Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 244
Ahli: 0
Jumlah: 244




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Filem fitna menghina Islam......


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Filem fitna menghina Islam......

Please Mendaftar To Post


Oleh Filem fitna menghina Islam......

muslim86
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8040
Posting: 41
Dari: Khurasan

Johor  


posticon Posting pada: 03-04-08 12:32


Salam....

ana dah tengok filem fitna....

nauzubillah memang kurang ajar!!!!...

memang dia buat bermatlamatkan untuk menghina Al-Quran....

dia mengaitkan ayat 38 surah al-Anfal dengan kita umat Islam disuruh melakukan serangan dan Al-Quran benarkan kita membunuh orang2 kafir...

memang syaitan dan iblis orang yang buat filem 2.....

kalau antum nak tengok dalam website liveleak.com....

p/s : doa dan munajatlah kita pada Allah supaya Allah membantu kita dalam memelihara agamaNya....aminnnnnn

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim86Profil   Hantar PM kepada muslim86   Pergi ke muslim86's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 12:45


ana dah tengok filem pendek selama 15 minit tu...memang biadap malah nabi muhammad juga di hina sekali...mereka tidak insaf apa yang terjadi kepada seorang penulis denmark yang kematiannya sunguh memeritkan.,..moga apa yang mereka lakukan dapat pembalasan seteruk-teruknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 13:40


dah tengok..sakit hati sungguh tengok penghinaan syaitan berupa manusia 2 menghina rasulullah dan al quran..selain boikot semua yang berkaitan dengan belanda,apa lagi yang kita boleh buat..sakit hati sgtttttttt..Ya Allah turunkanlah bala kepada manusia yang menghina kekasihmu yang amat kami kasihi ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 14:59


Ana ada video ni..tapi dan tengok kejap saja...huhu....


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-04-08 18:17


Assalamualaikum
biarlah kemarahan itu kerana cintakan Allah dan RasulNya..bukan kerana kemarahan yang meluap sementara cuma...teruskan berjuang biar diri terbuang....

P/S : teringat artikel yang pernah dipostingkan ke sini...marah kerana cinta, bukan kerana benci...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-04-08 22:59


GERAM sangat...
mereka tafsir muslim tu jahat...
walhal Islam tu menitik beratkan kesejahteraan, persahabatan, toleransi dan banyak lagi yang baik-baik
Kenapa lah mereka ni jahat sangat...
semoga Allah lindungi kita semua dr musuh2 Islam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 04:27


(Kami tak akan minum Heineken lagi, mereka hina islam- kata seorang budak mabuk…)

Selanjutnya di http://keretamayat.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 05:33


Dikatakan filem Ayat-ayat Cinta merupakan satu counter terhadap filem 'fitna'.......sama-sama kita nantikan kebenarannya

Ayat-Ayat Cinta pecah panggung dengan 3 juta penonton setakat ini....
Trailer Ayat-Ayat Cinta
http://www.youtube.com/watch?v=6NexBJmIPhI
http://www.youtube.com/watch?v=fHh2gT99ZTM

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-04-08 06:19


Ana dah tengok... Erm..rasanya tak sesuai dikatakan sebagai filem... Tapi dokumentari... Di dalam video ini, mereka seolah-oleh menunjukkan keganasan islam... Kalau dilihat pada akhir video ini..semuanya di compile dr rancangan tv yang terdapat di pelestine kebanyakkannya. sebenarnya, semua org tahu yang keganasan di palestin bukan Islam yang mulakan tapi Yahudi...dan Islam bukan bertindak sebagai pengganas tapi membertahankan agama dan negara... Dimanakah pemikiran mereka yang develop video ini? Butakah mereka sedangkan kebenaran jelas lagi nyata?

rasanya video fitna ni dah lama...tapi Kenapa masih tiada sebarang berita dari belanda? Seperti minta maaf? agaknya depa xsedaq diri agaknya... Video2 dan cerita2 seperti ini perlu di'band' dari mula.

Ana rasa tak ada bezanya dengan cerita da' vinci code...lebih kurang saja....cuma da' vinci code memang tidak menghina al-quran tapi kebenaran islam itu telah dicabar.....

WaAllahulam....

--> Moga dikuatkan iman kita semua...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-04-08 14:27


Pada 03-04-08 12:45 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

ana dah tengok filem pendek selama 15 minit tu...memang biadap malah nabi muhammad juga di hina sekali...mereka tidak insaf apa yang terjadi kepada seorang penulis denmark yang kematiannya sunguh memeritkan.,..moga apa yang mereka lakukan dapat pembalasan seteruk-teruknya...



