Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 54 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Hati seorang isteri


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Hati seorang isteri

Please Mendaftar To Post


Oleh Hati seorang isteri

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-02-08 20:55


Aku sendiri tidak mengerti mengapa hati ini mudah sahaja menerima helah dan dalihnya sedangkan aku sendiri tahu dia menipu diriku.Sejak kami berkahwin, dia tidak pernah mahu menerima diriku seada adanya.Kadangkala menyalahkan diriku kerana menghancurkan harapannya untuk membina mahligai bersama dengan wanita yang disayanginya.Tapi salahkah diriku kerana menerima dirinya.Aku sendiri tidak mengetahui hatinya sudah di takluki wanita lain.Sungguh, jika aku mengetahui hal ini. Aku akan menolak pinangan keluarganya.Mengapa segala salah di letakkan di bahuku?sedangkan ketika aku ingin berjumpa dengannya berbincang mengenai perkahwinan kami dia menolak dengan alasan sibuk.Wajahnya bermain main di mindaku.Farid Aqbar,namanya.Orangnya seindah namanya.Dia hadir bersama keluarganya ketika abang long ku melangsungkan majlis perkahwinan.Mata adikku Githna tidak putus putus memandang Farid.Katanya abang itu kacak.Aku tidak mengambil pusing kata kata adikku lantaran kerja yang menantiku. Mata ibunya yang memandang gerak geriku membawa maksud tertentu.Seminggu selepas majlis perkahwinan abang long,keluarganya datang membawa maksud ingin memetik bunga di laman rumahku.Aku tergamam apabila ibu Farid merisik diriku.Ummi menerima pinangan itu tanpa persetujuan daripadaku.Alasannya Farid merupakan kenalan abang long dan datang dari keluarga yang baik .Dengan hati yang berat,aku menerima pinangan itu walaupun aku sebenarnya tidak tahu sama ada pilihan aku itu tepat atau tidak.Ku serahkan segalanya pada Allah.
Perkahwinan bukan atas nama cinta ini bukanlah seperti apa yang aku impikan. Aku harapkan dia mencintaiku walaupun perkahwinan ini bukanlah kehendak kami.Aku mengharapkan dia menerima aku seada adanya seperti aku menerima dirinya seada adanya.Masih aku ingat artikel yang ku baca baru baru ini mengenai cinta.Jika seorang lelaki yang mempunyai nasab dan agama yang baik datang kepada kau,nikahilah dia dan belajarlah mencintainya.

Ketika aku berusaha belajar mencintai dirinya, pemuda yang menjadi suamiku sekarang menolak diriku tanpa cuba mengenali diriku.Aku tidak mendapat layanan sepatutnya sebagai seorang isteri sedangkan aku sudah berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk dirinya.Pulang daripada kerja,aku terkocoh kocoh menyediakan makanan malam untuknya walaupun dia tidak pernah sekali pun menyentuh makanan yang ku sediakan.Kecil hatiku apabila dia memperlakukan aku seperti itu.Dia tidak pernah mengerti hatiku atau cuba mengambil hatiku walaupun sekali.Dia berlaku kejam terhadap diriku,menyeksa jiwa dan ragaku.

Sejak kami berkahwin, dia tidak pernah menyentuh tubuhku yang halal untuknya.Pulangnya ketika aku sudah lena tidur.Aku diperlakukan seperti orang asing di rumah ku sendiri.Seolah olah aku tidak wujud langsung dalam hidupnya.Jika dia pulang awal, dia akan terus masuk ke kamar tidurnya dan sepanjang malam di situ.Aku dengan hal aku dan dia dengan hal dia.Tidak pernah sekalipun kami berbual bual ataupun makan bersama.Aku sedar aku hanya pilihan orang tuanya bukan pilihan dirinya.Bait bait lagu gantung nyanyian Melly Geoslow bermain main di minda.Lagu itu simbolik hubungan ku dengan Farid.Pertama kali aku mendengar lagu itu aku merasakan ia adalah seperti kisah aku dan Farid.Aku memputarkan lagu itu berkali kali supaya lirik lagu itu meresap dalam kepala ku dan membuatkan aku berfikir berkali kali tentang hubungan aku dengan Farid.Sampai bila hubungan aku akan begini?aku tidak mengerti dengan dirinya.Aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku lakukan?

