Oleh |
Pelajar 14 tahun dirogol sembilan lelaki |
AUS_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL
|
Posting pada: 26-03-08 09:08
KUALA TERENGGANU 25 Mac - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sembilan remaja termasuk teman lelaki barunya dalam tempoh dua hari berturut-turut di sebuah bangsal di Felda Nerang 1 di Kemaman. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal di Bandar Chukai, Kemaman membuat pertemuan dengan teman lelakinya itu yang baru dikenali melalui perbualan telefon sejak seminggu lalu. ''Pada hari pertama temu janji mereka iaitu malam kelmarin, mangsa keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan keluarga dan menuju ke rumah rakannya di Taman Impian, Kuantan, Pahang," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. Beliau memberitahu, mangsa kemudian diambil oleh rakan teman lelakinya itu untuk dibawa ke bangsal berkenaan yang menjadi tempat pertemuan yang dipersetujui mereka berdua. ''Di bangsal berkenaan, mangsa mendakwa teman lelakinya mengajak melakukan hubungan seks tetapi dia menolak. Bagaimanapun teman lelaki bertindak merogol mangsa. ''Enam rakan teman lelakinya yang baru tiba di bangsal berkenaan turut merogol mangsa," ujarnya. Beliau menambah, teman lelakinya telah meminta mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian berkenaan sebelum menghantarnya pulang ke rumah rakannya di Taman Impian. hmmmm, tak tau nak cakap apa......
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 26-03-08 09:22
salam... jangan terlalu mudah percaya dengan lelaki....
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 26-03-08 09:26
assalamualaikumwarahmatullah... ni lah satu-satu nya masalah remaja sekarang.. suka sangat berpakwe-makwe... baru kenai tak sampai sebulan... dah nak jumpa... *tak ada nak belah mana-mana....kedua-duanya pun sengal. yang lelaki tu, memang tak guna sungguh!! yang perempuan tu pulak, awat lah sengal sangat. kenal kat telefon saja....dah berani kelauar seorang-seorang.... huh... minta jauh daripada perkara2 ini...
|
syamhero
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.12.2007 Ahli No: 31979
Posting: 25
Dari: PERAK
|
Posting pada: 26-03-08 09:29
Tu Pasal.. jangan Jumpa Lelaki yang baru kenal macam kes ni.da lah tampa pengetahuan mak bapak..saya dengar pun BenGang saja...BODOH+BANGANG betul....da jadi macam ni nak buat macam mana...
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 26-03-08 09:44
bila pengertian 'TAQWA' tiada dalam diri... manusia akan bebas melakukan 'kebinasaan'....
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 26-03-08 09:46
pihak berkuasa kena buat kempen lah pasal ni... tapi akhir2 ni kempen pasal kanak-kanak elak culik dah ada..
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 26-03-08 09:49
berita baru ke? Hmm.... kasihan pun ada... tapi salah sendiri lah tu... percaya sangat dengan lelaki...
|
emirmizan
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2006 Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban
|
Posting pada: 26-03-08 09:54
uhrm... memang.... entah apa-apa entah peelnya... sibuk nak bekapel.... dah gatal sangat nak berkahwin ke??? sedih lah...
|
Linn
WARGA SETIA Menyertai: 14.04.2004 Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang
|
Posting pada: 26-03-08 10:10
nauzubillah.. remaja perempuan sekarang ni mudah sangat terpedaya.. musnah masa depan girl tu..
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 26-03-08 10:26
Di manakah penguatkuasaan undang-undang dalam 10 prinsip hadhari PM? Mana putera rempit KJ mengomen hal ini? Mana jaguh poster dan bekas Mb negeri dalam hl ini dan apakah yang dilakukan dengan duit minyak dalam menyelesaikan masalah akhlak?
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 26-03-08 10:37
mudah sangat percaya pada org yang baru kenal especially lelaki lah.. nak kenal sangat pun,jumpa lah dekat tempat yang terbuka dan ada teman.ni bukan nak menggalakkan tapi peringtan pada yang miang sangat nak jumpa lah. hmm..umur 14 tahun dah kena nasib macam ni..pkr tak panjang nak jumpa ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 26-03-08 11:29
sindrom remaja sekarang.... suka berpasang-pasangan walaupun tak kenal langsung orang tu senang saja terima pelawaan....
