Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 239
Ahli: 0
Jumlah: 239




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: SIAPA PENYOKONG BARISAN RAKYAT MALAYSIA JOM!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» SIAPA PENYOKONG BARISAN RAKYAT MALAYSIA JOM!

Please Mendaftar To Post


Oleh SIAPA PENYOKONG BARISAN RAKYAT MALAYSIA JOM!

beeman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2008
Ahli No: 32524
Posting: 116
Dari: atas pokok

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 11:43


Pakatan 5 negeri bentuk dimensi baru politik Malaysia
Lanjusoh
itu | Mar 25, 08 | 11:36:07 am MYT
KOTA BHARU, 25 Mac (Hrkh) - Dimensi baru politik Malaysia mulai terserlah sekarang selepas rakyat di lima negeri menolak keangkuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mulai kelihatan pakatan di antara kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor selepas halangan besar di bawah kuasa BN berjaya ditumbangkan.

Khamis lalu, kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Kedah sambut dengan protokol kerajaan negeri terbabit.

"Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tiba dengan penerbangan Firefly di Lapangan Terbang Bayan Lepas disambut pemimpin kerajaan Pulau Pinang.

"Kereta khas milik kerajaan Kedah menyambut Menteri Besar Kelantan di tempat pendaratan kapalterbang. Beliau disambut wakil kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin Kedah.

"Kemudian diiringi ke Alor Setar dengan kereta bersama pemimpin kerajaan kedua-dua negeri," kata pegawai pengiring daripada Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Mohamad.

Menurutnya kemesraan jelas terbayang apabila pemimpin kerajaan baru di Kedah dan Pulau Pinang menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kata beliau Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut sebagai tetamu negeri sebelum menghadiri ceramah di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat bersama Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan juga dijemput menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary iaitu masjid terbesar di Kedah.

Katanya, biar pun Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah acap kali datang ke Kedah dan Pulau Pinang namun tidak pernah sambutan sedemikian rupa.

Manakala hari ini pula Menteri Kedah dijemput sebagai tetamu kerajaan Kelantan sempena majlis kesyukuran kemenangan kerajaan Barisan Alternatif di negeri ini pada pilihan raya umum lalu.

Ceramah khas sempena program berkenaan akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) bermula jam 9.30 malam ini yang menampilkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Azizan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.

Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Yassin Yusof berkata, sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan hari ini.

"Sebanyak 30 kawah nasi dan 30 kawah gulai sedang dimasakkan petugas-petugas PAS dari Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa untuk jamuan orang ramai yang bermula selepas solat Asar.

"Selepas solat Asar juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan berucap ringkas untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas PAS yang bekerja keras pada pilihan raya umum lalu.

Menurutnya juga Menteri Kedah dijangka tiba di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10 pada petang ini sebelum menghadiri ceramah di Putik.

Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan makan malam sebagai meraikan rombongan Menteri Besar Kedah. - mj/ mr

Bookmark and Share

    


  Member Information For beemanProfil   Hantar PM kepada beeman   Quote dan BalasQuote

khairani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.01.2008
Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 12:34


begitu mesranya layanan kerajaan kerajaan kedah dan pulau pinang terhadap Tuan Guru Dato�nikk Abdul Aziz Nik Mat ke Kedah sambut dengan protokol kerajaan negeri terbabit. yang sebelum ni tak pernah berlaku......alhamdulillah sekarang ulamak mendapat tempat dihati rakyat.........

wah.....ada ceramahlah.....dan majlis kesyukuran kemenangan rakyat....


Tempat: Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik)

Jam: 9.30 malam

penceramah:
Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Azizan, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim dan rombongan kerajaan kedah.......

jom ramai-ramai kita meraikan majlis kesyukuran....sesiapa yang berkesempatan jangan lepaskan peluang dari penceramah dan pengisian yang mantop!!!!!


-----------------
Vote For Hizbul Islam
PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK




Bookmark and Share

    


  Member Information For khairaniProfil   Hantar PM kepada khairani   Pergi ke khairani's Website   Quote dan BalasQuote

Qayum
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15906
Posting: 84
Dari: Pulo Pine

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 13:20


Pakat ramai-ramai kita pergi. Bagi yang tinggal di Kedah dan Pulau Pinang boleh ke Surau Perwaja,Gurun,Kedah malam ini.

