Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Kerjaya
Topik: Umur persaraan dilanjutkan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» Umur persaraan dilanjutkan

Please Mendaftar To Post


Oleh Umur persaraan dilanjutkan

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 15:42


assalamualaikum
Saya tidak setuju dengan cadangan serta permintaan Omar Cuepac yang nampak sikap pengampu...
Pada pandangan saya , sepatutnya Umur persara hanya dilimitkan kepada 56 tahun kerana orang yang tidak amanah dalam jabatan serta menyusahkan Insan yang memang bertugas untuk Islam.
Orang fasik yang menyusahkan Insan Muslim yang Ikhlas bertugas ni akan menyusahkan Insan Muslim untuk tempoh tambahan...

pada saya better kita beri kemasukan kepada remaja lepasan SPM yang memang ramai sedang mencari pekerjaan...

puak jahat dalam jabatan ni memang ada...sikap rasuah, suka mandram, sikap khianat, sikap fasik ni menyusahkan Insan yang memang bertugas untuk Islam...dahlah tua nyanyuk, jahil, lahab,
kalau ikutkan angin Silat Pendekar ni aku nak tetak saja dengan tangan aku yang Allah kurniakan ni masih kuat...
Cuma kadang tu aku terfikir akan law sekular yang masuh ada serta hakim yang tak ikut Syariat Islam...maka aku bersabar...


aku lihat adik remaja yangmasih bersih dengan sifat muslim...begitu inginkan jawatan lulusan SPM...gred 17...
Ngapa Omar pengampu tu naklanjutkan umur persaraan ke 60...jahilnya Omar...kawe memang tak akui Omar tu layak jadi presisen Cuepec kerana dia tak buat survey untuk semua staff kerajaan yang ada seramai 1.22 million di Negara ini...apalah kamu ni Omar...yang kawe bak adalah bonus RM2000 untuk ringankan bebaban perbelanjaan famili....

Kawe doakan ganti saja Omar tu...yang lalu nama Syed Abdullah tu ngapa sekejap sangat jadi Presiden...
sekarang ni pengacau pejabat tu datang dari ulu negeri duduk kacau pejabat...yang duduk di gred 52 tak tahu peraturan pekeliling. dia naik sebab dia dah jadi barua BN...
Barua BN inilah yang banyak jadi duduk di rank utama...Tunggu zaman Pakatan Rakyat...Kita doakan barua BN dalam jabatan di tukar seperti yang MB PERAK telah lakukan...


Leader yang kawe sokong tak naik jadi JUSA sebab dia sokong Jemaah Islam lalu dia bersara pilihan diusia 50...4 tahun lalu sejak itu aku tidak pernah melihat wajahnya...akhir kawe lihat wajah leader kawe yang ada Master dalam jabatan, di lebam matanya, mungkin dia bertumbuk masa tapisan halus yang mana di zaman jahiliah lalu SB yang akan soal Insan yang nak jadi Ketua Pengarah...
zaman Pak Lah ni mungkin sudah tak begitu...itu kawe tak tahu.
Leader kawe ni kalah dalam perebutan jawatan KP kepada barua BN yang hanya ada ijazah...tiada master...dia naik kerana dia barua bn.

kawe pernah bertemu mualim leader kawe di Perak...


Dukacita...Kawe doa biarlah PTD ambil alih jawatan Ketua Pengarah dalam jabatan kawe sebab kawe lihat banyak sangat kelemahan...sekurangnya PTD ini ada pelbagai Insan yang memang cemerlang walaupun ada juga segelintir barua BN

Kawe fikir jika jabatan masih naikkan barua BN...kawe fikir jabatan akan malap...
Leader yang kawe
puaki barua ni bukan setakat lemah dalam peraturan pekeliling...mereka juga adalah khianat akan amanah Rakyat cuma tiada saksi tiada cctv...tiada bukti...maka tiada pendakwaan...hanya mahkamah di Mahsyar...yang sangat ADIL...mereka ini akan di azab atas kefasikan mereka kezaliman mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 18:09


awak dah tahu kezaliman dia Kenapa awak saja yang tak ganti dia.. guna kelayakan awak untuk ganti dia.. selagi masih ada cara aman untuk ganti baik jangan tumpahkan darah orang lain sesuka hati..

Rasulullah saw sampai ke penghujung nyawa masih lagi jadi Perdana Menteri negara Islam..

Er, gua rasa lu lebih alim dan muslim dari orang lain dengan gaya bahasa lu.. syabaslah lu..

i know you hav good but you don hav the good attitude towards things.. kan lebih elok awak komen sahaja secara facts and figure. itu kan lebih baik dari emo tak tentu pasal dengan "gaya bahasa sastera" awak..

*sigh* what a waste, a good person but with bad attitude..

p/s: thread lain, komen lain.. ingatkan berbincang mengenai relevan atau tak umur 60 masih bekerja.. -___- *sigh*

Bookmark and Share

    


  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-05-08 11:56


lu macam bagus...dah berapa non muslim masuk Islam dengan lu...kawe dah 2 non muslim masuk Islam dengan kawe...

lu tak puas hati apa dengan gua...


lembut Rasulullah, baginda join 25 peperangan...lawan kafir...
25 Perang dalam Sirah Rasulullah s.a.w.

