Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Salam Ya Rasulullah...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Salam Ya Rasulullah...

Please Mendaftar To Post


Oleh Salam Ya Rasulullah...

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-08 11:22


Di antara hak Nabi s.a.w. yang di syariatkan Allah atas umatnya adalah agar mereka menucapkan selawat dan salam untuk Allah berfirman, إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (al-Ahzab: 56)

Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah)

Dalam ayat di atas Allah telah menyebutkan tentang kedudukan hamba dan rasul-Nya Muhammad s.a.w. di tempat yang tertinggi, bahawasanya Dia memujinya dihadapan para malaikat yang terdekat, dan bahawa para malaikat mendoakan untuknya, lalu Allah memerintahkan segenap penghuni alam dunia untuk mengucapkan selawat dan salam ke atasnya, sehingga bersatulah pujian untuk beliau di alam yang tertinggi dengan alam terendah (dunia).

Adapun makna wa sallimu taslima (Ucapkanlah salam untuknya) adalah berilah beliau s.a.w. penghormatan dengan penghormatan Islam. Dan jika berselawat kepada Nabi hendaklah seseorang menghimpunnya dengan salam untuk beliau. Kerana itu hendaknya tidak membatasi dengan salah satunya saja. Misalnya dengan mengucapkan sollallahu ‘alaihi (semoga shalawat dilimpahkan untuknya) saja atau hanya mengucapkan ‘alaihi salam (semoga dilimpahkan untuknya keselamatan) saja. Hal itu kerana Allah memerintahkan untuk mengucapkan keduanya. Mengucapkan selawat untuk Nabi s.a.w. diperintahkan oleh syariat pada waktu-waktu yang dipentingkan, sama ada yang hukumnya wajib atau sunnah muakkadah. Dalam kitab lain Jala’ul Afham, lbnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada 41 waktu (tempat). Beliau memulai dengan sesuatu yang paling penting yakni ketika solat di akhir tasyahhud. Di waktu tersebut para ulama sepakat tentang disyariatkannya berselawat untuk Nabi s.a.w., namun mereka berselisih tentang hukum wajibnya. (Rujuk: Jala’ul Afham, hal 222-223) Di antara waktu lain yang beliau sebutkan adalah di akhir qunut, lalu ketika khutbah, seperti khutbah Jumaat, hari raya dan istisqa’, lalu setelah menjawab mu’adzin, ketika (hendak) berdoa, ketika masuk dan keluar dari masjid juga ketika menyebut nama beliau s.a.w.. Setelah itu Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan beberapa manfaat dari mengucapkan shalawat untuk Nabi s.a.w., di mana beliau menyebutkan ada 40 manfaat. (Jala’ul Afham, hal. 302)

Di antara manfaat itu adalah:

1. Selawat merupakan bentuk kataatan kepada perintah Allah s.w.t.

2. Mendapatkan sepuluh kali selawat dari Allah bagi yang berselawat sekali (1x) untuk beliau s.w.t..

3. Diharapkan dikabulkannya doa apabila didahului dengan selawat tersebut.

4. Selawat merupakan sebab mendapatkan syafaat dari Nabi s.a.w. jika ketika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah (darjat yang tinggi di syurga) untuk beliau s.a.w..

5. Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa.

6. Selawat merupakan sebab sehingga Nabi menjawab orang yang mengucapkan selawat dan salam kepadanya.


Semoga Selawat dan salam dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi yang mulia ini....



Salam Maulid ar-rasul...muhammad saw...


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 10:57


Kelebihan berselawat

1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.
Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Rujukan :
Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. “
3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.
Rujukan :
Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. ” Rujukan :
Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. “
4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Rujukan :
Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya.”
5. Mendapat ketenangan jiwa
Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu.”
6. Mendapat rahmat dari Allah
Rujukan :
Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. “
7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Rujukan :
Riwayat Ibnu Majar dari Jarir .a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunianya. “
8. Digembirakan dengan syurga.
Rujukan :
Riwayat Abus Syaikh dari Anas .a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. “
9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Rujukan :
Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku”
Kelebihan selawat mengikut para ulama
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepulus kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi puj ian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Gelaran orang yang tidak berselawat
i) Gelaran penghinaan.

Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. “
ii) Gelaran bakhil (kedekut)

Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. “

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

fansurina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27352
Posting: 205
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-03-08 11:07


nah,begitu banyak manfaat yang kita boleh perolehi hanya dengan berselawat ke atas nabi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fansurinaProfil   Hantar PM kepada fansurina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097379 saat. Lajunya....