Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini??


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini??

Please Mendaftar To Post


Oleh siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini??

True_Heart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.11.2007
Ahli No: 31612
Posting: 86

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-05-08 16:48


salam'alaik....

disini ana ingin berkongsi pengalaman yang diceritakan sendiri oleh pelajar junior di sekolah ana...baru sahaja minggu lepas beliau menceritakan pada ana dengan esak tangisan..ana tak dapat nak buat apa....cuma dapat memberi beliau nasihat supaya bertaubat dengan taubat yang sebenar2nya..

begini ceritanya..budak junior ni, adalah bekas pelajar madrasah...dan sekarang menuntut di sekolah tahfiz dimana ana menuntut sekarang ni..beliau adalah anak bongsu daripada 4 adik beradik..atasnya semua abang..

baru sahaja minggu lepas, beliau pergi ke madrasah lamanya kerana di madrasah itu menganjurkan majlis maulidurrasul...beliau ke sana bersama teman-teman lamanya...5 orang perempuan,3 org lelaki..sebaik sahaja habis majlis maulud,mereka semua tak langsung pulang...tapi mereka ke rumah salah satu teman mereka...budak junior ana ni senang sangat terpengaruh...beliau ikutlah kawan-kawan dia ni..sampai disana,kawan-kawan dia buka tudung...dan nak tak nak,beliau pun ikut turut serta buka tudung...sedangkan disitu ada pelajar banin....dan lepas tu....nak tahu mereka buat apa?mereka minum air kencing syaitan...budak juniaor ni dipengaruh oleh sahabat2nya...dan itulah kali pertama beliau memegang air haram tu...semua ni pelajar madrasah..hmmm..budak junior ni sempat habiskan 1 botol arak...nauzubillah..

pada malam tu,polis,mak ayah pelajar ni sibuk cari dia kat mana-mana...keesokannya beliau datang sekolah,beliau cerita pada ana dengan esak tangisan...beliau cerita kalau beliau kesunyian dirumah..tanpa perhatian mak ayahnya...mak ayahnya suka melebihkan kasih sayang pada abg2nya...( budak ni ada penyakit dr kecik..senang sangat kena penyakit )...and dia bagitahu ana, kalau ayah dia pernah cakap,"kau mati lagi baik..menyusahkan mak ayah saja..." sebab tu pelajar ni lebih senang meluangkan masa dengan sahabat2nya yang tak tentu arah tu..hmm..apa yang boleh ana perkatakan disini ialah...siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini>? ana tiada niat untuk menjatuhkan nama pelajar madrasah dan pelajar tahfiz...tetapi, ana ingin kita semua buka mata, bahawa gejala2 beginilah yang sudah banyak terjadi pada hari ini...tanpa kita sedari..

marilah sama-sama kita memuhasabah diri kita...sejauh manakah ilmu agama yang telah kita pelajari....adakah sejauh itu juga ilmu yang kita amalankan?? :(

wallahu'alm... -hamba dhaif-

Bookmark and Share

    


  Member Information For True_HeartProfil   Hantar PM kepada True_Heart   Quote dan BalasQuote

hilyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28324
Posting: 30
Dari: bumi AL-KHALIQ

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 21:22


masyaAllah, fuh, terkejut jugak bila selesai baca cerita dr anta. ana ni bukan lah dr sek agama ataupun madrasah,tapi alhamdulillah rasanya dengan izin Allah ana dapat pelajari sedikit demi sedikit ilmu-ilmu akhirat..... yang mana sahabat2 ana dr madrASAH DAN TAHFIZ TURUT BANYAK MEMBANTU. hidayah Allah itu sangat luas dan sudah pasti sebagai hambaN
ya kitalah yang harus berusaha mencarinya... ibu bapa hanyalah insan yang bertanggungjawab untuk membimbing tapi sesudah itu kitalah yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri. wallahualam......
mudahan-mudahan kita sentiasa diberi petunjuk olehNya...insyaAllah...amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For hilyahProfil   Hantar PM kepada hilyah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 21:40


erk... tak paham betul lah.. balik dari madrasah, dari majlis maulud, balik bersama kawan-kawan yang juga daripada majlis yang sama, kemudian ke rumah salah seorang teman, kemudian minum arak??

ironi betul.. tu kawan-kawan jenis apa tu??

