Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 132
Ahli: 0
Jumlah: 132

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 29 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Jejak Dapur
Topik: all about dessert.humm yummy!!

Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» all about dessert.humm yummy!!

Please Mendaftar To Post

Oleh all about dessert.humm yummy!!

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-04-08 13:53

Banana frozen

Bahan-bahan ( 2 orang )

    * 200g pisang yang telah dibekukan
    * 100ml fresh cream
    * 1 sudu besar gula

Cara-cara

1. Blend semua bahan-bahan. Kemudian hiaslah ikut selera.
2. Siap untuk dimakan. Kalau tak habis boleh simpan dalam freezer.. jadikan aiskrem..

/

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-04-08 13:55

Puding karamel

Bahan-bahan ( saiz:16 macam )

    * 400cc(400ml) susu segar/susu cair
    * 5 sudu besar gula halus
    * 3 biji telur- pada suhu bilik
    * 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
    * 2-3 titik esen vanila
    *
    * 5 sudu besar gula
    * 2 sudu besar air

Cara-cara

1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

/

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-04-08 13:57

Tiramisu biskut

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

    * 16 keping biskut marie
    * 20g gula halus
    * 100ml air suam
    * 4 sudu kecil Instant coffee
    * ***
    * 3 biji(L size) telur kuning
    * 25g halus
    * 150g mascarpone cheese
    * ***
    * 3 biji(L size) telur putih- sejukkan dalam peti ais
    * 25g gula halus
    * serbuk koko secukupnya

Cara-cara

1. Asingkan telur putih dan kuning. Masukkan telur putih ke dalam peti ais. Kemudian sediakan sirap dan seterusnya.
2. Sirap: Campurkan gula dan instant coffee ke dalam air suam, kacau dan ketepikan.
3. Tiramisu: Masukkan telur kuning dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sampai putih. Kemudian letakkan mangkuk ke dalam bekas yang ada air panas(60C-70C). Pukul lagi sehingga kembang. Buangkan air panas. Masukkan 1/2 mascarpone. Kacau. Masukkan pula yang selebihnya. kacau lagi.
4. Keluarkan telur putih dari peti ais. Pukul sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga kembang atau bila ditelangkupkan telur putih tak jatuh. Masukkan 1/2 telur putih ni ke dalam mangkuk mascarpone dan kacau. Masukkan pula yang selebihnya. kacau lagi.
5. Letakkan biskut ke dalam bekas. Tuangkan sirap.
6. Ambik biskut bersirap. Susunkan ke dalam bekas segiempat(ex. tupperware). Kemudian masukkan adunan mascarpone.. biar ketinggian 1cm. Ulang pula dengan lapisan biskut dan seterusnya mascarpone.
7. Simpan dalam peti ais selama 1-2 jam sebelum dimakan.
8. Sebelum makan, ayakkan serbuk koko ke atasnya.

/

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-04-08 14:02

Lengkong milo

/

Bahan-bahan ( 2 orang )

    * 1 peket agar - agar
    * air secukup rasa... kalau nak keras kurang kan.. kalau nak lembik.. letak air bebanyak
    * 2 cawan milo
    * 1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara

1. agarĀ² direbus sehingga mendidih.. lepas tu tuang dalam jug (tapis dulu ek...) lepas itu bancuh lah macam buat air milo...lepas itu masukkan lengkong milo ni kedalam bekas yang cambest gila macam gambar tu... lepas itu masuk dalam peti ais.....nak cepat keras masuk dalam frozen ....
2. hidangkan ketika sejukkkk mesti sedaap punya lahhhh

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-04-08 14:03

Agar-agar koktel

/

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

    * 10g serbuk agar-agar
    * 1.5 liter air(5 gelas)
    * 100ml(1/2 cwn) susu cair
    * 200g gula
    * 1 tin besar koktel
    * 2 helai daun pandan

Cara-cara

1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yang bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
4. Tapiskan agar-agar susu(dr dalam periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dalam langkah 2)
6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-04-08 14:04

Puding marble

/

Bahan-bahan ( 5 org )

    * 1 liter air
    * 10g agar-agar
    * 250g gula
    * 100g tepung kastard
    * 2 sudu kecil serbuk koko

Cara-cara

1. masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
2. masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air. masak hingga gelegak.
3. bahagi adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko pada salah satu.
4. dalam acuan, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
5. sejukkan dan sedia untuk dimakan. lebih sedap jika diletak dalam peti ais.

