Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 220
Ahli: 0
Jumlah: 220




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 16 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah s.a.w


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah s.a.w

Please Mendaftar To Post


Oleh Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah s.a.w

Kokseikokde
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.03.2008
Ahli No: 32873
Posting: 48

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 19:16


Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
1] Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2] Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3] Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

## Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

## Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

## Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

## Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.
Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama 1000 tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : “Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? “

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For KokseikokdeProfil   Hantar PM kepada Kokseikokde   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 22:55


Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:

!!! QUOTE !!!



Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.



masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke :-?


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 21-03-08 01:04


Terlalu banyak kita dengar tentang keajaiban kelahiran Rasulullah saw, termasuklah yang direka-reka dan yang tidak berasas.

p/s: Ada sesiapa yang punya maklumat tentang cerita mengarut berkaitan kelahiran Nabi saw?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 01:35


Pada 20-03-08 22:55 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:

!!! QUOTE !!!



Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.



masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke :-?




yang hadir adalah roh Saidatina Asiah dan Saidatina Mariam...

mempercayai perkara2 ghaib adalah wajib...

:-)


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 21-03-08 06:37


Pada 21-03-08 01:35 , raudhatulmardhiah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-03-08 22:55 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:

!!! QUOTE !!!



Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.



masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke :-?




yang hadir adalah roh Saidatina Asiah dan Saidatina Mariam...

mempercayai perkara2 ghaib adalah wajib...

:-)



wajib?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 07:25


Pada 21-03-08 06:37 , wardiah_alwani posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-03-08 01:35 , raudhatulmardhiah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-03-08 22:55 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:

!!! QUOTE !!!



Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.



masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke :-?




yang hadir adalah roh Saidatina Asiah dan Saidatina Mariam...

mempercayai perkara2 ghaib adalah wajib...

:-)



wajib?


Dalam disiplin Ilmu Usuluddin yang bersumber dari sumber yang asal biasanya diajarkan 3 bahagian:

1) Perkara yang bersangkut paut dengan Ketuhanan (Ilahiyat atau Uluhiyyah) - Tauhid Al-Asma', Tauhid As-Sifat dll
2) Perkara yang bersangkut paut dengan Kenabian (Nabawiyyat atau Nubuwwah) -
3) Perkara-perkara yang dikhabarkan oleh Rasul saw, yang mana termasuklah perkara-perkara Sam'iyat

Perkara sami'yat adalah perkara2 ghaib iaitu...

sesuatu yang pelik dan tidak lojik oleh akal manusia tetapi jelas dikhabarkan didalam Al-Quran dan Al-Sunnah maka ia wajib diterima dan diimani yang dinamakan dengan Al-Sam’iyyat seperti persoalan azab kubur, hari kebangkitan, mizan, syurga, neraka dan sebagainya .

Juga terdapat beberapa perkara pelik yang menyalahi adat yang berlaku kepada para Ambiya’ yang dinamakan sebagai Mukjizat dan Irhash, yang berlaku kepada para Auliya’ dinamakan sebagai Karamah,yang berlaku kepada golongan awam yang soleh dinamakan sebagai Ma’unah,yang berlaku kepada orang fasik dinamakan sebagai Istidraj ,yang berlaku kepada seorang yang mendakwa sebagai seorang rasul Ihanah dan yang berlaku kepada orang kafir dinamakan sebagai Sihir


-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

ah_mad
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2009
Ahli No: 36592
Posting: 15

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 23:17


kelahiran Rasullullah membawa rahmat seluruh alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ah_madProfil   Hantar PM kepada ah_mad   Quote dan BalasQuote

are_dik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2004
Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-01-09 00:35


kisah NAbi Muhammad kalau baca memang best..tak rugi pun kalau kita tahu...paling best sekali hafal tarikh penting2 nabi..;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_dikProfil   Hantar PM kepada are_dik   Pergi ke are_dik's Website   Quote dan BalasQuote

solehen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.08.2006
Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-01-09 07:40


salam ukhwah..
DIALAH penyeri seluruh alam..