Pagi pagi lagi, Murni menelefon aku mengajak aku berjumpa dengannya.Alasannya ada urusan penting.Dia menyuruh aku datang ke pejabatnya.Aku tiba agak lewat kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara.
Aku tiba di perkarangan pejabatnya tepat pukul 1.30 petang.Dia menantiku di lobi.Aku memohon maaf kepadanya kerana datang agak lewat.Dia memahami diriku lantaran kerja ku yang sentiasa sibuk.Aku meminta izin kepadanya untuk menunaikan solat zuhur terlebih dulu kerana waktu zuhur sudah berlalu.Kami bergerak ke surau yang berdekatan.Usai sholat,kami menjamu selera di restoran di lobi itu.
“Engkau bahagia Ghitsa?” aju sahabat baikku Murni.Aku diam membisu, tiada jawapan daripada persoalan yang di ajukan padaku.kan diam lebih baik daripada berkata kata.Berkata kata akhirnya akan membuka aibku sendiri ataupun aib suamiku.Bukankah isteri adalah pakaian suaminya.
Aku menganggukkan kepala.Wajah Murni masih lagi menunjukkan bahawa dia tidak berpuas hati dengan jawapanku itu.
“Betul kah?”tanya lagi.
“Bagaimanakah kau dengan Fahmi?.Bila engkau ingin berkahwin?”tanyaku dengan tujuan mengalihkan topik yang berkisar diriku.
“Ghitsa,jangan kau cuba menukarkan topik kita”jawabnya dengan nada suara yang agak tinggi.Semua orang di restoran itu memandang ke arah kami.
Aku diam membisu.Aku tahu dia sedang marah denganku.
“Apa yang engkau ingin tahu?’”tanya ku mengalah dengan dirinya.
“hubungan engkau dengan suami kau?”
“Aku bahagia.”jawabku ringkas.
“Jangan kau cuba menipu aku Ghitsa,melihat wajahmu cukup menceritakan segalanya”.Katanya.Betulkah wajahku menunjukkan aku derita dengan sikap Farid.Wajahku tidak ceria seperti dulu.
“Aku berjumpa Farid dengan perempuan lain lobi hotel Haytt.Mereka agak intim seperti sepasang kekasih.ketika itu aku berurusan dengan client aku.Aku sempat merisik risik dengan client aku kerana dia satu level dengan office Farid.Farid dah lama ada affair with that girl”.Aku hanya membisu.Inikah urusan penting yang ingin diperkatakan oleh Murni kepada ku.
“Aku tahu semuanya Murni”jawabku.Masih terbayang bayang peristiwa yang berlaku dua minggu lepas. ketika itu, Farid menelefon mengajak ku keluar makan tengahari padahal hatiku berat ingin menerima pelawanya.Tiada angin tiada ribut,tiba tiba sahaja mengajak aku keluar makan tengahari.Bagaimanapun aku bersetuju memandangkan dia bersungguh sungguh mengajak aku keluar makan.Ketika aku sampai di restoran Singgah Sana, Farid di dampingi dengan seorang wanita cantik.Walaupun dia cantik tapi pakaian agak menjolok mata dan orangnya agak genit.Farid memperkenalkan aku dengan wanita itu.Aku tidak pasti apa tujuannya tapi ia cukup melukakan hatiku apatah lagi wanita itu memperlihatkan keintimanan mereka di hadapan aku.Memaut lengan suamiku sedangkan aku sendiri tidak pernah memuat dan menyentuh tubuhnya walaupun aku adalah isterinya yang sah.Aksi demi aksi di pertontonkan kepadaku.Maka aku mengatakan kepada Farid bahawa aku mengizinkan mereka berkahwin daripada mereka terus melakukan zina.Mata Farid terbeliak dengan jawapan aku.Aku berlalu dari situ tanpa mengisi perutku.Perutku yang lapar menjadi kenyang dengan aksi aksi yang dipertontonkan kepadaku.Air mata gugur tanpa di pinta.
Mata Murni terbeliak mendengar jawapanku.
“habis apa tindakan kau?takkan kau ingin mendiamkan diri sahaja.”tanya Murni lagi.
“Dia ada hak untuk berkahwin lain jika dia merasakan aku bukan yang terbaik untuk dirinya.Aku redha”.jawabku ringkas.
Murni mendengus menandakan dia tidak bersetuju dengan jawapanku.
“Gila kau!.terpacul perkataan itu dari mulutnya.
Aku terkejut dengan jawapan Murni.Murni tidak pernah mengeluarkan harsh words walaupun dia sedang marah.
“Kau baru berkahwin.Inai di tanganmu masih belum hilang lagi Ghitsa.Kau harus merebut cintanya sebelum cintanya meninggalkan dirimu”.
“Aku tidak akan merebut cintanya Murni.Biar dia sendiri sedar akan diriku.Tidakkah kau tahu bahawa manusia tidak akan berubah jika dia sendiri tidak mahu berubah”,bisik hatiku.
Aku berpisah dengan Murni petang itu dengan satu janji yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku berjaya menunaikannya atau tidak.