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 13-04-08 14:06

Aiskrim goreng

/Bahan-bahan ( 5 orang )

    * 5 scoop aiskrim vanila
    * 1 biji telur
    * 1 cawan conflakes
    * 1 cawan chopped walnuts
    * minyak untuk menggoreng
    * sirap coklat secukupnya

Cara-cara

# Masukkan 1 scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.
#
Aiskrimgoreng2
Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
#
Aiskrimgoreng3
Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dengan conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
#
Aiskrimgoreng4
Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
# Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
# ** Minyak yang diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 14-04-08 14:16

Assalamualaikum

erm...ni semua kak anis buat ke....kalau nak letak gambar jeq boleh tak.... :sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 15:53

tapi ada satu teman nak tanya, macam mana aiskrim boleh kena goreng? dia kan ais, ais kena panas cair lah dia.

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 15:58

mak oi...
sdpnyer...
terima kasih bagi resepi ni...
boleh lah cuba...
em...
tak pernah dengar askem grg..
1st time ini...
kena cuba semua resepi ini...
macam sedap saja semuanya...

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 16:06

wah... semua sedap2 lah.... :terliur:
nanti nak try lah... dah lama cari resepi agar2 koktel... dapat juga..
thanks ye kak anis... :-D

Bookmark and Share

  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 16:36

pernah makan ais krim grg tu..mmy nyummy lah..terliur saja tengok resipi kak anis letak ni..kena copy ni..hehe..balik boleh buat..
ais krim tu dah bsalut..sebab tu tak cair dalam dia..lagipun dah disjuk beku kan sampai berapa kali tu..grg pula 30 saat saja..bukan lama..

Bookmark and Share

  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 16:48

kek lapis ais krim

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
200g ais krim jagung
kek lapis secukupnye
200g ais krim strawberi
kek span coklat
Cara-cara Potong nipis kek lapis dan masukkan ke dalam acuan yang bersesuaian
Masukkan aiskrim jagung dan diikuti ais krim strawberi. Tekan agar mampat dan rata
lekatkan kepingan kek span coklat.Tekan rata.
Simpan kat tempat dingin beku sehingga keras. lepas itu boleh potong.

senang kan?haha..senang habis yang ni..

Bookmark and Share

  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 17:32

akak..
naik lapar saya kak tengok puding karamel itu..
huishh.. kak.. buat kan boleh tak?
hehehe

Bookmark and Share

  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 17:36

Pada 14-04-08 17:32 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

akak..
naik lapar saya kak tengok puding karamel itu..
huishh.. kak.. buat kan boleh tak?
hehehe

Ira, kak anis sekarang ni suka tengok "gambar" makanan saja... nak makan tak lalu pun... apetah lagi masak.... tugas2 masak kat rumah ni semua dah di"take over" suami kak anis :malu: :malu: :malu: :kelip: :kelip: :kelip:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 17:41

Aiskrim tembikai

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300cc tembikai
1sb madu
300cc fresh cream
3 sb gula halus
Cara-cara Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit
Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
Bekukan dalam freezer
Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali.

