Oleh |
wajarkah aku bertukar bidang kerjaya?? |
tornado
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2006 Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn
|
Posting pada: 02-04-08 14:16
saya amat mengharapkan pandangan/nasihat daripada warga ukhwah. sekarang ni saya bekerja sebagai Hardware Design Engineer di sebuah kilang. Kerja saya sekarang ni lebih kepada design PCB layout. saya adalah satu-satunya designer kat kilang ni, so kalau ada apa-apa technical problems, saya kena handle sendiri, tak dapat nak rujuk pada sesiapa. dalam beberapa bulan saya bekerja di kilang sekarang ni, dah nak masuk 3 projek yang saya handle. bekerja seorang-seorang menyebabkan saya selalu rasa tension sebab tak dapat share problem dengan rakan-rakan di sini.. sebelum bekerja di kilang ini, saya bekerja sebagai Circuit Design Engineer di sebuah kilang lain. Di kilang tersebut, saya ditempatkan dalam RnD department. lebih 2 tahun saya bekerja di kilang tersebut, saya telah berjaya handle 5 projek. baru-baru ini, saya ditawarkan jawatan electrical engineer oleh MISC. kerja tersebut memerlukan saya belayar beberapa bulan. kerja saya lebih kepada jaga maintenance kapal. masalahnya, perlukah saya terima kerja tersebut? saya dah ada lebih 2 tahun pengalaman dalam circuit design, wajarkah saya tukar kepada bidang maintenance??saya agak berminat untuk sertai MISC sebab ia under PETRONAS. memang target saya untuk bekerja dengan mana-mana GLC sebagai kerja tetap saya sampai bersara. saya dah lakukan solat istikharah beberapa kali tapi tiada petunjuk. kalau masih tiada petunjuk, apa yang saya perlu buat?? makayah saya 50-50.. kepada warga ukhwah sekalian, tolong feedback secepat mungkin..
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 02-04-08 14:59
try solat lagi..tapi jika masih tiada petunjuk...ikut kata hati...apa sebenarnya yang disukai..kalau kita betul-betul berminat, semua pun boleh buat.. ambil yang mana lebih selesa dengan diri..rezeki Allah tu maha luas..kadang-kadang datangnya tak tersangka.. actually banyak lagi yang nak tulis, tapi tak sempat...gtg...
|
RijaludDeen
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2006 Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..
|
Posting pada: 02-04-08 16:46
.. Sekadar memberi pandangan.. jawapan untuk istikharah boleh hadir dalam berbagai bentuk.. boleh jadi, kekuatan rasa hati tu adalah jwpannya.. Allahua'lam.. ----------------- "Put Our Trust In ALLAH"
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 02-04-08 17:25
Saudara tornado, saya nak tanya dulu, awak suka: 1. Kerja di dalam 2. atau kerja di luar Kemudian, adakah awak suka berlayar ke mana-mana dan membuat kerja yang memerlukan awak membuat kerja yang sama (rutin) dalam harian? Sebab kalau anda suka membuat kerja-kerja rutin, maka sesuailah anda dalam bahagian maintenance. lebih-lebih lagi kalau awak suka buat kerja-kerja luar. Setahu saya kerja-kerja design ni memang ada juga pergi ke luar tetapi taklah sekerap yang kerja maintenance (sebab saya sekrang pun jurutera bahagian design). Mungkin saudara boleh buat satu list kesukaan saudara dalam kerja luar dan dalam, tuilis atas kertas supaya saudara nampak, kemudian sertakan sekali pro kan kontranya? ini hanya cadangan saya yang dhoif... Macam saya, saya suka maintenance work..tetapi saya ada masalah kesihatan, so dibataskan oleh halangan kesihatan. so i need to be realistic and choose design Begitulah agaknya pendapat saya. Allahu'alam
