Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-03-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




  Yang Masuk Ke Sini
aye: 40 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mengapa saya keluar dari Syiah!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mengapa saya keluar dari Syiah!

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa saya keluar dari Syiah!

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-08 17:07


Mengapa Saya Keluar Dari Syiah?        
Ditulis oleh Pengendali Laman    
Saturday, 25 August 2007
Judul Asal : Lillahi Tsumma Li at-Tharikh (Untuk Allah Kemudian Untuk Sejarah)
Judul Buku : Mengapa Saya Keluar Dari Syiah?
Penulis : Sayid Husain al-Musawi
Penerbit : CV. Pustaka al-Kautsar, Jakarta Timur,August 2002
Pengedar : Pustaka Indonesia, Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

-------------------------------------------------------

Peristiwa di mana Ulama'-Ulama' besar Syi'ah keluar
dari aliran sesat ini memang sudah tidak asing lagi
malah ada di antara mereka yang disembelih dan
dicincang mayat mereka setelah mereka secara terbuka
bertaubat dari fahaman sesat lagi merbahaya ini.
Antara tokoh-tokoh Syi'ah yang bertaubat adalah
Ayatullah Uzhma Imam Sayid Abul Hassan al-Asfahani,
Sayid Ahmad al-Kasrawi, al-Allamah Sayid Musa al-Musawi,
Sayid Ahmad al-Katib, Abu al-Fadhl al-Burqui dan
lain-lain lagi.


Buku yang sedang diulas ini adalah
berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang
mujtahid dari alirang Syiah yang kemudiannya
mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat
dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau
mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi'ah yang diambil dari
kitab-kitab muktabar mereka sendiri.

Sayid Hussain al-Musawi dilahirkan di Karbala dan
mendapat pendidikan di kota ilmu (hauzah) di Najaf.
Beliau telah lulus dengan cemerlang di situ dan
dianugerahkan derajat Ijtihad oleh tokoh besar Ulama'
Syi'ah iaitu Sayid Muhammad Hussain Ali Kasyif
al-Ghita.

Selama masa beliau mendalami kitab-kitab Syi'ah ketika
pengajian beliau selalu menjadi bingung dengan
percanggahan yang begitu banyak terdapat dalam
kitab-kitab muktabar ajaran Syi'ah. Tapi beliau cuba
menyedapkan hati beliau dengan menyatakan kepada diri
beliau sendiri sebagai seorang yang buruk pemahaman
dan sedikit ilmu. Pernah beliau melontarkan keraguan
beliau kepada salah seorang tokoh di Hauzah dan tokoh
itu hanya menjawab "jauhkanlah keraguan itu dari
dirimu, kamu adalah pengikut Ahlul Bait AS, sedangkan ahlul
bait menerimanya (agama syiah) dari Muhammad SAW, dan
Muhammad SAW menerimanya dari Allah SWT." Beliau
merasa tenang sebentar namun perasaan berkecamuk
antara kebenaran dan kebathilan syiah sentiasa bermain
di jiwa beliau. Semakin mendalam pengajian beliau
semakin banyak permasalahan timbul dan semakin
bergelora perang batin dalam jiwa beliau. Setelah
tamat pengajian di Hauzah perang batin dalam jiwa
beliau berterusan.
Setelah lama merenung keadaan ini maka beliau
mengambil keputusan untuk melakukan kajian yang
komprehensif dan mengkaji ulang seluruh materi
pelajaran yang pernah beliau dapatkan. Beliau membaca
sebanyak mungkin referensi pegangan serta kitab-kitab
Syi'ah. Segala kebingungan atau percanggahan beliau
tuliskan dalam lembaran-lembaran kertas dan beliau
simpan semoga pada suatu hari Allah menetapkan satu
keputusan. Peristiwa al-Allamah Sayid Musa al-Musawi
dan Sayid Ahmad al-Katib dua tokoh besar Syi'ah yang
bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah
seolah-olah menjadi petunjuk bagi beliau bahawa
masanya juga sudah tiba untuk beliau mengistihar
keluar dari fahaman yang sesat ini. Beliau berpendapat
kini giliran beliau sudah tiba untuk menyatakan
kebenaran untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau yang
telah tertipu. Bagi beliau sebagai seorang ulama adalah
tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kebenaran
walaupun ianya sungguh pahit untuk ditelan.