Bookmark and Share

  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 17:46

Pada 14-04-08 16:06 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

wah... semua sedap2 lah.... :terliur:
nanti nak try lah... dah lama cari resepi agar2 koktel... dapat juga..
thanks ye kak anis... :-D

/

Puding Koktel Berkuah

Bahan-bahan ( ( 5-6 orang ) )

    * BAHAN UNTUK PUDING
    * 1 cawan tepung kastad
    * 1 cawan gula
    * 5 cawan air
    * 1 cawan santan - jangan terlalu pekat
    * BAHAN UNTUK KUAH
    * 1 tin susu cair
    * 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
    * 1/2 cawan gula @ sesuai manis
    * HIASAN
    * Buah-buahan dalam tin
    * Nata ada coco - optional
    * Jelly @ sumi - optional

Cara-cara

1. UNTUK PUDING
2. Masukkan semua bahan gaul sebati
3. Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat
4. Angkat, masukkan dalam bekas biarkan keras dan sejuk. ( dah sejuk boleh masukkan dalam peti ais )
5. UNTUK KUAH
6. Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
7. Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
8. Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
9. CARA PENYEDIAAN
10. Potong puding kastad tadi mengikut bentuk yang disukai. Masukkan dalam mangkuk
11. Tambahkan buah-buahan dalam tin, nata ada coco, jelly ( ikut suka berapa banyak nak letak )
12. Tambah kuah pada mangkuk yang berisi puding dan hiasan
13. Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk saja
14. Selamat mencuba.

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 17:48

bagusnya suami kak anis....
soleh tol...
kalau suami saya pandai masak macam suami kak anis...
habisla saya....
jadi tong dram..
hehehehe

Bookmark and Share

  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 17:48

sum-sum [email protected]
Menu klasik yang sesuai dimakan waktu petang (atau pun masa demam sebab mulut rasa pahit masa demamkan... tapi sum-sum ni ada rasa lemak sikit, masin sikit, & manis sirapnye :) )

Bahan-bahan ( 2-4 orang )
Untuk bubur: 120g tepung beras
525ml santan
Ā½ sdk garam
Untuk sirap gula: 1-2 cawan gula
1 cawan air
1 helai daun pandan
Cara-cara Untuk bubur: Letak semua bahan dalam saucepan, better kalau ada non-stick one. dengan api sederhana kecil, kacau adunan tu sampai masak - ia membeku. kalau tak silap saya dalam xsampai 7 minitā€¦Kemudian letak dalam bekas. Lepas letak tu, rata2kn sikit atehnye tu supaya nampak cantik sikit. Ni rupa sum-sum yang dah dimasak.
Untuk sirap gula: sangat mudah sebab caranya sama dengan nak buat gula hangus tu iaitu mula-mula hanguskan sedikit gula, bila dah memekat tambah air, bila mendidih then tambah baki gula & daun pandan. Kacau sampai betul-betul gula dah cair tapi sirap gula tu keperangan dan likat. Siap! Ni sirap gulanye.
Then, untuk serving, potong kecil-kecil sum-sum tu then tuang sikit sirap gula atehnyaā€¦jadi lah bubur sum-sum.
http://myresipi.com/top/detail/1361

p/s: naz tak pandai lah masuk gambar..sedap kan ni..org dulu-dulu selalu buat..bila naz dah besar ni tak jumpa dah..lagi satu naz lpaq laksam lah..aduh..cheq asyik tingat saja dr mlm tadi..=

Bookmark and Share

  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 17:50

Pada 14-04-08 17:48 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

bagusnya suami kak anis....
soleh tol...
kalau suami saya pandai masak macam suami kak anis...
habisla saya....
jadi tong dram..
hehehehe

dah terdesak ira... takkan tiap-tiap mlm nak beli kat luar... lagi pun sementara saja...nanti dah hilang weng2 ni, boleh lah masuk dapur balik...

hemm para suami kena paham lah mase2 gini... kawan anis dulu sian dia, suami dia suruh dia masak juga, sampai nak pengsan lah dia tu..

