Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 14 jam, 56 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari

Please Mendaftar To Post


Oleh Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 14:26


Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!
14-04-2008 04:06:13 PM
Oleh ZIEMAN


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.

"Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah."

Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang.

"Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana.

"Firman Allah: "Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)". (Surah al-Anfal: 33).

Kata Dr Asri, "Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu 'Islam Hadhari' ini. Ini adalah kewajipan saya."

Menurutnya, istilah atau jenama 'Islam Hadhari' itu menakutkan orang kampung.

"Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.'

Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas.

"Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.

"Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang 'Islam Hadhari' dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai," kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

Katanya lagi, "Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.

"Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," kata Dr Asri.


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 16:46


Alhamdulillah,... ada jugak yang berani terus terang secara terbuka walaupun hakikatnya memang ramai org tak boleh terima ciri- kemunafikan ni... tapi apa sangat kuasa mufti pada pak lah yang memang tak reti bahasa tu... ayuh... kita doakan semoga pak lah dapat hidayah dan petunjuk Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 17:22


Pada 15-04-08 16:46 , hanafirazali posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah,... ada jugak yang berani terus terang secara terbuka walaupun hakikatnya memang ramai org tak boleh terima ciri- kemunafikan ni... tapi apa sangat kuasa mufti pada pak lah yang memang tak reti bahasa tu... ayuh... kita doakan semoga pak lah dapat hidayah dan petunjuk Allah...


Alhamdulillah, akhirnya mufti perlis bersuara juga.

Maka bertambahlah seorang lagi di kalangan orang-orang berilmu yang menolak konsep Islam Hadhari, yang sekian lama cuba difahamkan oleh puluhan ulamak lain sejak ia mula diperkenalkan sejak dahulu lagi...Namun ketika itu media malaysia sibuk mengatakan mereka sebagai 'ulama pembangkang'.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 15-04-08 17:40


ya...harap-harap mufti2 di negeri lain juga bersatu untuk menyuarakan hal yang sama......

jangan hanya berdiam diri.....ingat kita semua akan dipersoalkan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-04-08 20:12


tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 23:13


Pada 15-04-08 17:40 , mmas_forever1991 posting:

!!! QUOTE !!!

ya...harap-harap mufti2 di negeri lain juga bersatu untuk menyuarakan hal yang sama......

jangan hanya berdiam diri.....ingat kita semua akan dipersoalkan!



dah ramai sudah suarakan tentangan cuma sekarang dah makin nampak.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 00:40


Orang Melayu rasa pelik dengan perkataan hadhari. Hadhari ni Islam baru ke? Jadi bila dah keliru almaklum sajalah seterusnya berlakulah apa yang kita dah nampak sehingga hari ini. Sebab hadhari jugalah Dr Abdullah Mat Zain tak jadi menteri lagi. Perkataan hadhari membawa badi. Islam tu Islam jadi janganlah tambah apa apa lagi.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-04-08 07:54


Dulu dia menyokong sangat Islam Hadhari ini... Bagus katanya... Sehinggakan teks khutbah di Perlis tak henti- henti mempromosikan Islam yang baru ini... Tapi sejak Shahidan Kassim tak dipilih menjadi menteri besar, tiba- tiba saja buat kenyataan Islam Hadhari perlu dihentikan... aku pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 09:25


Oh rupanya begitu... Semoga Dr MAZA dan kita semua sama-samalah bertaubat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-08 09:37


assalamualaikum
dari uslub Bahasa Arab kalimah Islam bila nak digabungkan dengan Hadhar / Bandar / Mudun / Tamaddun maka kita perlu sebut Hadharah Islamiyyah...Baru Betul Uslub bahasanya... Ini baru hal Kaedah bahasa Arab...bab Nawaitu pula Hanya Allah yang tahu...Memang Prinsip Pertama adalah sangat baik iaitu Keimanan dan KeTaqwaan...Soalnya adakah aktiviti/ amal jelas menunjukkan Taqwa...Muttaqiin yang akan mengamalkan amal Taqwa...Maka fikirkanlah siapa Muttaqiin di negara ini...

Taqwa mengandungi Sabar, Amanah, Ikhlas, Tanggungjawab , BERSIH, AMAN, Mahir, Rajin, bantu membantu sesama Insan...senang kita sebut Sifat Mahmudah adalah ciri Utama Taqwa...maka nilaikanlah adakah amaln Taqwa telah diamalkan
bab Menutup aurat yang wajib belum amalkan...nak masuk bab Sempurna Solat...Fikirkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

pelangihitam
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32925
Posting: 10

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 10:47


pasal Islam Hadhari (IH) ini, dah 3 kali aku pergi program penjelasan & penerangan dia,

1. kat matrikulasi
2. minggu perkasa putra - orientasi UPM, (3 minggu saja kat upm lepas itu blah pagi Indonesia)
3. di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia (ni paling best, sebab yang dr luar jakarta dapat tidur kat hotel 5 bintang kat Jakarta :P)

pergi pun sebab nak juga tau apa yang orang-orang bijak pandai (berstatus profesor, Datuk, dari serata alam itu) kata pasal IH ni. ye lah tamu yang diundang tu pun para mereka jawatankuasa IH ini.

tapi bayangkan lah, dah 3 kali aku pergi benda yang kurang lebih sama, hati aku masih 'gelap dan kelam' tak tersinarkan oleh sinar IH tadi.
maksudnya. kekeliruan tu tak ilang2, walaupun dah 3 kali dah!

nampaknya yang paham IH ni cuma lah si imam IH, kroni2 dia, dan juga jawatankuasa IH yang terdiri daripada 'ilmuwan'...

baguslah kalau dah tak ada kan...
tulah lain kali kalau nak berpolitik, buat hal yang semua org boleh paham, jangan asyik nak 'menjenamakan semula' perkara yang telah ada dan cipta istilah2 yang bombastik macam 'mengangkasakan bangsa' lah, 'personaliti membina' lah,
'Melayu glokal' lah, 'Islah Hadhar'i lah..

ujung2, keliru saja yang dapat

Bookmark and Share

    


  Member Information For pelangihitamProfil   Hantar PM kepada pelangihitam   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-08 11:01


Madinah makna bandar bila mufrad...sebuah bandar
bila banyak kita sebut mudun...mim dal wau nun

Belajar BA...kita akan tahu makna Asif
Tahniah atas nasihat Dr Asri...Ulama' yang Berani

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 11:11


Pada 16-04-08 09:37 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum
dari uslub Bahasa Arab kalimah Islam bila nak digabungkan dengan Hadhar / Bandar / Mudun / Tamaddun maka kita perlu sebut Hadharah Islamiyyah...Baru Betul Uslub bahasanya... Ini baru hal Kaedah bahasa Arab...bab Nawaitu pula Hanya Allah yang tahu...Memang Prinsip Pertama adalah sangat baik iaitu Keimanan dan KeTaqwaan...Soalnya adakah aktiviti/ amal jelas menunjukkan Taqwa...Muttaqiin yang akan mengamalkan amal Taqwa...Maka fikirkanlah siapa Muttaqiin di negara ini...

Taqwa mengandungi Sabar, Amanah, Ikhlas, Tanggungjawab , BERSIH, AMAN, Mahir, Rajin, bantu membantu sesama Insan...senang kita sebut Sifat Mahmudah adalah ciri Utama Taqwa...maka nilaikanlah adakah amaln Taqwa telah diamalkan
bab Menutup aurat yang wajib belum amalkan...nak masuk bab Sempurna Solat...Fikirkan


Sudah terang lagi bersuluh.. ! syabas saifuddin!! :D

apekah yang patut kita lakukan untuk menyeru kebaikan bagi golongan-golongan ini?

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. ali imran ayat 159


dulu madani....dari mudun jugak :-? tapi tak pulak fikirkan PIAGAM MADINAH tu dah cantik dah Rasulullah.s.a.w gubal...

PERLEMBAGAAN BANDAR PERTAMA DI DUNIA kan??


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 11:42


Pada 16-04-08 10:47 , pelangihitam posting:

!!! QUOTE !!!

pasal Islam Hadhari (IH) ini, dah 3 kali aku pergi program penjelasan & penerangan dia,

1. kat matrikulasi
2. minggu perkasa putra - orientasi UPM, (3 minggu saja kat upm lepas itu blah pagi Indonesia)
3. di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia (ni paling best, sebab yang dr luar jakarta dapat tidur kat hotel 5 bintang kat Jakarta :P)

pergi pun sebab nak juga tau apa yang orang-orang bijak pandai (berstatus profesor, Datuk, dari serata alam itu) kata pasal IH ni. ye lah tamu yang diundang tu pun para mereka jawatankuasa IH ini.

tapi bayangkan lah, dah 3 kali aku pergi benda yang kurang lebih sama, hati aku masih 'gelap dan kelam' tak tersinarkan oleh sinar IH tadi.
maksudnya. kekeliruan tu tak ilang2, walaupun dah 3 kali dah!

nampaknya yang paham IH ni cuma lah si imam IH, kroni2 dia, dan juga jawatankuasa IH yang terdiri daripada 'ilmuwan'...

baguslah kalau dah tak ada kan...
tulah lain kali kalau nak berpolitik, buat hal yang semua org boleh paham, jangan asyik nak 'menjenamakan semula' perkara yang telah ada dan cipta istilah2 yang bombastik macam 'mengangkasakan bangsa' lah, 'personaliti membina' lah,
'Melayu glokal' lah, 'Islah Hadhar'i lah..

ujung2, keliru saja yang dapat


Ye lah, apabila ustaz2 dalam PAS bagi penerangan pasal ketidakpatutan sejak hari pertama Islam Hadhari diperkenalkan tak ada orang nak support.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-08 12:47


glokal adalah perkata yang dibuat oleh orang jahil...pandangan saya...sendiri tahu siapa yang jahil di negara ini...tinggalkan zaman jahil kita enter zaman BIJAK
maka kita sama belajar Al Qur'an wal Hadis...Mudah-mudahan InsyaAllah kita jadi Insan BIJAK...Muttaqiin
Pandangan saya Dr Asri adalah Mufti yang Bijak serta Berani...cuma kadang kasar bahasanya...hal tersebut boleh ubah cara berbicara...yang utama beliau jujur dalam Dakwahnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 15:11


baru sekarang pak mufti ni lantang menegur?
dulu betul ke dia menegur ataupun cakap berdasarkan berkias saja?
baru tegur sekali sudah dikira berani sedangkan orang lain ramai lagi yang dah menegur Kenapa tak disokong sekali....?

pening betul dengan mufti seorang ni..............


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 15:39


Pada 16-04-08 11:01 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

Madinah makna bandar bila mufrad...sebuah bandar
bila banyak kita sebut mudun...mim dal wau nun

Belajar BA...kita akan tahu makna Asif
Tahniah atas nasihat Dr Asri...Ulama' yang Berani


Bagusnya dapat tahu bahasa arab macam sahabat kita saifuddin..ada ramai lagi ulama2 pro Islam Hadhari ni macam mana?entah masih mahu mempertahankan kehadharian fahaman ini ke atau tidak..untuk melenyapkan terus konsep "Masyarakat Madani" yang dipelopori seorang tokoh politik yang ditendang keluar dari kerajaan, "Islam Hadhari" pula diperkenalkan..memang mengelirukan apabila cakap tak serupa bikin..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-04-08 17:23


!!! QUOTE !!!

Orang Melayu rasa pelik dengan perkataan hadhari. Hadhari ni Islam baru ke? Jadi bila dah keliru almaklum sajalah seterusnya berlakulah apa yang kita dah nampak sehingga hari ini. Sebab hadhari jugalah Dr Abdullah Mat Zain tak jadi menteri lagi. Perkataan hadhari membawa badi. Islam tu Islam jadi janganlah tambah apa apa lagi.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


ummi...nak tanya sikit....agak-agak lah Kenapa dr asri ni tak ajak kita semua sokong Pakatan Rakyat dan hanya suruh kita tinggalkan Islam Hadhari?...

kan ummi se'kapei' dengan dr asri.... :lucu: :lucu: :lucu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 16-04-08 18:30


Pada 15-04-08 20:12 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...:-)

Dato' Mufti Negeri Sembilan apa cerita BRO? Senyap? BN totok ke? :berfikir: :-D


-----------------
عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 16-04-08 21:46


!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-08 20:12 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!!
tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...
Dato' Mufti Negeri Sembilan apa cerita BRO? Senyap? BN totok ke?


cerita Dato' macam biasa....Dato' Mufti N9 cukup marah dengan MB sekarang ini...

enta tak tau jangan cakap macam-macam..konon nak backing Mufti enta tu....pergilah bawa dia ke UK sana...

kebanyakan Mufti (kecuali Mufti Perlis & Johor) tak sokong BN secara terang-terangan atau tak langsung....

cuma dalam banyak-banyak Mufti, hanya Mufti Perak yang lantang menyuarakan pendapat dan prinsip Islam....

Mufti Perlis???...enta tak tengok gambar dia dengan KJ dalam kempen BN di Melaka tak lama dulu?...

come on lah sheikh...baik enta belajar2lah berwirid lepas solat jemaah belakang imam....mudahan mantap jiwa enta dan lebih faham tentang Islam, lagi baik join Habib Umar & co. lebih mantap cinta kepada Rasulullah & Ahlu Bait...

p/s : enta tak tau ka Wahabi anti-ahlu Bait??? :berfikir: :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-04-08 22:55


Pada 16-04-08 18:30 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!


Dato' Mufti Negeri Sembilan apa cerita BRO? Senyap? BN totok ke? :berfikir: :-D


tak elok tu bro, takkan sebab marahkan pemosting kat sini, mufti N9 pula yang kena :jangan:

mufti perlis dah "bid`ahkan" islam hadhari, nak tengok apa reaksi dr. mashitah, zahid and the gang, jangan Jakim yang backup balik dah, nanti macam sia-sia saja ilmu agama yang belajar selama ni...

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 00:00


:) erkk.. secara umumnya jakim tak backup pun wahabi ini. Yang keluar artikel tahun 2006 itu bukan suara rasmi Jakim. Sebab ada juga pegawainya yang tidak bersetuju.

sila lihat di sini : http://al-ghari.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 04:45


Umi ni suka cari ilmu. Tak kira siapa. Umi pernah dengar ceramah Mufti Negeri Sembilan, Mufti Perak dan juga al Banjari. Umi pernah ikuti Haluan, Jim, Abim dan juga tabligh. Jadi sememangnya umi gemar cari ilmu. Dan bab sekapal tu kita semua orang Islam adalah sekapal. Cuma ada dikalangan orang Islam yang dalam kapal tu yang buat lubang jadi kenalah orang yang dalam kapal tu terus mencari ilmu agar dapat membantu orang yang suka buat lubang tu kan kan kan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 09:05


hehehehe...memang bebetui kaki auta encik mufti perlis ni...

dulu dia tulih macam ni

PRO-KONTRA ISLAM HADHARI
Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin
[email protected].

(Penyelaras Sekretariat Falsafah Dan Sains Islam USM)

Islam adalah agama yang bertamadun. Sama ada ditambah perkataan hadhari atau tidak, tidak akan menjejaskan nilaian ketamadunan yang telah diletakkan oleh Allah dan RasulNya di dalam ajaran yang mulia ini. Islam yang sempurna seperti yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah merangkumi seluruh aspek kehidupan dan hajat manusia; sama ada di sudut tamadun kebendaan atau keruhanian. Penambahan perkataan al-hadhari selepas perkataan al-Islam bertujuan menggambarkan betapa Islam itu bertamadun. Sekalipun perkataan al-Islam sudah memadai, namun barangkali penambahan perkataan hadhari dirasakan mampu menyedarkan umat yang lalai bahawa Islam yang dianuti menuntut mereka membangun. Islam tidak mengajar umatnya mundur dan menjadi mangsa orang lain. Sebaliknya umat Islam mestilah bersifat memimpin manusia dan membimbing mereka ke arah tamadun yang sebenar, yang diredhai Allah kerana Islam itu bersifat hadhari.

Pada asalnya, seperti yang dijelaskan di atas, kalimah al-Islam itu sudah memadai tanpa perlu kepada sebarang penambahan. Ini kerana Allah menamakan agamaNya sebagai al-Islam tanpa sebarang penambahan. Sekalipun disedari al-Islam yang diturunkan Allah sememangnya bersifat hadhari, seperti mana ia bersifat ruhi.

Namun dalam beberapa keadaan sifat hadhariyyah itu wajar untuk ditonjolkan, sebagai satu usaha dan ijtihad bagi menjaga nama Islam. Penambahan ini hanyalah sekadar taukid iaitu bagi lebih menjelaskan. Seperti kita menyebut “Muhammad s.a.w dia al-rasul yang mulia”. Perkataan Rasul sememang sudah terkandung makna atau maksud mulia. Ini kerana tidak mungkin seorang rasul tidak bersifat mulia.Namun penambahan perkataan mulia dibuat bagi memperkukuhkan perkara atau tajuk yang sedang diceritakan.

