Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Indahnya cinta yang ikhlas


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Indahnya cinta yang ikhlas

Please Mendaftar To Post


Oleh Indahnya cinta yang ikhlas

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 13:55


Dear all,

something to share with, forwarding my email

PAGI-PAGI DAH SEDIH DAH.......

Indahnya cinta yang ikhlas dari suami.....


Suami saya adalah serorang jurutera,
saya mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai
perasaan hangat yang muncul di hati
saya ketika bersandar di
bahunya.Selama 3 tahun dalam masa
perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui bahawa
saya mulai merasa letih, lelah,
alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang
menjemukan. Saya seorang wanita yang
sentimental dan benar-benar sensitif
serta berperasaan halus. Saya
merindui saat-saat romantis seperti
seorang anak kecil yang sentiasa
mengharapkan belaian ayah dan
ibunya. Tetapi, semua itu tidak
pernah saya perolehi. Suami saya
jauh berbeza dari yang saya
harapkan. rasa sensitifnya kurang.
Dan ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana yang romantis
dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal. Suatu
hari, saya beranikan diri untuk
mengatakan keputusan saya
kepadanya,bahawa saya inginkan
penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya
dengan nada
terkejut."Siti letih, Abang tidak
pernah cuba memberikan cinta yang
saya inginkan."Dia diam dan
termenung sepanjang malam di depan
komputernya, nampak seolah-olah
sedang mengerjakan sesuatu, padahal
tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah,
seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi
yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya."Apa yang Abang boleh
lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya
dalam-dalam dan menjawab dengan
perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau
Abang temui jawapannya di dalam hati
Siti, Siti akan mengubah fikiran
Siti; Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga cantik yang ada di
tebing gunung dan kita berdua tahu
jika Abang memanjat gunung-gunung
itu, Abang akan mati. Apakah yang
Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia
termenung dan akhirnya
berkata,"Abang akan memberikan
jawapannya esok."Hati saya terus
gundah mendengar responnya
itu.Keesokan paginya, dia tidak ada
di rumah, dan saya menenui selembar
kertas dengan coretan tangannya di
bawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat yang bertuliskan. ..

Sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan
hati
saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.
"Siti boleh mengetik di komputer dan
selalu mengusik program di dalamnya
dan akhirnya menangis di depan
monitor,Abang harus memberikan
jari-jari Abang
supaya boleh membantu Siti untuk
memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci
rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di Shopping
Kompleks tetapi selalu tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat
baru yang Siti kunjungi,Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke
satu lot kedai yang lain mencarimu
dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan
sewaktu teman baik Siti datang
setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk
memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan
Abang selalu risau Siti akan menjadi
pelik. Dan Abang harus membelikan
sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
di rumah atau meminjamkan lidah
Abang untuk menceritakan hal-hal
kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer,
membaca buku dan itu tidak baik
untuk kesihatan mata Siti, Abang
harus menjaga mata Abang agar ketika
kita tua nanti, abang dapat menolong
mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu. "

"Tangan Abang akan memegang tangan
Siti, membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga
yang bersinar dan indah seperti
cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan
mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana,
Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi
kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai
orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada
Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang
telah diberikan oleh tangan, kaki,
mata
Abang tidak cukup bagi Siti. Abang
tidak akan menahan diri Siti mencari
tangan, kaki dan mata lain yang
dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas
tulisannya dan membuatkan tintanya
menjadi kabur, tetapi saya tetap
berusaha untuk terus membacanya
lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai
membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di
rumah ini,tolong bukakan pintu rumah
kita, Abang sekarang sedang berdiri
di luar sana
menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati,
sayangku...biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan barang-barang Abang, dan
Abang tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah, bahagia Abang
bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang
pintu yang terkatup rapat. Lalu saya
segera berlari membukakan pintu dan
melihatnya berdiri di depan pintu
dengan
wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan
saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang
yang pernah mencintai saya lebih
dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu
telah beransur-ansur hilang dari
hati kita kerana kita merasa dia
tidak dapat memberikan cinta dalam
kewujudan yang kita inginkan, maka
cinta itu telah
hadir dalam kewujudan yang tidak
pernah kita bayangkan sebelum ini.


-----------------
Nurul AH


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 14-03-08 14:01


huhuhuh...very the touching.. :( dah banyak kali jumpa cerita ni tapi still terusik bila baca.. hargai apa yang kita miliki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 14:05


perempuan macam tu lah.tak pernah puas apa yang ada didepan mata.ada saja tak puas hati.tak pernah cukup.kalau boleh,nak kena ikut cakap saja.bila jadi apa-apa,mula salahkan laki....ingat laki robot ke....being rasional lah sama.... ;-)


