Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 189
Ahli: 0
Jumlah: 189




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 38 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Cara pembersihan telinga dengan betul


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Cara pembersihan telinga dengan betul

Please Mendaftar To Post


Oleh Cara pembersihan telinga dengan betul

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 07:37


DOKTOR,
SAYA pernah terbaca dalam artikel kenyataan sebelum ini yang menyatakan ‘Penggunaan putik kapas untuk mengorek telinga harus dielakkan kerana tahi telinga di bahagian luar saluran telinga boleh ditolak masuk ke bahagian dalam dan boleh mengurangkan tahap pendengaran.’

Adakah ini bermakna tahi telinga (wax) boleh dibiarkan sahaja dan tidak dicuci? Sejauh mana pula tindakan ini akan memberi kesan kepada pendengaran?

Bahan apa pula yang sesuai digunakan untuk mencuci telinga? Adakah alat khas untuk mengorek telinga atau larutan khas untuk mencuci wax seperti yang biasa digunakan untuk mencuci telinga haiwan peliharaan?

– Hani

Jawapan,

Penghasilan tahi telinga adalah berlainan pada individu yang berlainan. Sebagai contoh, individu A mungkin mengeluarkan lebih banyak tahi telinga daripada individu B.

Malah, seseorang juga berkemungkinan mengeluarkan lebih banyak tahi telinga pada sebelah telinga sahaja.

Ini ialah kerana tahap fungsi kelenjar “cerumen” yang terletak di bahagian luaran lubang telinga yang berbeza.

Tahi telinga yang lembut dan berwarna keemasan mempunyai kelebihan dari segi membenarkan gelombang bunyi merentasinya.

Ia juga dapat mengelakkan serangga daripada memasuki bahagian dalam telinga, terutamanya ke bahagian gegendang telinga.

Tahi telinga lembut ini selalunya dapat keluar sedikit demi sedikit dengan sendirinya dan selalunya dapat diperhatikan semasa mengesat di bahagian luar lubang telinga selepas mandi.

Jika seseorang itu menggunakan putik kapas dengan kerap, kebanyakan tahi telinga ini akan dialihkan (ditolak ke dalam) berdekatan gegendang, menyebabkan ia terkumpul dan menjadi kering.

Tahi telinga yang keras, kering dan semakin banyak ini akan mendatangkan kesakitan dan menghalang gelombang bunyi daripada merentasinya. Justeru, pendengaran individu berkenaan akan menjadi semakin berkurangan.

Cara yang baik untuk menjaga telinga ialah dengan hanya membersih bahagian luar lubang telinga menggunakan tuala bersih setiap kali mandi dan bukan menggunakan putik kapas.

Terdapat ubat-ubat tertentu yang boleh mencairkan tahi telinga, tetapi hanya patut digunakan jika disyorkan oleh doktor.

Kadangkala, tahi telinga akan mengembang selepas ubat-ubat ini digunakan dan memerlukan doktor pakar menyedutnya keluar mengunakan mikroskop tanpa mencederakan gegendang telinga.

:roll:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 08:03


nampaknya lepas ni saya dah tak perlu beli putik kapas... :sopan:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 14:06


bagi saya gunakan putik kapas lebih mudah, biasa lepas mandi tahi telinga akan mencair dan mudah untuk dikorek.

Jika dibiarkan lama2 tahi telinga akan mengeras

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 15:25


tapi cik misi, ismi ada soalan...

yang dinyatakan, hanya untuk luar telinga (cuping dan persekitaran lubang telinga)..
kalau yang bahagian dalam telinga..?
adakah nak kena tunggu kering dan jumpa dokte kemudian..??

lagi satu, adakah penggunaan sepit rambut untuk mengorek telinga macam org dedolu boleh digunapakai..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

greeny_muslimah91
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.12.2007
Ahli No: 31950
Posting: 25
Dari: malaysia

pakistan  


posticon Posting pada: 02-03-08 18:07


assalamualaikum......
hmm...
dulu pernah kena cuci telinga sebab ada problem sikit...

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For greeny_muslimah91Profil   Hantar PM kepada greeny_muslimah91   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 18:11


hoho - guna sepit rambut itu kena berhati-hati silap haribulan pecah gegendang.

Jumpa doktor satu hal, duit lagi tu.. kalau orang macam den ini, hanya kerana nak bersihkan telinga kena jumpa doktor. entah berapa banyak duit pulak habis.. Sekali servis berapa puluh daa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 20:25


Pada 02-03-08 15:25 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!


yang dinyatakan, hanya untuk luar telinga (cuping dan persekitaran lubang telinga)..
kalau yang bahagian dalam telinga..?


cuba selepas mandi tu terus cik ismi kesat dengan tuala good morning ke, di outer ear site mesti kelihatan warna keemasan begitu...haa:sopan:....
sebab selepas mandi tahi telinga ini akan menjadi lembut dan keluar sedikit demi sedikit.....cuba baca balik keratan akhbar di atas... :-)

!!! QUOTE !!!


adakah nak kena tunggu kering dan jumpa dokte kemudian..??lagi satu, adakah penggunaan sepit rambut untuk mengorek telinga macam org dedolu boleh digunapakai..??

kena lah, elakkan guna putik kapas apatah lagi sepit-sepit rambut dan sewaktu dengannya sebab ia akan menyebabkan wax tadi tertolak ke dalam dan menjadi keras.......dah tu tak ada cara lain dah melainkan pergi klinik saja...:berfikir:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 20:27


Dedulu masa kecik pernah lah pergi jumpa doktor, sekali dua, lah ni alhamduliLlah telinga dalam keadaan baik. Masih menggunakan putik kapas. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 21:17


terima kasih cik misi...
tapi ismi idahla mengalami masalah seperti itu lagi..
walaupun guna juga putik kapas...
yang lepas bersiram, memanglah kena lap telinga tu kan...
hmmm... terima kasih pada pemberi info, cik misi dan anak_pejuang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-06-08 01:56


Pada 02-03-08 21:17 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

terima kasih cik misi...
tapi ismi idahla mengalami masalah seperti itu lagi..
walaupun guna juga putik kapas...
yang lepas bersiram, memanglah kena lap telinga tu kan...
hmmm... terima kasih pada pemberi info, cik misi dan anak_pejuang...


afwancik ismi.... :-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 20-06-08 15:32


kadang-kadang telinge rasa bengap saja..maksudnya lepas mandi macam air bertakung saja..entah bagaimana boleh masuk konfuz juga..tapi lepas jolok rlinge dengan putik kapas baru lah benganpnye hilang..tapi kan..hari2 cuci yang dalam masih ada juga warna emas kat towel..yang luar smalam cuci esok bersih lagi...hmmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108582 saat. Lajunya....