Saya melihat ada kewajaran penjelasan perkataan al-Hadhari bagi kalimah al-Islam dalam beberapa keadaan konteks tertentu. Keadaan-keadaan tersebut, saya rumuskan seperti berikut :

pertama: Apabila Islam sedang ditohmah oleh pihak musuh sebagai agama yang tidak bertamadun dan mundur. Perkataan al-Hadhari ditambah bagi menafikan dakwaan tersebut.

Kedua: Apabila berlakunya salah sangka non-muslim terhadap sifat Islam dengan menganggap Islam tidak membawa kemajuan dan ketamadunan, atau mereka menyangka Islam sama seperti sifat agama-agama lain. Pernambahan perkataan hadhari mungkin boleh membantu mereka memahami kedudukan sebenar Islam.

Ketiga: Apabila umat Islam lalai dan cuai dalam menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Allah dan RasulNya sehingga kelihatan mereka tidak lagi menjadi umat yang berdaulat dan megah. Sebaliknya mereka tertindas, terpengaruh dengan kehebatan orang lain sehingga melupai Islam yang bersifat tamadun yang dianuti oleh mereka. Ketika itu perkataan al-Hadhari ditambah bagi mengingat umat bahawa Islam yang sebenar bersifat tamadun.

Keempat: Ketika umat Islam gagal memperlihatkan kepada dunia ciri-ciri ketamadunan diri yang bersesuaian dengan Islam yang bersifat hadhari. Kemunduran umat menjadi fitnah kepada Islam. Ketika itu, dunia mesti dijelaskan bahawa telah berlaku perbezaaan antara sikap penganut Islam dengan Islam yang hadhari. Kemunduran tidak boleh dikaitkan dengan Islam, justeru kerana Islam itu bersifat hadhari.

Kelima: Ketika kita sedang melancarkan kempen kesedaran agar umat Islam kembali bangkit membina kegemilangan lampau. Seruan yang mengingatkan tentang tamadun yang menjadi sifat Islam akan mampu menjadikan umat lebih tertumpu dan fokus kepada objektif yang hendak dituju iaitu mereka mesti bergerak membina semula kecemerlangan tamadun.

Sebelum perkataan Islam Hadhari kedengaran di Malaysia, sebenarnya sudah ada beberapa penulis muslim Arab yang menggunakan perkataan yang sama dalam tulisan mereka merujuk kepada konteks perbincangan tertentu. Antaranya Mamduh al-Syeikh dalam tulisannya “Ab‘ad al-Hadharah: Maza ‘Ata al-Islam li al-Basyariyyah”. Tulisan ini disiarkan di internet (www.arabworldbooks.com)


Buku Konsep Islam Hadhari: Satu Pendekatan

Namun dalam keadaan biasa atau percakapan biasa yang tidak berhadapan dengan kemelut yang dinyatakan, tidak wajar sengaja diganti nama Islam dengan Islam Hadhari. Melainkan jika perkataan itu bukan bermaksud menggantikan Islam itu sendiri, sebaliknya satu projek pembangunan umat yang bernama sedemikian. Inilah yang saya lihat tujuan bertulis pihak pemerintah sekarang. Projek pembangunan umat yang sedang ditaja itu dinamakan Islam Hadhari. Setelah saya baca buku konsep “Islam Hadhari: Satu Penjelasan” yang dikeluarkan oleh JAKIM, saya kira, sebagai ahli akademik saya patut menilainya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana unsur. Di situ ditakrifkan Islam Hadhari sebagai “Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam” (m.s 9).

Dari sini dapat difahami bahawa Islam Hadhari bukanlah satu agama baru, sebaliknya suatu pendekatan. Namun barangkali perkataan Islam yang digunakan itu menjadi saingan di fikiran sesetengah masyarakat, seakan terasa oleh mereka perkataan itu ingin mengambil alih Islam yang asal. Sekalipun kita tahu bukan itu hasrat penajanya. Bahkan dalam buku tersebut dinyatakan “Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan satu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariah dalam ajaran Islam, malah menekan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan”. (m.s. 6).

Ternyata hasrat Islam Hadhari begitu murni. Namun jika perkara ini masih di peringkat mencari nama, saya tentu ingin mencadangkan ditambah perkataan lain seperti “Masyarakat Islam Hadhari” atau “Pendekatan Islam Hadhari” dan seumpamanya. Agar perkataan hadhari itu dikembalikan kepada perkara lain. Dengan itu dapat difahami bahawa pendekatan itu yang ingin ditamadunkan, atau masyarakat itu yang ingin ditamadunkan dan sebagainya, bukan Islam yang asal belum cukup hadhari lalu diganti dengan Islam yang baru.

Namun isu nama ini seakan telah menjadi ketetapan. Maka kita terima seadanya. Apa yang penting sekarang adalah isi dan agenda. Para ulama menyebut “Tiada Perbalahan Dalam Soal Istilah”. Syaratnya selagi kandungannya betul dengan syarak. Saya fikir kita pun telah lama menerima perkataan ‘wad bersalin’. Sekalipun orang perempuan yang bersalin di dalamnya, bukan wad itu. Namun demikianlah seadanya.

Saya fikir, tidak wajar dipersalahkan masyarakat yang tersalah faham jika mereka pula bukan kaki mencari kesalahan orang lain. Tindak balas negatif masyarakat pada peringkat awal adalah disebabkan sayangnya mereka terhadap Islam yang tulen. Mereka tidak mahu sebarang gantian bagi Islam. Islam adalah yang pertama dan terakhir sebagai agama bagi mereka. Sekalipun disudut amalan mungkin banyak kelemahannya. Namun cinta hati mereka tetap kukuh. Tindakbalas negatif terhadap Islam Hadhari mungkin tanda peka dan cintakan Islam yang asal. Apatah lagi pada peringkat awal tiada penjelasan yang memuaskan.

Apa tidaknya, orang akademik pun jika tidak dijelaskan maksud perkataan ini akan pelik dan keliru. Saya difahamkan oleh seorang tokoh bahawa Dr Yusuf al-Qaradawi ingin menemui yang.A.B PM untuk mengetahui maksud Islam Hadhari. Lihatlah, kalau ilmuan muslim seperti dia pun terpaksa mendapat penjelasan dari penaja, apatah lagi orang awam. Ini kerana, istilah ini baru digembar-gemburkan.

Bagi saya yang penting isi kandungan Islam Hadhari seperti yang tercatat dalam buku tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Berbahagialah negara dan umat jika isi kandungannya dapat benar-benar dilaksanakan. Janganlah pula hanya tinggal slogan semata.

Salah Faham Terhadap Islam Hadhari

Salah faham ini saya lihat datang datang dari dua pihak. Pertama pihak yang anti rancangan ini dengan tidak menilai secara terbuka dan adil. Mereka mungkin mengetahui kebaikan projek ini, tetapi mungkin perkara ini tidak menguntungkan mereka. Maka mereka gambarkannya dengan wajah yang sangat negatif tanpa penilaian seimbang. Kedua, dari penyokong-penyokong Islam Hadhari itu sendiri, yang menafsirkan Islam Hadhari lain dari apa yang diterangkan oleh JAKIM.

Saya lihat ada kecenderungan sesetengah pihak menggunakan nama Islam Hadhari untuk menghalalkan perkara-perkara munkar. Apabila dikatakan kepada mereka perbuatan atau tindakan tertentu bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah, mereka katakan “kita berpegang kepada Islam Hadhari”. Islam Hadhari bagi mereka seakan-akan agama baru yang tidak perlu berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Sedangkan dalam buku Islam Hadhari keluaran JAKIM disebut: “Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai teras pegangan dan rujukannya” (m.s.19).

Saya tidak pasti apakah mereka mempunyai tafsiran sendiri terhadap Islam Hadhari lain dari apa yang dinyatakan oleh JAKIM, atau mereka ingin menjadikan Islam Hadhari ini sebagai benteng ajaran-ajaran salah mereka. Kelihatan sekarang golongan ‘Islam Liberal’ cuba menghalal ajaran-ajaran mereka yang memutar belitkan al-Quran dan al-Sunnah atas nama Islam Hadhari. Kemuncaknya, mereka akan menganggap semua agama adalah benar dan ke syurga. Ini adalah kufr bawwah!! Jangan pula perkara ini disandarkan kepada Islam Hadhari. Apa yang membimbangkan kita tidak dapat pastikan tafsiran siapa yang akan mengepalai projek ini. Kita mengharapkan JAKIM akan bertegas dengan tafsirannya dan memenangi perjuangan bertulis tersebut.

Ketua Anti-Hadith Negara dalam tulisannya juga mengajak kepada Islam Hadhari sebagai gantian Islam yang sedia ada. Saya tidak pasti apakah tafsiran Islam Hadhari dia?!!. Jika Anti-Hadith pun syok dengan Islam Hadhari, sedangkan dia menolak Islam Nabi SAW, maka amatlah membimbangkan kita. Nampaknya usaha ke arah menjelaskan maksud sebenar Islam Hadhari perlu ditingkatkan.

Kekeliruan juga ditambah dengan makin hebatnya kebangkitan hiburan tanpa sempadan halal dan haram di media dan pusat-pusat hiburan. Media yang terus menggalakkan perkara ini, media yang sama berkempen Islam Hadhari. Ramai akan menjadi tidak faham. Kita tahu tidak ramai yang membaca buku keluaran JAKIM tersebut. Masyarakat lebih menilai apa yang mereka dengar dan lihat, bukan apa yang mereka baca. Apa yang dilihat adalah alam realiti. Apa yang dibaca masih lagi hanya catatan atas kertas yang belum tentu pasti berfungsi. Kerja utama sekarang adalah mengeluarkan falsafah dan teori Islam Hadhari dari atas kertas kepada pelaksanaan di atas pentas kehidupan masyarakat Malaysia. Tamadun tidak hilang disebabkan kurangnya hiburan, tetapi ia hilang apabila kurangnya cendekiawan dan umat pula asyik berkhayal.

Saya mengajak para ilmuan dan tokoh-tokoh muslim masyarakat Malaysia berganding bahu dengan JAKIM melaksanakan inti-kandungan Islam Hadhari seperti yang ditulis. Inilah peluang membangunkan umat yang rebah. Jika yang rebah terus dibiarkan rebah, kita juga yang binasa, sedangkan peluang dibuka. Sehingga sekarang ada beberapa perlaksanaan yang patut dipuji, antaranya J-QAF. Bukanlah sifat yang bijak sekadar berbalah dalam pemilihan istilah.

Demikian juga pihak kerajaan. Jangan falsafah tinggal falsafah. Teori tinggal teori. Akhirnya nanti Islam Hadhari tidak jadi agenda pembangunan umat seperti yang diidamkan, sebaliknya hanya sekadar agenda politik. Kita mengharapkan keikhlasan kerajaan melaksanakan isi kandungan Islam Hadhari seperti yang termaktub, dan kita ingin membantunya.

Bagi membantu membangunkan projek Islam Hadhari saya ingin mengingatkan kita kepada beberapa perkara berikut:

- Mentamadunkan Umat Bukan Merangka Semula Agama

Adapun ajaran Islam sudah sempurna dan cukup. Tidak memerlukan sebarang penambahan. Tidak memerlukan asas-asas baru. Sesiapa yang cuba membuat asas-asas baru bagi Islam, selain dari apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah bererti dia sebenarnya sedang membuat agama baru.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Ali ‘Imran:85)

Firman Allah juga: (maksudnya): Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan mereka yang diberikan Kitab itu (Yahudi dan Nasrani) tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah datang kepada mereka pengetahuan (yang sah tentang kebenarannya) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.(Surah Ali ‘Imran 19)

Maka jelas bahawa Islam tidak berhajatkan kepada sebarang pembaharuan. Apa yang perlu diperbaharukan ialah sikap dan pemikiran umat yang mengaku menyandarkan diri kepada Islam. Umat Islamlah yang perlu ditamadunkan agar mereka menjadi lebih selaras dengan Islam yang dianuti oleh mereka. Ini kerana yang menjadi punca masalah ialah sikap umat bukan agama yang dianuti oleh mereka. Setelah menggambarkan keagungan generasi Islam yang lampau, ‘Ali Tantawi berkata: “Mijoriti kaum muslimin hari ini, disebabkan kecuaian mereka dengan kewajipan-kewajipan agama ini, maka mereka berada di belakang umat-umat yang lain, mereka menjadi hujah untuk musuh-musuh Islam (menghina Islam-pen). Sehingga Jamal al-Din al-Afghani, atau Muhammad ‘Abduh menyebut perkataan yang hebat: “Islam itu terlindung oleh penganutnya”. (‘Ali Tantawi, Mauqifuna min al-Hadarah al-Gharbiyyah, m.s. 45, cetakan: Dar al-Manarah, Jeddah.)

- Al-Quran dan al-Sunnah Mesti Benar-Benar Berfungsi Dalam Agenda Islam Hadhari

Atas apakah tamadun diukur dan dibina?. Apabila kita memperkatakan Islam yang bersifat tamadun ertinya diri Islam itu sendiri bertamadun. Menghayati Islam yang sebenar bererti menghayati tamadun keagungan. Sumber Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah. Sesiapa yang menghayati dan beramal dengan sumber agung ini bererti dia mengamalkan Islam yang sebenar. Sesiapa yang mengamalkan Islam yang sebenar bererti dia sedang menghayati tamadun yang agung. Kemunduran umat hari ialah kerana mereka menyimpang dari kedua sumber agung ini.

Kita tidak boleh untuk membina tamadun kegemilangan dengan membebaskan diri dari ikatan-ikatan Islam, kononnya kerana inginkan kemajuan dan keterampilan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan memisahkan diri dari ikatan Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah, maka tidak perlu kita membinanya atas nama Islam. Jika inginkan ketamadunan dalam ertikata yang tidak difahami oleh Islam, Tamadun Barat sudah terbentang luas untuk kita menganutinya. Namun apabila kita ingin membina kemajuan dan ketamadunan atas nama Islam, maka kita mesti terikat dengan kehendak dan peraturan Islam. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Namun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal bahawa hadarah (ketamadunan) yang Islam hendak dirikannya bukan seperti tamadun-tamadun yang lain yang lebih mementingkan sudut kebendaan dalam kehidupan, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu pada insan. Mementingkan kelazatan yang segera di dunia. Maka ia menjadikan dunia itu perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Ia tidak meletakkan bagi Allah suatu kedudukan yang disebut di dalam falsafahnya. Akhirat tiada ruang baginya dalam sistem pemikiran dan pendidikan. Ini bercanggah dengan hadarah al-Islam (Tamadun Islam). Ia menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi dengan langit. Ia menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan antara ruh dan kebendaaan. Menseimbangkan antara akal dan hati. Menghimpunkan antara ilmu dan iman. Ia mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun keruhanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individu dan jamaah. Ia adalah tamadun yang seimbang dan pertengahan”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sunnah masdaran li al-Ma’rifat wa al-Hadarat, m.s. 204, cetakan: Dar al-Syuruq, Mesir).

Justeru itu, sesiapa yang ingin membicara tentang ketamadunan yang hendak dibina atas nama Islam hendaklah jelas di hadapannya panduan dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Tamadun yang dibina dan diseru oleh kedua sumber agung adalah tamadun yang tulen lagi seimbang.

- Para Pengusaha Projek Islam Hadhari Hendaklah Memahami Kekuatan Tamadun Umat

Para pengusaha pembangunan umat di bawah projek Islam Hadhari ini, hendaklah benar-benar memahami tabiat tamadun umat ini. Ini khususnya menteri-menteri kabinet yang kita anggap tonggak kepada pendekatan ini. Demikian juga menteri-menteri besar. Kejayaan rakyat menghayati projek pembangunan umat yang bernama Islam Hadhari ini sangat berkait dengan kejayaan tonggak-tonggak utama ini memahami tabiat tamadun umat itu sendiri.