1.    Perang Badar Kubra
2.    Perang Uhud
3.    Perang Bani Sulaim di Al-Kudr
4.    Perang bani Qainuqa’
5.    Perang Dzi Amar
6.    Perang Buhran
7.    Perang Hamra ‘ul-Asad
8.    Tragedi Bi’ Maunah
9.    Perang Bani Nadir
10.    Perang Najd
11.    Perang Badar yang kedua
12.    Perang Dumatul- Jandal
13.    Perang Ahzab/Khandaq
14.    Perang Bani Quraizah
15.    Perang Bani Lahyan
16.    Peperangan Bani Mushthaliq/Perang Al-Muraisi’
17.    Perjanjian Hudaibiyah
18.    Perang Ghabah/DzuQarad
19.    Perang Khaibar & Wadil-Qura
20.    Perang Dzatur Riqa’
21.    Perang Mu’tah
22.    Perang dan Penaklukan Makkah
23.    Perang Hunain
24.    Perang Tha’if
25.    Perang Tabuk (berdepan seramai 40,000 tentera Rumawi)
Perang Bani Sulaim

Informasi yang pertama kali masuk kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Perang Badar, bahawa Bani Sulaim yang termasuk kabilah Ghathafan menghimpun kekuatan untuk menyerang Madinah. Dengan mengerahkan dua ratus orang yang menunggang unta, Nabi saw. Mendatangi mereka lalu menetapkan di dekat perkampungan bani Sulaim yang bernama Al- Kudr. Melihat kedatangan baginda, mereka pun lari tunggang langgang meninggalkan lima ratus unta, yang kemudian dikuasai pasukan Muslimin. Kemudian beliau membaginya setelah mengambil seperlimanya, sehingga setiap seorang mendapat bagian dua ekor unta. Mereka juaga menawan seorang pemuda yang bernama Yassar, namun kemudian dia dibebaskan.
    Setelah menetap di sana selama tiga hari , Nabi s.a.w. kembali lagi ke Madinah. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawwal 2 Hijriyah, selang tujuh hari sepulang dari Badr. Baginda mengangkat Siba’ bin Arfazhah sebagai wakil Baginda di Madinah. Namun menurut pendapat lain, dia adalah Ibnu Ummi Maktum.

Sepanjang sirah hidup kawe tak pernah kawe penggal kepala kafir...cuma ada beberapa non muslim masuk Islam asbab dakwah kawe....
pernahlah kawe tetak dengan tangan kaweyang kuatni Alhamdulillah kafiriin masuk wad 7 hari....

belum masuk kena jeck diperut sebab celupar...

Kalau mu fikir semua mahkluk atas dunia ni ahli Jannah...mu buat kesilapan...
Hadis 2436 jilid 4 Sahih Muslim
Dari Haritsah bin Wahab .a katanya dia mendengar Nabi Saw bersabda “Mahukah kamu sekelian ku beritahu siapa ahli Jannah?” Jawab para sahabat “ Tentu ya Rasulullah” Sabda Baginda “ Muslim dhaif bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah dan mereka berdoa kepadaNya, maka doa nya sungguh dimakbulkan Allah” kemudian baginda bertanya pula “Mahukah kamu kuberitahu siapa penduduk neraka?” jawab mereka “tentu” Sabda Baginda “setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, takbur, sombong mewah, namun kikir/bakhil dan sombong”

Ayat “Kazalika yatba’uLlahu ala kulli qalbin mutakabbirin jabbarin” terjemahan “ yang demikian itu, Allah telah membekukan hati orang yang takbur dan sombong”

orang takbur dan sombong di identified sebagai orang fasik yang melakukan kezaliman secara terangan di depan pandangan muslimin muslimat… Allah ingatkan “ Allahu lah yahdi kaumilfasikiin” terjemahan “ Allah tidak memberi hidayah bagi orang fasikiin”




Hadis 2437 Sahih Muslim:
Dari Abu hurairah .a katanya Rasulullah saw bersabda “Ada dua macam penghuni neraka yang belum terlihat olehku dewasa ini : pertama , orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, digunakannya untuk memukul manusia, kedua wanita yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang dan pandai merayu menggoda, rambut mereka disasak seperti punuk unta miring, Mereka tidak dapat mencium jannah. Sesungguhnya bau jannah itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh

Hadis 2438

Dari Abu Hurairah .a katanya dia mendengar rasulullah saw. Bersabda “ Tidak lama , jika usiaku panjang, engkau akan lihat suatu kaum memegang cemeti seperti ekor sapi ditangannya .mereka itu sentiasa berada dalam kemurkaan Allah Taala sepanjang pagi dan petang

Hadis 2442 jilid 4 sahih muslim

Penduduk jannah ada tiga macam ;
1.    Penguasa yang adil, pemurah dan bertindak sesuai dengan Hukum
2.    orang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap karib kerabat dan muslimin
3.    orang dhaif yang tidak terkendalikan otaknya, mereka disamping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak mengkehendaki kekayaan.
Penduduk neraka ada 5 macam:

1.    orang dhaif yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk dirinya dan berkeluarganya.
2.     pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianati nya juga
3.     orang yang pagi petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan hartamu
4.    orang bakhil atau pendusta
5.    orang yang bermulut buruk dan suka menggunjing.