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 02-04-08 17:26
buatlah yang terbaik untuk diri & masa depan.betul, istikharah bukan hanya datang dengan satu cara, gerak hati juga boleh dianggap sebagai petunjuk. memang seronok dapat belayar dengan kapal ni(abang sulung saya ikut kapal LNG @ a.k.a Life No Guarantee tapi sekarang ni tengah pening sebab tak sanggup nak tinggalkan anak & isteri even gaji elok. dalam masa yang sama, pengalaman dia dalam kapal dah cukup banyak. dan sekarang ni dia tengah berharap supaya dapat bertukar kerja di darat. as well, saya juga antara org yang melompat2 kerja atas banyak asbab (ngo-swasta-gomen). banyak perkara yang perlu difikir. sebab adakala kekesalan tu akan hadir selepas kita melepaskan bidang tugas yang lama.fikirkan pro & kontra terutama untuk masa depan diri kita. akak doakan semoga berjaya membuat pilihan. insya allah
|
tornado
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2006 Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn
|
Posting pada: 03-04-08 11:55
pertama sekali terima kasih kepada yang sudi memberikan pandangan dan kepada yang sudi membaca masalah saya ni... memang agak sukar bagi saya untuk buat keputusan sekarang ni, ada beberapa perkara penting yang saya perlu fikirkan. pada pendapat saya, dalam memilih kerja, ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan: 1. dengan siapa kita bekerja (gomen, GLC, kilang, consultant, construction dll). 2. bidang apa yang kita akan bekerja (research, prod, mftg, process, QC, management, maintenance dll). 3. gaji yang bakal kita peroleh. ada lagi beberapa perkara lain termasuklah keberkatan, persekitaran dan macam-macam lagi. lepas saya join MISC, saya akan bekerja dengan sebuah GLC yang saya kira lebih stabil daripada kilang (kilang saya sekarang ni pun dah nyawa2 ikan). Insya ALLAH, dari segi ekonomi, masa depan saya lebih cerah dengan menyertai GLC.saya cuba apply di tempat2 lain tapi belum tentu dapatkan?saya rasa lebih baik saya ambil saja peluang yang datang sekarang ni. dengan join MISC, saya akan bertukar bidang daripada design engineer kepada maintenance engineer. cara hidup saya akan berubah 100%. sekarang ni saya bekerja dalam ofis hour (8.30pg-6ptg). kerja saya memang dalam ofis ada air-cond, dan depan PC (cuma kadang-kadang masuk prod).saya jarang sangat keluar ke mana-mana, hujung minggu pun lebih banyak habiskan masa kat rumah. dengan MISC, saya kena belayar berbulan2, kerja tak tentu masa dan dalam ruang yang mungkin tidak selesa. tapi saya berpeluang pergi ke negara lain, cari pengalaman dan memerlukan ketabahan hati untuk menempuh segala bentuk ujian. untuk menguasai sesuatu bidang, selain minat, kita juga memerlukan kemampuan. selepas lebih 2 tahun saya bekerja sebagai designer, saya rasa saya kurang kemampuan dalam bidang ni. dalam beberapa projek yang saya handle, saya masih tak puas hati dalam beberapa perkara. saya cuba improve diri saya kat tempat sekarang ni tapi tiada siapapun yang mampu membantu saya untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam bidang design. dalam beberapa hari lagi, saya akan buat keputusan yang akan mengubah cara hidup saya selama ini. saya yakin, kalau ada kemampuan, minat itu akan datang kemudian. yang penting, kita tahu macam mana nak tingkatkan kemampuan kita tu..