Secara ringkasnya, sebelum kita membicara dan melaksanakan sesuatu, kita hendaklah memahami tentang hakikat perkara yang dibicarakan yang merangkumi latar belakang, tabiat dan ciri-cirinya. Demikian juga apabila kita membincangkan tentang tamadun Islam. Kita hendak memahami asas-asas Islam, ciri-cirinya, tabiatnya dan latar belakangnya

Justeru, kita tidak mungkin memahami dan mengulas tamadun yang telah dibina oleh generasi umat Islam yang lampau tanpa menghayati akidah dan pegangan Islam yang mereka kukuh berpaut dengannya. Mereka membina tamadun dengan acuan Islam yang diimani oleh mereka. Islam itu yang mengalir dalam urat nadi tamadun yang mereka pasak. Mereka mencintai dan membina tamadun di atas tapak tersebut. Tanpa memahami keimanan mereka, kita tidak akan mampu memahami kekuatan tamadun Islam sepanjang zaman. Tokoh sejarahwan Islam kini, Mahmud Syakir pernah membuat suatu perbandingan (analogi) yang sangat menarik, katanya:”Sesungguhnya seorang juru bina tidak akan dapat mendirikan binaan melainkan setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain. Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang berkesan melainkan setelah dia bertanya pesakit mengenai puncanya, makanan, minuman dan lain-lain. Demikian juga seorang sejarahwan tidak dibolehkan menyebut sesuatu kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan tanpa mengetahui titik tolak umat ini iaitu `aqidah dan segala yang terpancar darinya iaitu kefahaman, nilaian dan maksud. Ini kerana dibimbangi akan memesongkannya di belakang hawa nafsu dan huraian yang salah yang akan membawa kepada mengubah sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh pula dari kefahaman yang sebenar”. (Mahmud Syakir, Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy, m.s. 3-4, cetakan: Dar al-Maktab al-Islami, Beirut)

Apabila kita ingin mencontohi mereka tanpa mengetahui rahsia kekuatan iaitu berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah maka kita akan gagal. Hari ini kita mungkin tertanya-tanya: Ke mana pergi ketamadunan agung yang telah dibina oleh kaum muslimin, khususnya bangsa Arab? Mengapa dunia arab menjadi hina? Ke manakah perginya arab yang dikatakan dahulunya pernah membuka empayar yang memberi kedamaian dan keadilan kepada dunia sejagat. Di manakah hilang khazanah tamadun yang dibanggakan oleh umat yang tercatat dengan tinta emas dalam lipatan sejarah peradaban manusia?

Jawapan sebenarnya terhimpun dan ucapan amirul mukminin `Umar bin al-Khattab .a. pada hari beliau ke Syam dalam keadaan dan pakaian yang serba sederhana. Beliau ditegur oleh pimpinan tentera kerana bimbang keadaan beliau itu menjejas identiti beliau di hadapan tentera. Beliau menjawab dengan ucapan yang sangat bermakna: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. (Riwayat ini sanadnya disahihkan oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi. Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut.)

Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh menggambar betapa Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil dari pentas sejarah. Sekalipun pada Arab itu ada ciri-ciri yang baik dan akhlak yang mulia. Mereka memiliki keberanian dan kepandaian dalam senjata, juga tunggangan kuda. Mereka mempunyai bahasa yang tinggi nilainya, indah dan baik. Malangnya kesemua itu tidak mampu membawa mereka ke persada sejarah yang gemilang. Namun mereka akhir berjaya memasuki pentas sejarah apabila mereka menjadi pembawa risalah dan hidayah. Sehingga al-Nadwi menyatakan: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India)

Asas-asas yang diletakkan oleh al-Quran dan al-Sunnah menuntut beberapa perkara dalam kehidupan agar kita dalam menjadi ummah yang bertamadun. Antara perkara penting dalam membina tamadun ialah menjaga ketulenan agama. Generasi Islam yang bertamadun, memelihara khazanah ketulenan agama mereka.

Oleh kerana agama adalah asas yang menjadi tapak pembinaan tamadun, maka agama mesti dipelihara ketulenannya. Ketulenan itu dipelihara pada dua bahagian;

Pertama: Ketulenan sumber.

Kedua: Tafsiran terhadap sumber yang tulen dengan kaedah-kaedah yang betul.

Agama mesti kekal terpelihara. Apatah lagi dalam dunia yang maklumatnya serba tangkas dan pantas. Sesuatu yang benar dan bohong sukar untuk dinilai. Sifat insan muslim yang bertamadun sentiasa menyaring dan memilih agar dia tidak terperangkap dengan maklumat yang bohong dan palsu. Bukan bertamadun namanya manusia yang menerima apa sahaja yang didengar tanpa mampu membuat penilaian terbaik

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): “Akan datang datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu dibenarkan orang yang dusta, didustakan orang yang benar, dianggap amanah orang yang khianat, dianggap khianat orang yang amanah, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)”. (Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Hakim, al-Imam Ahmad, Abu Ya’lah, al-Bazzar, Ibnu Majah, dan al-Kharaiti. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik. (lihat: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 14/593, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut.)

Projek ini wajar disokong, jika benar-benar akan dilaksanakan seperti yang dicatatkan oleh JAKIM. Islam Hadhari akan berjaya jika para pendokongnya menjiwai Islam itu sendiri dalam ertikata yang sebenar. YAB Perdana Menteri nampaknya sangat memerlukan menteri-menteri yang begitu berjiwa Islam bagi membangunkan umat ini. Akhlak rakyat sangat berkaitan dengan sikap pemimpin. Ramai yang gembira dengan sikap sederhana PM. Namun perlaksanaan Islam Hadhari seperti yang dicadangkan memerlukan pengembelingan yang besar. Seluruh kepimpinan negara mestilah melambangkan Islam Hadhari yang dicatat dan diimpikan. Usaha ke arah menjayakannya mestilah dibuktikan di pentas realiti dan terasa oleh rakyat bawahan. Jika tidak, projek ini akan dianggap hanya agenda politik.

Page Title


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

permaisuriku
Warga Rasmi
Menyertai: 24.04.2007
Ahli No: 29721
Posting: 9
Dari: nilai

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 09:43


cara yang terbaik telah ditunjukkan....
fikir apa yang telah kita katakan sebelum buat kenyataan yang lain...
bukan nasihat pada individu tertentu tapi semua...
don't judge the book by its cover...

Bookmark and Share

    


  Member Information For permaisurikuProfil   Hantar PM kepada permaisuriku   Pergi ke permaisuriku's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 09:56


Dia bukan auta agaknya trouver_99,

ini antara tulisannya saya petik

"Projek ini wajar disokong, jika benar-benar akan dilaksanakan seperti yang dicatatkan oleh JAKIM. Islam Hadhari akan berjaya jika para pendokongnya menjiwai Islam itu sendiri dalam ertikata yang sebenar. YAB Perdana Menteri nampaknya sangat memerlukan menteri-menteri yang begitu berjiwa Islam bagi membangunkan umat ini. Akhlak rakyat sangat berkaitan dengan sikap pemimpin. Ramai yang gembira dengan sikap sederhana PM. Namun perlaksanaan Islam Hadhari seperti yang dicadangkan memerlukan pengembelingan yang besar. Seluruh kepimpinan negara mestilah melambangkan Islam Hadhari yang dicatat dan diimpikan. Usaha ke arah menjayakannya mestilah dibuktikan di pentas realiti dan terasa oleh rakyat bawahan. Jika tidak, projek ini akan dianggap hanya agenda politik."


Maknanya, semasa diperkenalkan Dr.Asri menyokong jika ianya benar-benar dilaksanakan seperti yang tercatit dalam buku terbitan JAKIM tu..Namun selepas 4 tahun ni, ternyata Islam Hadhari tu tak kemana, malah menyebabkan kecelaruan pemikiran rakyat. Ini kerana kita tidak dapat merasai kesan daripada gagasan Islam Hadahri secara jelas. Malah, cakap-cakap Islam Hadhari tidak serupa bikinan pemimpin-pemimpin yang melaung2kannya..oleh itu Dr.Asri berpendapat, lebih baik momokan Islam Hadhari dihentikan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-04-08 10:41


Pada 17-04-08 04:45 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Umi ni suka cari ilmu. Tak kira siapa. Umi pernah dengar ceramah Mufti Negeri Sembilan, Mufti Perak dan juga al Banjari. Umi pernah ikuti Haluan, Jim, Abim dan juga tabligh. Jadi sememangnya umi gemar cari ilmu. Dan bab sekapal tu kita semua orang Islam adalah sekapal. Cuma ada dikalangan orang Islam yang dalam kapal tu yang buat lubang jadi kenalah orang yang dalam kapal tu terus mencari ilmu agar dapat membantu orang yang suka buat lubang tu kan kan kan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab.

Menuntut ilmu tu memang wajib.. Tapi takkan kita nak menuntut ilmu daripada guru yang sesat..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

jajasikume
Warga Rasmi
Menyertai: 26.02.2008
Ahli No: 32727
Posting: 7
Dari: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Melaka  


posticon Posting pada: 17-04-08 11:01


Apa sebenarnya yang pemimpin cuba bawakan dari IH????

masih keliru... maybe pemimpin ingin memimpin rakyat mendekati ISLAm kononnya lah agaknya...

Tapi pemimpin sendiri tak mampu memimpin keluarganya mendekati ISLAm...contohnya,isteri2 mereka masih gagal untuk menuntup aurat dengan sempurna...kalau pergi ke majlis agama pun,just pakai selendang tapi boleh nampak rambut di dalam..

adakah ini patut???????????????????????????????


huhu,masih keliru.........


-----------------
aKu_tEtap_akU


Bookmark and Share

    


  Member Information For jajasikumeProfil   Hantar PM kepada jajasikume   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 11:33


Pernah masa Minggu Haluan Siswa kat kampus ana ni ada dianjurkan majlis forum hadari ni. Dalam majlis tersebut salah seorang peserta bertanya mengapakah kerajaan sekarang ni masih tidak mahu mengamalkan undang-undang Islam yang menyeluruh sepenuhnya. Maka salah seorang ahli panel menjawab zaman ketika kota Melaka roboh sehingga masa kemerdekaan Tanah Melayu adalah selama lebih 400 tahun. Dari situ berlaku perubahan hukum Islam (Hukum Kanun Melaka) ke undang-undang penjajah. Maka untuk kembali ke hukum Islam sepenuhnya maka kenalah mengambil tempoh yang sama untuk dilaksanakan! :-o Analoginya mudah, kalau kita berjalan dari Perlis ke Johor mengambil masa seminggu maka perjalanan pulang ke Perlis juga mengambil masa yang sama.......

-Relevankah jawapan ini? Takkan dunia ni wujud lagi 400 tahun?
Takkan sampai begitu sekali! Habis tu tempoh perlaksanaan IH ni selama 400 tahunlah?


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 12:27


Pada 17-04-08 00:00 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

:) erkk.. secara umumnya jakim tak backup pun wahabi ini. Yang keluar artikel tahun 2006 itu bukan suara rasmi Jakim. Sebab ada juga pegawainya yang tidak bersetuju.

sila lihat di sini : http://al-ghari.blogspot.com


bukan itu maksud saya :jangan:

mufti perlis dah "bid`ahkan" islam hadhari, nak tengok apa reaksi dr. mashitah, zahid and the gang, jangan Jakim yang backup balik dah, nanti macam sia-sia saja ilmu agama yang belajar selama ni...

maksudnya, jangan Jakim pula yang backup balik islam hadhari tu, buat apa Jakim nak backup mufti perlis? :sopan:

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 12:31


Bush pernah memuji IH yang diperkenalkan Malaysia..begitu juga negara2 Arab dalam perjumpaan alumni al-azhar yang lepas diKLCC (sebelum election)..Pak Lah begitu teruja dan berbangga mendapat pujian itu..namun IH ditolak sendiri oleh rakyat Malaysia, terbukti dalam election yang lepas. Ana harap sangat IH ni dikaji balik namanya dan lihatlah REALITI tahap pengalamannya..jangan IH menjadi modal politik lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-04-08 12:35


baru ni saya enter satu laman...saya berikan satu Selawat yakni Selawat Tafriyyah...
adalah seorang Wahabi terus hukum syirik...ana balas dengan hujjah...Jahil betul wahabi tu dengan Bahasa arab...hukuam syirik tu berat...
Ana ni mazhab AsSyafie sejak lahir sebab mak ana didik ikut asuhan Ulama' Nusantara maka kesan pengajjian pondok kelate ada dalam dada ana...Ana memang kasih Syeikh Habib Umar ada darah Rasulullah dalah jasadnya...Keturunan yang baik...
Dr Asri ni memang bijak...cuma kasar bahasanya... Jika nak lihat Mufti Kelate lebih alim...cuma apa yang Dr Asri kata adalah benar...dia kan Bijak...kita ni ambil yang baik seperti ummi yang banyak join pertubuhan...ana jua dah cuba join Tabligh, JIM, PAS, Ustah IM...semua ada kelebihan,,,ada kelemahan...kita ambil yang baik saja...Muafakat perlu...dalam hal ni kita sokong saja apa yang DR Asri kata sebab dia ada kelayakan nak berkata...MUFTI...besar jawatan Utama dalam Negeri selepas AsSultan dalam urusan AdDin Rakyat...Asif
Ummi yang baik...Mudah-mudahan Kita selamat terhindar dari fitnah dunia
Syeikh nuruddin AlBanjari AlMakki jua Alim...baiknya BUMI Nusantara ramai Alim Ulama'...
tahu sebab apa ana tak nak jadi ustaz masa ana belajar di KIK masa usia 17 tahun sebab masa tu ana lihat segelintir ustaz yang kejar pangkat...keluar kenyataan mengarut...
Jiwa ana masa tu kasih kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz...
Maulana Asri Yusuf ada ceramah dalam satu tajuk bahaya jual agama untuk dunia... hanya Amal Lillahi Taala saja yang akan dikurniakan pahala kebajikan...
Dr Ana Dr Asri jujur dengan kenyataannya...biasa siasah perlu bijak...kan sekarang ni Pakatan rakyat dah kuasai 49.1 peratus... belum masuk hal percaturan di Sabah...ada 30 YB Sabah...apa perkembangannya...maka Dr Asri ni siasah bijak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-04-08 14:27


!!! QUOTE !!!

Pada 17-04-08 00:00 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!!
erkk.. secara umumnya jakim tak backup pun wahabi ini. Yang keluar artikel tahun 2006 itu bukan suara rasmi Jakim. Sebab ada juga pegawainya yang tidak bersetuju.

sila lihat di sini : http://al-ghari.blogspot.com

bukan itu maksud saya

mufti perlis dah "bid`ahkan" islam hadhari, nak tengok apa reaksi dr. mashitah, zahid and the gang, jangan Jakim yang backup balik dah, nanti macam sia-sia saja ilmu agama yang belajar selama ni...

maksudnya, jangan Jakim pula yang backup balik islam hadhari tu, buat apa Jakim nak backup mufti perlis?

wassalam.


JAKIM ni pelaksana Islam Hadhari....yang kena jawab isu Islam Hadhari ini ialah menteri dan timbalan menteri 'agama Islam'...

tapi ana yang cukup lama mengenali Dr Asri ni tetap beranggapan Dr Asri ini sekadar 'menangguk di air keruh'...

apa kata dr asri tubuhkan jemaah sendiri...jemaah salafiyyah...macam Hisbut Tahrir kalau betul-betul nak pengaruh rakyat... :berfikir: :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-04-08 15:12


pada ana Dr Asri better jadi wazir seperti Dr Masyitah Ibrahim...

Kira OK

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 22:55


Tak apa pada. Mereka ni masih bersemangat. InsyaAllah satu hari nanti mereka akan faham apa yang kita cuba sampaikan. Kalau tidak takkan mereka sebut sesat dengan mudah. Kita ni sebagai insan yang lemah, kurang ilmu dan juga banyak tak tahu lebih baik kita berdoa dan teruskan apa saja yang kita cuba lakukan dengan izin Allah. Tak semua macam mereka kerana ramai lagi warga ukhwah yang baca dan ada diantara mereka yang bagi feedback yang tidak seperti mereka. Walau apapun Jzkllah ya anak-anak atas respons. Ada kalanya orang suka buku itu dan buku ini tetapi kita kena jelas bahawa buku-buku tersebut hendaklah selaras dengan Al Quran dan As Sunnah. Jadi kalau kita cari ilmu maka kita kena tahu ilmu yang macam mana yang selaras dengan Al Quran dan As Sunnah. Berbanyak-banyaklah istighfar dan solat taubat agar kita tidak lari dari landasan sebenar.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 22:58


ralat - pada (Saifuddin sebab umi tulis initial Pok Ding jadi pada :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 23:04


Pada 17-04-08 15:12 , Saifuddin posting:

!!! QUOTE !!!

pada ana Dr Asri better jadi wazir seperti Dr Masyitah Ibrahim...