*** hadis ni panjang sebenarnya
Hadis 1755 jilid 4 sahih Bukhari:
Dari Imran radhiallahu anhu dari nabi sallallhu alaihi wasalam bersabda “ Aku lihat ke dalam Jannah (Thala’tu fil jannah), maka kulihat kebanyakan ahlinya adalah al Fuqara’, . Dan aku melihat (Thala’tu finNar), maka kulihat kebanyakan ahlinya adalah wanita AnNisa’.
Waalaikum Salam..

“ Aku lihat ke dalam Jannah (Thala’tu fil jannah), maka kulihat kebanyakan ahlinya adalah al Fuqara’

Ada dua pandangan:

1) hadis ini menunjukkan kelebihan kemiskinan. Dan hadis ini adalah hujah paling kuat bagi ulama yang mengatakan faqir lebih aula daripada kaya. Ibn hajar kata: zahir hadis ini menggalakkan supaya mengurangkan kemewahan dalam kehidupan duniawi.



2) hadis ini bukan menunjukkan kelebihan faqir. Tetapi, Nabi cuma menceritakan bahawa ramai yang masuk syurga itu ialah org faqir. Yang menyebabkan mereka masuk syurga bukan kefakiran mereka, tetapi kesolehan mereka.

Dan aku melihat (Thala’tu finNar), maka kulihat kebanyakan ahlinya adalah wanita AnNisa’

Qurtubi berkata: Wanita ramai masuk neraka dan sikit masuk syurga kerana ramai mereka cepat terpengaruh dengan nafsu, cepat terpengaruh dengan perhiasan dunia, dan kerana mereka cepat terpedaya dengan dunia kerana kurangnya akal dan agama mereka.

Di dalam hadis lain, Nabi menerangkan Kenapa ramai perempuan masuk neraka, iaitu kerana mereka kufur. Sabahat tanya: kufur kepada Allah ke? Nabi jawab: Kufur kepada suami (derhaka), dan kufur kepada ihsan.


Hadis 1760 sahih Bukhari jilid 4:
Dari Anas bin malik Radhiallahu anhu dari Nabi Sallallahu alaihi wasalam bersabda “ Allah berfirman di hari Kiamat “Bagaimanakah kalau seandainya kamu mempunyai segala suatu yang ada di bumi , mahukah kamu menebus diri dengan itu” jawabnya “Ya mahu” Kata Tuhan “aku menuntut kepada kamu hal yang lebih mudah dari itu, ketika kamu dalam sulbi Adam, iaitu supaya tidak menyekutu aku dengan sesuatu apa pun, tetapi kamu tidak menyukai selain mempersekutukan Aku,

Hadis sahih Bukhari no1167 jilid 3:
Dari Abi Said Al Khudri RadhiALlahu anhu, Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam bersabda “Kalau mu’minun itu telah bebas dari Neraka, mereka ditahan pada Titian Siratol Mustaqim antara syurga dan neraka, lalu yang dizalimi dengan yang menzalimi akan membalas setiap kezaliman yang telah dilakukan di dunia lalu. Setelah mereka dibersihkan dan disucikan dari dosa penganiayaan itu maka barulah mereka diizinkan masuk Jannah. Demi Allah yang diri Muhammad di dalam kekuasaanNya, Setiap Insan itu lebih tahu tempatnya di Jannah daripada tempatnya di dunia.

Jawapannya di dalam hadis.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Demi (Tuhan) yang jiwaku di tangan-Nya. Tidak ada seorang pun Yahudi dan Nasrani daripada umat ini yang mendengar tentang aku, kemudian dia mati tanpa beriman dengan risalah yang dibawa olehku, melainkan dia menjadi penghuni Neraka"
Direkod oleh Muslim (no: 153).

lah Tusyrik Billah dari Surah Luqman.



Dari ‘Ali .a. katanya: Pada suatu hari kami mengantar jenazah ke perkuburan Baqi’ Al-Gharqad. Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wasSalam mendatangi kami, lalu beliau duduk . Maka kami pun duduk pula di keliling beliau. Beliau memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting. Kemudian beliau bersabda: “Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta’ala di Syurga atau di Neraka. Telah ditetapkan Allah apakah dia celaka atau bahagia. Maka bertanya seorang sahabat, “Ya Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan Takdir nasib kita tanpa ber‘amal? Jawab beliau, “ Orang yang telah ditetap Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan ‘amalan orang yang bahagia. dan orang yang telah ditetapkan Allah menjadi celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan yang celaka. Kerana itu, beramallah! Semua sarana telah disiapkan. Adapun orang yang bahagia, mereka dimudahkan untuk mengamalkan amalan-amalan orang bahagia. dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.” Kemudian beliau membaca ayat: “ Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertaqwa maka Kami siap baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar. (Al-Lail, 92:5-10).