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Cik_Liyana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.03.2008
Ahli No: 32802
Posting: 239
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 20:22

kak anis, puding karamel tu sedapla..
nak tya lagi ni..
1sudu besar tu maksudnya sudu yang mana ye?
Sudu makan biasa ataupun sudu hirup sup yang besar tu?

p/s:saya budak baru belajar (^_^)^_^)

Bookmark and Share

  Member Information For Cik_LiyanaProfil   Hantar PM kepada Cik_Liyana   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 20:24

Pada 14-04-08 20:22 , Cik_Liyana posting:

!!! QUOTE !!!

kak anis, puding karamel tu sedapla..
nak tya lagi ni..
1sudu besar tu maksudnya sudu yang mana ye?
Sudu makan biasa ataupun sudu hirup sup yang besar tu?

p/s:saya budak baru belajar (^_^)^_^)

sudu makan lah.. hehehehe... nanti posto2 kan kak anis sikit ye :terliur:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 20:42

saya ini kak anis xmkn puding...
tapi boleh tengok gmbr2 yang kak anis post kan ini..
perh...!!!
sedap gila..
sedap sehingga menjilat hujung kuku...
saya suka dengan puding marble 2...
macam sedap sangat nampaknya....
time cih kak anis...

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 20:47

Pada 14-04-08 17:48 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

bagusnya suami kak anis....
soleh tol...
kalau suami saya pandai masak macam suami kak anis...
habisla saya....
jadi tong dram..
hehehehe

betul 2 ira...
alamak name same da...
rasa macam lain pula bila sebut name sendiri ini...
hehehehhe...
best nya dapat suami macam kak anis...
prihatin...
ini kang tak...
yang kaum lelaki ini yang mereka pandai masak nya..
mask air dengan megi saja..
hehehehe... :-D

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 20:57

Pada 14-04-08 20:47 , syahirahsoid posting:

sekali name same pula.. humm.. suami mana tak sayang isteri .. heheheh... emm tak mengapa, kang turn ira berdua.. insyaALLAH..

lelaki ni, kengkadang romantik dia bukan pada tutur kata.. tapi macammana dia melengkapi keperluan kita tanpa diminta.... :-D :-D

**suami kak nur lagi romantika ada amor kan kak nur kan ;-) ;-) ;-)

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:02

Pada 14-04-08 20:42 , syahirahsoid posting:

!!! QUOTE !!!

saya ini kak anis xmkn puding...
tapi boleh tengok gmbr2 yang kak anis post kan ini..
perh...!!!
sedap gila..
sedap sehingga menjilat hujung kuku...
saya suka dengan puding marble 2...
macam sedap sangat nampaknya....
time cih kak anis...

dik... jangan jilat sampai ke kuku.. buruk dik :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 21:11

Pada 14-04-08 20:57 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-04-08 20:47 , syahirahsoid posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-04-08 17:48 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

bagusnya suami kak anis....
soleh tol...
kalau suami saya pandai masak macam suami kak anis...
habisla saya....
jadi tong dram..
hehehehe

betul 2 ira...
alamak name same da...
rasa macam lain pula bila sebut name sendiri ini...
hehehehhe...
best nya dapat suami macam kak anis...
prihatin...
ini kang tak...
yang kaum lelaki ini yang mereka pandai masak nya..
mask air dengan megi saja..
hehehehe... :-D

sekali name same pula.. humm.. suami mana tak sayang isteri .. heheheh... emm tak mengapa, kang turn ira berdua.. insyaALLAH..

lelaki ni, kengkadang romantik dia bukan pada tutur kata.. tapi macammana dia melengkapi keperluan kita tanpa diminta.... :-D :-D

**suami kak nur lagi romantika ada amor kan kak nur kan ;-) ;-) ;-)

saya macam mana nak romantik kak anis...
calon pun tak ada lah...
hehehehe...
kasihan.....

