Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Yang Masuk Ke Sini
sadiqah: 60 hari yang lalu
owl_UM: 63 hari yang lalu


Jejak Kerjaya
Topik: Gaji minimum belia Selangor RM2,000


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» Gaji minimum belia Selangor RM2,000

Please Mendaftar To Post


Oleh Gaji minimum belia Selangor RM2,000

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 10:30


KUALA SELANGOR 22 Mac – Kerajaan negeri Selangor memberi jaminan setiap belia di negeri itu bakal menerima gaji minimum RM2,000 selepas dua tahun bekerja melalui modul khas yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan modul tersebut, belia yang masih menganggur dan tidak memiliki tahap akademik yang baik akan dilatih dalam pelbagai bidang sehingga mampu menjadi pekerja mahir kelas pertengahan.

Menurutnya, mana-mana belia yang berjaya menamatkan latihan tetapi masih mendapat gaji kurang daripada RM2,000 selepas tempoh dua tahun akan dipanggil balik untuk diberikan kursus lanjutan.

“Sasaran saya adalah untuk menyediakan asas latihan kepada belia di Selangor supaya selepas dua tahun mereka boleh mendapat pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

“Mereka yang tidak menerima jumlah gaji sebegini akan dipanggil balik dan dilatih lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, beliau memberitahu, beberapa badan antarabangsa telah melahirkan persetujuan untuk bekerjasama dalam menjayakan program latihan berkenaan.

Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan, langkah yang akan dibuat itu adalah bagi memastikan sumber manusia di Selangor dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya.

“Saya mengambil kira bahawa satu langkah yang baik sekali adalah menentukan guna tenaga di negeri ini dapat digunakan sebaik-baiknya.

“Jika ramai belia yang tidak bekerja, bermakna guna tenaga yang sedia ada kurang dimanfaat,” ujarnya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan negeri itu juga dapat merapatkan jurang taraf hidup yang amat ketara di antara golongan kaya dan miskin di Selangor.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

mas_kara
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.12.2007
Ahli No: 32112
Posting: 85
Dari: Bumi ISLAM

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-03-08 11:29


ruginyer tak kerja di selangor.dulu kerja di selangor tapi sekarang dah pindah di kl.


-----------------
Hidup merana tanpa IMAN,Hidup bahagia dengan ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_karaProfil   Hantar PM kepada mas_kara   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 13:12


ni yang kena segera pindah selangor ni.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 23-03-08 13:35


alhamdulillah...akhirnya negeri kelahiranku menjadi negeri kebajikan, membela nasib rakyat dengan sebaiknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 14:24


rasanya Kalau sesiapa yang dah kerja tak dapat lah join program ni...mereka yang layak join adalah mereka yang menganggur lama...bagi yang baru grad rasanya boleh join agaknya tapi tak tau lah Kalau dia nak cari yang betul-betul menggur dan tak ada qualified yang bagus...Kalau nak join jugak apalagi..resign lah dr kerja sekarang..huhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 17:25


Pada 23-03-08 13:35 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...akhirnya negeri kelahiranku menjadi negeri kebajikan, membela nasib rakyat dengan sebaiknya.



syukur sangat-sangat.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 17:33


Pada 23-03-08 17:25 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-03-08 13:35 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...akhirnya negeri kelahiranku menjadi negeri kebajikan, membela nasib rakyat dengan sebaiknya.



syukur sangat-sangat.



salam...

alhamdulillah.....

lepas ni, kenala carik kerja di sekitar selangor.... (bagi yang belum kerja lah)..

:-D

bagus juga lah tindakan ni.

sebab sekarang ni, taraf kehidupan dah naik.
ditambah pula Selangor adalah paling hampir dengan KL.
KL kan mahai barang2 dia... 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 23-03-08 17:51


Pada 23-03-08 13:35 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...akhirnya negeri kelahiranku menjadi negeri kebajikan, membela nasib rakyat dengan sebaiknya.


harap-harap lepas ni......MALAYSIA pula jadi negara KEBAJIKAN


-----------------
www.myspace.com/mmas_forever


Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 18:10


Pada 23-03-08 17:51 , mmas_forever1991 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-03-08 13:35 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...akhirnya negeri kelahiranku menjadi negeri kebajikan, membela nasib rakyat dengan sebaiknya.


harap-harap lepas ni......MALAYSIA pula jadi negara KEBAJIKAN




betul tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 23-03-08 18:18


Pada 23-03-08 14:24 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya Kalau sesiapa yang dah kerja tak dapat lah join program ni...mereka yang layak join adalah mereka yang menganggur lama...bagi yang baru grad rasanya boleh join agaknya tapi tak tau lah Kalau dia nak cari yang betul-betul menggur dan tak ada qualified yang bagus...Kalau nak join jugak apalagi..resign lah dr kerja sekarang..huhu...

