Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 255
Ahli: 0
Jumlah: 255




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Wanita!!! Larangan poligami kerana tamak


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Wanita!!! Larangan poligami kerana tamak

Please Mendaftar To Post


Oleh Wanita!!! Larangan poligami kerana tamak

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 08:28


MINGGU ini saya paparkan e-mel dari Farra Emelia yang cukup menarik untuk kita sama-sama bincangkan, iaitu isu poligami yang menurutnya sangat sensitif kepada kaum wanita khususnya isteri pertama yang merasakan suami adalah hak mutlak mereka seorang, iaitu seorang suami hanya milik seorang isteri.

‘‘Saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan memberikan pendapat berdasarkan kisah benar yang pernah dilalui oleh beberapa orang sahabat, dengan tujuan menyedarkan kaum wanita supaya kembali mengetahui keadaan sebenar, jangan terlalu tamak hanya memikirkan diri sendiri.

‘‘Saya cuba ketengahkan isu ini untuk dibincangkan bersama dengan semangat terbuka dan tidak emosional. Kerana kita sedia maklum tidak ada wanita yang sedia berkongsi suami. Tetapi kalau kita kembali kepada ajaran agama kita tidak akan berasa rugi, malah kita mengetahui mengapa Allah izinkan semua ini terjadi.

‘‘Mula-mula mari kita lihat sekeliling, apabila seorang suami mula menunjukkan minat terhadap wanita lain, maka dengan mudah suami ini akan dilabelkan sebagai lelaki miang, gatal, dan tidak sedar diri, sambil melabelkan wanita atau gadis lain yang ingin dinikahi oleh si suami tadi sebagai perosak rumah tangga orang.

‘‘Sebenarnya wanita lupa akan hak-hak yang telah nyata disebut di dalam al-Quran. Mereka juga lupa bahawa Allah telah menjanjikan ujian demi ujian terhadap hamba-hamba-Nya, lelaki atau perempuan untuk menguji darjah keimanan mereka.

‘‘Tetapi paling menghairankan, ketika kita mengajak kaum wanita dan lelaki memahami manisnya berpoligami atau berkahwin lebih dari satu maka keluarlah isu tentang hak-hak wanita diperjuangkan dan dilaungkan dengan bangga dan kuat sekali oleh kaum wanita lain menentang apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

‘‘Dengan mudah juga mereka akan melabelkan mana-mana suami yang ingin kahwin lagi sebagai mementingkan hawa nafsu dan diri sendiri sahaja dan tidak pernah menilai pengorbanan yang mereka lakukan seperti melahirkan zuriat, menjaga rumahtangga, membantu suami menambah ekonomi keluarga dan banyak lagi yang merupakan suatu kewajipan isteri.

‘‘Saya ingin bertanya, jika selama ini kaum wanita melakukan semua tugas itu yang merupakan kewajipan mereka dengan ikhlas ‘lillah hi taala’ adakah mereka mesti dibayar semula dengan satu kemestian atau jaminan bahawa suami mereka tidak boleh berpoligami?

‘‘Jika larangan berpoligami menjadi pegangan hidup golongan isteri pertama, maka mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang mementingkan diri sendiri, apatah lagi jika mereka sering meminta diceraikan apabila suami ingin berpoligami.

‘‘Apakah wanita sudah lupa dengan hukum Allah yang melarang sama sekali isteri meminta cerai daripada suami kecuali dengan syarat-syarat yang dibolehkan seperti dianiayai atau sebagainya lagi? Dan adakah dengan bercerai anda boleh menjamin ketenangan hati dan kebahagiaan hidup? Kenapa harus bercerai sedangkan anda boleh mengutip banyak saham akhirat melalui perkahwinan?

‘‘Sekiranya isteri pertama tidak dapat menerima hakikat berpoligami maka ia adalah sama dengan menidakkan satu bahagian dalam agama Islam?

‘‘Seorang rakan baik saya pernah berkata... “Aku tak kisah kalau suami aku ada girlfriends keliling pinggang. Asalkan dia tetap balik kepadaku setiap malam. Bila saya tanya: “Bagaimana kalau suami awak jatuh cinta dan ingin berkahwin dengan salah seorang perempuan tersebut?†Dia menjawab: “Dia kena ceraikan aku dulu. Aku tak mahu poligami. Mudah saja.’’

‘‘Sebabnya. Aku sudah banyak berusaha dan sudah letih membesarkan anak-anak dia. Aku yang uruskan urusan rumah tangga. Aku yang pergi bayar bil sana sini. Aku yang bersusah payah jadi senang macam ini. Jadi sekarang Kenapa setelah senang dia nak kahwin lagi dengan mudah?â€

‘‘Seorang lagi kawan dengan terus terang memberitahu, dia tahu suaminya ada hubungan luar dengan wanita lain, tapi dia tetap tak izinkan suaminya bernikah lagi, katanya, ‘‘Aku tak peduli berapa banyak dan berapa lama dia nak buat hubungan lain asalkan dia tak nikah satu lagi!â€

‘‘Sementara seorang lagi kawan mempunyai prinsip yang lain. Katanya. ‘‘Suami aku boleh kahwin lagi, dengan syarat, isteri barunya mesti hormatkan aku sebagai isteri pertama. Setelah berkahwin, suamiku mesti lebih banyak duduk di rumah isteri pertama daripada isteri barunya, dan seperti yang dijanjikan isteri barunya tak boleh menentang permintaannya. Walaupun suaminya hanya dibenarkan kembali ke rumahnya dua hari dalam seminggu,’’ demikian antara kerenah dan permintaan isteri pertama ditakdirkan suaminya ingin berkahwin lagi.