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 03-04-08 12:15
tornado..anda rasa anda suka nak belayar?? nak jalan jejauh... anda bujang lagi ke?? kalau pada pendapat aku lah..Kalau bujang no hal.... go on.. dan anda minat tak nak buat kerja baru tu?? Kalau tak minat baik tak payah...kang baru kerja sebulan dua dah tak tahan... lepas itu pula kalau anda minat kerja baru tu dan untuk secure baik pergi..manataknya..kan anda kata kilang tu pun dah nak melingkup... takkan anda nak tunggu melingku baru nak blah... sekian..wasalam
|
atiey11
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor
|
Posting pada: 03-04-08 13:09
Pada 03-04-08 12:15 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! tornado..anda rasa anda suka nak belayar?? nak jalan jejauh... anda bujang lagi ke?? kalau pada pendapat aku lah..Kalau bujang no hal.... go on.. dan anda minat tak nak buat kerja baru tu?? Kalau tak minat baik tak payah...kang baru kerja sebulan dua dah tak tahan... lepas itu pula kalau anda minat kerja baru tu dan untuk secure baik pergi..manataknya..kan anda kata kilang tu pun dah nak melingkup... takkan anda nak tunggu melingku baru nak blah...
sekian..wasalam betul juga tu.. kalau kilang tu pun dah nak lingkup baik blah cepat-cepat, nanti susah pulak.. nampaknya tornado minat nak kerja dengan MISC tu, so rasanya tak salah mencuba, walaupun bidang dia tak sama tapi mungkin tornado akan rasa lebih selesa, time2 muda, energetic, tak salah mencuba sesatu yang advanture... dari pengalaman kawan-kawan, kerja selalu outstation memang seronok, seronok sangat, boleh pergi jalan-jalan, tengok tempat orang.. tapi semakin lama, mereka boring sebab tak ada masa nak hang out dengan kawan-kawan, Malaysia 2 bulan, terbang outstation, 1 bulan, kira macam 50% (or may be less) Malaysia 50% outstation.. bagi saya kalau kerja, kepuasan penting juga selain gaji dan minat... anyway saya ucap good luck
|
abaabil
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.08.2007 Ahli No: 30613
Posting: 28
Dari: Pantai Valley
|
Posting pada: 03-04-08 13:11
ini hanyalah pendapat saya... ikut rasa hati tornadolah...biasanya hati kecil kita akan bersuara untuk kita...cuma biasanya kita buat tidak ambil peduli... lagi satu, apa matlamat kita bekerja (selain sebagai ibadah kepada ALLAH)...adakah semata-mata untuk mengumpul harta?mendapat gaji yang tinggi?atau kepuasan dalam kehidupan.. ada orang bekerja dengan gaji yang besar tapi tiada kepuasan yang dikecapi, tiada ketenangan yang didapati (orang biasa sebut 'no life')...ada orang kerja dengan gaji yang kecil tapi puas dalam kehidupan, sentiasa tengang dan gembira, walaupun gajinya kecil, sentiasa cukup untuk kehidupan... jika rasa tidak mahu makan gaji, boleh buat bisnis, tornado sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi, apa kata tornado buat syarikat sendiri, buat permulaan mungkin boleh buat syarikat perundingan... adapun itu hanyalah lontaran idea... Maka ALLAH lebih mengetahui. ----------------- Aku Si Tukang Kebun, Berlantaikan Bumi, Berbumbungkan Langit. Aku Tetap Berkebun.
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 03-04-08 17:46
assalamualaikum... tu lah.. pilihan kat tangan tornado... sebelum kita masuk bidang yang baru, memang akan ada rasa bimbang.. apapun.. bila tornado dah fikir masak2.. sedalam2 nya.. and dah masuk bidang baru ni... harap tornado ada azam yang kuat... kemahuan yang tinggi.. dan enjoy dengan kerja.. cari bright side of your chice... insyaALLAH.. carilah pengalaman seluas2nya.. sebab pengalaman tak boleh di beli.. k.. Semoga berjaya dalam hidup... =)
|
ilma
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu
|
Posting pada: 04-04-08 01:19
salam.. buatlah keputusan yang terbaik... perjalanan adalah sebaik-baik guru.... all da best....