Kalau tawaran terlalu dibuka luas, rasanya belia2 dari seluruh Malaysia akan membanjiri negeri Selangor dan kerajaan negeri tidak mampu menampung kos perbelanjaan sebanyak itu. Mungkin kerajaan negeri akan tawar pada anak negeri selangor dahulu kemudian diikuti belia yang bermastautin di negeri tersebut.


-----------------
عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 18:45


Pada 23-03-08 18:18 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!


Kalau tawaran terlalu dibuka luas, rasanya belia2 dari seluruh Malaysia akan membanjiri negeri Selangor dan kerajaan negeri tidak mampu menampung kos perbelanjaan sebanyak itu. Mungkin kerajaan negeri akan tawar pada anak negeri selangor dahulu kemudian diikuti belia yang bermastautin di negeri tersebut.



dan lagi..

kalau majikan memang tak mampu, sebab syarikat masih belum kaya... mungkin tak dapat lah. (rasa saya lah). kecuali kerajaan selangor bagi dana khas pada setiap syarikat. (mungkinkah?)

tapi tak apa... sekurang2nya ada usaha. dan yang paling penting kursus tu harap dapat naikkan kemahiran dan semangat kerja belia.

sekadar pendapat peribadi.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-03-08 21:15


Pada 23-03-08 13:35 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...akhirnya negeri kelahiranku menjadi negeri kebajikan, membela nasib rakyat dengan sebaiknya.


bila pula perak nak start buat macam ni serta agenda2 kebajikan yang lain.......

:welcome: :welcome: :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 24-03-08 14:32


Pada 23-03-08 17:51 , mmas_forever1991 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-03-08 13:35 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah...akhirnya negeri kelahiranku menjadi negeri kebajikan, membela nasib rakyat dengan sebaiknya.


harap-harap lepas ni......MALAYSIA pula jadi negara KEBAJIKAN



Begitu lah harapannya. AMAN MALAYSIA

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 17:30


Pada 23-03-08 18:18 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-03-08 14:24 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya Kalau sesiapa yang dah kerja tak dapat lah join program ni...mereka yang layak join adalah mereka yang menganggur lama...bagi yang baru grad rasanya boleh join agaknya tapi tak tau lah Kalau dia nak cari yang betul-betul menggur dan tak ada qualified yang bagus...Kalau nak join jugak apalagi..resign lah dr kerja sekarang..huhu...

Kalau tawaran terlalu dibuka luas, rasanya belia2 dari seluruh Malaysia akan membanjiri negeri Selangor dan kerajaan negeri tidak mampu menampung kos perbelanjaan sebanyak itu. Mungkin kerajaan negeri akan tawar pada anak negeri selangor dahulu kemudian diikuti belia yang bermastautin di negeri tersebut.




tak apa nanti negeri2 dibawah naungan BA akan buat program yang sama dinegeri masing-masing.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-03-08 18:04


Assalamualaikum
huhu..makin penuhlah negeri selangor....saya pun gaji tak lepaih 2000 lagi...hmm....apapun, baguslah ada keinginan merancang dan melaksanakan perkara ini dalam memastikan setiap genap lapisan masyarakat mendapat peluang yang baik dalam menjalani kehidupan mereka....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 20:53


kadang-kadang rasa sakit jiwa jugak bilamana sgor dibanjiri org luar yang konon datang sini nak cari rezeki..padahal rezeki ada dimana2..konon-konon jugak nak menduga nasib di perantauan..padahal kita yang org sgor pure pun bukans ennag nak dapat kerja..tapi bagi yang mmenag ada qualified tu tak boleh disanggah lah..nak buat bagaimana Kalau da bidang dia tu memang ada kat sni saja..hmm...last2 yang menduga nasib ni selalu kedengaran buat onar kat sini..tu yang tak suka itu..Sorry..my personal openion..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

AziziYa-Habib
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.11.2007
Ahli No: 31669
Posting: 37
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-03-08 09:19


Bagus cadangan tu...kerana di terapkan modul2 yang dapat meningkatkan prestasi kerja para belia2 ini..tak lah macam lah ini,kerja dan kerja saja..tapi banyak faktor kena fikirkan tu..macam mana anak selangor yang bekerja di KL..dan bagaimana pula anak luar yang dah berthn bermastautin di sini..Minimum RM2k??alhamdullilah..rasa nak kembali kerja di selangor lah pulak..ni nak kena usahakan ni.mak ayah pun kat selangor..hehee..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AziziYa-HabibProfil   Hantar PM kepada AziziYa-Habib   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 25-03-08 10:44


kalau anak kelahiran selangor tak duduk selangor nak join boleh??bekas graduan jugak...tak sempat menganggur...tapi nak balik selangor jugak boleh??

Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 03:48


Pada 24-03-08 20:53 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

kadang-kadang rasa sakit jiwa jugak bilamana sgor dibanjiri org luar yang konon datang sini nak cari rezeki..padahal rezeki ada dimana2..konon-konon jugak nak menduga nasib di perantauan..padahal kita yang org sgor pure pun bukans ennag nak dapat kerja..tapi bagi yang mmenag ada qualified tu tak boleh disanggah lah..nak buat bagaimana Kalau da bidang dia tu memang ada kat sni saja..hmm...last2 yang menduga nasib ni selalu kedengaran buat onar kat sini..tu yang tak suka itu..Sorry..my personal openion..


hmmm... ada orang bertuah tu...
semangat nak duduk luar selangor... adess...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

pencintamu
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.09.2007
Ahli No: 31155
Posting: 69
Dari: S.T.P

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 07:39


Pada 23-03-08 18:18 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-03-08 14:24 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya Kalau sesiapa yang dah kerja tak dapat lah join program ni...mereka yang layak join adalah mereka yang menganggur lama...bagi yang baru grad rasanya boleh join agaknya tapi tak tau lah Kalau dia nak cari yang betul-betul menggur dan tak ada qualified yang bagus...Kalau nak join jugak apalagi..resign lah dr kerja sekarang..huhu...

Kalau tawaran terlalu dibuka luas, rasanya belia2 dari seluruh Malaysia akan membanjiri negeri Selangor dan kerajaan negeri tidak mampu menampung kos perbelanjaan sebanyak itu. Mungkin kerajaan negeri akan tawar pada anak negeri selangor dahulu kemudian diikuti belia yang bermastautin di negeri tersebut.



setuju...


-----------------
sEinDaH HiasaN aDaLaH WaNiTa soLeHaH.........


Bookmark and Share

    


  Member Information For pencintamuProfil   Hantar PM kepada pencintamu   Quote dan BalasQuote

atiey11
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15667
Posting: 93
Dari: selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-03-08 07:49


kalau orang yang tak ada qualification boleh dapat RM2000, orang yang ada degree dan jobless bagaimana ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For atiey11Profil   Hantar PM kepada atiey11   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-03-08 07:57


Pada 23-03-08 10:30 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!



Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan, langkah yang akan dibuat itu adalah bagi memastikan sumber manusia di Selangor dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya.

“Saya mengambil kira bahawa satu langkah yang baik sekali adalah menentukan guna tenaga di negeri ini dapat digunakan sebaik-baiknya.

“Jika ramai belia yang tidak bekerja, bermakna guna tenaga yang sedia ada kurang dimanfaat,” ujarnya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan negeri itu juga dapat merapatkan jurang taraf hidup yang amat ketara di antara golongan kaya dan miskin di Selangor.



saya menyokongnya sepenuh hati! (walaupun saya bukan rakyat S'gor)

PASTI! langkah tersebut mampu mengurangkan atau menyifarkan kemasukkan pekerja asing dalam negeri dan memberi peluang atau 'mengerah'kan kudrat belia 's'gor untuk mendapat tempat disektor2 yang sebelum ini di 'huni' pekerja asing.

harapan agar belia s'gor menyambut langkah tersebut!
Katakan TIDAK PERLU kepada pekerja asing! Kami tidak memerlukan kamu lagi!

* pagi tadi kat TV berita pergaduhan puak2 asing(indonesia) yang dipercayai berebut seorang wanita.. di MELAKA! -stesen bas/teksi melaka sentral. Mereka semakin berani 'buat' perkara yang melanggar peraturan didalam negara lain! sapa nak jawab ni? ali rustam?(yelah sapa lagi)-apa kata ketua polis negara?(ketua apaaaa..barang)

* berita pagi tadi juga mengenai kenyataan seorang yang pasti 'orang kerajaan BN' tentang pemberian air percuma di s'gor adalah tidak releven.. dia kata s'gor sekarang menghadapi masalah kekurangan air - pada saya, Kenapa semasa pemerintahan TOYO 'tyre' dulu kerajaan tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut??

* jika boleh, agar semua negeri yang dikuasai pembangkang sekarang mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja asing.. kita lihat perubahannya.. walaupun mengambil masa-dan janganlah nak tunggu PRU13 baru nak ura2 buat.. nanti lebih kurang 'sama' saja dengan janji-tabur BN.. 5 tahun masa yang diberikan, harapan agar pihak luar parti kerajaan dapat membuktikan sesuatu(walaupun secara bertatih) yang lebih baik untuk semua rakyat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-03-08 10:39


Pada 26-03-08 07:49 , atiey11 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau orang yang tak ada qualification boleh dapat RM2000, orang yang ada degree dan jobless bagaimana ek?





itulah,saya pun jobless sekarang ni.tak tahu nak sambung ke nak kerja


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124156 saat. Lajunya....