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 21:14

Pada 14-04-08 21:02 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-04-08 20:42 , syahirahsoid posting:

!!! QUOTE !!!

saya ini kak anis xmkn puding...
tapi boleh tengok gmbr2 yang kak anis post kan ini..
perh...!!!
sedap gila..
sedap sehingga menjilat hujung kuku...
saya suka dengan puding marble 2...
macam sedap sangat nampaknya....
time cih kak anis...

dik... jangan jilat sampai ke kuku.. buruk dik :lol: :lol: :lol:

2 nasib baik kuku jari tangan kak anis...
dibuatnya jilat kuku kaki??
hahahahhaha....
:lucu: :lucu: :lucu:
tak dapat den nak nolong...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:17

tu yang akak wisau tu ira.. :-P :-P

hemm ira, nak suami yang romantik ye, cari lah yang mantap agamanya.. insyaALLAH tau lah dia macam mana nak beromantik yang halal :sopan: :sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:20

nak buka topik baru kang macam banyak sangat pula name ni enterprem... tak mengapa.. anis tambah saja kat thread ni... tapi kali ni bahagian sambal dan pencicah pula :terliur: :terliur:

/

sambal belacan
Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

    * 1 cawan cili padi
    * 1/4 cawan gula
    * 1/4 cawan garam
    * 1 sudu besar belacan
    * 1 biji tomato
    * 1/2 biji bawang besar
    * 1/2 biji lemon diambil airnya
    * Sedikit air masak

Cara-cara

1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
2. Masak bawang besar dengan microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
4. Siap untuk dihidang

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

cipoi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.05.2006
Ahli No: 24504
Posting: 242
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:23

ni yang buat lapa balik ni....huhu

Bookmark and Share

  Member Information For cipoiProfil   Hantar PM kepada cipoi   Pergi ke cipoi's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:23

/

air asam, sedap dimakan dengan ikan bakar atau daging bakar... huhuhu :terliur: :terliur:

Bahan-bahan ( berapa2 orang pun boleh )

    * Bahan tumbuk:
    * 2 - 3 biji cili merah
    * 3/4 biji bawang merah
    * 2 sudu teh belacan
    *
    * Bahan hiris:
    * 1 biji bawang merah
    * 1 biji cili merah
    * 1 biji tomato
    *
    * air asam jawa secukupnya
    * garam secukup rasa
    * jus limau

Cara-cara

1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sangat). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.
2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu banyak sangat kerana belacan dah masin.
3. Hiriskan semua bahan hiris.
4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yang ditumbuk tadi, agak-agak jangan terlalu masam.
5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 21:25

Pada 14-04-08 21:17 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

tu yang akak wisau tu ira.. :-P :-P

hemm ira, nak suami yang romantik ye, cari lah yang mantap agamanya.. insyaALLAH tau lah dia macam mana nak beromantik yang halal :sopan: :sopan:

InsyaAllah kak...
tapi nak cari yang macam 2 bukan senang kak...
alahai susahnye kak anis...
org sekarang sggp lupa Allah
semate2 nak kejar harta dunia...
:roll:

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:25

Pada 14-04-08 21:23 , cipoi posting:

!!! QUOTE !!!

ni yang buat lapa balik ni....huhu

sile2 cipoi... nasik tambah ada kat dalam periuk ye...jangan malu2 :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 21:27

Pada 14-04-08 21:20 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

nak buka topik baru kang macam banyak sangat pula name ni enterprem... tak mengapa.. anis tambah saja kat thread ni... tapi kali ni bahagian sambal dan pencicah pula :terliur: :terliur:

/

sambal belacan
Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

    * 1 cawan cili padi
    * 1/4 cawan gula
    * 1/4 cawan garam
    * 1 sudu besar belacan
    * 1 biji tomato
    * 1/2 biji bawang besar
    * 1/2 biji lemon diambil airnya
    * Sedikit air masak

Cara-cara

1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
2. Masak bawang besar dengan microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
4. Siap untuk dihidang

sedapnya kak anis...
nyum..nyum...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:27

Pada 14-04-08 21:25 , syahirahsoid posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-04-08 21:17 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

tu yang akak wisau tu ira.. :-P :-P

hemm ira, nak suami yang romantik ye, cari lah yang mantap agamanya.. insyaALLAH tau lah dia macam mana nak beromantik yang halal :sopan: :sopan:

