Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 10 hari yang lalu
lidah-penghunus: 12 hari yang lalu
muslimin23: 20 hari yang lalu


Awas!
Topik: Insurans Islam atau bukan? Pilihan di tangan anda! ..


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Insurans Islam atau bukan? Pilihan di tangan anda! ..

Please Mendaftar To Post


Oleh Insurans Islam atau bukan? Pilihan di tangan anda! ..

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-02-08 22:24


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah sebulat suara memutuskan bahawa insurans hayat yang dikendalikan oleh syarikat insurans konvensional adalah satu ‘muamalah’ (yang rosak/tidak sah) dan bercanggah dengan ajaran Islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur 'gharar’ (ketidakpastian), ‘maisir’ (judi) dan ‘riba’ (faedah).

Insurans konvensional adalah haram kerana wujudnya unsur ‘gharar’ iaitu ketidakpastian dalam transaksi ‘muamalah’ di mana terdapat ‘sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain’.

Di samping itu, insurans konvensional tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dalam dan syarat jual-beli dalam Islam iaitu rukun akad (ijab dan kabul).

Unsur judi terdapat dalam kontrak insurans konvensional kerana peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. Begitu juga peserta akan hilang wang premium apabila peristiwa yang ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku. Di samping itu, syarikat penginsurans akan rugi sekiranya terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Ianya berbeza dengan sistem Takaful yang akan memberikan kadar keuntungan mengikut mudharabah sekiranya peristiwa yang ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.

Seterusnya terdapat unsur riba dalam urusniaga pinjaman dari polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insurans hayat konvensional. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insurans konvensional akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Perkara sebegini rupa tidak berlaku di dalam Takaful kerana peserta dibenarkan membuat pengeluaran daripada polisinya tanpa dikenakan sebarang faedah.

Dewan Jurispundens Islam Liga Dunia Islam Mekah menganggap bahawa semua transaksi insurans moden termasuk insurans hayat adalah bertentangan dengan ajaran Islam, akan tetapi Dewan menyetujui adanya ‘insurans koperatif’ yang tegak di atas prinsip ‘ta’awun’ (tolong-menolong) seperti yang diterapkan dalam insurans takaful (Muhammad Abdul Manan, Islamic Economics Theory and Practice).

Prof Dr Yusuf Al Qardawi dalam bukunya Al Halal wal Harom Fil Islam mengatakan bahawa insurans konvensional diharamkan kerana semua syarikat penginsurans tidak membayar wangnya itu dengan maksud ‘tabarru’ (derma), bahkan nilai ini sedikitpun tidak terlintas. Tambahan pula wang tersebut telah diputar dengan jalan riba.

Dewasa ini, rata-rata insurans konvensional menamakan pelbagai produknya dengan nama ‘dana-dana Islam’ yang mempunyai tujuan yang satu untuk mengaburi mata pelanggan- pelanggan Muslim mereka kononnya produk mereka juga adalah halal.

Masyarakat Islam di Malaysia diberi alternatif yang jelas untuk memilih sama ada berurus niaga secara Islam atau bukan Islam. Ianya berlainan sekiranya tidak ada pilihan yang dikira darurat. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tidak ada ruginya kita mengubah polisi insurans yang sedia ada.


P/S: Apalgi..lepas tamat tempoh..tukarlah insurans kenderaan anda kepada takaful. Kalau ada yang lain pun samalah tukar ye...
Nak tanya..mana lagi elok Takaful Malaysia atau Takaful Ikhlas?


:berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 07:51


MNI prudential ada takaful jugak..tapi masih tak paham dengan konsep MNI ni...
lagi 1 yang link dengan bank Islam tu...'ING' namanya... konpius..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 08:50


kat malaysia ni insuran apa yang betul-betul ikut cara islam? susah betul lah nak pilih... banyak sangat nama syarikat insuran kat malaysia ni... mana yang lagi bagus?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 09:41


Pada 19-02-08 08:50 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

kat malaysia ni insuran apa yang betul-betul ikut cara islam? susah betul lah nak pilih... banyak sangat nama syarikat insuran kat malaysia ni... mana yang lagi bagus?


ha'ah.. memang banyak insurans kat malaysia ni. kita pun jadi keliru nak pilih. saya juga pernah tertanya yang mana satukah yang paling bagus dan sebagainya... untuk kita sebagai orang islam, dah tentu kena ambil yang syariah-compliant. ada syarikat insurans yang besar-besar yang ada takaful. ada yang tak ada.

berikut adalah senarai takaful operators yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia.

1 CIMB Aviva Takaful Berhad
2 Etiqa Takaful Sdn. Bhd.
3 Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
4 HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
5 MAA Takaful Berhad
6 Prudential BSN Takaful Berhad
7 Syarikat Takaful Malaysia Berhad
8 Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

so, yang mana yang paling bagus? sebenarnya semuanya sama asalkan mereka tertakluk pada syarat2 yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. sebab semua pun basically sama...

cuma, pada pandangan saya, yang menentukan bagus atau tak bagus sesuatu polisi insurans yang kita urusniaga kan tu, adalah sejauh mana bagusnya agent yang kita dapat... :kelip:

sekadar ilmu yang saya ada...


p/s: pernah kerja di syarikat insurans... :-D ;-)

p/s lagi: saya ada dua insurans dah sekarang.. dari dua syarikat berbeza. huhuhu


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 09:55


Etiqa tu sama macam MNI ke?
mas dah masuk MNI...
tapi baru ni ada pula keluar Etiqa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 10:32


Bagus isu yang ditimbulkan oleh rimbara...

Sesuatu yang patut ambil tahu bukan sekadar ambil lewa sahaja. Memang banyak syarikat insurans bukan Islam menambah produk iaitu bentuk takaful dan ini menjuruskan pilihan majoriti serta persaingan kepada sistem lama iaitu bentuk konvensional.

Prof juga dah ada 2 insurans. Dan sepanjang mengenali serba sedikit insurans banyak kelebihan serta yang mana rasanya kita patut pilih. Dalam dunia setakat ini hanya 2 jenis perkhidmatan yang diiktiraf perbezaan perlaksanaannya iaitu menurut Islam. Tidak lain tidak bukan Sistem Perbankan & Sistem Insurans. Yang lain masih kabur ( maksudnya berkaitan ekonomi ).


Prof juga ada berhasrat malah masih dalam perancangan untuk bekerjasama dengan salah syarikat Takaful untuk menyertai JK Kuantan 2008. Insya-Allaah semoga dipermudahkan segala urusan. Amin


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 13:34


by: syahidatul

!!! QUOTE !!!

p/s: pernah kerja di syarikat insurans... :-D ;-)
p/s lagi: saya ada dua insurans dah sekarang.. dari dua syarikat berbeza. huhuhu

.. Miss syahidatul package insurance apa? Life, health or education insurance??
Ataupun package pelik yang saya pernah terbaca, by Kurnia Insurance Inc.
Those are Holiday Insurance and Golfer's Insurance. Apa
kejadaaahhnyaa percutian dan golf pun dijadikan insurance??!!
HMM...
Tapi mungkin sesetengah manusia lebih memerlukan jaminan ketika
bercuti dan bermain golf. Contohnya mungkin mereka bercuti dan bermain golf
di Palestine, Chechnya, di tengah-tengah konflik Somalia dan sebagainya
lagi tempat-tempat sebegitu. Then maybe they might feel quite safe, isnt it?
Cuma bagi saya, antara pakej yang bess adalah seperti Medical Cover
and Education Plan. I mean... its quite benefit us right? By the way, Im not
lying when I said I dont even have ANY insurance. Sumpah!! First, sebab
kurang pengetahuan--yang terus membuatkan saya tidah mengambil endah.
Secondly, kurang minat. HIHHIIEE!! OOHH!! Seemed our Miss Syahidatul
had an experience working at insurance company previously. So, open
storylaahh!! Apa tunggu lagi.


p/s: Well, I dont know why do I like to quote certain things that she said.
Jangan marah or jeless haaa.. HHHIIIIEEE....

