Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 186
Ahli: 0
Jumlah: 186




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Ibuku seorang pembohong???


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Ibuku seorang pembohong???

Please Mendaftar To Post


Oleh Ibuku seorang pembohong???

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-04-08 11:41


Saya dapat dari emel untuk tatapan sahabat ukhwah..


Untuk renungan!!!


Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ''Makanlah nak ibu tak lapar.' - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : 'Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.' - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : 'Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.' Ibu tersenyum dan berkata : 'Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.' - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : 'Minumlah nak, ibu tak haus!!' - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : 'Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.' - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : 'Jangan susah-susah, ibu ada duit.' - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; 'Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.' - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : 'Jangan menangis nak, ibu tak sakit.' - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu...


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 14-04-08 12:20


Assalamualaikum
yep...I got this email too...
dunno whether this is a type of lies or just something to be hidden from...and if my wife, I won't teach her to lie in any conditions.... :jangan: just tell the truth...in a most manner way..

P/S : but I know...what actually this article is going to say...
of how big our mom have sacrifice in their life in order to give the best to their sons and daughters....love my mum...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-04-08 10:06


White Lies... :-)

Salah satu pengorbanan ibu untuk anak2 tersayang...


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-04-08 10:28


sedari lah wahai kita semua, ibu adalah segalanya buat kita tanpa nya siapa lah klita di dunia ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 14:18


Pada 15-04-08 10:06 , setanggi_syurga83 posting:

!!! QUOTE !!!

White Lies... :-)

Salah satu pengorbanan ibu untuk anak2 tersayang...



Hmm..inilah sifat2 mulia seorang ibu.. :-) ..rasanya ada pada ibu saya juga dan mungkin semua ibu2 didunia ini..sanggup lakukan bersusah payah asalkan anak2 mereka lebih selesa berbanding diri mereka..cukup terharu dialong "makan lah nak, ibu dah kenyang"..walhal mereka sedang bertarung dengan kelaparan.huhu..ibu2 zaman muda ni perlulah mencontohi ibu2 kita..ibu zaman moden ini (yang agak senang) tidak teruji sangat kesusahannya mendidik anak2 barangkali..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  


posticon Posting pada: 15-04-08 14:31


sedeynye...
itulah pegorbanan seorang ibu pada anak2nye..
hargaila ibu anda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 16:14


cuba sedaya upaya untuk membahagiakan ibu dan abah kita sebelum terlambat.... mereka sudah banyak korbankan harta benda, masa dan macam macam lagi untuk kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

maestra_dila
WARGA SETIA
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31514
Posting: 404

spain   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 18:45


Assalamualaikum...

ya, hargaila bonda tercinta.. janganla terkilan di kemudian hari...
:-).

:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For maestra_dilaProfil   Hantar PM kepada maestra_dila   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 19:18


esok nak suruh budak tingkatan 4 baca dalam kelas.. budak tu anak yatim, dulu anis pernah sound sebab mak dia dah meninggal. tapi dia nampak dah nak terpengaruh dengan bebudak nakal..

apa pun, anis sayang sangat kat budak tu dan adik dia... sebab dia tak ada mak.. kasihan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-04-08 11:03


Assalamualaikum

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur. Aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih. Aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut. Aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin pergi sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia. Aku peluk erat pasanganku
Bila berduka. Aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-08 11:39


!!! QUOTE !!!

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu....





huhuhhuhu, janganlah buat cerita sedih bro... :-(


RM500 setiap bulan kalau disalur untuk amal kebajikan insya-ALLAH, tak putus pahala untuk ibu yang telah tiada..



p/s : Peringatan untuk diriku yang lupa.. :-)


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-04-08 11:55


Pada 23-04-08 18:45 , maestra_dila posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

ya, hargaila bonda tercinta.. janganla terkilan di kemudian hari...
:-).

:bunga:

Dah lama tak makan masakan mak... Rindu kat mak... Masa kecik- kecik dulu, saya selalu kena marah dengan mak sebab nakal... Saya tak lawan, tapi saya akan conteng dinding rumah... Saya lukis kucing, arnab, ikan, orang naik basikal..., macam- macam lagi lah... Sekarang saya dah besar... Hobi saya sekarang ni, menconteng dinding tandas... Seronok jugak... :-D


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

nurul_huda3110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-08 13:36


Pada 24-04-08 11:03 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu....


Assalamualaikum

semoga kami adik beradik xtergolong dalam golongan anak derhaka..
..nak tanya boleh?ibu sayatetapsaya dah tiada ke @saja saja tulis macam tu?

teringat pesan ustazah masa kecil-kecil dulu,kalau nak keberkatan dalam rezeki, setiap kali dapat gaji,bagi parents rasa..ibu ana suka kumpul brooch dan handbag yang besar..senang nak letak telekung kata nya..kebetulan pulak ana ada ramai adik beradik perempuan..so,banyak lah koleksi brooch ibu ana..

10mei ni genap lah usia ibu ana 50tahun..habis exam 7mei,kena plan dengan my sisters nak buat aktiviti apa..ibu,alang doakan ALLAH berikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan kasih sayang ALLAH selamanya..alang sayang ibu lebih dari segala-galanya...:bunga: :bunga: :bunga: (selamat hari lahir dan selamat hari ibu)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_huda3110Profil   Hantar PM kepada nurul_huda3110   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-04-08 13:42


Assalamualaikum
erk..bukanlah huda...ni sekadar luahan seorang insan yang dikopipes oleh saya..
saya mana kahwin lagi..ibu pun masih muda lagi.... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 25-04-08 06:57


Pada 24-04-08 13:42 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
erk..bukanlah huda...ni sekadar luahan seorang insan yang dikopipes oleh saya..
saya mana kahwin lagi..ibu pun masih muda lagi.... :-)


:-D


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar


posticon Posting pada: 25-04-08 08:08


huhu... sedih.... tak boleh nak tahan air mata keluar... huhu~ sudah lah jauh di perantauan.. huk huk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-04-08 22:24


hmm,macam mana dengan ibu macam ni pula


dulu keluar dalam berita yang seorang ibu menjual anak dia untuk dijadikan pelacur dan juga menawarkan khidmat seks.ini ibu ke apa?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

nurul_huda3110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-04-08 13:12


Assalamualaikum
Pada 24-04-08 13:42 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
erk..bukanlah huda...ni sekadar luahan seorang insan yang dikopipes oleh saya..
saya mana kahwin lagi..ibu pun masih muda lagi.... :-)



oO ye ke..maaf ye..:-)


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_huda3110Profil   Hantar PM kepada nurul_huda3110   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11266 saat. Lajunya....