InsyaAllah kak...
tapi nak cari yang macam 2 bukan senang kak...
alahai susahnye kak anis...
org sekarang sggp lupa Allah
semate2 nak kejar harta dunia...
:roll:

ada dik.. insyaALLAH, bila kita dah pasang niat yang baik-baik,insyaALLAH akan ALLAH permudahkan... yakinlah pada ALLAH...ira akan rasa ta'jub pada ALLAH.. bila kita meletakkan keyakinan secara mutlak dengan jodoh yang kita inginkan.... ;-) ;-)

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 21:30

sayang kak anis...
arap2 ada lah jodoh yang baik untuk saya...
InsyaAllah...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:33

humm, macam mak nenek pula rasa... sambil bagi resepi masakan, sesambil bagi nasihat.... :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:36

Pada 14-04-08 21:20 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

nak buka topik baru kang macam banyak sangat pula name ni enterprem... tak mengapa.. anis tambah saja kat thread ni... tapi kali ni bahagian sambal dan pencicah pula :terliur: :terliur:

/

sambal belacan
Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

    * 1 cawan cili padi
    * 1/4 cawan gula
    * 1/4 cawan garam
    * 1 sudu besar belacan
    * 1 biji tomato
    * 1/2 biji bawang besar
    * 1/2 biji lemon diambil airnya
    * Sedikit air masak

Cara-cara

1. Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
2. Masak bawang besar dengan microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
3. Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
4. Siap untuk dihidang

sambal belacan Boterian style............
    * 1 cawan cili padi (a.k.a cabai burung)
    * 1/4 cawan garam kasar
    * 1 sudu besar belacan
    * segenggam ikan bilis/udang kering

Cara-cara
1. tumbuk sampai lumat (recommended guna lesung batu)
2. siap dihidangkan
3. kalau ak best, tambah tempoyak = sambal tempoyak

masyuk kalau dicicah dengan ulam-ulaman......

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 14-04-08 21:41

makan nasik panas, ikan goreng, ulam timun dengan sambal belacan... huhuh peluh meleleh sampai kaki lah.. mak mentua lalu belakang pun tak sedar... kalau depan lain lah :lol: :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  

posticon Posting pada: 14-04-08 21:48

Pada 14-04-08 21:41 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

makan nasik panas, ikan goreng, ulam timun dengan sambal belacan... huhuh peluh meleleh sampai kaki lah.. mak mentua lalu belakang pun tak sedar... kalau depan lain lah :lol: :lol:

hahhahaa....
ada-ada saja kak anis ini...
Kalau mak mentua lalu depan..
ajak lah dia join...
hehehehe... :-D

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 21-04-08 14:06

rasa macam nak makan puding karamel saja..
hemm, buat lebih-lebih sikit kang boleh bawa sekolah...
:terliur: :terliur: :terliur:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 21-04-08 16:59

Assalamualaikum
apa kata kak anis sediakan resipi bagi gambar saya tu... :berfikir:
laicikang dengan woti bako.... :welcome:

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 21-04-08 17:06

Pada 21-04-08 16:59 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
apa kata kak anis sediakan resipi bagi gambar saya tu... :berfikir:
laicikang dengan woti bako.... :welcome:

kejap kak anis usahakan...

huhuu tengok makanan macam-macam.. tapi 1 pun dah tak boleh masuk... ujian nikmat sementara ni...

patut dulu bila selera makan org cakap makan lah, kang da tak selera susah...

untuk sts...

