Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 10 jam, 58 minit yang lalu


Bincang Agama
Topik: wanita diciptakan dari tulang rusuk laki?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» wanita diciptakan dari tulang rusuk laki?

Please Mendaftar To Post


Oleh wanita diciptakan dari tulang rusuk laki?

Paraclete
Warga Rasmi
Menyertai: 23.12.2007
Ahli No: 32071
Posting: 2
Dari: Giuseppe Meazza, San Siro

italy   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:42


assalamualaikum

semenjak kat sini ada forum agama, nak tanya sikit kepada mereka yang tahu

betul ke wanita diciptakan dari tulang rusuk laki? ada bukti dari al-quran/hadith ke? mitos yang saya denga menjak kecik adalah tulang rusuk laki belah kiri kurang satu (budak medic kata tak ada yang kurang)

!!! QUOTE !!!

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Bookmark and Share

    


  Member Information For ParacleteProfil   Hantar PM kepada Paraclete   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 14:05


Salam...
Afuan, ana pun tak pasti...yang pasti Hawa diciptakan dari Adam, dan adam diciptakan dari tanah.... manakala kita berasal dari yang satu (adam dan hawa)...

tentang kebenaran wanita (hawa) diciptakan dari rusuk lelaki (adam)... ana tak mampu nak pastikan.... cuma ana bawa satu hadis, dan ana sendiri tak dapat pastikan sanadnya...

Sabda Nabi saw,
اسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا، فَإِنَّ المَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعِ،
وَإِنَّ أَعْوَجَ مَا فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ
كَسَرْتَهُ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ، لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوا
بِالنِّسَاءِ.


"Hendaknya kalian saling berwasiat berbuat baik kepada para wanita, seorang wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas, jika kamu meluruskannya maka kamu mematahkannya, jika kamu membiarkannya maka ia senantiasa bengkok, maka hendaknya kalian saling berwasiat berbuat baik kepada para
wanita." (Muttfaq Alaihi dari Abu Hurairah).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 15:46


assalamualaikum wbt

aye hadith tu muttafaq alaih, maksudnya diriwayatkan imam al-bukhari dan muslim.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 15:59


Pada 24-03-08 15:46 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt

aye hadith tu muttafaq alaih, maksudnya diriwayatkan imam al-bukhari dan muslim.



alhamdulillah..... syukran akhi....
sebelum ni ada ana dengar 'ultra-salafi' mendhoifkannya...
Afuan...


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 16:05


saya ada baca pasal ni dalam majalah..
dalam beg tu kut saya simpan..

dia tulis dari hadis tu bukan bermaksud perempuan dicipta dari tulung rusuk lelaki..
cuma sebagai perumpamaan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 16:10


Pada 24-03-08 16:05 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

saya ada baca pasal ni dalam majalah..
dalam beg tu kut saya simpan..

dia tulis dari hadis tu bukan bermaksud perempuan dicipta dari tulung rusuk lelaki..
cuma sebagai perumpamaan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk..



dalam majalah mana nte?? majalah I ke??
kluaran bulan berapa??


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 16:16


a'ah majalah i lah..

tak ingat keluaran bulan berapa tapi dah lama dah..
tahun lepas rasanya saya beli..

nanti saya cari..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 16:36


buat mu Hawa,
Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang..

Pertama...
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut...diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas itu hampasnya dibuang...


Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak lihat..
Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan...
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi....
Kamu pilihlah sama ada hendak menjadi
kelapa ataupun mutiara..(",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 24-03-08 19:51


Pada 24-03-08 15:59 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-03-08 15:46 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt

aye hadith tu muttafaq alaih, maksudnya diriwayatkan imam al-bukhari dan muslim.



alhamdulillah..... syukran akhi....
sebelum ni ada ana dengar 'ultra-salafi' mendhoifkannya...
Afuan...



imam bukhari bukan ada satu kitab sahaja, kalau ada yang mendhaifkannya boleh jadi kitab yang satu lagi seperti adabul mufrad imam bukhari.