Kira OK


xdenya pak lah nak lantik dr. asri jadi menteri, calon2nya mesti yang macam dr. mashitah tu juga tak lebih tak kurang :sopan:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-08 23:21


ya, mungkin dr asri bijak bersiasah :) bijak juga mengeluarkan hukum melekehkan guru-guru pondok (masih tidak meminta maaf sehingga kini), melekehkan sheikh nuruddin al banjari (ada minta maaf?) melekehkan ahlul bait alawiyyin secara general (dah minta maaf ke belum), mengeluarkan hukuman bid;ah kepada umat Islam yang mengikuti talqin, tahlilan dan perkara furuk yang mempunyai hujjah sejak lama dahulu oleh para ulamak ahlussunnah wal jama'ah.

seorang pejuang Islam sejati mesti telus, berani menyatakan yang hak di hadapan pemerintah yang tidak betul. Bukan BN dah hampir jatuh barulah ditegur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-04-08 00:47


!!! QUOTE !!!

ya, mungkin dr asri bijak bersiasah bijak juga mengeluarkan hukum melekehkan guru-guru pondok (masih tidak meminta maaf sehingga kini), melekehkan sheikh nuruddin al banjari (ada minta maaf?) melekehkan ahlul bait alawiyyin secara general (dah minta maaf ke belum), mengeluarkan hukuman bid;ah kepada umat Islam yang mengikuti talqin, tahlilan dan perkara furuk yang mempunyai hujjah sejak lama dahulu oleh para ulamak ahlussunnah wal jama'ah.

seorang pejuang Islam sejati mesti telus, berani menyatakan yang hak di hadapan pemerintah yang tidak betul. Bukan BN dah hampir jatuh barulah ditegur.


tu tak campur lagi kes tak hormat mufti2 dalam mesy fatwa kebangsaan dan kes rentap mic imam di sebuah masjid di perlis... :berfikir: :berfikir: :berfikir: :jangan: :jangan: :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 19-04-08 16:24


Pada 15-04-08 20:12 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...:-)

takut hilang jawatan ke?

dr awal perlantikan lagi SS dah bgtahu, jawatan mufti tersebut hanyalah kontrak 2 tahun.. & beliau dipinjamkan oleh USM kepada krjn ngri Perlis

tahun lepas pun beliau ada ulang perkara yang sama di mainstream media

so soal takut hilang jawatan sama sekali tak timbul :-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 19-04-08 16:30


Pada 17-04-08 09:05 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

Saya mengajak para ilmuan dan tokoh-tokoh muslim masyarakat Malaysia berganding bahu dengan JAKIM melaksanakan inti-kandungan Islam Hadhari seperti yang ditulis.


kaki auta ke? atau ada yang tak boleh terima kenyataan?

lama dah SS tegur tentang PERLAKSANAAN konsep Islam Hadari.. dalam tulisan2 & kuliah2.. tapi kalau kuliah pun dah malas nak dengar & kalau dengar pun pilih2 tok guru saja, memang lah tak jumpa teguran SS tu

kalau lihat 10 prinsip IH, tak ada yang bercanggah dengan AQ & Sunnah.. contohnya prinsip pertama - KEIMANAN & KETAQWAAN kepada ALLAH

tapi perlaksanaan oleh pihak krjn tu yang jauh menyimpang.. sebab tu soal PERLAKSANAAN yang ditekankan

bila sampai suatu tempoh masih lagi gagal, wajar lah dikaji semua di mana silapnya & mengapa kekeliruan timbul, seperti saranan beliau


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 19-04-08 16:33


Pada 17-04-08 09:56 , azemi posting:

!!! QUOTE !!!



Maknanya, semasa diperkenalkan Dr.Asri menyokong jika ianya benar-benar dilaksanakan seperti yang tercatit dalam buku terbitan JAKIM tu..Namun selepas 4 tahun ni, ternyata Islam Hadhari tu tak kemana, malah menyebabkan kecelaruan pemikiran rakyat. Ini kerana kita tidak dapat merasai kesan daripada gagasan Islam Hadahri secara jelas. Malah, cakap-cakap Islam Hadhari tidak serupa bikinan pemimpin-pemimpin yang melaung2kannya..oleh itu Dr.Asri berpendapat, lebih baik momokan Islam Hadhari dihentikan..

thank you, ana tak perasaan dah ada post ni sebelum menaip tadi :-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-04-08 05:31


InsyaAllah dalam Minda Mufti SS Dr Maza telah dapat membuka minda ramai para intelek dan juga rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ni pandang negatif tentang Islam. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-04-08 07:28


Pada 19-04-08 16:33 , alea13 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-04-08 09:56 , azemi posting:

!!! QUOTE !!!



Maknanya, semasa diperkenalkan Dr.Asri menyokong jika ianya benar-benar dilaksanakan seperti yang tercatit dalam buku terbitan JAKIM tu..Namun selepas 4 tahun ni, ternyata Islam Hadhari tu tak kemana, malah menyebabkan kecelaruan pemikiran rakyat. Ini kerana kita tidak dapat merasai kesan daripada gagasan Islam Hadahri secara jelas. Malah, cakap-cakap Islam Hadhari tidak serupa bikinan pemimpin-pemimpin yang melaung2kannya..oleh itu Dr.Asri berpendapat, lebih baik momokan Islam Hadhari dihentikan..

thank you, ana tak perasaan dah ada post ni sebelum menaip tadi :-)



Jadi, jika dilihat pada quotation pertama, mula2nya dia tak menghalang dan kemudian tidak bersetuju kerana tidak dilaksanakan dengan elok?? maksudnya kalau 10 prinsip 'islam hadhari' itu berjaya dilaksanakan maka dia akan terus menyokong? saya bertanya.

Kerana ada ramai ulama bukan hanya setakat menentang ISlam Hadhari atas boleh dilaksanakan atau tidak, tetapi atas konsep dan namanya yang cuba mengubah sifat dan maksud pada perkatan dan makna 'islam' itu sendiri. Inilah yang mungkin ramai orang kata 'cuba mengubah agama' (dan pastinya tidak akan berjaya kerana Islam tetap dilindungi oleh Allah s.w.t.)

!!! QUOTE !!!

InsyaAllah dalam Minda Mufti SS Dr Maza telah dapat membuka minda ramai para intelek dan juga rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ni pandang negatif tentang Islam. Ameen Ya Rabbal Alameen.


Dan insyaAllah moga mind aitu dapat pula sebaliknya menerima pandangan dan pendapat para mufti serta ulama-ulamak lain di Malaysia dan tidak membuat kenyataan mengelirukan yang boleh memperendahkan orang lain, insyaAllah :D

Allahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-04-08 10:55


!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!
InsyaAllah dalam Minda Mufti SS Dr Maza telah dapat membuka minda ramai para intelek dan juga rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ni pandang negatif tentang Islam. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Dan insyaAllah moga mind aitu dapat pula sebaliknya menerima pandangan dan pendapat para mufti serta ulama-ulamak lain di Malaysia dan tidak membuat kenyataan mengelirukan yang boleh memperendahkan orang lain, insyaAllah

Allahu'alam


Ummi macam biasa tetap mempertahankan 'ulama-ulama Wahabi macam Asri ni...biaselah tu....

ana sokong swordofdeen dalam hal ini...Asri ni memang sejak dulu lagi di KISAS berseifat lidah bercabang...apa yang menguntungkan dia akan disokongnya dan apa yang merugikan dia akan dia tentang habis-habisan...

elok Asri ni dicampakkan ke dalam laut.... :lucu: :lucu: :lucu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-04-08 11:56


mungkin baru "tersedar" dan dapat "hidayah Allah" untuk menyatakan yang benar akibat sesuatu peristiwa. Kita tak tahu, sedangkan diri kita pun ada dosa dan silap. kita duduk perkatakan tentang manusia lain. diri kita?

kita tak tahu niat sesiapa kecuali Allah s.w.t, janganlah kita mengapikan keadaan, yang lepas itu sudah tercatit dalam kitab amalan, istighfar dan taubat mencuci dosa.

kita kan ada tangga2 kehidupan dalam perjalanan, jatuh bangun, salah di perbetul, berdosa kita taubat, Allah Maha Pengampun dan Menerima Taubat.

Jangan Sesekali menganggap diri itu sudah cukup baik, tetapi perbaikilah diri dan amalan selalu. :-)

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Tirmizi, dari Zubair bin Awwam, telah bersabda Rasulullah S.A.W:

"penyakit umat-umat sebelum kamu telah mula menjalar kepadamu, iaitu: dengki, saling benci-membenci, sedangkan kebencian itu adalah pencukur, iaitu pencukur agama bukan pecukur rambut, Demi diriku, Muhammad di tanganNya (ALLAH) tidaklah kamu dinamakan beriman sehingga kamu saling kasih mengasihi. Aku akan memberitahu kepada kamu sesuatu amalan yang apabila kamu melakukannya kamu akan saling kasih mengasihi. Iaitu sebarkan salam (Assalamua'laikum) sesama kamu"

Semoga kita terhindar dari penyakit tersebut dan penyakit2 mazmumah yang lain.

kita sendiri tak tunaikan hak sesama muslim ni kan? yang berkereta memberi salam kepada yang jalan kaki, yang jalan kaki beri salam pada yang duduk, yang seorang beri salam pada yang ramai, yang berdiri pada yang duduk. syiar dan doa kita tu kan beri salam tu kan?

kadang kita melihat sangat pada yang besar, tapi hak yang kecil pada diri sendiri kita tak nampak dan buat-buat tak nampak kerana dah rasa diri betul dan sempurna dari orang lain.

sekali lagi, Jangan Sesekali menganggap diri itu sudah cukup baik, tetapi perbaikilah diri dan amalan selalu kerana Allah dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Menegur dan memberi pendapat biarlah berhikmah tanpa menjatuhkan atau merendah-rendah kan sesiapa. sama ada di dalam forum atau pun di luar forum kan?

Ingat ada yang dok mencatit amalan kita sekecil-kecil amalan di kiri dan kanan bahu kita tu.

sahabat saya di eropah kata, dia terasa Islam semakin berkembang di eropah, padahal pemimpin negara bukanlah islam, tak ada mufti, tapi dari minoriti, mereka mengamalkan dan menyebarkan syiar dari kelompok bawah yang minoriti, makin lama ia tersebar, tanpa perlu menyalahkan sesiapa atau memfitnah sesiapa mahupun merendah-rendahkan sesiapa. Dugaan bagi mereka pun tak kurang hebat kan?

mungkin sebab minoriti mereka lebih "rapat" dari segi ukhwah dan mudah memberi salam sesama mereka dan mendoakan sesama mereka???

kita sebab "besar" "ramai" "majoriti" lalu jadi "longgar" "tidak rapat" walhal sukar memberi salam kepada sesama sendiri.

maaf jika ada yang tak betul. semoga kita tak tuntut menuntut di akhirat kelak. saya bimbang melihat perpecahan, tak usah di luar sana, di forum ini juga.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-04-08 12:08


Antara mengkritik, mendedahkan kebobrokan, memberikan penjelasan, Jika didiamkan kita bersekongkol, jika bersetuju sahaja (yang tak betul kita setuju, yang betul tentulah bersetuju) - jadilah macam pak angguk.

Akhirnya yang nampak semuanya solekan sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-04-08 13:42


Mufti yang mencapai darjat tinggi adalah mufti yang mengeluarkan fatwa dengan pandangan sederhana (tengah-tengah) yang dapat diterima oleh majoriti masyarakat. (Imam As Syatiby)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-04-08 14:05


Telah sepakat ulamak-ulamak bahawa tidak boleh seseorang Islam itu sewenang-wenangnya menyesatkan orang lain tanpa bukti sahih lagi kukuh, dan jika orang itu tidak sesat, kesesatan itu akan berbalik kepada sipenuduh

Berhati-hatinya ulamak dalam tuduhan kafir atau sesat ini boleh diambil contoh Imam Syafie. Beliau amat berhati-hati dalam memberi takrifan kafir kepada seseorang biarpun jelas dalam hadis menyatakan, "barangsiapa yang meninggalkan sembahyang, maka ia nyata kafir". Tetapi Imam Syafie tidak mengambil makna lahirnya, sebaliknya mentakwilkan bahawa orang itu hanya akan jatuh kafir bilamana dia meninggalkan sembahyang yang disertakan keyakinan bahwa sembahyang itu tidak wajib baginya.

Apa yang perlu kita lakukan ialah, merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w:
"Manusia itu memusuhi barang perkara yang mereka tidak tahu."
Oleh itu kalaulah ada perkara yang kita ragu atau tidak tahu, sebaiknya mengambil pendekatan begini:

1) Tawaquf iaitu berdiam diri, sepertimana ada ulamak yang berbuat demikian dengan alasan, lebih baik tidak berhukum daripada tersilap membuat hukum.

2) Takwil yang baik. Kerana Ilmu Allah itu luas, dan kita tidak mengetahuinya maka kita menyangka baik akan perkara itu.

3) Jika pun kita ingin sangat mengetahui, maka kita bertanya kepada yang ahlinya sepertimana firman Allah: "Hendaklah kamu bertanya kepada yang ahli (tahu) , jika kamu tidak tahu." (An-Nahl:43) Itupun kenalah dirujuk kepada pakar dalam hal yang ingin ditanya. Jika hal akidah, tanyalah pakar usuluddin. Jika hal tasauf, merujuk pada pakar tasauf.

Jelas, tidak boleh kita sembarangan menuduh orang dalam kesesatan, tanpa usul periksa dan tanpa kita jelas tentang sesuatu perkara, sedangkan Allah sudah mengingatkannya dalam Al-Quran, maksudnya: "Janganlah kamu menuruti sesuatu yang kamu tidak ada pengetahuan tentangnya, kelak pendengaran, penglihatan dan hati kamu akan dipertanggungjawabkan (di akhirat)." (Al-Isra':36)

http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=3781

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-04-08 14:05


Kita ni sepatutnya muafakat...bukan nak kritik saja...jika nak kritik pakai kalimah yang baik...memang saya dengar Dr Asri ni selalu sindir jemaah pengajian pondok...Syeikh Nuruddin ...kadang tu memang sakit telinga dengar...

Sepatutnya Ulama' perlu pakai kalimah lembut bila berbicara...baru sedap telinga nak dengar...
ini pandangan saya...

Saya fikir kita perlu muafakat dalam jemaah Islam sebab musuh kita memang banyak di luar sana...

Sekurangnya Dr Asri nyatakan ketidakperluan Islam hadhari memandangkan tiada banyak perlaksanaan aktiviti untuk capai prinsip pertamanya yakni KEIMANAN KETAQWAAN

Jika lah TAQWA maka jenayah sepatutnya dah kurang...ni kelmarin Adik Farah Syafikah yang lawa dah missing masa nak pergi beli ayam goreng ...waktu siang tu...
Bila banyak jenayah kita boleh katakan Indicator polis tak buat kerja tangkap penjenayah...pendatang tanpa izin ramai...Hukum Islam tak dilaksanakan bagi menakutkan penjenayah...cuba adik semua beri apa indicator bila penjenayah kurang

tamsilan

dihutan bula bab* banyak...indicator harimau yang jadi pengawal dihutan kurang atau dikurung atau mati ditembak oleh orang jahat...

contoh sesebuah company muflis...indicator mungking manager curi duit company...

indicator (English)=tanda (BM) = Ayah (dalam BA)
contoh bila banjir adalah indicator hutan ditebang dengan rakus...


jika minyak kereta...indicator di desk board kereta akan menyala...beri ingat supaya kita isi minyak...
Jika Dr Asri dah kata Islam Hadhari tak capai matlamat...esti ada sebabnya...

nak tanya Abang Imam...demo ngaji KISAS sezaman dengan Dr ASRI ke...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 14:20


KEMBALINYA PEMBERI FATWA KEPADA YANG BENAR
Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
www.almanhaj. or.id

Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Jika
seseorang ditanya tentang sesuatu, lalu ia memberi
fatwa mengenai hal tersebut, lalu setelah beberapa
waktu tampak baginya bahwa yang telah difatwakannya
itu tidak benar, apa yang harus diperbuatnya?

Jawaban :

Hendaknya ia kembali kepada yang benar dan memberi
fatwa dengan kebenaran serta mengatakan bahwa ia telah
salah. Hal ini sebagaimana yang dikatakan Umar,
"Kebenaran itu telah pasti." Dari itu, hendaknya ia
kembali kepada yang benar dan memberi fatwa yang benar
serta mengatakan, "Saya telah salah dalam masalah
terdahulu, saya menfatwakan begini dan begini, lalu
ternyata hal itu salah, adapun yang benar adalah
begini, begini." Tidak apa-apa begitu, bahkan
seharusnya memang begitu.

Bahkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, pemimpin
para pemberi fatwa, ketika orang-orang bertanya kepada
beliau tentang mengawinkan tanaman, yaitu pada pohon
korma, beliau mengatakan,

"Aku fikir itu tidak perlu."

Lalu orang-orang itu memberitahu beliau, bahwa jika
tidak demikian maka akan gagal. Selanjutnya beliau
mengatakan,

"Sesungguhnya aku hanya menduga. Jadi, jangan kalian
salahkan aku karena dugaan, tapi jika aku sampaikan
sesuatu dari Allah, hendaklah kalian menerimanya,
karena sesungguhnya aku tidak akan berdusta atas nama
Allah Subhanahu wa Ta’ala."