|
wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia
|
Posting pada: 26-03-08 12:17
Pada 26-03-08 11:29 , insyirah_hr posting:!!! QUOTE !!! sindrom remaja sekarang.... suka berpasang-pasangan walaupun tak kenal langsung orang tu senang saja terima pelawaan.... bila sampai umur atau peringkat adolescent, memang lah opposite attraction dah wjud.. mula lah rasa minat kat laki dan perempuan.tapi kenela pandai kawal.mude sangat lagi! :-| tengok apa dah jadi.dah lah jumpa kawan yang tak kenal, jumpa org yang jahat pula tu.seorang-seorang.ni kedua-duanya salah.sama saja.yang laki syaitanirrojim yang perempuan bangagunbahalluuul..maruah dah tgadai.dengan ramai laki pula tu.. ----------------- ~GELITA KERANA CINTA, BERDERANG KERANA KASIH~
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 26-03-08 12:31
janganlah jumpa lelaki tak dikenali, yang dikenali pun same. susah nak percaya lelaki zaman sekarang ni. datuk sendiri pun tak boleh percaya dah. kalau dedulu datuk akan masuk kelambu cucunye untuk bercerita, sekarang kalau datuk masuk kelambu cucu, dah lain dah....
|
pencintamu
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.09.2007 Ahli No: 31155
Posting: 69
Dari: S.T.P
|
Posting pada: 26-03-08 13:29
Pada 26-03-08 09:26 , mohamad posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikumwarahmatullah...
ni lah satu-satu nya masalah remaja sekarang..
suka sangat berpakwe-makwe...
baru kenai tak sampai sebulan...
dah nak jumpa...
*tak ada nak belah mana-mana....kedua-duanya pun sengal.
yang lelaki tu, memang tak guna sungguh!!
yang perempuan tu pulak, awat lah sengal sangat. kenal kat telefon saja....dah berani kelauar seorang-seorang....
huh...
minta jauh daripada perkara2 ini... setuju dan mohamad. ni lah manusia hari ni...mudah sangat percaya org... ----------------- sEinDaH HiasaN aDaLaH WaNiTa soLeHaH.........
|
Putribonda
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.12.2007 Ahli No: 32085
Posting: 24
Dari: perak
|
Posting pada: 26-03-08 15:13
ASTAGHFIRULLAH...ngerinye teman dengo berita ni..hati-hati lah wahai sahabat2ku..begitu juga untuk diriku..semoga dijauhkan dari 'malapetaka' seperti ini..
|
skater
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 26-03-08 16:47
astaghfirullahalazim.. tu budak negeri terengganu.. dulu tiada kes2 seperti ini yang berlaku di terengganu
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 26-03-08 16:56
hmmm.... sendiri dari masalah ni namanya... alahai.. baru saja 14 tahun... sampai hati buat mak ayah macam tu...
|
budakkedah
Warga 2 Bintang Menyertai: 26.05.2005 Ahli No: 16701
Posting: 67
Dari: kedah
|
Posting pada: 26-03-08 17:00
budak zaman sekarang umur 12 tahun dah tahu nak berpasangan dan tahu apa itu seks.... -----------------
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 26-03-08 20:18
Pada 26-03-08 16:56 , ismi_atikah posting:!!! QUOTE !!! hmmm.... sendiri dari masalah ni namanya... alahai.. baru saja 14 tahun... sampai hati buat mak ayah macam tu... sendiri dari masalah? apa maksud tu cik ismi inilah yang disebut sebagai "paksa rela", dia sendiri yang cari nahas. semoga apa yang berlaku memberi kesedaran kepada dia. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
wedelia
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.09.2005 Ahli No: 18715
Posting: 84
|
Posting pada: 26-03-08 20:24
nauzubillah..apa nak jadi dengan manusia sekarang?
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 26-03-08 21:35
uhuk.. tersalah type pula... --> sendiri *cari masalah... tolonglah fikir mak ayah sebelum kita buat apa-apa tindakan.... paling tak pun, tolonglah kesiankan diri kita ni...
|
tulips_ilah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25834
Posting: 77
Dari: green_world
|
Posting pada: 26-03-08 22:04
Pada 26-03-08 21:35 , ismi_atikah posting: itu lah.. tapi kadang-kadang kalau kes yang macam ni...selalunya mula-mula rela.. tapi bila si lelaki tak mahu bertgung jawab mula lah pergi report polis clarified as kes rogol...tutttttttttttttttttttt. asalnya suka sama suka.... kan...... nauzubillah...
|
beeman
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2008 Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok
|
Posting pada: 26-03-08 22:56
beeman:itulah jadinya jika undang-undang Allah tidak ditegakkan di muka bumi ini.siapa yang salah?ameno atau pak lelah?
