Oleh |
kerak untuk mak |
AkaliliAiman_88
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.02.2008 Ahli No: 32645
Posting: 31
|
Posting pada: 11-03-08 13:24
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti saja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .. Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan.." YA RABB Engkau peliharalah Ibu kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga " . AMINN
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 11-03-08 13:43
Bismillahhirrahmanirrahim seorang emak mampu menjaga dan membesarkan 10 anak..tapi belum tentu anak yang 10 itu mampu malah sanggup menjaga ibu seorang.........................
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 02-04-08 02:46
Mmm..setiap ibu bapa di dunia ini pasti mahu melihat kebahagiaan anak-anaknya walau diri mereka serba kekurangan...namun...jagalah hati ibu dan ayah kita....hati orang tua ni sensitif sikit...mungkin kita nampak macam tak ada apa-apa yang berlaku...namun jauh di sudut hati mereka.... Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu dan bapa kita..... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 02-04-08 06:59
sayu saja baca ceritanya.. begitulah seorang ibu, mengutamakan anak2 dulu dari dirinya.. p/s: mak saya yang bagi kerak nasi kat saya.. suka sangat makan kerak nasi yang masih panas
|
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 02-04-08 08:24
hati seorang ibu..biarpun dia lapar,tapi anak2 di dahulukan..biarpun dia terluka,tak apa asalkn anak2 bahagia..sebolehnye dia cuba jaga hati anaknye supaya tak terasa dengan katanye..tapi kita sebagai anak,tak pernah pun terpikir untuk menjaga hati ibu ketika kita melontarkn kata-kata kepada ibu..kita tak fikir pun adakah kata-kata kita itu betul..sedarlah dan hargailah ibubapa kita..
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 02-04-08 08:37
Sedihnya..... semoga jadi pengajaran untuk kita semua.. hati seorang ibu, anak adalah yang penting sekali... tapi lagi sedih kalau dapat anak yang tak menghargai ibu..
|
carrotsusu
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2008 Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...
|
Posting pada: 02-04-08 08:44
ya Allah...murninya hati seorang ibu.... ya Rabbi,rahmatilah ibuku dan semua wanita yang bergelar ibu... ----------------- Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .
|
are_T
Warga Rasmi Menyertai: 07.04.2008 Ahli No: 33130
Posting: 3
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 08-04-08 09:53
kasih ibu pada anaknya tiada tandingan.teringat waktu keluarga sesak dulu.mak masih tetap dahulukan anak2nya.
|
are_T
Warga Rasmi Menyertai: 07.04.2008 Ahli No: 33130
Posting: 3
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 08-04-08 09:55
kasih ibu pada anaknya tiada tandingan.teringat waktu keluarga sesak dulu.mak masih tetap dahulukan anak2nya.
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 08-04-08 11:34
sebaiknya kalau nak makan dahulukan ibu bapa, kalau ibu bapa menolak pun, simpan dulu bahagian ibu bapa sebelum kita makan, itu adalah ajaran ibu bapa saya yang memang saya xakan lupa...
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 08-04-08 11:50
Sayu bila membaca cerita ini ye..tapi inilah hakikat realiti seorang ibu yang tak pernah putus mengingati dan menyayangi anak2 hingga ke akhir usia..sama juga seperti mak saya yang bersusah payah bertungkus lumus nak menyediakan juadah kesukaan anak2.. kadang-kadang dalam pada saya menolong ibu didapur tu time hari raya(sebab saya saja yang masih single..hehe.jadi saya lah yang pulang awal),saya kata mak tak payah lah kita buat banyak-banyak jenis sangat untuk org yang nak datang makan saja,tapi tolong tak mahu..(kadang-kadang geram dengan 'tuuut' yang muncul cuma pada mlm raya,balik rumah mak mertua,kemudian esok datang makan saja...ataupn balik hujung minggu setakat datang nak makan,kemudian balik ke rumah lain).. saya kata kuih2 yang ada dan juadah yang dah tersedia dah cukup..tapi maka kata "itu untuk tetamu,untuk keluarga lain" atau mak kata "cucu2 mak tak boleh makan ini,itu" tapi betapa kasihnya seorang bonda..tak kisahla muncul pada raya keberapa...tetap dapat makan yang sedap2..siap dapat bekal lagi....kenangla jasa ibu bapa kita dan balas lah dengan perhatian dan kasih sayang..kerana itu sajalah ibu bapa kita,tak mungkin dapat digantikan dengan yang lain... Semoga Allah merahmati ibu2 sekalian... ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
tulips_ilah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25834
Posting: 77
Dari: green_world
|
Posting pada: 08-04-08 12:05
Pada 08-04-08 11:34 , rose_itam posting:!!! QUOTE !!! sebaiknya kalau nak makan dahulukan ibu bapa, kalau ibu bapa menolak pun, simpan dulu bahagian ibu bapa sebelum kita makan, itu adalah ajaran ibu bapa saya yang memang saya xakan lupa...
setuju sangat-sangat.... kalau boleh jangan makan sebelum mak dan ayah makan.... ana pun selelu pesan pada adik2.
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 08-04-08 14:27
pagi tadi baru kol kampung,cakap dengan mak dengan bapa..sedih sangat jauh dr mereka.namun kugagahi diri untuk meneruskan perjuangan ini...Ya Allah selamatkan mak dan bapaku dr segala kejahatan.Ampunkan dosa2 mereka...amin..
|
ilahnurani
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.12.2005 Ahli No: 21425
Posting: 164
Dari: Kuantan,Pahang Darul Makmur
|
Posting pada: 08-04-08 16:12
Ibuku.. Betapa ikhlas kau menyayangiku Jiwamu tulus memeliharaku Tiada mengharap mengharap balasanku Ya allah tuhanku.. Bukakanlah pintu ampunan-Mu Curahilah dia dengan rahmad-Mu Dia menjagaku sejak kecilku Oh ibu.. kini air mataku berderai Rindu belai kasih sayangmu Dengan ketulusan hati yang dalam Maafkanlah anakmu ini.....
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 08-04-08 21:34
sedihnya.....betapa besarnya pengorbanan seorang ibu....hargailah ibu jk ia masih ada.....
|