Terdapat banyak hadis berkenaan peperangan dalam sirah rasulullah antaranya diceritakan dalam sahih Muslim jilid3

Antara tajuk hadis tersebut ialah:
1. Serangan mendadak
serangan ini dilakukan oleh Rasulullah saw. terhadap bani Musthaliq ketika mereka sedang lengah iaitu ketika mereka sedang beri minum ternak mereka. dalam peperang ini Juwairiyah binti Hariths tertawan

2. Kisah mengangkat Komandan:
rasulullah bila mengangkat komandan Perang akanmewasiatkan supaya mereka bertaqwa dan beliau perintahkan "Berperanglah kalian dengan nama Allah dan Fi Sabilillah. Perangilah orang-orang kafir terhadap allah, jangan kejam, jangan bunuh anak-anak,, tawarkan kepada musuh tiga perkara pertama ajak mereka masuk islam, jika mereka terima maka jangan mereka diserang lagi.Kemudian ajak mereka pindah ke rumah-rumah orang muhajirin. dan beritahu mereka jika mereka mahu pindah beritahu mereka, mereka akan diperlakukan seperti muhajirin dalam hak dan kewajipan mereka. tetapi jika mereka enggan pindah, beritahu mereka bahawa status mereka sama dengan kaum muslimin di desa-desa, dimana diperlakukan kepada mereka hukum Allah seperti yang dijalankan kepada orang mukmin.mereka tidak mendapat pembahagian harta rampasan baik yang diperolehi dengan perang atau bukan (fay-i) kecuali mereka turut berperang bersama-sama dengan kaum muslimin. jika mereka menolak masuk Islam, kenakan pajak kepada mereka dan jika mereka bersedia membayar pajak, terimalah pajak merekadan jangan diserang lagi mereka. Jika mereka menolak pula membayar pajak, maka mohonlah pertolongan Allah dan perangilah mereka. apabila kamu mengepung penghuni sebuah benteng, lalu mereka ingin memperolehi jaminan perlindungan Allah dan RasulNya, jangan kamu terima permintaannya itu,tetapi berikanlah jaminan (peribadi) beserta sahabat sahabatmu, kerana jaminan kamu dan para sahabat lebih ringan risikonya daripada jaminan allah dan rasulNya. dan apabila engkau kepung penghuni suatu benteng lalu mereka ingin supaya kepada mereka diberlakukan hukum Allah, jangan engkau terima permintaan itu, tetapi lakukan hukummu (pribadi) dan sahabat-sahabtmu kerana kamu belum mengerti apakah sudah tepat hukum Allah yang engkau jatuhkan kepada mereka atau belum



3. Bendara pengkhianat

Dari ibnu Umar .a katanya Rasulullah saw bersabda "Apabila Allah Taala telah mengumpulkan orang-orang dahulu dan orang-orang yang terakhir kelak di hari kiamat, maka dikibarkan bendera bagi setiap pengkhianat serta diteriakkan "Inilah bendera si Fulan bin Fulan"


4. Perang adalah tipu muslihat
5. Jangan meminta-minta bertemu musuh
6. Jangan bunuh wanita dan kanak-kanak
7. Jangan membakar dan menebang pohon kurma
8. Rampasan perang
9. Fay-i
10. Para Nabi tidak diwarisi
Dari Abu Hurairah .a Dari Nabi saw. sabdanya :"kami Nabi tidak diwarisi; harta yang kami tinggalkan adalah sedekah"

11. Bahagian tentera berkuda dan jalan kaki

12. Pertolongan Allah dalam Perang Badar
13. Kisah Tsumamah masuk Islam
14. Pengusiran kaum yahudi
bani nadhir diusir, bani Quraizhah dibiarkan menetap serta diberi kelapangan sehingga mereka memerangi Rasulullah kembali. sesudah itu setiap lelaki mereka dibunuh, sedang wanita, anak-anak dan harta mereka dibagi-bagikan kepada kaum muslimin kecuali sebahagian mereka yang menemui Rasulullah saw lalu mereka beriman dan masuk Islam. Rasulullah saw mengusir pula Orang yahudi madinah terdiri dari Bani Qainuqa' (Yaitu sukunya Abdullah bin Salam) bani Haritsah, dan setiap Yahudi yang ada di madinah.

