Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau Hidup Tidak Boleh Menyenangkan Orang, Jangan Menyusahkan Orang

-- Meow (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 1 hari, 5 jam, 29 minit yang lalu
kismis: 1 hari, 7 jam, 46 minit yang lalu
qaulah_atrah: 12 hari yang lalu
muaz9768: 16 hari yang lalu
Rashdin: 22 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Pengorbanan kaum Muslimin


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Pengorbanan kaum Muslimin

Please Mendaftar To Post


Oleh Pengorbanan kaum Muslimin

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 15:07


TIDAKLAH sepatutnya bagi penduduk dan orang-orang Arab Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasulullah... (at Taubah: 120)

PADA suatu masa, kaum Muslimin diancam krisis ekonomi yang teruk. Musim panas yang melampau telah melanda Tanah Arab. Namun, keadaan ini ditempuhi dengan penuh sabar oleh kaum Muslimin. Mereka tiak berhenti-henti berdoa semoga musim panas ini akan segera berlalu.

Cuaca panas menyebabkan tanaman mereka mati kerana kekurangan air. Ternakan semuanya kurus, ada yang mati kerana tiada makanan dan minuman. Pada suatu hari, Rasulullah berseru agar Muslimin menyiapkan diri untuk berperang.

“Wahai kaum Muslimin, tentera Rom telah menyerang kita dari utara. Marilah kita bersama memerangi mereka. Tidak kira susah atau senang, hendaklah kita mengorbankan jiwa dan harta ke jalan Allah.”

Para Muslimin kehairanan. Mereka saling berpandangan dan tertanya-tanya. “Ekonomi kita terjejas teruk. Makanan dan minuman pun kurang. Bagaimana kita hendak pergi berperang? Sudahlah tempatnya jauh, tentera mereka pula ramai bilangannya,” kata salah seorang Muslimin.

Maka golongan munafik pun mula muncul. Mereka berusaha mempengaruhi orang Muslimin yang lemah iman mereka. Orang-orang itu disuruh menentang perintah Rasulullah. Namun, rancangan orang munafik itu gagal. Orang Muslim pada waktu itu amat taat kepada Rasulullah SAW. Mereka percaya Allah akan membantu mereka.

Akhirnya tibalah masa yang ditetapkan. Kaum Muslimin yang diketuai Rasulullah pun menuju ke medan perang yang amat jauh. Bekalan mereka hanya sedikit, sekadar yang mampu disediakan. Mereka pun merentasi padang pasir yang tandus dan hangat dengan penuh takwa.

Ada seorang lelaki yang tidak turut serta dalam rombongan itu. Namanya, Anu Khaisamah. Dia dari golongan Bani Salim bin Auf. Abu Khaisamah adalah seorang lelaki yang kaya dan sihat pula tubuh badannya. Namun, tidak diketahui Kenapa dia enggan pergi berperang. Dia juga tidak menemui Rasulullah untuk memberi alasan. Petang hari itu, Abu Khaisamah sedang beristirahat di sebuah taman yang indah. Dia ditemani isterinya. Ketika sedang menyuap makanan yang enak, tiba-tiba dia teringatkan Rasulullah SAW.

Terbayang di mata Abu Khaisamah kaum Muslimin yang sedang merentasi gurun yang panas, sedangkan dia diteduhi pohon yang merimbun. Kaum Muslimin membawa bekalan yang sedikit pula. rasa sesal muncul di hati Abu Khaisamah.

Tanpa berlengah, Abu Khaisamah mengarahkan semua makanan di rumahnya dibungkus. Apabila telah siap, Abu Khaisamah pun mengambil bekal yang disediakan. Dia pun menunggang kudanya seorang menuju ke medan perang, menyusul Rasulullah dan kaum Muslimin yang lain.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086273 saat. Lajunya....