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 22:56


Pada 19-02-08 09:55 , mas_ayu posting:

!!! QUOTE !!!

Etiqa tu sama macam MNI ke?
mas dah masuk MNI...
tapi baru ni ada pula keluar Etiqa...


MNI = Malaysian National Insurance Bhd tu adalah nama lama.. dan masa tu, dia ada subsidiary yang uruskan takaful, namanya Takaful Nasional Sdn Bhd... operator takaful yang terbesar lah kira...
MNI ni kira besar lah juga, sebab MNI ni bawah Maybank... atau maksud lain, insurance arm for Maybank adalah diuruskan oleh MNI...

dekat-dekat akhir tahun lepas, ada new brand name, namanya Etiqa. kalau dulu, Takaful Nasional tu subsidiary kepada MNI... lani, depa kedua-duanya dah gabung jadi Etiqa. tu yang perasmian depa grand gila tahun lepas tu... kalau kita perasan lah... hehe... ke mana saja ada iklan Etiqa...

so nama baru depa sekarang, MNI tu dah jadi Etiqa Insurance Bhd... Takaful Nasional Bhd tu pula dah jadi Etiqa Takaful Bhd...

:)

so, Etiqa tu memang sama lah dengan MNI.. cuma, yang cik mas ayu masuk tu, tu takaful ke tidak? huhuhu..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 23:06


Pada 19-02-08 10:32 , Prof_Muslim posting:

!!! QUOTE !!!


Prof juga dah ada 2 insurans. Dan sepanjang mengenali serba sedikit insurans banyak kelebihan serta yang mana rasanya kita patut pilih.


ooo.. prof ada insurans apa? :-D

betul tu prof... saya pun, sejak kenal2 dengan dunia insurans ni, baru lah saya sedar betape pentingnya kita semua kena ada insurans...

biasanya, orang Melayu tak ramai yang tahu kepentingan insurans. kedekut duit... tak fikir masa depan, dan tak ingin berusaha untuk buat pelaburan... kalau ada orang datang explain pun, depa buat malas2 nak dengar dan tahu.. apatah lagi untuk membeli... padahal sebenarnya insurans ni lebih banyak memberi kebaikan kepada mereka, dan bukannya agen insurans tu....

so, pakat2 lah kita semua membeli insurans satu untuk kita yerr... hehehe.. macam agent pula saya... :P


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 23:37


Pada 19-02-08 13:34 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!


.. Miss syahidatul package insurance apa? Life, health or education insurance??


the two insurance policies that I have are life and medical insurances... :)

education... education untuk anak2 nanti boleh lah... hehe...

car insurance.. on the way. hik hik hik :-D (kira masuk ke?)

!!! QUOTE !!!


Ataupun package pelik yang saya pernah terbaca, by Kurnia Insurance Inc.
Those are Holiday Insurance and Golfer's Insurance. Apa
kejadaaahhnyaa percutian dan golf pun dijadikan insurance??!!


huhuhu.. yang ni saya pun tak biasa dengar lah... kalau holiday insurance tu, must be perlindungan yang diberikan kalau kita bercuti jauh2, honeymoon jauh2 di oversea... golfer's insurance ni pula... entah lah... agaknya untuk memberi perlindungan kalau kepala terhantuk dengan bola golf yang dibaling dari jauh agaknya... :sopan:

ehehhe saya tak tahu lahh.. nanti saya try tanya agent saya :-D chewah..

!!! QUOTE !!!

By the way, Im not
lying when I said I dont even have ANY insurance. Sumpah!! First, sebab
kurang pengetahuan--yang terus membuatkan saya tidah mengambil endah.
Secondly, kurang minat. HIHHIIEE!!