‘‘Secara tidak langsung, isteri yang menentukan perjalanan kehidupan suaminya, bukan sebaliknya. Apakah ini benar dan dituntut oleh agama Islam? Bukankah suami sebagai ketua keluarga yang menentukan segala-galanya dalam hidup isteri-isteri dan anak-anaknya, bukan sebaliknya? Ini baru namanya suami sebagai ketua keluarga.

‘‘Bagaimanapun lebih pelik, kawan saya Zeky tetap tidak mengizinkan suaminya kahwin lagi, walaupun dia tahu suaminya bersekedudukan hingga melahirkan seorang anak. Katanya suaminya tidak bersalah, sebaliknya gadis tersebut yang sanggup membiarkan dirinya dinodai dan ditaburi janji kosong. Sebagai contoh suaminya tetap tidak menikahi gadis tersebut.

‘‘Akhirnya, si gadis terpaksa menyerahkan bayinya kepada orang lain, dan dia tinggalkan suami Zeky untuk membina hidup sendiri setelah lebih empat tahun bergelumang dengan dosa. Zeky bersorak gembira bila suaminya ditinggalkan kerana dia terlepas daripada dimadukan. Si gadis mengambil tindakan tersebut kerana suami Zeky tidak berani menikahinya.

‘‘Saya sering tertanya tak bolehkah semua pihak berkompromi, berbaik sangka, berterus terang dan jujur terhadap diri sendiri atau antara satu sama lain? Banyak suami apabila depan isteri pertama ‘pijak semut pun tak mati†tetapi di belakang dia menceritakan pelbagai keburukan dan kepincangan rumah tangganya kepada perempuan lain, semata-mata untuk menagih simpati sehinggakan menimbulkan rasa tidak hormat kepada isteri pertama.

‘‘Tidak sedarkah suami bahawa tindakan mereka sebenarnya menganiaya isteri pertama? Terdapat suami yang berkongsi pendapatan dengan isterinya sama ada menjalankan perniagaan atau apa saja, sanggup menyorokkan hakikat yang dia mempunyai keinginan untuk berumah tangga lagi sambil merahsiakan isteri barunya kerana takut terputus punca ekonomi.

‘‘Wahai suami tidak sedarkah anda, tindakan menyimpan wanita lain untuk dijadikan alat memuaskan nafsu adalah menganiaya wanita tambahan pula jika anda tidak berniat menjadikannya isteri semata-mata kerana takutkan isteri pertama.

‘‘Jadilah suami bertanggungjawab dan jujur dengan mengemukakan hasrat untuk beristeri lebih daripada satu kepada isteri pertama. Ceritalah dengan ikhlas. Malangnya tidak ramai suami berani bercerita dengan jujur apatah lagi apabila diugut cerai oleh isteri pertama.

‘‘Setiap pihak mempunyai sebab mereka tersendiri untuk berpoligami. Pada pandangan saya ‘talak’ itu terletak di tangan suami. Ketua keluarga adalah lelaki. Suamilah yang sepatutnya sentiasa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada ilmu agama mahupun dunia dan mempraktikkan ilmu tersebut demi mencapai keharmonian dalam rumah tangga.

‘‘Sama ada isteri pertama membenarkan suami berkahwin lebih dari satu atau tidak, hakikatnya agama membenarkan hak tersebut ke atas suami. Bagaimanapun hak tersebut datang bersama tanggungjawab yang seharusnya dipraktikkan dengan seadil mungkin kepada semua yang terlibat.

‘‘Jika suami sayangkan perkahwinan yang dibina berdekad-dekad lamanya dengan isteri pertama, Kenapa mesti melafazkan talak tersebut dengan mudah apabila diminta berkali-kali?

‘‘Kenapa dengan mudah menggunakan alasan dayus jika tidak memenuhi permintaan isteri pertama? Adakah itu semua alasan supaya senang untuk berkahwin lain? Sebelum cerai diterima sebagai suatu takdir, tidak bolehkah si suami memikirkan bahawa tindakan mereka nanti akan hanya mendatangkan suatu penganiayaan terhadap kaum wanita dan meramaikan lagi jumlah ibu tunggal?

‘‘Sebenarnya suamilah yang boleh mencorakkan kehidupan dua atau tiga rumah tangga yang dibina. Isteri-isteri yang berkongsi suami harus bersedia menerima perkongsian itu dengan berkompromi.

‘‘Pokoknya, jika semua pihak kembali kepada landasan agama dan mengambil kira aspek emosi, rohani, fizikal dan keperluan minda pasangan mereka, alangkah amannya dunia ini! Anak-anak terpelihara dan terbela. Lebih ramai wanita mendapat habuan pahala dan dimuliakan kedudukannya di akhirat.

‘‘Sebenarnya kita harus berfikir adakah dengan berumah tangga itu sudah menjamin kebahagiaan dan pasangan kita tidak akan bercinta lagi? Adakah kita sedar bahawa fitrah alam semula jadi melakukan satu evolusi dalam kehidupan? Adakah kita peka terhadap perubahan emosi, fizikal, rohani dan minda pasangan kita?

‘‘Adakah kita kira dengan mempunyai anak tidak perlu lagi mempertingkatkan ilmu tentang kefahaman diri manusia, ilmu berkaitan rumah tangga dan perkara yang membahagiakan pasangan masing-masing terutamanya berkaitan hubungan seksual yang merupakan perkara penting buat lelaki dan wanita?

‘‘Saya amat sedih apabila membaca tajuk yang mengutuk kaum wanita dan salahkan lelaki yang membabitkan isu perceraian. Terutama wanita dituduh serta dilabelkan sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain. Bukan semua isteri kedua atau ketiga perosak rumah tangga, pisau cukur, perampas dan tidak baik. Bukan semua juga suami tak jujur. Dan bukan semua isteri pertama tamakkan suami.

‘‘Tetapi persoalannya berapa ramai isteri yang jujur, kasih dan sayang terhadap suaminya hingga sanggup mengetepikan rasa negatif tentang poligami dan bersedia berkongsi kasih.