15memerangi bani Quraizhah
16. surat Nabi saw kepada Heraclius
17. Perang Hunain
18. Perang Badar
19Penaklukan Makkah
20Perjanjian Hudaibiyah
21Teguh Memegang janji
22Perang Ahzab
23Perang Uhud
24gangguan dan ejekan
ganngguan ini semasa Rasululah saw. solat dekat Kaabah. abu jahal menyuruh sesiapa yang sanggup mengambil perut unta sembelihan bani fula itu lalu diletakkan di bahu Muhammad Rasulullah saw yang sedang sujud dalam solat.. mereka tertawa terbahak-bahak. Ibnu mas'ud menyatakan kalau maku sanggup, tentu kubuang perut unta itu dan dari mpunggung Rasulullah saw.. fatimah datang dan membuangkan perut unta dari punggung nabi saaw. lalu dimakinya mereka(kafir). selesai solat Nabi mengeraskan suara mendoakan kutukan atas mereka. Nabi saw mendoa tiga kali mohon kebinasaan kafir quraisy.
dalam hadis 1763 sahih Muslim jilid 3 ini ada menyatakan doa nabi ke atas kebinasaan beberapa orang kafir yang menganggu baginda solat.

Doanya berbunyi begini Wahai Allah binasakanlah Abu Jahal(Jahil) bin Hisyam, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, walid bin Uqbah, Umaiyah bin khalaf dan Uqbah bin Abi Mu'ith


25. jangan minta bantuan orang kafir.
hadis ini menceritakan nabi saw tidak memerlukan pertolongan orang kafir
hal ini terjadi semasa rasulullah sampai di Harratil Wabarah, baginda ditemui oelh lelaki terkenal gagah berani tetapi tidan beriman. Lelaki tersebut menawarkan bantuan untuk berperang bagi pihak rasulullah saw. Rasulullah bertanya apakah anda sudah beriman dengan Allah dan Rasul nya? jawab orang itu "Tidak" Sabda nabi saw" Kembalilah anda. Aku sesekali tidak membutuhkan pertolongan orang musyrik" kata Aisyah maka pergilah orang itu. tetapi setelah kami sampaidekat sebatang pohon, orang itu datang kembali menemui Rasulullah saw, lalu dia berkata pula seperti semula. maka bertanya pula rasulullah saw kepadanya seperti semula. sabda belia' pergilah anda, sesekali aku tidak membutuhkan pertolongan orang musyrik" maka pergilah dia. Kemudian tatkala kami sampai di Baida' dia datang kembali. Rasulullah saw bertanya pula kepadanya seperti semula "Apakah anda sudah beriman dengan Allah dan rasulNya?" jawabnya orang itu "Ya , aku beriman!" maka bersabda Rasulullah saw , "Mari . teruslah jala

Kalau mu kerja di persekitaran Insan baik, jangan mu fikir semua Insan kerja di persekitaran muttaqiin...mu kalau tak pernah temu penjenayah...mu belum kenal sepak terajang tipu daya dunia...

kawe ni adalah Insan yang dipanjangkan usia oleh Allah setelah di area kawe kerja 10000 orang fasikin kafirin mati kira kira lebih 12 tahun lalu akibat dosa maksiat mereka... jika tidak tiadalah allah bala kan orang fasik kafir seperti tsunami...

Kawe ni jenis lembut dengan Muslim keras dengan kafirin...ramai yang murtad sekarang ni...orang yang tak tunaikan solat dikatakan Murtad...kalau itu pun hang tak tahu...tak perlulah hang pakai nick Khalifah Islam...bab asas pun hang tak clear...

cuba hang lihat berapa orang orang tak solat...mungkin hang kerja di persekitaran semua ore muttaqiin...lain dunia kawe yang pernah jumpa penjenayah seperti perogol, pengedar, perasuah...


Hadis 2352 dari Yahya bin Bukair, ia berkata “ Al Laits memberitahu kepada kami dari ‘Uqail ibnu Syihab, ia mengatakan bahawa Sesungguhnya Salim memberitahu kepadanya bahawasanya Abdullah (yakni Ayah Salim) bin Umar .anhuma mengabarkan kepadanya bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihiwasalam “Muslim itu adalah saudaranya orang muslim yang lain, ia tidak diperbolehkan menganiayanya, juga tidak diperbolehkan membiarkannya jatuh dalam kecelakaan (lebih-lebih menyerahkannya kepada musuh Islam dan kedua hal itu haram hukumnya) Barang siapa yang memberikan pertolongan mengenai hajat keperluan saudaranya sesama muslim, maka Allah Pasti akan memberikan pertolongan kepada orang yang menolong saudaranya itu dalam hal apa saja yang dihajatkan olehnya. Barangsiapa yang memberikan kelonggaran kepada saudaranya sesama muslimnya itu dalam suatu kesukaran , maka Allah pasti memberikan kelonggaran kepada penolong itu satu kesukaran yang akan dialami olehnya nanti pada hari kiamat dan barang siapa yang menutup seorang muslim mengenai keburukannya (misalnya dalam hal kemaksiatan yang telah lampau, maka Allah Pasti akan menutupi, keburukannya pada hari kiamat nanti.