Aku menunggunya lewat malam ini untuk meminta penjelasan daripadanya.Sampai bila dia harus memperlakukan aku seperti ini?Berkahwinlah dia dengan wanita itu daripada terus melakukan dosa.Sesungguhnya aku malu apabila hal suami ku di ketahui orang terutama teman rapatku sendiri.Aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 3 malam tapi bayangnya masih tidak kelihatan.Aku kebilik air mengambil wudu’.Sepertiga malam ini. Aku menyembahNya mengharapkan Allah memberikan aku sedikit kekuatan dalam menghadapi segala masalah yang di limpahkan kepada ku.Aku sendiri tak mengerti adakah aku tidak bersyukur dengan segala takdir yang telah Allah takdirkan kepadaku, tapi sebagai manusia yang lemah dari segala galanya aku kadangkala tidak lepas daripada buruk sangka kepadanNya.Ampunkan aku atas segala kealpaan aku sebagai manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.Berikan aku kekuatan dalam menghadapi segala permasalahan yang terjadi padaku.Aku tahu jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”Jika Farid adalah jodohku, maka Allah telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” untuk diriku.Telefon bimbitku berbunyi berkali kali minta di angkat.Bunyinya yang bingit memaksaku untuk mengangkatnya dan kedengaran suara wanita memintaku ke hospital kerana Farid di timpa kemalangan.Aku terkejut dengan perkhabaran itu.Dengan terkocoh gocoh aku menyalin pakaian dan menyarung hijab di kepala.Aku mencapai kunci kereta dan memandu kereta menuju ke hospital Tun Aminah.
Ketika aku sampai,aku melihat kekasih Farid sedang duduk berdekatan bilik pembedahan.Aku melangkah ke arahnya .Aku memandang ke arahnya.Dia mengalami luka di bahagian kepala dan tangan.
“Farid still di ICU.Keadaan dia agak kritikal.Pembedahan sedang di jalankan”wanita itu memberitahuku.
“Bagaimana boleh terjadi kemalangan itu?”tanyaku.
“Dia gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar lori”jawab wanita itu.
“and what happened to you?”tanya ku musykil.
“Dia bersama dengan I “,jawab wanita itu tanpa memperdulikan hatiku.
Rasanya cinta yang wujud dalam diriku terhadapnya mula pudar.Telah ku putuskan untuk berpisah dengannya selepas Farid selamatAku tidak sanggup meneruskan kehidupan begini.Aku tahu bergegar tiang arasy apabila isteri meminta cerai tapi apa dayaku sedangkan tiada jalan penyelesaian yang ada.Tapi sebelum itu aku perlu melakukan sesuatu.Hal itu akan aku selesaikan apabila keadaan kembali pulih seperti sediakala.
Aku duduk sebentar berfikir apa yang perlu ku lakukan.Aku mencapai telefon bimbitku dan menelefon ibu mertuaku memaklumkan hal ini.Subuh, satu demi satu ahli keluarga Farid datang.Ibu mertuaku datang ke arahku dan memeluk diriku.Air matanya turun dengan begitu deras.Dia bertanya apa yang berlaku.Aku hanya memberitahu Farid kemalangan ketika ingin pulang ke rumah.Tujuanku adalah untuk mengelakkan hati ibu mertuaku terguris.Nasib baik kekasih Farid sudah pulang ketika keluarga Farid sampai.Aku meminta izin untuk menunaikan sholat Subuh kerana waktu sudah ufuk.Aku berdoa kepada Allah supaya di berikan peluang kedua kepadaku untuk berbakti kepada suamiku dan memberi peluang kedua kepada Farid untuk bertaubat tetapi jika Dia mengambil Farid,aku akan menerimanya dengan hati yang lapang kerana setiap sesuatu adalah ketentuanNya.
Usai sholat. Aku berjalan mendapatkan ibu mertuaku. Pembedahan berjalan dengan lancar.Darah beku di otak Farid telah di keluarkan.Kakinya yang patah telah dimasukkan besi tetapi Farid masih tidak sedarkan diri.Aku tetap melawat dan menjaganya walaupun bebanan kerja di pejabat semakin bertambah.Selang beberapa minggu,Farid sedar daripada koma.Aku telah meminta cuti daripada majikanku dengan alasan ingin menjaga suamiku di hospital.Alhamdulilah majikan ku memahami situasi ku dan meluluskan cuti ku.
