Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 28 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Jom ikut sunah nabi


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Jom ikut sunah nabi

Please Mendaftar To Post


Oleh Jom ikut sunah nabi

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 08:00


BERSYUKUR kehadrat Allah s.w.t. kerana kita masih diberi peluang untuk sama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1429H. Majlis sambutan ini diadakan di pelbagai peringkat iaitu dari peringkat kampung hinggalah ke peringkat kebangsaan.

Kemeriahannya memang jelas kelihatan di seluruh pelosok negara. Selawat dan salam kepada junjungan besar pada hari ini begitu mempesonakan. Pelbagai lagu direka untuk dipersembahkan kepada awam.

Rata-rata kebanyakan daripada kita begitu bersemangat sekali untuk mengikuti contoh tauladan yang terbaik yang telah ditunjukkan Baginda.

Kalau kita kira bilangan sunah Nabi memang tak terkira banyaknya. Bayangkanlah, apa sahaja yang telah dilakukan Baginda dianggap sunah. Cara Rasulullah bercakap, makan, minum, senyum, penampilan dan lain-lain dianggap sebagai sunah.

Dalam hal ini, satu sunah Nabi yang ingin dibicarakan ialah mempraktikkan bahasa Arab dan menguasainya. Ini berlandaskan kepada kata-kata Nabi, “Belajarlah Bahasa Arab dan ajarkanlah kepada sekelian manusia”.

Ada juga di kalangan kita yang tertanya-tanya: “Siapa yang sepatutnya perlu belajar bahasa Arab?” Seterusnya satu lagi soalan iaitu “Siapa pula yang sepatutnya perlu menguasai bahasa Arab?”

Berikut dinyatakan empat golongan utama yang perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa antarabangsa yang sangat penting ini.

Pertama, orang yang mengaku dirinya beragama Islam.

Ini kerana pedoman utama umat Islam ialah al-Quran dan hadis Nabi. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu boleh memahami Islam dengan fahaman yang paling tepat kalau tidak berdasarkan sumber yang asal? Ada orang kata, “Saya sayang Nabi, saya cinta pada Rasul”. Tetapi bagaimana beliau boleh mengaku sedemikian rupa sedangkan dia tidak berusaha mempelajari apa yang dituturkan oleh Nabi.

Pelik, tetapi benar! Itulah kenyataan yang perlu kita terima dewasa ini. Kebanyakan kita masih lagi belum dapat memahami apa yang dibaca semasa membaca al-Quran. Walaupun seseorang itu mampu membaca al-Quran dengan baik, tetapi belum pasti dia juga mampu memahami apa yang terkandung di dalamnya.

Kedua, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang berfikiran komersial, korporat dan ahli perniagaan.

Tahukah kita, terdapat 23 negara Arab yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi. Daripada jumlah tersebut terdapat lebih tujuh negara Arab yang kaya raya dengan sumber alam yang menawarkan banyak projek mega.

Baru-baru ini, gabungan beberapa syarikat di Malaysia telah berjaya mendapat tender bernilai lebih RM3 bilion di Arab Saudi. Untuk itu, kebolehan komunikasi dalam bahasa Arab yang tinggi amat diperlukan untuk meyakinkan pihak-pihak berkenaan.

Apabila kita berkunjung ke negara-negara Arab tersebut kita masih boleh berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Itu memang tidak dapat dinafikan. Persoalannya, sejauh mana kita dapat meyakinkan dan dapat menarik minat mereka?

Kita juga tertanya-tanya, Kenapa barangan Malaysia masih tidak dapat menembusi pasaran negara-negara Arab secara maksima? Kenapa nilai dagangan dengan negara-negara tersebut masih rendah? Sedangkan Malaysia dan negara-negara Arab tersebut banyak persamaannya. Semua 23 negara Arab tersebut (kecuali Lebanon) menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Salah satu faktornya ialah kebanyakan golongan korporat dan profesional tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab yang boleh menarik minat pelanggan berbangsa Arab. Ini kerana, walaupun mereka masih boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi untuk menawan hati, maka penggunaan bahasa Arab sangat diperlukan.

Ketiga, golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain.

Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah amat rugi sekali jika golongan profesional ini tidak mampu merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi. Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi al-Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada terjemahan sahaja.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu secara saintifik. Dalam ruangan ringkas ini dinyatakan beberapa contoh tema berkaitan keprofesionalisme untuk direnungkan, dikaji, diamalkan dan dijadikan iktibar kepada generasi akan datang.