‘‘Untuk menjawab soalan itu, wahai kaum wanita sekalian cuba tanya diri kita sendiri di manakah iman dan keikhlasan hingga menjadi sesuatu yang mustahil untuk mencapai keharmoniaan dalam berpoligami,’’ demikian rangkuman pandangan Farra Emelia dan teman-temannya tentang poligami dan hasratnya ingin berkahwin dengan suami orang tidak terlaksana kerana pendapat, pandangan dan kefahaman yang berbeza dari kebanyakan kaum wanita dan masyarakat amnya.

Lebih menyedihkan sikap kaum lelaki iaitu para suami sendiri yang penakut dan tidak berani berterus terang kepada isteri masing-masing untuk berkahwin lagi. Terutama kepada yang berumur lebih 40 tahun yang bimbang dengan keadaan rumah tangga baru yang akan dibinanya. Mereka bimbang hidupnya akan jadi seperti perumpamaan Melayu ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong jatuh berciciran’.

Sebenarnya banyak sebab Kenapa ramai suami takut berterus terang. Salah satu mungkin kerana kelemahan sendiri dari segi kedudukan kewangan yang tidak kukuh, seorang yang lemah, penakut tidak ada keyakinan diri dan lebih penting takut kepada isteri kerana kesalahan masa lampau.

- MAINUMAH

www.dcckmona.com

[email protected]
P/S: Diambil dari Utusan Malaysia

:berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 10:22


saya masih teringat kata-kata pensyarah saya suatu ketika dahulu.

"saya beritahu isteri saya
jika saya mati, saya TAKKAN benarkan isteri saya bernikah baru kerana saya TAK MAHU anak2 saya di bela oleh LELAKI LAIN

TAPI
jika isteri saya yang mati dahulu, saya AKAN menikah lain sebab SAYA perlu di jaga dan anak2 saya perlu IBU baru untuk menjaga dan mendidik mereka"

jadi tiada istilah isteri tamak jika suami juga tamak dalam mengeluarkan tanggungjawab mereka

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nurulislamiafiqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2005
Ahli No: 14540
Posting: 178
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 10:35


Pada 24-02-08 10:22 , nurkamar posting:

!!! QUOTE !!!

saya masih teringat kata-kata pensyarah saya suatu ketika dahulu.

"saya beritahu isteri saya
jika saya mati, saya TAKKAN benarkan isteri saya bernikah baru kerana saya TAK MAHU anak2 saya di bela oleh LELAKI LAIN

TAPI
jika isteri saya yang mati dahulu, saya AKAN menikah lain sebab SAYA perlu di jaga dan anak2 saya perlu IBU baru untuk menjaga dan mendidik mereka"

jadi tiada istilah isteri tamak jika suami juga tamak dalam mengeluarkan tanggungjawab mereka

jawapan yang tepat, inila jawapan yang aku tunggu2 :welcome:
aku dah xsanggup nak tengok org yang dipoligamikan ni.
Sakitnya walaupun aku tak kena tapi aku dapat rasa betapa peritnya bila suami asyik lbhkan isteri muda. Suka banding2kan isteri tua & isteri muda, sedangkn si suami tak sedar ke? yang mula-mula meredah onak duri dengan dia sebelum dia jumpa org lain adalah isteri tua?
tak payahlah cakap pasal hukum hakam dalam al-Quran jika diri tak mampu untuk menjadi seperti Nabi Ibrahim, tak mampu menjadi semulia Rasulullah yang sentiasa memuliakan wanita.
Terus terang. Aku memang anti poligami. Ckup2la apa yang aku nampak kat depan mata aku dr kcil hingga sekarang ni.
Kesakitan lebih banyak daripada kemanisan. Kalau tak percaya, kau org yang suka bk topik2 macam ni, cubalah bayangkan kalau mak kau org dipoligamikan, tak pun adik beradik kau org ke...
nak poligami, boleh... tapi dengan syarat mesti diri anda tu sudah sebaik Rasulullah & Nabi Ibrahim....Jika tidak, jangan sesekali berangan untuk menduakan, mentiga @ mengempatkan isteri :jangan:


-----------------
Live in the present, learn from the pasti!


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulislamiafiqahProfil   Hantar PM kepada nurulislamiafiqah   Pergi ke nurulislamiafiqah's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 17:38


Pada 24-02-08 10:35 , nurulislamiafiqah posting:

!!! QUOTE !!!

Aku memang anti poligami.


Jangan salahkan poligami...Salahkan orang yang berpoligami...Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 17:54


Pada 24-02-08 10:35 , nurulislamiafiqah posting:

!!! QUOTE !!!


nak poligami, boleh... tapi dengan syarat mesti diri anda tu sudah sebaik Rasulullah & Nabi Ibrahim....


Ada ke lelaki zaman ni yang sebaik Rasulullah?:-?...Kalau tak ada hanya Rasulullah yang layak berpologami ek...Macam tu ke? :berfikir:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sofea_hanzalah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32302
Posting: 27
Dari: penang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 17:57


Jangan salahkan poligami...Salahkan orang yang berpoligami...Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