/

/

ni curik kat website org.. hehehehe

resepi akak tak jumpo lah

:-P :-D :-D

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 22-04-08 15:26

Assalamualaikum
ala kak...ingatkan ada resipinya..ini menambahkan lagi lapar saya ni..sedapnya gambar tu..sebab baik tak boleh gigit skrin ni... :-D

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  

posticon Posting pada: 22-04-08 17:10

Pada 22-04-08 15:26 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
ala kak...ingatkan ada resipinya..ini menambahkan lagi lapar saya ni..sedapnya gambar tu..sebab baik tak boleh gigit skrin ni... :-D

Spesis apa ini..? :oops:

Bookmark and Share

  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

kak-raihan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.03.2008
Ahli No: 32902
Posting: 29

blank  

posticon Posting pada: 03-05-08 05:01

salam alaik...

anis ni pandai masak ye? untung pandai masak, suami sayang pada kita

mama iman...kue sum sum tu faveret husband saya.melilau saya cari resepi dia. last last dapat juga belajar dr kakak ipar. senang saja buatnya. tapi bila lama tinggal,hilang touch lah. hehe

-----------------
...............harum subur di hati........................

Bookmark and Share

  Member Information For kak-raihanProfil   Hantar PM kepada kak-raihan   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 03-05-08 08:51

Pada 03-05-08 05:01 , kak-raihan posting:

!!! QUOTE !!!

salam alaik...

anis ni pandai masak ye? untung pandai masak, suami sayang pada kita

mama iman...kue sum sum tu faveret husband saya.melilau saya cari resepi dia. last last dapat juga belajar dr kakak ipar. senang saja buatnya. tapi bila lama tinggal,hilang touch lah. hehe

emm tak pandai sangat masak.. pandai makan saja :lol: :lol:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

nurul_huda3110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 03-05-08 09:51

Assalamualaikum

nak try lah tiramisu biskut dengan aiskrim goreng..
tak pernah buat lagi aiskrim goreng sebab takut tercair dalam kuali tu nanti..
xpasal2je..nanti boleh kakak2 dan adik2 ana join.buat surprise sikit kat birthday bonda kali ni..dah dapat idea dah.. :-D

nak cuti sem dah ni..apalagi,resepi dah ada.. :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

  Member Information For nurul_huda3110Profil   Hantar PM kepada nurul_huda3110   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 03-05-08 11:18

'Puan Anis, tinggal kat mana sekarang? Nak datang makan boleh tak? Nak buat sendiri malas.. heheh.. :terliur: :terliur:

-----------------

Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 03-05-08 13:05

Pada 03-05-08 11:18 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

'Puan Anis, tinggal kat mana sekarang? Nak datang makan boleh tak? Nak buat sendiri malas.. heheh.. :terliur: :terliur:

ye cik hanan.. datang lah rumah saya kat bahau... kalau cik hanan datang, spesel saya masak nanti :kelip: :kelip:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

nurul_huda3110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 05-05-08 11:00

Assalamualaikum

bahau??last ana pergi bahau masa tidur rumah kawan kat felda palong..masa sek teknik kat n9..jauh tu..kak anis pergi tak jk ukhwah??
mana lah tau,kalau ada kelapangan, kak datang lah dengan family.
kalau,kak rajin,boleh buat dessert untuk jk nanti.. :-D :-D

Bookmark and Share

  Member Information For nurul_huda3110Profil   Hantar PM kepada nurul_huda3110   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 12-05-08 20:01

Pada 05-05-08 11:00 , nurul_huda3110 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

bahau??last ana pergi bahau masa tidur rumah kawan kat felda palong..masa sek teknik kat n9..jauh tu..kak anis pergi tak jk ukhwah??
mana lah tau,kalau ada kelapangan, kak datang lah dengan family.
kalau,kak rajin,boleh buat dessert untuk jk nanti.. :-D :-D

huhuhu, akak dah lama tak boleh masuk dapur lah dik :cry: :cry: :-D :-D :-D

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar

posticon Posting pada: 12-05-08 21:14

ya Allah sdpnya..terliur ana tengok rsipi2 yang kak anis postkn..nak cuba lah bila balik rumah nanti..insyaAllah mggu ini nak balik..da rindu dengan mak..huhu,,