tu lah agaknya, jika iman tak teguh.. mudah saja dipengaruh... kita ni, biar lah macam ikan.. walau kita merantau ke mana-mana pun, tapi rasa ikan itu tetap tawar dan tidak turut bertukar menjadi masin walau berenang di air laut yang masin... benteng iman dalam diri kita tu biarlah sentiasa tegar dan diperbaharui selalu agar sukar digugat walau apa pun yang cuba datang meruntuhkannya.

ke mana saja kita pergi, itu saja lah bekal yang kita ada buat pelindung diri kita... itu lah dia percaya pada Allah, percaya pada Malaikat, percaya pada Kitab Al-Quran, percaya kepada Rasul, percaya kepada Hari Akhirat, dan percaya kepada Qada' dan Qadar. atau Iman....

moga cerita ni dapat dijadikan iktibar buat semua...

buat adik junior tu, saya doakan moga dirinya dapat kembali kepada Allah dan bertaubat.... semoga dirinya diampuni Allah. AMIN.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 21:46


ada akal.. belajar agama... Kenapa nak ikut benda yang dah tau haram yang hakiki....

emm mak bapak pula yang disalahkan, bukan macam tu cara nak tunjukkan diri kekurangan kasih sayang...

pokok pangkal nya, kalau TAQWA pada ALLAH mengatasi segala-galanya... benda ni takkan berlaku...

dia pun kena ingat, makin banyak ilmu agama yang kita pelajari, makin menggunung ujian akan datang... perteguhkan TAQWA pada ALLAH...

minta dia bertaubat dengan taubat nasuha...moga-moga taubatnya diterima, dan jauhkan kawan-kawan yang dah nampak terang-terang merosakkan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 21:51


Assalamualaikum

Pelajar tu sudah akil baligh...dia sudah boleh memikirkan mana baik dan mana buruk.... dia perlu bertanggung jawab atas perbuatannya sendiri.... alasan masalah keluarga tidak boleh diterima.... tambah pula dia pelajar dari sekolah agama...perlu pandai memilih kawan...

bagi pihak sekolah agama, mungkin perlu dikaji sukatan pelajaran agar pelajar yang belajar bukan setakat belajar untuk periksa, tetapi dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian...

bagi keluarga pelajar tersebut, sangat-sangat sedihlah kalau si bapa boleh berkata begitu pada anaknya... sedangkan dia hantar anaknya ke sekolah agama... tetapi dia sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anaknya... teringat kata bijak pandai yang ibubapa pun ada yang menderhaka pada anak mereka....

siapa yang salah...? benda ni saling berkait... tak boleh nak salahkan satu-satu pihak sahaja...



:jangan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 01:43


Dosa tetap dosa, tetapi kita bersedih dengan apa yang berlaku. Ianya ujian buat sahabat kita tu..

Doakan sahaja sahabat ini bertaubat dan moga Allah buka pintu hatinya kembali kepada jalan Allah.. Human always have their 2nd chance.. Jangan pandang sejarah silamnya yang pahit, berikan sahaja dia pengalaman manis bersama Islam..

Sebagai rakan/sahabat tempat dia meluahkan perasaan, sentiasalah bersama dia dan pujuk dia melupakan persitwa lama dan mulakan kehidupan baru..

p/s:bantulah sahabat ni bagi idea macam mana nak handle sahabat yang mengalami perkara tak elok tu.. kalau komen buat 10 jilid buku pun tak habis..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 07:32


masalah tak akan selesai selagi apa yang dicari hanyalah pihak mana yang bsalah...
setuju dengan KhilafahIslamiyah, bukan komen yang dituntut, tetapi jalan pyelesaian kepada pkara ini.
pkara ni sedikit sebanyak mencalarkan imej institusi yang dipandang positif selama ini.
mungkin perlu didekati secara hikmah saudara kita ini..
dan secara perlahan-lahan kita cuba guide dia dalam berdepan dengan masalah2 yang sedang dihadapi sekarang...
jadi..mungkin saudari True_Heart boleh cuba menunjukkan jalan keluar kepada saudara kita ini.


