalau boleh moga kita pun tak nak letak gambar itu... :-o
macam mana nak cakap pun tak tahu lah...takut nt ada pula yang terasa..susah2..nak jaga hati org dan hati sendiri :berfikir: 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 12:37


nuranys.... nak tanya sikit.... tu signature tu gambar nuranys ke?? hehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

shahredzuan
Warga Rasmi
Menyertai: 24.05.2008
Ahli No: 33524
Posting: 8
Dari: Shah Alam

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 12:44


dasat2 ye skunk, saya apa pun tak ada, harap jadi ahli ukhwah saja.. 2 pun Allah temukan, nak d ambil gamba pun malu apetah lagi memaparkannye!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahredzuanProfil   Hantar PM kepada shahredzuan   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 25-05-08 13:00


macam mana nak cakap ya.. bukan soal gambar kecil atau besar...

kadang-kadang... gambar yang kabur2.. blur2... lagi nampak tuan gambar tu cantik...

asalnya ada banyak jerawat batu...bila dah blur... sebijik jerawat pun tak nampak...membuat kan mata sang lelaki ... nak tengok sekali lagi.... nak belek... dari kekaburan gambar... nak menafsir wajah sebenar...
cuba belek kat mana-mana gambar pose2 yang ada... yang blur2 plus side light effect..lagi boleh buat wajah nampak cantik, inoncent..dan lebih menarik perhatian
sampai rasa macam gambar kabur sebenarnya lagi bahaya... hehehe...

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 20:32


sukran...ana dah insaf dah....info yang wajib diketahui oleh semua orang...huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

qomariah
Warga Rasmi
Menyertai: 24.05.2008
Ahli No: 33526
Posting: 3
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-05-08 12:44


Salam...
time kasih atas artikel ni
bila fikir2 balik,betul juga-ap faedahnya letak gambar yang bsr2
saya pun dah delete gmbr2 yang besar 2 dalam fs 2
tinggal yang kecil-kecil saja
gambar yang blur boleh letak jgkkn?


-----------------
Cintailah Ilahi,nescaya kau tak perlu risau akan jodohmu


Bookmark and Share

    


  Member Information For qomariahProfil   Hantar PM kepada qomariah   Quote dan BalasQuote

mia_sara
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15946
Posting: 65
Dari: BUMI ALLAH

syria  


posticon Posting pada: 26-05-08 13:02


kat galeri ukhwah pun apa kurangnya ek?

ada yang saja-saja posting ke? atau kawan yang postinngkan?

siap highlight "salam ukhwah"..

lepas itu tengok respon-hati ni cantik lah..anti tu cantiklah..

lagi merbahaya.. kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For mia_saraProfil   Hantar PM kepada mia_sara   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 26-05-08 15:53


Pada 26-05-08 13:02 , mia_sara posting:

!!! QUOTE !!!

kat galeri ukhwah pun apa kurangnya ek?

ada yang saja-saja posting ke? atau kawan yang postinngkan?

siap highlight "salam ukhwah"..

lepas itu tengok respon-hati ni cantik lah..anti tu cantiklah..

lagi merbahaya.. kan


hah, kan dah kena... :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 15:56


Pada 25-05-08 12:37 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

nuranys.... nak tanya sikit.... tu signature tu gambar nuranys ke?? hehehhe


ehem..jujurnya..memang gambar ana..tapi kecik kan..dan kurang jelas..err...antum rasa kena buang ke signature tu?huhu..ok lah..macam kena buang saja..tak pala...mujahadah sikit.. :-D

syukran pada yang bertanya.. :malu:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 16:00


kecil tapi masih nampak ayu nya... :terliur:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 16:01


.. alamak.. kena buang lah gambar den yang seksi sekso nampak bulu kaki den tu.. jap2 den nak poie "delete" kejap:lol:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 26-05-08 18:21


Pada 26-05-08 15:56 , Nuranys posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-05-08 12:37 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

nuranys.... nak tanya sikit.... tu signature tu gambar nuranys ke?? hehehhe


ehem..jujurnya..memang gambar ana..tapi kecik kan..dan kurang jelas..err...antum rasa kena buang ke signature tu?huhu..ok lah..macam kena buang saja..tak pala...mujahadah sikit.. :-D

syukran pada yang bertanya.. :malu:



erk tak ada suruh buang pun sekadar bertanya kepada pembuka thread...... Kalau nak letak pong tak mengapa..


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-06-08 20:00


syukurlah diri ni di jadikan gemuk. hitam legam dan ala ala ayam serama ni

kurang2nya tak ada siapa nak menyimpan gambar mahupun nak melihat waima menoleh dua tiga kali diri yang sebegini :-D 8-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 03-06-08 00:52


selagi namanya wanita, ia tetap indah... ia tetap mempunyai daya tarikan.

A woman has strengths that amaze main...
She can handle trouble and carry heavy burdens...
She holds happiness, love, and opinionns...
She smiles when she feels like dying inside...
She sings when she feels like crying...
Cries when she's happy and laugh when she's afraid...
Her love is unconditional...
There's only one thing wrong with her...
She sometimes forgets that she is WORTH!

