Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: pembedahan buang ketulan pada payudara


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» pembedahan buang ketulan pada payudara

Please Mendaftar To Post


Oleh pembedahan buang ketulan pada payudara

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 09:22


Assalamualaikum..

mungkin soalan yang bakal saya ajukan ini agak pelik kerana saya seorang lelaki, but please be open minded..


kakak saya yang berumur 23 tahun baru-baru ini telah menjalani satu pembedahan kecil pada breast bagi membuang ketulan. Apa yang saya telah difahamkan bahawa sekiranya pembedahan dibahagian tersebut telah mengakibatkan salur untuk pengaliran susu telah dipotong jadi apabila beliau melahirkan anak susu tidak dapat keluar melalui salurannya..adakah benar perkara ini dan bagaimana untuk mendapatkan penawar masalah ini?

sekian terima kasih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 09:29


emm cuba masuk forum alamhamil...

dalam forum tu ada doktor pakar sakit puan sedia menjawab soalan.. selalunye tak sampai sehari pun soalan kita dah terjawab..



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 10:44


apa address dia ye..syukran hmmm. harap dapat membantu

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 19:46


Pada 22-04-08 10:44 , gsrturbo posting:

!!! QUOTE !!!

apa address dia ye..syukran hmmm. harap dapat membantu


cuba search saja forum alamhamil..
kat forum tu.. lelaki pun ada masuk..



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 20:03


Salam gsturbo..

Saya rasa persoalan yang timbul tu sebab maybe gsturbo tersalah faham dengan istilah pembedahan membuang ketulan tersebut.. sebenarnya pembedahan membuang ketulan pada payudara atau dalam istilah pembedahan dipanggil excision biopsy atau lumpectomy adalah pembedahan membuang ketumbuhan sahaja. Ia tidak melibatkan pemotongan saluran susu kerana yang dibuang hanyalah tisu ketumbuhan sahaja, bukan tisu payu dara.

Oleh itu, apabila melahirkan anak di masa depan, masih tidak ada sebarang masalah untuk menyusukan anak. Struktur asal payudara dipelihara semasa pembedahan ini. Berbeza dengan sejenis pembedahan lagi yang dipanggil mastectomy di mana keseluruhan tisu payudara dibuang. Kalau kakak gsturbo menjalani excision biopsy, tidak ada masalah untuk menyusu di masa depan, tapi jika beliau menjalani mastectomy, maka beliau akan kehilangan payudara dan tak boleh menyusu lah..

Wallahua'lam.. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-06-08 01:53


kesimpulannya jika lump masih kecil kita akan lakukan excision biopsy atau lumpectomy, tapi jika dah merebak terpaksa lakukan mastectomy.....

kat sini saya sediakan pengurusan sendiri pemeriksaan sendiri payu dara. Lama dah tak praktik sebab sekarang kerja kat wad lelaki....




Pengurusan sendiri

Bilakah anda perlu melakukan pemeriksaan sendiri payu dara?

Sebulan sekali.

7-10 hari dari permulaan haid yang akan datang.

Jika anda tidak lagi datang haid, lakukan pemeriksaan tersebut pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kalendar sebagai peringatan anda.

Bagaimana cara melakukannya

Semasa mandi

Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payu dara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan/ketulan keras, menebal di payu dara anda.

Berdiri di hadapan cermin

Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.

Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan.

Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.

Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
Berbaring

Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

Penting

Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:

Sebarang gumpalan.
Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
Puting tersorot ke dalam.
Terasa sakit pada payu dara.
Amalkan Tabiat Baru

Amalkan pemeriksaan sendiri payu dara seperti yang disyorkan. Ketahuilah tentang payu dara anda sendiri. Pemeriksaan sendiri bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
Amalkan makanan yang rendah lemak.
Bersenam secara tekal.
Kurangkan pengambilan makanan bergaram, makanan disalai dan makanan yang mengandungi nitrit dan nitrat.
Jika anda berumur 50 tahun ke atas, dapatkan ujian mamogram setiap tahun atau sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali. Ini penting terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi.
Susukan bayi anda dengan susu badan. Ini akan dapat mengurangkan risiko kanser payu dara terutamanya sebelum putus haid.
Berjumpalah doktor jika terdapat perubahan pada payu dara anda.

Tentangi:

rasa risau terhadap gumpalan pada payudara atau perubahan yang luar biasa. Selalunya cuma 1 dari 10 gumpalan payu dara yang merupakan kanser.
rasa malu untuk membiarkan payu dara anda diperiksa oleh doktor.
Pertambahan berat badan.
Pendedahan kepada sinaran/radiasi. Pakailah apron diperbuat dari plumbum ketika mengambil tak-ray gigi.
Nikmatilah

Gaya hidup sihat tanpa merasa risau tentang kanser payu dara.

sumber http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_pemeriksaan_payudara.html


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089555 saat. Lajunya....