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk kembali
mengawinkan tanaman tersebut.

Demikian juga Umar Radiyallahu ‘anhu, pernah
menfatwakan bahwa saudara tidak mendapatkan warisan
dalam kondisi musyarakah (bila kakek orang yang
meninggal masih hidup). Kemudian menfatwakan kembali
berdasarkan dalil yang dianggap rajih dalam hal itu,
bahwa saudara tetap mendapatkan warisan.

Jadi, kembali kepada sesuatu yang diyakini oleh
seorang ulama, bahwa hal itu benar dan haq, adalah
sesuatu yang tidak diketahui, karena itulah jalannya
para ahli ilmu dan iman. Tidak ada dosa dalam hal ini,
tidak pula ada kekurangan, bahkan menunjukkan
keutamaan dan kekuatan imannya, karena ia mahu kembali
kepada yang benar dan meninggalkan yang salah.

Jika ada seseorang, atau ada orang bodoh yang
mengatakan, "Sungguh ini suatu aib" itu bukan apa-apa,
yang benar bahwa itu adalah keutamaan dan itulah
kelebihan, bukan kekurangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 17:13


Pada 15-04-08 20:12 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...:-)


Mungkin Abang Imam kurang bacaan, saya pernah baca dalam satu artikel yang mufti perlis ni tak kisah pun dengan jawatannya. Jangan serap jarang bro.. boleh jadi fitnah tu..


Saya rasa mufti Perlis antara salah seorang mufti yang buat kerja selain mufti perak.

Mufti2 lain tu wallahu a'lam.. Mungkin sibuk berzikir agaknya..


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 22-04-08 17:50


Pada 20-04-08 10:55 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!
InsyaAllah dalam Minda Mufti SS Dr Maza telah dapat membuka minda ramai para intelek dan juga rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ni pandang negatif tentang Islam. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Dan insyaAllah moga mind aitu dapat pula sebaliknya menerima pandangan dan pendapat para mufti serta ulama-ulamak lain di Malaysia dan tidak membuat kenyataan mengelirukan yang boleh memperendahkan orang lain, insyaAllah

Allahu'alam


Ummi macam biasa tetap mempertahankan 'ulama-ulama Wahabi macam Asri ni...biaselah tu....

ana sokong swordofdeen dalam hal ini...Asri ni memang sejak dulu lagi di KISAS berseifat lidah bercabang...apa yang menguntungkan dia akan disokongnya dan apa yang merugikan dia akan dia tentang habis-habisan...

elok Asri ni dicampakkan ke dalam laut.... :lucu: :lucu: :lucu:

?Nanti dulu, kita ikat kaki dan tangan dia... Lepas tu, kasi dia pakai seluar kecik corak kulit harimau... Baru boleh campak... 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 17:52


!!! QUOTE !!!

Mufti yang mencapai darjat tinggi adalah mufti yang mengeluarkan fatwa dengan pandangan sederhana (tengah-tengah) yang dapat diterima oleh majoriti masyarakat. (Imam As Syatiby)


Macam mana pula kalau ada mufti yang memberi fatwa yang mengelirukan, memperendahkan pendapat ulama dan mujtahid serta mufti lain?

!!! QUOTE !!!

Telah sepakat ulamak-ulamak bahawa tidak boleh seseorang Islam itu sewenang-wenangnya menyesatkan orang lain tanpa bukti sahih lagi kukuh, dan jika orang itu tidak sesat, kesesatan itu akan berbalik kepada sipenuduh


Dah tu macam mana ya keadaan saya, saya pernah dikatakan fasik dan keluar dari islam kerana saya memaca yassin pada malam jumaat dengan kawan-kawan saya (yang ada sesetengahnya bekas mat rempit baru nak rapat ke masjid). Yang kafikran dan fasikkan saya tu guna kata kunci bid'ah.

Saya pun pernah kena halau dari satu masjid sebab berdoa selepas solat ( di utara semenanjung). macam mana pula ya?


habis sesi pertanyaan.

Then again, saya tidak mempersoalkan peribadi Dr Asri atau apa pun cuma saya just nak ulangi beberapa point saya sebelum ini:

Pada 15-04-08 17:22 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!



Alhamdulillah, akhirnya mufti perlis bersuara juga.

Maka bertambahlah seorang lagi di kalangan orang-orang berilmu yang menolak konsep Islam Hadhari, yang sekian lama cuba difahamkan oleh puluhan ulamak lain sejak ia mula diperkenalkan sejak dahulu lagi...Namun ketika itu media malaysia sibuk mengatakan mereka sebagai 'ulama pembangkang'.


1. Sebelum Dr Asri buat kenyataan tentang terpesongnya ISlam Hadhari, ada ramai ustaz2 dan ulamak-ulamak telah membuat kenyataan tersebut malah sejak ISlam Hadhari itu mula diperkenalkan.

Oleh sebab itu, saya benar-benar berharap agar yang menyokong kenyataan Dr Asri akan turut sama juga menyokong kenyataan ustaz2 serta ulamak-ulamak lain yang telah membuat kenyataan tersebut (walaupun mereka dari pihak pembangkang).

Dan moga beberapa tuduhan terhadap pembangkang dapat ditarik balik (mengenai diresapi syiah dan sebagainya)

Pada 20-04-08 07:28 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!



Jadi, jika dilihat pada quotation pertama, mula2nya dia tak menghalang dan kemudian tidak bersetuju kerana tidak dilaksanakan dengan elok?? maksudnya kalau 10 prinsip 'islam hadhari' itu berjaya dilaksanakan maka dia akan terus menyokong? saya bertanya.

Kerana ada ramai ulama bukan hanya setakat menentang ISlam Hadhari atas boleh dilaksanakan atau tidak, tetapi atas konsep dan namanya yang cuba mengubah sifat dan maksud pada perkatan dan makna 'islam' itu sendiri. Inilah yang mungkin ramai orang kata 'cuba mengubah agama' (dan pastinya tidak akan berjaya kerana Islam tetap dilindungi oleh Allah s.w.t.)

Dan insyaAllah moga minda itu dapat pula sebaliknya menerima pandangan dan pendapat para mufti serta ulama-ulamak lain di Malaysia dan tidak membuat kenyataan mengelirukan yang boleh memperendahkan orang lain, insyaAllah :D

Allahu'alam


2. Penolakan Islam hadhari kena jelas; bukan hanya apabila ia tak berjaya baru kita tolak.

Ianya ditolak kerana asasnya sendiri telah cuba mencemarkan Islam.


3. Sebagaimana kita minta orang menerima pandangan an 'minda' kita, begitulah juga kita kena hormat pandangan dan 'minda' orang lain, apatah lagi jika orang itu sama bidangnya dengan kita.





"Ulama pemandu professional dan bukan professional memandu ulama"


Allahu'alam


p/s: pandangan saya tak mengutuk dr Asri, so bagi sekalian penyokong beliau, harap faham.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 17:57


teman nak tanya satu benda ni antara Mufti dan Qadhi yang manakah lebih besor? suara siapakah yang lebih kuat?

Mufti mengeluorkan Fatwa, Qadhi melaksanakan hukum....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 21:01


Pada 22-04-08 14:20 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

KEMBALINYA PEMBERI FATWA KEPADA YANG BENAR
Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
www.almanhaj. or.id

Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Jika
seseorang ditanya tentang sesuatu, lalu ia memberi
fatwa mengenai hal tersebut, lalu setelah beberapa
waktu tampak baginya bahwa yang telah difatwakannya
itu tidak benar, apa yang harus diperbuatnya?

Jawaban :

Hendaknya ia kembali kepada yang benar dan memberi
fatwa dengan kebenaran serta mengatakan bahwa ia telah
salah.


apa yang saya perasan, kenyataan Dr. Asri kali ni bertentangan dengan kenyataan beliau sebelum ni. iyalah, dulu menyokong, sekarang membangkang (bukan pembangkang) pula.

menurut pandangan di atas, kena bagitau kepada masyarakat bahawa pandangan yang salah sebelum ni adalah salah, macam mana tu?

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 22:22


Pada 22-04-08 17:13 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-08 20:12 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...:-)


Mungkin Abang Imam kurang bacaan, saya pernah baca dalam satu artikel yang mufti perlis ni tak kisah pun dengan jawatannya. Jangan serap jarang bro.. boleh jadi fitnah tu..


Saya rasa mufti Perlis antara salah seorang mufti yang buat kerja selain mufti perak.

Mufti2 lain tu wallahu a'lam.. Mungkin sibuk berzikir agaknya..



Ya, sibuk berzikir, harapnya anda ini kalau nak tengok pergerakan mufti pergilah ikuti mereka di pejabat mufti. Adakah semua kerja mereka perlu diberitahu dan disiarkan di dalam berita?

Jika yang anda nampak pun mufti perlis itu sebab ia sendiri sudah ada platformnya untuk bercakap dalam akhbar. Adakah menunjukkan mufti lain tidak bercakap di dalam risalah edaran setiap bulan di negeri masing-masing?

Bagi saya semua mufti membuat kerjanya - cuma tak perlu dihebohkan sebagaimana di dalam media. Cuma kadangkala mereka mendapat tempat di dalam akhbar. Adakah ia sebenarnya selected person only? WaLlahua'lam.


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 07:46


Pada 22-04-08 22:22 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-04-08 17:13 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-08 20:12 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...:-)


Mungkin Abang Imam kurang bacaan, saya pernah baca dalam satu artikel yang mufti perlis ni tak kisah pun dengan jawatannya. Jangan serap jarang bro.. boleh jadi fitnah tu..


Saya rasa mufti Perlis antara salah seorang mufti yang buat kerja selain mufti perak.

Mufti2 lain tu wallahu a'lam.. Mungkin sibuk berzikir agaknya..



Ya, sibuk berzikir, harapnya anda ini kalau nak tengok pergerakan mufti pergilah ikuti mereka di pejabat mufti. Adakah semua kerja mereka perlu diberitahu dan disiarkan di dalam berita?

Jika yang anda nampak pun mufti perlis itu sebab ia sendiri sudah ada platformnya untuk bercakap dalam akhbar. Adakah menunjukkan mufti lain tidak bercakap di dalam risalah edaran setiap bulan di negeri masing-masing?

Bagi saya semua mufti membuat kerjanya - cuma tak perlu dihebohkan sebagaimana di dalam media. Cuma kadangkala mereka mendapat tempat di dalam akhbar. Adakah ia sebenarnya selected person only? WaLlahua'lam.



Takpala kita husno zhon... tapi kalau boleh gantikan mufti yang lebih proaktif..

Gaji mufti banyak ke ?


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 08:21


Pada 16-04-08 17:23 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Orang Melayu rasa pelik dengan perkataan hadhari. Hadhari ni Islam baru ke? Jadi bila dah keliru almaklum sajalah seterusnya berlakulah apa yang kita dah nampak sehingga hari ini. Sebab hadhari jugalah Dr Abdullah Mat Zain tak jadi menteri lagi. Perkataan hadhari membawa badi. Islam tu Islam jadi janganlah tambah apa apa lagi.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


ummi...nak tanya sikit....agak-agak lah Kenapa dr asri ni tak ajak kita semua sokong Pakatan Rakyat dan hanya suruh kita tinggalkan Islam Hadhari?...

kan ummi se'kapei' dengan dr asri.... :lucu: :lucu: :lucu:



Tunggu pakatan rakyat jadi pemerintah...bagi SS keluar keyataan pulak "Haram melepaskan ketaatan thadap pemerintahan pakatan rakyat"... :-D :-D :-D


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-08 09:44


Pada 23-04-08 07:46 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-04-08 22:22 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-04-08 17:13 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-04-08 20:12 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...:-)


Mungkin Abang Imam kurang bacaan, saya pernah baca dalam satu artikel yang mufti perlis ni tak kisah pun dengan jawatannya. Jangan serap jarang bro.. boleh jadi fitnah tu..


Saya rasa mufti Perlis antara salah seorang mufti yang buat kerja selain mufti perak.

Mufti2 lain tu wallahu a'lam.. Mungkin sibuk berzikir agaknya..



Ya, sibuk berzikir, harapnya anda ini kalau nak tengok pergerakan mufti pergilah ikuti mereka di pejabat mufti. Adakah semua kerja mereka perlu diberitahu dan disiarkan di dalam berita?

Jika yang anda nampak pun mufti perlis itu sebab ia sendiri sudah ada platformnya untuk bercakap dalam akhbar. Adakah menunjukkan mufti lain tidak bercakap di dalam risalah edaran setiap bulan di negeri masing-masing?

Bagi saya semua mufti membuat kerjanya - cuma tak perlu dihebohkan sebagaimana di dalam media. Cuma kadangkala mereka mendapat tempat di dalam akhbar. Adakah ia sebenarnya selected person only? WaLlahua'lam.



Takpala kita husno zhon... tapi kalau boleh gantikan mufti yang lebih proaktif..

Gaji mufti banyak ke ?


Banyak.... Kalau jadi mufti pro UMNO lagi banyak... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 10:06


Gaji mufti? nanti karang ada yang pertikai mengapa ustaz-ustaz ada gaji pulak, tak ikhlas.. Padahal semua ini telah dibahaskan oleh ulamak, dan dibenarkan kepada alim ulama untuk mengambil upah untuk keperluan hidupnya. Bukan atas dasar bermewahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-08 10:32


Pada 23-04-08 10:06 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Gaji mufti? nanti karang ada yang pertikai mengapa ustaz-ustaz ada gaji pulak, tak ikhlas.. Padahal semua ini telah dibahaskan oleh ulamak, dan dibenarkan kepada alim ulama untuk mengambil upah untuk keperluan hidupnya. Bukan atas dasar bermewahan.

Orang kerja mestilah nak gaji... kalau tak ada gaji nak makan apa...? Jadi menteri pun ada gaji... Yang tu kita tak persoal pulak...? Berapa gaji Pak Lah sekarang ini..? siapa nak jawab..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 11:45


Hahaahah... kita ni kadang-kadang sedap saja mengata orang.. tapi diri sendiri pun bukan bagus sangat nak mengata orang..


Ke dah bagus sangat sampai dah tade dosa sibuk nak mengata orang lain? Dah jadi Malaikat ke asyik nak blame orang.. Kita tau ke hujung pangkal sampai kita boleh judge orang berdasarkan knowledge kita?

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 11:54


Pada 17-04-08 09:05 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

hehehehe...memang bebetui kaki auta encik mufti perlis ni...

dulu dia tulih macam ni

PRO-KONTRA ISLAM HADHARI
Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin
[email protected].

(Penyelaras Sekretariat Falsafah Dan Sains Islam USM)

Islam adalah agama yang bertamadun. Sama ada ditambah perkataan hadhari atau tidak, tidak akan menjejaskan nilaian ketamadunan yang telah diletakkan oleh Allah dan RasulNya di dalam ajaran yang mulia ini. Islam yang sempurna seperti yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah merangkumi seluruh aspek kehidupan dan hajat manusia; sama ada di sudut tamadun kebendaan atau keruhanian. Penambahan perkataan al-hadhari selepas perkataan al-Islam bertujuan menggambarkan betapa Islam itu bertamadun. Sekalipun perkataan al-Islam sudah memadai, namun barangkali penambahan perkataan hadhari dirasakan mampu menyedarkan umat yang lalai bahawa Islam yang dianuti menuntut mereka membangun. Islam tidak mengajar umatnya mundur dan menjadi mangsa orang lain. Sebaliknya umat Islam mestilah bersifat memimpin manusia dan membimbing mereka ke arah tamadun yang sebenar, yang diredhai Allah kerana Islam itu bersifat hadhari.

Pada asalnya, seperti yang dijelaskan di atas, kalimah al-Islam itu sudah memadai tanpa perlu kepada sebarang penambahan. Ini kerana Allah menamakan agamaNya sebagai al-Islam tanpa sebarang penambahan. Sekalipun disedari al-Islam yang diturunkan Allah sememangnya bersifat hadhari, seperti mana ia bersifat ruhi.

Namun dalam beberapa keadaan sifat hadhariyyah itu wajar untuk ditonjolkan, sebagai satu usaha dan ijtihad bagi menjaga nama Islam. Penambahan ini hanyalah sekadar taukid iaitu bagi lebih menjelaskan. Seperti kita menyebut “Muhammad s.a.w dia al-rasul yang mulia”. Perkataan Rasul sememang sudah terkandung makna atau maksud mulia. Ini kerana tidak mungkin seorang rasul tidak bersifat mulia.Namun penambahan perkataan mulia dibuat bagi memperkukuhkan perkara atau tajuk yang sedang diceritakan.

Saya melihat ada kewajaran penjelasan perkataan al-Hadhari bagi kalimah al-Islam dalam beberapa keadaan konteks tertentu. Keadaan-keadaan tersebut, saya rumuskan seperti berikut :

pertama: Apabila Islam sedang ditohmah oleh pihak musuh sebagai agama yang tidak bertamadun dan mundur. Perkataan al-Hadhari ditambah bagi menafikan dakwaan tersebut.