Biasalah tu owl... ala... kamu tu tak mengapa lah.. masih budak-budak, belajar lagi kan :-D.. orang yang nak beli insurans ini, dia kena ada monthly income, baru boleh mohon...

kalau masih belum kerja, boleh juga mohon. tapi kena ada someone yang bayarkan untuk kita lah.. contohnya mak dan ayah kita...

!!! QUOTE !!!


OOHH!! Seemed our Miss Syahidatul
had an experience working at insurance company previously. So, open
storylaahh!! Apa tunggu lagi.

p/s: Well, I dont know why do I like to quote certain things that she said.
Jangan marah or jeless haaa.. HHHIIIIEEE....


hehe... ye pernah.. :-D daripada tak tahu apa-apa pasal insurans, sekarang dah tahu lah sikit-sikit :-).

maklumlah, saya ni mana ada belajar pasal dunia2 kewangan ini... huhuhu... dah ada peluang kerja kerani kat company insurance masa menganggur hari tu baru dapat kenal2 hal-hal insurans... :-)

huhu... waktu menganggur lagi dah beli insurans... haha.. adess... adess.. :-D


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-08 23:47


Pada 19-02-08 13:34 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!


p/s: Well, I dont know why do I like to quote certain things that she said.
Jangan marah or jeless haaa.. HHHIIIIEEE....


now I always have to follow wherever forum that this owl go lah... huhuu... selalu aderrr jeq nama saya yang dia ni nak sebut2 tau... :hammer:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 08:24


salam..

kalau nak ambil takaful better pilih yang fully islamic k.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

mukasyafah
Warga Rasmi
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32863
Posting: 6
Dari: miri

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 08:58


setuju..saya pun adalah sikit-sikit pengetahuan tentang takaful ini..yang terbaru saya ambik polisi MAA Takaful. Bak kata Dr. HM Tuah, kalau nak beli polisi insurans, pilihla yang ada perlindungan + pelabuaran + simpanan. InsyaAllah tak rugi. Kalau masih keliru nak pilih yang mana satu, rajin2 lah cari info tentang leader sesebuah syarikat Takaful tu..tengok dah berapa lama mereka berkecimpung dalam dunia insurans, dari segi pelaburan kita kena pastikan yang syarikat tu melabur kat tempat yang diluluskan syariah. Satu lagi yang buat saya tertarik dengan Takaful ni..kalau kita ada beli rider tambahan seperti Hospital Benefit, kalau pun kita ni jenis yang jarang2 masuk hospital, secara tak langsung sebenarnya kita beramal jariah, duit yang kita dok bayar tiap-tiap tahun tu..orang lain yang selalu masuk hospital boleh guna..konsep ni tabarru' namanya..betul kan saya kalau tersilap ye..sekadar berkongsi maklumat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafahProfil   Hantar PM kepada mukasyafah   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 16-10-08 16:59


Pada 16-10-08 08:24 , syahadahtul_nur posting:

!!! QUOTE !!!

salam..

kalau nak ambil takaful better pilih yang fully islamic k.


ada ke yang fully islamic?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 17:24


salam..
memang ada takaful yang fully islamic.
dun worry ye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

amil_mukhlis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34966
Posting: 27
Dari: Gombak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 18:17


Assalamualaikum semua...

Begini,memang insurans ni satu KEPERLUAN kita,iaitu seseorang yang masih hidup,sihat walafiat dan mampu menjalani kehidupan dengan sempurna..selagi belum datang 5 perkara,awasilah 5 perkara..SIHAT sbelum SAKIT, KAYA sebelum MISKIN, LAPANG sebelum SIBUK, MUDA sebelum TUA, HIDUP sebelum MATI..inilah prinsip asas atau sifir dan konsep insurans atau takaful!
Soalnya pastikah yang kita akan kekal sihat,lapang, berduit dan mampu sehingga akhir hayat?? Tiada benda yang pasti d masa hadapan, termasuk hal kewangan kita, gaji kita yang kita kata 'GAJI TETAP' tiap-tiap bulan tu..pastikah kita TETAP akan dapat gaji penuh/separuh tu? kalau kita sakit..tak datang kerja seminggu,sebulan,setahun..sebab lumpuh akibat eksiden,atau ditimpa sebarang musibah..seperti penyakit2 kronik?? itu kerja kerajaan/swasta...kalau bisnes sdiri? tak buka kedai sehari sebab demam pun dah susah,apa lagi sebulan,setahun..akibat apa-apa musibah??