Aku menjaga Farid sepenuh hatiku.Dia suamiku,syurga di bawah tapak kakinya.Walaupun sejahat manapun dia, dia tetap suamiku.Aku ingin menjadi isteri solehah walaupun bukan pada suami yang soleh.Aku ingin menjalankan tanggungjawabku sebaik mungkin.Mungkin selepas ini, situasi ini tidak akan ku temui lagi.Setiap hari aku akan membawa makanan untuknya dan menyuap makanan itu ke dalam mulutnya disebabkan dia masih belum boleh mengerakkan tubuh badannya.Dimana ada dia di situ ada aku sehingga jururawat di situ mengatakan kami seperti pasangan belangkas,pasangan yang tidak boleh dipisahkan.Aku hanya tergelak dengan ayat itu.Luka yang di guris di hatiku siapa yang tahu.
Petang itu ketika aku sampai,aku melihat seseorang yang aku kenali sedang duduk di sebelah Farid.Mereka berbual bual dengan begitu mesra. sesuatu yang aku dan Farid tidak pernah lakukan.Kalau aku menyuapkan makanan kemulutnya, dia hanya memandang ke arahku dan diam membisu.Aku berjalan mendekati Farid.Perbualan mereka terhenti apabila aku berada di situ. Aku meletakkan bekas makanan di atas meja.
“You bawa apa?”tanya kekasih Farid.
“Makanan”,jawabku.
“Tak payahlah.I dah bagi Farid makan tadi”.jawab wanita itu.
“ooo”jawabku.Luka di hatiku yang semakin sembuh berdarah kembali.
“I nak cakap benda penting dengan Farid.Can you go to other place?”tanya wanita itu seperti menghalau ku.
Aku memandang wajah Farid.Dia membisu seperti bersetuju dengan kata kata wanita itu.
“Baiklah”jawabku.Aku beredar meninggalkan mereka.Air mata ingin turun tapi ku tahannya daripada gugur ke bumi.Aku tidak mahu lagi menumpahkan air mata pada benda yang sia sia.
Seminggu aku tidak melawat dirinya lantaran aku di tugaskan ke Kuala Lumpur untuk menyiapkan projek di sana.Sebelum aku ke Kuala Lumpur aku sempat berpesan kepada wanita itu untuk menjaga Farid melalui pesanan ringkas.Nombor telefonnya masih ku simpan ketika dia menelefon memberitahuku mengenai kemalangan yang menimpa Farid.Aku juga meninggalkan pesanan ringkas kepada Farid memintanya mengizinkan aku ke sana.Pemergian aku ke sana juga untuk mencari ketenangan dan memikirkan sama ada aku perlu meneruskan rancangan ku untuk berpisah dengannya. Selama seminggu aku tidak mengetahui perkhabarannya,dia juga langsung tidak menghubungi diriku.Aku pasti wanita itu akan menjaga Farid dengan baik.
Seminggu berlalu dengan begitu pantas.Urusanku di Kuala Lumpur sudah pun selesai.Aku tidak memberitahu kepadanya tentang kepulanganku.Lagipun dia sendiri tidak kisah dengan diriku.Keputusan telah ku buat dan aku tidak akan berganjak di atas keputusan yang ku putuskan.Ketika sampai di rumah,aku melihat Farid sedang duduk di ruang tamu.Aku segera masuk ke kamar dan meletakkan bagasi di situ.Badan ku agak lekit dan tidak selesa.Aku mencapai tuala dan menuju ke kamar mandi.Selepas mandi,aku bersiap siap dan menuju ke dapur.Aku mencari kelibat Farid tapi bayangannya tiada di situ.Mungkin di biliknya.Aku bergerak ke biliknya dan mengetuk pintu biliknya.Dia menyuruh ku masuk.
“Abang nak makan ke?kalau nak makan,Ghitsa masak”tanyaku.Ketika itu dia leka membaca buku.Dia hanya menggelengkan kepala.Aku memandangnya.Keadaannya sudah pulih cuma tidak seratus peratus lagi.Dalam hatiku,terpikir bagaimana keadaannya tanpa ku seminggu.
“Betul abang tak nak makan?”tanyaku lagi.
Dia mengangkat mukanya dan memandang tajam ke arahku.
“kan saya cakap saya tak nak”jawabnya dengan nada yang tinggi.
Sabar sahaja lah aku dengan sikapnya.
“Baiklah”jawabku lalu beredar daripada situ.
Sikapnya masih sama seperti dulu.Aku berbaring di atas katil sambil berfikir tindakan yang perlu ku ambil.Aku mencapai pen dan kertas.Ku coret sesuatu di atas kertas itu.