ANA SETUJU DENGAN SAILORMOON...
ERM..SAILORMOON NI LELAKI KE PEREMPUAN??
apa-apa PUN...
FIKIRKAN TENTANG DIRI SENDIRI DULU...
SAYANGI DIRI DULU...
CINTAI DIRI BERMAKNA CINTAI ALLAH...
KALAU SUAMI NAK POLIGAMI...
FIKIRKAN TENTANG DIRI KITA DULU MENGIKUT PANDUAN ILAHI...
BUKAN FIKIR NAK TENTANG HASRAT SUAMI...
TAPI FIKIR APA YANG AKAN KITA DAPAT DARI POLOGAMI INI...
SAHAM YANG UNTUNG @ RUGI DUNIA & AKHIRAT???...
FIKIR JUGA ADAKAH KITA MAMPU MENGHARUNGINYA MENGIKUT TAHAP KEIMANAN YANG BERTAKHTA DI HATI KITA SAAT ITU..
KALAU TAK BOLEH TERIMA, BERTEUS TERANG SAJA...
KATAKAN YANG SEBENAR...
YANG SELEBIHNYA URUSAN ALLAH...
YANG PENTING SEMUA INI TIDAK MENDATANGKAN DOSA KEPADA KITA...
KALAU TAK BOLEH POLIGAMI..
BIARLAH IA BERLANDASKAN AGAMA DAN ALLAH..
MAKSUD SAYA,KALAU DENGAN POLIGAMI ITU AKAN MEMBAWA DATANGNYA DOSA YANG BANYAK KEPADA KITA SEPERTI KITA AKAN CENDERUNG UNTUK DERHAKA KEPADA SUAMI...
LEBIH BAIK BERUSAHA UNTUK MENGELAK DARI TERJADI POLIGAMI...
TAPI,NIAT MESTI BETUL...
KALAU BERLAKU JUGA..
MAKNAYA POLIGAMI ITU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK ANDA DAN JUGA ANA...
WALLAHHUA'LAM...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sofea_hanzalahProfil   Hantar PM kepada sofea_hanzalah   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 18:24


huhuhu...

kok ye pun jangan lah guna ALL CAPS cik adik... ;)walau suka jadi seken wife :P

btw, bab anti tu....
akak tak berapa setuju.. sebab hukum berpoligami tak haram...bab yang tidak boleh diTIDAKkan secara total mahupun sedikit :)
a'lah kulli hal, akak memahami.. adakala pengalaman mematangkan diri untuk terus berfikiran sedemikian.. :)

bukan semua yang terlibat itu salah.. malah, ada juga isteri2 kedua yang baik banding isteri kedua.. dan begitu juga sebaliknya...

namun, persoalan yang perlu ditekan.. adalah hal tanggungjawab.. dan akak yakin dalam sayang (marah? kecewa?) itu pasti terselit rasa takut...takut sekiranya orang yang dikasihi IAITU SUAMI akan berjalan senget bahu di 'sana' kelak akibat tidak seimbang tanggungjawabnya...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

diella
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 24-02-08 20:15


hurm..kalau saya..
50-50..
bergntung pada situation saya wk2 2..
kalau kena pada gayanya..
saya redha..
insya-Allah..


-----------------
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing


Bookmark and Share

    


  Member Information For diellaProfil   Hantar PM kepada diella   Pergi ke diella's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 20:47


ada tak lelaki ni yang berpoligami kahwin dengan janda ke? balu ke?

ke lelaki yang poligami ni semua kahwin lagi dengan perempuan yang lebih muda dari isteri pertama? :berfikir:

kalau ada sedikit keraguan tak mampu poligami baiklah jangan teruskan ya..
kalau nak dapat pahala lebih dengan kahwin lebih baik uruskan sepenuhnya dulu keluarga yang satu tu..
cukupkan mendidik isteri dan anak2..di samping tu mantapkan ilmu fardu ain yang tak seberapa lagi..
kalau pasal kahwin lebih laju saja cakap ikut sunnah..masuk keluar rumah kaki mana dulu pun tak pernah peduli..

fikir2 lelaki yang faham agama ni takut senget bahu sebelah masa kat padang mahsyar nanti.. jangan fikir belah isteri saja..anak2 ramai tu fikirkan juga.. kalau nak poligami jangan fikir tanggungjawab pada isteri2 saja..mak ayah dan saudara mara isteri2 pun dah jadi tanggungjawab suami..betul tak? ke ni nak perempuan saja..hancur

pernah baca kisah seorang lelaki masa mudanya kahwin poligami cerai kahwin cerai..jangan salahkan anak2 kalau tiada perasaan..akhirnya menghabiskan sisa umur di rumah kebajikan..


p/s: bukan anti poligami, itu hukum Allah..lagipun kahwin satu itu lagi afdal..
anti lelaki yang nak perempuan saja..benda lain belakang kira..adakah isteri saja fikir anak2 tak fikir..dahsyat


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 22:01


Pada 24-02-08 20:47 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

ada tak lelaki ni yang berpoligami kahwin dengan janda ke? balu ke?

ke lelaki yang poligami ni semua kahwin lagi dengan perempuan yang lebih muda dari isteri pertama? :berfikir:



entah lah sakinah... biasanya lelaki yang nak berpoligami ni, mereka berhajat untuk berkahwin dengan perempuan yang lebih muda... yang mana mereka dah terrrrrrjatuh cinta (can't help falling in love.. chewah) dan mereka mahu mengelak maksiat lah... so, baik kahwin daripada berterusan berbuat maksiat.

jarang2 lah lelaki yang nak kahwin lagi satu sebab nak tolong janda ke, balu ke, ibu tunggal ke, or whatever...

kalau nak kahwin lagi sebab nak menolong wanita-wanita yang memerlukan perlindungan seperti janda, balu, ibu tunggal etc, maka saya mengalu2kan... itulah hikmahnya Allah benarkan berpoligami... kalau betul suami nak bantu begitu dan berkahwin lagi, saya lebih berasa bangga... malah saya boleh tolong bantu sekali dan cooperate...

tapi kalau dah jadi suami kita dan ayah kepada anak2 kita tapi tiba-tiba berkawan dengan perempuan2, jadi rapat, jadi mesra, jadi admire, jadi bercinta, jadi affair, lagi-lagi pula dengan yang bukan dalam golongan wanita yang kita patut kasihankan atau kurang berupaya, maka, beritahu saya... siapalah di antara isteri2 tua/pertama yang ada yang tidak berpedih hati dengan keadaan sebegitu?? lepas itu minta izin kahwin lagi.... alasan: nak elak maksiat... already fallen in love and already can't help the feeling. so they must get married.