Inilah kepentingan insuran dan TAKAFUL..MELINDUNGI hal kewangan kita apabila ditimpa 5 musibah kehidupan...KEMALANGAN, HILANG UPAYA KEKAL, PENYAKIT KRONIK, USIA TUA DAN KEMATIAN..(andainya 3 yang pertama tidak menimpa kita..TETAPI salah 1 daripada 2 yang terakhir akan pasti kita hadapi)...soalnya bersediakah kita untuk MATI MUDA tapi meninggalkan jasa/harta (bukannya hutang yang mmbebankan waris,keluarga) ATAU pun kita mencapai usia emas dalam keadaan selesa,tenteram dan berduit (selepas menyimpan dalam takaful yang berserta perlindungan atas 5 musibah tadi)..fikir-fikirkan..rancanglah untuk DIRI anda serta orang2 yang disayangi dan menyayangi anda!

SAHABAT2..
saya nak jelaskan konsep insurans dan Takaful itu memang sama..tapi TAK SERUPA! Urusniaga riba dan jual beli tak sama..itu maksudnya! lawati www.takaful-ikhlas.com
..bersambung..


-----------------
Salam mahabbah kepada semua yang ikhlas menjalinkan ukhwah di sini. Moga kehadiran kita di ruangan ini bernilai di sisiNYa, moga di balas dengan&


Bookmark and Share

    


  Member Information For amil_mukhlisProfil   Hantar PM kepada amil_mukhlis   Pergi ke amil_mukhlis's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 18:52


Pada 18-02-08 22:24 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah sebulat suara memutuskan bahawa insurans hayat yang dikendalikan oleh syarikat insurans konvensional adalah satu ‘muamalah’ (yang rosak/tidak sah) dan bercanggah dengan ajaran Islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur 'gharar’ (ketidakpastian), ‘maisir’ (judi) dan ‘riba’ (faedah).

Insurans konvensional adalah haram kerana wujudnya unsur ‘gharar’ iaitu ketidakpastian dalam transaksi ‘muamalah’ di mana terdapat ‘sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain’.

Di samping itu, insurans konvensional tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dalam dan syarat jual-beli dalam Islam iaitu rukun akad (ijab dan kabul).

Unsur judi terdapat dalam kontrak insurans konvensional kerana peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. Begitu juga peserta akan hilang wang premium apabila peristiwa yang ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku. Di samping itu, syarikat penginsurans akan rugi sekiranya terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Ianya berbeza dengan sistem Takaful yang akan memberikan kadar keuntungan mengikut mudharabah sekiranya peristiwa yang ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.

Seterusnya terdapat unsur riba dalam urusniaga pinjaman dari polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insurans hayat konvensional. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insurans konvensional akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Perkara sebegini rupa tidak berlaku di dalam Takaful kerana peserta dibenarkan membuat pengeluaran daripada polisinya tanpa dikenakan sebarang faedah.

Dewan Jurispundens Islam Liga Dunia Islam Mekah menganggap bahawa semua transaksi insurans moden termasuk insurans hayat adalah bertentangan dengan ajaran Islam, akan tetapi Dewan menyetujui adanya ‘insurans koperatif’ yang tegak di atas prinsip ‘ta’awun’ (tolong-menolong) seperti yang diterapkan dalam insurans takaful (Muhammad Abdul Manan, Islamic Economics Theory and Practice).

Prof Dr Yusuf Al Qardawi dalam bukunya Al Halal wal Harom Fil Islam mengatakan bahawa insurans konvensional diharamkan kerana semua syarikat penginsurans tidak membayar wangnya itu dengan maksud ‘tabarru’ (derma), bahkan nilai ini sedikitpun tidak terlintas. Tambahan pula wang tersebut telah diputar dengan jalan riba.