Kehadapan abang yang di kasihi.
Ghitsa menulis di sini selepas Ghits berfikir sedalam dalamnya.Ghitsa rasa sampai disini sahajalah hubungan kita.Abang sendiri tidak pernah melaksanakan tanggungjawab abang terhadap Ghitsa.Mungkin Ghitsa bukan yang terbaik untuk abang.Maka berkahwinlah abang dengan wanita yang abang kasihi.Ghitsa tahu bergegar tiang arasy jika isteri meminta cerai tapi apa guna rumahtangga itu jika kita tidak sehaluan dan sefahaman.Lagipun Ghitsa tak sanggup lagi menanggung dosa dosa, kerana Ghitsa juga bersalah dengan apa yang berlaku.Ghitsa gagal dalam menjalankan tanggungjawab Ghitsa sebagai isteri.Ghitsa meminta abang melepaskan Ghitsa dengan cara yang baik dan Ghitsa rasa Ghitsa tidak sanggup lagi tinggal di runah ini.Izinkan Ghitsa pergi.Maafkan segala dosa dosa Ghitsa dan halalkan makan minum Ghitsa sepanjang kita bersama.
Yang ikhlas,
Isteri Mu
Ghitsa Raudahtul Jannah Jamaluddin.

Aku membaca berkali kali coretan hati ku tu lalu ku lipat kertas itu dan memasukkannya ke dalam sampul.Aku meletakkan surat itu di atas meja tulis ku.Aku bergerak menuju ke almari dan mengeluarkan bagasi dan semua pakaian ku.Ku lipat pakaian ku dan ku masukkan ke dalam bagasi.Selepas siap berkemas,aku meletakkan bagasi di tepi katilku dan kemudian aku berbaring di atas katil.Agak lama juga barulah aku terlelap.Semoga apa jua tindakan aku itu adalah betul.
Pagi pagi lagi aku sudah bangun menyediakan sarapan pagi untuknya.Usai solat subuh,aku bersiap siap untuk ke tempat kerja.Ku masukkan bagasiku kedalam kereta.Surat yang ku coret ku letakkan di atas meja.Aku berdoa dia membaca coretan hatiku itu.Aku berangkat ke tempat kerja dengan hati yang tenang bagaikan tiada lagi beban yang perlu ku bawa.Aku ingin melepaskan semuanya tanpa perlu menoleh ke belakang.Mungkin apa yang aku lakukan adalah yang terbaik untuk kami berdua.


