Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 22 jam, 11 minit yang lalu


Bincang Agama
Topik: Surat Rasmi Mufti Perlis kepada TV3


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Surat Rasmi Mufti Perlis kepada TV3

Please Mendaftar To Post


Oleh Surat Rasmi Mufti Perlis kepada TV3

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-08 12:13


http://drmaza.com/wp-content/kenyataan_akhbar.pdf

    27hb. Mac 2008
    Penerbit Buletin Utama TV3,
    Sri Pentas
    No.3 Persiaran Bandar Utama,
    47800 Petalaing Jaya,
    Selangor Darul Ehsan
    Assalamualaikum wbt

    Tuan,
    KEPERLUAN BERITA YANG SAHIH LAGI BERSIH DARI SEBARANG PROVOKASI


    Islam menuntut agar setiap insan bersifat adil dalam semua perkara. Kebencian, tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka. Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.


    Dalam suasana negara sedang mengharungi kerencaman aliran politik dan pemikiran pada mutakhir ini, saya mengharapkan agar sumber-sumber berita sama ada TV, atau internet, akhbar dan seumpamanya bersifat adil dalam menyiarkan sesuatu berita. Sampaikanlah berita yang benar sekalipun mengenai pihak yang berbeza aliran dengan kita. Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif. Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya. Biarlah rakyat yang matang membuat penilaian setelah mendapat maklumat yang sahih. Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia. Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat kepercayaan umum.

    Sekian,
    DR. MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
    Mufti Kerajaan Negeri Perlis.


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-03-08 12:46


hmm....ok lah tu... terima kasih lah kepada mufti yang baik hati tolong2 tegur tv3.tv1 pun sekali lah ya....harap-harap lepas ni makin lantang dia tegur...tup tup...jadi calon pilihanraya ke...nak ubah dari luar ke..dari dalam ke...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 29-03-08 14:11


Assalamualaikum
hmm..ni betul² surat dari dr MAZA ke....mana dapat sumber ni.... :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-08 16:08


assalamualaikum wbt

website dr asri sendiri lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 29-03-08 16:12


Syabas mufti perlis atas komitmennya menyeru kepada kebaikan dan keadilan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-08 18:34


apa agaknya reaksi orang-orang tv3 bila dapat surat ni ek?marah?rasa tercabar?or what? :berfikir: :berfikir: :berfikir:


syabas kepada mufti perak kerana bertindak berani dan bijak... :kelip: :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 29-03-08 21:37


Pada 29-03-08 18:34 , nur_islami posting:

!!! QUOTE !!!

apa agaknya reaksi orang-orang tv3 bila dapat surat ni ek?marah?rasa tercabar?or what? :berfikir: :berfikir: :berfikir:

syabas kepada mufti perak kerana bertindak berani dan bijak... :kelip: :kelip:

Mufti Perlis ke Perak? :berfikir:


-----------------
عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-08 22:10


opss..Sorry...silap pula...mufti perlis..hehehe....kelam -kabut sikit tadi..huhuhu..malunya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-08 22:38


ok lah...ada surat macam ni, sedar sikit orang-orang tu....konsert2 pun atau apa yang kena fatwa tu,hentikan lah...ni duduk buat juga...macam-macam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

emirmizan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.01.2006
Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban

australia   avatar


posticon Posting pada: 30-03-08 07:53


betul-betul... selagi tidak dipugarkan cili selagi tu tak mahu ubah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For emirmizanProfil   Hantar PM kepada emirmizan   Pergi ke emirmizan's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-03-08 09:16


ana tak berapa nak percaya sikit. betul ke mufti perlis ni? maaf kerana berburuk sangka

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_ingatanProfil   Hantar PM kepada sahabat_ingatan   Pergi ke sahabat_ingatan's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-08 09:50


assalamualaikum wbt

pilah buka web drmaza.com

berburuk sangka sesama muslim adalah perbuatan yang tercela.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 30-03-08 10:39


Tapi selama ni,berapa banyak pun mufti dan ahli agama menegur tak pernah pun pihak media(terutama tv ) ambil tindakan dan perhatian..macam diangin lalu saja..bagai mencurah air ke daun keladi lah gamaknya..


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 31-03-08 15:25


Assalamualaikum
baguslah jika ini betul² daripada dr MAZA....sekurang²nya beliau dah terlepas satu tanggungjawab dan persoalan di akhirat kelak...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 15:47


Alhamdulillah.baguslah begitu. Maka bertambahlah lagi surat kepada TV3 dan media prima daripada golongan2 ulama untuk menegakkan islam.

Pada waktu yang sama jangan juga kita lupakan berpuluh dan mungkin ratusan surat-surat meminta keadilan , berita yang sahih dan tepat daripada berpuluh ulama serta ustaz ustaz lain kepada TV3, media prima dan TV 1 serta seangkatan dengannya yang pernah ditulis sejak dalam 10 tahun yang lalu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

syarqiyyah_gharbiyyah83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.01.2007
Ahli No: 28402
Posting: 26
Dari: dari buaian hingga liang lahad

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-04-08 22:45


"Dan berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu amat berguna untuk orang yang beriman" - Al Quran

Bookmark and Share

    


  Member Information For syarqiyyah_gharbiyyah83Profil   Hantar PM kepada syarqiyyah_gharbiyyah83   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 07:00


bagus lah, tapi lagi bagus hantar sekali kat RTM tu, berita dia tu lagi teruk.. bosan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 07:05


salam...

huh.....bagus juga tu.

hantar sekali kat MEDIA PRiMA...

ha...kan dah kena semua.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-04-08 08:14


alhamdulillah.. ni yang ana suka ni... tapi kita nak tengok ada respons tak dr tv3... kalau taknk ikut ibarat mencurah air ke daun keladi... org islam pun susah nak terima nasihat org lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120985 saat. Lajunya....