Dewasa ini, rata-rata insurans konvensional menamakan pelbagai produknya dengan nama ‘dana-dana Islam’ yang mempunyai tujuan yang satu untuk mengaburi mata pelanggan- pelanggan Muslim mereka kononnya produk mereka juga adalah halal.

Masyarakat Islam di Malaysia diberi alternatif yang jelas untuk memilih sama ada berurus niaga secara Islam atau bukan Islam. Ianya berlainan sekiranya tidak ada pilihan yang dikira darurat. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tidak ada ruginya kita mengubah polisi insurans yang sedia ada.


P/S: Apalgi..lepas tamat tempoh..tukarlah insurans kenderaan anda kepada takaful. Kalau ada yang lain pun samalah tukar ye...
Nak tanya..mana lagi elok Takaful Malaysia atau Takaful Ikhlas?


:berfikir:



Beli Kereta Cara Islam

Tapi Insuran Riba?

Soalan

Ustaz, saya nak membeli kereta. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank, kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran dan road tax di bank tersebut. Maka saya akan terdedah kepada insuran konvensional. Adakah harus?

- soalan melalui sistem sms -

Jawapan

Pertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Anda mengatakan

"membuat pinjaman dari bank Islam".

Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad - BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara ansuran.

Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad.
belilah secara yang halal

Kebanyakan Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-bye' iaitu "sewaan yang ditamatkan dengan jualan", proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda, dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus. Selain itu, ada juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah masing-masing.

Insuran

Hukum insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru anda wajib mengambil insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di Malaysia bila membeli kereta atau rumah.

Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki.

Kebiasaannya, penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak.

Jika mereka kata 'tak boleh', anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan.

Saya sendiri pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun, kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL katanya. Dengan tegas saya katakan :-

"jika demikian, maaf, saya cari kedai lain. Saya mesti nak Takaful, 1 tahun dengan insuran, maaf saya tak mahu"

Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful.

Ingat, penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yang mereka jual kerana mereka dapat komisyen, jangan endahkan paksaan mereka. Tiada sebarang peruntukan kuasa untuk memaksa anda. Jika paksa juga, dan anda tertipu, sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. InshaAllah pasti menang.

Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful, road tax tiada masalah, hukumnya adalah harus.

SILA BACA TULISAN SAYA TENTANG INSURAN DI SINI

1) Hukum Insuran Menurut Islam

2) Beza Insuran & Takaful

3) Insuran Konvensional Tapi DiLabur Secara Islam?



Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Rujukan : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=573&Itemid=101


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 18:58


Untuk pengetahuan... saya ialah wakil etiqa takaful (dulu Takaful Nasional)


ANTARA KELEBIHAN MENYERTAI eTiQa Takaful
1. Mendapat Manfaat Penyakit Kritikal
Peserta yang disahkan mendapat penyakit kritikal tahap-3, boleh membuat tuntutan untuk menjalani rawatan hospital.

2. Manfaat Indemniti akibat kemalangan
Sekiranya peserta terlibat dalam kemalangan, boleh membuat tuntutan berdasarkan tahap-tahap kecederaan atau berlaku mana-mana kecacatan terhadap anggota badan.

3. Manfaat Khairat Kematian
Sekiranya peserta meninggal dunia semasa tempoh polisi takaful masih lagi sah, maka keluarga peserta tersebut boleh membuat tuntutan khairat kematian. Khairat kematian akan diberikan kepada penama (waris) yang tercatat didalam dokumen takaful peserta

4. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari semasa mendapat rawatan. Sekiranya peserta menerima rawatan kurang daripada 6 jam, tidak boleh membuat tuntutan elaun hospital.

5. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

6. Pengharaman Insurans Konvensional
Menurut Fatwa KebangsaanSemasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".

7. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful Nasional pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

8. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful Nasional telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

9. Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Takaful Nasional akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.
Posted by at 3:06 AM 0 comments Links to this post
sambungan kelebihan menyertai TAKAFUL...

10. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Nasional (win-win situation)

11. Amal Jariah (Tabbaru'at)Falsafah
Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

12. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Takaful Nasional memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.


13. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.


"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah, (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah: 240)"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…" (Hadis Riwayat Bukhari)


siapa nak tau lebih lanjut, tinggalkan kontek, emel atau phone.. nanti saya terangkan lebih lanjut.. tak join pun tak apa.. janji dapat sebarkan mesej Islam..


Etiqa takaful ni asalnya dari MNI.. Etiqa takaful sahamnya tidak bercampur dengan MNI insurans dan duitnya adalah berasingan lagipun ianya dipantau oleh panel syariah yang diketuai oleh mufti perak, Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 17-10-08 10:34


!!! QUOTE !!!

Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad - BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara ansuran.


sesiapa yang pernah membuat 'pembiayaan bank Islam' cuba cek balik term and agreement.

adakah dinyatakan Bank membeli dan menjual kembali kepada anda seperti mana yang dinyatakan secara lisan? cuba cek baik-baik. Kerana peraturan yang terkandung dalam BAFIA berkenaan penjualan semula aset Bank superceeded akta islamic banking. Bank Tak boleh beli aset untuk didagangkan.

Ini antara sebab Majmu' fiqh Islami MENGHARAMKAN semua praktik Islamik Banking di Malaysia kerana tidak selari dengan apa yang difatwakan majmu'.

Bagaimana pula dengan takaful?

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

al_Muddathsir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2010
Ahli No: 39247
Posting: 74

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-02-10 07:22


Pada 16-10-08 18:58 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

Untuk pengetahuan... saya ialah wakil etiqa takaful (dulu Takaful Nasional)


Etiqa takaful ni asalnya dari MNI.. Etiqa takaful sahamnya tidak bercampur dengan MNI insurans dan duitnya adalah berasingan lagipun ianya dipantau oleh panel syariah yang diketuai oleh mufti perak, Datuk Seri haji. Harussani haji. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).




Assalamualaikum wbk..

Tumpang tanya.. Apa beza takaful Etiqa dan takaful Ikhlas?


-----------------
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :.
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :.
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_MuddathsirProfil   Hantar PM kepada al_Muddathsir   Pergi ke al_Muddathsir's Website   Quote dan BalasQuote

al_Muddathsir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2010
Ahli No: 39247
Posting: 74

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-02-10 07:30


Pada 17-10-08 10:34 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad - BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara ansuran.


sesiapa yang pernah membuat 'pembiayaan bank Islam' cuba cek balik term and agreement.

adakah dinyatakan Bank membeli dan menjual kembali kepada anda seperti mana yang dinyatakan secara lisan? cuba cek baik-baik. Kerana peraturan yang terkandung dalam BAFIA berkenaan penjualan semula aset Bank superceeded akta islamic banking. Bank Tak boleh beli aset untuk didagangkan.

Ini antara sebab Majmu' fiqh Islami MENGHARAMKAN semua praktik Islamik Banking di Malaysia kerana tidak selari dengan apa yang difatwakan majmu'.

Bagaimana pula dengan takaful?

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com



Assalamualaikum wbk..


Terima kasih En Wuzara..

Cuma nak bertanya, posting ni refer pada 'pinjaman bank' atau 'insuran Islamik'?

Yang saya faham konsepnya yang diterang En Wuzaraa, Murabahah - BIMB.. harga mark-up dikira sebagai kos perkhidmatan bank.. tak mungkin bank beli dan jual harga yang sama.. merugikan..

Ada solution lain ke nak buat pinjaman..? Dari sudut Islamik?

Terima kasih..


-----------------
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :.
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :.
.: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_MuddathsirProfil   Hantar PM kepada al_Muddathsir   Pergi ke al_Muddathsir's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.177951 saat. Lajunya....