if you really love your wife, you shouldn't be having any close or intimate relationships with any other women in the first place, and while at the same time you're wife is at home and have always been very loyal and lovable to you... (if she's not, then that's not my problem. that's too bad :P). and also you have your children who always need the love of a father. you should have known what is more important in your life... of course to your wife and children... and not by having an affair outside, or at work... or looking and admiring and falling in love (yet not be willing enough to prevent it) with other women.

so, kalau betul jadi begini, isteri tua mana lah tak marah? anak2 pula kecik hati dengan ayah mereka... kasihannya....

please, think about it...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-02-08 22:52


Nabi berkata : 'Jika aku (boleh) menyuruh seseorang untuk sujud kepada manusia, maka akan aku perintahkan isteri itu untuk sujud kepada suaminya.' (hari Tirmizi; dia berkata : Hadith ini hasan sahih)

Dalam riwayat lain : 'Seorang wanita itu tidak menunaikan hak Tuhannya selagi dia tidak menunaikan hak suaminya.'

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 25-02-08 05:33


Pada 24-02-08 10:35 , nurulislamiafiqah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-02-08 10:22 , nurkamar posting:jawapan yang tepat, inila jawapan yang aku tunggu2 :welcome:
aku dah xsanggup nak tengok org yang dipoligamikan ni.
Sakitnya walaupun aku tak kena tapi aku dapat rasa betapa peritnya bila suami asyik lbhkan isteri muda. Suka banding2kan isteri tua & isteri muda, sedangkn si suami tak sedar ke? yang mula-mula meredah onak duri dengan dia sebelum dia jumpa org lain adalah isteri tua?
tak payahlah cakap pasal hukum hakam dalam al-Quran jika diri tak mampu untuk menjadi seperti Nabi Ibrahim, tak mampu menjadi semulia Rasulullah yang sentiasa memuliakan wanita.
Terus terang. Aku memang anti poligami. Ckup2la apa yang aku nampak kat depan mata aku dr kcil hingga sekarang ni.
Kesakitan lebih banyak daripada kemanisan. Kalau tak percaya, kau org yang suka bk topik2 macam ni, cubalah bayangkan kalau mak kau org dipoligamikan, tak pun adik beradik kau org ke...
nak poligami, boleh... tapi dengan syarat mesti diri anda tu sudah sebaik Rasulullah & Nabi Ibrahim....Jika tidak, jangan sesekali berangan untuk menduakan, mentiga @ mengempatkan isteri :jangan:


Ini cakap orang yang tidak ada otak, bias dengan jantina sendiri sehingga tidak berlaku adil di dalam menghukum poligami. Jangan nak anti poligami jika anda mengaku sebagai seorang Islam, jikalau hanya anti lelaki yang nak poligami yang tidak mengikut tatatertib dan syaratnya itu tak apa, normal dan boleh diterima alasan sebegini.

Nabi dan rasul adalah insan pilihan Allah, terpelihara dari noda dan dosa. Mustahil di dunia ini ada insan yang boleh berdiri setanding dengan para Nabi dan Rasul. Nak tunggu baik betul-betul macam nabi baru boleh poligami adalah kenyataan yang berotakkan kambing yang mengembek di kandangnya.


-----------------
عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-02-08 07:19


setuju kenyataan abu_ruqayyah.

tiada siapa didunia sekarang ini yang setanding dengan Rasulullah dan Nabi Ibrahim.sama lah juga dengan perempuan,tiada siapa sekarang yang setanding dengan para isteri Nabi.lalu apakah dengan sebab tiada siapa yang setanding itu maka kita perlu menolak apa yang telah dianjurkan oleh Nabi hanya dengan alasan bab lain tak ikut sunah?disebabkan "ketegag" kita,akhirnya suami itu berzina dengan perempuan lain,dan kemudian kita serang pula perempuan itu dengan alasan merampas lelaki orang lain.tuduh pula laki kita main curang,dan last sekali kita pun main curang dengan alasan suami boleh curang Kenapa tidak saya.punah ranah lah mahligai kehidupan kita.jangan sampai perasaan kita menyebabkan kita hancur iman......kalau risau suami tak tertahan berjalan senget di padang mahsyar,kena lah saling mengingatkan antara satu sama lain.contohnya,"abang,dah bagi nafkah ke kat madu satu lagi?".memasing cuba ingatkan memasing,baru lah rumah tangga aman damai sebagai pelengkap.

ni pernah terbaca artikel pasal poligami,letak kat sini semoga semua dapat manfaat.;-)

emmm...tak semua yang boleh menerima hakikat berpoligami..sejauhmana hati kita sebagai seorang perempuan mampu menerima POLIGAMI dalam hidup kita.????jika ia sudah ditakdirkan dalam hidup kita,apakah mampu untuk kita menolak????sama-samalah kita renungkan kembali....moga kita sama-sama mencari sejauhmana kemurnian dan kemanisan yang telah disyariatkan ini....

Dari seorang teman...untuk renungan bersama......
Dari tajuk yang ditulis...memang susah nak genggam bara api...siapalah yang tahan?

Orang kuat berbadan besar macam Malek Noor pun tak mampu rasanya nak pegang bara api. Berpoligami mudah dilaksanakan jika lelaki dan wanita faham benar-benar akan perlaksanaannya dalam Islam.Poligami adalah hukuman yang datang dari Allah SWT untuk umatnya supaya masyarakat hidup aman damai dalam institusi keluarga. Hukuman yang Allah SWT turunkan memang dah cantik dan lengkap namun lelaki & wanita tidak berjaya melaksanakannya dengan baik.

