Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 153
Ahli: 0
Jumlah: 153




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 6 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: COUPLE!!!...Apakah kebenarannya


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» COUPLE!!!...Apakah kebenarannya

Please Mendaftar To Post


Oleh COUPLE!!!...Apakah kebenarannya

kopiah_hensem
Warga Rasmi
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15066
Posting: 2
Dari: kopiah_hensem

Perak  


posticon Posting pada: 30-03-08 23:33


kadang-kadang manusia sekarang sukakan jawapan logik dr apa yang syariat trangkn....bacalah jawapan ni, 1 wadah...

COUPLE??

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan
seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat
releven dengan situasi kita sebagai remaja yang
hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing
dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya
syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat
kepada kita semua.

@ Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak
menghampiri zina

@ Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya
khabar,minum-minum…adakah itu menghampiri zina

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah
perzinaan

@ Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat
ke arah itu.

Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam
bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan
syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya
iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman
dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek
moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula
lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada
lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah
engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali
ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan
menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk
menghadapi tipu daya iblis

@ Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus
kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan
hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan
menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua
muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun
desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan
mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan
berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada penzinaan akhirnya?

@ Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina
juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada
zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada
zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi).
Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu
khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang
dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah
menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya
adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut
juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu
Daud)
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan
amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau
melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa
kepada penzinaan

@ Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang
pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu
apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita
belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang
sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak
akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat
lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi
belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini
akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

@ Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group…?nampak macam lain macam saja.
Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi.
Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun
berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai
sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke
bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang
pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!

@ Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak
perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan
malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan
fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah
manusia

@ Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi
semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan
belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh
memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat
banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum
sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat
berkat dan rahmat pula


@ Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan
dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh
terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan
kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau
dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau
naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal
namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan
keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri
seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.
Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu
datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.
Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi
malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri
nafsu.

@ Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta
berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah
cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan
cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam.
Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia
digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia
melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum
kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang
lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling
mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia

@ Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada
penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan
turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian
teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian
duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam
gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang
tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam
kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka
semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung
jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa
ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah
penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu
bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih
tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


@ Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap
selamat,tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan
kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu
Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang
ditegah. Takut manusia kecundang

@ Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal
penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia
bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil.
Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.
Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah
Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan
manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada
Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi. Firman
Allah:
Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam
syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan
jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya)
maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim
(Al-A'araf:ayat 19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi.
Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa.
Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti
mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat
mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina.
Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut
apabila berhadapan dengan godaan
penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita
belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan
Hawa.

@ Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak
kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah
untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat
keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang
bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang
dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan
berlakon dengan watak yang terbaik.
Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa
bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa
bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah
lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak
orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian
pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam
langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat
penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat
berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah
kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak
boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan
yang hipokrit.

@ Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian
hidup nanti

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat
redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada
hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan
ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan.
Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat
anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak
diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai
percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas
kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia
jika langkah memulakannya pun sudah canggung.
Bagaimana kesudahannya?

@ Tanya sikit…adik angkat,kakak angkat,abang angkat
boleh ke? ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama.
Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak
berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat
adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.
Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini
sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan.
Cuma menunggu masa untuk dikorbankan

@ Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia
tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia
sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta
mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan
apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang
menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum
kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang
belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran
maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

@ Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang
yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya
kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala
orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orangyang pernah berzina
juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang
yang beriman. Allah berfirman:
Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin
melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan
musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya)
tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki
yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang
demikian terlarang kepada orang-orang yang
beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3). Jadi orang yang pernah
bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan
orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.

@ Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin
dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang
baik untuk wanita yang baik

@ Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah
janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada
janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan
sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap
kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

@ Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada
pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada
barang 'second hand' sedangkan barang baru masih ada.
Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti
kereta di show room; display only. Tapi ada yang boleh
test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee
goring dan segelas air sirap bandung,bawalah ke hulu,
ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya

@ Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman
ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini
sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan
bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya
serta orang-orang perempuan yang memelihara
kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada
melakukan zina)…Allah telah menyediakan bagi mereka
semuanya keampunan dan pahala yang besar(Al-Ahzab:
ayat 35)

@ Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat
nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariMya.
Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya



@ Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana
taubat nasuha

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.
Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan
cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup
yang menjurus diri dalam percintaan
3. berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta
lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang
bernama isteri atau suami.Saatnya adalah setelah ijap
Kabul

@ Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah
dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha
Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan
kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan
ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil
dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada
orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu

@ Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak
kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang
kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka

Bookmark and Share

    


  Member Information For kopiah_hensemProfil   Hantar PM kepada kopiah_hensem   Quote dan BalasQuote

2h471f
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.11.2007
Ahli No: 31854
Posting: 44

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-03-08 23:45


ikuti lah syariat yang telah digariskan islam..........
insyallah suatu hubungan itu akan diberkati dan sentiasa dirahmati.........

p/s: ya allah lindungi lah hamba mu ini dari fitnah dunia.......amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For 2h471fProfil   Hantar PM kepada 2h471f   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 01:20


Posting pertama daripada bro kopiah_hensem

ps:- Kenapa aku terasa seolah-olah kopiah_hensem adalah orang yang sama dengan abang imam...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

nurussyifa
Warga Rasmi
Menyertai: 18.06.2006
Ahli No: 24866
Posting: 15
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 10:11


semoga Allah jauhkan aku dari perkara seperti ini.... semoga aku bertemu cinta yang diredhai.... :bunga:


-----------------
www.bio-asli.com/?id=annsyifa


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurussyifaProfil   Hantar PM kepada nurussyifa   Pergi ke nurussyifa's Website   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 10:26


the terms 'mixing' & 'mingling' are used frequently in discussions on the subject of male-female relations in Islam, but these terms were not used at the time the Qur’an was revealed......... 4 this reason, we cannot find direct references in the Qur’an & Sunnah that say 'free mixing between main & women is unlawful'........... however, this does not mean that such conduct is permissible or that Islam has failed to address the matter.......... Islam has detailed the relationship between main & women in the most precise & exacting terms............ it has set down clear guidelines 2 show main & women how they must conduct themselves with one another.......... from all of this, there can be no question that Islam prohibits the free mixing of the sexes....................... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

kopiah_hensem
Warga Rasmi
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15066
Posting: 2
Dari: kopiah_hensem

Perak  


posticon Posting pada: 31-03-08 14:51


Inilah isu semasa yang banyak remaja islam keliru dan tak tahu...
kadang-kadang kita mengumpat tentang mereka yang couple ni tapi kita tak pernah beritahu kebenarannyee...

harap siapa yang terlibat dalam bahagian redaksi boleh gunakan artikel ni

saya pun plik kadang-kadang kenapa dalam ceramah2 agama tentang cinta remaja ni, ada penceramah yang tak mnegaskan isu haram couple ni...

jawapan2 diatas boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang tak reti nak terangkan scara Al-quran dan Hadith....

sebab itu saya timbulkn, pemuda sekarang lebih berhujah dr segi logik akal dr syariat tetapkan...

sama-sama kita berdoa... :-)


-----------------
Assalamualaikum,

Salam Ukhwah, semoga kita termasuk di dalam keredhaan Allah, InsyaAllah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For kopiah_hensemProfil   Hantar PM kepada kopiah_hensem   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.61726 saat. Lajunya....