Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 251
Ahli: 0
Jumlah: 251




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Di sebalik kecantikan pasangan kita


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Di sebalik kecantikan pasangan kita

Please Mendaftar To Post


Oleh Di sebalik kecantikan pasangan kita

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-04-08 12:04


~Di sebalik kecantikan pasangan kita~


ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.


Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.


Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.


Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.


Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.


Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.


Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:
'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'


Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19)


Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali..


Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.


Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.


'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).


Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.


Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.


Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.

Wallahua'lambissawab…

P/S : Kebahagiaan tidak akan hadir dengan sekelip mata. Ianya harus dipupuk dengan perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.. :bunga: :bunga: :bunga:

**dr email


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

sabrina_umaira85
Warga Rasmi
Menyertai: 10.04.2008
Ahli No: 33168
Posting: 10
Dari: KB-selangor

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-04-08 12:16


salam..betul tu jangan meletakkan paras rupa sebagai aset utama..pkok pangkal hati mesti ikhlas.kecantikan dan kehandsoman akan hilang jua dimamah usia..huhu.bersyukur dengan apa yang diberikan Allah ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_umaira85Profil   Hantar PM kepada sabrina_umaira85   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 11-04-08 12:56


ana bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan olehNya & sentiasa berusaha menjadi yang terbaik di antara yang terbaik...insyaALLAH..!! :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-04-08 22:47


:-) Assalamualaikum


Syukran atas info...tiada manusia dalam dunia ni yang perfect...janganlah kita mengahrap kesempurnaan dari diri pasangan...sedangkan dalam masa yang sama..diri kita penuh dengan kelemahan dan kekurangan......sebaliknya...sama-samalah memperbaiki diri sendiri.....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-04-08 06:47


andai kecantikan yang dipilih,ianye akanhilang juga suatu hari nanti..tapi Kalau memilih kecantikan dalaman,insyaallah ia akan berkekalan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-05-08 06:15


Assalamualaikum
Sayulah pulak bila baca.... :-(

!!! QUOTE !!!

Kebahagiaan tidak akan hadir dengan sekelip mata. Ianya harus dipupuk dengan perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bagi..

Darabkan ia spy cepat naik :bunga:


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

aini_kkpp
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30092
Posting: 23
Dari: pahang

blank  


posticon Posting pada: 18-05-08 08:52


kecantkan tanpa keikhlasan sebenar adalah seperti debu-debu yang berterbangan,mencari keikhlasan sebenar adalah sukar.kecantikan hari ini tidak akan berkekalan ianya hanyalah pinjaman.bersyukurlah kita dilahirkan dengan akal fikiran,cukup sifat hanya satu keikhlasan perlu dipupuk untuk berbakti kapada Tuhan Yang Esa.amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aini_kkppProfil   Hantar PM kepada aini_kkpp   Quote dan BalasQuote

fatah82
Warga Rasmi
Menyertai: 05.05.2008
Ahli No: 33429
Posting: 8
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-05-08 11:33


dalam meniti arus dunia,keihklasan itu yang didambakan,walau terpaksa meredah hutan,mendaki gunung menyeberangi lautan....demi keikhlasan semua itu sanggup dilalui...........

ikhlas
ikhlas
ikhlas



cukup tersembunyi....
sukar dimengerti..

tetapi keIKHLASan juga yang dicari

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatah82Profil   Hantar PM kepada fatah82   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 18-05-08 11:42


nobody's perfect. kita pun tak perfect. adil lah. hee

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

ana_saleh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 32794
Posting: 38
Dari: cheras

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-05-08 16:02


erm...... agama yang paling utama.. hargai ,mereka yang beragama.. kamu akan dihargai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_salehProfil   Hantar PM kepada ana_saleh   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-05-08 16:07


kecantikkan tak kekal lama.....renungkanlah fakta ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107976 saat. Lajunya....