Contohnya, soal tentang bilangan perkataan di dalam al-Quran. Bilangan perkataan di dalam al-Quran adalah signifikan. Setiap baris, huruf, perkataan, jenis ayat sama ada panjang atau pendek adalah bermakna.

Keempat, golongan akademik yang menitik beratkan soal sumber rujukan.

Nah begitu jelas sekali bahawa rujukan utama ialah al-Quran dan hadis. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Sehubungan itu, untuk mendapatkan nilai kajian yang lebih mutu akademiknya, ahli akademik sepatutnya menguasai bahasa Arab.

Untuk itu, berikut dikemukakan beberapa cadangan yang mungkin perlu direnungkan bersama. Antaranya ialah; golongan profesional dan akademik seperti pakar sains, jurutera, saintis dan lain-lain hendaklah menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama meningkatkan karier mereka dalam bidang sains.

Selain itu, oleh kerana hendak memahami al-Quran memerlukan kemahiran bahasa Arab. Guru sains, pakar sains dan saintis perlu belajar bahasa Arab mengikut kaedah yang sesuai bagi mereka. Seterusnya untuk jangka pendek, mereka perlu berganding bahu dengan ulama yang memahami al-Quran untuk mencipta kegemilangan dalam bidang sains dan teknologi.

Jadi ayuh kita belajar bahasa Arab dan menguasainya sehingga kita boleh menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang kita ceburi. Semua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke matlamat asal kita iaitu untuk memperoleh keredaan Allah. Jadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini memberi makna yang mendalam kepada kita semua.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-03-08 08:17


semalam tengok tv pasal sunnah nabi.. :-)

sunnah nabi ada wajib, sunat dan haram..

uji minda.. siapa tahu apa sunnah yang haram tu?


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 12:53


apa pula sunnah yang haram itu, ada ke? saya tidak tahu,..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 17:25


asm wbt

sunnah yang haram,

kahwin lebih dr 4 agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-03-08 20:13


sunnah haram terkejut juga dengar..
malam tu tengok kat oasis channel..
satu saja sunnah haram..
betullah masri2
kahwin lebih dari 4 yang haram


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 08:38


angan2 saya :-D nanti nak bentuk keluarga
kalau duduk makan, ikut sunnah nabi...
kenalah makan atas lantai kan..
tapi ada orang kata kena juga sediakan meja untuk tetamu..


pada anda, anda sendirilah..
lebih selesa duduk atas lantai ke makan kat meja?
adakah makan kat meja itu lebih baik untuk tetamu?


syukran...


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 09:54


salam..
ada satu madrasah akhir zaman di Kampung Bukit Naga klang yang mengkhususkan amalan sunnah nabi S.A.W,malam tadi ana kesana untuk berjumpa dengan tuan yang mulia Abu Dzar iaitu guru disana..ana memang terkesan dengan suasana disana..melihatkan pada pelajar-pelajar disana memang amal sunnah 100%,mereka juga menghidupkan usaha dakwah disana..yang lebih mengkagumkan ana ialah berhadapan dengan madrasah tu ada rumah seorang bomoh santau dan bomoh santau tu pun turut berubat dengan maulana di madrasah tu..masyaAllah hebat betul kuasa Allah..insyaAllah kita azam untuk amal sunnah nabi S.A.W..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-04-08 10:02


salam... ada lagi sunnah haram iaitu mengaku diri sebagai rasul atau nabi... :-D :-D..... off topik...gurau saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 18-04-08 16:39


Mengikut Sunnah Dengan Membabi Buta:

Permasalahannya ialah:

1     Golongan ini sebenarnya tidak memahami apakah erti “Sunnah” sebenarnya. Umpamanya mereka tidak mengetahui pembahagian para ulamak tentang sunnah itu sendiri kepada Sunnah tasyriiyyah, Sunnah Ghairu tasyriiyyah. Ittiba’ Suuri, Ittiba’ Hakiki, Mu’aradhah Suuriyyah dan Mu’aradhah Hakikiyyah dan lain-lain lagi.


2     Menganggap apa yang diucapkan atau diperbuat oleh Rasullullah (s.a.w) sebagai orang yang berkedudukan tertentu seperti sebagai muballigh atau mu’allim sahaja sedangkan ada hadith Rasullullah (s.a.w.) yang diucapkan atau dilakukan atau diperakuinya itu sebagai Baginda (s.a.w.) seorang pendidik, ketua negara, jeneral, hakim, bapa, suami, ahli saikologi dan lain-lain.