Waalaikumsalam Assalamualaikum . . . .


-----------------
For Things to Change, I mUst Change First.
There is no FAILURE, Only Wrong Result,
So I Change My STRATEGY.


Bookmark and Share

    


  Member Information For solehenProfil   Hantar PM kepada solehen   Pergi ke solehen's Website   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 08:28


SUBHANALLAH...
Maha Suci Allah yang memuliakan Rasulullah SAW disisiNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 10:13


AlhamdulilLah, terima kasih koseikokde..
Hmm, kalau nyatakan sumber terlebih baik..



SakinahAzzahra tulih;

!!! QUOTE !!!

masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke


Hmm, saya tolong permudahkan buat KakKinah.. ye..? :-)

Hmm, Asiah ini adalah wanita (isteri Firaun) di zaman Nabi Musa a.s dan Maryam pula adalah ibu Nabi Isa a.s.

Kedua-duanya adalah wanita yang dimuliakan ALLAH SWT dan telah meninggal dunia semasa Aminah masih ada.


Akak jangan keliru ek..? Sebab kisah macam ni seperti serangan tentera bergajah dan rumah bercahaya saya pernah baca.
Part ditemani Asia dan Maryam saya tak pernah baca..


Sama ada yang hadir dalam bentuk mimpi atau tidak..
Wallahua'lam.

Cuma mesejnya adalah "Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. "


Wallahua'alam.

Harap membantu.


HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 05-01-09 12:17


Rasulullah S.A.W.. Dia yang susah2 sampaikn ajaran Islam pada kita .. Adakah kita mghargainya..?? Muhasabah diri ... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 16:13


sama-sama kita banyakn selawat ke atas baginda..moga kita mdpt syafaatnye di akhirat kelak, amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 17:54


Pada 05-01-09 16:13 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

sama-sama kita banyakn selawat ke atas baginda..moga kita mdpt syafaatnye di akhirat kelak, amin...


betul tu...


-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-01-09 21:23


Pada 05-01-09 16:13 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

sama-sama kita banyakn selawat ke atas baginda..moga kita mdpt syafaatnye di akhirat kelak, amin...


Insya Allah.. moga-moga kita sama-sama dapat syafaat di Hari Yang Kekal Abadi Buat Selamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

shafiqah88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2008
Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan

blank  


posticon Posting pada: 12-01-09 01:03


Pada 11-01-09 21:23 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-01-09 16:13 , hid_uniten posting:

!!! QUOTE !!!

sama-sama kita banyakn selawat ke atas baginda..moga kita mdpt syafaatnye di akhirat kelak, amin...


Insya Allah.. moga-moga kita sama-sama dapat syafaat di Hari Yang Kekal Abadi Buat Selamanya...


ye betul tu.. doakan nabi dapat wasilah yang dijumpai masa peristiwa israk mikraj tu..

"aati saiyidina muhammadanil wasiilata wal fadhiilah"..
keratan ayat dalam doa selepas azan..

peristiwa israk mikraj, nabi telah masuk ke syurga, dan menjumpai suatu tempat yang sangat cntik.. nabi tye pada jibril, apa benda tu?? jibril jawab, tu ar wasilah, iaitu tempat yang mana Allah khaskan tempat tu untuk seorang saja hmbanye yang taat... nabi pun berdoa supaya org tu adalah dirinya, dan disyariatkan umatnye, supaya mendoakan juga... "aati saiyidina muhammadanil wasiilata wal fadhiilah".. semoga nabi dapat wasilah tu, secara tak lgsung, kita pun akan mndapat syafaat nabi, kerana mendoakan...

sollu alan nabiy!!!


-----------------
chayo!


Bookmark and Share

    


  Member Information For shafiqah88Profil   Hantar PM kepada shafiqah88   Pergi ke shafiqah88's Website   Quote dan BalasQuote

rostanmohd
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39839
Posting: 42
Dari: Ipoh

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-05-10 12:41


KEKASIH ALLAH SWT...DARI DALAM KANDUNGAN LAGI TELAH DIJAGA OLEH ALLAH SWT.....