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 03-06-08 08:06


Pada 02-06-08 20:00 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

syukurlah diri ni di jadikan gemuk. hitam legam dan ala ala ayam serama ni

kurang2nya tak ada siapa nak menyimpan gambar mahupun nak melihat waima menoleh dua tiga kali diri yang sebegini :-D 8-)



kak nurkamar comel... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 08:11


ya,tentang gambar ni memang jadi isu...dan ana juga confius dengan pandangan2 sahabat yang di luar sana....

boleh sesiapa tolong jawab atau memberi pandangan mengapa isu ni terjadi?adakah sebab sesetengah darinya tak faham?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 08:32


alhamdulilah..thanks for the info..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 09:18


Pada 15-05-08 15:17 , Nuranys posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-05-08 15:07 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!


yang tak bestnya kawan-kawan kita yang letak gambar kita dalam blog atau friendster mereka..



tu lah...betul tu..uhuk :-(
kita punya fs,letak gambar muka pun tak jelas..alih2 depa letak gambar besaq2..bagaimana tu ye.. :berfikir:



NASIHAT AKU...
KALAU MUKA HANGGGG TAK NAK MASUK DALAM FRIENDSTER
ORANG LAIN......

HANG TAK payah PERGI JK UKHWAH....
ATAU PUN HANG DUDUK DALAM RUMAH TAH payah KELUAR....

TAK ADA SAPA NAK AMBIK GAMBAR HANGGGGGG!!!!!


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 03-06-08 09:34


hmm.. artikel yang menarik..
eh..Kalau org laki timbul isu tak??

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 13:41


Pada 02-06-08 20:00 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

syukurlah diri ni di jadikan gemuk. hitam legam dan ala ala ayam serama ni

kurang2nya tak ada siapa nak menyimpan gambar mahupun nak melihat waima menoleh dua tiga kali diri yang sebegini :-D 8-)



Assalamualaikum wr wbt

Akak ni..ada ke cakap seperti itu..akak comel lah..suka tengok akak senyum...ceria saja..hehe..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-08 14:14


Pada 26-05-08 15:53 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-05-08 13:02 , mia_sara posting:

!!! QUOTE !!!

kat galeri ukhwah pun apa kurangnya ek?

ada yang saja-saja posting ke? atau kawan yang postinngkan?

siap highlight "salam ukhwah"..

lepas itu tengok respon-hati ni cantik lah..anti tu cantiklah..

lagi merbahaya.. kan


hah, kan dah kena... :sopan:


Assalamualaikum wr wbt...

kalau kes begini..bagaimana pulak tu... :berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-06-08 16:39


Pada 26-05-08 13:02 , mia_sara posting:

!!! QUOTE !!!

kat galeri ukhwah pun apa kurangnya ek?

ada yang saja-saja posting ke? atau kawan yang postinngkan?

siap highlight "salam ukhwah"..

lepas itu tengok respon-hati ni cantik lah..anti tu cantiklah..

lagi merbahaya.. kan


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

2.Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

surah saf (61 : 2-3)

Aduh, rasa terbakat kulit ini bila mendengar ayat ini. Kebencian dari Tuhan, moga -moga dielakkan.

p/s: dah lama mengharapkan agar ruangan galeri tu diubah. mungkin tiada komenan? ataupun wanita tak perlu menghantar gambar ? ataupun hadkan size gambar.

sama-sama mencari redhaNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 20:46


Pada 03-06-08 16:39 , aymannur posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-05-08 13:02 , mia_sara posting:

!!! QUOTE !!!

kat galeri ukhwah pun apa kurangnya ek?

ada yang saja-saja posting ke? atau kawan yang postinngkan?

siap highlight "salam ukhwah"..

lepas itu tengok respon-hati ni cantik lah..anti tu cantiklah..

lagi merbahaya.. kan


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

2.Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

surah saf (61 : 2-3)

Aduh, rasa terbakat kulit ini bila mendengar ayat ini. Kebencian dari Tuhan, moga -moga dielakkan.

p/s: dah lama mengharapkan agar ruangan galeri tu diubah. mungkin tiada komenan? ataupun wanita tak perlu menghantar gambar ? ataupun hadkan size gambar.

sama-sama mencari redhaNya.


sekadar cadangan..

biarlah gambar secara ringkas tentang majlis2 yang ukhwah anjurkan/hadiri..contohnya majlis perkahwinan,hari raya,buku etc yang disebarkan dalam galeri gambar..gambar tidak terlalu jelas dan tiada percampuran antara lelaki dan perempuan..
tak perlulah gambar2 lain..tak perlu ada gambar ahli2 ukhwah yang sengaja dihantar dengan tujuan slogan 'ukhwah fillah'..
lagi-lagi muslimah..ditutup dan dijaga tetapi pada masa yang sama dipandang dan ditatap di web..
'ukhwah fillah' tak menghalalkan cara..

terima kasih atas pembuka posting..
sekadar teguran dan pandangan..
daH lama juga nak utarakan soal ni..


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.147252 saat. Lajunya....