Maka Sayid Hussain al-Musawi pun mengarang sebuah buku
yang membongkar kesesatan-kesesatan Syi'ah. Yang
menariknya tentang buku ini adalah beliau menggunakan
sumber Syi'ah sendiri untuk membongkarkan konspirasi
musuh-musih Islaam untuk melemahkan Islaam dari dalam
seperti musuh dalam selimut. Antara topik menarik yang
beliau kupaskan adalah seperti berikut :

a) Abdullah Ibnu sabar' satu individu fiktif/rekaan
yang dicipta oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam rangka
untuk memburukkan Syi'ah. benarkah begitu? Apa kata
sumber Syi'ah sendiri mengenai Abdullah Ibnu sabar.

b) Kata-kata kecaman dari kalangan Ahlul Bait sendiri
terhadap Syi'ah. Beliau telah menurunkan kata-kata
kecaman dari Saidina Ali ra, Saidatina Fathimah ra,
Al-Hassan ra, al-Hussain ra dan Imam-Imam dari
kalangan Ahlul Bait terhadap Syi'ah. Benarkah Syi'ah
ini pembela Ahlul Bayt atau mereka sebenarnya
pemusnah/penghina Ahlul Bait? Kita lihat sendiri
Riwayat-riwayat syi'ah yang menghina Rasulullah SAW
dan Ahlul Baitnya. Apakah kaitan Syi'ah di Kufah
dengan tragedi pembunuhan Saidina Hussain ra?
Kesemuanya riwayat-riwayat tentang hal ini di ambil
dari sumber syi'ah sendiri!

c) Sayid Hussain al-Musawi juga membongkarkan
bagaimana Syi'ah menghalalkan perzinaan dengan
menggunakan Nikah Mut'ah, bagaimana perempuan
diperlakukan sebagai objek memuaskan hawa nafsu
atas nama Mut'ah. Sungguh menjijikan sekali.
Yang paling menggemparkan kisah Nikah Mut'ah
Ayatollah Khomeini al-Musawi dengan kanak-kanak
bawah umur dan apakah pandangan Ulama' syi'ah
akan hal ini? Bagaimana pula melakukan adengan
Homoseks dengan kanak-kanak lelaki yang masih belum
tumbuh janggutnya dan kumisnya. Beliau juga membawa
Riwayat dari Amirul Mukminin Saidina Ali ra yang
menyatakan bahawa Mut'ah telah diharamkan pada hari
Khaibar. Semua pendedahan ini diambil dari sumber
Syi'ah sendiri!

d) Bagaimana Harta Khumus (1/5 bahagian untuk Ahlul
Bayt) telah dipergunakan untuk kemewahan Ulama'-Ulama
Syi'ah.

e) Apakah pandangan mereka tentang al-Quraan? Adakah
al-Quraan yang ada pada kita hari ini lengkap?
Wujudkah al-Quraan yang lain selain dari apa yang kita baca hari
ini?

f) Apakah pandangan Syi'ah terhadap Ahlus Sunnah Wal
Jamaah. Siapakah yang berkata kalimah ini, "Mereka
(ASWJ) adalah orang-orang kafir yang najis berdasarkan
Ijma' ulama' Syi'ah Imamiyah. Mereka lebih jahat dari
Yahudi dan Nasrani."?

pergi) Pengaruh Yahudi, Majusi dan lain-lain dalam Syi'ah

h) al-Qaim (Imam Mahdi) menurut Riwayat Syi'ah yang
menyerupai watak Dajjal dan banyak lagi
perkara-perkara yang menggemparkan. Kesemuanya diambil
dari sumber rujukan Syi'ah sendiri.

Insya-Allah buku ini amat berguna sekali untuk mereka
yang telah terpengaruh dengan Mazhab Ahlul Bait /
Syi'ah di Malaysia ini dan juga untuk kita yang
mungkin akan didatangi oleh da'i-da'i Syi'ah. Syaikh
Mamduh Farhan al-Buhairi seoarang pakar tentang Aliran
syi'ah juga berkata sebagai kata Pengantar untuk buku
ini, "Ini (buku Lillahi Tsumma Li at-Tharikh) saya
kirimkan kepada orang-orang yang masih berbaik sangka kepada
Syi'ah dan yang menuntut agar menggauli mereka dengan
baik dan lemah lembut, akibat kebodohan mereka
terhadap al-Quraan dan sunnah Nabi SAW. Semoga mereka
diberi petunjuk oleh Allah dan mempelajari Islam lebih
dalam."

Selamat Membaca.