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 24-03-08 19:54


artikel dalam majalah i tentang isu ini :

PEREMPUAN TIDAK BERASAL DARIPADA TULANG RUSUK



Muhammad Hanief bin Awang Yahaya





Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)



Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.



Abu A`lah al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)



Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.



Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.



Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)



Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?



Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:



1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat



Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.



Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;


1.

     Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
2.

     Perempuan seperti tulang rusuk.
3.

     Perempuan adalah tulang rusuk.





2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas



Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.



3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من



Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)



Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:



وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)



فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)



وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezeki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)



Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.









لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)



لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)



Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.



Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.



عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا;).



Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)





عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).



Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.



عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)



Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.



Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:



باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع;).

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.



Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.



Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:



إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)



Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.



Sokongan Kepada Penafsiran Ini



Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:



عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير;). قال أبو قلابة: يعني النساء.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)



Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.



Kesimpulan



Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.



Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 12:09


Pada 24-03-08 16:16 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

a'ah majalah i lah..

tak ingat keluaran bulan berapa tapi dah lama dah..
tahun lepas rasanya saya beli..

nanti saya cari..


tak perlu lagilah saya cari.. tanpanama dah bagi.. :-D


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 12:18


haha...dah agak pun....
satu 'tajdid' thadap pmahaman, wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki..


;-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 12:30


Pada 24-03-08 19:54 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

artikel dalam majalah i tentang isu ini :


Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!



:berfikir: :berfikir: :berfikir:
tiada satu dalil pun yang mbuktikan scara qati' bahawa wanita di jadikan dari rusuk adam...
atau lain maksud, tiada dalil dr nas yang mnolak 'fahaman' hawa tcipta dr tulang rusuk Adam.. :-)


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 12:31


apa maksud aye tu? . . . .

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 21:35


Pada 24-03-08 19:54 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!


Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)



itu berkenaan tafsir Al-Quran. hadith2nya pula:

!!! QUOTE !!!



عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا.



Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).



tiada pula penafian dari ulama' seperti imam al-bukhari, dan tidak meletakkannya sebagai tajuk tak semestinya bemaksud beliau menafikannya.

!!! QUOTE !!!


Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع;).

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.


boleh saya tau, ini pendapat/kata-kata siapa ye?

nampakya di kalangan ulama' termasuk mufassir pun tak sependapat dalam perkara ini. ini kerana hadith2 yang ada sedikit perbezaan, iaitu:

i- ada yang menyebut: "mereka (wanita) diciptakan daripada tulang rusuk."

ii- ada yang menyebut: "Perempuan itu seperti tulang rusuk."

saya setuju dengan pendekatan supaya perkara ini tidak diperbesar2kan, tak perlulah yang menafikannya berkeras dengan penafian, dan tak perlu yang mengaitkannya pun berkeras menyatakan begitu.

sesama ulama' pun boleh berkhilaf, apa lagi sesama kita orang biasa-biasa.

satu tajuk yang menarik, wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 26-03-08 23:30


dalam ilmu hadith, ulama' menamakannya sebagai illat hadith, yaitu
kecacatan tersembunyi pada matannya. kadang-kadang kesilapan pemahaman kerana tidak 'berjumpa' dengan kecacatan pada matan hadith tersebut.
Menurut maulana Asri yusuf dalam kuliah sahih bukharinya, isu ini juga adalah berkaitan dengan ilat. Kerana matannya yang merujuk kepada perempuan dari tulang rusuk lelaki adalah sesuatu yang 'pelik'.

Info: untuk pengetahuan sahabat2 sekelian, Ilmu illat hadith adalah ilmu yang tertinggi dalam bidang hadith, dan bukan calang2 manusia yang dapat kuasainya.


Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 11:22


Asal Wanita Daripada Tulang Rusuk Lelaki?

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata: “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah dibahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

Adakah ayat ini bermaksud kaum wanita secara umumnya dijadikan Allah daripada tulang rusuk kaum lelaki? Sebenarnya didalam Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal daripada nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali Nabi Adam yang berasal daripada tanah.

Berhubung dengan ini, dalam surah al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan yang bermaksud
“Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) Kami menciptakanmu daripada tanah, kemudian daripada nutfah”.

Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Justeru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal daripada tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dalam bentuk yang mencanggahi Quran. Sebenarnya fokus hadis ini bukannya berkenaan asal usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Justeru didalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.

Didalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan BUKAN dicipta daripada tulang rusuk. Dalam bentuk KIASAN ia bermaksud, tulang rusuk dalam keadaan bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya justeru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan kaum wanita, tanpanya kehidupan lelaki tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semula jadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza daripada kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semula jadinya dan tidak boleh bersikap keras kepada mereka. Mereka disuruh menghormati dan bekerjasama dengannya bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadangkala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

Berbalik kepada isu yang berkaitan kejadian kaum wanita daripada tulang rusuk lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan kejadian Hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, Hawa berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah sahabat Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibn al-Munzir, Ibn Humaid dan ramai lagi.
Namun apabila Quran dirujuk berhubung perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa dalam surah An-Nisa’ : 1 menjelaskan yang bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinnya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian Hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Hal ini adalah berbeza sekiranya dibandingkan dengan Bible. Bible dengan jelas mengatakan Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam. Dalam bab genesis 2:21-23 dinyatakan, So the LORD God caused a deep sleep to fall upon the man, and he slept; then he took one of his ribs and closed up its place with flesh. And the rib that the LORD God had taken from the man he made into a woman and brought her to the man. Then the man said, “This at last is bone of my bones and flesh of my flesh; this one shall be called Woman, for out of Man this one was taken.”

Ayat-ayat ini yang terdapat dalam bab Kejadian 2:21-23 bermaksud, “Kemudian TUHAN Allah menyebabkan manusia itu tidur dengan nyenyak. Sementara dia terlena TUHAN mengeluarkan satu daripada tulang rusuk manusia itu lalu menutupnya semula dengan daging. Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan.” Terjemahan ini adalah berpandukan al-Kitab terbitan The Bible Society of Malaysia.

Sebenarnya Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam Islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran oleh Allah dan diletakkan di tempat yang tinggi.

Dalam surah Ali Imran: 195 yang bermaksud “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki mahupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”

Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataupun memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketaqwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Hujurat: 13 Allah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa antara kamu.” Hal ini adalah lebih utama untuk difahami dan dihayati.


Daripada buku: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains (Bab 54)
                         Penulis: Dr Danial Zainal Abidin
                         Pengantar: Dato’ Seri Dr Haji Harussani b Haji Zakaria
                                            Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Bookmark and Share

    


  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 11:36


Allahu...

cuba kita buka balik peribahasa dan tengok sifat tulang rusuk.adakah tulang rusuk kita itu lurus ataupun bengkok.hadis itu dapatlah diumpamakan bahawa wanita itu seperti tulang rusuk yang bengkok.

cuba kita renung sejenak bahawa Nabi itu seorang manusia yang sempurna dan menerima wahyu Allah bahkan berlemah lembut serta pelbagai sifat baginda lagi.adakah seorang Nabi,tergamak melukakan hati para wanita sekiranya baginda mengatakan secara terus bahawa wanita ni memang tak payah nak ikut sangat ataupun wanita memang lemah pun.

adapun hadis Nabi yang disebut tu adalah kiasan yang mengatakan wanita itu dari tulang rusuk bukanlah bermaksud nak merendahkan wanita tetapi memberi kiasan bahawa wanita itu seorang yang mudah terpengaruh dan perlu dilindungi.di mana kah terletaknya tulang rusuk sekiranya tidak didalam badan dan tulang rusuk itu terletak berhampiran dengan hati.ini dapat difahami supaya wanita itu disayangi bukannya dihina perlakukan seperti hamba sesuka hati.

bahkan keadaan orang arab zaman baginda dulu suka bersyair dan bersajak.maka nilai kesusasteraan mereka sangat tinggi dan pelbagai kiasan dapat dibentuk.para wanita janganlah pula tersalah faham dengan beranggapan bahawa mereka kelas kedua.

janganlah kita buat tafsiran melulu mengikut hawa nafsu kita sedangkan pengetahuan kita mengenainya cetek

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12017 saat. Lajunya....