Keterangan Mengenai keburukan yang perlu ditutup itu ialah yang sudah lampau dikerjakan dan tiada seorang pun yang tahu, lagi pula sebelum ia mengerjakan taubat pada saat itu, tetapi jika sudah bertaubat, tentulah dibebaskan dan diampuni oleh Allah akan semua dosanya. Ada juga keburukan yang haram ditutupi, yaitu apabila pelakunya telah mengerti bahawa yang dilakukan itu adalah dosa, kemudian diingatkan namun masih juga enggan mengikuti atau malahan mengejek orang yang menasihati atau yang mengingatkan tadi. Terlebih-lebih lagi jikalau kemaksiatan itu dilakukan dengan cara terbuka atau menunjuk-nunjuk kepada khalayak ramai bahawa ia berani melakukan sekalipun diharamkan oleh Islam. Jika demikian itu hal ihwal manusianya (ada effect kepada manusia lain), maka haramlah ditutupi , tetapi jikalau mahu menghentikan kelakuannya , baiklah kita berdiam diri. Sebaliknya kalau masih juga meneruskan keburukannya, wajiplah orang yang durhaka itu kita laporkan kepada hakim agar mendapatkan hukuman yang ditentukan Islam. Hal ini tentu saja hanya dapat terlaksana apabila hukum hakam Syariat Islam dilaksanakan dalam Negara Islam.
Hadis sahih Bukhari jilid 4 nombor 1728
Kasih Sayang

Dari Abdullah Radhiallahu anhu, Rasulullah Sallallahu alaihi WasSalam bersabda “ Kalau kamu bertiga, janganlah yang dua orang berbisik-bisik tanpa yang ketiga, selain kalau berada di tengah orang banyak, kerana hal itu akan menyedihkan perasaan orang yang ketiga itu

Dari Abu Zar radiallahu anhu , ia mendengar rasulullah Sallallahu alaihi waSalam bersabda “Seseorang lelaki yang menuduh lelaki lain itu jahat (fasik) atau menuduhnya kafir , maka tuduhan itu berbalik kepada dirinya seandainya orang yang dituduhnya itu tidak seperti tuduhannya( pada hakikat sebenar di sisi Allah)
Menyingkap Kejahatan Syaitan Di Dalam Jiwa Manusia

Di sebutkan oleh para ulama bahawa di dalam setiap diri manusia itu terdapat syaitan yang menjadi qarin (pendamping) dirinya di dunia ini untuk menyesatkan dan melalaikannya dan syaitan ini tidaklah berpisah dengan anak adam tersebut sehinggalah apabila manusia itu meninggalkan dunia ini.(Lihat kitab Al-Mustafad Min Qissasil Qur’an, m/s 86 Jilid 1, oleh Syeikh Dr Abd Karim Zaidan)

Hal ini berdasarkan kepada hadith nabi salallahualaihiwasalam yang baginda pernah bersabda : “ Tidaklah ada seseorang pun dari kamu melainkan telah dipasangkan dirinya dengan jin sebagai pendampingnya , lalu ditanyakan kepada rasulullah, apakah kamu juga wahai rasulullah ? Maka dijawab : “Walaupun aku (juga memilikinya) kecuali Allah telah memelihara aku daripadanya maka jadilah dia Islam dan tidak menyuruhku kecuali kepada apa yang baik.”

Diriwayatkan hadith ini dengan dibaca marfu’ (membariskan dhommah kepada mim), dan riwayat lain pula menasobkannya (membariskan fathah kepada mim) pada kalimah (فأسلم ) iaitu “maka jadilah dia Islam.”

Jika dibaca secara marfu’ menjadi nothing’aslamu maka maknanya diselamatkan nabi salallahualaihiwasalam daripada kejahatan jin tersebut dan bukanlah jin itu menjadi Islam sebaliknya jika dibaca secara nasob dengan memfathahkan mim maka menjadi nothing’aslama’ iaitu jin itu sendiri telah menjadi muslim dengan masuk Islam.

Syaitan Punca Manusia Manusia Di Keluarkan Daripada Syurga

Kejahatan syaitan itu tiada bertepi, ibarat laut meluas yang tiada penghujung menjadi tempat tinggalnya mereka itu sentiasa berusaha menyesatkan anak-anak Adam dan memandu mereka kepada kemurkaan Allah swt. Bahkan Iblis merupakan penyebab dan punca mengapa manusia yang merupakan anak-anak Adam hidup menderita sehingga ke hari ini. Iblis dan keturunannya syaitan itulah yang menjadi punca manusia dikeluarkan daripada syurga dan kenikmatan serta rahmat Allah swt sebelum ini.

Allah swt berfirman dengan maksudnya :

“Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan mereka yang asal dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.” (Al-Baqarah : 38-39).

Hasad dan dengki mereka kepada Adam serta keturunannya tidak pernah habis dan hilang, merekalah yang menggoda Adam dan isterinya serta melalaikan keduanya agar melanggar perintah Allah swt dengan janji-janji manis serta tipu daya yang busuk.

Allah swt berfirman dengan maksudnya :

“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk Menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi Malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga)". (Al-A’raf : 20)

Tidak pernah ada seorang pun rasul yang diutuskan oleh Allah swt melainkan semuanya berpesan akan kejahatan serta tipu daya yang dibawa oleh syaitan dan tujuan diutuskan rasul itu ialah untuk demi menyelamatkan manusia serta berpesan-pesan agar anak-anak Adam itu dapat kembali ke jalan yang diredhai Allah swt serta tidak ditipu oleh kejahatan syaitan.

