Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 115
Ahli: 0
Jumlah: 115




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Cabaran hasilkan Ayat-Ayat Cinta


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Cabaran hasilkan Ayat-Ayat Cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh Cabaran hasilkan Ayat-Ayat Cinta

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-08 18:01


/
GANDINGAN mantap… Zaskia Adya Mecca (kiri) bersama Carissa Puteri (kanan) yang membintangi filem Ayat-Ayat Cinta.

BERMULA dengan novel kemudian ke layar perak. Sudah menjadi trend terkini, banyak filem yang ditayangkan di pasaran tempatan mahupun luar negara merupakan adaptasi daripada karya-karya novel terkemuka.

Antara yang paling mendapat sambutan ialah filem bersiri Harry Potter yang diadaptasi dari siri novel penulis terkenal J. K. Rowling.

Tidak kurang juga dengan filem yang diadaptasi dari novel terkenal China, Naraka 19 - The 19th Gate of the devils playground, karya Choi Tsun yang berjaya memecah rekod penjualan melebihi dua juta naskhah tiga tahun lalu di negara itu.

Terbaru, sebuah filem yang diadaptasi daripada karya penulis terkenal Indonesia, Habiburrahman El Shirazy atau Pak Abib iaitu Ayat-Ayat Cinta (AAC) bakal menjengah pawagam tempatan pada 16 Jun ini.

Pengarahnya, Hanung Bramantyo ketika ditemui pada sidang media filem tersebut di Tanjung Golden Village (TGV), KLCC baru-baru ini berkata, filem arahannya itu bersifat menyeluruh dan universal.

“Ayat-Ayat Cinta mengandungi mesej tersendiri. Ia merupakan sebuah filem yang bercirikan Islam di mana keikhlasan dan kesabaran merupakan kunci utama kekuatan seseorang Muslim.

“Di Indonesia, yang datang menonton filem ini tidak hanya yang beragama Islam tetapi turut ditonton oleh yang beragama lain. Sebab itu AAC menjadi sebuah filem fenomena di Indonesia dan mencatatkan jumlah hampir empat juta penonton,” kata Hanung.

Mengakui AAC sebuah naskhah yang berat, menurut Hanung, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhinya sepanjang proses pembikinan filem tersebut.

“Memang ia agak berat, tambahan pula ia seperti filem yang penuh dengan ‘mimpi.’ Sebagai contoh, peranan utama filem ini iaitu watak Fahri, begitu juga dengan latar belakang dan pemandangan digambarkan terlalu sempurna dalam novel.

“Ternyata saya menemui kesukaran dalam menghasilkan filem ini, bila divisualkan ke layar, saya tidak boleh mengabaikan keindahan perasaan dan juga visual seperti apa yang digambarkan oleh Pak Abib dalam novelnya,” jelas Hanung mengenai kesukaran yang dilaluinya.

Tidak mampu memuatkan perincian novel tersebut ke dalam filemnya, kata Hanung, hampir 20 peratus perincian novel itu terpaksa dibuang.

“Ini kerana, novel dan filem mempunyai struktur yang berbeza. Untuk novel, dari bab satu hingga akhir grafnya boleh turun dan naik.

“Tetapi untuk filem, jika grafnya naik sudah tidak boleh diturunkan lagi. Dari situ, memang sudah nampak perbezaan sifat antara novel dan filem,” katanya lagi.

Tambah Hanung, dia yakin bahawa filemnya itu bakal diterima oleh masyarakat negara ini memandangkan hampir 80 peratus daripadanya terdiri daripada masyarakat Islam.

Sinopsis

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya.

Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.

Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur.

Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.

Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.

Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.

Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

Apakah dua dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh Fahri? Pastikan anda tidak terlepas peluang menonton filem tersebut yang akan memulakan tayangan pada 16 Jun ini.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 20:17


hehe malam ni kan pukul 9pm kat TV 3...jom2 pada sesiapa yang malas nak baca novel...tengak cerita ni...hehe....


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

hurul_inn
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.03.2008
Ahli No: 32879
Posting: 107
Dari: Darul Iman-Darul Naim-Darul Ehsan-Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 21:50


sekarang sedang menonton ayat2 cinta... :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hurul_innProfil   Hantar PM kepada hurul_inn   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 10-10-08 21:56


Best sgggggt.... :-) siapa peminat cerita ni .. Join Wawa ... hehehe :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 22:16


dah tengak nak tengak lagi.....serupa lagu dia.....tak bosan bila dengar...sampai kong bateri henset... :kelip:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

sakura_balqis
Warga Rasmi
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35328
Posting: 8

malaysia  


posticon Posting pada: 10-10-08 23:56


a'ah.. best filem ni.. tapi novelnya lagi best!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_balqisProfil   Hantar PM kepada sakura_balqis   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-10-08 02:56


Pada 10-10-08 23:56 , sakura_balqis posting:

!!! QUOTE !!!

a'ah.. best filem ni.. tapi novelnya lagi best!!!


yup betul itu...novel nya lagi best jika dibandingkan denga movie nya......nampak real...sikit kalau baca nobel.......feeling lebih lah konon..heheheh


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-10-08 10:34


ada pro dan kons bila novel difilemkan. pendapat saya sendiri...memberi kebaikan bila cerita ini dapat ditonton dengan lebih meluas...tapi yang tak sedap ditengok bila scene dalam cerita tak menggambarkan sifat muslim yang sebenar seperti yang tergambar dalam novel.

ada scene yang tak ada dalam novel. bagi saya, novel tu dah cukup-cukup dah

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-10-08 10:45


off topik kejap..

org indonesia ni boleh kahwin berlainan agama ke?

on topik semula..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100429 saat. Lajunya....