Kedua: Apabila berlakunya salah sangka non-muslim terhadap sifat Islam dengan menganggap Islam tidak membawa kemajuan dan ketamadunan, atau mereka menyangka Islam sama seperti sifat agama-agama lain. Pernambahan perkataan hadhari mungkin boleh membantu mereka memahami kedudukan sebenar Islam.

Ketiga: Apabila umat Islam lalai dan cuai dalam menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Allah dan RasulNya sehingga kelihatan mereka tidak lagi menjadi umat yang berdaulat dan megah. Sebaliknya mereka tertindas, terpengaruh dengan kehebatan orang lain sehingga melupai Islam yang bersifat tamadun yang dianuti oleh mereka. Ketika itu perkataan al-Hadhari ditambah bagi mengingat umat bahawa Islam yang sebenar bersifat tamadun.

Keempat: Ketika umat Islam gagal memperlihatkan kepada dunia ciri-ciri ketamadunan diri yang bersesuaian dengan Islam yang bersifat hadhari. Kemunduran umat menjadi fitnah kepada Islam. Ketika itu, dunia mesti dijelaskan bahawa telah berlaku perbezaaan antara sikap penganut Islam dengan Islam yang hadhari. Kemunduran tidak boleh dikaitkan dengan Islam, justeru kerana Islam itu bersifat hadhari.

Kelima: Ketika kita sedang melancarkan kempen kesedaran agar umat Islam kembali bangkit membina kegemilangan lampau. Seruan yang mengingatkan tentang tamadun yang menjadi sifat Islam akan mampu menjadikan umat lebih tertumpu dan fokus kepada objektif yang hendak dituju iaitu mereka mesti bergerak membina semula kecemerlangan tamadun.

Sebelum perkataan Islam Hadhari kedengaran di Malaysia, sebenarnya sudah ada beberapa penulis muslim Arab yang menggunakan perkataan yang sama dalam tulisan mereka merujuk kepada konteks perbincangan tertentu. Antaranya Mamduh al-Syeikh dalam tulisannya “Ab‘ad al-Hadharah: Maza ‘Ata al-Islam li al-Basyariyyah”. Tulisan ini disiarkan di internet (www.arabworldbooks.com)


Buku Konsep Islam Hadhari: Satu Pendekatan

Namun dalam keadaan biasa atau percakapan biasa yang tidak berhadapan dengan kemelut yang dinyatakan, tidak wajar sengaja diganti nama Islam dengan Islam Hadhari. Melainkan jika perkataan itu bukan bermaksud menggantikan Islam itu sendiri, sebaliknya satu projek pembangunan umat yang bernama sedemikian. Inilah yang saya lihat tujuan bertulis pihak pemerintah sekarang. Projek pembangunan umat yang sedang ditaja itu dinamakan Islam Hadhari. Setelah saya baca buku konsep “Islam Hadhari: Satu Penjelasan” yang dikeluarkan oleh JAKIM, saya kira, sebagai ahli akademik saya patut menilainya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana unsur. Di situ ditakrifkan Islam Hadhari sebagai “Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam” (m.s 9).

Dari sini dapat difahami bahawa Islam Hadhari bukanlah satu agama baru, sebaliknya suatu pendekatan. Namun barangkali perkataan Islam yang digunakan itu menjadi saingan di fikiran sesetengah masyarakat, seakan terasa oleh mereka perkataan itu ingin mengambil alih Islam yang asal. Sekalipun kita tahu bukan itu hasrat penajanya. Bahkan dalam buku tersebut dinyatakan “Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan satu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariah dalam ajaran Islam, malah menekan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan”. (m.s. 6).

Ternyata hasrat Islam Hadhari begitu murni. Namun jika perkara ini masih di peringkat mencari nama, saya tentu ingin mencadangkan ditambah perkataan lain seperti “Masyarakat Islam Hadhari” atau “Pendekatan Islam Hadhari” dan seumpamanya. Agar perkataan hadhari itu dikembalikan kepada perkara lain. Dengan itu dapat difahami bahawa pendekatan itu yang ingin ditamadunkan, atau masyarakat itu yang ingin ditamadunkan dan sebagainya, bukan Islam yang asal belum cukup hadhari lalu diganti dengan Islam yang baru.

Namun isu nama ini seakan telah menjadi ketetapan. Maka kita terima seadanya. Apa yang penting sekarang adalah isi dan agenda. Para ulama menyebut “Tiada Perbalahan Dalam Soal Istilah”. Syaratnya selagi kandungannya betul dengan syarak. Saya fikir kita pun telah lama menerima perkataan ‘wad bersalin’. Sekalipun orang perempuan yang bersalin di dalamnya, bukan wad itu. Namun demikianlah seadanya.

Saya fikir, tidak wajar dipersalahkan masyarakat yang tersalah faham jika mereka pula bukan kaki mencari kesalahan orang lain. Tindak balas negatif masyarakat pada peringkat awal adalah disebabkan sayangnya mereka terhadap Islam yang tulen. Mereka tidak mahu sebarang gantian bagi Islam. Islam adalah yang pertama dan terakhir sebagai agama bagi mereka. Sekalipun disudut amalan mungkin banyak kelemahannya. Namun cinta hati mereka tetap kukuh. Tindakbalas negatif terhadap Islam Hadhari mungkin tanda peka dan cintakan Islam yang asal. Apatah lagi pada peringkat awal tiada penjelasan yang memuaskan.

Apa tidaknya, orang akademik pun jika tidak dijelaskan maksud perkataan ini akan pelik dan keliru. Saya difahamkan oleh seorang tokoh bahawa Dr Yusuf al-Qaradawi ingin menemui yang.A.B PM untuk mengetahui maksud Islam Hadhari. Lihatlah, kalau ilmuan muslim seperti dia pun terpaksa mendapat penjelasan dari penaja, apatah lagi orang awam. Ini kerana, istilah ini baru digembar-gemburkan.

Bagi saya yang penting isi kandungan Islam Hadhari seperti yang tercatat dalam buku tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Berbahagialah negara dan umat jika isi kandungannya dapat benar-benar dilaksanakan. Janganlah pula hanya tinggal slogan semata.

Salah Faham Terhadap Islam Hadhari

Salah faham ini saya lihat datang datang dari dua pihak. Pertama pihak yang anti rancangan ini dengan tidak menilai secara terbuka dan adil. Mereka mungkin mengetahui kebaikan projek ini, tetapi mungkin perkara ini tidak menguntungkan mereka. Maka mereka gambarkannya dengan wajah yang sangat negatif tanpa penilaian seimbang. Kedua, dari penyokong-penyokong Islam Hadhari itu sendiri, yang menafsirkan Islam Hadhari lain dari apa yang diterangkan oleh JAKIM.

Saya lihat ada kecenderungan sesetengah pihak menggunakan nama Islam Hadhari untuk menghalalkan perkara-perkara munkar. Apabila dikatakan kepada mereka perbuatan atau tindakan tertentu bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah, mereka katakan “kita berpegang kepada Islam Hadhari”. Islam Hadhari bagi mereka seakan-akan agama baru yang tidak perlu berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Sedangkan dalam buku Islam Hadhari keluaran JAKIM disebut: “Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai teras pegangan dan rujukannya” (m.s.19).

Saya tidak pasti apakah mereka mempunyai tafsiran sendiri terhadap Islam Hadhari lain dari apa yang dinyatakan oleh JAKIM, atau mereka ingin menjadikan Islam Hadhari ini sebagai benteng ajaran-ajaran salah mereka. Kelihatan sekarang golongan ‘Islam Liberal’ cuba menghalal ajaran-ajaran mereka yang memutar belitkan al-Quran dan al-Sunnah atas nama Islam Hadhari. Kemuncaknya, mereka akan menganggap semua agama adalah benar dan ke syurga. Ini adalah kufr bawwah!! Jangan pula perkara ini disandarkan kepada Islam Hadhari. Apa yang membimbangkan kita tidak dapat pastikan tafsiran siapa yang akan mengepalai projek ini. Kita mengharapkan JAKIM akan bertegas dengan tafsirannya dan memenangi perjuangan bertulis tersebut.

Ketua Anti-Hadith Negara dalam tulisannya juga mengajak kepada Islam Hadhari sebagai gantian Islam yang sedia ada. Saya tidak pasti apakah tafsiran Islam Hadhari dia?!!. Jika Anti-Hadith pun syok dengan Islam Hadhari, sedangkan dia menolak Islam Nabi SAW, maka amatlah membimbangkan kita. Nampaknya usaha ke arah menjelaskan maksud sebenar Islam Hadhari perlu ditingkatkan.

Kekeliruan juga ditambah dengan makin hebatnya kebangkitan hiburan tanpa sempadan halal dan haram di media dan pusat-pusat hiburan. Media yang terus menggalakkan perkara ini, media yang sama berkempen Islam Hadhari. Ramai akan menjadi tidak faham. Kita tahu tidak ramai yang membaca buku keluaran JAKIM tersebut. Masyarakat lebih menilai apa yang mereka dengar dan lihat, bukan apa yang mereka baca. Apa yang dilihat adalah alam realiti. Apa yang dibaca masih lagi hanya catatan atas kertas yang belum tentu pasti berfungsi. Kerja utama sekarang adalah mengeluarkan falsafah dan teori Islam Hadhari dari atas kertas kepada pelaksanaan di atas pentas kehidupan masyarakat Malaysia. Tamadun tidak hilang disebabkan kurangnya hiburan, tetapi ia hilang apabila kurangnya cendekiawan dan umat pula asyik berkhayal.

Saya mengajak para ilmuan dan tokoh-tokoh muslim masyarakat Malaysia berganding bahu dengan JAKIM melaksanakan inti-kandungan Islam Hadhari seperti yang ditulis. Inilah peluang membangunkan umat yang rebah. Jika yang rebah terus dibiarkan rebah, kita juga yang binasa, sedangkan peluang dibuka. Sehingga sekarang ada beberapa perlaksanaan yang patut dipuji, antaranya J-QAF. Bukanlah sifat yang bijak sekadar berbalah dalam pemilihan istilah.

Demikian juga pihak kerajaan. Jangan falsafah tinggal falsafah. Teori tinggal teori. Akhirnya nanti Islam Hadhari tidak jadi agenda pembangunan umat seperti yang diidamkan, sebaliknya hanya sekadar agenda politik. Kita mengharapkan keikhlasan kerajaan melaksanakan isi kandungan Islam Hadhari seperti yang termaktub, dan kita ingin membantunya.

Bagi membantu membangunkan projek Islam Hadhari saya ingin mengingatkan kita kepada beberapa perkara berikut:

- Mentamadunkan Umat Bukan Merangka Semula Agama

Adapun ajaran Islam sudah sempurna dan cukup. Tidak memerlukan sebarang penambahan. Tidak memerlukan asas-asas baru. Sesiapa yang cuba membuat asas-asas baru bagi Islam, selain dari apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah bererti dia sebenarnya sedang membuat agama baru.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Ali ‘Imran:85)

Firman Allah juga: (maksudnya): Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan mereka yang diberikan Kitab itu (Yahudi dan Nasrani) tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah datang kepada mereka pengetahuan (yang sah tentang kebenarannya) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.(Surah Ali ‘Imran 19)

Maka jelas bahawa Islam tidak berhajatkan kepada sebarang pembaharuan. Apa yang perlu diperbaharukan ialah sikap dan pemikiran umat yang mengaku menyandarkan diri kepada Islam. Umat Islamlah yang perlu ditamadunkan agar mereka menjadi lebih selaras dengan Islam yang dianuti oleh mereka. Ini kerana yang menjadi punca masalah ialah sikap umat bukan agama yang dianuti oleh mereka. Setelah menggambarkan keagungan generasi Islam yang lampau, ‘Ali Tantawi berkata: “Mijoriti kaum muslimin hari ini, disebabkan kecuaian mereka dengan kewajipan-kewajipan agama ini, maka mereka berada di belakang umat-umat yang lain, mereka menjadi hujah untuk musuh-musuh Islam (menghina Islam-pen). Sehingga Jamal al-Din al-Afghani, atau Muhammad ‘Abduh menyebut perkataan yang hebat: “Islam itu terlindung oleh penganutnya”. (‘Ali Tantawi, Mauqifuna min al-Hadarah al-Gharbiyyah, m.s. 45, cetakan: Dar al-Manarah, Jeddah.)

- Al-Quran dan al-Sunnah Mesti Benar-Benar Berfungsi Dalam Agenda Islam Hadhari

Atas apakah tamadun diukur dan dibina?. Apabila kita memperkatakan Islam yang bersifat tamadun ertinya diri Islam itu sendiri bertamadun. Menghayati Islam yang sebenar bererti menghayati tamadun keagungan. Sumber Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah. Sesiapa yang menghayati dan beramal dengan sumber agung ini bererti dia mengamalkan Islam yang sebenar. Sesiapa yang mengamalkan Islam yang sebenar bererti dia sedang menghayati tamadun yang agung. Kemunduran umat hari ialah kerana mereka menyimpang dari kedua sumber agung ini.

Kita tidak boleh untuk membina tamadun kegemilangan dengan membebaskan diri dari ikatan-ikatan Islam, kononnya kerana inginkan kemajuan dan keterampilan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan memisahkan diri dari ikatan Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah, maka tidak perlu kita membinanya atas nama Islam. Jika inginkan ketamadunan dalam ertikata yang tidak difahami oleh Islam, Tamadun Barat sudah terbentang luas untuk kita menganutinya. Namun apabila kita ingin membina kemajuan dan ketamadunan atas nama Islam, maka kita mesti terikat dengan kehendak dan peraturan Islam. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Namun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal bahawa hadarah (ketamadunan) yang Islam hendak dirikannya bukan seperti tamadun-tamadun yang lain yang lebih mementingkan sudut kebendaan dalam kehidupan, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu pada insan. Mementingkan kelazatan yang segera di dunia. Maka ia menjadikan dunia itu perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Ia tidak meletakkan bagi Allah suatu kedudukan yang disebut di dalam falsafahnya. Akhirat tiada ruang baginya dalam sistem pemikiran dan pendidikan. Ini bercanggah dengan hadarah al-Islam (Tamadun Islam). Ia menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi dengan langit. Ia menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan antara ruh dan kebendaaan. Menseimbangkan antara akal dan hati. Menghimpunkan antara ilmu dan iman. Ia mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun keruhanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individu dan jamaah. Ia adalah tamadun yang seimbang dan pertengahan”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sunnah masdaran li al-Ma’rifat wa al-Hadarat, m.s. 204, cetakan: Dar al-Syuruq, Mesir).

Justeru itu, sesiapa yang ingin membicara tentang ketamadunan yang hendak dibina atas nama Islam hendaklah jelas di hadapannya panduan dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Tamadun yang dibina dan diseru oleh kedua sumber agung adalah tamadun yang tulen lagi seimbang.

- Para Pengusaha Projek Islam Hadhari Hendaklah Memahami Kekuatan Tamadun Umat

Para pengusaha pembangunan umat di bawah projek Islam Hadhari ini, hendaklah benar-benar memahami tabiat tamadun umat ini. Ini khususnya menteri-menteri kabinet yang kita anggap tonggak kepada pendekatan ini. Demikian juga menteri-menteri besar. Kejayaan rakyat menghayati projek pembangunan umat yang bernama Islam Hadhari ini sangat berkait dengan kejayaan tonggak-tonggak utama ini memahami tabiat tamadun umat itu sendiri.