Allah swt berfirman dengan maksudnya :

“Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada keduanya 'aurat mereka. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu pula melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Al-A’raaf : 27)


Syaitan itu Sentiasa Bersama Manusia untuk Menyesatkan

Kejahatan syaitan itu tersangatlah melampau apabila mereka tidak pernah meninggalkan manusia itu walau sekejap dan sekelip mata sekalipun ketika tidur, ketika berada di rumah, di tandas atau ketika makan atau bersama isteri bahkan sehingga ketika nazak dan hampir mati sekalipun mereka masih mahu berusaha memesongkan anak-anak Adam.

Contohnya seperti sabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“Syaitan itu mengikat setiap orang daripada kamu yang tidur itu dengan tiga ikatan, dia lalu memukul setiap ikatan itu pada tempatnya, maka berlalu malam yang panjang dengan tidur maka apabila seseorang itu bangun menyebut nama Allah maka terlerailah sebuah ikatan dan apabila dia berwudhuk pula maka terungkai lagi ikatan dan sekiranya dia mengerjakan solat pula maka tercabutlah semua ikatan tersebut dan jadilah dia cergas dan baik jiwanya adapun sebaliknya (jika tidak dicabut ikatan itu) maka jadilah dia buruk jiwanya dan pemalas.” (Hadith sahih, riwayat Bukhari no. 3269).

Begitu gigih dan tekun usaha mereka demi mahu menjerumuskan anak-anak Adam bersama mereka di dalam neraka jahannam kelak. Pelbagai usaha di lakukan oleh syaitan dan sekutunya bagi menyesatkan manusia dan hampir-hampir sahaja manusia ini menjadi hamba kepada syaitan sekiranya tidak kerana rahmat daripada Allah swt dengan menurunkan kepada hamba-hamba-Nya akan kitab dan pertunjuk hidayah dari para rasul utusan-Nya.

Allah swt berfirman dengan maksudnya :

“Kami tidak mengutuskan seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat memberikan penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia-lah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Ibrahim : 4)

Syaitan Menakutkan Manusia daripada Beramal Soleh

Pengaruh syaitan ialah sesuatu yang tidak nampak dengan mata kasar tetapi kesannya dapat diketahui melalui hasil perlakuan dan tindak tanduk manusia. Di antara kejahatan syaitan yang lain ialah usahanya bagi menakutkan manusia supaya tidak melakukan amalan soleh atau melemahkan jiwa manusia dengan ancaman dan halangan ujian yang akan terpaksa dihadapi sekiranya melakukan amalan soleh atau melaksanakan kehendak agama.

Contohnya di dalam Al-Qur’an ada menyebutkan perbuatan mereka :

“ Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedang Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia-Nya dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengatahui.” (Al-Baqarah : 268)

Sungguh jahat sekali syaitan ini apabila manusia diganggu dan digoda dengan syahwat dan pelbagai lagi helah dan tipu daya mereka namun tidak cukup sekadar itu bahkan ditakut-takutkan pula anak-anak Adam dengan pelbagai ancaman bagi menghalang mereka daripada melakukan kebaikan.

Bagi mereka yang mahu bersedekah dan mengeluarkan zakat misalnya mereka terpaksa menghadapi gangguan syaitan yang akan menakuti anak Adam dengan kemiskinan dan kekurangan harta dan wang konon daripada akibat bersedekah.

Begitulah juga dengan amalan yang lain seperti puasa misalnya syaitan akan menghasut dan menakuti orang yang beriman dengan kelaparan, kesakitan dan kekurangan tenaga untuk melakukan pekerjaaan.

Adapun lebih daripada itu syaitan akan berusaha memastikan Islam dan kebangkitannya tidak tertegak di muka bumi Allah swt ini dengan menakuti para hamba Allah swt dengan penjara, hukuman mati dan pelbagai lagi siksaan dan ancaman yang akan menakutkan hati dan melemahkan jiwa orang yang tidak kuat imannya.


Allah swt berfirman dengan maksudnya :

“ Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Ali-Imran : 175)

Hendaklah orang yang beriman itu hanya takut dan tunduk kepada Allah swt bukan kepada makhluknya dan mereka yang engkar atau zalim di muka bumi ini sekalipun mereka menguasai segala kemampuan dan kemudahan tetapi di sisi Allah itulah terdapat segala pertolongan dan kemenangan.

Syaitan Mengabui Manusia Supaya Menganggap Yang Haram itu Baik

Termasuk di antara kejahatan syaitan itu ialah apabila mereka berusaha menjadikan apa yang baik di sisi Allah swt itu sebagai jelek dan keji di mata masyarakat dan menjadikan apa yang keji di sisi Allah swt itu pula sebagai satu kebaikan di sisi manusia.

Muzik dan nyanyian yang mengasyikkan dihalalkan kerana kelemahan hujah yang mengharamkannya di atas alasan mahu menghiburkan manusia. Tentu sahaja tidak mengapa dan boleh diterima hujah yang menghalalkan hiburan selama tidak menyalahi syariat di waktu umat Islam sudah menguasai hampir separuh dunia dan setiap musuh-musuh Allah berada di dalam kehinaan dan para musyrik terpaksa membayar jizyah (wang perlindungan) kepada pemerintah Islam untuk keselamatan mereka.