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 14-03-08 14:25


Pada 14-03-08 14:05 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

perempuan macam tu lah.tak pernah puas apa yang ada didepan mata.ada saja tak puas hati.tak pernah cukup.kalau boleh,nak kena ikut cakap saja.bila jadi apa-apa,mula salahkan laki....ingat laki robot ke....being rasional lah sama.... ;-)



waaa sungguh emosional sekali hee


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

nuhan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi

Perak  


posticon Posting pada: 14-03-08 14:26


salam...ada jugak version untuk lelaki..cuba baca artikel kat page Semua Artikel tajuk Kisah Cinta Seorang Isteri...lelaki ke, perempuan sama saja.. kesimpulannya kita ni manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhanProfil   Hantar PM kepada nuhan   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 14:32


eh..bukan emosional lah.ni nak kasitau saja pun..heheheheh...dah dah..jangan dok sensitif pula..memasing pakat saling menegur untuk kebaikan.itu yang sepatutnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-03-08 14:34


Pada 14-03-08 14:05 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

perempuan macam tu lah.tak pernah puas apa yang ada didepan mata.ada saja tak puas hati.tak pernah cukup.kalau boleh,nak kena ikut cakap saja.bila jadi apa-apa,mula salahkan laki....ingat laki robot ke....being rasional lah sama.... ;-)



Emosi betul saudara kita..ehehe..kadang-kadang pihak suami pun ada yang tak bersyukur dengan apa yang ada..it happen anywhere..tak kira pihak suami atau isteri..kadang-kadang kedua-duanya pun tak bersyukur..tapi relevennya cerita ini ialah bila perselisihan faham tercetus pihak yang satu lagi akan cuba menjernihkan keadaan,dan satu pihak lagi haruslah memaafkan..kerana kedua2 pihak tidak sempurna baik suami mahupn isteri tu..barulah aman damai bahagia hidup berumahtangga.. :-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

wedelia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18715
Posting: 84

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 15:54


terharu baca cerita ni..hargailah apa yang kita miliki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wedeliaProfil   Hantar PM kepada wedelia   Quote dan BalasQuote

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 21:32


good response from u all...
jangan sampai tak puas hati pula...he..he..
nobody is perfect, :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 14-03-08 21:37


Bismillahhirrahmanirraim..

erm,hargailah dan belailah serta bajailah cinta itu setiap saat agar wujudnya suami atau isteri itu bukan sekadar di mata..tapi bersemadi jauh di dasar hati,insyaAllah........

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-08 21:48


Start your day with something sweet and end it with something sweeter.. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 09:08


lepas itu kena diabetes... adess.. adess...

p/s: jangan marah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 09:15


orang2 semut biasalah suka benda-benda sweet2 ni...

p/s: ada ke semut dapat diabetes? ahaks..

jangan marah jugak... ketawa jeq boleh..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 09:33


OOHH.. Topic ini dibuka oleh Miss nurulain, Menyertai: 05.05.2004,
Dari: New South Wales... ?? HHMM... Saya melihat bendera saudari adalah
Malaysia. And Im guessing, adakah saudari sedang belajar di University of New
South Wales?? Yang terkenal dengan Faculty of Arts and Social Sciences,
Faculty of Commerce and Economics, Faculty of Engineering dan Faculty of
Medicine bukann? Yaa.. Ada juga rakan-rakan my schoolmate yang belajar
di sana..
Baiklah, saudari post something that you are forwarding from your mail..
OOHH.. Syahdunya.. OOHH.. Indahnya cinta ikhlas.. WWAAHH... Sayangnya
lakiku and some kind sort of those stuff laaahh... Adakah saudari bertujuan
untuk menjelaskan kepada kami bagaimana perhubungan suami isteri,
atau bagaimana untuk menghargai tolerans dalam perhubungan, or you
mean, how to deliver the love and implement it??? However, I really
appreciate that, sesuatu yang besssssss dibaca di pagi Sabtu ini... Post
lah any forwarded mail lagi.. Post lagi...


p/s: Saya jangka topic ni hott dan ramai pembaca, lot of replies.. Then
lebih baik saya tumpang jugaakk tanya... Ada tak sesiapa di sini pernah
guna Java Servlets, yang boleh diguna sebagai controller tu...
I mean, the one that has "public class extends HttpServlet", then..
HttpServletRequest and HttpServletResponse... I need the source code
please...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 09:54


Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwahfillah...

Untuk pengetahuan wanite2 semua, Lelaki tak suka pamir kasih sayang depan wanite...
lelebih lagi lelaki yang namanya Jurutera...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 09:59


AAIIKK?? Daeng_Jati, mike tengah kaatt office ke? Dahh,
gii balik umaahh.. HHIIEEHHIIEE...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 10:06


teman kat opis...
dah lama teman tak masuk ukhwah.... majukk :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 10:17


!!! QUOTE !!!

teman kat opis...
dah lama teman tak masuk ukhwah.... majukk :(

Ada sapa-sapa tau mengapakah abangku yang disayangi ini merajuk?
HHMM.. Mungkin Mr sayatetapsaya tauu.. Tapi Mr sayatetap saya
pun tengah katt office hari Sabtu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 10:24


Pada 15-03-08 09:54 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwahfillah...