Poligami ini diibaratkan sebuah projek yang melibatkan seorang lelaki dan 2 orang wanita sebagai ketua & ahli yang dinamakan Projek Rumahku Shurgaku.Jadinya perlulah ada persefahaman iman, akal dan nafsu semasa nak menjayakan projek ini. Jika salah seorang ahli atau pun ketua salah gunakan salah satu dari iman,akal dan nafsu maka projek ini tidak berjaya.Sebaik-baiknya untuk menjayakan projek ini sebagai projek yang sukses di dunia dan akhirat iman dan akal mengawal nafsu.Berpoligami memang Allah SWT benarkan kepada lelakidalam Surah An- Nisa Ayat 3"Nikahilah oleh kalian wanita-wanita (lain) yangkalian senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi,jika kalian khawatir tidak akan dapat berlaku adil,maka nikahilah seorang saja atau kalian nikahibudak-budak yang kalian miliki. Hal itu adalah lebih dekat pada sikap tidak berbuat aniaya (An-NisaÂE3).

S: Ustaz, Suami saya ingin berpoligami ustaz, apa kurangnya saya ustaz sehingga dia nak poligami lagi.Tak cukup satu, dia nak tambah isteri pula?
J: Tujuan berpoligami tidak semestinya hendak menunggu kekurangan isteri barulah boleh berpoligami. Antara tujuan murni berpoligami ialah suami nak ikut apa yangTuhan anjurkan di dalam Al-Quran. Sebab nak tegakkan sunnah Rasulullah. Sebab nak ikut tradisi orang soleh.

S: Tapi ustaz, yang ini nak ikut sunnah, yang lain tak pula ikut
J: Yang dia sembahyang, puasa tu kan dia dah ikut sunnah. Bila dia menutup aurat, menuntut ilmu,berniaga tu ikut sunnah juga. Jadi jangan mudah-mudah cakap suami tak ikut sunnah. Jadi bila dia nak tegakkan sunnah yang poligami ini, itu tak sepatutnyakita halang.

S: Yalah ustaz, Masalahnya bolehkah dia tu adil?
J: Jangan kita sebut soal adil dahulu, sebab kita tak tahu lagi. Patutnya kita berbaik sangka dengan Tuhan moga Tuhan beri kekuatan kepada suami kita menjadi orang yang adil. Kemudian daripada itu, tugas kita pula membantu suami menjadi adil. Bukan kita main lepas tangan. Mungkin kita nak tutup kelemahan kita,kita tuding jari suami tak adil sedangkan dia belum lagi berpoligami, sudah kita label dia sebagai tidakadil dalam berpoligami. Sebaiknyalah kita menyebut kita lemah dan tak mampu nak berpoligami daripada terus menghalakan kerisauan kepada suami. Patutnya kita halakan pada diri,masalah aku bagaimana?Seperkara yang kita perlu ingat, soal adil ni, ada seorang isteri kena adil. Dua isteri pun kena adil.Soal adil ini luas, dan tak perlu tunggu poligami baru timbul soal adil.

S: Bukan apa ustaz, saya dah sayang pada dia. Tak gamak saya nak lepaskan dia pada orang lain.
J: Nak betulkan sedikit..Bukan lepaskan terus. Ia sekadar berkongsi kasih sayang. Kalau dulu kita seorang sahaja yang menyayanginya atas nama isteri.Tetapi kali ini sudah ada orang lain, yang juga menyayanginya atas nama isteri. Nak tanya, apa erti sayang? Sayang ertinya pengorbanan. Jangan sebut sayang atau cinta selagi tidak berkorban. Sanggupkah kita mengorbankan kasih kita itu? Kalau boleh, barulah bermakna sayang kita.Seperkara lagi, erti sayang itu ialah bila kegembiraan dia juga menjadi kegembiraan kita.Kesedihan dia pula menjadi kesedihan kita. Patutnya hati kita selari dengan suami kita. Kalau suami kita nak berpoligami, tumpang gembiralah. Itu kesukaan suami kita dan syariat pun membenarkannya. Tapi tak nafilah, yang lain mungkin senang. Tapi bab ini susah sedikit.

S: Saya bimbang ustaz dengan isu yang digembar-gemburkan dalam akhbar tentang lelaki yang berpoligami menganiaya isteri.
J: Jangan sebut begitu, sekali lagi ditekankan disini, berbaik sangkalah dengan Tuhan. Jangan kita samakan nasib kita dengan orang lain. Bergantung haraplah dengan Tuhan.Yakinlah kita dengan Tuhan, Dia yang menentukan segalanya. Oleh itu, mintalah kebaikan dari Dia. Tambahan pula, kisah rumahtangga porak peranda tak semuanya berlaku pada poligami. Yang tak poligami pun biasa kita dengar, porak peranda juga.Tinggal lagi,akhbar ni suka highlight yang poligami sahaja. Bahkan banyak kes yang tak poligami, suami menganiaya isteri. Ini tak dipaparkan.

S: Dengan saya seorang pun, dia susah ustaz. Jadi macammana poligami ni, takkah nanti lagi susah hidup dia.
J: Itulah yang disebutkan tadi, segalanya dari Tuhan.Yang mula-mula Puan kahwin dengan dia dulu, ada tak fikir tentang hidup susah. Mestilah atas dasar yakin yang boleh hidup senang. Segalanya ketentuan Tuhan.Rezeki itu dari Tuhan. Yang ibu-ibu boleh melahirkan anak, kerana mereka yakin rezeki Tuhan pada anak-anak.InsyaAllah, ada rezeki untuk orang yang berpoligami.Sejarah juga membuktikan sahabat-sahabat dan
para tabiin berpoligami tetapi mereka tidaklah mati kebuluran kerana berpoligami. Susah senang ni bukan pada ukuran poligami. Ada yang isteri seorang pun merempat juga. Sebaliknya ada juga yang isteri 4,boleh hidup senang. Tak perlu tunggu dia gajiRM10,000. Memang Tuhan dah janjikan sebegitu.