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 26-03-08 23:01
ngerinya...ngeri..sengeri ngerinya....
|
tulips_ilah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25834
Posting: 77
Dari: green_world
|
Posting pada: 26-03-08 23:04
Pada 26-03-08 22:56 , beeman posting:!!! QUOTE !!! beeman:itulah jadinya jika undang-undang Allah tidak ditegakkan di muka bumi ini.siapa yang salah?ameno atau pak lelah? yang pasti...bukan salah ibu mengandung....
|
beeman
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2008 Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok
|
Posting pada: 26-03-08 23:09
pengajaran buat perempuan yang tak reti jaga maruah diri.dedah sini buka sana,bonjol sana bonjol sini macam bungkus nangka.ibarat makanan yang terdedah dihurung lalat.kasihan melayu yang layu digoda nafsu!!!!
|
beeman
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2008 Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok
|
Posting pada: 26-03-08 23:14
Pada 26-03-08 23:04 , tulips_ilah posting:!!! QUOTE !!! Pada 26-03-08 22:56 , beeman posting:!!! QUOTE !!! beeman:itulah jadinya jika undang-undang Allah tidak ditegakkan di muka bumi ini.siapa yang salah?ameno atau pak lelah?
yang pasti...bukan salah ibu mengandung.... memang bukan salah ibu mengandung..tapi; ibu yang mengandung anak luar nikah kerana berzina??? bagaimana yang membunuh anak kecil kerana malu??? bagaimana ibu bapa yang menternak anak bukan mendidik??? salah siapa???
|
aishahumaira
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.11.2004 Ahli No: 12482
Posting: 48
Dari: U.M.T --
|
Posting pada: 26-03-08 23:54
herm.... salahnye ialah mendekati zina .... tak pasal2 .... melampau betul buasnya manusia. semoga dilindungi muslimah seantero sarwajagat.
|
beeman
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2008 Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok
|
Posting pada: 27-03-08 00:54
perogol2 tu patut dihukum pakai cawat besi seumur hidup.satu lagi tangkap dan ambil tindakan juga terhadap perogol bersiri harta rakyat malaysia pak lelah badawi al kaki bedal tu.
|
cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2007 Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...
|
Posting pada: 27-03-08 08:10
kasihan tapi nak salahkan siapa dalam hal ni... tepuk dada tanyalah IMAN...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 27-03-08 08:17
puak jahat yang rogol tu better PDRM tangkap cepat, khuatir kepada wanita lain... masani lah PDRM nak tunjuk kuat...
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 27-03-08 11:41
Ish2..ngerinya..sedih..marah pun ada ni!!!..dunia akhir zaman, banyak cabaran..macam hadis nabi, akan tiba suatu zaman dimana zina berleluasa..melakukannya dijalanan (tanpa ada rasa malu)..(begitulah hadis tu maksudkan)..nauzubillah, minta dijauhkan kita orang-orang jahat..dan minta dikuatkan iman kita dalam mengharungi kehidupan akhir zaman ni..
|
beeman
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.02.2008 Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok
|
Posting pada: 27-03-08 12:04
pak lelah kata malaysia selamat aman dan makmur.betul ke???
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 27-03-08 12:14
tugas PDRM... kawe duduk tengok Polis banyak yang tidur... indicator bila jenayah meningkat indicator yang polis tidur. polis lebih sibuk nak tahan penceramah yang memang dah Solih...lihat hal tembak muslim di Kuala Trengganu...sebelum PRU 12 yang lalu...AsSultan Murka,... tu kesan bila polis yang sepatut jaga keamanan, sibuk masuk hal politik... sepatutnya PDRM boleh buat pahala kebajikan dengan tangkap pengedar drug, gengster kongsi gelap pelacuran, penjenayah... Cuma masih ramai staff PDRM yang jujur dalam tugas menjaga keAmanan... kita ucapkan pujian kepada staff PDRM yang jujur dalam tugas... kita jua ber doa PDRM akan dianggotai oleh Insan Mislim yang jujur serta berani mengawal KeAmanan negara, bukan polis yang tak jujur sibuk tahan muslim yang baik..., Anak saudara saya staff PDRM, bapa saudara Chief Inspector yang sudah lama berkhidmat... dalam hal ni Alhamdulillah masih ramai PDRM yang baik...
|
nurul_huda3110
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.05.2005 Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang
|
Posting pada: 27-03-08 14:43
salah diri sendiri..bukannya tak tahu kalau jumpa ditempat sunyi macam tu ada niat baik ke?? di uitm shah alam semalam(26mac08) di pusat islam,ada forum remaja dan seks.ahli panel Dr,Harlina Hj Sirat,kaunselor uitm and my lecturer,Ustazah Nurhidayah. menurut Dr.Harlina yang juga doctor di HUKM dan Ketua Wanita NGO JIM Pusat mengatakan,"ibu paling muda yang pernah melahirkan anak adalah berusia 9 TAHUN kerana di rogol family sdr.budak tu pun tak tahu sebenarnya dia kena raped..berlari2 kat dalam wad tu..yang ini tak ada pendedahan,berbeza dengan kisah gadis tu.. benarlah sabda Nabi Muhammad saw,diakhir zaman zina akan berleluasa.. apa tindakan kita sebagai ummmat Islam dan tindakan pihak berkuasa??