Tetapi apakah wajar dihalalkan muzik dan konsert hiburan bagi memberikan hiburan dan kelekaan kepada anak-anak muda yang tidak pernah tahu apakah itu iman ? tauhid ? juga tidak pula boleh membaca Al-Qur’an ? Di saat umat Islam sangat terdesak dengan gejala keruntuhan akhlak dan kerosakan agama serta penyelewengan berlaku di sana sini sebahagian para Ustaz mahu menunjuk alim dengan mendabik dada membuka kitab-kitab feqah membahaskan hukum muzik dan hiburan bagi menghalalkannya supaya menampilkan Islam itu mudah dan indah ?

Lupakan dulu soal muzik, ini hal yang khilaf tetapi bagaimanakah pula dengan persoalan hubungan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram ? Bagaimanakah pula persoalan wanita keluar bekerja bercampur dengan lelaki, bagaimanakah pula persoalan pergaulan muda-mudi di dalam ruangan maya seperti ruangan berkenalan dan mencari teman pasangan ? Apakah ini tidak membawa kepada maksiat dan kerosakkan akhlak ?

Bagaimanakah pula dengan zina apakah ianya tidak haram ? Bagaimanakah pula dengan percampuran lelaki dan wanita secara bebas konon di atas alasan kerja ? pelajaran ? persahabatan ? Baiklah sekiranya ada alim ulama mengatakan ianya khilaf marilah pula kita beralih ke pelbagai lagi isu lain.

Apakah menghisap rokok tidak haram dan berdosa ? Baiklah ianya khilaf marilah lagi kita beralih ke topik yang lain pula. Apakah arak tidak haram dan berdosa ? mengapa ianya masih dihalalkan dan kilang-kilangnya dibiar bebas beroperasi ? Kerana memberi manfaat dan cukai yang lumayan kepada Negara ? baiklah kalau begitu kita lihat pula kepada riba, apakah ianya tidak berdosa dan haram ? mungkin akan ada yang mengatakan zaman hari ini semua perniagaan dan jual beli terlibat dengan riba dan menjadi sesuatu yang sukar di ubah maka akhirnya kita akan berkata tidak mengapa marilah kita mencari contoh yang lain pula sehingga akhirnya semua perkara yang haram dan berdosa itu akan dilihat mempunyai kebaikan dan kebaikan yang akhirnya terpaksa kita lupakan dan tidak jadi mencegahnya serta tidak mustahil kita mungkin terjebak pula ke dalamnya.

“ Orang-orang yang Makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 275)

Demikianlah Allah swt menyebutkan pengajarannya kepada kita betapa kita sangat jahil dan lemah iman di banding para sahabat ra di zaman mereka yang berusaha melaksanakan segala perintah Allah swt dengan segala kemampuan mereka tanpa tangguh dan juga tanpa alasan.


bersambung....
Segala puji hanyalah bagi Allah swt
p/s :
Adalah digalakkan para pembaca membuka kitab Talbis Iblis karangan Imam Ibn Jauzi ra
Labels: Aqeedah
POSTED BY USTAZ EMRAN AT 8:06 PM    

Kamu harus Ingat yang di atas dunia ini bukan semua makhluk adalah baik serta ahli Jannah...Cuba kamu lihat jenayah yang banyak di hari ini...cuba baca Metro...


kawe hanya menentang puak fasikin...kawe amat lemubt dengan muslim...cuba tanya Aye yang sudah hadiahkan sepasang baju yang amat baik untuk kawe pakai masa bertugas...Jazakallahu khairan aye. pertemuan hari tu amat bermakna...


Buku Muamalat sesama Insan ada ke Aye...bagaimana nak layan muslimin, bagaimana nak layan fasikin, bagaimana nak layan kafirin...
Bab muamalat ini bagai Insan yang cuai...khuatir dia akan ditipu orang fasik, kafirin seperti memasukkan pil khayal...baca The NST...rampasan dadah termasuk pil khayal besar-besaran di Rantau Panjang...pages 23 Nation...Isnin 5.5.2008...Tahniah PDRM atas berjaya menangkap pengedar dadah...


bacalah...takkan dengan penjenayah kita nak berlembut...

kawe fikir bagi usia 56 persaraan tu adalah dah baik...beri peluang kepada lulusan SPM masuk kerja yang masuk bersih dari jenayah rasuah, khianat dll...

kalau jahat sangat...tunggu saja balasan di Akhirat...tak lama...


kawe perna bertemu dengan ramai penjenayah sehingga Allah matikan mereka dengan musibatul azab/ musibatul bala ...10,000 orang mati...dengan sekali bencana saja...kisah hidup kawe 12 tahun lalu...
Asif ...
nak tahu kawe lembut...tanya aye yang pernah bertemu kawe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086825 saat. Lajunya....