Kedatangan ku ke rumah Murni petang itu memberikan kejutan buat Murni.Dia agak terperanjat dengan tindakanku yang dratis.Puas dia menasihati diriku tapi aku tetap dengan pegangku.Cukup sudah apa yang ku rasa.Aku sendiri tidak sanggup lagi menanggung perasaan seperti sekarang.Biarlah aku redha.Jika Farid sendiri tidak bersungguh denganku,apatah lagi aku.Akhirnya Murni mengalah dengan diriku.Selama seminggu aku bercuti dari tempat kerja dan dalam masa yang sama aku pergi ke pejabat agama meminta nasihat dan juga menfailkan tuntutan cerai.Hal ini kurahsiakan daripada pengetahuan ke dua orang tua ku.Sampai masa akan ku khabarkan mengenai hal ini.
Selang beberapa hari, Farid muncul di hadapan rumah Murni.Katanya dia ingin membincangkan sesuatu denganku.Aku enggan keluar kerana aku takut pujuk rayunya akan meruntuhkan egoku.Aku tidak mahu lagi bersamanya.Cukuplah dia mencarik hatiku.Aku sendiri tidak sanggup lagi dengan sikapnya.Farid masih lagi situ.Murni kelihatan serba salah kerana dia malu dengan jiran jiran di sekeliling.Inikah rumah orang bujang.Tidak elok jika lelaki di situ.
Aku mengalah dan keluar berjumpa dengan Farid.Farid menarik tanganku dan memaksa aku masuk kedalam keretanya.Aku meronta ronta minta di lepaskan.Dia tetap dengan tindakannya.Aku di bawa ke satu tempat yang agak sunyi.Aku agak takut dengan tindakan Farid.
“Puas abang cari Ghitsa.abang ke pejabat,setiausaha Ghitsa cakap Ghitsa ambil cuti.Nasib baik Murni called abang bagitahu ”.
Apa perlunya mencari aku sedangkan dia sendiri tidak pernah menghargai diriku ketika aku bersama dengannya.
Apa semua ini Ghitsa?”tanyanya sambil melemparkan kertas yang mengandungi tuntutan cerai.
“Bukankah ini yang abang mahukan.Lepaskan Ghitsa bang.Jangan siksa jiwa Ghitsa”jawabku.
“siapa kata?”tanyanya.
“Ghitsa bang,Ghitsa dah tak sanggup”Sungguh aku sudah tidak sanggup dengan sikap Farid.
“Abang masih sayangkan Ghitsa dan abang tidak akan sesekali menceraikan Ghitsa”rayunya.
Pelik bagaimana dia boleh mengatakan dia menyayangiku sedangkan dia tidak pernah melayaniku dengan baik.Aku gelak dengan kata katanya.
“sudahlah bang.Ghitsa nak balik”.
Farid masih diam di kerusi pemandu.
“balik mana?tanya Farid.
“Balik rumah Murni”.jawabku.
“Ghitsa kena balik rumah kita”.
“Tidak bang.Ghitsa tak mahu”jawabku.
Percayalah Ghitsa abang memang menyayangi Ghitsa.Abang sedar abang menyayangi Ghitsa selepas Ghitsa menjaga abang di hospital.Abang tahu jika abang melepaskan Ghitsa.Abang orang yang bodoh”terangnya sambil mengusap usap tanganku.
Aku tergamam dengan penjelasannya.Perlukah aku percaya dengannya.Tapi jika benarnya apa yang di kata,aku bersyukur kepada Allah kerana membuka hatinya menerima diriku.Apa jua yang berlaku kelak aku terima dengan redha.