S: Baiklah ustaz, tapi apapun dia kena minta izin saya dahulu. Saya isteri pertama dia, kalau saya tak izinkan, mana boleh dia poligami.
J: Itu undang-undang syariah negeri tapi tak ada sebut pun dalam Al-Quran mahupun hadis. Soal keizinan tak timbul sebab dalam Quran, Allah dah izinkan.Rasulullah pun dah izinkan malah diamalkannya pula.Jadi, siapa kita? Takkan kita pula tak izinkan? Boleh nampak tak?

S: Memang berat ustaz. Baiklah saya mengaku saya tak mampu menghadapi semua ini.
J: Inilah jalan untuk wanita seperti Puan meningkatkan darjat Puan. Kalau setakat ada suami dan Puan pun pergi kerja balik
kerja, mungkin hidup Puan tak ada banyak ujian. Tapi bila poligami, Puan kena banyak mujahadah. Maksudnya ada ujian. Puan ada rasa tercabar. Puan perlu banyak bersabar. Di sinilah peningkatan untuk Puan, insyaAllah. Mana yang lebih besar,Suami Puan atau peningkatan Puan di sisi Tuhan? Disini baru terserlah kebaikan poligami sebab ia satucara nak meningkatkan taqwa. Kalau dengan ibadah mungkin prosesnya lambat. Tetapi dengan poligami, ia jadi cepat.

S: Terima kasih ustaz. Berikanlah nasihat akhir ustaz pada saya.
J: Mengapa Puan jadi begini sebab selama ini bagi puan, suami itu adalah segala-galanya. Itu perlu diubah. Suami bukan segala-galanya. Sebaliknya,Tuhan adalah segala-galanya. Ketahuilah kita, selama ini kita telah membesarkan yang kecil. Suami itu sekadar hadiah dari Tuhan untuk kita. Dia boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Tetapi jangan sampai Tuhan kita pinggirkan. Atau kita
kesampingkan. Kalau tak berlaku poligami, kita tak nampak ini. Usahakan supayakita kuat dengan Tuhan, insyaAllah nanti kita akan kuat menghadapi perkara dunia seperti poligami.Berdoalah pada Tuhan begini:,"Ya Tuhan. Aku hendak redhaMu Tuhan. Kalaulah dengan poligami ini. Aku dapat redhaMu. Aku bersedia. Namun.Aku lemah Tuhan. Aku tidak mampu. Kau bantulah aku Tuhan menghadapi poligami ini. Bantulah aku untuk aku berbaik-baik dengan maduku. Dan bantulah aku untuk sentiasa dapat menyenangkan suamiku. Juga, bantulah suamiku untuk menjadi kuat denganMu Tuhan, moga-moga dengan itu, dia dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya.Moga-moga dengan itu, kami sekeluarga mendapatkebahagiaan yang hakiki dariMu."

Wallahu`alam.Sekian, semoga mendapat ilmu.


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-02-08 11:01


Pada 25-02-08 07:19 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

setuju kenyataan abu_ruqayyah.



S: Terima kasih ustaz. Berikanlah nasihat akhir ustaz pada saya.
J: Mengapa Puan jadi begini sebab selama ini bagi puan, suami itu adalah segala-galanya. Itu perlu diubah. Suami bukan segala-galanya. Sebaliknya,Tuhan adalah segala-galanya. Ketahuilah kita, selama ini kita telah membesarkan yang kecil. Suami itu sekadar hadiah dari Tuhan untuk kita. Dia boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Tetapi jangan sampai Tuhan kita pinggirkan. Atau kita
kesampingkan. Kalau tak berlaku poligami, kita tak nampak ini. Usahakan supayakita kuat dengan Tuhan, insyaAllah nanti kita akan kuat menghadapi perkara dunia seperti poligami.Berdoalah pada Tuhan begini:,"Ya Tuhan. Aku hendak redhaMu Tuhan. Kalaulah dengan poligami ini. Aku dapat redhaMu. Aku bersedia. Namun.Aku lemah Tuhan. Aku tidak mampu. Kau bantulah aku Tuhan menghadapi poligami ini. Bantulah aku untuk aku berbaik-baik dengan maduku. Dan bantulah aku untuk sentiasa dapat menyenangkan suamiku. Juga, bantulah suamiku untuk menjadi kuat denganMu Tuhan, moga-moga dengan itu, dia dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya.Moga-moga dengan itu, kami sekeluarga mendapatkebahagiaan yang hakiki dariMu."

Wallahu`alam.Sekian, semoga mendapat ilmu.



Ini lah point utama yang perlu kita ambli iktibar..muhasabah diri...


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 25-02-08 17:51


Pada 24-02-08 17:57 , sofea_hanzalah posting:

!!! QUOTE !!!

SAILORMOON NI LELAKI KE PEREMPUAN??


Saya lelaki... (^o^)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-02-08 22:17


Pada 25-02-08 05:33 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!


Ini cakap orang aku yang aku yang tak ada otak,


:sopan: :sopan: :sopan: bebetul punya 'AUTO CORRECT' ini :sopan: :sopan:

**


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 25-02-08 22:35


Tu lah auto correct tu adalah bertujuan baik, tapi adakala leceh lah jugak. tapi yang paling teruk orang yang suka dok menambah-nambah kemudian menggunakan nama AUTO CORRECT. Macam kaum yahudi suka dok menambah kitab suci mereka sesuai mengikuat hawa nafsu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-02-08 22:48


kalau alasan nak poligami untuk elak maksiat
rasanya kahwin 4 pun tak cukup.. :kelip:
hikhik ada yang tak kena tu..
patutlah pun..dapat ibu baru yang muda2 saja..
mana ada dapat ibu tua..

orang pandai cakap orang, orang cakap orang cakap sendiri tak betul..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

akmalnajwa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2008
Ahli No: 32188
Posting: 99

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 07:47


Pada 24-02-08 08:28 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

hasratnya ingin berkahwin dengan suami orang tidak terlaksana



ayat yang tak suka didengar..macamlah dah tak ada lelaki bujang kat dunia ni :hammer:




-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For akmalnajwaProfil   Hantar PM kepada akmalnajwa   Pergi ke akmalnajwa's Website   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 10:50


“Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhiratâ€Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodohmahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan ‘lelaki soleh’ mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud.â€Apalah suamiku ini?†rungut si isteri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 10:51


Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini.

Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - ‘berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari’. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita.

Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai ‘rumah keduanya’. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid saja, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 10:51


Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja.

Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi.Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-02-08 11:43


kalaulah suami saya mampu berlaku adil dr segala aspek, saya pun takkan teragak2 untuk m'benarkan beliau berkahwin lain... huhu...
yes... apabila berbncg soal poligami, saya amat bersetuju dalam hal ini... sedih menjadi tenggungjawab lelaki untuk m'bela nasib wanita, untuk melindungi wanita... isteri tak perlu m'p'soalkn tenggungjawab suami(lelaki)nya yang 1 ni. tetapi, berapa ramai suami atau lelaki yang ingin berkahwin dengan tujuan untuk m'bela nasib wanita? lebih-lebih lagi pada zaman sekarang... bukan lgsung tiada lelaki sebegitu... ada... tetapi, ramai yang lebih mementingkan nafsu dan kehendak masing-masing...
jadi, pada saya, kedua2 pihak lelaki dan wanita harus faham erti, hikmah dan hakikat poligami yang sebenar... bukan sekadar m'kaji bahagian p'mukaan.
ramai wanita tak bersetuju dengan isu poligami sebab mereka tak faham hakikat poligami... dan ramai lelaki yang menyalahgunakan poligami...
tepuk dada, tanyalah iman...
hidup ini adalah untuk beribadah kepada Allah...
beribadahlah mengikut garis panduanNya... insya Allah kita akan selamat...

....sekadar pendapat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-02-08 11:59


Assalamualaikum
saya sokong apa kata sailormoon....please...the term of poligami should be uderstand in the right way...jangan sekali² membenci apa yang Allah telah halalkan..ingat ayat surah al-Baqarah ayat 216...dan jangan kerana pengalaman anda membenci perkara yang telah dihalalkan oleh Allah....saya tidak bercakap tentang pelaksanaan poligami tapi mengenai hukum....jangan benci apa yang Allah dah halalkan..itu melampau!! berkenaan apa yang CS mahupun kak nurkamar katakan, saya setuju....tapi, apa yang nurulislamiafiqah katakan..please..be mind of your thought...bimbang ia merosakkan akidah kita....

bagi seorang yang memahami Islam...dia takkan membenci poligami...namun, dia juga takkan sewenang²nya berpoligami...dan insyaAllah, apabila dia berpoligami, he's completely understand what is the burden he is carrying...and what is the consequences if he didn't act fair to all his wives....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 26-02-08 17:03


Pada 26-02-08 11:43 , aisya_aqmar posting:

!!! QUOTE !!!

kalaulah suami saya mampu berlaku adil dr segala aspek, saya pun takkan teragak2 untuk m'benarkan beliau berkahwin lain... huhu...


Hmmm...Boleh ke manusia berlaku adil dr segala aspek?Kalau benda yang boleh nampak seperti duit tak susah nak berlaku adil...Tapi kalau bab hati dan perasaan ni mampu ke manusia nak berlaku adil?


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-08 07:12


Setiap individu adalah bertanggungjawab atas hati dan perasaan masing-masing, tidak kira sama ada suami atau isteri. Ikut yang betul, insyaAllah hati akan tenang. Ikut yang salah, semua akan bercelaru.

Tugas suami sebagai ketua keluarga adalah untuk berikhtiar menjuruskan hati ahli-ahli keluarganya kepada kebenaran dengan panduan yang diyakini kebenarannya. Penjurusan oleh ketua keluarga itu hanya boleh dipacu oleh keyakinannya terhadap kebenaran yang diikhtiarkannya, yang mengatasi segala andaian, perasaan atau emosi sesiapa juapun.

Wallaahu a'lam

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35034&postdays=0&postorder=asc&start=15&sid=d2846ab6faa7ad0038ad361cae75d72f

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-02-08 14:05


salam
saya petik kata kata daripada satu artikel ini...isteri selalu menganggap suami adalah hak milik mereka.kerana adanya sifat itu mereka tidak membenarkan suami mereka poligami tapi sedarkah kita bahawa suami bukanlah hak milik kita, suami adalah pinjaman sementara yang diberikan kepada kita, jadi kita kena bersedia kerana pinjaman itu pasti akan di tarik balik suatu hari nanti.
for me, saya izinkan bakal suami berkahwin lain dengan syarat berkahwin dengan sebab-sebab tertentu seperti ingin membimbing diri wanita itu ke jalan kebenaran, bukan kerana nafsu dan berlaku adil dengan saya walau betapa susahnya nanti dan jika ingin berkahwin ketika kami sama-sama susah kalau adia berkawin ketika kami sudah senang, dia berkahwin lain saya tak boleh terima kerana ketika susah bersama dengan saya, dan ketika senang bersama dengan org lain.saya mahu madu saya turut merasa seperti apa yang saya rasa.jadi fair dan square...hahaaa..
apapun kena redha, kita tak tahu nasib kita nanti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 28-02-08 14:59


Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah An-Nisaa Ayat 129)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 19:53


"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain" (hari Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 01:17


topik poligami memang paling hot..semua berasap saja discuss..hehe
apa-apa pun,ku tetap dengan pendirianku,setiaku hanya pada isteriku yang satu...insyaAllah..semoga Allah melindungiku dan keluargaku serta org yang ku sayangi..amin:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119236 saat. Lajunya....