3     Sesuatu hadith yang dikemukakan oleh Nabi (s.a.w.) dalam konteks peribadi atau keadaan tertentu mungkin difahami oleh orang yang mempunyai penyakit ini sebagai untuk semua orang dan untuk semua keadaan. Misalnya hadith Rasullullah SAW menyuruh mandi selepas sembahyang Subuh dan menyelam 7 atau beberapa kali melawan arus bagi orang yang demam atau Nabi (s.a.w) memakai celak – mata bercelaklah sekian ramai orang; memakai kain ke paras tengah betis dan lain-lain lagi.



4     Mengamalkan segala apa yang dikatakan sebagai hadith tanpa mempastikan terlebih dahulu sama ada ia maudhu’ atau tidak dan menggunakan hadith untuk sesuatu perkara tanpa memandang kepada taraf hadith itu. Contohnya hadith dhaif hendak dipakai untuk menentukan sesuatu hukum jenayah dan hadith ahaad walaupun sahih hendak dijadikan sebagai asas aqidah.



5     Mengikut sesuatu hadith tanpa mengetahui sama ada hadith itu sudah dimansuhkan atau tidak, mubham atau mufassar, muhkam atau mutasyaabih, khusus untuk Nabi (s.a.w.) atau untuk generasi sahabat atau sahabat yang tertentu sahaja.



6     Mahu mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh Rasullullah (s.a.w) dengan tidak mengambil kira sama ada apa yang telah dapat dilakukan oleh Rasullullah (s.a.w) itu adalah mukjizat Baginda (s.a.w.) seperti menyembelih unta sambil berdiri.





7     Mahu mengikut Nabi (s.a.w.) tanpa memikirkan sama ada Nabi (s.a.w.) berbuat begitu kerana sesuatu sebab atau tujuan yang tertentu seperti:

i) Tawaf Ka’bah dengan mengenderai unta

ii) Tidur mengiring di atas lambung kanan selepas sembahyang sunat Subuh iaitu sebelum mengerjakan sembahyang Subuh dan lain-lain lagi.



8    Mengikut sunnah Nabi (saw) kononnya tetapi sebenarnya kerana bersesuaian dengan hawa nafsu tanpa mengambil kira `asbabul wurud’ bagi hadith itu atau latar belakang di mana Nabi (saw) mengungkapkan hadith tersebut seperti beristeri empat dan lain-lain lagi.



9    Berpegang dan mengamalkan hadith-hadith tertentu sahaja seperti hadith-hadith riqaq atau hadith-hadith zuhud dan lain-lain dengan tidak melihat kepada keseimbangan di dalam amalan dan cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasullullah (saw) sendiri. Contohnya – tidak berasap dapur rumah Nabi (saw) selama beberapa hari, sedangkan di waktu yang lain Nabi (saw) menyimpan makanan untuk setahun.

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-04-08 06:26


ERRMM... Satu artikel yang baik dari Mr broshahir dan Mr tanpanama. Antara
pertubuhan / company yang provide pengajaran bahasa Arab professionally
di Malaysia ini adalah Al-Diwan, International Center For Teaching Arabic,
siap bagi buku and CD lagi ttuuhh... tak dinafikanlah, penguasaan yang
mendalam, really-really deep understanding dalam bahasa Arab bleeyy
memudahkan kita belajar agama. Cuma, maybe menuntut kesungguhan,
masa dan lain-lain pengorbanan untuk betul-betul mahir. Saya pun belajar
Arab setakat PMR sajaa... Otak niiee lembab skeett, so dalam kategori
merangkak-rangkaklaah. HIIIHHIIEE... tapi seperti yang Mr tanpanama
elaboratekaann dalam artikelnya, memang benar-benar mengajar kita
sesuatu. I give you one condition, bagaimana reaction kita apabila kita
sedang gosok gigi di masjid (nak bersihkan mulut before solat), dan suddenly
tiba-tiba datang pakcik dari belakang menegur, "Diikkk, berus gigi ni orang
kafir yang ajarkan, pakaaii laahh kayu sugi, ikut sunnah Rasulullah.. " Adakah
anda akan terus buang berus gigi anda dan carikk serta beli kayu sugi on the
spot?? HHMM.. sapee-sapeee yang berpengetahuan dan tahu, especially
yang degree Pengajian Islam ke.. Syariah ke.. Usuluddin atau apa-apa
sajalaaahh, mohon dengan semohon-mohonnya ungkapkan penjelasan
sebagai pengetahuan bagi saya yang dahagakan ilmu... Maaf kiranya
menyusahkan dan mengambil masa anda.... Ampun...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.799786 saat. Lajunya....