Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: 15 Mei - Hari Nakba... 60 Tahun Negara Israel


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» 15 Mei - Hari Nakba... 60 Tahun Negara Israel

Please Mendaftar To Post


Oleh 15 Mei - Hari Nakba... 60 Tahun Negara Israel

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 15:17


Kekacauan yang berlaku di Tibet pada ketika ini mempamerkan bagaimana penggunaan strategi yang pintar mampu meraih simpati dan publisiti lebih daripada apa yang diharapkan.

Kemungkinan besar liputan media secara meluas berlaku kerana faktor populariti Dalai Lama yang telah menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk memaksa China memberi pemerintahan autonomi kepada Tibet.

Ramai juga yang berpendapat terdapat dalang yang lebih berpengaruh di sebalik kekacauan Tibet dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat dilihat sebagai agensi perisikan yang paling berupaya melaksanakan tugas tersebut.

Malah CIA selama 50 tahun yang lepas telah terlibat secara tidak langsung dengan masalah Tibet melalui gerakan Free Tibet Movement dan juga Radio Free Asia.

Dengan demikian tidak menghairankan mengapa ramai yang menuding jari ke arah CIA apabila kekacauan bermula di Lhasa pada 14 Mac yang lepas.

Tetapi apa yang lebih penting mengenai kekacauan di Tibet adalah China begitu tertekan dengan kemelut tersebut dan keadaan sebegini yang diharapkan oleh Washington untuk memulas tangan Beijing dalam percaturan menebar pengaruh dan geopolitik dunia.

Tibet adalah faktor yang mampu melemahkan Beijing sebagaimana Taiwan yang telah mengikat Washington.

Jika hendak dibandingkan masalah wilayah China yang memberontak terhadap pemerintahan pusat Beijing, masalah Tibet pada dasarnya dianggap tidak begitu meruncing.


Memaksa

Tetapi liputan meluas diberikan oleh media antarabangsa sehingga memaksa Beijing mengambil pendekatan yang agak keras adalah kerana begitu liciknya dalang luar melaksanakan strategi mereka.

Masalah pemberontakan masyarakat Islam Uighur di wilayah Xinjiang umpamanya dilihat sebagai masalah yang lebih memberi ancaman kepada Beijing berbanding dengan Tibet. Kekejaman pasukan keselamatan China yang menekan kaum Uighur adalah jauh lebih hebat berbanding apa yang dirasai oleh penduduk Tibet.

Hak asasi dan kebebasan untuk bersuara dan beragama dikawal dengan begitu ketat oleh Beijing. Jumlah penduduk Islam yang terkorban adalah begitu tinggi terutama sekali selepas keganasan berdarah di bandar Yining pada tahun 1997.

Tetapi masyarakat antarabangsa tidak begitu mengendahkan kesengsaraan yang dihadapi oleh kaum Uighur kerana mereka tidak mempunyai pemangkin seperti Tibet yang memiliki Dalai Lama. Namun apa yang lebih penting adalah tiada kuasa luar yang berminat terhadap masalah yang dihadapi oleh kaum Uighur.

Kemungkinan besar faktor kaum Uighur beragama Islam yang menjadi penghalang kepada campur tangan kuasa luar adalah sesuatu yang agak logik alasannya.

Perhatian berat sebelah yang diberikan oleh masyarakat antarabangsa di antara masalah Tibet dan Xinjiang bukannya satu-satu contoh yang mempamerkan bagaimana tidak adilnya politik dunia.

Kemelut Palestin-Israel umpamanya yang berlarutan lebih enam dekad adalah contoh klasik yang tidak dapat ditolak kebenaran berlakunya ketidakadilan masyarakat antarabangsa.

Masyarakat antarabangsa secara spontan akan memberi simpati terhadap Israel apabila peristiwa Holocaust dibicarakan. Simpati kerana dikatakan seramai enam juta kaum Yahudi dibunuh oleh Nazi Jerman pada Perang Dunia Kedua.

Tiada siapa yang boleh mempersoalkan kejadian Holocaust kerana akan dilabel sebagai anti-sematik. Malah Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-60 pada 1 November 2005 telah meluluskan resolusi yang mengisytiharkan 27 Januari sebagai Hari Peringatan Holocaust.

Pada 14 Mei akan datang, rejim Israel akan meraikan secara besar-besaran genap 60 tahun tertubuhnya negara Israel dan peristiwa Holocaust sudah pasti akan digunakan sebagai sebab utama tertubuhnya negara Yahudi tersebut.

Seluruh dunia sudah pasti akan memberi sokongan kepada Israel dan Tel Aviv akan dengan licik menggunakan sokongan tersebut untuk kepentingan mereka.

Lawatan Canselor Jerman, Angela Merkel ke Israel pada minggu lepas adalah contoh terbaik bagaimana Tel Aviv akan menggunakan sokongan tersebut bagi kepentingan mereka. Lawatan Merkel dianggap sebagai pembukaan kepada perayaan 60 tahun Israel.

Tel Aviv telah memberi penghormatan tinggi kepada Canselor Jerman dengan memberi ruang kepada beliau untuk berucap di Knesset. Peristiwa tersebut dianggap sebagai sejarah kerana ini adalah kali pertama seorang pemimpin kerajaan asing diberi peluang berucap di Knesset kerana kebiasaannya hanya ketua negara seperti Presiden dan raja sahaja yang berucap.

Penghormatan diberi kepada Merkel kerana Jerman sekali lagi meminta maaf di atas peristiwa Holocaust dan beliau bukanlah pemimpin Jerman pertama yang berbuat demikian. Tetapi apa yang penting adalah ucapan Merkel diselit dengan amaran terhadap Iran yang dikatakan cuba membangunkan program nuklear.

Begitu ironis sekali apabila Israel meraikan 60 tahun tertubuhnya Israel pada 14 Mei akan datang, keesokan harinya pada 15 Mei Palestin pula meraikan Hari Nakba.

Mungkin tidak ramai yang arif dengan Nakba kerana sememangnya masyarakat antarabangsa tidak begitu mengambil peduli dengan hari peringatan tersebut. Peristiwa itu dianggap sebagai hari kecelakaan bagi Palestin kerana pada hari tersebut bermulanya rentetan di mana ratusan ribu rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri.

Holocaust telah berjaya membentuk sebuah negara iaitu Israel lebih 60 tahun yang lepas. Pada waktu yang sama juga rakyat Palestin kehilangan tanah air mereka sehinggalah ke hari ini. Tetapi Israel berjaya menggunakan Holocaust untuk menekan rakyat dan negara lain sementara sengsara rakyat Palestin kerana Nakba langsung tidak dipedulikan oleh dunia.


:-|


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-05-08 20:47


tahniah diucapkan kat israel.......
tengok sampai bila bertahan.........
sampai satu masa akan hancur berkecai..
tunggu satu masa lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 21:32


hmm,tanah orang tapi buat negara lain.macam mana tu ya?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-05-08 13:13


Assalamualaikum
zalim betul..tunggu saja kejatuhan Israel..

Bila Palestin nak bangkit kembali.. :berfikir:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

faizzuddin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2006
Ahli No: 26288
Posting: 40
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-05-08 13:26


akan jua bangkit.. teruskan berdoa dan membantu untuk tabung palestin. kecil di sisi kita tapi nialaiannya besar di sisi mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizzuddinProfil   Hantar PM kepada faizzuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084539 saat. Lajunya....