Cerita sikit pasal penulis tu...nama dia dan apa dia buat... saya mengaku memang tak tahu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-04-08 14:51


KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA.

(Kenyataan cet det kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim):
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan):
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan –

(Kenyataan cet det pada 14 Julai 1992 kepada wartawan).
Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

Ucapan cet det pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor).
Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Ucapan cet det pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah).
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan cet det kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno).
Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan cet det pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan).
Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan cet det pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).
Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? –

(Ucapan cet det pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

(Kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan).
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.


(cet det, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)
" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr., cet det ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994.
"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. cet det, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(cet det, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994).
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa
kini."

cet det, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994).
"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(cet det, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

cet det, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(cet det, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(cet det, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992).
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

cet det, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

cet det, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) .
"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992):
"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(cet det, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992).
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)
"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

" cet det (, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994).
Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(cet det ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."

(cet det 28/9/2001)
Perhimpunan Agong Umno. cet det berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr cet det ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(cet det 3/3/94)
'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.

(cet det 14/7/92)
'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

cet det (2/5/92)
'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

cet det (1994)
'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib 20/4/93)
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99)
'Apa erti negara Islam jika mundur'.

cet det (11/1/02 Berita Harian
Mahathir berkata:Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

•    Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
Allah swt." (al-An'am:57)
•    Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)
•    Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)
•    Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)
•    Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi
orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT
cet det, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?

Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak budak. Pisau cukur pun tak budak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

cet det, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".



cet det: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

cet det (, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, cet det yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

•    Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)
•    Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(cet det, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(cet det, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).
"Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

•    Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
•    Rasullullah bersabda:
•    "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
•    "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
•    "Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 :
Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 :
menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato' Rais Yatim Jun 2001
mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

•    JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 tahun 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.

MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM

cet det 20hb Julai, 2001
Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr cet det cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr cet det telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr cet det adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?

UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 21-04-08 17:14


Assalamualaikum
aik...macam kenal jeq kenyataan AqluSalim tu...hmm..apa kata buat kupasan sikit...jangan sekadar mengopi-pes...kongsilah pandangan daripada rumusan terhadap kenyataan tersebut..moga² dapat pandangan yang lebih mudah dan benas...mantap dan padat... :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

maestra_dila
WARGA SETIA
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31514
Posting: 404

spain   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 00:57


Assalamualaikum...

ana belum tengok filem tu. Cuma dapat tahu daripada kawan-kawan. Bila dah dengar pun dah rasa sakit hati sangat.. tak sanggup nak tengok takut marah dan sakit hati ni bertambah-tambah pula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maestra_dilaProfil   Hantar PM kepada maestra_dila   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 10:03


Padamkan api Fitna dengan al-Quran

Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

TIDAK dinafikan, al-Quran merupakan ubat utama kepada masalah manusia.
Sebabnya, ia boleh diibaratkan sebagai buku manual yang dibekalkan oleh Allah untuk menangani makhluk yang bernama manusia.
Walau bagaimanapun, seperti semua jenis ubatan yang lain, jika tidak diguna atau dipreskripsikan dengan betul,
ubat tersebut akan menjadi racun yang boleh memudaratkan penggunanya.

Merujuk paradigma di atas, dapat disimpulkan tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders dalam menghasilkan filem kontroversi terbaru mengenai al-Quran
samalah seperti mengambil al-Quran dari sudut yang tidak betul. Akhirnya memesongkan mesej sebenar ayat-ayat tersebut.

Walaupun rata-ratanya umat Islam seluruh dunia bangkit menentang filem tersebut,
namun mungkin ada sesetengah umat Islam yang dangkal ilmunya akan terpengaruh dengan filem itu
kerana kelemahan memahami ayat-ayat 'keganasan' yang diutarakan oleh Wilders.

Oleh itu, amat perlu ahli di dalam bidang al-Quran memperjelaskan kedudukan sebenar ayat-ayat tersebut iaitu
(al-Nisa': 56 & 89, al-Anfal: 60, Muhammad: 4) agar salah anggap terhadap maksud ayat-ayat di atas tidak meracuni pemikiran sesetengah umat Islam.

Perlu dijelaskan bidang pengajian al-Quran seperti tafsir al-Quran adalah bidang ilmu yang cukup kompleks.
Ia memerlukan penguasaan ilmu-ilmu asas Islam yang tinggi seperti kemampuan bahasa Arab, pengetahuan tentang ilmu hadis,
sejarah, sirah, asbab nuzul, nasakh mansukh, makki & madani, tafsir bi al-ma'thur & tafsir bi al-ra'yang,
qiraat, ulum al-Quran dan sebagainya.