ABU IQBAL

http://hafizfirdaus.com/content/view/68/54/


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ainf
Warga Rasmi
Menyertai: 19.04.2008
Ahli No: 33275
Posting: 13
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-08 17:41


ulama` al-azhar dan ulama salafi madinah mengiktiraf syiah
http://tehranifaisal.blogspot.com/2008_05_04_archive.html

macam mana ye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainfProfil   Hantar PM kepada ainf   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 18:12


Umi sarankan anakanda ain cari kitab yang di atas tu di mana menjelaskan Kenapa ULAMA SYIAH KELUAR DARI SYIAH.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

arRazi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2005
Ahli No: 20205
Posting: 230

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-08-08 12:17


Assalamualaikum,

Dalam majalah 3 pernah keluar pasal ahli2 politik yang kalah dalam pilihanraya lepas. Terdapat 3org ahli politik daripada 3 parti politik berbeza ditemuramah tentang kekalahan mereka dalam pilihanraya lepas. Salah seorang ahli politik tersebut daripada sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan beliau ditanya tentang siapakah pemimpin idola. Beliau menjawab "ahmadi nejad, pemimpin iran"..

Saya tertanya2 adakah ahli politik tersebut bersetuju dengan fahaman syiah yang mana dianuti oleh presiden Iran tersebut. sepertimana yang kita ketahui, siapa yang ingi menjadi pemimpin atau ingin terlibat dalam pentadbiran Iran, perlulah bermazhab syiah..

Sebenarnya saya pernah terdengar bahawa ahli politik yang ditemuramah oleh majalah 3 tersebut sememangnya bermazhab syiah. Beliau dikatakan pernah melanjutkan pelajaran dan mendalami bahasa arab di Lubnan tak silap saya.

Saya pernah diberitakan bahawa ada ustaz2 yang memperjuangkan Islam di Malaysia dan berjuang dalam sebuah parti berlabelkan Islam,tetapi mereka teruja dengan fahaman syiah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arRaziProfil   Hantar PM kepada arRazi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-08-08 16:44


Pada 07-08-08 12:17 , arRazi posting:

!!! QUOTE !!!

Salah seorang ahli politik tersebut daripada sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan beliau ditanya tentang siapakah pemimpin idola. Beliau menjawab "ahmadi nejad, pemimpin iran"..

Saya tertanya2 adakah ahli politik tersebut bersetuju dengan fahaman syiah yang mana dianuti oleh presiden Iran tersebut. sepertimana yang kita ketahui, siapa yang ingi menjadi pemimpin atau ingin terlibat dalam pentadbiran Iran, perlulah bermazhab syiah..

cakap kagum dengan ahmadi nejad, terus kena cop syi`ah? wah hebat betul anda ye...

kalau begitu, ramai sahabat2 dalam ukhwah ni "bersetuju dengan fahaman syiah yang mana dianuti oleh presiden Iran tersebut". jangan cakap sembarangan ye saudara :jangan:

!!! QUOTE !!!


Sebenarnya saya pernah terdengar bahawa ahli politik yang ditemuramah oleh majalah 3 tersebut sememangnya bermazhab syiah. Beliau dikatakan pernah melanjutkan pelajaran dan mendalami bahasa arab di Lubnan tak silap saya.

Saya pernah diberitakan bahawa ada ustaz2 yang memperjuangkan Islam di Malaysia dan berjuang dalam sebuah parti berlabelkan Islam,tetapi mereka teruja dengan fahaman syiah..

dengar saja? mana boleh main dengar2 dan diberitakan saja, anda ada bukti tak? kalau ada sila lah nyatakan di sini, saya pun nak tau juga...

dulu pun saya ada selalu dengar2 dan diberitakan tentang keburukan HT, ada yang kata sesat, so boleh ke saya percaya tanpa ada apa-apa bukti? boleh ke saya berhujah dengan alasan begitu tentang HT?

sekadar contoh saja ye, saya cari contoh yang paling dekat dengan anda agar anda faham.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

abdbaith47
Warga Rasmi
Menyertai: 14.06.2007
Ahli No: 30262
Posting: 2
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-08-08 17:01


memang ada pun perkara macam tu... Cuba perhatikan dengan sepenuh perhatian terhadap kata-kata sebahagian ahli politik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For abdbaith47Profil   Hantar PM kepada abdbaith47   Pergi ke abdbaith47's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 08-08-08 18:39


Pada 14-05-08 17:41 , ainf posting:

!!! QUOTE !!!

ulama` al-azhar dan ulama salafi madinah mengiktiraf syiah
http://tehranifaisal.blogspot.com/2008_05_04_archive.html

macam mana ye?