Secara ringkasnya, sebelum kita membicara dan melaksanakan sesuatu, kita hendaklah memahami tentang hakikat perkara yang dibicarakan yang merangkumi latar belakang, tabiat dan ciri-cirinya. Demikian juga apabila kita membincangkan tentang tamadun Islam. Kita hendak memahami asas-asas Islam, ciri-cirinya, tabiatnya dan latar belakangnya

Justeru, kita tidak mungkin memahami dan mengulas tamadun yang telah dibina oleh generasi umat Islam yang lampau tanpa menghayati akidah dan pegangan Islam yang mereka kukuh berpaut dengannya. Mereka membina tamadun dengan acuan Islam yang diimani oleh mereka. Islam itu yang mengalir dalam urat nadi tamadun yang mereka pasak. Mereka mencintai dan membina tamadun di atas tapak tersebut. Tanpa memahami keimanan mereka, kita tidak akan mampu memahami kekuatan tamadun Islam sepanjang zaman. Tokoh sejarahwan Islam kini, Mahmud Syakir pernah membuat suatu perbandingan (analogi) yang sangat menarik, katanya:”Sesungguhnya seorang juru bina tidak akan dapat mendirikan binaan melainkan setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain. Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang berkesan melainkan setelah dia bertanya pesakit mengenai puncanya, makanan, minuman dan lain-lain. Demikian juga seorang sejarahwan tidak dibolehkan menyebut sesuatu kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan tanpa mengetahui titik tolak umat ini iaitu `aqidah dan segala yang terpancar darinya iaitu kefahaman, nilaian dan maksud. Ini kerana dibimbangi akan memesongkannya di belakang hawa nafsu dan huraian yang salah yang akan membawa kepada mengubah sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh pula dari kefahaman yang sebenar”. (Mahmud Syakir, Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy, m.s. 3-4, cetakan: Dar al-Maktab al-Islami, Beirut)

Apabila kita ingin mencontohi mereka tanpa mengetahui rahsia kekuatan iaitu berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah maka kita akan gagal. Hari ini kita mungkin tertanya-tanya: Ke mana pergi ketamadunan agung yang telah dibina oleh kaum muslimin, khususnya bangsa Arab? Mengapa dunia arab menjadi hina? Ke manakah perginya arab yang dikatakan dahulunya pernah membuka empayar yang memberi kedamaian dan keadilan kepada dunia sejagat. Di manakah hilang khazanah tamadun yang dibanggakan oleh umat yang tercatat dengan tinta emas dalam lipatan sejarah peradaban manusia?

Jawapan sebenarnya terhimpun dan ucapan amirul mukminin `Umar bin al-Khattab .a. pada hari beliau ke Syam dalam keadaan dan pakaian yang serba sederhana. Beliau ditegur oleh pimpinan tentera kerana bimbang keadaan beliau itu menjejas identiti beliau di hadapan tentera. Beliau menjawab dengan ucapan yang sangat bermakna: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. (Riwayat ini sanadnya disahihkan oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi. Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut.)

Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh menggambar betapa Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil dari pentas sejarah. Sekalipun pada Arab itu ada ciri-ciri yang baik dan akhlak yang mulia. Mereka memiliki keberanian dan kepandaian dalam senjata, juga tunggangan kuda. Mereka mempunyai bahasa yang tinggi nilainya, indah dan baik. Malangnya kesemua itu tidak mampu membawa mereka ke persada sejarah yang gemilang. Namun mereka akhir berjaya memasuki pentas sejarah apabila mereka menjadi pembawa risalah dan hidayah. Sehingga al-Nadwi menyatakan: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India)

Asas-asas yang diletakkan oleh al-Quran dan al-Sunnah menuntut beberapa perkara dalam kehidupan agar kita dalam menjadi ummah yang bertamadun. Antara perkara penting dalam membina tamadun ialah menjaga ketulenan agama. Generasi Islam yang bertamadun, memelihara khazanah ketulenan agama mereka.

Oleh kerana agama adalah asas yang menjadi tapak pembinaan tamadun, maka agama mesti dipelihara ketulenannya. Ketulenan itu dipelihara pada dua bahagian;

Pertama: Ketulenan sumber.

Kedua: Tafsiran terhadap sumber yang tulen dengan kaedah-kaedah yang betul.

Agama mesti kekal terpelihara. Apatah lagi dalam dunia yang maklumatnya serba tangkas dan pantas. Sesuatu yang benar dan bohong sukar untuk dinilai. Sifat insan muslim yang bertamadun sentiasa menyaring dan memilih agar dia tidak terperangkap dengan maklumat yang bohong dan palsu. Bukan bertamadun namanya manusia yang menerima apa sahaja yang didengar tanpa mampu membuat penilaian terbaik

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): “Akan datang datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu dibenarkan orang yang dusta, didustakan orang yang benar, dianggap amanah orang yang khianat, dianggap khianat orang yang amanah, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)”. (Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Hakim, al-Imam Ahmad, Abu Ya’lah, al-Bazzar, Ibnu Majah, dan al-Kharaiti. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik. (lihat: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 14/593, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut.)

Projek ini wajar disokong, jika benar-benar akan dilaksanakan seperti yang dicatatkan oleh JAKIM. Islam Hadhari akan berjaya jika para pendokongnya menjiwai Islam itu sendiri dalam ertikata yang sebenar. YAB Perdana Menteri nampaknya sangat memerlukan menteri-menteri yang begitu berjiwa Islam bagi membangunkan umat ini. Akhlak rakyat sangat berkaitan dengan sikap pemimpin. Ramai yang gembira dengan sikap sederhana PM. Namun perlaksanaan Islam Hadhari seperti yang dicadangkan memerlukan pengembelingan yang besar. Seluruh kepimpinan negara mestilah melambangkan Islam Hadhari yang dicatat dan diimpikan. Usaha ke arah menjayakannya mestilah dibuktikan di pentas realiti dan terasa oleh rakyat bawahan. Jika tidak, projek ini akan dianggap hanya agenda politik.

Page Title




Rasanya tak ada apa salah pun En Trouver. Malah dia suruh buat apa yang ditulis bukan tulis saja tapi pelaksanaannya tak ada.

Dia cakap bila mana boleh cakap Islam Hadhari...bila masa tak boleh..

Kita hidup ni jangan nak cari salah orang saja.


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 12:06


Pada 22-04-08 17:52 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!


2. Penolakan Islam hadhari kena jelas; bukan hanya apabila ia tak berjaya baru kita tolak.

Ianya ditolak kerana asasnya sendiri telah cuba mencemarkan Islam.


Islam adalah Islam. Pokok pangkalnya tidak perlu kepada penambahan "hadhari", sama ada ia dilaksanakan dengan berjaya ataupun tidak.

Jadi basis menentang 'Islam hadhari' bukan hanya apabila ia tidak berjaya. Maka Jika ia berjaya, adakah kita akan menyokongnya?

jangan dikelirukan dengan prinsip hadhari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-04-08 12:09


sebenarnya si Asri ni yang ada agenda politik...

ana dengan ini mencabar Asri supaya meletakkan jawatan mufti dan terjun ke dunia politik...

p/s : agak-agak parti mana si Asri ini akan masuk?.... :berfikir: :berfikir: :berfikir: :jangan: :jangan: :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 15:43


Dari Muaz bin Jabal .a., dia berkata:”Aku bertanya:”Wahai Rasulullah, ceritakanlah kepadaku tentang satu amal yang memasukkan aku ke Jannah dan menjauhkanku dari Nar.” Maka Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Engkau menanyakan kepadaku tentang perkara besar yang sebenarnya mudah bagi orang yang diberi kemudahan oleh Allah untuk menjalankannya. Iaitu beribadah kepada Allah tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu pun, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji ke BaitulLah.” Kemudian sabda baginda “Tiadakah kau kuberitahu tentang pintu-pintu kebajikan? Puasa ialah perisai sedekah dan memadamkan dosa atau kesalahan seperti air membunuh api, serta mengerjakan solat Qiamulail . ‘Lalu rasulullah s.a.w membaca ayat berikut :” lambung mereka renggang dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu bermacam-macam nikmat yang sedap dipandang mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” As Sajdah:16-17). Lalu sabda baginda “Tiadakah kau kuberitahukan tentang keutamaan segala perkara, tiang dan puncaknya?” aku menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah. Maka baginda bersabda ”Pokok segala perkara ialah ISLAM, tiangnya adalah SOLAT sedang puncaknya adalah JIHAD.”Tiadakah kau kuberitahu tentang penopang semua itu? Tanya baginda lagi. “Ya” jawabku. Maka baginda memegang lidahnya sambil bersabda: “Peliharalah ini” Kemudian aku bertanya, Wahai nabiyullah, apakah kita akan diseksa kerana perbicaraan kita?” Maka Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai…ibumu kehilanganmu! Bukankah wajah (atau hidung) manusia disungkurkan ke api neraka kerana dosa lidah mereka?” (Riwayat Tirmizi)
Perdamaian antara Abang Imam dengan Dr Asri perlu demi Gerakan Islam
abang Imam ni mungkin satu kelas dengan abang Imam...hanya tekaan saya jika silap Asif ye abang Imam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-08 16:21


Pada 23-04-08 11:45 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

Hahaahah... kita ni kadang-kadang sedap saja mengata orang.. tapi diri sendiri pun bukan bagus sangat nak mengata orang..


Ke dah bagus sangat sampai dah tade dosa sibuk nak mengata orang lain? Dah jadi Malaikat ke asyik nak blame orang.. Kita tau ke hujung pangkal sampai kita boleh judge orang berdasarkan knowledge kita?

Seronoknya dapat kata kat orang.... Nak kata lagi lah... :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 21:00


Pada 23-04-08 11:54 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!


Rasanya tak ada apa salah pun En Trouver. Malah dia suruh buat apa yang ditulis bukan tulis saja tapi pelaksanaannya tak ada.

Dia cakap bila mana boleh cakap Islam Hadhari...bila masa tak boleh..

Kita hidup ni jangan nak cari salah orang saja.


adakah maksudnya: islam hadhari itu tak salah sebenarnya, tapi ia mesti dihentikan sebab pelaksanaannya yang tak berjalan?

yang tak kena kat mana sebenarnya, konsep itu sendiri, atau pelaksanannya?

kalau pelaksanaan yang tak betul, maka yang perlu diperbetulkan adalah pelaksanaan, bukan menghentikan perkara itu, sebab ia asalnya tak salah.

tapi kalau perkara itu pada akarnya pun dah salah, pelaksanaan yang cantik macam mana pun tapi kalau ia merupakan satu bid`ah yang terbesar di negara kita, boleh ke?

betulkan saya kalau silap, wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-04-08 12:35


selagi asri tak bertaubat dan mengamalkan wirid dan doa lepas solat,tahlil,kenduri arwah,tahlil,taliqin,maulid dan amalan2 sufi selagi tu jangan harap ana nak berdamai dengan si asri fitnah akhir zaman ni... :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan: :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-04-08 15:22


Saya lihat gambar abang Imam ni...lihat seperti Insan yang berani...penuh keazaman yang kuat...Dr Asri baik Abang Imam...katanya Dr Asri ni k=jika kita lihat wajahnya BERSIH...ana tak pernah bertemu...cuma dengar riwayat kawan kawan yang pernah bertemu...

cuma nasihat ana kepada diri ana jua Dr Asri...bersifat lunak...lembut dalam medang dakwah seperti Qudwah Hasanah ana Ustaz Aqil Abdul Hayyi Rawa...
Mat Rock jua kasih dengan Ustaz Aqil...ana fikit nak ikut kaedah Ustaz Aqil yang lunak bicara...pakai kalimah yang baik serta tepat...senyumnya yang menyegarkan minda pendengar...Ana hormat Ustaz Aqil...
ana lihat gambar abang Imam jua ada bakat untuk jadi pendakwah yang baik...lihat sekali wajah Abang Imam teringat wajah abang Ipar ana yang menjadi Cikgu... Cuma ana doakan kita baik dalam lindungan Allah yang telah mencipta diri kita...

Better Abang Imam berdamai dengan Dr Asri...

kita satu kapal Abang Imam sama jua dengan Dr Asri satu kapal...cuba bertanyakan ummi yang banyak pengalaman selaku tugasnya memberi kaunseling kepada remaja serta sahabat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-04-08 17:23


!!! QUOTE !!!

Projek ini wajar disokong, jika benar-benar akan dilaksanakan seperti yang dicatatkan oleh JAKIM. Islam Hadhari akan berjaya jika para pendokongnya menjiwai Islam itu sendiri dalam ertikata yang sebenar. YAB Perdana Menteri nampaknya sangat memerlukan menteri-menteri yang begitu berjiwa Islam bagi membangunkan umat ini. Akhlak rakyat sangat berkaitan dengan sikap pemimpin. Ramai yang gembira dengan sikap sederhana PM. Namun perlaksanaan Islam Hadhari seperti yang dicadangkan memerlukan pengembelingan yang besar. Seluruh kepimpinan negara mestilah melambangkan Islam Hadhari yang dicatat dan diimpikan. Usaha ke arah menjayakannya mestilah dibuktikan di pentas realiti dan terasa oleh rakyat bawahan. Jika tidak, projek ini akan dianggap hanya agenda politik.


Kesimpulan Ustaz Asri..

Dia cakap kalau...

Kalau nak bandingkan paklah dengan drM. Paklah ok lagi pasal tadela nak bungkus Sekolah Agama Rakyat.

Jangan risau saya sokong Islam... bukan sekular.


Cuma kadang-kadang kita perlu bersangka baik kepada orang.







Dia kata


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-04-08 20:10


Pada 24-04-08 17:23 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!


Dia cakap kalau...

Kalau nak bandingkan paklah dengan drM. Paklah ok lagi pasal tadela nak bungkus Sekolah Agama Rakyat.

so, ni masuk kes peribadi pemimpin tu lah ye, bukan salah atau betul islam hadhari?

so, kalau (katakan) dr. m yang perkenalkan islam hadhari, ia tertolak sebab (katakan) dia lebih jahat berbanding pak lah, tapi kalau pak lah yang perkenalkan islam hadhari, maka boleh diterima. begitu ke?

!!! QUOTE !!!


Cuma kadang-kadang kita perlu bersangka baik kepada orang.

saya pun sedang berhusnul-zhan dengan dia, cuma terpanggil untuk posting bila ada orang yang backup habis2an walaupun dah jelas kenyataannya dahulu dan sekarang bercanggah (betulkan kalau silap).

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-04-08 21:49


!!! QUOTE !!!

Better Abang Imam berdamai dengan Dr Asri...


selagi asri tak bertaubat dan mengamalkan wirid dan doa lepas solat,tahlil,kenduri arwah,tahlil,taliqin,maulid dan amalan2 sufi selagi tu jangan harap ana nak berdamai dengan si asri fitnah akhir zaman ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-04-08 07:50


nak tanya Abang Imam aliran Sufi ke sebab Wali Allah nama Syeikh Said AlLinggi yang tersohor Ulama' wara' alim zuhud adalah dari Negeri sembilan sehingga ada info mengatakan Syeikh Said alLinggi dapat mengIslamkan seorang Insan Raja Siam di zamannya...

Cuba Abang Imam kisahkan kemantapan dakwah Syeikh Said AlLinggi...ana baca kisahnya...maka tergambar akan kemantapan Iman Ilmu Akhlak Ulama' Nusantara di Tanah Melayu...

dr Asri perlu melunakkan ceramah serta kurangkan menyindir pendakwah Insan seperti Ustaz Sharir Long...serta pengajian pondok di Kelate...terguris Qalbu pelajar pengajian pondok semasa ceramah Dr Asri do Kota Bharu 2-3 tahun lalu...
abang Imam yang pada ana lebih kepada Tasauf...ahli Sufi...akan terasa bila bicara hal wirid selepas Solat dengan pemikiran Dr Asri serta kumpulannya tyang tidak nakkan bacaan Yasiin pada malam Jumaat...Tahlil...
Sedangkan perbahasannya dengan syeikh Nuruddin alBanjari alMakki dalam hal ini masih tidak tahu akan keputusannya...sedangkan Syeikh Nuruddin pada ana MasyaAllah ilmunya...berbelas tahun menintut di makkah sehingga dikatakan beliau mendapat gelaran AlMakki kerana dia menuntut dengan Ulama' Makkah yang mengaran kitab...direct dengan Ulama' Makkah tersebut...

Zuhud Syeikh Nuruddin MasyaAllah...apa khabar Syeikh Nuruddin yang dihormati wahai abang Imam...bakal pemimpin yang berwibawa jika abang Imam istiqamah dalam menuntut Ilmu...InsyaAllah 9 tahun dari saat ini Abang Imam akan muncul menjadi pemimpin di Negara ini...Wallahu alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-04-08 10:39


Pada 24-04-08 21:49 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Better Abang Imam berdamai dengan Dr Asri...


selagi asri tak bertaubat dan mengamalkan wirid dan doa lepas solat,tahlil,kenduri arwah,tahlil,taliqin,maulid dan amalan2 sufi selagi tu jangan harap ana nak berdamai dengan si asri fitnah akhir zaman ni...



Abang Imam..

Rasulullah pernah berpesan dalam hadis yang sahih :

Barangsiapa beramal satu amalan (ibadah) yang tidak ada contoh dari kami, ia tertolak


(Hadis Riwayat Muslim)


Cuba abang Imam check kot2 ada dalam amalan abang Imam yang tak ada pada zaman Rasulullah dan sahabat.. :)

Selamat mencuba.. itu pesan Rasulullah.. bukan Ustaz Asri.. ke nak marah dengan Rasulullah jugak..


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-08 13:15


Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 28-04-08 14:56


Pada 15-04-08 20:12 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

tapi mufti ni tak sebut pulak bab nak ajak rakyat memilih pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat...agaknya dia takut hilang jawatan mufti agaknya...:-)


Dalam rancangan Bicara Mufti minggu lepas Mufti Perlis kata kita tak boleh jatuhkan kerajaan yang memerintah kecuali kerajaan tersebut melakukan kekufuran yang nyata...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 28-04-08 17:18


Pada 28-04-08 13:15 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh.