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

akhwat
Warga Rasmi
Menyertai: 01.05.2008
Ahli No: 33403
Posting: 5
Dari: perak

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-05-08 18:16


mm..inilh hakikat dunia sekarang.kadang-kadang tanpa kita sedar pengruh rakan begitu kuat jika iman dalam diri sendiri xtetap dan teguh...sebab tu lah kadang-kadang juga kita tak boleh menilai org dr segi fzkl walhl sek.agma, join mjls2 sedemkian yang memang jika xknl dan dlht luaran memang xsangka lgsung akan brlakunya hal-hal yang sedemikian...
tapi, apa nak dibuat benda dah jadi.harap-harap dia mampu ke pngkl jalan dan brtaubat. nak slhkan dia 100% pun tak boleh juga sebab mak ayah dia pun rasanya salah juga dalam hal ni.
.... mga2 hidap dia sentisa akan dibmbing oleh org yang mampu menjadi pmbimbg dan di bawah prlindgn Allah swt.betul juga kata lubaina, mungkin true-heart boleh bagi nasihat dan sebagainya sebagai stu jalan bimbgn kepda nya..wallahualam........

     ..........
        buat baik jangan sekali, buat lah banyak kali.............................. :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhwatProfil   Hantar PM kepada akhwat   Quote dan BalasQuote

nauz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2006
Ahli No: 27003
Posting: 61

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-05-08 07:15


mesti dia pelajar tu sedih bila dengar ayah dia cakap macam tu..

kalau sedih kita mengadu pada tuhan boleh tak?

saya kalau sedih saya akan melukis.. :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For nauzProfil   Hantar PM kepada nauz   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 05-05-08 10:45


macam cerita rekaan saja..tak mungkin lah seorang buak yang study tahfiz boleh letak akal kat lutut..??

takkan dengan mudah terpengaruh..lain lah tak ada basic agama...tu namanya terpengaruh atas sebab kejahilannya..tapi kalau da memang belajar tahfiz sure belajar agama kan? so..tu bukan terpengaruh dengan kawan namanaye..tapi terpengaruh dengan setan2 dan iblis2 laknatullah lah tu..ye tak?

lagi satu..Kalau benar lah dia ni disisih oleh family dia sampai boleh bapaknye kata baik dia mati atas alasan dia ada penyakit kononnya boleh menyusahkan bapaknye tu..mana mungkin boleh or sanggup hantar anak ke sekolah tahfiz tu..private pula tu..tu da kira ambil berat kan?

nampaknya story ni ada keraguan jalan ceritanya...maaf salah silap..(hanya my hipotesis)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 15:09


kadang-kadang, perasan saja mak bapak pilih kasih... tapi sebenarnya tidak! dah ada ilmu agama yang tinggi, sebab berasal dari madrasah dan sekolah tahfiz, tak kan lah tak tau fikir dosa pahala.. kita ada akal untuk berfikir kan??? jangan salah kan mak bapak saja... salah sendiri, harus tengok juga... ana bukan kata ana ni baik lah... tapi, kitakan dah belajar agama... harus berfikir lah secara rasional sikit

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

True_Heart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.11.2007
Ahli No: 31612
Posting: 86

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-05-08 21:42


Pada 05-05-08 10:45 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

macam cerita rekaan saja..tak mungkin lah seorang buak yang study tahfiz boleh letak akal kat lutut..??

takkan dengan mudah terpengaruh..lain lah tak ada basic agama...tu namanya terpengaruh atas sebab kejahilannya..tapi kalau da memang belajar tahfiz sure belajar agama kan? so..tu bukan terpengaruh dengan kawan namanaye..tapi terpengaruh dengan setan2 dan iblis2 laknatullah lah tu..ye tak?

lagi satu..Kalau benar lah dia ni disisih oleh family dia sampai boleh bapaknye kata baik dia mati atas alasan dia ada penyakit kononnya boleh menyusahkan bapaknye tu..mana mungkin boleh or sanggup hantar anak ke sekolah tahfiz tu..private pula tu..tu da kira ambil berat kan?

nampaknya story ni ada keraguan jalan ceritanya...maaf salah silap..(hanya my hipotesis)


alhamdulillah sahabat2 semua..Allah da buka mata hati ana...ana dah tahu siapa budak junior ni sebenarnya...pada syemerly, ana hanya menceritakan dr apa yang ana dengar sendiri dr mulut pelajar ni...sahih au lah', wallahua'lam.....sekarang ni mak nya banyak mengadu dengan ana tentang anak nya ni..anak beliau memang senang terpengaruh..hakikatnya,budak ni, budak baik....and her mom says that she gave her daughter everything she wants....

tak semestinya plaja tahfiz tak ada yang macam ni...budak ni kena buang sekolah di madrasah dulu...and theres no choice for her, accept to masuk sekolah tahfiz...hmm..watever it is, sama-sama kita ambil cerita ini sebagai iktibar...wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For True_HeartProfil   Hantar PM kepada True_Heart   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112498 saat. Lajunya....