-----------------
Insan yang lemah..........


Bookmark and Share

    


  Member Information For rostanmohdProfil   Hantar PM kepada rostanmohd   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 12:21


Pada 02-01-09 23:17 , ah_mad posting:

!!! QUOTE !!!

kelahiran Rasullullah membawa rahmat seluruh alam...


Setuju sangat.

Cuma kadang² manusia terlalu leka dengan dunia :-(


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

iDeologi
Warga Rasmi
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19771
Posting: 8
Dari: iDeologi.my

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-10 12:42


tidak ada satu pun cerita di atas ada sandaran hadis yang sahih. Bahkan semuanya bersumberkan cerita palsu, mengarut dan rekaan terhadap Nabi.

Asiah dam Maryam dah mati, mana boleh teman lagi. Kalau tak ada dalil, tak boleh pakai.

Prinsipnya, dalam cerita tentang Nabi s.a.w, tanpa dalil yang sahih lebih baik tersalah tidak percaya berbanding tersalah percaya.


-----------------
muamalat.NET


Bookmark and Share

    


  Member Information For iDeologiProfil   Hantar PM kepada iDeologi   Pergi ke iDeologi's Website   Quote dan BalasQuote

al-barbahari
Warga Rasmi
Menyertai: 29.09.2010
Ahli No: 40330
Posting: 6
Dari: Lembah Klang

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-09-10 21:49


Pada 21-03-08 01:35 , raudhatulmardhiah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-03-08 22:55 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-03-08 19:16 , Kokseikokde posting:

!!! QUOTE !!!



Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.



masa Nabi Muhammad s.a.w lahir, Asiah dan Maryam masih hidup ke :-?




yang hadir adalah roh Saidatina Asiah dan Saidatina Mariam...

mempercayai perkara2 ghaib adalah wajib...

:-)



memang lah mempercayai perkara ghaib wajib sebagai mana diterangkan oleh nas.

tapi kehadiran asiah dan maryam ada nas ke menyatakan sebagai satu cerita yang sahih?

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-barbahariProfil   Hantar PM kepada al-barbahari   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 30-09-10 13:19


Apapun kita terhutang budi kepada Baginda. Zahirkan rasa terima kasih kepada Baginda.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

al-barbahari
Warga Rasmi
Menyertai: 29.09.2010
Ahli No: 40330
Posting: 6
Dari: Lembah Klang

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-09-10 22:39


cara berterima kasih kepada Baginda ialah dengan berselawat dan dengan menghidupkan sunnah-sunnah baginda.

Bukan dengan mereka-reka cerita yang tak betul tentang baginda sebagai mana cerita dikatakan asiah dan maryam datang saat kelahiran, dan dikatakan pula wajib untuk beriman, adusss..

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-barbahariProfil   Hantar PM kepada al-barbahari   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 01-10-10 09:54


Salawat dan salam pada junjungan Rasulullah SAW. Itulah sebaik baiknya. Para sahabat telah menzahirkan kecintaan dan kerinduan kepada Baginda. Saiyidina Ali dan Talhah ra sanggup menjadi perisai di Jabal Uhud malah ada yang sanggup mencabut giginya semata mata untuk merasai kesakitan Baginda patah gigi semasa perang Uhud. Apalah bandingan kita, berbangga menamakan anak dengan nama Muhammmad pun belum tentu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

al-barbahari
Warga Rasmi
Menyertai: 29.09.2010
Ahli No: 40330
Posting: 6
Dari: Lembah Klang

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-10 10:06


Betul, biarlah bertindak tepat dengan mengikuti sunnahnya dan mengikut segala ajarannya. Semoga kita terus istiqamah. Berhati-hatilah dengan perkara baru yang diadakan dalam agama, Nabi sentiasa berpesan kepada kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-barbahariProfil   Hantar PM kepada al-barbahari   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115508 saat. Lajunya....