Untuk pengetahuan wanite2 semua, Lelaki tak suka pamir kasih sayang depan wanite...
lelebih lagi lelaki yang namanya Jurutera...


tak apa.. pameran para jurutera seperti Daeng ada caranya yang tersendiri.. hoho

p/s:

saya pun sama tengah ada kat office... dah lama tak layan ukhwah...

sesekali kena layan juga untuk hilangkan bosan ngadap komputer... huhu


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 10:51


haahhaa.. Pantang ada Daeng_Jati, mesti saya nyampuk, owl masuk,
then Miss Syahidatul tolong sambungkan.. HEHEHHEE.. Marah dorangg ni
karang.. ADDOOII... Tringle, Tripple, Trides.. Masuk Mr sayatetapsaya
jadi quotran, quorter, quatress.... Jemput.. jemput... Kepada yang tension-tension
di office.. MEEHH aarr...

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 10:55


http://www.ukhwah.com/myegallery.php?&do=showpic&pid=595

-Saya tengok site niee.. Cantiknya bangunan tuu... EERRMM.. Teringin juga
nak berkenalan dengan beliau... Ada sesapaa yang mengenali beliau?-

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

sofea_hanzalah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32302
Posting: 27
Dari: penang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 15:30


oh,TUHANku!

i'm crying...
rosak bedakku...huhu...
i'm crying...
touching..
very touching...
especially penutup...
kerana penutup itu sesuai ditujukan untuk saya walaupun saya dan si dia masih belum berkahwin..
tapi,saya selalu minta putus dan ingin cari lain hanya kerana dia tidak memenuhi apa-apa yang saya mahukan dalam hati saya dari dia...
walhal dia adalah dia...
dia mencintaiku adalah satu anugerah sebenarnya...
mak oii... jiwang lah pula...
hehe...
apa-apa pun it's a very good story dan ada nilai yang baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sofea_hanzalahProfil   Hantar PM kepada sofea_hanzalah   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 19:01


Kenapa saya post kena kunci, tapi miss nurulain post tak kena?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 21:31


Assalamualaikum
Tersentuh membaca topik ni.... Ya...itulah naluri seorang wanita. Tapi...ingin dimanjai... sebenarnya kita kena saling memahami....itu lah yang terbaik..dalam perkahwinan ana give and take... bila tersalah..tegur lah secara berhemah.....

sedih pula bila baca ni...


--> 1st perenggan tu...bila ana baca...teringat seseorang yang menghabiskan kebanyakkkan masanya depan pc....


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 21:37


!!! QUOTE !!!

"Siti suka jalan-jalan di Shopping
Kompleks tetapi selalu tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat
baru yang Siti kunjungi,Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke
satu lot kedai yang lain mencarimu
dan membawa Siti pulang ke rumah."


hehhehehe.. :-D

hmm.

Kisah ni ilham penulis ke or true story penulis?


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 22:09


Pada 15-03-08 19:01 , wahidatulfarahah posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa saya post kena kunci, tapi miss nurulain post tak kena?...


kalau topik tu dah pernah ada, apatah lagi kalau artikel yang dicopy paste tu dah pernah ada, topik tu akan dikunci...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia

morocco   avatar


posticon Posting pada: 16-03-08 10:20


Pada 15-03-08 22:09 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-03-08 19:01 , wahidatulfarahah posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa saya post kena kunci, tapi miss nurulain post tak kena?...


kalau topik tu dah pernah ada, apatah lagi kalau artikel yang dicopy paste tu dah pernah ada, topik tu akan dikunci...



aduss..saya post benda yang sama.sbijik..huhu cuma tajuk topik saja lain.cuba admin cek... pelik juga ni.


-----------------
~GELITA KERANA CINTA, BERDERANG KERANA KASIH~


Bookmark and Share

    


  Member Information For wahidatulfarahahProfil   Hantar PM kepada wahidatulfarahah   Quote dan BalasQuote

nurulain
WARGA SETIA
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 11:56


owl_UM
yes i am


Muddathsir787
cerita ini adalah forwaded from my email
tiada kaitan dengan my real life,


-----------------
Nurul AH


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulainProfil   Hantar PM kepada nurulain   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 14:02


macam pernah baca saja... :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

naini
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.02.2004
Ahli No: 7235
Posting: 74
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 14:15


sedih dan very touching....apa-apa pun kena saling memahami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nainiProfil   Hantar PM kepada naini   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-04-08 14:48


wanita ni suka dimanjai,dibelai dan dujaga..hati mereka juga mudah tersentuh..daripada email tu,suaminye seorang jurutera..org kata jurutera ni banyak hbskn waktu dengan kerja saja,mungkin sb tu isteri rasa suaminye tak sayang dia lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

cahayaairmataku
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9724
Posting: 24
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-04-08 14:55


saya suka kisah ini......bertuah badan andai dapat suami seperti siti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayaairmatakuProfil   Hantar PM kepada cahayaairmataku   Pergi ke cahayaairmataku's Website   Quote dan BalasQuote

akmalnajwa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2008
Ahli No: 32188
Posting: 99

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-04-08 19:55


Assalamualaikum

Moral of story...perempuan-perempuan yang berjiwa sentimental dan sensitip - jangan kawin dengan jurutera, hihi :-P


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For akmalnajwaProfil   Hantar PM kepada akmalnajwa   Pergi ke akmalnajwa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.190297 saat. Lajunya....