Malam maulidur Rasul Bersama

Ustaz Akhil Hayy & Ustaz Abdullah Khairy

Bertempat di SURAU PERWAJA GURUN KEDAH

Pada 25.03.2008 / Jam 9.00mlm

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayumProfil   Hantar PM kepada Qayum   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 13:28


MasyaAllah bestnya penceramah..hmm..sayangnya tak dapat pergi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

Qayum
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15906
Posting: 84
Dari: Pulo Pine

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 14:28


tak mengapa, boleh pergi bila Ustaz kesana pulak. InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayumProfil   Hantar PM kepada Qayum   Quote dan BalasQuote

khairani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.01.2008
Ahli No: 32319
Posting: 221
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 15:27


jom pergi !!!!! siapa yang berkesempatan jangan tak pergi...rugi tau....bukan calang2 penceramah yang hadir ni....insyaAllah lepas asar ni saya sekeluarga pergi meraikan majlis kesyukuran ini.....mungkin sampai pukul 11 malam baru balik agaknya.....kita tunggu apa ceritanya esok.....takbir!!!!


-----------------
Vote For Hizbul Islam
PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK




Bookmark and Share

    


  Member Information For khairaniProfil   Hantar PM kepada khairani   Pergi ke khairani's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 15:46


Hm, kalau TGNA datang ke Masjid Negeri Shah Alam boleh lah berjumpa. Tak pernah bersemuka secara live... Banyak perkara yang nak saya tanyakan kat beliau dan nakkan pandangan beliau tentang perkara2 tersebut... Itupun kalau berkesempatanlah... Insya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 16:18


Pada 25-03-08 14:28 , Qayum posting:

!!! QUOTE !!!

tak mengapa, boleh pergi bila Ustaz kesana pulak. InsyaAllah.



hmm bilalah TGNA nak datang selangor ye?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 16:29


Kalau tak silap solat jumaat minggu ni TGNA akan berada di masjid shah alam....
dan diminta menjadi khatib dan imam untuk solat jumaat..
tapi ada khabar berita pula mnegatakan sultan hanya benarkan mereka yang telah diberi tauliah saja yang boleh menjadi khatib dan imam...

kita tengoklah nanti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 16:32


hmmm dapat juga TGNA merasa dilayan seperti tetamu kehormat di negeri lain.sebelum ni mana ada dapat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 10:48


Saya dapat SMS daripada seorang ustaz dari JASA yang dipercayai. Dia minta tolong sebarkan, jadi saya tunaikanlah...

Ceramah Perdana Maulidurrasul oleh TG Hj A. Hadi Awang
Masjid Batu 14 Hulu Langat
30 Mac 2008 Pukul 8 malam

Untuk confirmation, sila rujuk pihak berkaitan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 10:50


Pada 28-03-08 10:48 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Saya dapat SMS daripada seorang ustaz dari JASA yang dipercayai. Dia minta tolong sebarkan, jadi saya tunaikanlah...

Ceramah Perdana Maulidurrasul oleh TG Hj A. Hadi Awang
Masjid Batu 14 Hulu Langat
30 Mac 2008 Pukul 8 malam

Untuk confirmation, sila rujuk pihak berkaitan...



nak rujuk pada siapa?


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 11:08


Boleh rujuk kepada ahli-ahli PAS ataupun sumber rasmi mereka Harakah / Harakahdaily.net.

Saya menyampaikan saja, kalau betul Alhamdulillah. Kalau tak betul saya sedia untuk minta maaf. Tapi ustaz yang SMS saya tu memang orang kuat PAS dan saya percaya kepadanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-03-08 11:09


Pada 28-03-08 11:08 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Boleh rujuk kepada ahli-ahli PAS ataupun sumber rasmi mereka Harakah / Harakahdaily.net.

Saya menyampaikan saja, kalau betul Alhamdulillah. Kalau tak betul saya sedia untuk minta maaf. Tapi ustaz yang SMS saya tu memang orang kuat PAS dan saya percaya kepadanya.



ada masa saya pergi tengok


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114433 saat. Lajunya....