Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 158
Ahli: 0
Jumlah: 158




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Masjid Kristal tersergam, tetapi tiada solat Jumaat


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Masjid Kristal tersergam, tetapi tiada solat Jumaat

Please Mendaftar To Post


Oleh Masjid Kristal tersergam, tetapi tiada solat Jumaat

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 12:04


Masjid Kristal tersergam, tetapi tiada solat Jumaat


Semua pihak menyedari bahawa pembinaan
Masjid Kristal, Terengganu, bukanlah
bertujuan dijadikan tempat ibadat
secara bersungguh-sungguh, kerana
difahamkan bahawa tidak ada
pelaksanaan solat Jumaat di situ
walaupun kos pembinaan antara RM250–
M500 juta, berbanding dengan masjid di
sesebuah daerah bernilai kurang RM5.
Pihak berkuasa Terengganu pimpinan
Dato' Seri Idris Jusoh begitu angkuh
membelanjakan sejumlah besar wang
rakyat untuk tujuan itu, tidak
termasuk belanja untuk majlis
pelancaran yang bernilai RM15 juta
baru-baru ini.

Apa faedah sebenar yang boleh
diperolehi oleh rakyat dengan
pembinaan masjid berkenaan jika solat
Jumaat pun tidak dibenarkan,
sepertimana rakyat tidak mendapat
faedah daripada kewujudan Monsoon Cup,
kekayaan hanya berkisar di kalangan
mereka yang rakus, malahan pembinaan
yang berlaku itu menguntungkan poket
pihak tertentu dengan projek mega.

Tidakkah penganjuran majlis Masjid
Kristal boleh dianggap amalan bidaah
dengan adanya konsert lagu Bollywood
berhampiran bangunan masjid berkenaan,
tidakkah itu satu persendaan terhadap
ajaran Nabi Muhammad s.a.w.?

Apa yang penting, kita perlu merujuk
kepada satu hadis Nabi s.a.w. yang
bermaksud: "Sudah hampir sampai suatu
masa, di mana tidak tinggal lagi
daripada Islam itu melainkan hanya
namanya, dan tidak tinggal daripada al-
Quran itu melainkan hanya tulisannya
sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam
indah, tetapi kosong daripada hidayah
Allah. Ulama mereka adalah sejahat-
jahat makhluk yang berada di bawah
naungan langit. Dari mereka berpunca
fitnah dan kepada mereka fitnah itu
akan kembali." - Hadis riwayat al-
Baihaqi daripada Sayidina Ali bin Abi
Talib.

Dalam satu hadis lain, riwayat Imam
Abu Daud daripada Anas Bin Malik,
baginda Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya: Tidak berlaku hari Qiamat
sehingga umatku bermegah-megah (dengan
binaan) masjid.

Sekarang, bagaimana kita hendak
meletakkan kedudukan Masjid Kristal
dengan hadis di atas, tidakkah ia
tersergam indah dengan kosong
pengisian dalamannya.

Pengajiannya dinafikan kerana para
penceramah Umno tidak dan mungkin
kurang bersedia untuk mengajar, sebab
mereka pun tahu apa yang akan
dicakapkan itu salah menurut hukum
Syara', daripada diserahkan kepada
penceramah PAS, lagi baik masjid
kosong tanpa pengajian, kerana bagi
tanggapan Umno, PAS akan berpolitik
dalam masjid.

Sepatutnya, dalam keadaan akidah umat
Islam hari ini semakin parah,
penganjuran kelas-kelas agama perlu
dipertingkatkan, pemimpin Umno perlu
minta bantuan para penceramah PAS bagi
membendung keadaan yang semakin
mejurus kepada penentangan terhadap
Allah secara terbuka.

Apa yang perlu kita lakukan hari ini,
adalah mengembalikan kegemilangan
sejarah masjid-masjid dalam Islam yang
mampu memproduk generasi al-Quran yang
disifatkan Allah dalam al-Quran
sebagai sebaik-baik umat yang berjaya
meraih tempat di sisi baginda
Rasulullah s.a.w. -
:-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 12:14


emm macam tak sesuai pula bangunan tu nama masjid.. kalau ditukar ke muzium monumen islam ke...berfikir

sementelah, tak boleh sembahyang kat situ.. :berfikir: ::



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

apis_udm
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.08.2007
Ahli No: 30795
Posting: 64
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 24-02-08 13:07


apa pendapat antum jika saya katakan masjid kristal 2 sebagai masjid dirar'?

Bookmark and Share

    


  Member Information For apis_udmProfil   Hantar PM kepada apis_udm   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 13:15


Pada 24-02-08 13:07 , apis_udm posting:

!!! QUOTE !!!

apa pendapat antum jika saya katakan masjid kristal 2 sebagai masjid dirar'?




saya setuju dengan pendapat anda tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-02-08 13:50


ana selaku rakyat terngganu pun tak bangga lah dengan masjid kristal pertama di dunia itu.betul-betul membazir.bayangkan kat kawasan losong itu saja dah dekat 5-6 buah masjid dah ada.masjid yang dibina semata-mata kerana mahu kan kemashuran dan kebanggaan.rakyat terengganu sendiri rata-rata tak rasa bangga pun dengan masjid itu.masjid yang tiada roh

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 14:45


inilah tanda umat akhir zaman. masjid tersergam indah, tapi kosong pengisiannya. mari ramai-rami rakyat terengganu turun mengundi 8 MAC ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 15:00


erm itulah jadinya...
masjid dibina atas dasar taqwa..bukannya untuk nunjuk2..
emmm tengok sekarang apa dah jadi...

masjid tu hanya akan ada org jika ada org datang melawat...
kalau tak sunyila jawabya....

setuju dengan pendapat ukhti anis_zulaikha..
patut tukar jadi muzium monemen islam... :sopan: :sopan: :welcome: :welcome:


-----------------
ISLAM is my life, my life is for ISLAM.... takbir!!! ALLAHUAKBAR


Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-02-08 15:14


yup... untuk mengelakkan daripada ramai lagi yang mengutuk masjid kristal tu, lebih baik tukar kepada muzium monumen islam... kan senang... tak ada lah MB terganu kena kutuk spnjg masa... betul tak... setuju juga apabila dipanggil masjid dhirar...
hmmmmmmmm............ entah lah... dunia semakin tua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-02-08 16:09


tak pun panggil surau kristal saja....taman monumen islam dengan surau kristal...mungkin ok sikit agaknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 17:00


try buka link ni,pasal masjid kristal dan pembazirannya,dah dibincangkan disini

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=36133&forum=34&#f517261

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 17:32


Assalamualaikum..
Ni lah salah satu tanda kiamat da dekat..
'masjid' besar-besar, tapi tak ada org imarahkan..


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 17:58


Pada 24-02-08 13:50 , pejuang_terakhir posting:

!!! QUOTE !!!

ana selaku rakyat terngganu pun tak bangga lah dengan masjid kristal pertama di dunia itu.betul-betul membazir.bayangkan kat kawasan losong itu saja dah dekat 5-6 buah masjid dah ada.masjid yang dibina semata-mata kerana mahu kan kemashuran dan kebanggaan.rakyat terengganu sendiri rata-rata tak rasa bangga pun dengan masjid itu.masjid yang tiada roh



dunia.....dunia


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.264418 saat. Lajunya....