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 04-04-08 02:02
salam buat tornado... bukan tak nak sokong, tapi kalau ikut gayanya baik tornado jangan tukar kerjaya ke MISC tu, memang lah kerja dia lagi best dan nampak masyuk.. lagipun kerja belayar ni, banyak dugaannya, esp kalau dah sampe port negara lain (terutamanya negara eropah)......di cerita from ada dark side hihi ye lah dok lama atas kapal, tak ada apa, sangap lah jadinya (maaf ye)..... kalau mampu tahan dan iman kuat, then dipersilakan.... tapi kalau boleh elak, baik kita elak, kan??? pepun, buat pilihan yang anda rasakan terbaik untuk diri anda.......
|
tornado
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2006 Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn
|
Posting pada: 04-04-08 11:26
terima kasih kepada yang masih sudi memberi pendapat dan yang masih membaca masalah saya ni.. saya rasa ada beberapa perkara yang saya perlu tekankan di sini.. 1. masalah saya berhubung nak tukar bidang kerjaya daripada design engineer kepada maintenance engineer. 2. tempat kerja saya yang berubah daripada dalam ofis ke atas kapal. 3. waktu kerja saya yang berubah daripada ofis hour kepada kerja tak tentu masa. apa yang saya dapati, banyak pandangan lebih tekankan point no 2. kalau point no 2 tu tak wujud, pasti ramai yang menyokong kan? kalau dilihat daripada posting saya yang pertama, saya lebih tekankan point no1. sebenarnya saya terasa sayang nak tinggalkan bidang design, sebab tu saya hadapi masalah nak buat keputusan, seterusnya minta bantuan warga ukhwah. mungkin disebabkan tawaran tu datang daripada MISC yang memerlukan saya belayar beberapa bulan menyebabkan ada beberapa pandangan yang kontra. saya cuba bandingkan tawaran tu datang dari PETRONAS bahagian carigali, yang memerlukan saya tinggal di tengah2 lautan selama beberapa bulan,pasti wujud pandangan yang berbeza kan?Kenapa?sebab tawaran datang dari pihak yang berlainan. apapun, saya amat menghargai segala pandangan yang diberikan. setiap orang ada pendapat masing-masing. saya masih dalam proses meneruskan istikharah, semoga keputusan yang diambil adalah yang terbaik bukan saja untuk diri saya, tetapi juga untuk family saya, majikan saya dan semua pihak.
|
AqluSalim
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.04.2008 Ahli No: 33294
Posting: 114
|
Posting pada: 30-04-08 16:47
MISC anta perlu berlayar ke Eropah Afrika Amerika ...amerika latin...australia...cuti hanya sebulan dalam setahun...11 bulan berlayar. jika usia anta muda bulah untuk cari pengalaman..cuma tahan ke anta berlayar berbulan di lautan dengan kapal dagang MISC tersebut...Sabar perlu tinggi...Sabar dengan godaan dunia...pendpatan saya fikir banyak sebab anda engineer...jika muda boleh cuba cuma perlu sabar...jika tidak anda cari saja factory lain yang baynak di negara ni...nak kerja Toyota...kawan saya ada bertugas di sana...PM saya jika dia sudi bantu anta...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 30-04-08 21:13
kerja-kerja yang melibatkan MOB/POB ni memang mencabor. apa yang teman dapat katakan kerja yang kasar dan ganas. Teman cakap Babarian man.... hehehehe bila dah kroje MOB/POB ni kehidupan dah lain dah. Sebab kita menjadikan laut sebagai dunia kita. macam Water World lah kiranya. Kroje kat atas kapal ni ada displin dan undang-undang dia. biasanya kroje 12 jam sehari. Bangun seawal 0500Hrs dan habis kroje pukul 1900Hrs. kalau ada kroje yang kritikal akan kroje sampai malam lah. lebih-lebih lagi yang melibatkan maintenance ni. contohnya worst case scenario enjin kapal rosak, geng2 maintenance ni bertungkus lumus membaikinye tak kira masa dan waktu walopun tengah malam. kalau yang kroje duduk kat bilik enjin ni lagi haru....dapatlah rasa duduk dalam panas kalau duduk kat dandang2 kapal.... Patuh arahan ketua adalah wajib. Dan kita akan dapat keselesaan kalau kita berjawatan beso atas kapal berkenaan. dapat bilik yang selese, dapat layanan makanan yang best, dapat bawa keluarga sekali. p/s MOB - Man Overboard POB - Personnel Onboard