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 27-03-08 14:45
Bismillahhirrahmanirrahim erm..remaja sekarang..lemah sangat dengan kata hati..nauzubillah..
|
nurul_huda3110
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.05.2005 Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang
|
Posting pada: 27-03-08 14:48
sekadar berkongsi ilmu dengan semua sahabat di ukhwah.. DOA UNTUK MENGELAKKAN DR menjadi MGSA ROGOL "Ya ALLAH,jika Engkau tahu bahawa sesungguhnya aku taat pada Mu dan taat pada RasulMu,dan menjaga kehormatanku untuk suamiku, maka peliharalah aku dari cengkaman orang2 kafir dan orang2 yang zalim".. semoga kita semua dalam lindungan kasih sayang ALLAH
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 27-03-08 14:59
Minta adik NurulHuda (sama nama dengan adik perempuan ana..), berikan dalam version Bahasa Arab...atau dalam hadis sahih yang mana atau surah apa dalam Al Qur'an. Terima Kasih...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 28-03-08 12:00
rasanya..tak semestinya doa tu daripada al-Quran atau hadis sahih ke...doa sendiri pun boleh kan....tak ada pun rasanya halangan untuk berdoa dengan doa kita sendiri..kan Saifudin... P/S : rasanya tak pernah juga dengar daripada mana² sumber berkenaan doa yang huda tuliskan tu...mungkin doanya sendiri...atau mungkin sahaja ada sebenarnya... "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu...." (Surah al-Mu'min:60)
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 28-03-08 12:07
hmmm.... cubalah amalkan al-ma'thurat setiap pagi selepas subuh... bila rasa2 nak2 tidur tu.. habiskan dulu baca ma'thurat... mudah-mudahan kita senantiasa dilindungi dan di pelihara dari segala perkara yang begini..
|
arif_afizah
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.09.2006 Ahli No: 26360
Posting: 26
Dari: shah alam
|
Posting pada: 28-03-08 14:00
entah apa-apa saja lah budak ni memang gatal sokmo.... nak salahkan mak dan ayah tak boleh jugak sebab anak2 zaman sekarang tapi tak sumela da mula kuang ajor kat parents sendiri. budak 2pun macam tak ada akal... da tau snsorg tak payah lah pergi tmpat2 sunyi...ni tak macam keldai dok ikut org yang dia tak kenal..last2 maruah yang teramat berharga diragut manusia brtopeng syaitan gila! macam tak reti nak lari tempat lain or brdoa kat Tuhan. nampak sangat tahap keimanan memang d akritikal gila... ni lah manusia akhir zaman...ingatlah Tuhan selalu dan rajin2la brdoa mntak dijauhkan malapetaka yang macam 2.
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 28-03-08 14:07
Nauzubillahiminzalik...padahnya bila anak2 muda tidak dididik dengan ilmu agama dan akhirat.. ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 29-03-08 21:33
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita sama ada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan. Moga DiPelihara Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :- رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI lah YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA lah FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan) Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w. اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih ) Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda. Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. Fikirkanlah. Sekian Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 30-03-08 00:24
salamun alaik..syukran ukhti atas doa yang diberikn.insyaALLAH akan dijdikn.takut tengok keadaan sekeliling.sentiasa ada mata2 liar yang memerhati.dalam konteks kes ini sebenarnya salah gadis 2 sendiri.bagi peluang pada serigala yang sememangnya sedang lpr.mudah-mudahan gdis 2 insaf.itulah pdhnya jika tak patuh cakap ibubapa.nauzubillahiminzalik..mudah-mudahan Allah jauhkn perkara sebegitu terhadap diri ini dan family..amenn..
|
sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka
|
Posting pada: 30-03-08 09:13
Kenapa perkata seperti ini terjadi? siapakah yang bersalah?
|
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 30-03-08 09:38
!!! QUOTE !!! siapakah yang bersalah? Hmm.. mereka dan keluarga mereka.. ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 31-03-08 08:32
Penjenayah tu yang salah...,, saya cadangkan supaya gadis jangan dekat dengan orang yang tidak dikenali akan budi pekerti...jika nak keluar bersama Muhrim serta sahabat..., balajar teknik bela diri..., janganm berduaan di tempat sunyi..., banyakkan baca Al Qur'an di rumah..., PDRM perlu tangkap perogol, penjenayah, kongsi gelap, pengedar drug, pengedar pil khayal, baru ada pahala kebajikan, pil khayal digunakan oleh perogol untuk buat gadis khayal...perogol akan melakukan jenyah ketika gadis khayal... dukacita. kita berdoa jenyah seperti ini tak berulang...
|