P/s- apa pandangan anda semua jika seorang wanita yang baik bertemu dengan lelaki seperti di atas ini?




-----------------
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 24-02-08 01:32


biasalah....org yang baik..allah dtgkan ujian yang berat dari biasa....
kesabaran yang paling penting sekali...
ada banyak cerita novel pasal wanita yang baik tapi dapat suami yang kurang...
tapi at last dia akan jadi baik jugak pasal allah dah janji org yang baik akan dapat pasangan yang baik....
thats all...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 20:53


BETUL..BETUL..BETUL..
org yang baik biasa mendapat dugaan yang berat..tapi kesudahannya ALLAH akan kurniakan ganjaranNNYA pada hambaNYA yang bersabar..INSYAallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 21:22


cerita ni best sebab ada nama murni....heheheh


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

Arayan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34662
Posting: 30
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 22:24


memamng best tapi... cuba panjangkan lagi cerita ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArayanProfil   Hantar PM kepada Arayan   Quote dan BalasQuote

chy_nurani
Warga Rasmi
Menyertai: 20.12.2008
Ahli No: 36426
Posting: 6
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-12-08 23:30


betul itu arayan..cerita ini best..sedih,tapi sweet..panjangkan sikit cerita niyh..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For chy_nuraniProfil   Hantar PM kepada chy_nurani   Pergi ke chy_nurani's Website   Quote dan BalasQuote

nailofar_hamidah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.11.2008
Ahli No: 35797
Posting: 43
Dari: jb

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 00:39


Assalamua'laikum...

hidup tanpa ujian, pelik lah kan...setiap manusia ujiannya berbeza

sabar penawar terhebat.so, kerana sabar lah ghitsa masih dapat bertahan... tahniah ghitsa :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailofar_hamidahProfil   Hantar PM kepada nailofar_hamidah   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 08:24


" Jika seorang lelaki yang mempunyai nasab dan agama yang baik datang kepada kau,nikahilah dia dan belajarlah mencintainya"

tapi adakah lelaki tersebut juga akan berpegang pada kenyataan ini....???
bagi yang begitu, syukur Alhamdulillah tapi jika sebaliknya, anggaplah ini satu ujian dari ALLAH, cubalah lakukan yang terbaik untuk memenangi hatinya dengan berbagai cara.....tambatlah hatinya dengan amalan2 mu terhadap ALLAH......bersyukurlah dengan apa yang ALLAH kurniakan....mintalah petunjuk dariNYA....InsyaALLAH suatu hari dia pasti akan melihat kelebihan dan kebaikan yang ada dalam dirimu seterusnya akan menerimamu seadanya sebagaimana dirimu menerimanya sebagai suamimu.....

P/S : cerita ni best banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 11-01-09 17:39


jalan cerita yang menarik, sungguh tabah hati wanita ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.182741 saat. Lajunya....