Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 293
Ahli: 0
Jumlah: 293




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Kenapa Imam Syafei tak sebut warahmatullah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Kenapa Imam Syafei tak sebut warahmatullah

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa Imam Syafei tak sebut warahmatullah

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 20:03


Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan.
Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah
SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki
beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap
Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan
tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab
baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau
mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan
oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata
dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata
“Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak
dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu
hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca
surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang
beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang
soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan
mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah
menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa,
dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama
yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia
benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah
mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”
Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie
berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya,
kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah,
jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi
aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda
Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau
menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk
menolak tuduhan atas dirimu.”
“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan
baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu
ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan
sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal
untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie
itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan
tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan
baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah
dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai
kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya
saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang
berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah
putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita
sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau
saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada
Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah
umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah
Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta
kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam
Syafie.
Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya
kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari
ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan
antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara
dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama
besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta
seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat
kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan
keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi
setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT
yang harus kita hadapi.

http://www.geocitie s.com/Athens/ Acropolis/ 9672/imsyafie. htm


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 20:05


terima kasih atas artikel ini ummimq :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 19:16


terima kasih.. terima kasih...
baru tahu.... :cry: ceteknya ilmu...:cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083705 saat. Lajunya....