Betul tu mak cik... :-D


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-08 17:45


Panggil saja ummimq nenek sebab mak cik tu muda sangatlah .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 28-04-08 18:14


Pada 28-04-08 17:45 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Panggil saja ummimq nenek sebab mak cik tu muda sangatlah .....

Hehehehe... Yerlah nenek... Gurau saja ummimq... :-D


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-08 18:16


lah sungguh ni. umi lebih selesa dipanggil nenek dari mak cik sebab fobia dengan perkataan mak cik dari yang bukan mahram atau keluarga terdekat. Istilah mak cik ni digunakan oleh remaja untuk girl friend kan kan kan. alahai ...

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 28-04-08 18:20


Pada 28-04-08 18:16 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

lah sungguh ni. umi lebih selesa dipanggil nenek dari mak cik sebab fobia dengan perkataan mak cik dari yang bukan mahram atau keluarga terdekat. Istilah mak cik ni digunakan oleh remaja untuk girl friend kan kan kan. alahai ...

Wallahuta'ala a'lam bissawab


ummimq nak jadi girlfriend aku... Seronoknyer... :-D ummimq jangan lah marah saya... Saya ni memang suka merapu... Kui.. Kui... Kui... :-D


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 28-04-08 21:53


Pada 28-04-08 13:15 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh.


fitnah yang dimaksudkan di situ bukan finah mengata / menuduh orang . Fitnah di situ adalah ujian ...

boleh refer dengan tafsir al-quran untuk lebih jelas lagi .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-04-08 22:46


erm.. bagi saya - walaupun kita tidak bersetuju dengan ummimq - kita tetap perlu menghormatinya sebagai orang yang lebih tua..

Jika hendak bidas, bidas dengan cara yang baik..

p/s : peringatan kepada diri den ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-08 06:48


ni yang buat umi sayang anak_pejuang :). Umi sekedar menumpang kasih di sini sambil mencari saham akhirat lillahi taala. Jzkllah atas kasih sayang antum.

Lidah itu suatu aset yang menguntungkan di saat bicaranya dan juga di
saat diamnya. Pelajarilah diam dengan lebih bersungguh kerana terlalu
lama sudah kita berbicara.

http://bahantarbiyyah.info/v3/wordpress/?p=52

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-08 07:00


Hasil dari ceramah di stadium malawati (terasa macam forum ehwal islam zaman dulu-dulu =D ) dato dr.harun din al-hafiz, ismail kamus, dr.hassan ali, ustaz roslan um,

ada satu perkara yang menarik, kata ustaz ismail kamus, tentang kita yang selalu menganggap bekerja untuk mendapatkan gaji. lalu timbullah rasa duit itu UTAMA dari amanah kerja.

dia kata pernah terjadi dia nak solat subuh disebuah masjid, selepas azan, imam tak ada, teruskan solat, selepas solat, pergi ketuk pintu rumah imam (quarters imam dalam kawasan masjid) lalu ditanya Kenapa tak ada imam tadi, hamba Allah itu menjawab, "oh..hari ni saya tak bertugas"... aduhai!!

sepatutnya mentaliti itu diubah kita dibayar gaji kerana bekerja, bukan bekerja untuk mendapatkan gaji semata-mata. jangan jadi hamba duit... jadilah Hamba Allah s.w.t

........................

pokoknya, itulah.. =D

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-04-08 19:15


Pada 28-04-08 14:56 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!


Dalam rancangan Bicara Mufti minggu lepas Mufti Perlis kata kita tak boleh jatuhkan kerajaan yang memerintah kecuali kerajaan tersebut melakukan kekufuran yang nyata...


apa maksud dengan "jatuhkan" tu...? lainlah kalau kita nak rampas kuasa atau memberontak ke, ni kan proses pemilihan pemimpin, kalau ada peluang untuk melantik pemimpin/parti yang lebih Islamik why not?

kalau setiap kali pilihanraya nak kena pilih pemimpin yang sama juga, wajib selagi tak "melakukan kekufuran yang nyata" baik tak payah ada pilihanraya, betul tak?

saya tak tau lah kalau ada kekufuran yang lebih nyata dari mempertikaikan hukum2 Allah sampaikan dikatakan tak sesuai pada zaman ini :berfikir:

yang perlu difikir adalah: "bila kita diberi peluang lantik pemimpin, kita pilih yang berfikiran sekular dan menolak yang perjuangkan Islam, bukankah kita juga ada "saham" dalam segala amalan mungkar yang pemimpin tu buat?"

eh, terpanjang pulak... fikir-fikirkan, wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-04-08 23:03


!!! QUOTE !!!

Hasil dari ceramah di stadium malawati (terasa macam forum ehwal islam zaman dulu-dulu =D ) dato dr.harun din al-hafiz, ismail kamus, dr.hassan ali, ustaz roslan um,

ada satu perkara yang menarik, kata ustaz ismail kamus, tentang kita yang selalu menganggap bekerja untuk mendapatkan gaji. lalu timbullah rasa duit itu UTAMA dari amanah kerja.

dia kata pernah terjadi dia nak solat subuh disebuah masjid, selepas azan, imam tak ada, teruskan solat, selepas solat, pergi ketuk pintu rumah imam (quarters imam dalam kawasan masjid) lalu ditanya Kenapa tak ada imam tadi, hamba Allah itu menjawab, "oh..hari ni saya tak bertugas"... aduhai!!

sepatutnya mentaliti itu diubah kita dibayar gaji kerana bekerja, bukan bekerja untuk mendapatkan gaji semata-mata. jangan jadi hamba duit... jadilah Hamba Allah s.w.t


tentang isu imam ni, izinkan ana mengulas sebagai pegawai masjid selama 6 tahun(1 tahun di Selangor dan 5 tahun di N9)...

sebenarnya saudara imam yang mendakwa dia tak bertugas pada subuh hari berkenaan tak sewajarnya menggunakan alasan tersebut. kalau rumah dia dalam kawasan masjid, memang wajar dia datang ke masjid mengerjakan solat subuh dan solat2 fardhu yang lain(melainkan dia out-station seperti mengajar atau berkuliyah atau berada di pejabat agama) sebagai back-up sekiranya imam bertugas tak menghadirkan diri.

pada ana, masjid2 di lembah klang lebih teratur jadualnya dari masjid2 di kawasan luar bandar dan setiap imam dan pegawai masjid memahami tanggungjawab masing-masing...

kalau terlajak subuh tu kadang-kadang ada jugak tapi kalau nak guna alasan "oh..hari ni saya tak bertugas" sebagai justifikasi tindakan kita tak hadir di masjid(tambah2 rumah kita dalam kawasan masjid) adalah kurang wajar.

jadi isu ikhlas ni perlu diperkasakan di kalangan pegawai2 masjid, saya bersetuju dengan kata-kata agmnhob dalam hal ini...

terima kasih atas teguran dan pandangan enta :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-04-08 08:25


orang yang paling dimurkai Allah adalah Imam yang tidak disukai oleh para makmum nya...maksud hadis yang ana pernah dengar...minta akhi dalam forum ni tahkik ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

lampu-minyak
Warga Rasmi
Menyertai: 07.07.2006
Ahli No: 25102
Posting: 17

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-04-08 19:29


ISLAM HADHARI BID'AH?

Kegagalan Islam Hadhari bukan pada konsepnya tetapi perlaksanaannya. Islam dilihat gagal, mundur, terkebelakang, bukan kerana Islamnya tetapi umatnya yang tidak beramal bersesuaian dengan konsep Islam yang sempurna.

Seharusnya beginilah yang berada di dalam pemikiran seorang Mufti tetapi satu malapetaka jika Mufti berfikiran seperti orang biasa. Beliau mengatakan Islam Hadhari adalah satu jenama dan istilah maka sekali lagi, jenama itu dimana silapnya? Atau Islam Hadhari itu dari segi konsepnya , dimana silapnya?. Dan dimana bid'ahnya?

Islam telah bertamadun ketika Adam a.s. dilantik menjadi Khalifah di muka bumi. Adam telah diajar dengan "semua" nama-nama. Apakah dimaksudkan semua itu? Ada yang berpendapat ia adalah nama-nama Allah. Ya, betul dan nama-nama Allah ini juga bukan seperti kita belajar Asma ul Husna seperti di tadika Islam! Ia adalah nama-nama Allah yang memberikan ilmu kepada Adam a.s. sebagai bekal ketika ia mengemban suatu tanggungjawab suci. Maka, dari ilmu-ilmu inilah yang akan membawa kepada ketamadunan dan hadharah. Semua yang diajarkan kepada Adam bererti semua, iaitu tidak terbatas hanya kepada nama sahaja, tidak juga terbatas kepada nama-nama benda sahaja tetapi ia adalah "semua" perkara dan ilmu yang mesti ada untuk menjadi khalifah di muka bumi. Jadi, setakat mempertikaikan istilah Islam Hadhari dari segi jenama apalagi mengatakan ianya sebagai "agama baru" adalah suatu kesilapan. Dan lebih buruk lagi apabila ia dikaitkan dengan kekalahan pilihan raya ! Kerana jika Islam Hadhari tidak dapat dibuktikan salah dari segi konsepnya, maka ia seperti mengatakan Islamlah punca kekalahan pilihan raya.

Bukan kerana ilmu tidak ada, tetapi kesilapannya adalah SALAH DAN ENGGAN BERFIKIR.

Ketika saya dilihat sebagai cuba mempertahankan konsep Islam Hadhari ini, saya tidak sedikitpun merasa ianya seperti mempertahankan sesuatu yang tidak syarii semata-mata ia telah menjadi pendapat umum bahawa Islam Hadhari gagal dan menjadi penyebab akan kebobrokan yang berlaku di Malaysia sehinggakan kenaikan kadar jenayah, berleluasanya program-program hiburan di media dsbnya dikatakan angkara Islam Hadhari!
Apakah logik prinsip pertama keimanan dan ketakwaan sebagai penyebab kenaikan jenayah misalnya. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila orang membuat sesuatu yang tidak islamik tetapi dia mengaitkan dengan Islam Hadhari (ruj kenyataan pengarah filem Akhirat). Kita pun terikut sama...Apakah misi Islam Hadhari untuk membentuk negara Islam? Jawapannya ia bergantung sejauhmana prinsipnya dapat dilaksanakan.

Kesepuluh prinsip Islam Hadhari, telah mencakupi hal-hal yang diperlukan dalam sebuah negara Islam cuma bentuk negara Islam yang bagaimana? Apakah yang di"tasawurkan" PAS? atau apa?Semuanya bergantung kepada terpenuhnya persyaratan yang telah ditetapkan. Maka misi awal Islam Hadhari adalah ta'lim dan tarbiyyah sehingga umat Islam berilmu dan beriman dengan sebenar-benarnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lampu-minyakProfil   Hantar PM kepada lampu-minyak   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-04-08 20:59


Sebab itu saya minta kita melihat Islam hadhari bukan pada berjaya atau tidak implementasinya tetapi berbalik kepada konsepnya dan sifat asalnya.

1. Mengapa tidak dikatakan 'Islam' sahaja?
2. Mengapa perlu 'dihadharikan' Islam?

Sepertimana kita kata perkara itu berpakar kecil apabila berkisar di sekitar lughah, tetapi lain bahasa, lain maksudnya dan lain kesannya.

Islamkan diri kita dan hadharikan diri kita, bukan hadharikan yang sudah syumul.

Pada 30-04-08 19:29 , lampu-minyak posting:

!!! QUOTE !!!

Jadi, setakat mempertikaikan istilah Islam Hadhari dari segi jenama apalagi mengatakan ianya sebagai "agama baru" adalah suatu kesilapan. Dan lebih buruk lagi apabila ia dikaitkan dengan kekalahan pilihan raya ! Kerana jika Islam Hadhari tidak dapat dibuktikan salah dari segi konsepnya, maka ia seperti mengatakan Islamlah punca kekalahan pilihan raya.


Memang, sebab 'Islam hadhari' tak sama dengan Islam. Kalau kata sama, berbalik kepada persoalan 1 di atas.

Pada 30-04-08 19:29 , lampu-minyak posting:

!!! QUOTE !!!


Kesepuluh prinsip Islam Hadhari, telah mencakupi hal-hal yang diperlukan dalam sebuah negara Islam cuma bentuk negara Islam yang bagaimana? Apakah yang di"tasawurkan" PAS? atau apa?Semuanya bergantung kepada terpenuhnya persyaratan yang telah ditetapkan. Maka misi awal Islam Hadhari adalah ta'lim dan tarbiyyah sehingga umat Islam berilmu dan beriman dengan sebenar-benarnya.


Jadi, dimanakah letaknya prinsip menegakkan undang-undang Islam di dalam 10 prinsip tersebut?

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 17:27


Pada 29-04-08 23:03 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Hasil dari ceramah di stadium malawati (terasa macam forum ehwal islam zaman dulu-dulu =D ) dato dr.harun din al-hafiz, ismail kamus, dr.hassan ali, ustaz roslan um,

ada satu perkara yang menarik, kata ustaz ismail kamus, tentang kita yang selalu menganggap bekerja untuk mendapatkan gaji. lalu timbullah rasa duit itu UTAMA dari amanah kerja.

dia kata pernah terjadi dia nak solat subuh disebuah masjid, selepas azan, imam tak ada, teruskan solat, selepas solat, pergi ketuk pintu rumah imam (quarters imam dalam kawasan masjid) lalu ditanya Kenapa tak ada imam tadi, hamba Allah itu menjawab, "oh..hari ni saya tak bertugas"... aduhai!!

sepatutnya mentaliti itu diubah kita dibayar gaji kerana bekerja, bukan bekerja untuk mendapatkan gaji semata-mata. jangan jadi hamba duit... jadilah Hamba Allah s.w.t


tentang isu imam ni, izinkan ana mengulas sebagai pegawai masjid selama 6 tahun(1 tahun di Selangor dan 5 tahun di N9)...

sebenarnya saudara imam yang mendakwa dia tak bertugas pada subuh hari berkenaan tak sewajarnya menggunakan alasan tersebut. kalau rumah dia dalam kawasan masjid, memang wajar dia datang ke masjid mengerjakan solat subuh dan solat2 fardhu yang lain(melainkan dia out-station seperti mengajar atau berkuliyah atau berada di pejabat agama) sebagai back-up sekiranya imam bertugas tak menghadirkan diri.

pada ana, masjid2 di lembah klang lebih teratur jadualnya dari masjid2 di kawasan luar bandar dan setiap imam dan pegawai masjid memahami tanggungjawab masing-masing...

kalau terlajak subuh tu kadang-kadang ada jugak tapi kalau nak guna alasan "oh..hari ni saya tak bertugas" sebagai justifikasi tindakan kita tak hadir di masjid(tambah2 rumah kita dalam kawasan masjid) adalah kurang wajar.

jadi isu ikhlas ni perlu diperkasakan di kalangan pegawai2 masjid, saya bersetuju dengan kata-kata agmnhob dalam hal ini...

terima kasih atas teguran dan pandangan enta :-)


InsyaAllah...sama-sama kita hayati maksud surah ayat walasri...Allah bersumpah ke atas MASA...manusia itu dalam kerugian sentiasa..kecuali mereka-mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.

saya bilal dan penggali kubur sambilan. kerja utama saya berniaga sendiri. tapi saya jeles dengan bilal, sebab itu antara golongan yang akan dilindungi di mahsyar kelak di bawah arasy.(golongan pemuda yang hati terikat di masjid) ....lalu saya pun usahakan cara untuk jadi bilal sambilan...penggali kubur tu sebab nak sentiasa ingatkan diri tentang kematian yang tak tahu bila akan menjemput saya dan rakan-rakan.... tiap saat, semakin hampir =D bukan saya saja..semua pun sama... itu yang ramai mengejar perkahwinan dalam forum ni..sebabnya nak ada zuriat yang soleh dan solehah sebagai harta =D

satu lagi pandangan dan teguran saya.. hak kita semasa Islam yakni salam, kurang di praktikkan dalam dunia realiti..itu adalah syiar dan doa antara sesama kita...jumpa tepi jalan, kenal tak kenal..cubalah..ASSALAMUALAIKUM.... yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki, yang berkumpulan kepada yang seorang, yang berdiri kepada yang duduk, dan sebagainya..... saya cuba praktik,    agak mencabar juga, sebab ada yang pandang serong..tapi tak apa.. usaha ikhlaskan hati kerana Allah s.w.t... padahal bagi salam tu doakan? tak bagi salam pun...SENYUM sesama kita? kan sedekah tu!! ...(saya sedang tersenyum)

http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=37299&forum=2&#f540170


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.195323 saat. Lajunya....