Bookmark and Share

  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

fathiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.11.2005
Ahli No: 20306
Posting: 178
Dari: penang+perak+melaka+n9

Perak  

posticon Posting pada: 15-05-08 01:18

sedapnya..terliur dibuatnya..dahlah perut tengah menggelegak lapar..ada sesiapa nak kasi test??nak buat malas..hehe

Bookmark and Share

  Member Information For fathihaProfil   Hantar PM kepada fathiha   Pergi ke fathiha's Website   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  

posticon Posting pada: 15-05-08 08:13

sedapnya....nyumm...nyumm... :terliur:

kak anis, thanks for sharing a lot of deserts recipes. teringin nak cuba buat tiramisu biscuit. tapi macam complicated saja... huhu...

Bookmark and Share

  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 15-05-08 17:22

Pada 15-05-08 08:13 , syira_qistina posting:

!!! QUOTE !!!

sedapnya....nyumm...nyumm... :terliur:

kak anis, thanks for sharing a lot of deserts recipes. teringin nak cuba buat tiramisu biscuit. tapi macam complicated saja... huhu...

buat lah shira, nanti boleh tempek gambar tiramisu yang shira buat :kelip: :kelip:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  

posticon Posting pada: 15-05-08 21:34

Pada 15-05-08 17:22 , anis_zulaikha posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-05-08 08:13 , syira_qistina posting:

!!! QUOTE !!!

sedapnya....nyumm...nyumm... :terliur:

kak anis, thanks for sharing a lot of deserts recipes. teringin nak cuba buat tiramisu biscuit. tapi macam complicated saja... huhu...

buat lah shira, nanti boleh tempek gambar tiramisu yang shira buat :kelip: :kelip:

insyaALLAH...nanti syira usahakan... :-D

Bookmark and Share

  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 16-05-08 02:23

kak anis..
ismi mohon izin...
meng'copy-paste' kan dizet2 yang ada ni ke dalam komputer ismi ek...
maklumla.. org tak ada kerja.. uhuk uhuk...

boleh kak...? :kelip::sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 21-07-08 18:21

Pada 16-05-08 02:23 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

kak anis..
ismi mohon izin...
meng'copy-paste' kan dizet2 yang ada ni ke dalam komputer ismi ek...
maklumla.. org tak ada kerja.. uhuk uhuk...

boleh kak...? :kelip::sopan:

boleh dinda ku... kalau buat dzet tu... kirim2 lah barang semangkuk buat kanda kat sini :kelip: :kelip:

Bookmark and Share

  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  

posticon Posting pada: 21-07-08 19:27

wah. sedapnya. nasib dah nak waktu berbuka..
ana nak kongsi puding karamel tapi dah ada org post..
ana nak share puding jagung lah. hik3

Air 750 ml
Agar-agar 10-15 gram
Gula 200 gram
Susu 250 gram
Garam secubit
Tepung kastad 100 gram
1 tin jagung cream style

Pnskn air sampai didih

dalam masa yang sama rendam agar2 potong kecil-kecil nak bagi kembang sikit

lepas itu mskkn agar2 tu dalam air yang da didih tadi

Kacau2 sikit agak-agak da sebati mskkn gula

Kacau sampai da tak nampak agar2 dengan gula

Then mskkn susu

Kacau sikit

letak garam

Pstu mskkn tepung kastad (kacau dulu dengan seminimum air yang boleh before mskkn dalam periuk.agak-agak tak beketul2 spy senang nak kacau dalam periuk)

Ok pas da mskkn kacau sampai sebati (kacau betul-betul takut hangit kat bawah)

Last sekali mskkn jagung. masa ni kena jg2 sebab adunan da nak mula likat dan kena kacau betul-betul sebab takut hangit kat belah bawah ka tepi2 ka

Kacau lah sampai agk2 da masak

tutup api, masuk dalam bekas, simpan lam peti sejuk sampai beku

~selamat mencuba~

Bookmark and Share

  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.140379 saat. Lajunya....