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 30-04-08 21:14
teman pun terasa nak tukor kroje rasanya.... ada sesiapa ada cable untuk jawatan sesuai untuk teman? teman rasa nak beralih angin pula
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-04-08 21:51
by: Daeng_Jati!!! QUOTE !!! teman pun terasa nak tukor kroje rasanya.... ada sesiapa ada cable untuk jawatan sesuai untuk teman? teman rasa nak beralih angin pula
Saudara Daeng_Jati nak tukar kerja dan beralih angin, kalau ada cable? HMM... Lecturer saya nak pakai orang. Build advance search engine for Google. Base dekat Singapore. Kaaatt Malaysia, rasenyee Google takdee base. Singapore paling dekatt ngnn sini... Saya bagi contoh mudah. Daeng_Jati kena build algorithm yang membuatkan Google search lagi pantas dari Yahoo.com. Contohnya Yahoo bleey waatt search dalam 0.035 milisecond, tapi algorithm yang Daeng_Jati build bleeyy enable Google search dalam 0.021 or 0.019 second... Semuanya bawah satu saat... Nak taakk merasa gaji belas-belas ribu dolar?? Mewaahhh abiiss niihh... Setakat niie setahu saya takdee lagii lah kawan-kawan saya yang apply dekat lecturer tuuee...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 30-04-08 22:02
erm, teman kalau pasal komputer ni tak tau apa.... yang Programming ni teman pening saja tengok. tak boleh nak buat.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 30-04-08 22:04
tak ada kaitan dengan daeng pun tu owl.... tu bagi kat sailormoon lah...
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-04-08 22:06
Daeng_Jati, tumpang tanya, Man Overboard or Personnel Onboard niiiee merujuk pada yang atas kapal laut jeee ke or termasuk yang kapal terbang? Hardware Design Engineer nniiiee maksudnyee design circuit kee?
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 30-04-08 22:07
ye MOB dan POB ni orang yang duduk atas kapal dan pelantar minyak. dan apa-apa yang ada tengah laut.... tapi yang kapal terbang teman tak pasti lah. siapa lebih arif boleh jawab?
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 30-04-08 22:24
kesilapan definisi... bukan Man Overboard tapi Man On Board... kalau Man overboard tu orang dah jatuh dalam laut... maap, kesilapan definisi.... kekeliruan yang terjadi. -----------------
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 30-04-08 23:33
Sebenarnya solat istikharah tak semestinya mimpi saja....kadang-kadang datang dalam bentuk lain. Kalau tak tahu juga ikut minat kita nak jadi apa. saya cakap atas dasar pengalaman. saya pun pernah kerja pelbagai kerja. Hampir 3 tahun sebagai projek eksekutif kat syarikat IT.. saya berfikir panjang tentang masa depan saya. Sebab saya memang minat nak jadi pendidik. jadi sekarang saya sedang ikuti Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk menjadi pendidik. Akhirnya cita-cita saya akan menjadi kenyataan. saya akan menjadi guru pada tahun 2009. Walaupun ikutkan umur dah meningkat, namun saya akan capai cita-cita saya tu. jadi pilihlah yang terbaik untuk masa depan dan paling penting untuk keluarga. ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 01-05-08 01:21
Pada 30-04-08 16:47 , AqluSalim posting:!!! QUOTE !!! cuti hanya sebulan dalam setahun...11 bulan berlayar... erm... ye ke 11 bulan belayar baru sebulan balik Malaysia? sebab abang ana memang MISC kapal LNG. dulu-dulu lepas grad 6 bulan sekali balik. skrg2 ni 3 @ 4 bulan sekali. dia dah kerja dekat 10 tahun dah. mula dari kapal barang sampai lah ke kapal Life No Guarantee ni tentang godaan tu alah bisa tegal biasa kapal MISC terbatas & terjaga bak kata abang ana jika nak banding kapal luar esp kapal amerika -----------------
|