Ilmu-ilmu tadi merupakan nyawa, nadi dan alat utama yang diperlukan untuk seseorang itu benar-benar memahami al-Quran.
Mana-mana ayat al-Quran yang tidak difahami dalam kerangka ilmu yang dinyatakan di atas,
kepincangan makna akan terjadi seperti yang diutarakan oleh filem tersebut.

Al-Quran mengkategorikan orang bukan Islam kepada dua kategori iaitu kafir dzimmi (kafir yang menjadi teman kepada umat Islam,
tidak bermusuh dan tidak mensabotaj umat Islam) dan kafir harbi (kafir yang sentiasa memusuhi serta cuba mensabotaj kelangsungan umat Islam).

Ini selaras dengan firman Allah, Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu),
dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu),
dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Mumtahanah: 8-9)

Kesemua ayat yang disebut di dalam filem Fitna itu ditujukan kepada kumpulan kafir harbi di zaman Rasulullah
yang terdiri daripada kuffar Musyrikin Mekah dan Yahudi Madinah yang berpaling tadah.

Pihak kuffar Mekah telah bersungguh-sungguh berusaha membunuh serta menghapuskan pengaruh Islam di Mekah
sehingga memaksa Nabi SAW dan para sahabatnya berhijrah ke Madinah demi menyelamatkan Islam.
Ini dijelaskan oleh firman Allah dalam ayat ke 30 surah al-Anfal.

Semasa di Mekah, umat Islam dilarang memulakan perang sebagaimana firman Allah dalam ayat 77 surah al-Nisa'.

Mereka hanya dibenarkan membalas kezaliman musuh-musuh mereka serta melancarkan perang setelah berada di Madinah sebagaimana firman Allah,
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya;
dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar,
(mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. (al-Hajj: 39-40)

Setelah arahan perang atau mempertahan diri secara fizikal dikeluarkan, amat perlu bagi umat Islam mempunyai kekuatan pertahanan seperti mana-mana negara di seluruh dunia.
Untuk itu Allah menurunkan pula ayat surah al-Anfal yang digunakan oleh Wilders di dalam filemnya:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia,
untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain
dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya...(al-Anfal: 60)

Setelah berlaku peperangan, fokus utama sesebuah armada tentera adalah mencapai kemenangan.
Strategi untuk mencapai kemenangan mutlak ialah dengan merencana perang dengan segala kekuatan dan strategi yang ada.

Untuk itu Allah membekalkan umat Islam dengan ayat-ayat yang tampaknya keras,
akan tetapi amat berkesan untuk menjamin kemenangan yang dikejar.

Contoh-contoh ayat inilah yang digunakan oleh Wilders di dalam filemnya.

lFirman Allah, Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir,
maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun)
di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam).
Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya;
dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong. (al-Nisa': 89)

Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad)
maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya)
maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya.
Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu
dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya.
(Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya).
Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki,
tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya);
tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu).
Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya),
maka Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. (Muhammad:4)

Walaupun begitu, umat Islam masih terikat dengan adab-adab di dalam perang sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Pergilah kamu ke medan perang dengan nama Allah, dengan Allah dan di atas agama Rasulullah SAW.
Jangan kamu membunuh orang tua yang lemah, kanak-kanak dan wanita.
Jangan kamu mengkhianati harta rampasan, himpunkan harta peperangan kamu, buatlah yang elok dan baik,
sesungguhnya Allah sukakan mereka yang berbuat baik". (riwayat Abu Daud)

Selain itu, perlu diingat bahawa al-Quran sememangnya kaya dengan nilai-nilai pengajaran yang universal.
Ia telah berkurun menyentuh berbagai aspek kehidupan seperti keadilan sosial (al-Baqarah: 275, al-Hasyr:7),
penjagaan alam sekitar (al-Rum: 41), dialog peradaban (al-Hujurat: 13), pemikiran kritis (Ali 'Imran: 190-191),
hak-hak wanita (Ali 'Imran: 195, al-Nahl: 57-59, al-Zukhruf: 16-17), ekonomi (al-Baqarah: 282, Yusuf: 47-49),
akhlak (Yunus: 57), komunikasi (al-Hujurat: 6), sains dan sebagainya.

Hanya segelintir ayat sahaja yang membincangkan perihal jihad
dan peperangan bersesuaian dengan situasi dan keadaannya.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114658 saat. Lajunya....