Mereka mengiktiraf syiah sebagai sebahagian dari umat Islam, bukannya mereka menyatakan mereka setara dengan ASWJ. Syiah lain Sunni lain, dua aliran sungai yang berbeza tiada pangkal untuk dan boleh ditemukan antara satu sama lain.

Mereka mengiktiraf syiah sebagai orang Islam, tetapi tetap mengakui syiah adalah sesat dan bercanggah dari al-Quran dan Sunnah.

Benar...al-Azhar dan institusi2 Islam yang lain di seluruh dunia ada memasuk silibus mazhab syiah Imamiah di dalam pengajian feqh, tetapi hanya sekadar perbandingan mazhab sahaja tidak lebih dari itu. Itupun perkara yang berlegar di sekitar perbahasan feqh, bukan aqidah yang mereka anuti yang menjadi titik perbezaan di antara sunni dan syiah yang sesat lagi menyesatkan.

Semoga Allah memberi hidayah kepada penganut syiah dan melaknati antara mereka(syiah) yang ingkar kepada kebenaran...amin.

Wallahu A'lam..


-----------------
عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 08-08-08 18:43


!!! QUOTE !!!

Dalam majalah 3 pernah keluar pasal ahli2 politik yang kalah dalam pilihanraya lepas. Terdapat 3org ahli politik daripada 3 parti politik berbeza ditemuramah tentang kekalahan mereka dalam pilihanraya lepas. Salah seorang ahli politik tersebut daripada sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan beliau ditanya tentang siapakah pemimpin idola. Beliau menjawab "ahmadi nejad, pemimpin iran"..

Hmmm....macam tak ada orang lain nak dijadikan idola. Bagus lagi Lim Guan Eng, menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai idola.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

emarn_boy
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.08.2007
Ahli No: 30618
Posting: 53
Dari: egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-08-08 19:28


Assalamualaikum

kalau umi dan antum semua nak tahu pasal kitab tu, ustaz2 dimesir (al azhar) ni dah terjemah buku tu kebahasa melayu. boleh rujuk sini

www.mymkkk.org


pasal faisal tehrani cakap ulama alazhar mengiktiraf syiah tu biar ana explain.

ana dulu pun terpengaruh dengan bhasa yang macam tu.

sebenarnya bukan ulamak azhar mengiktiraf syiah. kita muslim adalah bersaudara. kita ada persamaan dalam hukum agama. maka itu adalah salah satu cabang dakwah bukan pengiktirafan. sekalipun mereka berbagai2 fahaman tidak semestinya kita menghujum dengan cara yang keras. maka kita dekati mereka dengan dasar ukhwah. ulamak al azhar menjadikan kebersamaan itu sebagai tali pengikat silaturrahim bukan pengiktirafan. disini nampak perbezaan antara usaha kearah kesatuan walaupun berbagai spekulasi berlaku. bezakan pengiktirafan dengan usaha kearah kesatuan

Bookmark and Share

    


  Member Information For emarn_boyProfil   Hantar PM kepada emarn_boy   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-08-08 13:48


Pada 08-08-08 18:39 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-05-08 17:41 , ainf posting:

!!! QUOTE !!!

ulama` al-azhar dan ulama salafi madinah mengiktiraf syiah
http://tehranifaisal.blogspot.com/2008_05_04_archive.html

macam mana ye?


Mereka mengiktiraf syiah sebagai sebahagian dari umat Islam, bukannya mereka menyatakan mereka setara dengan ASWJ. Syiah lain Sunni lain, dua aliran sungai yang berbeza tiada pangkal untuk dan boleh ditemukan antara satu sama lain.

Mereka mengiktiraf syiah sebagai orang Islam, tetapi tetap mengakui syiah adalah sesat dan bercanggah dari al-Quran dan Sunnah.

yup, betul tu AR... kalau ditanya kepada kita, memang bagi kita rata-rata fahaman syi`ah adalah sesat, sebagaimana yang difatwakan di Malaysia. tetapi mereka masih lagi saudara seislam kita tetapi ia bergantung kepada iktikad yang mereka pegang. malah ada syi`ah yang dekat dengan ASWJ seperti syi`ah zaidiyyah.

bukan mengiktiraf syi`ah itu betul macam ASWJ, tapi yang diiktiraf mereka juga adalah sebahagian umat Islam, bukan terus menghukum mereka kafir. tetapi perlu terus dimuhasabah, ditegur apa yang salah.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117791 saat. Lajunya....