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 01-05-08 01:26
Bismillahirrahmanirrahim !!! QUOTE !!! 1. masalah saya berhubung nak tukar bidang kerjaya daripada design engineer kepada maintenance engineer. 2. tempat kerja saya yang berubah daripada dalam ofis ke atas kapal. 3. waktu kerja saya yang berubah daripada ofis hour kepada kerja tak tentu masa. Iya, saudara tornado.. Rasanya boleh saya lontarkan pendapat sedikit-sebanyak.. Kurang-kurang beban kepala tu ringan sedikit.. hmm, mungkin kita ada sikit-sikit pesamaan.. huhuhhu.. maksud aku situasi Sekadar pendapat; Kalau pilih pilihan 1. Kalau bertukar bidang, maintenance tu memang major.. tapi elektrikal masih minor dalam skop kerja tornado. Insya-ALLAH boleh kejar.. Kerjaya saya sendiri pun bukan bidang major, tapi alhamdulillah atas kurniaNYA.. memang merangkak juga mula-mula nak faham.. memang nensen.. Kalau pilihan 2. No komen. Tak pernah merasa lagi.. Kalau pilihan 3. Fikirle, time bulan Ramadhan menghabiskan masa di opis.. especially time terawih.. org lain cuti kita keroje.. huhhhhuh.. Malam kita berjaga.. kalau boleh bawa alhamdulillah.. Setakat tu sahaja.. ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 01-05-08 01:27
to mr tornado first of all welcome to my company, i'm the best person who can answer your dilemma...pls dont hesitate to PM me for any clarification regarding your doubt...but currently i'm not with the FMS(Fleet Management Service) department that you will attach it later...i'm attach with something related with oil and gas...for your information we are subsidaries of PETRONAS with the stakeholder about 64.6%. mean that we also are GLC company. Pls bear in your mind to be the person on board in any fleet or vessel is vey heavy challenges that you need through it. At least pls infrom to me which vessel you will attach...and my opinion if LNG vessel, you will be luckly person because the vessel is 5 star vessel in term of accommodation and facilities and also the best vessel in this world. Plus the allowance also quite bigger number.
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 02-05-08 14:18
This Mr tornado didnt replied for quite a long time. I guess he is busy right now. I hope he is success with his career and has a big progress through his life. Its difficult right for having exploring career options? So Im sure he is done with it and make a good choice. Bassyyaa!!!
|
tornado
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2006 Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn
|
Posting pada: 12-05-08 15:54
first of all, I'm quite surprise because this topic still active after my last post, about a month ago.. yes, I'm very busy right now, tengah kursus selama 3.5 bulan kat ALAM, melaka dan akan dihantar ke batu rakit. tentang cuti, untuk LNG akan diberi cuti 15 hari sebulan. yang lain-lain 10 hari sebulan. as mr hafeezul has told, i will report to FMS, maybe we can meet at daya bumi after this. yup, memang ramai yang berangan nak naik LNG tapi belum tentu semua dapat. actually i'm quite worry about my responsible on the ship. fyi, i'm the in 2nd batch for EO (electrical officer) position. that's mean this pos quite new in MISC. I'm not sure about this pos before. the problem is maybe the ship captain or chief engr don't know our (EO) responsible on the ship. to mr hafeezul: may u help me to put my name in LNG list??ahaks!!(just kidding)
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 12-05-08 20:07
sorry my friend, cant help you because we are not in same department...but dont worry just trying with your new future, and for sure all the sea staff like you are very rich people...ahahaha...kami hanya makan gaji di darat saja seperti rakan-rakan yang lain...so tornado then boleh lah belanja kawan-kawan ye tak? tak pun boleh belanja warga ukhwah makan-makan...ehehhe
|